The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Teh En Xin, 2024-01-05 04:45:59

MPU 1042 assignment

Nationhood emagazine

BUKIT KEPONG P E R I S T I W A B E R D A R A H ISU NO. 5 / / VOL . 3 / / DISEMB E R 202 3 MENGENANG TRAGEDI MPU1042 Elek L - Kumpulan 17 Pensyarah: Dr. Salmah Binti Omar


NURUL NAJI H A H BINTI H USAIN 30203 9 A H L I K U M P U L A N TE H EN XIN 2 9 9 7 5 7 ELLYA NAD H ILA H BINTI MO H D FADZLI 2 9 9 266 C H UA H XIN YING 2 98906 FARA H AMIRA H BINTI ZOL KARNAIN 30002 3


I S I K A N D U N G A N 03 Penerangan 04 Pengenalan 05 Kronologi Peristiwa Bukit Kepong 23 Februari 1950 (5.00 a.m) 23 Februari 1950 (10.00 a.m) 15 Pengajaran Bagi Kronologi Peristiwa Bukit Kepong Pengorbanan Polis Persefahaman antara kaum Pelajaran tentang kezaliman dan kekerasan Pengajaran dalam taktik dan strategi Kepentingan peranan media Pengajaran ketabahan Pengajaran kepentingan kerjasama Pengajaran tidak mementingkan diri 31 Kesimpulan I Sumber Rujukan Ringkasan 12 Senarai Anggota Polis yang Terkorban 13 Senarai Anggota Polis Bantuan yang Terkorban 13 Senarai Ahli Keluarga Anggota Polis Bantuan yang Terkorban 14 Orang Kampung yang Terkorban 14 Anggota Polis yang Cedera Parah dan Selamat


PENERANGAN Tujuan flipbook ini adalah untuk memudahkan pengambilan nota daripada maklumat arkib mengenai peristiwa bersejarah di Malaysia. Akhbar, imej dan rekod kartografi adalah antara sumber yang disediakan bagi flipbook ini. Oleh itu, tujuan sumber-sumber ini bertujuan untuk memudahkan pembaca atau pengkaji bagi mencari dan mendapatkan maklumat dan bahan yang dikehendaki. Sumber-sumber ini disusun mengikut kriteria indeks dan jenis koleksi, dengan halaman yang direka khusus untuk memudahkan proses pemerolehan. Bantuan ini adalah berdasarkan bahan yang diselenggara oleh Arkib Negara Malaysia. P E N E R A N G A N Muka surat 03


P E N G E N A L A N Muka surat 04 PENGENALAN Bukit Kepong ialah sebuah perkampungan kecil yang terletak di tebing Sungai Muar, Johor. Kawasan ini mempunyai sekitar 20 buah kedai yang kebanyakannya dimiliki oleh penduduk berbangsa Cina. Terdapat juga kawasan perkampungan berdekatan yang didiami masyarakat Melayu yang terletak kira-kira antara 3 hingga 6 kilometer jauhnya. Cara yang termudah untuk ke Bukit Kepong adalah dengan melalui jalan raya ke Lenga dan kemudiannya menggunakan jalan sungai yang mengambil masa kira-kira dua jam. Oleh kerana kedudukannya yang terpencil, kawasan perkampungan ini terputus hubungan dengan dunia luar. Namun begitu, penduduk-penduduknya mempunyai sikap yang berani dan sangat berdikari. Mereka telah menentang pengganas komunis sejak bermulanya keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Pada tarikh 23 Februari 1950, Bukit Kepong telah melakar sebuah sejarah hitam iaitu pertempuran antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya sebelum merdekanya Tanah Melayu yang sehingga kini memberi kesan yang mendalam pada rakyat Malaysia.


Muka surat 05 KRONOLOGI PERISTIWA BUKIT KEPONG Semuanya bermula apabila tiga orang penduduk berbangsa Melayu bertembung dengan tiga orang komunis yang bersenjata. Dengan hanya berbekalkan senjata pisau, tiga orang Melayu tersebut berjaya menewaskan seorang pengganas komunis, mencederakan serta menawan seorang lagi pengganas komunis dan membuatkan seorang lagi melarikan diri. 23 FEBRUARI 1950 (5.00 A.M) K R O N O L O G I Gambar kenangan anggota polis Bukit Kepong sebelum peristiwa serangan balai pada 23 Febuari 1950 Dalam pertarungan yang berbeza, pengawal kampung yang terdiri daripada 40 orang yang juga adalah dalam kalangan polis bantuan dan beberapa kumpulan yang bersenjatakan parang telah diberi penghargaan Colonial Police Medals ’ di atas keberanian mereka mempertahankan tanah air. Pada ketika itu, balai polis ini telah diketuai Sarjan Jamil Mohd Shah yang menggantikan Sarjan Ray Dancey.


