KANDUNGAN BIL TAJUK HALAMAN 1 Notis Mesyuarat Agung Tahunan 1 2 Atur Cara Majlis dan Agenda Mesyuarat 2 3 Jawatankuasa PIBG 3 4 Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-35 Tahun 2022 4-10 5 Laporan Kegiatan Tahunan PIBG 2022 11 6 Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2022 12-15 7 Usul-usul Mesyuarat Agung Tahunan 2023 16 8 Jawatankuasa Kerja 17-18
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-36 TAHUN 2023 TARIKH : 24 JUN 2023 (SABTU) MASA : 9.00 PAGI TEMPAT : DEWAN TERBUKA SMK DATO’ WAN MOHD SAMAN ATUR CARA MAJLIS 9.00 pagi : Pendaftaran waris. 9.15 pagi : Ketibaan VIP 9.20 pagi : Aluan Pengerusi Majlis. : Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Kedah : Bacaan doa. : Ucapan YDP PIBG. : Laporan Pengetua : Ucapan Perasmian. : Penyampaian Sijil Penghargaan Jawatankuasa PIBG 10.20 pagi : Majlis berehat. 10.30 pagi : Mesyuarat Agung Tahunan PIBG bermula : Cabutan bertuah. 12.30 tengahari : Bersurai. AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-36 TAHUN 2023 1. Ucapan Aluan Pengerusi. 2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35 tahun 2022. 3. Perkara-perkara berbangkit. 4. Membentang dan menerima Laporan Kegiatan Tahunan PIBG 2022/2023. 5. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2022. 6. Membahaskan usul. 7. Membubarkan Jawatankuasa PIBG sesi 2022-2023 dan mengusulkan pelantikan sementara Pengerusi Mesyuarat. 8. Memilih Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2023-2024. 9. Hal-hal lain. 10. Ucapan penangguhan.
PERSATUAN IBU BAPA – GURU ( PIBG ) PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK DATO’ WAN MOHD SAMAN 05400 ALOR SETAR, KEDAH JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 YANG DIPERTUA : En. Mohamad Baharin bin Mohd Ali PPN., PCK. NAIB YANG DIPERTUA : En. Zakaria bin Sulaiman SETIAUSAHA : En. Mohd Azrul Nasri bin Che Mat BENDAHARI : Pn. Rosehayati binti Mohd Saufi AJK WARIS 1. En. Abdul Rashid bin Yob 2. En. Shamsul bin Abu Bakar 3. Pn. Faridah binti Abu Hassan 4. Pn. Zuraida binti Ramli 5. Pn. Hasnita binti Hassan 6. Pn. Azizah binti Shamsudin AJK GURU 1. En. Mohd Shukri bin Hashim @ Hussain 2. En. Ahmad Shukri bin Mohd Junus 3. Pn. Noor Zakiah binti Md Noor 4. Pn. Shamsuriani binti Abdul Hamid 5. Pn. Halimatu Saadiah binti Hassan PEMERIKSA KIRA-KIRA (WARIS) : Pn. Asma binti Che Ani PEMERIKSA KIRA-KIRA (GURU) : En. Looi Tuck LANTIKAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 YANG DIPERTUA : NAIB YANG DIPERTUA : SETIAUSAHA : BENDAHARI : AJK WARIS 1. 2. 3. 4. 5. 6. AJK GURU 1. 2. 3. 4. 5. PEMERIKSA KIRA-KIRA (WARIS) : 1. PEMERIKSA KIRA-KIRA (GURU) : 2.
