PROTOTAIP BAGI LAMAN E-DAGANG PRODUK REMPAH RATUS
NURUL SABRINA BT ZAMANI
NOORSYAFIKA LIANA BT MOHD RAZID
NURSYAZANA MIRZA BT MOHD AZALI
JAYASHINI A/P SAHADEVAN
JABATAN PERDAGANGAN
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
PROTOTAIP BAGI LAMAN E-DAGANG PRODUK REMPAH
RATUS
NURUL SABRINA BINTI ZAMANI 02DEC16F1026
NOORSYAFIKA LIANA BT MOHD RAZID 02DEC15F2033
NURSYAZANA MIRZA BT MOHD AZALI 02DEC16F1041
JAYASHINI SAHADEVAN 02DEC15F1034
Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat
Penganugerahan Diploma Pengajian Perniagaan (E-Dagang)
JABATAN PERDAGANGAN
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
JUN 2018
i
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK
JUDUL : PROTOTAIP BAGI LAMAN E –DAGANG PRODUK
REMPAH RATUS
SESI PENGAJIAN : JUN 2018
Kami
mengaku membenarkan laporan projek ini disimpan di Perpustakaan Politeknik Sultan
Haji Ahmad Shah Kuantan Pahang dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Laporan projek ini hak milik Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan
Pahang.
2. Perpustakaan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan dibenarkan
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan laporan ini sebagai bahan
pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
4. Sila tandakan ()
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan Malaysia
seperti yang termaktub dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisas/badan di mana penyelidikan dijalankan.)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
NURUL SABRINA BT ZAMANI ( PN FARAHIZA BT
(02DEC16F1026) MOHAMED YACOB )
NOORSYAFIKA LIANA BT MOHD RAZID
(02DEC16F1033)
NURSYAZANA MIRZA BT AZALI
(02DEC16F1041)
JAYASHINY SAHADEVAN
(02DEC15F1034)
ii
“ Saya akui bahawa saya telah membaca laporan ini dan pada pandangan saya
laporan ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Diploma Pengajian Perniagaan (E-Dagang)”
Tandatangan : . . . . . . . . . . . . . . . .
Nama Penyelia : . . . . . . . . . . . . . . . .
Tarikh : . . . . . . . . . . . . . . . .
iii
Laporan Projek Prototaip Bagi Laman E-Dagang Produk Rempah Ratus ini
dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Diploma Pengajian Perniagaan (E-Dagang).
iv
Dedikasi ini kami coretkan khas buat ayah ibu tercinta yang sentiasa mendoakan
kami. Buat pensyarah-pensyarah yang telah banyak membantu kami dalam
menyelesaikan projek akhir ini. Teristimewa buat sahabat-sahabat kami yang
disayangi terima kasih di atas segalanya.
v
PENGHARGAAN
Sekalung penghargaan ditujukan kepada Puan Farahiza Bt Mohamed Yacob selaku
penyelia projek akhir semester 5 di atas segala sokongan, tunjuk ajar dan bimbingan
yang diberikan dalam menyiapkan laporan ini.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan seperjuangan yang
banyak memberi pandangan, komen dan kerjasama semasa pembikinan laman web
ini dilaksanakan. Segala bantuan yang diberikan amat dihargai.
Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga serta semua
responden yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam
menyelesaikan laporan ini.
Sekian, terima kasih.
vi
“ Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ……………………………………………
Nama Penulis : NURUL SABRINA BT ZAMANI
(02DEC16F1026)
Tandatangan : ……………………………………………
Nama Penulis : NURSYAZANA MIRZA BT MOHD AZALI
(02DEC16F1041)
Tandatangan : ……………………………………………
Nama Penulis : NOORSYAFIKA LIANA BT MOHD RAZID
(02DEC16F1033)
Tandatangan : ……………………………………………
Nama Penulis : JAYASHINY SAHADEVAN
(02DEC1F1034)
vii
ABSTRAK
Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat, permintaan untuk menguruskan
perniagaan atau perdagangan secara elektronik menerusi internet atau lebih dikenali
sebagai e-dagang telah meningkat. Secara meluasnya e-dagang boleh dedifinisikan
sebagai metodologi moden yang memenuhi keperluan organisasi, perdagangan dan
pelanggan untuk mengurangkan kos, memperbaiki mutu perkhidmatan dan
mempertingkatkan kadar penghantaran maklumat serta perkhidmatan. Kebanyakan
perniagaan rempah ratus kecil-kecilan ini tidak mempunyai laman web syarikat
tersendiri serta syarikat ini masih tidak meluas dikalangan masyarakat umum.
Selain itu, syarikat ini juga tidak mempunyai e-katalog produk untuk
mempromosikan produk mereka secara promosi pada musim perayaan kepada
pelanggan dan syarikat ini tidak menyediakan kemudahan pembayaran secara atas
talian bagi pengguna yang melakukan urusniaga dengan syarikat. Pembangunan
laman e-dagang ini dilakukan supaya dapat mempromosikan perniagaan runcit
kecil-kecilan kepada orang ramai secara atas talian serta memperkenalkan barangan
yang ditawarkan oleh syarikat ini dengan adanya e-katalog produk. Ia juga dapat
memudahkan para pelanggan untuk membuat pembayaran secara atas talian dengan
adanya perkhidmatan perbankan secara atas talian dalam laman e-dagang syarikat.
