NAMA JABATAN / UNIT: JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN
DAN INOVASI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA
LEMBAH PANTAI, 59200 KUALA LUMPUR
TUGASAN KERJA KURSUS
(INDIVIDU)
Nama : HIEW MING HUI
Angka Giliran : 2019212350023
Nombor K/P : 000307-12-0542
Kumpulan/Unit : PISMP TESL B JUN 2019
Kod dan Nama : LASS3013 PENDIDIKAN LESTARI ALAM SEKITAR
Kursus
Nama Pensyarah : PN. SIVE DARSHINE A/P PERIASAMY
Tarikh Hantar : 15 Oktober 2022
Tarikh Diterima :
(Diisi Oleh Pensyarah)
Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Pengesahan Pelajar
/ Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya fahami.
Tandatangan Pelajar : hiew Jumlah markah:
Tarikh : 15.10.2022
Catatan: Pastikan pensyarah telah memberi maklum balas di dalam tugasan kerja kursus
pelajar.
LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM
PENJIMATAN AIR DAN ELEKTRIK DI RUMAH
RINGKASAN PROJEK
JENIS PROJEK : Kecekapan tenaga
JANGKA WAKTU / MASA : 4 Oktober 2022 hingga 12 Oktober 2022
LOKASI : Rumah peserta
PESERTA : Komuniti Malaysia
JUMLAH PESERTA : 20 orang
AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN :
1. Peserta-peserta melakukan aktiviti kecekapan tenaga dalam kehidupan
seharian.
2. Peserta-peserta menggunakan senarai semak sebagai panduan dan semak
dalam senarai selepas melakukan aktiviti tersebut.
3. Peserta-peserta merekodkan aktiviti dalam senarai dalam bentuk video
pendek.
4. Peserta-peserta hantar balik senarai semak yang telah disemak dan video-
video kepada pengunjur.
KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
2.0 Fasa Perancangan
2.1 Pemerhatian
2.2 Kertas kerja
2.3 Gantt Chart
3.0 Fasa Pelaksanaan
3.1 Proses mengiklankan program kepada komuniti
3.2 Proses melakukan aktiviti program
4.0 Fasa Selepas Pelaksanaan
5.0 Analisis SWOT
5.1 Kekuatan
5.2 Kelemahan
5.3 Peluang
5.4 Ancaman
6.0 Cadangan penambahbaikan
7.0 Penutup
LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM PENJIMATAN AIR DAN ELEKTRIK DI RUMAH
1.0 Pengenalan
Lestari, kadangkala disebut mampan merupakan suatu konsep yang menekankan
keseimbangan aktiviti sosial dan ekonomi Malaysia dan kesannya terhadap persekitaran
bagi memenuhi keperluan generasi masa akan datang (Mohd Azlan Abdullah et al., 2012).
Salah satu dialami oleh alam sekitar ialah sumber asli semakin berkurangan. Oleh itu, lestari
alam sekitar dilahirkan adalah untuk memelihara sumber alam sekitar yang terdapat
sekarang supaya generasi yang akan datang dapat menikmati sumber-sumber tersebut.
Elektrik adalah sumber asli yang paling penting dan merupakan tenaga yang tidak dapat
diperbaharui. Seperti diketahui penjanaan tenaga elektrik dunia kebanyakkan menggunakan
sumber tenaga tidak boleh diperaharui (bahan api fosil iaitu arang batu, gas asli dan diesel).
