MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 1
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 2 MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 - 2025
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 3
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 4
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 5 ISI KANDUNGAN Bil Perkara Muka Surat 1 Maklumat Guru 6 2 Maklumat Sekolah 7 3 Jawatankuasa Pengurusan Sekolah 8 4 Senarai Nama Guru & AKP 9 5 Sejarah Sekolah 11 6 Pelan Sekolah 12 7 Budaya Kerja Cemerlang 13 8 Peraturan Am Smk Langkawi 15 9 Halatuju Sekolah 11.1 Kemenjadian Murid 21 11.2 Kualiti Guru 22 11.3 Kualiti Kepimpinan 23 11.4 Sistem Sokongan Sekolah 23 10 Panduan Tugasan 24 11 Kalendar Akademik / Cuti Perayaan 40 12 Takwim/ Kalendar Sekolah 42 13 Jadual Pencerapan & Pemantauan 53 14 Jadual Semakan Buku Latihan 54 15 Jadual Bertugas Guru Mingguan 55 16 Surat Lantikan Jawatankuasa Sekolah 58 17 Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah Sesi 2022/2023 19.1 Jawatankuasa Pentadbiran 19.2 Jawatankuasa Kurikulum 19.3 Jawatankuasa HEM 19.4 Jawatankuasa Kokurikulum 59 62 64 67
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 6 1.0 MAKLUMAT GURU 1. NAMA PENUH : 2. NO. JPK (P) : 3. NO. KAD PENGENALAN BARU : 4. PENGALAMAN MENGAJAR : 5. NO. GAJI : 6. NO. KWSP : 7. NO. CUKAI PENDAPATAN : 8. KELULUSAN AKADEMIK BIL. IJAZAH / DIPLOMA / SIJIL TAHUN LULUS NAMA INSTITUT 9. KELULUSAN IKHTISAS BIL. IJAZAH / DIPLOMA / SIJIL TAHUN LULUS OPSYEN NAMA INSTITUT 10. MAKLUMAT KURSUS/BENGKEL/SEMINAR (yang pernah dihadiri dalam tahun semasa) BIL. NAMA KURSUS / BENGKEL / SEMINAR TARIKH ANJURAN NO. SURAT RUJUKAN
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 7 2.0 MAKLUMAT SEKOLAH Nama Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi Pulau Tuba Alamat Sekolah 07000, Langkawi, Kedah Kod Sekolah KEA6017 Gred Sekolah B Sesi Pagi Sahaja Jenis Sekolah SMK Jenis Bantuan Sekolah Kerajaan Peringkat Sekolah Menengah Rendah dan Atas Status Beroperasi Lokasi Sekolah Luar Bandar Jenis Murid Lelaki dan Perempuan Bahasa Pengantar Bahasa Melayu Jenis Asrama Asrama Sekolah Harian Bil. Penghuni Asrama 75 Bilangan Murid 203 No. Telefon No. Faks 04 – 9672673 04 - 9672673 Email Sekolah [email protected] Tarikh Tubuh 2 Januari 2001 Keluasan Sekolah 15.2 ekar PPD PPD Langkawi Pengetua Tn Hj Mohammad Isham In Saadon
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 8 3.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN SEKOLAH PENGETUA TN HJ MOHAMMAD ISHAM IN SAADON PENOLONG KANAN PENTADBIRAN EN. RUSDI BIN HAMZAH PENOLONG KANAN HEM EN. ZULKARNAIN BIN HARUN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM EN. MOHAMAD BIN ADAM PENYELARAS PPKI EN. IBRAHIM BIN MOHAMED NAYAN GURU KANAN BAHASA EN. HAMIZUL BIN MAT GURU KANAN KEMANUSIAAN EN. ILYAS BIN HASAN GURU KANAN SAINS & MATEMATIK EN. MOHD FIKRI B. RUSNI GURU KANAN TEKNIK & VOKASIONAL EN. MOHD SYAHROM BIN AZMI
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 9 4.0 SENARAI NAMA GURU & AKP Staf Akademik BIL NAMA JAWATAN OPSYEN KHIDMAT DI SMKL NO TELEFON 1 TN HJ MOHAMMAD ISHAM BIN SAADON PENGETUA GEOGRAFI 04.06.2023 017-5041379 2 RUSDI BIN HAMZAH GPK PENTADBIRAN TEK. MAKLUMAT 01.05.2003 019-4707174 3 ZULKARNAIN BIN HARUN GPK HEM SUKAN & REKREASI 16.11.2019 017-5570833 4 MOHAMAD BIN ADAM GPK KOKURIKULUM PEND. JASMANI/ PEND KESIHATAN 06.02.2023 012-7274277 5 ILYAS BIN HASAN GURU KANAN KEMANUSIAAN PEND. ISLAM 01.02.2005 013-4477880 6 MOHD SYAHROM BIN AZMI GURU KANAN TEKNIK DAN VOKASIONAL TEK. MAKLUMAT 02.01.2020 014-5058484 7 HAMIZUL BIN MAT GURU KANAN BAHASA SEJ / SASTERA 29.10.2009 013-4977075 8 MOHD FIKRI BIN RUSNI GURU KANAN SAINS DAN MATEMATIK MATEMATIK 01.01.2018 019-7545093 9 IBRAHIM BIN MOHAMED NAYAN GURU PPKI SEJARAH 16.08.2006 013-4960874 10 MOHAMAD HAFIZAN BIN MOHD SHUKRY GURU DATA RBT/SAINS 04.04.2022 013-4515912 11 MUHAMMAD HAZIM BIN HASSAN GURU PENYELARAS BESTARI RBT/ MATEMATIK 01.03.2022 018-2580042 12 ABDUL HALIM BIN KADIR GURU PENOLONG SN KJURULATIHAN 20.07.2010 019-5596612 13 AHMAD TAWFIK BIN ABDULLAH GURU PENOLONG B. INGGERIS 20.03.2023 011-12575331 14 AZIRA BT AZIZ GURU MEDIA SEJARAH 03.07.2017 013-8431490 15 IFFAH HAZIRAH BT ISHAK GURU PENOLONG RBT 02.01.2024 011-17411694 16 MOHAMAD AZUWA BIN CHE KOB GURU PENOLONG MATEMATIK 20.03.2023 011-35747027 17 MOHAMAD SYARIFUDIN B. YUSOF GURU PPKI PENDIDIKAN KHAS (BP) 01.09.2021 017-6375142 18 MOHAMMAD SYAMIM AKMAL BIN MOHD SHAIFUL ANUAR GURU PENOLONG GEOGRAFI 02.01.2024 014-3838979 19 MUHAMMAD ALIFF BIN JAMALUDDIN GURU PENOLONG PEND JASMANI KESIHATAN 01.09.2021 019-3463855 20 NAZURA BINTI MOHD SABERI GURU PENOLONG BAHASA MELAYU 02.01.2024 017-4697719 21 NIK SHAHADA BINTI NIK AMERA GURU PENOLONG MATEMATIK 01.09.2021 013-2687253 22 NOOR SYAZANA BINTI MOHAMAD GURU PPKI PENDIDIKAN KHAS 01.09.2021 011-12587649 23 NUR FARAH BT. MOHD ANUAR GURU PENOLONG KIMIA 01.01.2017 019-5925350 24 NUR SYAFEINI CHE MOHD ZAIN GURU PENOLONG PEND. SENI 13.07.2009 012-9382603 25 RADZI AMRI BIN TALHAD GURU PENOLONG ENGLISH 02.01.2024 019-5423169 26 WAN NOR SHAFIQAH BT. WAN MIN GURU PENOLONG PENDIDIKAN ISLAM 01.09.2021 013-3102845 27 ZUBAIR BIN SAMAT GURU PENOLONG B. INGGERIS 01.09.2019 011-30888184
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 10 Staf Sokongan BIL NAMA JAWATAN GRED KHIDMAT DI SMKL NO TELEFON 1 SITI NURSYAFIKAH BINTI MOHAMAD HAFIDZ PEMBANTU TADBIR N19 15.03.2023 017-4663254 2 AHMAD FATHONI BIN AHMAD PENYELIA ASRAMA N19 29.08.2022 012-3600457 3 NOR LELA BT MANSOR PEMB PENGURUSAN MURID N19 04.03.2021 011-14720025 4 MUHAMMAD IZZANI BIN AZIZ PEMBANTU MAKMAL C19 29.08.2022 013-8453212 5 SYAHIRAH BINTI SAIDIN PEMBANTU MAKMAL C19 19.03.2023 011-24026831 6 MOHD FAIZ BIN BASAR PEMBANTU OPERASI N11 11.02.2019 019-5684969 7 AZMAN BIN MURAD PEMBANTU OPERASI N11 01.03.2013 011-10739676 8 MOHAMAD RIDHWAN BIN JOHARI PEMANDU KENDERAAN H11 17.08.2023 016-4599245
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 11 5.0 SEJARAH SEKOLAH Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi, Pulau Tuba telah dibuka pada 2 Januari 2001. Letaknya di Kg Lubuk Cempedak, Pulau Tuba. Sekolah ini berkeluasan 15.2 ekar, merangkumi kawasan bersama dengan Sekolah Kebangsaan Lubuk Cempedak. Kos pembinaanya bernilai RM9,298,731.21 dan siap sepenuhnya pada 11 Oktober 2001. Penyerahan rasmi kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dilakukan pada 21 Januari 2001. Pada asalnya, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Tuba. Atas persetujuan masyarakat setempat dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah maka nama sekolah ini telah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi, Pulau Tuba pada 6 Mei 2001. Maka dengan itu, terpahatlah sejarah nama Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi, Pulau Tuba, sebagai warga pendidikan dalam peta pendidikan negeri Kedah.