Kitaran Hayat Pembangunan Sistem (KHPS) yang telah digunakan dalam
membangunkan laman e-dagang perniagaan Rempah Ratus Mak Siti. Dengan
pembinaan laman e-dagang ini perniagaan pihak syarikat dapat diuruskan dengan
lebih mudah dan cepat. Seterusnya pelanggan boleh membuat pilihan barangan
yang ditawarkan oleh pihak syarikat melalui e-katalog dan mengikut kemampuan
mengikut citarasa serta pelanggan juga boleh membuat bayaran secara atas talian.
viii
ABSTRACT
In line with the development of information technology, demand for business or
commerce via the internet or more commonly known as e-commerce has increased.
Extensively e-commerce can be defined as a modern methodology that meets the
needs of organizations, commerce and customers to reduce costs, improve service
quality and improve rate of transmission of information and services. Most small
retail businesses of spices company do not have their own company website and the
company is still not widely distributed among the general public. Additionally, the
company also has no e-catalog of products to promote their products in promotions
during the festive season to customers and this company does not provide online
payment facilities for users doing business with the company. The development of
this e-commerce site is to be able to promote small retail business to the public
online and introduce the products offered by this company with the e-product
catalog. It also enables customers to make payments online with online banking
services in the company's e-commerce site. The System Development Life Cycle
(SDLC) which has been used in developing the Rempah Ratus Mak Siti retail
business e-commerce site. With the construction of this e-commerce site, the
company's business can be managed more easily and quickly. Then customers can
choose the items offered by the company via e-catalog and according to their
capabilities accordingly and customers can also make payments online.
ix
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Halaman Judul i
Pengesahan Status Laporan Projek ii
Pengesahan Penyelia iii
Anugerah iv
Dedikasi v
Penghargaan vi
Perakuan Pelajar vii
Abstrak viii
Abstarct ix
Isi Kandungan x
Senarai Jadual xiii
Senarai Rajah xiv
I PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Projek 2
1.3 Penyataan Masalah 3
1.4 Objektif Projek 4
1.5 Skop Projek 5
1.5.1 Pentadbir 5
1.5.2 Pengguna 5
1.6 Anggaran Kos Projek 5
1.7 Kepentingan Projek 7
x
II KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 8
2.2 E-Dagang 9
2.3 Produk Rempah Ratus 10
2.4 E-Dagang Bagi Produk Rempah Ratus 11
2.5 Analisis Pesaing 12
2.5.1 Herbies Spices 12
2.5.2 Faiza.Com 15
2.6 Kandungan E-Dagang 18
2.6.1 Laman E-Dagang Yang Dipilih 18
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 24
3.2 Pengenalan KHPS 24
3.2.1 Fasa Kitaran Hayat Pembangunan Sistem 25
3.3 Rekabentuk Sistem/Projek 27
3.3.1 Gambarajah Hubungan Entiti (ERD) 27
3.3.2 Gambarajah Konteks 29
3.3.3 Data Flow Diagram (DFD) 30
3.3.4 Pangkalan Data 31
3.3.5 Papan Cerita (Storyboard) 33
(i) Bahagian Pentadbir 33
(ii) Bahagian Pengguna 38
xi
IV KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN
4.1 Pengenalan 46
4.2 Manual Pengguna Laman E-Dagang
Rempah Ratus 47
4.2.1 Bahagian Pentadbir 47
4.2.2 Bahagian Pengguna 52
V KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 65
5.2 Kelebihan Projek 66
5.3 Cadangan Penambahbaikan Di Masa Hadapan 66
RUJUKAN 67
Lampiran A : Sesi Temubual 69
Lampiran B : Carta Gantt 73
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1 Anggaran Kos Projek 6
2 Jadual Pelanggan 32
3 Jadual Tempahan 32
4 Jadual Produk 33
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1 Laman Utama Herbies Spices 12
2 Katalog Produk Herbies Spices 13
3 Carta Pembelian Produk Herbies Spices 14
4 Checkout Pesanan Pelanggan 14
5 Laman Utama Faiza.Com 15
6 Maklumat Untuk Pelanggan Faiza 16
7 E-Katalog Produk Faiza 16
8 Troli Pembelian Faiza 17
9 Langkah-Langkah Pembelian 17
10 Laman Utama Ariani Online 19
11 Bahagian Bawah Laman Ariani Online 19
12 Laman Kategori Galeri Ariani 20
13 Laman Kategori Ariani Ready To Wear 20
14 Laman Katalog Produk Ariani Online 21
15 Laman Add To Bag Ariani Online 22