Menurut statistik Agensi Tenaga Antarabangsa terdapat kira-kira 909 000 juta tan arang
bartu di dunia yang dapat bertahan selama 155 tahun tetapi ia semakin berkurang
disebabkan peningkatan penggunaan arang batu adalah sebanyak 5% setahun, secara
tidak langsung tempoh tersebut akan dikurangkan kepada 45 tahun iaitu sehingga 2051
(Hamidah Haneym, et al., 2019). Salah satu faktor yang menyebabkan peningkatan
penggunaana sumber-sumber adalah kerana kenaikan populasi setiap tahun. Selain itu,
menurut Biswas dan Seetharam (2008) negara-negara maju dan negara-negara yang
sedang membangun akan menghadapi masalah kekurangan air akibat permintaan air yang
banyak (Uma Mariapan et al., 2019). Mereka juga menyatakan bahawa walaupun Malaysia
sekarang tidak mempunyai masalah bekalan air tetapi tingkah laku pemulihan air (water
conservation behaviour) ataupun amalan penggunaan air secari lestari perlu diamalkan
supaya dapat mengatasi isu kekurangan air ataupun memastikan negara kita tidak
mengalami krisis kekurangan air. Oleh itu, masyarakat Malaysia perlulah mempunyai sifat
penggunaan air secara bertanggungjawab dan berhemah. Demi kecekapan tenaga, amalan-
amalan yang baik perlu diamalkan dalam kehidupan seharian dan setiap golongan lapisan
masyarakat tidak kira kaum, umur dan jantina mempunyai tanggungjawab untuk memelihara
alam sekitar.
2.0 Fasa Perancangan
Fasa perancangan melibatkan perancangan kertas kerja cadangan. Cara pemerhatian
juga digunakan untuk mengenalpasti sebab melaksanakan program ini. Pada fasa ini,
beberapa aspek dalam merangka kertas kerja cadangan turut dipertimbangkan seperti
matlamat dan objektif program, cadangan aktiviti pelaksanaan, anggaran perbelanjaan serta
peruntukan. Berikut merupakan kertas kerja cadangan yang telah dirangka bagi menjayakan
program ini. Sebuah Gantt Chart juga disediakan untuk menyemak persediaan projek
tersebut.
2.1 Pemerhatian
Salah satu penyebab untuk menjalankan projek ini kerana saya terdapat bahawa
semakin banyak orang kekurangan amalan kecekapan tenaga terutamanya dalam
kehidupan seharian. Salah satu ialah pengunaan pendingin hawa yang lama. Ini semakin
teruk apabila masyarakat Malaysia perlu bekerja dari rumah semasa Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) kerana berada di rumah sepanjang masa menyebabkan penigkatan
pengunaan penghawa dingin. Perbuatan ini menyebabkan anak-anak kecil membentukkan
sikap menggunakan penghawa dingin di rumah untuk masa yang panjang. Seterusnya, saya
juga mendapati bahawa ramai orang akan banyak membuka pintu peti sejuk atau terbiar
pintu peti sejuk terbuka semasa mengambil barang. Ini akan menyebabkan peti sejuk
menggunakan tenaga untuk menyejukkan peti sejuk lagi ke suhu optimum. Di samping itu,
pembaziran air juga semakin dinampak di rumah masing-masing. Saya terdapat bahawa
ramai akan memberus gigi dan membasuh tangan dengan air yang terbiar mangalir. Ini
menyebabkan banyak air dibazirkan semasa melakukan aktiviti-aktiviti tersebut setiap hari.
Kegiatan ini diperhati di rumah saya sendiri apabila adik beradik saya berbuat demikian.
Saya amat kecewa kerana ramai orang tidak mempunyai kesedaran penjimatan air dalam
kehidupan seharian. Sebagai seorang penduduk atas bumi, kita seharusnya mengunakkan
air dan elektrik secara berhemah dan bertanggungjawab.