SMK DATO’ WAN MOHD SAMAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE -35 TAHUN 2022 Tarikh : 26 JUN 2022 (AHAD) Masa : 2.00 petang Tempat : Dewan Terbuka Samanan Kehadiran : 155 (112 orang waris dan 43 orang guru) AGENDA MESYUARAT I. UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA 1. YDP selaku pengerusi mesyuarat mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran guru dan para waris di dalam mesyuarat agung kali ini dan mendoakan supaya mesyuarat dapat dilaksanakan dengan sempurna dan lancar. Makluman 2. YDP mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Zakaria bin Sulaiman sebagai Penyelaras DUN Alor Mengkudu di atas kesudian beliau untuk merasmikan majlis ini. Makluman 3. YDP juga memaklumkan bahawa terdapat pembubaran AJK PIBG sesi 2020 - 2021 pada mesyuarat kali ini dan pengerusi sementara perlu dilantik semasa proses pemilihan AJK PIBG yang baru berlangsung bagi memudahkan proses perlantikan tersebut. Makluman 4. 4. Pemilihan AJK PIBG di kalangan waris perlu dibuat oleh semua ahli yang hadir. Manakala pemilihan AJK PIBG di kalangan guru akan dibuat oleh tuan pengetua sendiri. Makluman II. UCAPAN PENASIHAT 5. Tuan pengetua selaku Penasihat PIBG mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG, ibubapa dan guru-guru kerana telah merancang dengan rapi untuk melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35 ini. Makluman 6. Tuan pengetua berkongsi tentang beberapa maklumat : a. Matlamat penubuhan Jawatan Kuasa PIBG sekolah adalah untuk membantu usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan murid-murid. b. Pemilihan AJK PIBG adalah perlu dilakukan pada setiap tahun dalam mesyuarat agung tahunan iaitu memenuhi Akta Pendidikan 1996. c. Jawatan yang perlu dilantik semasa proses pemilihan berlangsung adalah Yang Di Pertua (YDP),
Naib Yang Di Pertua (NYDP), setiausaha, bendahari, dan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) dengan bilangan 2 hingga 11 orang iaitu 6 waris dan 5 guru). 1/5 (20%) daripada ahli yang dipilih boleh terdiri daripada bukan ahli Persatuan PIBG. Makluman III. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI-34 TAHUN 2021 7. Setiausaha PIBG (Encik Mohd Azrul Nasri bin Che Mat) membentangkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-34 bertarikh 24 Jun 2021 yang mengandungi 7 halaman bercetak. Minit mesyuarat tersebut dibentang, disahkan oleh Puan Hashimah dan disokong Puan Zaini binti Abdul Aziz. Makluman IV. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT -tiadaV. MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN KEGIATAN TAHUNAN PIBG 2021/2022 8. Setiausaha PIBG membentangkan laporan Tahunan PIBG 2021. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah mesyuarat Jawatankuasa diadakan sebanyak 3 kali iaitu secara talian dan 2 kali bersemuka. Makluman 9. Aktiviti utama yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa PIBG ialah Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat ( sebanyak 3 kali ), Program Motivasi Keibubapaan yang dibuat secara atas talian. Makluman 10. PIBG sekolah juga mengadakan Majlis Sumbangan Bakul Makanan kepada Pelajar Miskin Tegar, Khidmat Sukarela Sempena pembukaan sekolah untuk Tingkatan 5 secara penggiliran, Khidmat Sukarela Sempena pembukaan sekolah untuk penggal Januari 2022 serta Pendaftaran dan Transisi Tingkatan 1 Penggal 1 sesi 2022/2023. Makluman VI. MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN YANG BERAKHIR 31 DISEMBER 2021 11. Pn. Rosehayati bt. Mohd Saufi selaku Bendahari PIBG membentangkan Penyata Penerimaan dan Perbelanjaan setakat 31 Disember 2020. Beliau memaklumkan : Jumlah pendapatan adalah sebanyak RM22,726.20 Jumlah perbelanjaan adalah sebayak RM28,081.10 Jumlah baki akhir adalah sebanyak RM17,631.48 Makluman