MANUAL PENGUR2024 6.0 PELAN
USAN SEKOLAH 2025 12 SEKOLAH
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 13 7.0 BUDAYA KERJA CEMERLANG 1 FOKUS DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN • Pengetua dan guru besar yang berkesan • Sekolah yang berkesan • Guru yang profesional • Kurikulum yang berkesan • Sistem penilaian dan peperiksaan • Pembinaan infrastruktur sokongan pengajaran dan pembelajaran • Pembinaan institusi perancangan dan penyelidikan • Pembinaan sistem institusi pelaksanaan dan pemantauan yang berkesan • Pembangunan staf yang komprehensif • Pembinaan hubungan luar dan masyarakat 2 AZAM GURU Sesungguhnya kami berazam dan bertekad untuk menjadikan : • Kerja yang kami buat hari ini lebih baik daripada semalam. • Kerja yang kami buat esok adalah lebih baik daripada hari ini • Kerja yang kami buat pada hari-hari seterusnya adalah lebih daripada hari-hari sebelumnya 3 HASRAT PENTADBIR GAYA PENGURUSAN KERJA • Pengurusan berkualiti berimej • Bekerja serius, berkesan dan seronok • Bekerja dengan mematuhi pekeliling kementerian, jabatan pelajaran negeri dan pejabat pelajaran daerah. • Mementingkan standard kualiti kerja dan dokumentasi • Ketelusan bekerja / kerja rajin dan ikhlas • Komunikasi yang jelas • Permuafakatan / perbincangan • Ada budi bicara • Ketepatan masa • Keceriaan, keindahan, kebersihan dan keselesaan • Bekerja bersama-sama saya bukan bekerja untuk saya • Melayan segala penuh mesra 4 ETIKA KERJA ISLAM • Bekerja dengan azam mengabdi diri kepada allah • Bekerja dengan ikhlas • Bekerja dengan tekun dan cekap • Bekerja dengan semangat gotong-royong dan berpadu fikiran • Bekerja dengan matlamat manusia sejagat 5 PRINSIP ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Etika kerja kementerian pelajaran malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsipprinsip berikut: • Niat yang betul • Perlakuan yang baik • Penggerak ke arah kebaikan • Memperkota apa yang dikatakan • Disiplin dan beradab • Menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil organisasi
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 14 6 TERAS PERKHIDMATAN CEMERLANG • Berazam meningkatkan mutu pendidikan • Bekerja dengan penuh tanggungjawab • Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri • Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan mesra • Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara • Berpegang teguh kepada ajaran agama
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 15 8.0 PERATURAN AM SMK LANGKAWI 1 Arahan Am 1.1 Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut. 1.2 Guru dan staf sokongan sekolah di nasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh menafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain. 1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan/mata pencarian semata-mata. 1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang. 1.5 Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara. 1.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas. 1.7 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika murid berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah. 1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. 1.9 Menjadi “role-model” 1.10 Tunjukkan kepimpinan melalui teladan. 1.11 Semua guru menjalankan tugas sebagai satu pasukan – TEAM (Together Everyone Achieve Much) 2 Kedatangan 2.1 Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah. 2.2 Guru dikehendaki berada di kawasan sekolah 5 minit sebelum waktu belajar dan menandatangani Buku Kehadiran semasa sampai dan sewaktu balik sekolah. 2.3 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin supaya jadual ganti dapat disediakan. 2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan. 3 Keluar Waktu Mengajar 3.1 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pendidikan/Pejabat Pendidikan Daerah dengan syarat mendapat kebenaran dari Pengetua/Penolong Kanan. 3.2 Guru dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan dituliskan dalam Buku Rekod Keluar. Dapatkan tandatangan Pengetua/Guru Penolong Kanan sebelum keluar. 3.3 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar melalui Guru Penolong Kanan/Penyelia Petang. 3.4 Guru dilarang meninggalkan kelas kecuali dalam keadaan kecemasan. 4 Cuti 4.1 Cuti Rehat/Cuti Penggal Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A/(30) bertarikh 24 Disember, 1993,guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untukmenggantikan cuti rehat.Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugastugas seharian daripada mengajar. 4.2 Cuti sakit 4.2.1 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 16 4.2.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun. 4.2.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji. 4.2.4 Cuti Tanpa Gaji 1 Mengikut Perintah Am Bab Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. 2 Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua cuti rehatnya. 3 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari. 4 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun. 5 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pendidikan Negeri.Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti. 4.2.5 Cuti Rehat Khas 1 Cuti Rehat Khas ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja. 2 Cuti ini boleh diluluskan oleh Pengetua hanya atas sebab-sebab Kecemasan dan upacara agama bagi tempoh sepuluh hari dalam setahun. 4.2.6 Cuti Keluar Negeri 1 Semua guru yang hendak bercuti keluar negeri mesti mendapat kelulusan dari Jabatan. Sila isi borang permohonan yang ada di pejabat selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti. 5 Pakaian 5.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur. 5.2 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak di benarkan bagi guru perempuan. 5.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai. 5.4 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai. 5.4.1 Guru perempuan – seluar trek/panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan,baju trek,kasut sukan atau getah tanpa tumit. 5.4.2 Guru Lelaki – seluar pendek, seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. Kemeja T,kemeja sukan,baju trek atau jersi.Kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit. 6 Perhubungan Sesama Guru 6.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan. 6.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/fahaman/Pendapat/kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain. 6.3 Perhubungan yang berbentuk Kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah. 6.4 Guru mengamalkan ‘esprit de corp’ 6.5 Guru bekerjasama sebagai satu pasukan/TEAM (Together everyone achieves Much). 7 Bilik Guru 7.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru. 7.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ‘non – teaching period’ dan bukannya ‘free period’.Oleh itu guru
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 17 hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja. 7.3 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak menganggu ketenteraman mana-mana pihak. 7.4 Guru digalakkan tidak membenarkan pelajar berada di bilik guru tanpa urusan rasmi. 8 Perjawatan dan Pengajaran 8.1 Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Pengetua. 8.2 Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Guru Ketua Panitia, Guru Kanan Penolong Kanan (Penyelia Petang untuk Sesi Petang) atau Pengetua. 9 Tugas 9.1 Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran dan tugas khas. Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut. 9.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/arahan misalnya, menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pelajaran atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa kebenaran Pengetua. 10 Buku Rekod Mengajar 10.1 Setiap guru akan diberi sebuah Buku Rekod Mengajar dan bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap.Buku ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari Khamis untuk disemak dan ditandatangani Oleh Pengetua/Penolong Kanan/Guru Kanan. 10.2 Jika seseorang bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan/Penyelia Petang. 10.3 Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan. 11 Jadual Waktu 11.1 Guru tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri. 11.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran. 11.3 Guru mesti mematuhi masa jadual waktu – jangan keluar dari kelas lebih awal atau masuk kelas lewat. 12 Jadual Kedatangan Pelajar 12.1 Setiap guru tingkatan akan diberi sebuah buku kedatangan pelajar. Guru bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami dan mematuhi kehendak-kehandak mengenainya yang bercetak di bahagian dalam kulit hadapan. 12.2 Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur,kemas dan ditanda pada setiap hari oleh guru tingkatan pada waktu pertama. Sekiranya guru tingkatan tidak hadir, Penyelaras Tingkatan bertanggungjawab menandanya. 12.3 Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat. 12.4 Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut – turut atau berselang –seli dalam satu minggu ,ibu bapa/penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis. 12.5 Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh guru yang bertanggungjawab. 12.6 Guru tidak dibenarkan membawa balik Buku Jadual Kedatangan Pelajar. 12.7 Alamat pelajar sentiasa perlu dikemaskinikan.
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 18 13 Keselamatan Harta Benda Sekolah 13.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan Guru Displin/PK(HEM) Pengetua/Penyelia petang. 13.2 Ketua Panitia/Guru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat-alat dan bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain. 14 Kebersihan 14.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan.Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat. 14.2 Guru Kanan/Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik Khas/tempat khas(bengkel bilik kaunseling makmal dan lain-lain)bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut. 14.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan pelajar. 15 Surat – menyurat 15.1 Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui Pengetua untuk disampaikan kepada pihak berkenaan. 15.2 ‘Letter-head’ sekolah hanya boleh digunakan dengan kebenaran Pengetua. 16 Surat Yang Diterima 16.1 Ada surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat-surat tersebut. 16.2 Jika surat itu dituju kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Pengetua, surat itu boleh disimpannya sendiri setelah diambil tindakan. 16.3 Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk tindakan guru yang berkenaan,maka guru itu hendaklah: 16.3.1 Mengambil fail yang berkenaan di pejabat jika fail itu tidak ada dalam simpanannya. 16.3.2 Mengambil tindakan yang diperlukan. 16.3.3 Memulangkan semula fail tu ke pejabat. 17 Pergi ke Jabatan Pelajaran/Jabatan Pelajaran Daerah 17.1 Guru-guru tidak dibenarkan pergi ke Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah untuk urusan peribadi pada masa sekolah. 17.2 Guru-guru perlu memakai pakaian bekerja dengan tanda nama semasa di PPD/JPN. 18 Pelawat 18.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua terlebih dahulu.Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Pengetua atau wakilnya. 18.2 Semua pelawat dikehendaki menandatangani Buku Pelawat. 19 Membeli Barang 19.1 Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan menggunakan borang yang boleh diperolehi di pejabat. 19.2 Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia/Guru Kanan/Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua. 19.3 Semua pesanan yang lebih RM50.00 mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan. 19.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas. 19.5 Semua Borang Pesanan Tempatan mesti ditandatangani oleh Pengetua,Pembekal dan penerima.