KERTAS KERJA CADANGAN
PROGRAM PENJIMATAN AIR DAN ELEKTRIK DI
RUMAH
TARIKH: 04 OKTOBER 2022 – 12 OKTOBER 2022
DISEDIAKAN OLEH:
HIEW MING HUI
KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
2.0 Matlamat
3.0 Objektif
4.0 Rasional
5.0 Cadangan pelaksanaan
5.1 Butiran program
6.0 Rancangan aktiviti
7.0 Carta alir pelaksanaan Program Penjimatan Air dan Elektrik di Rumah
8.0 Kewangan
8.1 Anggaran perbelanjaan
8.2 Peruntukan
9.0 Penutup
1.0 Pengenalan
Program melalui penjimatan air dan elektrik merupakan salah satu aktiviti lestari alam
sekitar yang berupaya meningkatkan kesedaran masyarakat akan kepentingan aktiviti
kecekapan tenaga dan penjagaan alam sekitar. Elektrik yang dihasilkan daripada
pembakaran fosil merupakan sumber yang tidak dapat diperbaharui dan tenaga yang
akan berisiko hapus. Selain itu, air merupakan sumber terpenting dan menjadi keperluan
utama kepada manusia dan setiap makhluk hidup atas bumi ini. Tanpa air, kita akan
menghadapi krisis hidup. Pada zaman ini, kegunaan air semakin diperlukan oleh
kegiatan lain seperti pembalakan dan pembinaan. Sumber air yang bersih juga semakin
dijejas oleh kegiatan manusia yang menyebabkan pencemaran air seperti membuang
sampah sarap ke dalam sungai, membuang sisa tosik, hujan asid dan banjir kilat.
Pencemaran air menyebabkan kita mempunyai sumber air mentah bersih yang semakin
berkurangan. Pemeliharaan sumber air dan penjimatan air memastikan bumi kita tidak
mengalami krisis kekurangan air manakala penjimatan elektrik memastikan bahan-
bahan bakar tidak dihapuskan dan habis digunakan pada zaman ini. Pemeliharaan
sumber-sumber ini dapat memastikan generasi yang akan datang masih mempunyai
sumber-sumber tersebut. Oleh itu, kesedaran masyarakat tentang kelestarian dan
pemeliharaan alam sekitar perlu ditingkatkan dan sifat yang baik perlu dipupuk dari kecil
lagi.
2.0 Matlamat
Program ini dijalankan bertujuan untuk memupuk kesedaran ahli keluarga dan
masyarakat setempat akan kepentingan aktiviti kecekapan tenaga sebagai salah satu
amalan gaya hidup lestari bagi memastikan alam sekitar terpelihara. Selain itu,
masyarakat Malaysia juga akan menyedari tentang kepentingan memelihara sumber-
sumber yang tidak diperbaharui dan menggunakan sumber-sumber dengan lebih
berhemah dan bertanggungjawab. Bukan itu sahaja, masyarakat Malaysia juga dapat
lebih memahami keadaan alam sekitar dan risiko-risiko yang dialami yang akan terjadi
seperti krisis air, bahan fossil dan petrol yang akan habis digunakan pada suatu hari
nanti serta pencemaran alam sekitar. Pencemaran alam sekitar banyak disebabkan oleh
kegiatan penggunaan barangan elektrik yang megeluarkan karbon dan haba yang akan
menyebabkan pemanasan global dan kesan rumah hijau. Krisis-krisis ini bukan sahaja
akan menjejas generasi yang akan datang tetapi juga kesejahteraan global atas rebutan
sumber yang semakin berkurangan. Seperti yang dilaporkan dalam Berita Harian (2017),
insiatif ‘amalan hijau’ dalam kalangan masyarakat Malaysia amat digalakkan
terutamanya melalui pelaksanaan ‘kecekapan tenaga’ dalam mengurangkan
peningkatan penggunaan tenaga berkenaan.
3.0 Objektif
Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk:
i) Memperkenalkan aktiviti penjimatan elektrik dan air dalam kehidupan seharian
kepada komuniti Malaysia.
ii) Meningkatkan kesedaran komunti Malaysia tentang penjimatan elektrik dan air.
iii) Memupuk sifat kecekapan tenaga dan penjimatan air dari kecil lagi.
4.0 Rasional
Program penjimatan air dan elektrik yang bakal dijalankan ini adalah diharapkan supaya
dapat mendorong masyarakat Malaysia untuk mengamalkan amalan kecekapan tenaga
dan penjimatan air dari rumah masing-masing dan dipupuk dari kecil lagi. Program ini
juga menunjukkan amalan kelestarian alam sekitar dapat dilukakan oleh setiap lapisan
golongan masyarakat tanpa kira kaum, umur dan jantina. Sebaliknya, amalan kelestarian
alam sekitar merupakan tanggungjawab setiap individu atas bumi ini. Selain itu, program
ini dilaksanakan supaya dapat membawa kesedaran kepada masyarakat tentang aktiviti
kecekapan tenaga dan penjimatan air bukannya susah tetapi dapat melakukan aktiviti-
aktiviti tersebut dalam kehidupan seharian. Program ini memupuk keprihatinan
masyarakat terhadap alam sekitar supaya lebih cekap untuk mengambil tahu tentang
isu-isu alam sekitar selepas menyertai program.
