The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kejora1974, 2021-04-06 05:32:55

ibu zain 2

ibu zain 2

IBU ZAIN

Tan Seri Hajah Zainun Munshi Sulaiman

DISEDIAKAN OLEH :
MUHAMMAD ZAQWAN BIN HAIZAL

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM, 86100 AYER HITAM, BATU PAHAT.

PERTANDINGAN MENCIPTA BUKU SKRAP
DIGITAL TOKOH PEMIMPIN JOHOR (ANYFLIP)

PESERTA

MUHAMMAD ZAQWAN IRSYAD BIN HAIZAL
KELAS : 6 SAJIDIN

E-MAIL : [email protected]
Nama dan Alamat Sekolah :

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM,
86100 AYER HITAM,

BATU PAHAT, JOHOR.

=i=

Isi Kandungan Muka surat
i
Bil Kandungan ii
1 Biodata peserta 1
2 Isi Kandungan
3 Sejapur Sireh 2-3
4 Biodata Tokoh 4-6
5 Pendidikan Tokoh 7 - 10
6 Kerjaya Tokoh 11 - 14
7 Sumbangan dan Jasa Tokoh 15 -16
8 Anugerah 17
9 Nilai Kepimpinan Melalui Teladan 18
10 Penutup 20
11 Rujukkan

“Selagi kita bernyawa, kita mestilah bekerja menabur bakti
untuk bangsa dan negara. Itulah hiasan yang sebenar.”
Ibu Zain, 1903-1989

= ii =

Sebelum negara mencapai kemerdekaan, tidak ramai wanita berpendidikan tinggi dan
bekerjaya. Pelajar perempuan yang menerima pendidikan formal terutamanya di sekolah
mubaligh Kristian pula dianggap janggal kerana melanggar tradisi masyarakat Melayu pada
ketika itu. Hal ini kerana majoriti anak gadis hanya menimba ilmu secara tidak formal di
rumah. Sekiranya berpeluang mendapat pendidikan pula hanya di sekolah Melayu dengan
sistem vernakular. Peluang mendapat pendidikan di sekolah aliran Inggeris juga terbatas
(Sulasiah Munajir 2009).
Namun perkara ini tidak berlaku pada Ibu Zain atau nama sebenarnya Hajjah Zainun
Sulaiman. Anak kepada guru Bahasa Melayu, Sulaiman dan Siti Shahariah Haji Khamis ini
telah menerima pendidikan awalnya di Sekolah Rendah Perempuan Methodist Kampung
Belanda, Tengkera, Melaka. Wanita yang dilahirkan pada 22 Januari 1903 di Kampung
Nyalas, Melaka dianggap pelopor kepada wanita Melayu khususnya dalam bidang pendidikan
dan pemimpin wanita berwibawa. Pada tahun 1934, beliau telah menikahi Haji Amin Ahmad
dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Khalidah Adibah, Khalidah Fadzillah dan
Sulaiman Shakib.

Ibu Zain as a young adult.
She became a probationary
teacher at 19, and at 24 was
made the superintendent of
schools in Johor.