Muka surat 06 KRONOLOGI PERISTIWA BUKIT KEPONG K R O N O L O G I Pertempuran ini melibatkan platun campuran 15 anggota Polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga Konstabel Polis Khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya. Anggota polis pangkat rendah dan polis bantuan bergambar di hadapan Balai Polis Bukit Kepong sebelum diserang Pasukan polis bantuan ini telah bekerjasama rapat dengan pasukan polis Bukit Kepong. Peristiwa berdarah ini bermula apabila tiga orang daripada mereka sedang menjalankan tugasan seperti biasa di Balai Polis Bukit Kepong telah diserang oleh segerombolan pengganas komunis seramai 185 orang pada lebih kurang jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950. Balai polis dan berek kelamin serta merta dipertahankan untuk bersedia menghadapi serangan hebat daripada pengganas komunis yang pada ketika itu menggunakan senjata-senjata automatik serta mengepung balai polis tersebut.


Muka surat 07 KRONOLOGI PERISTIWA BUKIT KEPONG Insiden tembak menembak berlaku dengan sengitnya dan pihak pengganas komunis telah mengarahkan supaya anggota polis menyerah diri sahaja akan tetapi arahan itu langsung tidak diendahkan. Pertempuran tersebut terus berlaku dan telah membunuh beberapa orang anggota polis sementara anggota-anggota polis yang tidak bertugas di berek kelamin terus bertempur sehingga seorang demi seorang akhirnya gugur. Dua orang isteri kepada anggota polis marin dengan berani turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka telah terkorban dan terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru. Melihatkan kekuatan utuh balai polis, komunis mula menggunakan taktik kotor. Mereka telah menangkap salah seorang isteri pegawai polis di situ dan mengugutnya dengan sepucuk pistol serta meminta isteri pegawai polis tersebut untuk memberitahu semua pegawai polis di situ supaya menyerah kalah sahaja. Namun begitu, pegawai-pegawai polis yang berani dalam pertempuran ini menyahut seruan dengan tidak mahu berputus asa dan akan terus berjuang. Manakala seorang lagi isteri dan anak perempuan kepada seorang anggota polis dipaksa keluar dan diminta untuk menyerah diri namun kedua-duanya enggan dan bersedia untuk mati. K R O N O L O G I


Muka surat 08 KRONOLOGI PERISTIWA BUKIT KEPONG Akhirnya, mereka berdua dibunuh. Lebih menyayat hati, pengganas komunis dengan kejamnya telah membakar berek kelamin yang menyebabkan dua orang wanita dan kanak-kanak rentung di saat-saat akhir pertempuran yang memakan masa empat jam. Hanya tiga orang pegawai polis serta seorang pengawal kampung yang terselamat. Mereka terpaksa melarikan diri kerana tidak dapat menahan kepanasan api yang menjilat balai polis tersebut. Mereka telah berani merempuh kedudukan pengganas komunis dan berjaya membunuh tiga orang komunis. Hanya seorang sahaja yang berjaya merentasi sungai dengan sepucuk rifle dalam tangan. Apabila para penduduk di kawasan kampung di sekitar itu terdengar bunyi pertempuran, pengawal kampung dan penghulu Ali segera ke Bukit Kepong. Namun begitu, ketika dalam perjalanan mereka pula diserang oleh beberapa pengganas komunis. Mereka berjaya menentang kumpulan komunis tersebut. Pertempuran sengit seterusnya berlaku apabila kumpulan pengganas komunis yang berundur mendapat bantuan daripada rakan-rakan sepasukan mereka. Keadaan menjadi semakin tidak menentu apabila pasukan komunis menggunakan senjata automatik manakala pihak pengawal kampung pula hanya bersenjatakan rifle dan senapang patah. Perlawanan yang tidak setanding ini telah menyebabkan beberapa orang pengawal kampung terkorban dan ada juga yang tercedera. K R O N O L O G I