5.0 Cadangan pelaksanaan
5.1 Butiran program
Tarikh: 04 Oktober 2022 hingga 12 Oktober 2022
Tempat: Rumah peserta
Sasaran: 20 orang
Cadangan nama program: Program Penjimatan Air dan Elektrik di Rumah
Cadangan aktiviti untuk dilakukan:
(i) Matikan suis lampu dan kipas sebelum keluar dari bilik.
(ii) Penggunaan ‘air-cond’ setiap hari selama 2 jam sahaja atau tidak
menggunakan.
(iii) Tutup pintu dan tingkap semasa air cond dibuka.
(iv) Mengurangkan masa membuka peti sejuk dan tidak membuka pintu banyak
kali.
(v) Matikan suis yang tidak diperlukan sebelum tidur.
(vi) Tidak mengecaj telefon bimbit semalaman.
(vii)Tutupkan air semasa memberus gigi dan cuci tangan.
(viii) Memastikan paip ditutup rapat sebelum keluar.
(ix) Mengehadkan masa mandi dalam 10-15 minit atau tidak mandi dengan air
panas.
(x) Menggunakan air yang telah dipakai seperti air beras atau air hujan untuk
mengiram pokok bunga, mencuci kereta dan membasuh lantai.
6.0 Rancangan aktiviti
Beberapa aktiviti akan dirancang bagi menjayakan program penjimatan air dan elektrik
ini. Aktiviti-aktiviti tersebut merangkumi proses perbincangan mengenai aktiviti-aktiviti
yang boleh dilakukan dalam kehidupan harian, pengenalpastian kaedah melakukan
aktiviti-aktiviti di rumah peserta, proses peserta menjalankan program serta pemantauan
program, penghantaran video-video peserta melalui Telegram untuk menyelesaikan
aktiviti program yang telah dirancang dan akhirnya pemberian sijil penghargaan serta
dapatkan maklum balas daripada peserta-peserta.
7.0 Carta alir pelaksanaan Program Penjimatan Air dan Elektrik di Rumah
8.0 Kewangan
8.1 Anggaran perbelanjaan:
Item Kuantiti Kos Jumlah
Sijil Penyertaan 25 RM 2.00 RM50.00
JUMLAH RM50.00
KESELURUHAN
8.2 Peruntukan:
Peruntukan daripada : Sendiri
9.0 Penutup
Rumah merupakan institusi pertama dalam pembentukan seseorang individu. Amalan-amaln
kelestarian alam sekitar sebenarnya bukan susah tetapi boleh dilakukan di rumah masing-
masing dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Amalan-amalan yang baik perlu
diamalkan dari kecil lagi. Masyarakat Malaysia perlu lebih cekap dalam menangani isu alam
sekitar supaya negara kita dapat bertanding dengan negara-negara lain yang sudah lama
menuju ke arah kelestarian alam sekitar.
Disediakan oleh,
………HIEW…………………
(HIEW MING HUI)
8
2.3 Gantt Chart
Langkah Perancangan program / Hari
23/ 24/ 25/ 26/ 27/
Pengenalpastian aktiviti- 22/9 28/9 29/9 30/9 1/10 2/10 3/10
aktiviti program 99999
Menghasilkan aktiviti- /
aktiviti dalam senarai
semak //
Pengenalpastian pentas
penghantaran produk /
program
Penyebaran program // / / / / /
Pendaftaran peserta /
3.0 Fasa Pelaksanaan
Seterusnya, fasa semasa pelaksanaan pula melibatkan pelaksaan aktiviti bagi program
penjimatan air dan elektrik ini seperti yang telah dirangka dalam kertas kerja cadangan
di atas. Aktiviti tersebut merangkumi 4 fasa iaitu peserta-peserta mendaftar diri melalui
Telegram, peserta-peserta mengimbas QR Kod pada poster untuk mendapatkan
senarai semak aktiviti program. Arahan diberikan atas senarai semak iaitu peserta perlu
mengambil video secara pendek semasa melakukan aktiviti-aktiviti dan hantar kembali
kepada penganjur. Setiap peserta perlu mengisi borang maklum balas yang akan
dihantar melalui Telegram dan akan mendapat satu sijil penyertaan.