12. Membentangkan perincian bagi Penyata Penerimaan dan perbelanjaan PIBG. Segala butiran penerimaan dan perbelanjaan dinyatakan dengan terperinci di dalam penyata di muka surat 10. Makluman 13. Pada bahagian nota merupakan belanja runcit iaitu belanja secara tunai. Jumlah pendapatan untuk belanja tunai adalah sebanyak RM 2746.00 Jumlah perbelanjaan yang dibayar secara tunai adalah sebayak RM 3027.60 Sementara baki tunai sehingga 31 Disember 2021 adalah sebayak RM 6.30 Makluman VII. MEMBAHASKAN USUL 14. En. Syed Ismashah membentangkan usul daripada PIBG yang mencadangkan untuk mengekalkan bayaran sumbangan PIBG seperti berikut: a) Kelas Pendidikan Khas , Tingkatan 1,2, 3 dan 4 sebanyak RM100 b) Pelajar tingkatan 5 sebanyak RM150 Usul mengekalkan sumbangan ini dipersetujui sebulat suara oleh ahli mesyuarat tanpa sebarang bantahan Tindakan : Bendahari 15. Usul kedua ialah daripada Azizah bt Osman . Beliau mencadangkan pihak sekolah segera mengatasi masalah air di tandas perempuan, menukar guru yang kerap tidak hadir ke sekolah, menukar kipas baru dan meminta pihak sekolah melancarkan program -program yang menarik. Walau bagaimanapun, Pn Azizah bt Osman tidak hadir. Makluman 16. Usul ke-tiga daripada Mohammad Zahir b. Majid .Beliau mencadangkan pihak sekolah mengatasi masalah tandas yang tidak mempunyai air dan menambah menu yang berlainan dikantin. Walau bagaimanapun Mohammad Zahir b. Majid tidak hadir. Makluman 17.Usul ke-empat daripada Mohd Zulkifli b. Aziz .Beliau mencadangkan pihak sekolah memperbanyakkan makanan yang sedap di kantin dan harga mestilah berbaloi. Walau bagaimanapun waris ini tidak hadir. Makluman 18.Pengetua mengatakan isu air merupakan isu yang serius yang dihadapi pihak sekolah. Lebih RM30,000 digunakan bagi memperbaiki paip yang rosak dan bocor. Namun isu tersebut tidak selesai dan berlanjutan hingga sekarang. Selain itu, ketika cuti sekolah , paip akan pecah kerana air berlebihan memandangkan penggunaan air kurang . Pelbagai usaha dilakukan oleh sekolah, termasuklah menghubungi SADA untuk menghantar bekalan air setiap hari ke sekolah . Pengetua memaklumkan sekolah akan mendapat peruntukkan RM124,000 daripada Jabatan Pendidikan Negeri untuk menyelesaikan isu air. Makluman
19. Tuan pengetua memaklumkan sekolah menghadapi kekurangan guru terutamanya guru Pendidikan Islam . Isu ini semakin rumit kerana kekosongan guru tersebut hanya boleh diisi dengan guru opsyen agama sahaja. Pada Ketika ini, sekolah menggunakan khidmat guru MyStep ( guru ganti) iaitu Ustaz Farhan dan Pn. Nurulhuda. Buat masa ini sekolah kekurangan guru subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Inggeris. Makluman 20. Manakala isu guru yang tidak hadir tidak timbul kerana guru tersebut mendapat Cuti Sakit daripada doktor. Ketiadaan guru tersebut tidak boleh diisi dengan Guru Ganti dan sekolah hanya dibenarkan mengambil guru ganti sekiranya terdapat guru bersalin. Makluman 21.Pengetua juga memaklumkan akan sedaya upaya menyelesaikan isu kipas yang uzur dan tidak sesuai digunakan lagi memandangkan keadaan cuaca yang panas. Makluman 22. Penolong Kanan Hal Elwal murid akan menyelesaikan masalah menu makanan di kantin . Tindakan : PK HEM VIII. MEMBUBARKAN JAWATANKUASA SESI 2021-2022 23. Tuan pengetua memaklumkan bahawa mengikut Akta Pendidikan 1996, pelantikan AJK PIBG perlu dibuat setiap tahun sama ada mahu dikekalkan atau dibubarkan. Makluman 24. Selain daripada guru dan ibu bapa kepada murid yang belajar di sekolah ini, keanggotaan juga dibuka sebanyak 1/5 daripada jumlah keseluruhan bilangan AJK PIBG kepada individu yang tidak mempunyai anak di SMK Wan Mohd Saman. Makluman 25.Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2022 dibubarkan oleh YDP PIBG pada jam 4.00 petang. Makluman 26. Cadangan daripada En. Syed Ismashah agar mantan YDP PIBG, En. Mohamad Baharin dilantik sebagai pengerusi sementara disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat Makluman