16 Laman Checkout Bagi Produk Ariani 22
17 Laman Proceed To Payment Ariani Online 22
18 Laman Pembayaran Ariani 23
19 Kitar Hayat Pembangunan Sistem (KHPS) 24
20 Gambarajah Hubungan Entiti 27
21 Gambarajah Konteks 29
22 Data Flow Diagram (DFD) 31
23 Daftar Masuk Pentadbir 33
xiv
24 Log Masuk Pentadbir 34
25 Laman Utama Pentadbir 35
26 Laman Senarai Pengguna 35
27 Laman Maklumat Pengguna 36
28 Laman Tambah Produk 36
29 Laman Senarai Produk 37
30 Laman Senarai Tempahan 37
31 Laman Kemakini Maklumat Pelanggan 38
32 Log Masuk Laman Pengguna 38
33 Laman Daftar Masuk Pengguna 35
34 Laman Utama Pengguna 36
35 Laman Tentang Syarikat Produk Mak Siti 37
36 Laman Produk Rempah Ratus Mak Siti 37
37 Laman Resepi 38
38 Laman Hubungi Kami 39
39 Laman Produk Dropdown Button 39
40 Laman Shopping Cart 40
41 Laman Check Out 41
42 Laman Pembelian Berjaya 42
43 Laman Daftar Masuk Admin 44
44 Paparan Berjaya Daftar 44
45 Laman Log Masuk Admin 45
46 Laman Senarai Produk Dan Tempahan 46
47 Laman Senarai Pengguna 46
48 Carian Nama 47
49 Laman Maklumat Pengguna 47
50 Laman Kemaskini Maklumat Pengguna 47
51 Laman Tambah Produk 49
52 Senarai Produk Yang Ditambah 49
xv
53 Laman Senarai Tempahan 50
54 Laman Utama Mak Siti 52
55 Bahagian Bawah Halaman 52
56 Laman Profail Syarikat 53
57 Gambar Lokasi Syarikat Mak Siti 54
58 Visi Dan Misi Syarikat 54
59 Laman Senarai Produk 55
60 Produk Rempah Istimewa 55
61 Tapisan Carian 56
62 Paparan Produk 57
63 Maklumat Produk 57
64 Laman Resipi 58
65 Laman Maklumat Untuk Berhubung 58
66 Laman Maklum Balas 69
67 Peta Lokasi 59
68 Paparan Maklumat Produk 60
69 Paparan Maklumat Produk 60
70 Borang Maklumat Pembayaran 61
71 Laman Pembayaran Berjaya 61
72 Laman Troli Pembelian 62
73 Laman Troli Pembelian 62
74 Pangkalan Data Pengguna 63
75 Pangkalan Data Produk 63
76 Pangkalan Data Bagi Tempahan 64
xvi
BAB I
PENGENALAN
1.1 PENGENALAN
Perkembangan internet tidak hanya untuk mendapatkan maklumat mahupun
sebagai tempat hiburan semata mata. Namun saat ini banyak digunakan untuk
transaksi secara atas talian. Perdagangan rempah ialah perdagangan antara
peradaban-peradaban bersejarah di Asia, Afrika Timur dan Eropah. Rempah-
rempah seperti kayu manis, kayu manis cina, kapulaga, jahe, dan kunyit secara
luas dikenal, dan sangat dicari dalam perdagangan di Dunia Timur zaman
dahulu. Rempah-rempah tersebut menemukan jalan mereka ke Timur
Tengah sebelum awal era Kristen di mana sumber-sumber sebenarnya dari
rempah-rempah tersebut dirahsiakan oleh para pedagang yang mengkait-
kaitkannya dengan cerita-cerita yang fantastis. Keunikan rasa dan bau menjadi
salah satu faktor rempah ratus sentiasa menjadi pilihan dalam kebanyakan menu
masakan di Malaysia kini. Tidak kira kaum Melayu, Cina, atau India, pasti
terdapat menu masakan yang memerlukan penggunaan rempah. Seiring dengan
budaya hidup berbilang kaum, kebanyakan menu masakan di Malaysia kini
telah banyak dicampur adukkan.
Tidak kira kaum Melayu, Cina, atau India pasti terdapat menu masakan yang
memerlukan penggunaan rempah. Seiring dengan budaya hidup berbilang
kaum kebanyakan menu masakan di Malaysia kini telah
dicampur adukkan. Dahulu, rempah ratus lebih terkenal dalam masakan India,
namun kini adalah tidak pelik jika dalam masakan Cina turut menggunakan
rempah begitu juga dengan masakan kaum Melayu.
1
Penggunaan rempah-ratus di dalam masakan Melayu mampu membangkitkan
selera. Sekaligus menjadikan ia hidangan yang cukup istimewa. Namun tidak
ramai yang tahu khasiat di sebalik penggunaan rempah yang mempunyai
khasiat perubatan yang cukup baik . Rempah ratus, mempunyai kesan sebagai
herba bukan sahaja menambah rasa malahan dapat membantu dalam menjaga
tahap kesihatan dan keseimbangan fungsi badan. Noni Wahab. (2018 , April
4).20 Khasiat Rempah Ratus, http://sajianonline.com.my/20-khasiat-rempah-
ratus/.
Antara khasiatnya kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga
cengkih, jintan manis, jintan putih dan halba dan lain-lain adalah boleh
meredakan cirit-birit, melawaskan air besar dan mengubat kesakitan gigi
berlubang, rebus jintan manis bersama lemon untuk mengurangkan lemak di
pangkal peha, amal makan 5 biji halba setiap hari, biar pun pahit ia untuk
mengawal kencing manis dan sebagainya.