=1=

Biodata Tokoh

=2=

=3=

PENDIDIKAN IBU ZAIN

Semuda usia 17 tahun, Ibu Zain telah menubuhkan sebuah sekolah di Pusat Jaya, Negeri.
Seorang anak kecil yang cergas dan cerdas akal, Zainun gigih menimba ilmu. Ketika
mengikut ayahnya menetap di Melaka, beliau belajar di Methodist Girls School, Tengkera
(1909 - 1912) diikuti Tengkera School (1913 - 1915) sehingga lulus Junior Cambridge.
Suatu pencapaian yang tidak ramai mampu gapai, khususnya di kalangan anak gadis. Lebih
membanggakan Ibu Zain mampu mempertahankan akidahnya yang terdidik dari kecil ketika
ditawarkan menjadi mubaligh Kristian.
Kejayaan yang dicapainya dikongsi pula dengan masyarakat. Ibu Zain tidak sanggup melihat
anak gadis Melayu ketinggalan dalam pendidikan. Beliau mempunyai kesedaran yang sangat
tinggi untuk melihat lebih ramai kaum wanita pandai membaca dan menulis kerana ilmu
merupakan kunci yang membentuk jati diri beliau sendiri. Semuda usia 17 tahun, Ibu Zain
telah menubuhkan sebuah sekolah di Pasuh Jaya, Negeri Sembilan bagi membasmi buta
huruf. Beliau tidak mahu hanya dirinya sahaja yang mendapat peluang pendidikan yang baik.
Projek pertama beliau ini adalah dengan menggunakan duit beliau sepenuhnya, menerusi
upah yang diperoleh dengan menterjemahkan cerita bahasa Melayu daripada tulisan jawi ke
rumi. Upah tersebut juga diperoleh beliau menerusi kerja-kerja menaip surat. Sumbangan
pertama beliau dalam pendidikan ini sangat dikagumi kerana usia muda tidak
menghalangnya berbakti kepada masyarakat.

=4=

https://www.slideshare.net/qashah09/tokoh-pks-negeri-johor-ibu-zain-30840470
=5=

Nama Ibu Zain sememangnya mendapat perhatian dan tempat dihati masyarakat. Pada
tahun 1921, beliau berhijrah ke Muar untuk berkhidmat di Sekolah Perempuan Bandar
Maharani dan pada tahun 1924, beliau telah dilantik sebagai Guru Besar di sekolah yang

sama. Khidmatnya yang cemerlang menyebabkan beliau dilantik menjadi Guru
Pelawat/Penyelia bagi sekolah perempuan Daerah Muar dan Batu Pahat dan bintang
beliau semakin bersinar bila dilantik bagi menyelia sekolah-sekolah seluruh negeri Johor.
Di situlah, beliau mengasaskan sekolah agama petang dan turut menjadi penyelia kegiatan
tersebut. Sekolah tersebut turut menjadi sekolah agama perempuan yang pertama di

Negeri Johor.

Kebolehannya berbahasa Jepun dalam masa singkat menyebabkan beliau dihormati oleh
pegawai dan askar dari negara matahari terbit itu. Oleh itu, Ibu Zain dibenarkan untuk
terus mengajar di sekolahnya dengan syarat Bahasa Jepun juga perlu diajar. Selain itu, Ibu
Zain turut mempelajari Bahasa Arab. Walaupun telah mempelajari bahasa al-Quran ini
daripada ayahnya, tetapi beliau tetap mendalami Bahasa Arab daripada Haji Fadzullah
Suhaimi.

Slogan “Agama dididik, moden dibela” memperlihatkan kesungguhan beliau untuk berbakti
kepada anak bangsa. Sehubungan itu, beliau semakin aktif apabila menubuhkan Persatuan
Guru Perempuan Melayu dan Agama Johor. Kewibawaan beliau menambat keyakinan ahli
hingga beliau diberi kepercayaan sebagai Presiden pertama persatuan tersebut. Kerja-kerja
pejabat turut tidak dilupakan Ibu Zain dalam kesibukan memegang pelbagai jawatan.
Jawatan Yang Dipertua Persekutuan Guru-Guru Perempuan Melayu disandang oleh beliau
selama 19 tahun sejak tahun 1930 lagi.

=6=

Di antara tahun 1929-1941, Ibu Zain menghasilkan majalah untuk wanita, diberi nama
"Bulan Melayu". Semangat juang yang tinggi menjadikan beliau sebagai salah seorang
perintis UMNO dan memegang jawatan Ketua Kaum Ibu UMNO (sekarang disebut Ketua
Wanita UMNO).

=7=

=8=

Ibu Zain sewakut menjadi ahli Dewan Undangan Negeri Johor
=9=

Ibu Zain juga aktif dalam persatuan. Beliau adalah antara pejuang yang bertanggungjawab
menubuhkan Persatuan Guru-Guru Sekolah Melayu dan Sekolah Agama Negeri Johor.
Kewibawaan beliau menambat keyakinan ahli hingga beliau diberi kepercayaan sebagai
Presiden pertama persatuan tersebut. Jawatan Yang Dipertua Persekutuan Guru-Guru
Perempuan Melayu disandang oleh beliau selama 19 tahun sejak tahun 1930 lagi.