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 19 20 Kegiatan Kokurikulum 20.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur. 20.2 Kecederaan pelajar mesti dilaporkan kepada ibu bapa dan pengetua selepas dihantar ke hospital. 21 Perhimpunan Sekolah 21.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa-masa dan hari-hari yang ditetapkan. 21.2 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang. 21.3 Guru akan bersama-sama menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah. 21.4 Antara tugas dari guru-guru dikehendaki menjaga disiplin pelajar. 22 Mesyuarat Guru 22.1 Dari masa ke masa Pengetua akan memanggil mesyuarat guru. Kedatangan semua guru guru ke mesyuarat ini adalah diwajibkan. 22.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Kanan/ Ketua Panitia. 22.3 Setiap keputusan dibuat dalam mesyuarat guru sama ada atas arahan Pengetua, guru-guru atau majoriti mesti dipatuhi oleh semua guru walaupun berlainan pendapat. 23 Buku Stok/Inventori 23.1 Guru Kanan atau ketua panitia bertanggungjawab menguruskan buku Stok/inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari Masa ke masa oleh Pengetua/Penolong Kanan. 24 Tanda Nama 24.1 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah/di luar sekolah. 24.2 Tanda nama mesti mengikut saiz yang ditetapkan. 25 Keahlian Kelab Guru/PIBG 25.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah. 25.2 Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat. 26 Penggunaan Alat – alat 26.1 Penggunaan alat – alat hendaklah betul serta mengikut peraturan. 26.2 Mesti mendapat kebenaran daripada Ketua – ketua Bahagian atau Penjaga Stok. 26.3 Bertanggungjawab menggunakan alat – alat dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik. 26.4 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta – merta dan manggantinya jika perlu. 27 Arahan dan Pekeliling 27.1 Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya. 27.2 Sekiranya arahan dan surat pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail khas. 27.3 Sekiranya surat pekeliling itu dari Kementerian,Jabatan Pelajaran/PPD guru hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil. 27.4 Sekiranya guru engkar arahan pengetua tanpa alasan yang munasabah, beliau boleh dikenakan tindakan tatatertib. 28 Telefon/Fax 28.1 Penggunaan telefon/fax hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru hendaklah menggunakan telefon awam atas urusan peribadi. 29 Kunci 29.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat.
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 20 29.2 Kalau ada guru yang hendak menyimpan kunci di bilik-bilik tertentu, Dia mestilah mendapat kebenaran dari pengetua.Guru tersebut bertanggungjawab terhadap bilik tersebut sepenuhnya. 30 Acara atau Majlis Sekolah 30.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah. 30.2 Jika guru tidak data hadir oleh kerana sebab-sebab tida dapat dielakkan, beliau mesti memberitahu pengetua terlebih dahulu. 31 TUGAS-TUGAS AKADEMIK a. Buku Rekod Mengajar hendaklah ditulis dengan sempurna oleh guru sendiri. Peraturanperaturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran mengenai pengisian Buku Rekod hendaklah diikuti. Penggunaan eRPH digalakkan. Perkara-perkara berikut hendaklah disempurnakan. Salinan Jadual Persendirian Salinan Sukatan Pelajaran Rancangan Kerja Setahun/Kontrak Pengajaran Soalan-soalan ujian/Peperiksaan Keputusan Ujian/Peperiksaan bagi tiap-tiap kelas yang diajar. Mengemaskini semua bahagian dalam buku rekod mengajar. b. Sukatan Pelajaran dan Rancangan Kerja hendaklah siap disediakan dalam Buku Rekod dalam masa dua minggu selepas sekolah dibuka c. Buku Rekod guru hendaklah sentiasa kemaskini dan tajuk-tajuk hendaklah mengandungi keterangan ringkas. Contohnya :Tajuk : Ulangkaji (sebutkan apa yang ulangkaji) d. Buku Rekod mengajar yang siap dengan Rancangan Mingguan dan Harian hendaklah diserahkan ke Pejabat Pengetua pada hari Khamis. e. Gunakan masa sepenuhnya bagi mendidik dan mengajar pelajar-pelajar. Alat mengajar dan teknik pengajaran yang sesuai hendaklah digunakan dalam masa menyampaikan pengajaran. f. Adakan gerakerja dan kegiatan untuk penyertaan pelajar dalam pengajaran. g. TANDA DAN SEMAK BUKU KERJA,NOTA DAN LATIHAN PELAJAR-PELAJAR. Selepas pemeriksaan dibuat,tandatangan dan tulis tarikhnya. (Lihat pekeliling KP : 8591/ 80 – 14hb Sept. 1981. h. MENGAJAR DENGAN DUDUK SAHAJA HENDAKLAH DIELAKKAN. Beri perhatian kepada semua pelajar pada masa mengajar. i. Beri kerja rumah kepada pelajar-pelajar pada tiap-tiap hari / hujung minggu, termasuklah pada masa cuti penggal. j. Patuhi ujian /peperiksaan yang ditetapkan dan catatkan keputusan/ pencapaiannya dalam Buku Rekod. k. Adakan kelas-kelas tambahan/pemulihan bagi membantu pelajar-pelajar yang lemah.
MANUAL PENGUR2024 9.0 HALATUJKOKURIKULUM i. Meningkatkan bilangan murid yang mendapat Gred A TOV kepada 10 orang dalam PAJSK ii. Meningkatkan bilangan pemanah TOV kepada 8 orang yang dapat mewakili MSSD Langkawi ke MSSK. KEMENJADIAN MHAL EHWAL MURID i. Meningkatkan Peratus Kehadiran kepada 95% ii. Meningkatkan peratus penghuni akepada 90% dari jumlah keseluruh
RUSAN SEKOLAH 2025 21 JU SEKOLAH KURIKULUM i. Mengecilkan Gred Purata SPM TOV 6.79 kepada 4.76 ii. Meningkatkan pencapaian peratus Lulus Layak Sijil SPM 95.25% (Terbaik 2020) kepada 100% iii. Mengecilkan Gred Purata Bahasa Melayu SPM dari TOV 5.4 kepada 4.44 iv. Mengecilkan Gred Purata Sekolah SPM Sejarah TOV 5.58 kepada 5.49 v. Mengecilkan Gred Purata Bahasa Inggeris SPM TOV 7.96 kepada 5.85 vi. Mengecilkan Gred Purata Matematik SPM TOV 9.00 kepada 6.71 vii. Mengecilkan Gred Purata Sains SPM TOV 7.48 kepada 4.83 viii. Meningkatkan purata bacaan murid dari 1.98 kepada 50 buah setahun MURID murid TOV asrama TOV han murid.
MANUAL PENGUR2024 9.0 HALATUJMenghasilkan seocemerlang di SMeningkatkan Penarafan bintang Penilaian Pusat Sumber sekolah kepada 4 bintang menjelang 2024-2025 KUALITI GUMeningkatkan peratus Pdp bertemakan PAK 21 dari 30% kepada 70% di kalangan guru sekolah
RUSAN SEKOLAH 2025 22 JU SEKOLAH orang guru SMKLPT Meningkatkan pencapaian murid yang menguasai TP5 - TP6 dalam 6 mata pelajaran teras bagi semua tingkatan kepada 70% berbanding tahun 2023 URU Memantapkan Pengurusan Program Pemulihan Khas bagi mencapai 100 % murid menguasai 3M
MANUAL PENGUR2024 9.0 HALATUJMeningkatkan pencapaian audit kewangan sekolah kepada tahap cemerlang. KUALITI KEPIMPINAN
RUSAN SEKOLAH 2025 23 JU SEKOLAH Meningkatkan kehadiran dan penglibatan waris serta komuniti sebagai sukarelawan di sekolah SISTEM SOKONGAN SEKOLAH
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 24 10.0 PANDUAN TUGASAN Senarai Tugas Tugas dan Tanggungjawab Guru A. PANITIA MATA PELAJARAN (GURU-GURU KANAN) 1. Menentukan penggunaan Sukatan Pelajaran kemas kini. 2. Menentukan penggunaan bahan-bahan bantu mengajar dan kaedah-kaedah pengajaran pembelajaran kemas kini. 3. Bertanggungjawab menyediakan Kontrak Pengajaran dan Rancangan Pelajaran Harian dan Tahunan. 4. Menyelaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan pemeriksaan kertaskertas jawapan. 5. Menganalisa keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan dan mengkaji serta mencari jalan untuk memajukan taraf pencapaian dari masa ke semasa seperti mengadakan: i.Kelas-kelas tambahan ii.Ceramah-ceramah menjawab soalan iii.Panduan-panduan tertentu iv.Kuiz v.Bahas 6. Menentukan jenis-jenis buku yang perlu diadakan oleh sekolah untuk Perpustakaan atau rujukan guru. 7. Mengkaji dan menilai buku-buku teks yang baru untuk dipilih dan digunakan oleh sekolah. 8. Memberi kerjasama kepada Jawatankuasa SPBT untuk menjaga keselamatan buku-buku teks yang digunakan. 9. Bertanggungjawab menyediakan bahan-bahan atau alat-alat untuk pameran jika ada. 10. Mengkaji dan menentukan jenis buku latihan kerja bagi tiap-tiap tingkatan jika diperlukan. 11. Mengumpul sekurang-kurangnya dua salinan soalan-soalan dalam dan luar untuk semakan dan rujukan di perpustakaan sekolah. 12. Mengadakan tindak balas kepada setiap perubahan baru yang diperlukan seperti sukatan pelajaran baru, pengkaedahan pengajaran dan pembelajaran baru jika ada. 13. Membuat anggaran-anggaran perbelanjaan tahunan untuk persetujuan pihak sekolah. 14. Bersama-sama memikul tanggungjawab mengekal dan meninggikan prestasi pelajarpelajar. 15. Mengada dan melaksanakan peraturan panitianya. 16. Mengadakan mesyuarat panel sekurang-kurangnya sepenggal sekali atau lebih kerap lagi jika perlu. 17. Menjalankan semua arahan yang diberikan dari masa ke semasa.