Muka surat 09 KRONOLOGI PERISTIWA BUKIT KEPONG Penghulu Ali yang tidak mempunyai pilihan terpaksa menyuruh anak buah yang tercedera untuk berundur sementara yang lain diminta untuk bertahan dan terus melindungi kawasan Bukit Kepong. Pertempuran berlaku secara berterusan selama 2 jam sehinggalah pihak komunis berundur setelah berjaya membakar pejabat penghulu dan melakukan rompakan di beberapa buah kedai di sekitar kawasan tersebut. Semasa beberapa pengawal kampung sedang berjuang untuk membebaskan kawasan balai polis, sekumpulan pengawal kampung dari Kampung Durian Chondong pula datang memberi bantuan dengan menggunakan sampan ke Bukit Kepong. 23 FEBRUARI 1950 (10.00 A.M) K R O N O L O G I


Muka surat 10 KRONOLOGI PERISTIWA BUKIT KEPONG K R O N O L O G I Walau bagaimanapun, ketika mereka dalam perjalan, mereka telah diserang hendap oleh pengganas komunis. Mereka pula yang hanya seramai 7 orang itu pula tidak mampu untuk melawan dan keadaan itu membuatkan separuh daripada mereka bergerak menuju ke Lenga dan tiba sekitar jam 10.00 pagi dan saat itulah serangan ke atas Bukit Kepong diketahui mereka. Apabila pengawal kampung berjaya memasuki ke kawasan Bukit Kepong, apa yang mereka lihat cumalah kesan kemusnahan dan mayat-mayat pejuang yang terkorban dan semenjak peristiwa berdarah ini, penghulu telah mengambil alih pentadbiran sehinggalah pasukan polis dari Muar tiba pada hari itu dan terus mendirikan balai polis baru. Mereka telah mewujudkan perhubungan semboyan di sebuah kedai kosong.


Muka surat 11 KRONOLOGI PERISTIWA BUKIT KEPONG Tindakan pantas yang mendapat bantuan daripada masyarakat setempat yang terdiri daripada orang Melayu namun jauh dalam sudut hati mereka masih tertanya sama ada kerajaan masih akan mendirikan sebuah balai polis baru atau tidak. Segala persoalan tersebut akhirnya terjawab Menteri Besar Johor pada ketika itu iaitu Dato ’ Onn Bin Jaafar yang diiringi penasihat British dan Ketua Polis Johor tiba pada keesokan harinya. Mereka mengumumkan akan membina sebuah balai polis baharu yang lebih moden. K R O N O L O G I Dato'Onn Jaafar (Menteri Besar Johor) sedang memeriksa tempat kejadian selepas serangan balai pada 24 Febuari 1950


L/SJN 3493 JAMIL BIN MOHD. SHAH (KETUA POLIS BALAI BUKIT KEPONG) 1. 2.KPL 7068 MOHD. YASSIN BIN HJ. ABDUL WAHAB 3.L/KPL 7186 JIDIN BIN OMAR 4.MM 3933 HAMZAH BIN AHMAD 5.MM 5674 ABU BIN MOHD. ALI 6.MM 7493 MOHAMMAD @ AHMAD BIN JAAFAR 7.MM7862 ABDUL. KADIR BIN JUSOH 8.MM 8600 JAAFAR BIN HASSAN 9.MM 9136 HASSAN BIN OTHMAN 10.MM/L 60 IBRAHIM BIN ADAM 11.MM/L 68 AWANG BIN ALI 12.MM/L/ 181 BASIRON BIN ADAM 13.MM/T 3475 MOHD. TOP BIN LAJIM 14.MM/T 3795 JAAFAR BIN ARSHAD Muka surat 12 SENARAI ANGGOTA POLIS YANG TERKORBAN S E N A R A I Sebahagian daripada anggota polis yang melawat ke pusara anggota polis Bukit Kepong yang terkorban


Muka surat 13 1.AP 1925 ALI AKOB BIN OTHMAN 2.AP 2127 OTHMAN BIN YAHYA 3.AP 2130 SAMAD BIN YATIM 4.AP 1912 MAHMOOD BIN SA’AT 5.AP 2098 REDZUAN BIN ALIAS SENARAI ANGGOTA POLIS BANTUAN YANG TERKORBAN S E N A R A I SENARAI AHLI KELUARGA ANGGOTA POLIS YANG TERKORBAN 1.SAADIAH (ISTERI MM 5674 ABU BIN MOHD. ALI) 2.FATIMAH BINTI YAABA (ISTERI MM/L 37 ABU BAKAR BIN DAUD) 3.SIMAH (ANAK MM 5674 ABU BIN MOHD. ALI) 4.HASSAN (ANAK MM/L 37 ABU BAKAR BIN DAUD)