Pelaksanaan Program Penjimatan Air dan Elektrik di Rumah ini telah bermula pada
04 Oktober 2022 hingga 12 Oktober 2022. Gambar-gambar peserta dalam program
tersebut telah dimasukkan di bawah.
Rajah 1: Poster Program
3.1 Proses kecekapan tenaga
Proses kecekapan tenaga melalui pengunaan elektrik secara minimum
merangkumi beberapa aktiviti tersenara dalam senarai semak:
3.1.1 Aktiviti matikan suis
1. Suis lampu dan kipas dimatikan sebelum keluar dari bilik.
2. Suis yang tidak diperlukan dimatikan sebelum keluar atau tidur.
3. Tidak mengeecaj telefon pintar semalaman.
4. Penggunaan penghawa dingin secara bersesuaian.
5. Amalan mandi yang tidak mengambil masa terlalu lama dan air
yang terlalu panas.
Rajah 2
Rajah 3
Rajah 4
Rajah 5
Rajah 6
Rajah 7
Rajah 8
Rajah 9
Rajah 2 - 9. Peserta-peserta matikan suis sebelum keluar dari bilik dan rumah
Rajah 10
Rajah 11
Rajah 12
Rajah 10 - 12. Peserta-peserta matikan suis sebelum keluar
Rajah 13 Peserta tutup ‘air-cond’ sebelum keluar dan pintu ditutup semasa
menggunakan ‘air-cond’
Rajah 14 Tingkap ditutup semasa menggunakan ‘air-cond’
Rajah 15 Pintu peserta ditutup semasa menggunakan ‘air-cond’
Rajah 16 Peserta membuka ‘air-cond‘ selama 2 jam sahaja
Rajah 17 Peserta membuka suhu ‘air-cond’ yang tidak rendah sangat
Rajah 18 Peserta memilih untuk menggunakan kipas
Rajah 19 Peserta menunjukkan piliihan barangan elektrik yang mempunyai petanda
kecekapan tenaga
Rajah 20
Rajah 21
Rajah 20 & 21. Peserta mengira dan mengehadkan masa mandi
Rajah 21 Peserta tidak mandi dengan air panas
Rajah 22 Peserta diajar supaya cepat tutup pintu peti sejuk
Rajah 23 Peserta mengambil banyak barang sekali buka peti sejuk
Rajah 24 Peserta tidak membuka pintu peti sejuk dengan besar
Rajah 25
Rajah 26
Rajah 25 & 26. Peserta-peserta menutup pintu peti sejuk dengan rapat
3.1.2 Aktiviti penjimatan air
1. Pengunaan air yang berhemah dan tidak membazirkan air semasa
melakukan kegiatan harian.
2. Mengambil kesempatan sepenuhnya dengan air hujan untuk
kegiatan menyiram pokok bunga dan kegiatan harian yang lain.
3. Meningkatkan kesedaran komuniti untuk mengelakkan air terbiar
mengalir semasa menggunakan air.
Rajah 27
Rajah 28
Rajah 29
Rajah 30
Rajah 27 - 30. Peserta-peserta tutup air semasa memberus gigi
Rajah 31
Rajah 32
Rajah 31 & 32. Peserta-peserta tutup air semasa membasuh tangan
Rajah 33 Peserta tutup air semasa tidak diperlukan
Rajah 34 Peserta menggunakan baldi untuk mengisi air semasa membasuh tandas
Rajah 35
Rajah 36
Rajah 35 & 36. Peserta-peserta menggunkan baldi dan bekas air untuk menyiram bunga.