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 25 B. GURU MATA PELAJARAN 1. Memiliki, memahami dan boleh menafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran yang berkenaan. 2. Memahami dan mematuhi Pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir pengajaran bagi tiap kelas/darjah. 3. Menyediakan Rancangan Pengajaran dalam buku rekod P&P yang kemas kini dan menyerahkan kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan. 4. Menyediakan Rancangan Pengajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/semester/minggu/harian dan melaksanakan P&P mengikut Rancangan Pengajaran yang disediakan. 5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan dengan secepat mungkin. 6. Menyerahkan/menunjukkan buku latihan murid kepada Pengetus/Wakilnya pada masa yang dikehendaki. 7. Menjalankan Penilaian Kokurikulum kepada pelajar dan mematuhi peraturan Unit Penilaian & Peperiksaan Sekolah. 8. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/bimbingan. 9. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat Panitia. 10. Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran/Jabatan Pelajaran dan PPD. 11. Memastikan keselamatan pelajar di makmal/Bilik Khas/Bilik KH serta mengawasi penggunaan peralatan. 12. Menghadiri mesyuarat /taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada yang dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran /Jabatan Pelajaran Negeri /PPD. Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama. 13. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran. 14. Melapor kepada Ketua Panitia Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan pembelajaran untuk tindakan selanjutnya. 15. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantu mengajar /belajar dan menggunakan secara meluas.Bertanggungjawab dalam menambahkan alat bantu mengajar/belajar bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah. 16. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas diajar. 17. Membantu menguruskan Bank Soalan. 18. Menjalankan tugas seorang kaunselor dan seorang guru disiplin. 19. Menjalankan tugas yang di arah dari masa ke semasa.
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 26 C. GURU TINGKATAN 1. Pengurusan Dan Organisasi Kelas. 1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Tingkatan, Penolong Ketua Tingkatan , Bendahari, AJK Kebersihan dan AJK Keceriaan. Memastikan AJK Kebersihan mengagihkan pelajar untuk membersihkan papan hitam, menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi meja dan membuang sampah.Memastikan AJK Keceriaan sentiasa mengemaskini papan kenyataan dan papan maklumat dari masa ke semasa, menyediakan langsir dan bunga (jika perlu) untuk kelas. 1.2 Menentukan perkara yang berikut ada di dalam kelas:- a. Jadual Waktu b. Jadual Tugas c. Perabot Kelas seperti kerusi meja pelajar, meja guru dan papan hitam di aventorikan. d. Moto Kelas 1.3 Menentukan wayar elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan. 1.4 Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru yang berkenaan. 1.5 Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas. 2. Jadual Kedatangan dan Kedatangan Pelajar 2.1 Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya jam 9.00 pagi dan menyimpan buku daftar kedatangan pelajar di pejabat. 2.2 Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan pelajar ditulis. 2.3 Memastikan data terkini pelajar di tulis. 2.4 Memastikan kelas mempunyai Buku Kawalan Disiplin dan diselenggarakan seperti yang diarahkan. a) Buku diambil dan dihantar pada waktu dan tempat yang disediakan. b) Menjamin keselamatan buku tersebut. 3. Laporan Pelajaran 3.1 Memastikan pelajar mempunyai kad kemajuan pelajar. 3.2 Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan fizikal dalam kad kemajuan murid bagi tiap semester. 3.3 Menyampaikan kad kemajuan pelajar kepada ibu bapa. 3.4 Mengambil kad 001 dan Fail Peribadi Pelajar daripada GPK HEM untuk di kemaskini. 3.5 Menyedia dan mengisi: a. “Mark Sheet” bagi setiap peperiksaan sekolah. b. Kad 001 c. Sijil berhenti dan surat akaun bagi pelajar yang menamatkan persekolahan. 4. Masalah Pembelajaran.Kesihatan Diri dan Disiplin 4.1 Memberi galakan, motivasi dan merangsang minat pelajar terhadap akademik. 4.2 Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberikan hadiah (jika perlu). 4.3 Sentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar. 4.4 Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat pelajar yang menghadapi masalah kesihatan. 4.5 Melaporkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling jika terdapat pelajar yang menghadapi masalah kemerosotan pelajar. 4.6 Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar disiplin sekolah. 4.7 Melaporkan kes poteng kepada Unit Disiplin.
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 27 5. Buku Teks, Biasiswa dan Bantuan. 5.1 Memastikan skim pinjaman buku teks diagih kepada pelajar yang layak dan memastikan buku-buku tersebut dibalut an ditulis nama pelajar. 5.2 Mengemaskini fail SPBT dari masa ke semasa. 5.3 Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama pelajar yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada guru SPBT. 5.4 Mengenal pasti pelajar yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan melaporkan kepada Guru Kebajikan/GPK HEM. 6. Kutipan Yuran dan Dana 6.1 Memastikan semua pelajar membayar yuran persekolahan. 6.2 Mencatatkan No. Resit pembayaran Yuran di dalam Jadual Kedatangan Murid untuk tujuan rujukan. 6.3 Menyerahkan semua wang kutipan yuran (sekiranya ada) kepada Pembantu Tadbir. 7. Pendaftaran Pelajar Baru 7.1 Menerima kemasukan pelajar baru dari Penyelaras Tingkatan/GPK HEM. 7.2 Mendaftarkan nama pelajar baru ke dalam buku kemasukan pelajar dan mendapatkan nombor pendaftaran pelajar baru daripada GPK HEM. 7.3 Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dari sekolah yang terdahulu dan memastikan pelajar ini mendapat buku teks. 7.4 Menyemak jika pelajar ini mendapat sebarang bentuk biasiswa/wang bantuan dan melaporkannya kepada guru berkenaan/GPK HEM. 7.5 Menentukan penerimaan kad Kemajuan Pelajar dan Rekod 001 dari sekolah yang terdahulu. 7.6 Menentukan kedudukan rumah sukan. 7.7 Mengambil butir-butir yang diperlukan. 8. Murid Keluar 8.1 Memastikan borang SPBT, Kad Kemajuan dan Kad 001 dihantar ke Pejabat. 8.2 Menentukan hal-hal peperiksaan dan Kerja Kursus telah disempurnakan. 8.3 Memastikan surat kelulusan untuk bertukar telah diterima. 8.4 Memastikan Buku Teks telah dipulangkan. 8.5 Memastikan penerimaan bantuan/kemudahan dilaporkan ke pejabat untuk tindakan GPK HEM. 9. Pendaftaran Sukan, Persatuan dan lain-lain 9.1 Menentukan setia pelajar mempunyai rumah sukan. 9.2 Memastikan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan senarai nama mereka mengikut persatuan, kelab dan badan beruniform yang dipilih kepada Penyelaras Kokurikulum. 9.3 Menggalakkan pelajar bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti kokurikulum. 10. Guru Kaunselor dan Disiplin 10.1 Menjalankan tugas sebagai guru kaunselor. 10.2 Menjalankan tugas sebagai guru disiplin.