Muka surat 14 1.EMBONG BIN LAZIM 2.KOH AH CHENG ORANG KAMPUNG YANG TERKORBAN S E N A R A I ANGGOTA POLIS YANG CEDERA PARAH DAN SELAMAT 1.MM 7645 YUSOF BIN RONO 2.MM 10533 OTHMAN BIN YOSOF 3.MM/L 37 ABU BAKAR BIN DAUD 4.EPC 3472 AHMAD BIN KHALID


Muka surat 15 PENGAJARAN BAGI KRONOLOGI PERISTIWA BUKIT KEPONG 1.PENGORBANAN POLIS Peristiwa Bukit Kepong yang telah berlaku telah menunjukkan bahawa polis memainkan peranan yang sangat penting untuk mempertahankan pos polis daripada serangan anggota Parti Komunis Malaysia. Keberanian ditunjukkan oleh pihak polis untuk mempertahankan pos polis mereka. Pihak polis tidak menyerah mahupun melarikan diri walaupun terdapat banyak peluang untuk melakukannya. Mereka membuat keputusan untuk bertahan hingga titisan darah terakhir demi menunjukkan kesetiaan mereka serta tanggungjawab mereka kepada penduduk setempat. P E N G A J A R A N


Muka surat 16 PENGAJARAN BAGI KRONOLOGI PERISTIWA BUKIT KEPONG Melalui peristiwa ini juga beberapa anggota polis di Bukit Kepong gugur dalam peristiwa ini. Pengorbanan nyawa yang telah dilakukan oleh mereka telah menunjukkan kesetiaan mereka yang sangat tulus kepada negara dan masyarakat. Mereka juga menunjukkan komitmen yang sangat tinggi dalam melindungi masyarakat setempat dan rela merelakan nyawa mereka demi keamanan negara. Meskipun serangan PKM ke atas pos polis Bukit Kepong memberikan tekanan yang melampaui, anggota polis kepong tetap mampu mengawal tekanan tersebut dengan mengawal emosi. Tambahan pula, isteri kepada anggota-anggota polis Bukit Kepong juga turut terlibat dalam peristiwa ini dengan membantu dan menyokong suami mereka. Oleh itu, sangat jelas bahawa kesetiaan dan pengorbanan polis dalam peristiwa Bukit Kepong dapat dijadikan inspirasi dan pengabdian kepada negara. Kisah kesetian anggota polis ini mengingatkan kita agar sentiasa memberikan sokongan penuh kepada pasukan keselamatan dalam menjalankan tugas mereka demi keamanan negara. P E N G A J A R A N


Muka surat 17 PENGAJARAN BAGI KRONOLOGI PERISTIWA BUKIT KEPONG 2. PERSEFAHAMAN ANTARA KAUM Peristiwa Bukit Kepong memberikan pelajaran penting mengenai keperluan persefahaman antara kaum di Malaysia. Hal ini terbukti apabila pasukan keselamatan telahpun bekerjasama menghadapi cabaran dan ini telah menunjukkan bahawa bekerjasama adalah penting dalam keadaan sukar. P E N G A J A R A N Keadaan darurat iaitu serangan daripada Parti Komunis Malaysia telah memaksa masyarakat untuk bekerjasama tanpa mengira kaum demi kelangsungan hidup mereka. Bukan itu sahaja, terdapat juga perbezaan yang amat ketara antara jumlah keselamatan, jumlah pemberontak dengan masyarakat awam. Hal ini menunjukkan bahawa sokongan daripada masyarakat amatlah penting untuk memberikan semangat kepada pasukan keselamatan kita dalam menentang ancaman musuh yang bersenjata. Pihak komunis telah cuba berkali kali untuk memanipulasi perbezaan etnik untuk memecahbelahkan masyarakat.


Peristiwa Bukit Kepong menunjukkan bahawa masyarakat tidak terpedaya dengan tipu daya pihak komunis malah lebih Bersatu padu untuk menentang mereka. Peristiwa ini juga menunjukkan bahawa keterlibatan masyarakat setempat dan sokongan daripada mereka sangatlah penting. Melalui persefahaman antara kaum , etnik dapat dieratkan lagi. Komunikasi yang baik antara pasukan keselamatan dan masyarakat adalah kunci mengatasi krisis. Muka surat 18 PENGAJARAN BAGI KRONOLOGI PERISTIWA BUKIT KEPONG P E N G A J A R A N