IX. MEMILIH AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2022-2023 27. Encik Zakaria mencadangkan En. Abdul Rashid sebagai calon YDP. Namun En. Abdul Rashid memohon untuk menarik diri daripada pencalonan tersebut atas kekangan masa dan komitmen di tempat lain. Makluman 28. Pn. Norhasani bt Saad mencadangkan agar mantan YDP, En. Mohamad Baharin bin Mohd Ali dilantik semula sebagai YDP dan disokong oleh En. Zakaria bin Sulaiman. Makluman 29. En. Shamsul bin Abu Bakar mencadangkan agar pencalonan Yang di-Pertua PIBG ditutup dan disokong oleh En. Nasrullah. Makluman 30. Pn. Soleha mencadangkan En. Zakaria bin Sulaiman sebagai Naib Yang di-Pertua, dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat. Makluman 31. Pn. Che Puteh menyokong cadangan agar pencalonan Naib Yang di-Pertua ditutup. Makluman 32. Pengerusi menyerahkan urusan pelantikan Setiausaha, Bendahari, AJK Guru dan Pemeriksa Kira-Kira kepada Tuan Pengetua. Makluman 33. Ahli mesyuarat mencadangkan agar pelantikan AJK dikekalkan bagi ajk yang hadir dalam mesyuarat hari ini. Sejumlah 11 orang AJK PIBG akan dilantik, 6 orang daripada kalangan waris dan 5 orang daripada kalangan guru Makluman 34. Encik Zakaria bin Sulaiman mencadangkan En. Abdul Rashid bin Yob sebagai AJK Waris dan disokong En. Nordin. Makluman 35. Pn. Hashimah mencadangkan Pn. Hasnita bt Hassan sebagai AJK Waris dan disokong oleh En. Zakaria bin Sulaiman Makluman 36. En. Syed Ismashah mencadangkan En. Shamsul bin Abu Bakar sebagai AJK Waris dan disokong oleh Pn. Faridah bt Abu Hassan. Makluman 37. Pn. Rosehayati mencadangkan Pn. Faridah bt. Abu Hassan sebagai AJK waris dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat Makluman
38. Pn. Zuraida bt Ramli dicadangkan sebagai AJK Waris dan disokong oleh Pn. Hashimah. Makluman 39. Pn. Azizah bt Shamsudin dicadangkan sebagai AJK Waris dan disokong oleh Pn. Hashimah Makluman 40. Pn. Hashimah mencadangkan Pn. Asma bt Che Ani dilantik sebagai Pemeriksa Kira-kira Waris dan disokong oleh En. Syed Ismashah. Makluman 41. Tuan Pengetua mengumumkan nama guru yang dilantik sebagai AJK PIBG . Setiausaha :En. Mohd Azrul Nasri bin Che Mat Bendahari :Pn. Rosehayati binti Mohd Saufi AJK Guru :En. Mohd Shukri bin Hashim @ Hussain Pn. Halimatu Saadiah Binti Hassan En. Ahmad Syukri bin Mohd Junus Pn. Noor Zakiah binti Mohd Noor Pn. Shamsuriani binti Abdul Hamid Pemeriksa Kira-Kira Guru : En. Looi Tuck Makluman 42. Senarai penuh Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 adalah seperti berikut: Yang Dipertua : En. Mohamad Baharin bin Mohd Ali Naib Yang Dipertua : En. Zakaria bin Sulaiman Setiausaha : En. Mohd Azrul Nasri bin Che Mat Bendahari : Pn. Rosehayati binti Mohd Saufi AJK Waris : En. Abdul Rashid bin Yob Pn. Hasnita binti Hassan En. Shamsul bin Abu Bakar Pn. Zuraida binti Ramli Pn. Faridah binti Abu Hassan Pn. Azizah binti Shamsudin AJK Guru : En. Mohd Shukri bin Hashim @ Hussain Pn. Halimatu Saadiah binti Hassan En. Ahmad Syukri bin Mohd Junus Pn. Noor Zakiah binti Mohd Noor Pn. Shamsuriani binti Abdul Hamid Pemeriksa Kira-Kira (Waris) : Pn. Asma binti Che Ani Pemeriksa Kira-Kira (Guru) : En. Looi Tuck Makluman
X. HAL-HAL LAIN - Tiada - XI. UCAPAN PENANGGUHAN 43. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua waris yang telah hadir serta berharap sokongan dan kerjasama waris akan terus menyumbang ke arah kemenjadian murid dan kecemerlangan sekolah. Makluman 44. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.10 petang dan diakhiri dengan bacaan tasbih Kaffarah serta surah Al-Asr. Makluman Disediakan oleh: Disemak oleh: …………………………...................... ……………………………...................... MOHD AZRUL NASRI B. CHE MAT (MOHAMAD BAHARIN BIN MOHD ALI), PPN, PCK Setiausaha PIBG, Yang Dipertua PIBG, SMK Dato’ Wan Mohd Saman. SMK Dato’ Wan Mohd Saman.