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 28 D. GURU BERTUGAS HARIAN Guru bertugas dikehendaki datang sekurang-kurangnya 30 minit sebelum persekolahan bermula, dan pulang sekurangnya 30 minit setelah sekolah berakhir. 1. Membantu Pengetua membuat pengawasan menyeluruh terhadap pelajar-pelajar sebelum loceng pertama dibunyikan, di waktu rehat, di sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah jika perlu. 2. Mengawasi kebersihan bilik darjah, bilik air, kantin dan kawasan sekolah. 3. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah dan melaporkannya. 4. Membuat laporan di dalam buku “Laporan Bertugas” yang disediakan dan kalau perlu, laporan terus kepada Pengetua supaya tindakan segera dapat diambil. 5. Menguruskan rawatan pelajar-pelajar yang sakit atau menghantar mereka ke hospital/rumahnya. 6. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama-nama pelajar yang memohon. 7. Memastikan ketetapan waktu kehadiran, kepulangan pelajar, masa rehat dan masa pertukaran guru. 8. Menguruskan hal-hal yang bersabit dengan kehilangan/kejumpaan barang. 9. Menentukan tentang keselamatan pelajar-pelajar di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah. 10. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, kegiatan beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan. 11. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/minggu persekolahan ke dalam “Buku Laporan Bertugas”. Antara perkara-perkara yang dicatatkan ialah:- 12.1 Kedatangan pelajar-pelajar, guru-guru dan kakitangan. 12.2 Pelajar-pelajar ponteng, tidak hadir atau sakit. 12.3 Ucapan/pengumuman-pengumumanpenting dalam perhimpunan. 12.4 Lawatan pelawat-pelawat 13. Mengadakan perhimpunan sekolah dan menentukan semua guru dan pelajar menghadiri perhimpunan. 14. Menyampaikan ucapan ringkas/pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan sekolah. 15. Memeriksa buku catatan Ketua Pengawas:- 15.1 Mengambil perhatian dan tindakan jika perlu 15.2 Melaporkan apa-apa masalah penting kepada Pengetua E. PENYELARAS GURU TINGKATAN 1. Bertanggungjawab membuat pembahagian pelajar dalam kelas dibawah jagaannya. Persetujuan GP Kanan perlu diminta terlebih dahulu. 2. Menerima kemasukan pelajar baru dan membuat penempatan mengikut kelulusan perkara-perkara yang telah di persetujui. 3. Membantu Guru Tingkatan dalam hal-hal berkaitan pengagihan bantuan pelajar miskin/buku teks (SPBT). 4. Membantu PK HEM dan guru penyelaras bantuan menguruskan hal-hal berkaitan kelayakan pelajar yang mendapat wang bantuan setelah mendapat maklumat daripada guru tingkatan. 5. Memaklumkan kepada P. Kanan/ Pengetua tentang jumlah pelajar dalam setiap tingkatan dari masa ke semasa. 6. Menjadi penyelaras peperiksaan bagi kelas di bawah jagaan. 7. Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan pelajar baru disimpan dalam daftar masuk dengan kemas dan teratur. 8. Bekerjasama dengan guru bimbingan dan kaunseling bagi mendapatkan kad-kad berikut untuk dihantar ke sekolah baru jika berlaku pertukaran pelajar:- 8.1 Rekod Kemajuan Pelajar 8.2 Kad Kokurikulum
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 29 8.3 Kad 001 8.4 Borang Kelulusan Pinjaman Buku Teks 8.5 Lain-lain yang difikirkan perlu 9. Sentiasa mengemaskini fail-fail pertukaran pelajar. Fail tersebut mesti disimpan di pejabat. Perlu mendapat kerjasama dari Pembantu Am Pejabat. 10. Bekerjasama menyempurnakan analisis peperiksaan PT3 dan SPM/semester/Ujian Bulanan. 11. Bekerjasama dengan setiausaha peperiksaan menyedia dan menyiap bilik-bilik peperiksaan. 12. Berada di sekolah pada hari pendaftaran pelajar baru dan bekerjasama dengan guru tingkatan dan PK HEM dalam hal pengagihan/penempatan tingkatan. 13. Sentiasa memastikan bilangan terkini pelajar serta nombor bilangan/pendaftaran adalah betul. 14. Sentiasa menyemak dan mengemaskini fail-fail kemasukan pelajar dan memastikannya selari dengan Buku Pendaftaran Pelajar. Buku ini hendaklah disimpan di pejabat (Simpanan GP HEM). 15. Menyimpan borang-borang kemasukan pelajar baru dalam fail daftar mengikut kelas. 16. Memastikan pelajar baru ditempatkan di kelas mengikut kelulusan /perkara-perkara yang telah di persetujui. Rujuk Guru Tingkatan/GP HEM. 17. Menyampaikan laporan tentang pelajar baru kepada PK HEM atau Pengetua. 18. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa. F. SETIAUSAHA PEPERIKSAAN 1. Peperiksaan Dalaman 1.1 Menyediakan takwim/jadual waktu peperiksaan. 1.2 Menyediakan jadual pengawasan/gantian pengawasan. 1.3 Menyediakan senarai nama guru yang menyediakan soalan dan menanda jawapan setelah di persetujui oleh guru kanan mata pelajaran. 1.4 Membantu pengetua:- 1.4.1 Menentukan tarikh peperiksaan penggal dan ujian bulanan. 1.4.2 Menentukan penyerahan kertas soalan 1.4.3 Menentukan penyerahan markah oleh guru-guru yang memeriksa kepada guru-guru tingkatan. 1.4.4 Menentukan penyerahan keputusan peperiksaan dan kad kemajuan ke pejabat untuk ditandatangani 1.5 Menentukan semua kertas soalan disimpan dengan selamat. 1.6 Membahagikan kertas soalan/bahan-bahan lain mengikut jadual kepada guru-guru pengawas setelah dipastikan semuanya mencukupi dan tidak membazir. 1.7 Bertanggungjawab untuk melicinkan perjalanan peperiksaan. 1.8 Mendapatkan analisa peperiksaan dan melaporkan kepada Pengetua. 1.9 Menyediakan keputusan percubaan PT3/SPM untuk Jabatan Pelajaran mengikut susunan angka giliran. 1.10 Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa 2. Peperiksaan Luaran 2.1 Menentukan bilangan calon. 2.2 Menyediakan borang masuk sementara dan memberi taklimat keadaan pelajar-peajar tentang pemilihan mata pelajaran dan jumlah yuran serta tarikh akhir penyerahan. 2.3 Menyelia, menyemak, dan memastikan borang kemasukan peperiksaan diisi dengan betul. 2.4 Menentukan penghantaran borang kemasukan ke Jabatan Pelajaran mengikut masa yang ditetapkan. 2.5 Menyemak borang komputer untuk kemasukan calon.
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 30 2.6 Menyediakan jadual giliran Ujian Lisan. 2.7 Menyelia dan melengkapkan keperluan pusat peperiksaan seperti yang diarahkan oleh Lembaga Peperiksaan. 2.8 Menentukan borang-borang yang diperlukan oleh Ketua Pengawas dibekalkan secukupnya. 2.9 Mengedar jadual waktu peperiksaan kepada pelajar dan memberi taklimat mengenai masa dan mata pelajaran. 2.10 Menyediakan bilik-bilik peperiksaan. 2.11 Mengedarkan keputusan peperiksaan kepada calon-calon 2.12 Menjadi ketua untuk menganalisa keputusan peperiksaan apabila dikeluarkan. 2.13 Mendapat dan menyimpan kertas-kertas soalan peperiksaan. 2.14 Menjaga stok bahagian peperiksaan. 2.15 Menjalankan arahan Pengetua dari masa ke semasa. G. GURU PUSAT SUMBER/PERPUSTAKAAN SEKOLAH 1. Menentukan dasar pentadbiran , pembelian dan pengguna perpustakaan. 2. Membuat anggaran belanjawan perpustakaan. 3. Menyediakan senarai buku-buku, alat-alat bilik perpustakaan. 4. Melantik, melatih dan meyediakan pengawas perpustakaan dalam membantu mengurus perpustakaan. 5. Memastikan murid-murid memahami dan mematuhi peraturan perpustakaan. 6. Menjamin bahawa perpustakaan diurus dengan teratur. 7. Dengan kerjasama guru-guru dan memilih dan memesan buku-buku, majalah-majalah, dan lain-lain jenis bahan bacaan sesuai untuk murid-murid serta guru-guru. 8. Membuat pesanan buku dan alat-alat perpustakaan melalui Pengetua. 9. Memeriksa buku-buku atau alat-alat perpustakaan yang dibekalkan cukup serta akur dengan borang pesanan atau invois. 10. Menyimpan rekod pembelian dan perbelanjaan bahan-bahan perpustakaan. 11. Memasukkan kenyataan mengenai buku-buku tersebut ke dalam stok dan mengesahkan buku-buku tersebut mengikut perkelasan “Perpuluhan Dewey”. 12. Memastikan setiap buku mengandungi doket buku, kad buku, “slaid”, tulang belakang dan kad katalog sebelum digunakan. 13. Merancang dan mengadakan aktiviti tahunan seperti menganjurkan pertandingan kuiz, mengadakan pameran, mereka buku, bercerita, perbincangan mengenai buku, ceramah, drama ringkas, pertandingan membaca dan seumpamanya. 14. Menyediakan rekod peminjam-peminjam buku dengan senarai kekerapan murid-murid meminjam buku. 15. Memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukannya. 16. Menjilid majalah-majalah. 17. Memastikan keselamatan segala harta dan perabot di dalam 17. Memastikan keselamatan segala harta dan perabot di dalam perpustakaan daripada kecurian atau kehilangan. 18. Memastikan dan menentukan keselesaan dan kebersihan bilik perpustakaan. 19. Mengadakan fail-fail tegak. 20. Menyimpan suntingan atau keratan akhbar-akhbar dan kertas-kertas soalan peperiksaan untuk rujukan 21. Mengadakan aktiviti-aktiviti am seperti : • Mengisi jadual kedatangan. • Menyusun buku-buku di rak dan para-para. • Mengemas dan menguncikan bilik perpustakaan. • Melengkapkan buku stok. • Mengisi butir-butir pada buku-buku baru. 22. Menguruskan proses hapus kira. 23. Menyemak dan menutup stok di akhir tahun.