Muka surat 19 P E N G A J A R A N PENGAJARAN BAGI KRONOLOGI PERISTIWA BUKIT KEPONG 3. PELAJARAN TENTANG KEZALIMAN DAN KEKERASAN Peristiwa ini telah mengingatkan masyarakat tentang kesan negatif kekerasan terhadap masyarakat setempat. Pelajaran ini adalah mengenai bahaya penggunaan kekerasan dalam menangani isu-isu dan pentingnya mencari penyelesaian melalui rundingan dan dialog. Serangan daripada pihak komunis telahpun menyebabkan trauma psikologi yang mendalam kepada masyarakat setempat. Masyarakat hidup dalam ketakutan hal ini cukup mencerminkan kesan negatif kezaliman dan kekerasan pihak komunis terhadap kestabilan psikologi masyarakat. Kezaliman yang dilakukan oleh komunis menggugat keamanan ini. Penduduk setempat terpaksa hidup dengan penuh ketakutan dan membatasi pergerakan. Peristiwa ini juga dapat merosakkan persepsi masyarakat terhadap otoritas dan sistem keadilan.


Muka surat 20 PENGAJARAN BAGI KRONOLOGI PERISTIWA BUKIT KEPONG P E N G A J A R A N Sekiranya masyarakat percaya bahawa system tidak mampu untuk memberikan keadilan ataupun perlindungan, dapat meruntuhkan keyakinan dalam institusi negara. Tambahan pula, peristiwa Bukit Kepong turut memberikan pendekatan holistik dan pencegahan dalam menangani kezaliman dan kekerasan. Peristiwa Bukit Kepong mencerminkan kekerasan sebagai akibat dari konflik politik dan ideologi. Pengajaran dari kezaliman yang dilakukan oleh Pihak Komunis melalui peristiwa Bukit Kepong adalah pentingnya menjaga keselamatan dan keamanan masyarakat setempat melalui keadilan, serta pemahaman bahawa tindakan represif yang berlebihan akan membawa impak negative yang lebih serius kepada perkembangan dan stability masyarakat.


Muka surat 21 PENGAJARAN BAGI KRONOLOGI PERISTIWA BUKIT KEPONG P E N G A J A R A N 4. PENGAJARAN DALAM TAKTIK DAN STRATEGI Peristiwa Bukit Kepong memberikan pengajaran yang mendalam kepada masyarakat mengenai taktik dan strategi yang digunakan dalam keadaan darurat dan konflik bersenjata. Melalui peristiwa Bukit Kepong dimana pihak komunis telah melakukan serangan hebat telah menunjukan betapa pentingnya latihan yang berterusan dalam pasukan keselamatan. Terdapat juga anggota polis yang kurang bersedia menghadapi ancaman musuh bersenjata telah mengakibatkan kerugian yang cukup besar. Latihan yang baik dan berterusan dapat mempersiapkan pasukan keselamatan untuk menghadapi keadaan darurat. Kejayaan dalam menghadapi sesuatu konflik bergantung kepada benteng pertahanan.


Muka surat 22 PENGAJARAN BAGI KRONOLOGI PERISTIWA BUKIT KEPONG P E N G A J A R A N Melalui peristiwa Bukit Kepong yang berlaku juga turut menunjukkan betapa pentingnya memilih lokasi yang strategic, memahami geografi tempat serta pentingnya penyediaan logistik yang mencukupi. Penggunaan senjata yang efektif juga perlu digunakan untuk mendapatkan kejayaan dalam sebuah pertempuran. Parti Komunis Malaya juga telah menggunakan taktik gerila dimana mereka menjalankan serangan mendadak dan berundur ke hutan untuk bersembunyi. Oleh itu, pasukan keselamatan perlu mengambil iktibar dimana mereka perlu belajar untuk menghadapi serangan semacam itu. Pengajaran dari segi taktik dan strategi dalam krisis serangan parti komunis menekankan betapa pentingnya persiapan , latihan yang mencukupi, dan koordinasi yang baik dalam menghadapi konflik bersenjata. Pengajaran ini bahkan dapat menjadi dasar untuk menyempurnakan taktik dan strategi dalam melibatkan pasukan keselamatan dalam situasi apapun di masa hadapan.