1.2 LATAR BELAKANG PROJEK
Mengikut kajian yang telah dilakukan terhadap produk rempah ratus. Produk
ini juga telah menjadi permintaan orang ramai pada masa kini tetapi ia juga
menyukarkan pelanggan dalam proses urusniaga. Hal ini disebabkan oleh
beberapa faktor.
Antara salah satu faktor ialah pengguna tidak dapat mengetahui maklumat
secara terperinci tentang produk rempah ratus. Hal ini menyebabkan pelanggan
menghadapai kesukaran untuk mengetahui maklumat produk dari semasa ke
semasa. Apabila pelanggan ingin mendapatkan maklumat produk secara
2
terperinci, pelanggan terpaksa ke kedai atau syarikat tersebut atau menghubungi
pemilik syarikat tersebut secara peribadi untuk membuat pertanyaan.
Faktor seterusnya ialah syarikat perlu mengeluarkan kos yang mahal untuk
mempromosikan produk mereka. Sesetengah pelanggan tidak tahu tentang
kewujudan syarikat rempah ratus ini. Maka pihak syarikat perlu mengeluarkan
kos yang tinggi untuk menyebarkan tentang wujudnya syarikat mereka.
Akhir sekali ialah masa untuk pelanggan membuat pembelian adalah terhad
mengikut waktu operasi syarikat sahaja. Oleh itu, pelanggan tidak dapat
melakukan pembelian pada bila-bila masa kerana waktu urusniaga tersebut
telah ditetapkan dan mempunyai had masa.
1.3 PENYATAAN MASALAH
Dalam urusan jual beli rempah ratus ini, terdapat banyak masalah yang dihadapi
oleh peniaga kerana peniaga hanya menggunakan cara yang sukar dimana
menggunakan banyak kertas dan alat alat tulis boleh menyebabkan banyak kos
yang dikeluarkan, maklumat pelanggan yang tidak tepat serta sukar untuk
dikemaskini.
Seterusnya, kos yang tinggi terpaksa dikeluarkan untuk pengiklanan produk.
Iaitu terpaksa mengeluarkan kos yang banyak untuk membuat banting dan
risalah bagi mengiklankan produk mereka. Hal ini menyebabkan pasaran
menjadi tidak meluas dan orang ramai tdak mengetahui tentang promosi yang
dilakukan kerana pengiklanan yang dilakukan sangat terhad.
3
Selain itu, peniaga juga menghadapi kesukaran mengemaskini atau
menguruskan maklumat pelanggan. Peniaga hanya mencatat maklumat
pelanggan secara sukar dan boleh menyebabkan maklumat pelanggan tercicir.
Peniaga juga akan sukar untuk mengemaskini maklumat pelanggan sama ada
untuk menambah atau padam maklumat pelanggan.
Seterusnya, maklumat produk yang kurang lengkap menyukarkan pelangan
untuk membuat pesanan. Maklumat produk yang kurang lengkap seperti harga,
gambar produk yang dijual serta keterangan produk menyebabkan pelanggan
sukar untuk mengetahui tentang maklumat produk secara terperinci.
1.4 OBJEKTIF PROJEK
Terdapat tiga objektif kajian iaitu :
a) dapat menyediakan E-Katalog rempah ratus yang mempunyai maklumat
dengan lebih jelas dan terperinci.
b) dapat memudahkan syarikat untuk mempromosikan produk rempah ratus
secara atas talian bagi mengurangkan kos perbelanjaan.
c) dapat mewujudkan troli pembelian perbelanjaan secara atas talian bagi
memudahkan pelanggan membeli pada bila-bila masa.
1.5 SKOP PROJEK
Skop projek terbahagi kepada dua bahagian iaitu pengguna dan pentadbir.
Berikut adalah fungsi-fungsi yang boleh dijalankan oleh pengguna dan
pentadbir.
4
1.5.1 PENTADBIR
a) Pentadbir juga boleh menambah butiran tentang produk,
mengemaskini dan menghapuskan butiran tentang produk yang
dijual.
b) Pentadbir dapat melihat maklumat tempahan.
c) Pentadbir dapat melihat status pembayaran yang telah diproses.
d) Pentadbir boleh melihat tempahan daripada pelanggan dan status
pembayaran yang dibuat oleh pelanggan.
1.5.2 PENGGUNA
a) Pengguna perlu “log in” sebelum membuat pembelian.
b) Pengguna dapat melihat produk yang dijual dalam laman sesawang
tersebut.
c) Pengguna dapat mengetahui maklumat tentang pembelian dan
pemilihan produk yang dipilih melalui troli pembelian.
d) Pengguna dapat mengetahui promosi yang dibuat.
e) Pengguna boleh membuat pembayaran secara atas talian.