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 31 24. Memilih dan melantik pengawas PSS. 25. Menjadi perantara pihak sekolah dengan perpustakaan bergerak. 26. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa. Tugas-tugas Guru Media 1. Menyediakan peraturan dan Peraturan Khas Penggunaan Pusat Sumber. 2. Membuat anggaran perbelanjaan PSS. 3. Memastikan murid-murid memahami dan mematuhi peraturan PSS. 4. Menyediakan senarai peralatan dan alat bantu belajar mengikut mata pelajaran. 5. Membuat pesanan keperluan PSS melalui Pengetua. 6. Menyediakan rekod penggunaan PSS termasuklah mencatat bilangan penggunaan PSS setiap kali dibuka. 7. Menyediakan buku rekod peminjam-peminjam peralatan dan alat bantu mengajar dan mengadakan rekod kekerapan pinjaman. 8. Memastikan keselamatan segala harta dan perabot di dalam PSS daripada kecurian dan kehilangan. 9. Memastikan keselesaan dan kebersihan bilik media. 10. Menyemak dan menutup stok peralatan media di akhir tahun. 11. Menubuhkan kelab PSS. 12. Melaksanakan tugas-tugas lain yang di arahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa. Guru Bahan Membantu Mengajar BBM/APD/K(Komputer) 1. Memastikan alat-alat BBM/APD/K yang berkuasa elektrik dan bahan software/hardware sentiasa dalam beredaan baik. 2. Melaporkan kepada penyelaras PSS jika berlaku sebarang kerosakkan atau kehilangan. 3. Mengemas,menyimpan dan menentukan bahawa alat-alat tersebut sentiasa selamat dan tidak rosak selepas digunakan. 4. Mengadakan peraturan dan cara-cara penggunaan BBM/APD/K. 5. Mengurus penggunaan BB/APD/K. 6. Menyelaras rancangan TV Pendidikan mengikut jadual waktu sekolah. 7. Memastikan keselamatan BBM/APD/K 8. Membantu Pengetua dalam urusan pemilihan, sebut harga alat-alat BBM/APD/K. 9. Menggalakkan penggunaan alat BBM/APD/K dalam pengajaran dan direkodkan dengan kemas. 10. Memastikan bilik BBM/APD/K sentiasa kemas, selamat dan ceria. 11. Menyediakan Laporan Tahunan BBM/APD/K. H. GURU JADUAL WAKTU 1. Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru. 2. Menyediakan peruntukkan waktu mengajar mengikut mata pelajaran 3. Pengagihan mata pelajaran dan bilangan waktu yang sesuai. 4. Menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran tertentu. 5. Menentukan penggunaan bengkel dan makmal. 6. Menentukan corak jadual waktu yang digunakan seperti jadua waktu anjal atau jadual waktu blok. 7. Menentukan guru kelas berdasarkan kelas yang diajar. 8. Memastikan jadual waktu induk dan persendirian disediakan pada waktu tertentu. 9. Memastikan salinan jadual waktu dihantar kepada Pengetua dan dipaparkan untuk makluman semua. 10. Berusaha menggunakan komputer dalam pengurusan jadual waktu.
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 32 I. GURU DATA MAKLUMAT Menyediakan data enrolmen pelajar mengikut tingkatan, kelas, kaum dan jantina. 1. Menyediakan data/maklumat guru mengikut jantina gred, kategori, opsyen dan lainlain. 2. Menyediakan Penyata bulanan pelajar dan penyata bulanan butiran guru. 3. Meyediakan carta atau graf pencapaian akademik pelajar. 4. Menyediakan data pelajar yang mendapat biasiswa. 5. Menyediakan data tentang latar belakang pelajar mengenai ekonomi, tempat tinggal penjaga dan pendidikan penjaga, jenis pengangkutan ke sekolah,agama yang dianuti dll. 6. Menyemak jadual kedatangan kelas pada setiap hujung minggu. 7. Memastikan setiap pelajar baru diberi nombor pendaftaran sekolah. 8. Menggalakkan penggunaan komputer untuk memproses dan menganalisis data. 9. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa. J. GURU DISIPLIN Sebagai setiausaha kepada Lembaga Disiplin Sekolah. 1. Merekodkan segala kesalahan/ hukuman/denda yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar. 2. Menjadi penasihat kepada Lembaga Pengawas Sekolah. 3. Membantu Pengetua dalam menentukan supaya Peraturan-peraturan Sekolah dipatuhi sepenuhnya. 4. Menyelesaikan masalah-masalah yang tidak dapat di atasi oleh Lembaga Pengawas Sekolah serta merujuk kepada Pengetua jika perlu. 5. Membantu Pengetua dalam mengesan kesalahan-kesalahan besar yang boleh membawa kepada penggantungan sementara ataupun pembuangan sekolah.Ia juga dikehendaki mengesahkan kesalahan-kesalahan itu. 6. Sentiasa berhubung rapat dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk menyelesaikan masalah-masalah pelajar dan juga dalam membantu menyelesaikan pelajar-pelajar yang bermasalah. 7. Sentiasa berusaha untuk menanamkan semangat patuh kepada arahan-arahan sekolah dikalangan para pelajar. 8. Bekerjasama dengan Guru-guru Bertugas Mingguan / Harian dan Lembaga Pengawas Sekolah untuk maksud menguruskan kawalan pelajar-pelajar pada hari perhimpunan dan majlis-majlis yang akan diadakan oleh pihak Sekolah. 9. Mencadangkan pelantikan pengawas-pengawas sekolah. 10. Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa. K. GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING Mengadakan runding cara dengan pelajar-pelajar yang mengalami masalah peribadi dan merekodkan butir-butir rundingan itu dengan penuh rahsia. 1. Mendapatkan rekod-rekod pelajar yang cacat, terlalu mundur atau yang kurang bernasib baik. 2. Mengadakan penyiasatan latar belakang pelajar-pelajar dengan menemui penjaga sekiranya terdapat pelajar-pelajar yang bermasalah. Hasil penyiasatannya hendaklah direkodkan dan dirahsiakan.Tindakan sewajarnya diambil selepas penyiasatan rapi dijalankan. 3. Membimbing pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran. 4. Membimbing peajar-pelajar memilih mata pelajaran dalam peperiksaan jika perlu. 5. Membimbing pelajar-pelajar mengembangkan bakatnya dalam bidang tertentu mengikut minat dan kebolehan. 6. Mengumpulkan dan menyampaikan maklumat-maklumat kepada pelajar-pelajar berhubung dengan bimbingan dan kerjaya. 7. Membimbing pelajar-pelajar memilih kerja, cara memohon, cara mendapatkan dan mengisi borang dan member panduan cara-cara menghadapi temuduga. 8. Menyelia rombongan dan mengurus ceramah-ceramah kerjaya.
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 33 9. Menghadiri kursus-kursus, bengkel dan seminar apabila dikehendaki dan melaksanakan apa yang dipelajari. 10. Mengendalikan Kelab Kerjaya dan menentukan ia bergerak dengan aktif termasuk mengadakan pertandingan-pertandingan poster dan pameran-pameran. L. GURU KANTIN SEKOLAH Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan pekeliling Kementeriaan Pendidikan/Kesihatan. 1. Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat perjanjian. 2. Memastikan mutu makanan dan harga jualan berpatutan mengikut syarat-syarat perjanjian dan senarai harga hendaklah dipamerkan. 3. Memastikan tidak ada makanan yang mempunyai bahan yang tidak halal seperti minyak babi (lard), makanan yang menggunakan lemak binatang campuran dalam mee dan sebagainya. 4. Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat serta menggunakan penyepit untuk mengambil makanan. 5. Memastikan keadaan dalam dan luar kantin sentiasa bersih, kemas dan ceria. 6. Memastikan semua pekerja kantin telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan memiliki kad kesihatan yang sah. 7. Memastikan pihak berkuasa kantin berada di permis supaya mudah dihubungi. 8. Memastikan semua penjual dan kakitangan di kantin sentiasa memakai apron tutup kepala yang bersih dan kemas mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan. 9. Memastikan semua makanan ditutup dengan tudug saji/ kain maslin atau disimpan dalam bekas yang ditutup. 10. Memaklumkan keada piha pengusaha tentang hari-hari persekolahan. 11. Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukui. 12. Memastikan pelajar dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukup, selamat dan sesuai. 13. Membuat laporan mingguan dalam buku laporan kantin. 14. Menyampaikan laporan bulanan kepada Pengetua/ Penolong Kanan HEM tentang prestasi kantin. 15. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa kantin 3 kali setahun dan perbincangan dari semasa ke semasa. 16. Memastikan perkhidmatan dan layanan cepat dan mesra. 17. Menjadi penasihat warden kantin (sekolah berasrama sahaja) 18.1 Merancang dan menyelaras tugas Warden Kantin 18.2 Meneliti laporan Warden Kantin 18.3 Mengambil tindakan ke atas kes-kes yang dilaporkan oleh Warden Kantin M. GURU SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) 1. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Buku Teks 1.1 Mesyuarat diadakan dua kali iaitu di awal dan akhir tahun 1.2 Pembahagian tugas pagi/petang 1.3 Taklimat untuk guru kelas 1.4 Pembahagian tugas pentadbiran 1.4.1 buku stok (mengikut kelas) 1.4.2 pengedaran/pengumpulan 1.4.3 buku rosak/hilang 1.4.4 menubuhkan Pasukan Petugas “SPBT” (pelajar) 2. Borang permohonan SPBT 2.1 Mengedarkan borang kepada setiap pelajar 2.2 Borang yang lengkap dikumpul oleh guru kelas dan diberikan kepada guru SPBT