5. KEPENTINGAN PERANAN MEDIA Berdasarkan peristiwa Bukit Kepong menunjukkan betapa peranan daripada media adalah sangat penting. Pihak media seharusnya memastikan bahawa informasi yang diberikan adalah benar, akurat, tidak memihak kepada pihak musuh dan mencerminkan reality peristiwa. Pemberitahuan yang jelas boleh membantu masyarakat agar lebih memahami konteks secara lebih baik dan jelas. Melalui konteks konflik bersenjata yang dilakukan oleh parti komunis Malaya, media seharusnya mencegah pemihakan terhadap mana-mana pihak. Keberanian pihak media dalam mengeksplorasi pelbagai perspektif dapat membantu masyarakat setempat untuk melihat gambaran yang lebih dalam. Pihak media juga wajib menggunakan etika media untuk mengungkap kebenaran yang berlaku dalam peristiwa Bukit Kepong. Keberanian pihak media dalam mengungkapkan fakta-fakta adalah kunci bagi membangun kepercayaan masyarakat. Muka surat 23 PENGAJARAN BAGI KRONOLOGI PERISTIWA BUKIT KEPONG P E N G A J A R A N


Pihak media juga pelu menghindari sensasionalisme. Sensasionalisme merupakan praktik memberikan penekanan yang secara berlebih-lebihan dengan tujuan menarik perhatian bagi menciptakan kehebohan tanpa mengira kesahihan informasi tersebut. Sensasionalisme berlebihan dalam pemberitaan akan menyebabkan masyarakat terperangkap dengan emosi yang dapat merugikan proses pemahaman mereka yang baik. Peranan media seharusnya melayani kesejahteraan public. Oleh itu, pemberitaan yang disampaikan oleh pihak media seharusnya memberikan manfaat dan membimbing masyarakat melalui situasi yang sulit. Muka surat 24 PENGAJARAN BAGI KRONOLOGI PERISTIWA BUKIT KEPONG P E N G A J A R A N


Muka surat 25 PENGAJARAN BAGI KRONOLOGI PERISTIWA BUKIT KEPONG P E N G A J A R A N 6. PENGAJARAN KETABAHAN Peristiwa Bukit Kepong yang telah berlaku ini telah menunjukkan ketabahan para anggota polis dalam mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong daripada serangan Pihak Komunis Malaya. Ketabahan ditunjukkan oleh anggota polis yang tidak menyerah kalah kepada Pihak Komunis Malaya walaupun menghadapi serangan yang dikatakan amat hebat. Peristiwa ini berlaku apabila Pihak Komunis Malaya menyerang balai polis Bukit Kepong dari segenap sudut terutamanya dari bahagian hadapan bertujuan untuk mengejutkan pihak polis supaya mereka tidak berani untuk menyerang balik. Namun begitu, anggota pihak polis tidak berundur malah melakukan tentangan yang hebat bagi menghadapi serangan Pihak Komunis Malaya. Sungguhpun dengan kekuatan anggota yang sedikit, pihak polis enggan menyerah walaupun berkali-kali diseru oleh Pihak Komunis Malaya agar mereka menyerah.


Melalui peristiwa ini cukup jelas bahawa ketabahan adalah satu nilai dan semangat yang tidak boleh dilupakan bukan sahaja dalam menghadapi serangan tetapi dalam kehidupan juga. Walaupun pihak polis Bukit Kepong telah menghadapi kelemahan dalam alat bersenjata dan juga bilangan anggota berbanding dengan Pihak Komunis Malaya yang menyebabkan mereka sukar untuk berjaya menentang serangan pihak komunis, namun mereka terus bertambah dalam mempertahankan kawasan sendiri dan tidak menyerah kalah sampai ke saat akhir. Semangat pihak polis dalam mempertahankan Bukit Kepong ini telah memberi inspirasi kepada masyarakat bahawa kita haruslah sentiasa tabah dalam menghadapi masalah atau kesusahan dalam kehidupan. Muka surat 26 PENGAJARAN BAGI KRONOLOGI PERISTIWA BUKIT KEPONG P E N G A J A R A N


Kerjasama telah ditunjukkan antara pihak polis dan orang kampung dalam tindakan orang kampung menghulurkan bantuan untuk meringankan tekanan pasukan polis menghadap serangan pihak komunis. Semasa Bukit Kepong diserang oleh pihak komunis, Kampung Tui telah menghulurkan bantuan kepada pihak polis dengan menghantar sekumpulan penduduk yang diketuai oleh penghulu mukim dan diiringi oleh 13 orang anggota polis bantuan. Walaupun keupayaan senjata mereka yang terdiri daripada raifal, shotgun dan revolver tidak dapat melampaui senjata pengganas komunis yang menggunakan senjata moden seperti senjata automatik dan senjata separa automatik, penduduk kampung turut sanggup membuat persediaan untuk berkorban dan menghulurkan bantuan kepada pihak polis untuk membantu mereka menentang pihak komunis yang kejam ini. Muka surat 27 PENGAJARAN BAGI KRONOLOGI PERISTIWA BUKIT KEPONG P E N G A J A R A N 7. PENGAJARAN KEPENTINGAN KERJASAMA Peristiwa Bukit Kepong ini telah menunjukkan bahawa kerjasama adalah sangat penting dalam tindakan menentang serangan dari Pihak Komunis Malaya.