1.6 ANGGARAN KOS PROJEK
Jadual 1 di bawah menerangkan tentang kos projek bermula pada 16/7/2018
sehingga 22/10/2018. Perbelanjaan ini adalah sepanjang 4 bulan melaksanakan
projek. Projek ini membelanjakan sebanyak RM8906.50. Bagi bahagian
‘hardware’, ia terdapat pendrive, CD, hard disk, mesin pencetak, dakwat hitam
dan juga dakwat warna. Pendrive yang digunakan dalam projek ini sebanyak 2
unit sahaja dan membelanjakan sebanyak RM 70.00. Bagi Cd, ‘external
hardisk’ dan mesin pencetak hanya menggunakan 1 unit sahaja. Seterusnya,
dalam tempoh 4 bulan projek dijalankan dakwat hitam dan warna hanya dibeli
5
sekali sahaja dalam tempoh tersebut. Sebanyak RM 35.00 diperuntukkan bagi
dakwat.
JADUAL 1 : Anggaran Kos Projek
BIL. TAJUK KUANTITI HARGA JUMLAH
(RM) (RM)
HARDWARE
1 Pendrive 2 35.00 70.00
2. Cd 1 2.00 2.00
3. External Hardisk 1 215.00 215.00
4. Mesin Pencetak 1 266.00 266.00
5. Dakwat Hitam 1 x 4 Bulan 35.00 35.00
6. Dakwat Warna 1 x 4 Bulan 35.00 35.00
SOFTWARE
1. Adobe Photoshop 1 1646.80 1646.80
2. Xampp 1 1302.50 1302.50
3. Dreamweaver 1 1604.20 1604.20
4. Notepad +++ 1 - -
5. Internet 4 x 4 Bulan 35.00/Bulan 560.00
LAIN-LAIN
1. Bil Utiliti 4 x 4 Bulan 20.00/Bulan 80.00
2. Komputer riba 2 1500 3000
3. Perjilidan 2 40 80.00
4. Kertas A4 1 10 10.00
5. Pengangkutan 4 x 4 Bulan 70.00/Bulan
JUMLAH RM 8906.50
6
Perbelanjaan bahagian ‘software’ agak tinggi kerana harga bagi setiap
‘software’ agak mahal. Jadi, sebanyak RM 5113.50 dibelanjakan untuk
bahagian ‘software’. Akhir sekali, kos projek bagi bahagian lain-lain seperti bil
utiliti, komputer riba, perjilidan, kertas A4 dan pengangkutan sepanjang 4 bulan
sebanyak RM 3170.
1.7 Kepentingan Projek
Kepentingan projek adalah dimana pentadbir mudah untuk mengubahsuai data
pelanggan, produk dan sebagainya. Pentadbir boleh menubahsuai datan
peanggan seperti status penghantaran produk. Seterusnya, pengguna dapat
maklumat produk secara lengkap dan terperinci. Oleh itu, pengguna dapat
mengetahui maklumat produk dengan mudah dengan membaca penghuraian
maklumat yang telah dipaparkan didalam katalog produk sahaja seperti harga
dan maklumat produk tersebut. Jika mempunyai promosi juga, pengguna dapat
melihat harga potongan itu. Dengan ini, mudah untuk pengguna untuk
mengetahui harga promosi. Selain itu, pengguna juga dapat memadam produk
yang tidak dikehendaki semasa di troli pembelian. pengguna juga boleh
melakukan transaksi secara atas talian mereka tidak perlu pergi ke bank untuk
melakukan transaksi. Dengan ini dapat menjimatkan kos perjalanan dan
menjimatkan masa.
7
BAB II
KAJIAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN
Kajian ini dibuat untuk tujuan pembangunan laman sesawang produk Rempah
Ratus bagi projek akhir semester 5. Maklumat yang diperolehi daripada jurnal,
buku, dokumen, dan buku-buku rujukan lepas untuk sesuatu penyelidikan baru
hendaklah dikumpulkan dan dibuat kajian terlebih dahulu. E-dagang atau
Bahasa inggerisnya Electric Commerce adalah sistem perniagaan atas talian di
era ini tidak asing lagi penggunaannya. Dengan menggunakan kemudahan
teknologi serba canggih pada masa ini, ianya dapat melindungi dan memuaskan
pengguna yang terdiri daripada penjual, pembeli dan pihak ketiga. Contohnya,
bank. Secara ringkasnya, e-dagang merupakan satu sistem laman web yang
membolehkan pemiliknya melakukan penjualan atau jual beli bersama
pelanggannya. Di samping itu, terdapat lima jenis kategori e-dagang yang ada
bagi menjalankan sesebuah perniagaan iaitu Perniagaan kepada Pengguna
(B2C), Perniagaan kepada Perniagaan (B2B), Pernigaan kepada Kerajaan
(B2G), Pengguna kepada Pengguna (C2C) dan Transaksi kepada Kerajaan.
Ciri-ciri ini penting untuk menjual produk dan perkhidmatan yang terbaik
kepada pelanggan kerana mengikut perubahan ekonomi semasa dan kemajuan
era globalisasi pada tahun akan dating. Ianya dapat dilihat dengan jelas pada
hari ini bahawa kebanyakkan rakyat Malaysia menghabiskan masa dengan
kemudahan internet untuk membuat pembelian atau tempahan atas talian.
Semuanya hanya pada hujung jari sahaja.