4.0 Fasa Selepas Pelaksanaan
Akhir sekali, fasa selepas pelaksanaan pula merangkumi koleksi borang maklum balas
yang dijalankan pada akhir program. Maklum balas daripada peserta dapat melibatkan
pengenalpastian kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman dan cadangan penambahbaikan.
Penulisan laporan mengenai pelaksanaan program turut dilaksanakan pada fasa selepas
pelaksanaan ini.
5.0 Analisis SWOT (Kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman)
5.1 Kekuatan
Pelaksanaan program ini dapat lagi meningkatkan kesedaran masyarakat
Malaysia tentang kebaikan dan kepentingan kecekapan tenaga dan penjimatan air.
Amalan-amalan tersebut merupakan amalan yang perlu dipraktikkan dalam
kehidupan seharian setiap individu. Melalui program ini, peserta-peserta lebih
memahami tanggungjawab individu dalam amalan kelestarian alam sekitar demi
memelihara bumi kita. Bukan itu sahaja, program ini melibatkan semua anggota
keluarga peserta-peserta di mana ibu bapa menjadi teladan yang baik dan kanak-
kanak dididik tentang amalan kecekapan tenaga dan penjimatan air dari kecil lagi.
Peserta-peserta juga setuju dengan program ini amalan kelestarian alam sekitar
sebenarnya sangat mudah untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
5.2 Kelemahan
Aktivti-aktiviti yang disenarai dalam senarai semak agak susah untuk peserta-
peserta yang duduk di kodominum dan apartmen. Terdapat beberapa peserta tidak
dapat mengisi air hujan untuk melakukan aktiviti. Aktiviti-aktivit seperti menggunakan
air untuk membasuh tandas dan membasuh lantai kurang sesuai untuk kanak-kanak.
Terdapat juga peserta yang tidak menanam pokok bunga di rumah. Selain itu,
aktiviti-aktiviti yang disenaraikan agak terhad dan hanya satu senarai semak
diberikan atau perlu disemak.
5.3 Peluang
Atas kelonggaran aktiviti senarai semak, terdapat banyak peserta yang telah
menunjukkan kegiatan harian mereka yang mempraktikkan penjimatan elektrik dan
air. Semasa pelaksanaan program terdapat banyak kanak-kanak dilihat jarang
mempraktikan amalan kecekapan tenaga dan penjimatan air terutamanya semasa
membasuh tangan, memberus gigi serta membuka peti ais. Kanak-kanak akan
banyak buka pintu peti ais dan membiar air mengalir semasa menggunakan air.
Program ini memberikan satu peluang untuk menyedarkan ibu bapa dan juga budak
itu sendiri. Ini akan menyebabkan ibu bapa lebih berwaspada dengan kegiatan
harian anak-anak dan sentiasa mengingatkan anak-anak tentang amalan-amalan
penjimatan air dan elektrik.
5.4 Ancaman
Salah satu ancaman ialah ketiadaan alat pengukuran atau senarai semak untuk
kegiatan penejimatan elektrik dan air yang harian selepas program ini dilaksanakan.
Amalan-amalan tersebut semua bergantung pada kesedaran peserta-peserta
masing-masing. Terutamanya pada sikap lama yang susah dibetulkan dalam jangka
masa yang pendek seperti menggunakan penghawa dingin secara lama dan
mengecaj telefon sebelum tidur. Terdapat peserta yang menyatakan bahawa cuaca
Malaysia memang sangat panas meyebabkan mereka susah mengelak
menggunakan penghawa dingin. Walaupun tingkap dan pintu sudah dibuka tetapi
cuaca yang terik masih menyebabkan mereka tidak selesa.