Penduduk kampung telah membantu pihak polis untuk mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong. Pada masa yang sama, Kampung Durian Chondong turut membuat keputusan untuk memberikan bantuan kepada pihak polis dengan menggunakan sampan berkayuh untuk ke arah Bukit Kepong. Walaupun kedua-dua pasukan penduduk yang ingin menghulurkan bantuan kepada pihak polis diserang hendap oleh pihak komunis dan telah berkorban banyak orang, kehadiran penduduk kampung telah meringankan tekanan pihak polis yang bertahan di Bukit Kepong. Kedatangan pasukan penduduk kampung juga telah memberi kesan yang besar iaitu pihak komunis terpaksa membuat pengunduran umum. Justeru, jelaslah bahawa bantuan yang diberikan telah membolehkan pihak polis untuk terus berjuang dengan sedaya upaya untuk menentang serangan pihak komunis. Jadi, masyarakat haruslah menyerap pengajaran yang disampaikan dalam peristiwa Bukit Kepong bahawa kita haruslah sentiasa menghulurkan bantuan kepada pihak yang memerlukan dalam kehidupan kita supaya dapat menyenangkan pihak yang susah. Muka surat 28 PENGAJARAN BAGI KRONOLOGI PERISTIWA BUKIT KEPONG P E N G A J A R A N


Hal ini demikian kerana apabila peristiwa ini melibatkan orang lain, kita haruslah menjaga kepentingan orang lain dan menganggap diri kita adalah tidak penting. Pengajaran ini ditunjukkan dalam peristiwa Bukit Kepong ini apabila seorang isteri polis telah ditawan oleh pihak komunis dan telah dibuat tindakan yang kejam terhadapnya untuk memaksa isteri polis tersebut supaya menyeru suaminya iaitu anggota polis dari pasukan polis bukit kepong untuk menyerah kalah. Namun isteri polis itu telah berada di situasi yang sangat bahaya dan menghadapi risiko dibunuh oleh pihak komunis disebabkan tidak mengikut perintah mereka, isteri polis itu tidak mementingkan nyawa sendiri hanya untuk menyokong pasukan polis terus berjuang menentang serangan pihak komunis. Muka surat 29 PENGAJARAN BAGI KRONOLOGI PERISTIWA BUKIT KEPONG P E N G A J A R A N 8. PENGAJARAN TIDAK MEMENTINGKAN DIRI Sifat mementingkan diri sendiri merupakan sifat yang paling perlu dilepaskan dalam peristiwa yang melibatkan bukan diri kita seorang sahaja.


Selain itu, sifat tidak mementingkan diri sendiri ini juga ditunjukkan oleh orang lain dalam peristiwa Bukit Kepong ini. Pihak komunis juga menahan Fatimah Yaaba yang juga merupakan isteri kepada seorang anggota polis dan Hassan iaitu anaknya untuk memaksa mereka menyeru pihak polis menyerah kalah. Apabila mereka enggan berbuat demikian, Hassan dicederakan dan Fatimah dibunuh. Abu Bakar Daud yang merupakan salah seorang daripada anggota pihak polis juga mengalami kecederaan ditembak di dada dan tangan ketika bertugas sebagai pembantu bot di sungai Muar ke perjalanan menentang pihak komunis disebabkan ingin mempertahankan botnya daripada diserang oleh pihak komunis dan menghalangnya daripada menghulur bantuan kepada pihak polis di Bukit Kepong. Peristiwa-peristiwa ini jelas memberitahu masyarakat bahawa sifat pentingkan diri sendiri akan menjadi faktor kepada kerugian pihak lain. Justeru, masyarakat mestilah meninggalkan sifat mementingkan diri dalam kehidupan supaya dapat membentuk satu komuniti yang harmoni. Muka surat 30 PENGAJARAN BAGI KRONOLOGI PERISTIWA BUKIT KEPONG P E N G A J A R A N


Muka surat 31 KESIMPULAN K E S I MP U L A N Kesimpulannya, peristiwa Bukit Kepong menjadi antara peristiwa berdarah yang pernah terjadi di Tanah Melayu ketika itu. Seramai 19 anggota polis dan beberapa keluarga anggota kehilangan nyawa demi melindungi balai polis tersebut. Peristiwa ini menunjukkan bahawa semangat dan ketabahan dalam mempertahankan maruah mereka daripada tipu daya pengganas komunis untuk menyerah kalah amat tinggi dan terpaksa melawan pihak komunis walaupun bilangan mereka lebih kecil berbanding pihak musuh. Kemenangan ini bukan sahaja untuk menyelamatkan diri dan keluarga, malah juga untuk negara dan bangsa kerana pada masa yang sama mereka juga berjuang untuk menyelamatkan tanah air daripada dijajah oleh pengganas komunis.