8
2.2 E-DAGANG
Sejak kemunculan internet pada pertengahan 90-an, dunia telah mengalami
transformasi yang signifikan dari segi kaedah perniagaan, ekonomi, sosial dan
politik. Misalnya, e-dagang yang dijalankan melalui infranstruktur internet
telah menyebabkan landskap perniagaan berubah secara menyeluruh. Malaysia
juga tidak dikecuali dari dunia ini walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan
halangan. Perdagangan Elektronik e-dagang akan memainkan peranan yang
jauh lebih penting dalam pembangunan Sarawak terutamanya dengan focus
negeri ini dalam membangunkan ekonomi digital. Arfa Yunus. (2018, May 5).
Menjenguk ke arah landskap e-dagang di Malaysia. Utusan Borneo
https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-sarawak/. Dengan
pembangunan ekonomi digital ini dapat memajukan lagi negeri-negeri yang
terpencil.
E-Dagang merupakan perdagangan atau perniagaan menggunakan infrastruktur
teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) sebagai medium bagi tujuan
komunikasi dan transaksi.pakan perdagangan atau perniagaan menggunakan
infrastruktur teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) sebagai medium bagi
tujuan komunikasi dan transaksi. Berdasarkan kenyataan dikeluarkan
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) pada Februari lalu, rakyat
Malaysia secara umumnya mempunyai tabiat membeli-belah secara atas talian,
yang menggalakkan pertumbuhan perniagaan online. Nurul Fatihah Muah.
(2017, Ogos 7). E-dagang Perkasa Perniagaan. Sinar Online,
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/e-dagang-perkasa-perniagaan1.714653
E-dagang merupakan infrastruktur teknologi komunikasi yang sangat bagus
dalam dunia perniagaan online kerana ia mudah untuk membeli. Kenyataan
diatas, pembeli dapat menjimatkan masa, kos dan sebagainya. Penjualan online
juga menigkat berbanding penjualan runcit. Dengan ini, peniaga online dapat
menjana pendapatan yang tinggi.
9
2.3 PRODUK REMPAH RATUS
Rempah ratus telah di definisikan sebagai mana-mana daripada beberapa jenis
bahan sayuran yang digunakan untuk merencah masakan atau pun makanan.
Definisi ini telah diambil dari kamus Webster’s New Twentieth Century.
Lazimnya rempah ratus ini dikeringkan terlebih dahulu sebelum digunakan
supaya boleh disimpan lama dan tidak berkulat atau rosak. Ia mempunyai
aroma dan rasa serta perisa yang tersendiri dalam pembuatan makanan agar rasa
sedap apabila dimakan. Zainura66. (2010, Julai 30). Pengenalan Rempah Ratus.
https://rempahratuswannura.wordpress.com/2010/07/30/pengenalan-rempah-
ratus/
Rempah ratus ini bukan saja digunakan didalam masakan malah untuk ubatan
dan juga haruman. Mempunyai rupa haruman dan bentuk yang berbeza beza.
Rempah ratus mempunyai bermacam-macam. Rempah ratus dalam masakan
Melayu ini dibahagi kepada dua iaitu rempah basah dan rempah
kering. Rempah basah termasuk bawang, halia, bawang putih dan
cili. Rempah kering termasuk biji ketumbar, jintan putih, buah pelaga, kayu
manis, cengkih, bunga lawang dan lain-lain. Orang Melayu juga banyak
menggunakan bahan-bahan herba seperti serai, daun saderi, daun pandan, daun
limau purut, daun kemangi, kunyit, lengkuas dan buah pala. Rempah basah
dapat di gunakan dalam masakan setelah ditumbuk dengan batu lesung.
Rempah kering juga dapat digunakan dalam masakan dengan cara digoreng
tanpa minyak terlebih dahulu sebelum ditumbuk atau dikisar.
Manakala, bahan-bahan herba dapat digunakan dalam masakan dengan cara
direbus dan ditaburkan ke dalam masakan atau pun dimakan sebagai sayuran.
10
Terdapat pelbagai jenis rempah ratus antaranya adalah kentumbar, jintan manis,
serbuk cili, jintan putih, kulit kayu manis, biji ketumbar, bunga cengkih dan
lain-lain. Rempah ratus ini bukan sahaja untuk diletakkan di dalam masakan,
tetapi rempah ratus ini juga bagus untuk perubatan tradisonal dan petua yang
diamalkan sejak zaman dahulu bagi mengekalkan kecantikan secara
semulajadi. Masyarakat Indonesia banyak memanfaatkan kulit kayu manis
dalam kehidupan seharian selain dijadikan ramuan utama dalam insdustri jamu
dan kecantikan.
2.4 E-DAGANG BAGI PRODUK REMPAH RATUS
Produk rempah ratus ini tidak meluas dalam perniagaan e-dagang akan tetapi
produk ini terkenal hanya dalam pasaran “offline”. Oleh kerana itu, produk
rempah ratus ini perlu dipertengahkan dalam pasaran atas talian ini dapat
memajukan ekonomi negara. Perniagaan atas talian ini dapat memperluaskan
produk rempah ratus di persada dunia.
Di Malaysia mempunyai produk rempah ratus E-dagang akan tetapi mereka
tiada laman web yang membeli secara atas talian sebagai contoh laman web
www.babas.com, www.puteriayu.com dan sebagainya. Oleh itu, E-dagang bagi
produk rempah ratus ini perlu diperluaskan untuk memberi peluang tinggi
kepada mereka yang menjual produk rempah ratus khususnya diluar bandar.