BIL AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN 1 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2022 26 Jun 2022 2 Program Ceramah Maulidur Rasul - Ustaz Mohammad bin Yusoff 5 Oktober 2022 3 Program Ceramah Motivasi Keibubapaan - Syeikh Yusoff bin Ahmad 10 Oktober 2022 4 Hari Anugerah Cemerlang 2022 20 Oktober 2022 5 Program Amali Haji dan Umrah Perdana 16 November 2022 6 Hari Anugerah Kokurikulum 2022 5 Disember 2022 7 Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat SPM 2022 19 Jan 2023 8 Pendaftaran dan Transisi Tingkatan 1 Sesi 2023-2024 16 Mac 2023 9 Majlis Penyerahan Slip PBD Sesi 2022-2023 21 Mac 2023 10 Program Ceramah Nuzul Quran 2023 - Ustaz Muhammad Fikri bin Ishak 12 April 2023 11 Program Bakul Cakna Raya 2023 16 April 2023 12 Majlis Khattan Quran 18 April 2023 13 Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri 2023 16 Mei 2023 14 Majlis Muafakat PPKI 2023 7 Jun 2023 BIL MESYUARAT JAWATANKUASA TARIKH 1 Mesyuarat Jawatankuasa 1 25/09/2022 2 Mesyuarat Jawatankuasa 2 17/05/2023 3 Mesyuarat Jawatankuasa 3 14/06/2023 BIL KEHADIRAN MESYUARAT JAWATANKUASA 1 2 3 1. En. Mohamad Baharin Bin Mohd Ali, PPN., PCK. YDP √ - √ 2. En. Zakaria Bin Sulaiman NYDP - √ √ 3. En. Mohd Azrul Nasri Bin Che Mat Setiausaha √ √ √ 4. Pn. Rosehayati Binti Mohd Saufi Bendahari √ √ - 5. En. Abdul Rashid bin Yob AJK Waris √ √ - 6. En. Shamsul bin Abu Bakar AJK Waris √ - - 7. Pn. Faridah binti Abu Hassan AJK Waris √ - - 8. Pn. Zuraida binti Ramli AJK Waris √ √ √ 9. Pn. Hasnita binti Hassan AJK Waris √ √ √ 10. Pn. Azizah binti Shamsudin AJK Waris √ √ √ 11. En. Mohd Shukri bin Hashim @ Hussain AJK Guru √ - - 12. En. Ahmad Shukri bin Mohd Junus AJK Guru √ - √ 13. Pn. Shamsuriani binti Abdul Hamid AJK Guru √ √ √ 14. Pn. Halimatu Saadiah binti Hassan AJK Guru √ - √ 15. Pn. Noor Zakiah binti Md Noor AJK Guru √ BERSARA LAPORAN KEGIATAN TAHUNAN PIBG SMK DATO’ WAN MOHD SAMAN SESI 2022-2023
PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022
BIL NAMA USUL 1 Abdul Rashid b. Yob AJK PIBG 1. Mengusulkan supaya mengekalkan Bayaran Sumbangan PIBG sesi 2023-2024 seperti berikut : a. Kelas Pendidikan Khas, Tingkatan 1,2,3 dan 4 sebanyak RM100.00 b. Tingkatan 5 sebanyak RM150.00. 2. Mengusulkan supaya mendapat kelulusan Mesyuarat Agung PIBG bagi pihak sekolah mengambil tindakan memotong rambut pelajar yang tidak mematuhi peraturan. 3. Mengusulkan supaya mesyuarat meluluskan satu sumbangan sebanyak RM10 boleh dikutip daripada waris yang tidak dapat hadir Mesyuarat Agung Tahunan PIBG. BIL NAMA CADANGAN / ADUAN 1 Ahmad Habbudin b. Shamsudin Waris kepada : Fatin Amira bt. Ahmad Habbudin Tingkatan 2 Bestari 1. Laluan masuk dan keluar agak tidak teratur, lori parkir. 2 Salamiyah bt. Adzmi Waris kepada : Zamil Amsyak b. Zamri Tingkatan 1 Bijak 1. Membuat kawalan lalu-lintas di sekolah semasa pergi dan balik. 3 Mohammad Tasnim bin Zainol. Guru dan Waris kepada : Muhammad Aqeel Aljarumi Tingkatan 4 Akaun 1. Mohon usahakan lampu isyarat di jala raya depan sekolah. 2. Bina laluan jalan kaki berbumbung dari pagar ke kantin. Kutip RM50 untuk 1 keluarga. 4 Rohani bt. Ahmad Waris kepada : Shakirin Irfan b. Shahrial Tingkatan 5 Akaun 1. Memperbaharui kawasan yang ada di bangunan lama. PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK DATO’ WAN MOHD SAMAN USUL-USUL MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-36, TAHUN 2023