Muka surat 32 KESIMPULAN K E S I MP U L A Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah mempunyai semangat N patriotik terhadap negara kerana semangat ini merupakan satu entiti penting serta menjadi teras dalam hubungan masyarakat yang berbilang kaum. Tanpa semangat patriotik, negara akan berdepan dengan masalah sekiranya rakyat berbilang kaum tidak mampu untuk bersatu antara satu sama lain. Oleh itu, semangat patriotik perlulah dipupuk dalam setiap diri rakyat Malaysia bagi memelihara negara daripada sebarang bentuk penjajahan pada masa hadapan. Malah, generasi kini dan akan datang haruslah mengambil berat daripada segala sejarah hitam yang pernah berlaku di tanah air dan berasa bersyukur dengan negara yang dibentuk oleh nenek moyang kita.


Muka surat I SUMBER RUJUKAN R U J U K A Ameira Binti Zainudin, Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu N Bakar. (2020). Ini Tragedi Serangan Komunis Di Bukut Kepong Pada Tahun 1950. https://iamlejen.com/ini-tragedi-serangan-komunis-di-bukitkepong-pada-tahun-1950/ Astroawani.com. (n.d.). https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tragedibukit-kepong-sambut-ulangtahun-ke65-54423 Bukit Kepong. (n.d.). https://www.rmp.gov.my/infor-korporate/polis-dirajamalaysia/sejarah/bukit-kepong Harakahdaily. (2023). Bukit Kepong: Sejarah yang tidak akan dilupakan. https://harakahdaily.net/index.php/2023/02/23/bukitkepong-sejarah-yang-tidak-akan-dilupakan/ Leaderonomics.com. (2017). Bukit Kepong: Mengenang Pengorbanan Wira-wira Yang Gugur. https://www.leaderonomics.com/ms/articles/kepimpinan/b ukit-kepong-filem


Muka surat II SUMBER RUJUKAN R U J U K A N Ling, H. H. (2012). STRATEGIES OF THE COMMUNIST MOVEMENT AND THE MALAYAN COMMUNIST PARTY (MCP), 1920-1989. SARJANA, 27(2), 61–78. https://ajba.um.edu.my/index.php/SARJANA/article/view/11 043 Mokhtar, M., Hassan, A., Pengarah, M., & Melayu, A. (2022). Sejarah, Definisi, Konsep dan Prinsip Pendekatan Pengurusan History, Definitions, Concepts and Principles Management Approach. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature Jilid, 13. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol13.1.fa.1.2022 Nur Syahirah Zainoor Hisham. (2022). Peristiwa berdarah Bukit Kepong, Perjuangan Menentang Komunis Paling Dikenang Dalam Sejarah. https://siakapkeli.my/2022/08/24/peristiwa-berdarahbukit-kepong-perjuangan-menentang-komunis-palingdikenang-dalam-sejarah/ Pekhabar. (2018). Peristiwa Bukit Kepong. https://pekhabar.com/h-i-d-s-peristiwa-bukit-kepong/


Muka surat III SUMBER RUJUKAN R U J U K A N User, S. (n.d.). PERISTIWA BUKIT KEPONG. http://kgraja.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumatpi1m/sejarah/44-sejarah


PERISTIWA BERDARAH BUKIT KEPONG RINGKASAN PERI STIWA E-majalah "Peristiwa Bukit Kepong " menerangkan pertempuran di antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya pada 23 Februari 1950, sebelum merdekanya Tanah Melayu yang bermula apabila tiga orang penduduk berbangsa Melayu bertembung dengan tiga orang komunis yang bersenjata dan menewaskan seorang pengganas komunis, mencederakan serta menawan seorang lagi pengganas komunis dan membuatkan seorang lagi melarikan diri. Peristiwa hitam ini memberi impak kepada rakyat Malaysia kerana bilangan mangsa terkorban yang sangat ramai di dalam serangan itu termasuk ahli keluarga polis Bukit Kepong. Sesungguhnya perjuangan mereka haruslah dikenang sebagai pedoman dan menjadi pembakar semangat anak muda agar generasi akan datang tidak akan mengulangi sejarah hitam yang pernah berlaku di Malaysia.


Click to View FlipBook Version