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 34 3. Mesyuarat Jawatankuasa SPBT -Mengadakan mesyarat yang dipengerusikan oleh Pengetua/ Penolong Kanan HEM bagi menentukan pelajar-pelajar yang layak mendapat bantuan pinjaman buku teks bagi tahu semasa 4. Keputusan Permohonan Pelajar -Mengedarkan senarai nama peajar yang layak dan gagal mendapat pinjaman buku teks kepada guru kelas 5. Membuat pesanan buku 5.1 Membuat pesanan pada pertengahan tahun ke Biro Buku Teks 5.2 Mencadangkan pertukaran buku teks pada awal tahu (jika perlu) 5.3 Membuat anggaran yang tepat untuk tahun berikutnya 5.4 Mengisi borang maklumat berkomputer dan menghantar mengikut jadual 6. Pengedaran 6.1 Mengedarkan mengikut kelas 6.2 Menentukan tarikh pengedaran 6.3 Mengesan kelancaran pengedaran 6.4 Mendapatkan borang dari pelajar yang baru masuk/bertukar sekolah 6.5 Mengedarkan buku teks kepada pelajar-pelajar yang baru masuk 6.6 Memastikan borang SPBT telah dihantar ke sekolah pelajar bertukar 6.7 Memastikan guru kelas telah mengagihkan buku pinjaman kepada semua pelajar yang layak 6.8 Memastikan semua guru kelas telah melengkapkan borang pinjaman SPBT/Borang G mengikut jadual 7. Pengurusan Rekod dan Dokumen 7.1 Menyelenggarakan fail yang kemaskini mengikut jenis 7.2 Rekod buku stok yang kemaskini (mengikut kelas) 7.3 Senarai tugas guru-pengedaran/pengumpulan 7.4 Menyimpan rekod buku, hapuskira, rosak, hilang 8. Pengurusan Keselamatan Buku 8.1 Memastikan ada bilik khas SPBT 8.2 Mengurus bilik SPBT 8.3 Membuat peraturan penggunaan bilik SPBT 8.4 Peraturan mengedarkan ke sekolah lain 8.5 Memastikan pelajar membalut buku SPBT dengan membalut plastik 9. Pengurusan Pemulangan SPBT 9.1 Menentukan tarikh pemulangan mengikut kelas 9.2 Menyediakan senarai nama guru bertugas mengikut kelas/tarikh 9.3 Melaporkan kepada Pengetua/Penolong Kanan HEM tentang proses pemulangan 9.3.1 Peratus rosak/hilang 9.3.2 Guru bertugas 9.3.3 Hapus kira 9.3.4 Kekurangan/lebihan 10. Pengurusan Stok dan Inventori 10.1 Surat menyurat kepada Biro Buku Teks dan Jabatan Pendidikan 10.2 Menyimpan invois, bil dan pengesahannya 10.3 Melengkapkan buku stok dan menyimpan dokumen dengan teratur dan selamat 10.4 Mengemaskini inventori SPBT 10.5 Mengisi borang maklumat kekurangan/lebihan buku ke PPD 11. Cadangan Buku Bacaan Tambahan 11.1 Mendapatkan maklumat dari Ketua Panitia/ Guru Kanan Mata Pelajaran 11.2 Merekodkan dan menyimpan buku-buku bacaan tambahan 11.3 Memaklumkan kepada Pengetua/Penolong Kanan HEM 12. Menyediakan senarai buku teks setiap kelas untuk diedarkan kepada pelajar yang tidak mendapat pinjaman buku teks (jika berlebihan)
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 35 N. JAWATANKUASA KECERIAAN, KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN Membantu pihak sekolah mengawasi dan mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah dari masa ke semasa 1. Menyediakan pelan induk landskap sekolah 2. Merancang dan menaja berbagai-bagai projek kebersihan dan keceriaan sekolah seperti:- 3.1 Kempen Kebersihan 3.2 Pertandingan Kebersihan Kelas 3.3 Pertandingan Mengarang Esei Kebersihan 3.4 Ceramah- Ceramah Kebersihan 3.5 Pertandingan Poster Kebersihan 3.6 Menanam Bunga/Pokok di Kawasan Sekolah 3.7 Lawatan ke Sekolah-sekolah Lain 4. Mengadakan projek-projek bersama di antara pihak sekolah dengan pihak luar (PIBG, Persatuan Bekas Pelajar dan sebagainya) bagi mempertingkatkan mutu kebersihan sekolah 5. Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah mengenai kebersihan dan keceriaan dan menyelia kerja-kerja kebersihan yang dijalankan oleh AJK ini. 6. Menyusun jadual kerja yang dijalankan oleh jawatankuasa ini dari masa ke semasa dan membuat laporan kemajuan kerja 7. Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh Kementerian, Jabatan Pendidikan dan PPD 8. Merancang program keselamatan institusi sekolah seperti:- 8.1 Keselamatan lalulintas 8.2 Keselamatan bangunan dan perabot 8.3 Keselamatan di makmal/bengkel/bilik ERT dan lain-lain 9. Mewujudkan kerjasama sekolah dengan pihak polis /polis trafik, bomba, JKR, JKR Elektrik 10. Menggalakkan skim perlindungan diri kepada pelajar 11. Memastikan alat mencegah kebakaran mencukupi dan berfungsi 12. Memastikan sistem lalu lintas di kawasan sekolah dan kawasan berhampiran selamat 13. Menetapkan pergerakan lalulintas dan tempat letak kereta pada waktu majlis rasmi sekolah O. SENARAI TUGAS GURU BIASISWA 1. Bertanggungjawab kepada Penolong Kanan HEM menjalankan tugas berhubung dengan urusan biasiswa di peringkat sekolah 2. Bertanggungjawab mengedar arahan-arahan, surat-surat pekeliling dan borang-borang biasiswa kepada murid-murid 3. Bekerjasama dengan pihak pentadbiran sekolah dalam semua urusan kewangan yang berkaitan dengan Biasiswa Kecil Persekutuan atau Lembaga Biasiswa Negeri Kedah 4. Bertanggungjawab dalam memproses borang-borang permohonan berbagai jenis biasiswa di peringkat sekolah untuk dikemukakan kepada bahagian-bahagian berkenaan 5. Menyediakan laporan mengenai data-data yang bersangkutan dengan pemegang-pemegang biasiswa serta prestasi murid tersebut dalam pelajaran 6. Bertanggungjawab member nasihat dan cadangan kepada pihak sekolah untuk melaporkan kepada pihak berkenaan untuk menarik balik biasiswa kepada pelajar yang tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam bidang akademik 7. Menyiasat dan menyelidik latar belakang calon-calon yang hendak dipilih bagi mendapat biasiswa BKP/LBKN sebelum dikemukakan kepada pihak yang berkenaan P. GURU KESIHATAN DAN KEBAJIKAN PELAJAR 1. Memberi perhatian tentang hal ehwal kebersihan pelajar-pelajar berhubung dengan penyakitpenyakit berjangkit, penyakit yang melarat dan sebagainya. Menguruskan langkah-langkah yang sesuai seperti:- menghantar pelajar-pelajar yang berkaitan untuk mendapatkan rawatan atau meminta nasihat pihak berkuasa kesihatan dan perubatan
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 36 2. Menjadi penyelia hal ehwal klinik sekolah bertugas sebagai pegawai perhubungan di antara pegawai-pegawai dan kakitangan pergigian dan ibubapa serta pelajar-pelajar 3. Menguruskan segala hal ehwal surat menyurat yang diperlukan oleh pihak berkuasa kesihatan dan perubatan berhubung suntikan mencegah penyakit di kalangan pelajar-pelajar 4. Menganjurkan penerangan atau ceramah berhubung dengan langkah-langkah mengawal penyakit merbahaya yang sedang merebak 5. Menyediakan ubat-ubat yang diluluskan untuk rawatan-rawatan kecederaan dan sebagainya yang ringan 6. Membantu guru bertugas untuk member rawatan pelajar-pelajar yang mendapat kecederaan atau kemalangan yang memerlukan rawatan sementara sehingga dibawa menemui doctor 7. Menyelenggara tempat rehat sementara untuk pelajar-pelajar yang sakit 8. Menyedia alat-alat untuk mencegah kebakaran dan memastikan alat-alat tersebut boleh digunakan pada setiap masa 9. Mengadakan peraturan-peraturan untuk menghadapi kejadian kecemasan seperti kebakaran dan sebagainya bagi bangunan tertentu dan keseluruhannya 10. Memberi penerangan-penerangan dan menjalankan latihan-latihan berhubung dengan hal-hal keselamatan jalanraya dan lain-lain keselamatan diri Q. SETIAUSAHA SUKAN 1. Mengatur rancangan/ jadual sukan sekolah sesuai dengan rancangan MSSD, MSSN dan MSSM sepanjang tahun 2. Membahagikan pelajar-pelajar mengikut Rumah Pasukan 3. Membantu Pengetua menetapkan Guru Kanan Rumah dan Guru-Guru Rumah lain 4. Membantu Pengetua membahagikan tugas sukan kepada guru-guru 5. Menyelaraskan kegiatan/latihan dan pertandingan antara rumah-rumah dan sekolah-sekolah supaya sesuai dengan hari, masa, tempat, gelanggang dan padang 6. Menentukan gelanggang sukan dan padang permainan adalah mengikut ukuran yang betul 7. Mengaturkan rancangan lengkap untuk Kejohanan Olahraga Tahunan sekolah 8. Membantu Pengetua enyediakan anggaran perbelanjaan sukan untuk tahun berkenaan 9. Menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan sukan yang dianjurkan oeh badanbadan yang lain 10. Mengawal dan menjaga alat sukan dalam keadaan yang baik 11. Mengmaskini Buku Stok Sukan 12. Mengaturkan pengangkutan dan kenderaan untuk pasukan sekolah sekiranya perlu 13. Mencadang peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan patut diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaannya 14. Menyediakan Laporan Sukan Tahunan 15. Menjadi Ahli Jawatankuasa Pemilihan Pengawas 16. Mencadangkan Olahragawan dan Olahragawati sekolah 17. Mencadangkan langkah-langkah untuk meninggikan prestasi sukan sekolah 18. Tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa R. KETUA RUMAH SUKAN 1. Memastikan adanya senarai ahli Rumah Sukan yang lengkap (guru dan pelajar) 2. Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan 3. Membentuk jawatankuasa rumah di kalangan peajar yang meliputi olahraga dan permainan 4. Menjalankan mesyuarat agung rumah sukan dan permainan 5. Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat sekolah 6. Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan/Penolong Kanan HEM /Penolong Kanan Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah 7. Memastikan laporan aktiviti Rumah Sukan disediakan untuk edaran dan rekod 8. Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang pelajar kepada Setiausaha Sukan untuk dicalon sebagai wakil sekolah