JAWATANKUASA NAMA PETUGAS PENYELIA 1 AWATIF BINTI AZIZ (GKK) 1. Jemputan Setiausaha PIBG AJK PIBG 2. Sambutan Semua Pengurusan AJK PIBG 3. Pengacara majlis dan cabutan bertuah Shazrina binti Ab Rahim (Pengacara) Mohd Firdaus bin Mohd Akhir 4. Bacaan Doa Ustaz Ribuan@Ridzuan bin Abdullah 5. Jawatankuasa Tajaan Sumbangan Duratul’ain binti Zainol (K) Faudzilah binti Mehat Siti Noor Azzah binti Ahmad 6. Jawatankuasa Cenderamata Dan Sijil Shahrani binti Mohammed (K) Afida binti Ahmad 7. Jawatankuasa Pencatat Minit Mesyuarat PIBG Siti Hajar binti Hussain (K) Shamsuriani binti Abdul Hamid Zahana binti Zainol 8. Jawatankuasa Banner dan Banting Muhammad Farhan bin Baharuddin (K) Mohd Safuan bin Nordin PENYELIA 2 SHARIZA BINTI MOHD SALLEH (GKB) 9. Jawatankuasa Pendaftaran Suhaila binti Mohd Sofi (K) Nur Dalila binti Abdullah Roziela binti Hussain Najah binti Sulaiman Noor Liza binti Halim Roshida binti Baharom 10. Jawatankuasa Teks Ucapan Fuziah binti Hassan (K) Rosemah binti Othman Syariffol Adzuan bin Adznan 11. Jawatankuasa Persiapan Dewan dan Pentas Majlis Mohd Rizuan bin Mat Tasim (K) Ahmad Syukri bin Junus Mohd Khairul Lizam bin Kassim Nur Nazlin binti Mohd Raslan Abu Talib bin Musa Roziella binti Hussain Ismalinda binti Abdullah Pekerja swasta JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2023
12. Jawatankuasa Mengemas Kerusi/Meja/ Peralatan Dewan Looi Tuck (K) Mohamad Tasnim bin Zainol Mohd Hafiz bin Niak Matullah Ahmad Saifuddin bin Ahmad Adilah binti Mohamad Daud Sahilah binti Abu Yazid Pekerja swasta 13. Jawatankuasa Kebersihan Dan Keceriaan Azkamazizam bin Abu Bakar (K) Mahadher bin Abdul Rahman Pekerja swasta PENYELIA 3 FARHAH BINTI DAUT (GKSM) 14. Jawatankuasa Jamuan VIP dan waris Noor Azdiyati binti Ahmad (K) Che Zaida binti Hussain Siti Balkis binti Othman Halimatusaadiah binti Hassan Zaini binti Abd Aziz Sa’ada binti Hashim AJK PIBG : Zuraida binti Ramli Hasnita binti Hassan Azizah binti Shamsudin 15. Jawatankuasa Fotografi, Laporan/Dokumentasi Majlis Teoh Yong Cun (K) Amira Hidayah binti Mohd 16. Jawatankuasa Siaraya Dan Teknikal. Mohd Sofee bin Ismail (K) Mohd Hanapiah bin Ahmad 17. Jawatankuasa Pengiraan dan Pencatat Undi Muhammad Farhan bin Baharuddin (K) Mohd Faiz bin Muhammad 18. Jawatankuasa Buku Program Majlis dan Persembahan Multimedia Norhafizah binti Awang (K) Rosehayati binti Mohammad Saufi Mohd Azrul Nasri bin Che Mat Aliya Rujha bt Marwazi Asrar Othman 19. Jawatankuasa Hadiah Cabutan Bertuah Nor Hamiza binti Abd Kadir (K) Noryati binti Ariffin Habibah binti Muhammad Norshuhaida binti Zainol Abidin Siti Habibah binti Abd Razak Norafizza binti Ismail Mazlina binti Ibrahim
PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG Ke-36 yang membantu menjayakan majlis pada hari SABTU 24 JUN 2022. Pohon sirih pohon selasih Tumbuh merimbun di hujung laman Kalungan budi junjungan kasih Menjadi Kenangan sepanjang zaman Terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa PIBG 2022/2023. Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada : Pengurusan dan Pentadbiran SMKDWMS Semua Guru Staf bukan guru Waris dan Murid-murid SMKDWMS Yang telah memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SMKDWMS kali ke-36 Terima kasih.