Dengan ini, mereka dapat meningkatkan pendapatan harian.
E-dagang bagi produk rempah ratus membolehkan sesebuah perniagaan
menjalankan tanpa mempunyai premis yang besar atau bilangan pekerja yang
mencukupi. Jutaan pengguna akan mengunakan landasan ini. Justeru itu,
pasaran yang luas telah membuktikan apabila usahawan menjalankan
11
peniagaan e-dagang dengan memenuhi permintaan bagi produk. Kebanyakan
pengguna lebih mengemari untuk berurusan secara langsung dan melakukan
transaksi secara atas talian. Dengan ini, E-dagang bagi produk rempah ratus ini
dapat pergi jauh lagi dengan adanya perniagaan E-dagang.
2.5 ANALISIS PESAING
Pesaing adalah perusahan yang menghasilkan atau yang menjual barang yang
sama dengan produk yang ditawarkan. Dalam dunia persaingan tugas utama
pengusaha adalah mengaut pelanggan sebanyak yang mungkin. Setiap syarikat
perlu menganalisis pesaing untuk mengembangkan dan mencari kehebatan dan
kelemahan pesaing tersebut. Dengan ini, kami telah menganalisis dua buah
laman web yang berkaitan dengan rempah ratus sebagai pesaing iaitu
http://www.herbies.com.au/ dan https://www.faizashop.com/. Laman web
kedua dua ini terdapat banyak kelebihan dan kelemahan.
2.5.1 HERBIES SPICES
Rajah 1 : Laman Utama Herbies Spices
Rajah 1 menunjukkan Laman utama Herbies Spices yang mengandungi
gambar produk yang dijual serta penerangan tentang latar belakang
perniagaan tersebut. Di bahagian atas menunjukkan tentang logo
12
Herbies Spices dan ruangan carian pengguna. Bahagian menu pula
terdapat butang ke laman utama, katalog produk, manual pesanan
pengguna, maklumat menjadi agen, “FAQ” dan butang untuk
menghubungi Herbies Spices. Selain itu terdapat butang untuk “login”
ke laman web tersebut.
Rajah 2 : Katalog Produk Herbies Spices
Rajah 2 menunjukkan tentang katalog produk yang dijual serta
pengguna boleh “klik” pada gambar tersebut untuk mengetahui
keterangan tentang produk itu. Selain itu juga, terdapat “shopping bag”
untuk melihat semula produk yang dipilih untuk membuat pembelian.
Di bahagian bawah, terdapat kotak pesanan yang boleh di gunakan bagi
pengguna untuk bertanya sebarang soalan kepada pihak laman web.
13
Rajah 3 : Carta Pembelian Herbies Spices
Selepas pengguna memilih produk yang ingin dibeli dibahagian E-
Katalog, pengguna boleh melihat produk yang dipilih dibahagian Carta
Pembelian seperti yang ditunjukkan di Rajah 3. Kemudian, pengguna
boleh memilih sama ada ingin meneruskan pesanan atau terus kepada
membuat pembayaran.
Rajah 4 : “Checkout” Pesanan Pelanggan Herbies Spices
Rajah 4 menunjukkan borong pesanan pelanggan. Selepas pengguna
memilih produk yang ingin dibeli. Pelanggan perlu mengisi borong atau
14
maklumat dibahagian ini. Pelanggan juga boleh memilih sama ada ingin
membuat pembayaran dalam bentuk perbankan internet atau dalam
bentuk Visa. Selepas pihak Herbies Spices mendapat maklumat
tempahan pengguna. Mereka akan menghantar pengesahan melalui
email.
2.5.2 FAIZA SHOP.COM
Rajah 5 : Laman Utama Faiza Shop.Com
Rajah 5 menunjukkan laman utama bagi laman web Faiza Shop.Com.
Pada bahagian laman utama tersebut, terdapat butang menu,
“Shopping Chart”, “ Wish List”, “Check Out”, Carian Produk dan Log
masuk dan Log Keluar Pengguna. Selain itu, dibahagian laman utama
ini juga terdapat bahagian “Featured Product” iaitu produk yang
diketengahkan dan ‘navigation button’.
15
Rajah 6 : Maklumat Untuk Pelanggan
Rajah 6, terdapat Maklumat Untuk Pelanggan, dibahagian ini
memudahkan pengguna untuk mendapat maklumat lebih lanjut
tentang pembelian atau produk keluaran Faiza Shop.Com. Ada 4
bahagian iaitu maklumat, ‘Customer Service’, ‘Extras’ dan Akaun
Pengguna.
Rajah 7 : E-Katalog Faiza Shop.Com
Rajah 7 menunjukkan platform E-Katalog bagi produk Faiza
Shop.Com. Ia dibahagikan kepada beberapa bahagian.
16
Rajah 8 : Laman Pembelian Faiza Shop.Com
Rajah 8 menunjukkan selepas membuat pemilihan produk, pelanggan
boleh memilih sama ada ingin meneruskan pembelian atau terus
kepada membuat pembayaran. Kaedah ini sama seperti laman web
Herbies Spices, yang membezakan nya laman web Faiza Shop.Com
mudah digunakan dan sangat jelas berbanding laman web Herbies
Spices.