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 37 S. GURU RUMAH SUKAN Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan 1. Guru dan pelajar wajib hadir pada waktu latihan Rumah Sukan. Kedatangan dicatatkan dalam buku kehadiran 2. Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan antara Rumah Sukan 3. Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah 4. Merekodkan kedatangan pelajar dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir 5. Mengawasi keselamatan pelajar semasa waktu latihan 6. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar 7. Sentiasa berbincang dengan Ketua Rumah Sukan untuk meningkatkan prestasi rumah sukan T. GURU PERMAINAN 1. Memajukan kemahiran dan minat pelajar-pelajar dalam permainan yang dijaga 2. Membentuk, membuat pemilihan dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual yang dirangka 3. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar dalam permainan itu 4. Menentukan undang-undang permainan dan perlawanan antara rumah 5. Menganjurkan perlawanan antara sekolah seberapa kerap yang mungkin 6. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar termasuk surat izin ibubapa dan memastikan pelajar-pelajar itu dilindungi oleh insuran 7. Melaporkan dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan disertai oleh pasukan sekolah dan pertandingan-pertandingan peringkat sekolah 8. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan bagi permainan itu 9. Memastikan pelajar-pelajar pasukan seolah memiliki semangat kesukanan yang tinggi di samping menjunjung undang-undang dan disiplin sekolah U. GURU PENASIHAT PERSATUAN Bertanggungjawab menasihati, membimbing dan mengawal susunan dan perjalanan peraturan-peraturan yang berkenaan supaya benar-benar teratur dan bergerak 1. Bertanggungjawab sebagai penggerak kepada persatuan-persatuan yang berkenaan bagi melaksanakan kegiatan-kegiatan yang berfaedah kepada ahli-ahli seperti:- • Melaksanakan projek-projek tertentu Menganjur/ menyertai peraduan-peraduan • Mengadakan kursus-kursus bimbingan dalam bidang-bidang yang sesuai • Menganjurkan ceramah-ceramah, seminar dan forum • Mengadakan lawatan sambil belajar • Berbagai-bagai kegiatan lain • Daripada kegiatan yang tersebut di atas, tiap-tiap persatuan dikehendaki melaksanakan sekurang-kurangnya:- a. Satu projek tertentu dan b. Satu lawatan sambil belajar 3. Membimbing ahli-ahli jawatankuasa dan ahli-ahli persatuan dalammemahami peraturanperaturan tertentu, misalnya peraturan-peraturan mesyuarat dan sebagainya 4. Menggiatkan lagi kecenderungan pelajar-pelajar dalam bidang pelajaran 5. Menentukan bahawa Rancangan Kegiatan setahun dibuat dan disampaikan kepada Pengetua pada awal penggal persekolahan yang pertama tiap-tap tahun 6.1.2Tugas dan Tanggungjawab Guru Tingkatan A. Perhiasan dan Kebersihan Kelas 1. Setiap kelas mesti mempunyai : • Jadual waktu induk yang terkini • Jadual Bertugas harian yang ada pusingan dan giliran • Kenyataan Kehadiran Pelajar di sudut atas sebelah kanan papan tulis
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 38 • Senarai Ahli jawatankuasa Kelas/Organisasi Kelas • Piagam Kelas/Moto Kelas • “Count Down” Peperiksaan Awam PT3 dan SPM. • Sudut mata pelajaran di belakang kelas hendaklah dipenuhi dan ditampal • Senarai inventori/peralatan di dalam kelas hendaklah dipamerkan • Buku pergerakan pelajar hendaklah diurus dengan baik B. Jadual Kedatangan 1. Ia adalah dokumen rasmi yang penting. Guru kelas berkenaan bertanggungjawab penuh ke atasnya. Jadual ini tidak dibenarkan dibawa keluar dari pejabat (kecuali bagi urusan menutup data, urusan rasmi seperti “Fire Drill”, Hari Pelaporan atau ada urusan dengan ibu bapa/penjaga. Segala maklumat hendaklah diisi sepenuhnya oleh guru kelas yang berkenaan. 2. Maklumat di dalamnya mesti tepat dan kemaskini. 3. Tulisan mestilah kemas dan mudah dibaca. Gunakan HURUF BESAR. 4. Gunakan pen dakwat hitam atau biru sahaja. (pilih dakwat yang sesuai). 5. Kehadiran pelajar mesti dicatat selewat-lewatnya akhir waktu kedua sesi hari berkenaan. 6. Nama bapa atau penjaga yang sah sahaja dicatatkan. Jika penjaga sementara (abang, kakak, bapa saudara dll) kedua-dua maklumat mesti dicatat. 7. Nama pelajar ditulis dengan lengkap setiap bulan termasuk Disember . 8. Nombor pendaftaran pelajar hendaklah dicatat. 9. Nama dan Nombor biasiswa hendaklah dicatat. 10. Maklumat rumah sukan dan kokurikulum hendaklah dicatat. 11. Yuran dan nombor resit hendaklah dicatat. 12. Menandakan maklumat kehadiran dengan jelas. • – Ponteng/tidak hadir tanpa sebab L – Lewat (dikira hadir) K – Pelajar menghadiri aktiviti Kokurikulum, berkursus (dikira hadir) • – Tidak hadir dengan kebenaran (penjaga memohon kebenaran untuk aktiviti keagamaan, urusan keluarga, hadir temuduga) • – Cuti sakit (surat doktor atau surat penjaga) 13. Bagi kes ponteng, guru bertanggungjawab menghantar surat amaran /mendapat makluman. (Surat Amaran 1, Surat Amaran 2, Surat Amaran 3). 14. Maklumkan kepada PK HEM jika pelajar tersebut perlu dibuang sekolah jika telah mencapai jumlah ponteng yang dibenarkan. Surat Bilangan hari tidak hadir berturut-turut Bilangan hari tidak hadir berturut-turut tidak Amaran Pertama pada hari ke-3 pada hari ke-10 Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran 10 hari selepas Pertama Amaran Pertama Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran 20 hari selepas Kedua Amaran Kedua Buang Sekolah 14 hari selepas 20 hari selepas Amaran Terakhir Amaran Terakhir Jumlah hari tidak 31 hari berturut-turut hadi 60 hari bukan berturut-turut 15. Pada hari terakhir persekolahan dalam satu-satu bulan, guru kelas hendaklah : i. menyelaraskan kedatangan bulan berkenaan ii. menyediakan senarai murid bulan berikutnya iii. Kenyataan murid (keluar/masuk direkodkan) iv. Menutup jadual kedatangan bagi bulan berkenaan dan memenuhkan rumusan
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 39 kedatangan di bahagian hadapan Jadual Kedatangan C. Kebajikan Pelajar Bertanggungjawab menjadi penyampai maklumat pengurusan dan aktiviti sekolah kepada ahli kelas. 1. Mengenal pasti pelajar miskin/anak yatim dan sebagainya. 2. Guru kelas memantau disiplin ahli kelasnya. 3. Memantau dan menyemak kutipan yuran kelas daripada Bendahari Kelas (bagi mengelakkan pecah amanah) 4. Mengurus dan merekodkan maklumat berkaitan SPBT. 5. Perkara-perkara lain yang berkaitan. 6.1.3 Agihan Tugas Khusus Guru-guru Penasihat Kelab dan Persatuan/Unit Uniform dan Kelab Sukan dan Permainan. Ketua Guru Penasihat a. Mempengerusikan Mesyuarat Agung untuk melantik AJK Kelab/Persatuan yang baru serta merancang aktiviti untuk tahun berikutnya. b. Memanggil Mesyuarat Jawatankuasa sekurang-kurang 4 kali setahun, merancang serta membincang aktiviti tahunan mengikut jadual perjumpaan. c. Memastikan aktiviti tahunan dilaksanakan dengan membuat pengagihan tugas yang sama rata dalam guru penasihat yang lain. Penolong Ketua Guru Penasihat a. Bertanggungjawab membantu Ketua Guru Penasihat melicinkan perjalanan Kelab/Persatuan. b. Memastikan fail-fail kelab/persatuan sentiasa dikemaskini, mengandungi semua maklumat yang diperlukan termasuk butiran perjumpaan/aktiviti, maklumat kehadiran dan sebagainya serta sentiasa sedia untuk disemak oleh Penyelaras/pihak pemantau. Pemantauan fail kali pertama akan diadakan pada minggu pertama bulan April. c. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Guru Penasihat dari masa ke semasa. Guru-guru Penasihat Ketiga dan seterusnya… Bertanggungjawab memastikan Papan Kenyataan Kelab/persatuan dilengkapi dengan maklumat-maklumat penting selewat-lewatnya minggu keempat bulan Februari (Carta organisasi, Senarai Nama Guru Penasihat dan AJK, Perancangan Tahunan beserta tarikh pelaksanaannya, Carta Gant dan lain-lain maklumat yang berkaitan). Pemantau Papan Kenyataan yang pertama akan diadakan dalam bulan Mac. a. Bertanggungjawab membantu Ketua Guru Penasihat melincinkan perjalanan kelab/persatuan b. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Guru Penasihat dari masa ke semasa. c. Merekodkan semua butiran kehadiran/pencapaian/penglibatan/penyertaan ahli-ahli dalam Buku Rekod Kokurikulum Pelajar. d. Menyedia dan mengurus Sijil Penyertaan Pelajar
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 40 11.0 KALENDAR AKADEMIK DAN CUTI PERAYAAN
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2024 2025 41
MANUAL PENGUR2024 12.0 TAKWIM PERSEKOL
USAN SEKOLAH 2025 42 LAHAN SESI 2024/2025
MANUAL PENGUR2024
USAN SEKOLAH 2025 43
MANUAL PENGUR2024