Dalam usaha mencapai kemerdekaan negara, Ibu Zain turut menyumbang bakti. Beliau
berjaya menyatukan kaum ibu untuk turut serta menyokong usaha tersebut. Sewaktu zaman
konfrontasi dengan komunis, wanita berani ini mendaftar diri sebagai tentera sukarela dan
meredah hutan seorang diri. Beliau bergerak dari satu kampung ke kampung yang lain bagi
menangkis dakyah komunis daripada menular dalam kalangan masyarakat. Ternyata usaha
beliau membuahkan hasil. Pada 10 Mac 1963 beliau dilantik sebagai Pengetua Kolej Puteri
Tuanku Ampuan Mariam.

Ibu Zain turut memainkan peranan dalam mendaulatkan bahasa Melayu. Beliau terlibat
dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pada tahun 1956, sehingga tertubuhnya
Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1958.

= 10 =

= 11 =

Pada tahun 1948, Ibu Zain telah berjaya menubuhkan kolejnya sendiri yang bernama Kolej
Tunku Ampuan Mariam di Johor Bahru. Kini ianya telah bertukar menjadi Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru dan merupakan SMKA yang terbaik di negeri
Johor.

= 12 =

= 13 =

Ibu Zain menerima anugerah
Tokoh Guru 1975

Sumber : https://www.pnm.gov.my/yangpertama/Edu_Guru_PHOTO1.htm
= 14 =

Kolej Ibu Zain (KIZ), Universiti Kebangsaan April 1994 Malaysia. Nama kolej ini adalah

bersempena dengan nama tokoh kemerdekaan iaitu Ibu Zain atau nama sebenarnya Tan Sri

Zainun Munshi Sulaiman seorang tokoh wanita Melayu yang penuh kelembutan tetapi tegas

dalam perjuangan membangunkan anak bangsa. Penubuhan kolej kediaman yang ketujuh ini

mampu menampung keperluan penginapan sebanyak 400 orang pelajar. Kolej ini dibina di atas

Bukit Warisan yang berkonsepkan ala-resort yang mementingkan persekitaran dan lanskap yang

hijau dan kondusif untuk suasana pembelajaran.

Kolej KIZ Sebagai salah sebuah entiti di UKM, Kolej Ibu Zain menawarkan dua perkhimatan

utamanya iaitu meliputi penginapan pelajar dan juga pembangunan pelajar. Pada tahun 2008,

Kolej Ibu Zain telah dijadikan sebagai pusat aktiviti pelajar antarabangsa dan dikenali sebagai

sebagai Ibu Zain International Student House (IZISH). Pada tahun 2013 nama kolej ini telah

ditukar kembali kepada nama Kolej Ibu Zain bagi memberi ruang dan peluang kepada kolej-

kolej kediaman lain di UKM bagi menerima pelajar antarabangsa selaras dengan matlamat

pengantarabangsaan universiti. Tahun 2017, Kolej Ibu Zain telah dinaiktaraf menjadi sebuah

kolej primier

= 15 =

= 16 =

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN
DpumpbeskatBenmaeeeslodmhaldarmenoietamtilaitinukdiamrnubaytiojsgokkeuuposvilgraeidkekiejninapndauaoru.nidtsinygnimiTgeaKayagtyennsapapessraaggnihlaaeunngaadrapnbtgnnlaaipetgeihtinmmnrdaaudopsnuntiasaeiretyhka.kntmindemahnaI,madngapyabbIltiianaeabeidtusknyemlusdiligerakkdiaabareZaaaumnasupnnlnaenkamaaed.inalanmdnisBedpeidiadnnireeahimrattygrldiaiansicokeanpaajdakaamjnuleaayuotanahyknpajnbhauaaaekgeatarnnisrarit.lgDjdemrkeatuMaolasaabkaaulrrnteaahknilaoa-tarml,egf’kanacppkA.daphgakeeankaeSslserinarnbareeckpiikpdalppakiogayimayakebndiaadnaubneipinkjayarneiugaainananabsntnnamnruaaago.gnhgr,kwerCnakadbaamanyaoeinuetmbh.aerongmlj,elDihtaahaaoryroyhtiiwiuahaknnammmndnaagnaaiygnngyadajegaaiaainmmatarlaasaalrtkteea.eewnidenbanphrMkaihdyeetatptsiaaleaernaenietmdbnnariiguoaa,eis.ubnnkrbuprdBaatugaak-nauhneiskknalykskligaanaiuaamatn.nu