6.0 Cadangan penambahbaikan
Berdasarkan kelemahan-kelemahan dan ancaman yang telah dinyatakan, antara
penambahbaikan yang dapat dicadangkan adalah setiap peserta boleh menyediakan
papan tanda sendiri supaya dapat disemak aktiviti-aktiviti setiap hari. Ini memastikan
aktiviti-aktiviti penjimatan air dan elektrik dilakukan oleh peserta-peserta setiap hari
walaupun program sudah tamat. Selain itu, program tersebut boleh diadakan secara
terbuka untuk mendapatkan cadangan-cadangan dari peserta. Hal ini demikian kerana,
sesetengah peserta juga mempunyai cara-cara tersendiri untuk menjalani amalan
kecekapan tenaga dan penjimatan air. Salah satu borang juga boleh disediakan untuk
senarai barangan elektrik yang mempunyai petanda kecekapan tenaga. Ini dapat
meningkatkan kesedaran keluarga tentang barangan rumah di rumah supaya berada
dalam keadaan yang baik dan cekap tenaga. Dari segi pelaksanaan dan penghantaran
video, saya bercadang supaya satu keluarga kumpulkan semua video anggota keluarga
dan hantar kepada penganjur supaya memudahkan pemantauan dan pengumpulan data
jika program seperti ini diadakan dalam masa yang akan datang.
7.0 Penutup
Secara keseluruhannya, pelaksanaan program ini dilihat berjaya mencapai objektif yang
telah ditetapkan. Namun begitu, program ini masih mempunyai banyak peluang untuk
penamabahbaikan. Saya berharap supaya dapat berkerjasama dengan pihak-pihak lebih
berkuasa seperti Tenaga Nasional Berhad dan juga Air Selangor supaya dapat dialu-
alukan dan mendapatkan lebih ramai peserta. Walaubagaimanapun, program ini telah
memberikan saya satu peluang untuk mendapatkan pengalaman yang baharu supaya
dapat membuat program yang lebih lancar dan efektif pada masa yang akan datang.
Disediakan oleh,
……HIEW…………
(HIEW MING HUI)
Rujukan
Farrah Wahida Mustafar, Mohamad Haiqal Danial Hamdan, Norfadzilah Jusoh, &
Shamsilawati Mustafar. (2020). Penjagaan alam sekitar menurut Maqasid Syariah
dan undang-undang. Journal of Law & Governance, 3, 96–112. Retrieved from
http://www.kuim.edu.my/journal/index.php/JLG.
Hamidah hHaneym Binti Abdul Hamid, Ismawati Binti Zakaria, & Mohd Shukor Bin
Othman. (2019). Tenaga boleh diperbaharui bagi penjanaan tenaga elektrik di
Malaysia: Satu Kajian Literatur. Journal on Technical and Vocational Education
(JTVE), 4, 129–142. Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/351709634_Tenaga_Boleh_Diperbaharui_B
agi_Penjanaan_Tenaga_Elektrik_di_Malaysia_Satu_Kajian_Literatur.
Mohd Azlan Abdullah, Noraziah Ali, Junaidi Awang Besar, Rosniza Aznie Che Rose, Siti
Khatijah Zamhari, & Zuriatun uFadzliah Sahdan. (2012). Pengetahuan dan
amalan kelestarian alam sekitar di kawasan Majlis Perbandaran Sepang, Selangor.
Akademika, 82, 41–48. Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/305286856_Pengetahuan_dan_amalan_kele
starian_alam_sekitar_di_kawasan_Majlis_Perbandaran_Sepang_Sepang.
Muhamaad Razis Ismail. (2022, March 5). Jimat air dan tenaga. Metro. Retrieved from
https://www.hmetro.com.my/dekotaman/2022/03/817186/jimat-air-dan-tenaga.
Uma Mariapan, Hanifah Mahat, & Nasir Nayan. (2019). Peranan jantina terhadap amalan
penggunaan air secara lestari: Kajian kes dalam kalangan pelajar tingkatan empatdi
daerah Kinta Utara Perak, Malaysia. Sains Humanika, 11, 57–63. Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/332941013_Peranan_Jantina_terhadap_Am
alan_Penggunaan_Air_Secara_Lestari_Kajian_Kes_dalam_Kalangan_Pelajar_Tingk
atan_Empat_di_Daerah_Kinta_Utara_Perak_Malaysia.