pOdaededlraennaphgalaahatihntmkuaem,ennskteaaiennnrjdaguaekjndnuaiagrltankaaianr-mn,npeiktellaeanirhitdaeayfagtaphasnaiesdgtanuondppri,aarmtkinuekgatsesdulayaidnaciargnoaag,nkntutaoihddthiaadinskaoa,nlbneymeahar.ekpgwiuentunujdesuridaraikss,iaaanm, mkatiasedanhaaakkrhimnm, iob.enemDiraseeninnkgtnaiaenpnggatkiernaarinb.audkkiarani

= 17 =

Penutup
Perjuangan dan bakti Ibu Zain walau bagaimanapun terhenti apabila negarawati ini
meninggal dunia pada 2 April 1989 kerana mengidap barah dalam perut. “Agama dididik,
moden dibela. Dunia dikelek, akhirat ditatang” ditinggalkan oleh Allahyarhamah Tan Sri
Hajah Zainun Sulaiman untuk renungan dan teladan generasi kini. Ibu Zain bukan sahaja
pendidik sejati tetapi juga patriot yang tidak pernah patah semangat dalam
memperjuangkan hak pribumi negara ini. Beliau sentiasa memperlihatkan kegigihannya
dalam usaha memajukan bangsa Melayu. Perjuangan tanpa jemu Ibu Zain adalah untuk
melihat anak bangsanya bukan sahaja bebas dari taklukan penjajah tetapi belenggu
pemikiran yang menyekat kemajuan. Niat murninya ini ditonjolkan dalam setiap detik
perjuangannya. Perjuangannya dalam memastikan anak bangsanya tidak tercicir dalam
mendapat ilmu pengetahuan dibuktikan apabila Tokoh Guru Suluh Budiman 1980 ini
menubuhkan Kolej Tengku Ampuan Mariam. Pelopor politik wanita juga telah
meninggalkan semangat perjuangan tinggi dalam memartabatkan nasib wanita kepada
generasi wanita Malaysia.

Sumber: New Straits Times

= 18 =

Perginya Seorang Tokoh Pejuang
Ibu Zain meninggal dunia pada 2 April 1989 di Muar akibat penyakit barah

dalam perut dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru.
Semoga liku-liku perjuangan Ibu Zain ini akan menjadi poenyuntik semangat

kepada kaum pendidik dalam menyampaikan ilmu dan menjadi penjana
transformasi pendidikan negara.

= 19 =

Sumber Rujukan

Azmi Arifin; Abdul Rahman Haji Ismail. ‘Di sebalik tabir’ sejarah politik
Malaysia 1945-1957 (Penerbit USM). Penerbit USM
Rosnah Baharudin, Wacana Wanita Melayu dan Sastera, Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003
Sulasiah Munajir. 2009. 20 Tokoh Wanita. Bangi: Medium Publications
Siti Zubaidah Abdul Hamid, “Biografi Perjuangan Politik Ibu Zain
Sulaiman”. Latihan Ilmiah, B.A., Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala
Lumpur, 1987/1988.
http://www.wanitaumno.my
http://www.arkib.gov.my/en/web/guest/tan-sri-hajah-zainun-bt-munshi-
sulaiman
http://www.malaycivilization.com.my/exhibits/show/tokoh-pemikir-alam-
melayu/ibuzain#Gambar

= 20 =


Click to View FlipBook Version