Rajah 9 : Langkah-langkah pembelian Faiza Shop.Com
17
Laman web Faiza menunjukkan langkah-langkah pembelian
dan pembayaran produk. Terdapat 6 langkah yang dinyatakan
seperti dalam Rajah 9. Selepas pengguna membuat
pembayaran. Laman web ini akan mengesahkan pembelian
pengguna melalui email sama seperti Laman Web Herbies
Spices.
2.6 KANDUNGAN E-DAGANG
Kandungan E-Dagang merupakan metodologi perniagaan yang harus dititik
beratkan bagi laman web yang berniaga secara atas talian. E- Dagang sangat
penting pada era masa kini untuk meluaskan perniagaan. Di dalam laman E-
Dagang terdapat laman log masuk bagi menggunakan laman web. Selain itu,
terdapat pendaftaran log masuk pengguna. Kemudian terdapat paparan katalog
produk. Di samping itu, pengguna juga berkebolehan untuk membeli dengan
menggunakan troli pembelian. Tidak ketinggalan, di laman troli pembelian juga
pengguna boleh memadam produk yang tidak dikehendaki. Akhir sekali,
pengguna yang membeli boleh membuat pembayaran secara atas talian dengan
mengisi borang butiran bagi meneruskan proses pembelian dan penghantaran
produk.
2.6.1 LAMAN E-DAGANG YANG DIPILIH
Laman E-dagang yang dipilih adalah laman sesawang bagi perniagaan
tudung terkenal di Malaysia iaitu Ariani Online. Laman E-dagang ini
dipilih kerana terdapat maklumat yang jelas, menarik dan juga mudah
digunakan oleh pelanggan. Dibawah ini telah dinyatakan antara
maklumat yang perlu ada dalam laman sesawang e-dagang.
18
Rajah 10 : Laman Utama Ariani Online
Rajah 10 menunjukkan laman utama bagi Ariani Online. Dalam laman ini
terdapat banner perniagaan, logo dan juga log masuk atau daftar masuk
ke dalam laman sesawang tersebut.
Rajah 11 : Di Bahagian Bawah Laman Utama Ariani Online
Rajah 11 menunjukkan di bahagian bawah laman utama Ariani Online.
Di bahagian ini terdapat video cara pemakaian tudung Ariani, tentang
Ariani, maklumat dan juga tentang servis pelanggan. Ia juga terdapat logo
Facebook, Instagram dan juga Youtube.
19
Rajah 12 : Laman Kategori Bagi Galeri Ariani
Rajah 13 : Laman Kategori Bagi Ariani Ready To Wear.
Rajah 12 dan 13 menunjukkan laman kategori bagi produk Ariani.
Terdapat 2 kategori seperti yang dinyatakan diatas iaitu galeri Ariani
memaparkan tentang produk yang dijual. Manakala, bahagian Ariani
“Ready To Wear” memaparkan senarai baju yang dijual oleh Ariani.
20
Rajah 14 : Laman Katalog Bagi Ariani Ready To Wear
Pada laman ini pelanggan boleh membuat tapisan harga yang
dikehendaki seperti yang ditunjukkan pada rajah 14 di atas. Selain
itu, pelanggan juga boleh memilih warna produk tersebut. Laman ini
juga terdapat katalog produk yang mempunyai harga dan penerangan
produk tersebut.
Rajah 15 : Laman “Add to bag” Bagi Ariani Ready To Wear
21
Rajah 15 ini menunjukkan Laman“Add to bag” untuk pelanggan
yang ingin membuat pembelian. Pelanggan boleh memilih kuantiti
yang dikehendaki.
Rajah 16 : Laman “checkout” Bagi Ariani Ready To Wear
Rajah 16 menunjukkan Laman “checkout”. Setelah memilih produk
yang dikehendaki, pelanggan perlu “checkout” untuk meneruskan
pembelian. Selain itu, pelanggan boleh melihat paparan produk yang
telah dipilih.
Rajah 17 : Laman “proceed to payment” Bagi Ariani Ready To Wear
22
Pelanggan perlu klik butang “proceed to payment” untuk meneruskan
pembelian seperti rajah 17 di atas.
Rajah 18 : Laman cara pembayaran Bagi Ariani Ready To Wear
Rajah 18 menuunjukkan pelanggan boleh membuat pilihan cara
pembayaran secara atas talian seperti “online banking”, kadkredit atau
menggunakan debit kad.
23
BAB III
METODOLOGI PROJEK
3.1 PENGENALAN
Berdasarkan kajian yang dilakukan terdapat enam proses yang dijalankan di
dalam kitar hayat pembangunan sistem. Ianya merupakan kaedah dan teknik
merekabentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan
bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian. Tujuan metodologi ialah untuk
membantu memahami dengan lebih luas lagi tentang pengaplikasian kaedah
dengan membuat huraian tentang proses kajian.
3.2 KITAR HAYAT PEMBANGUNAN SISTEM (KHPS)
Rajah 19 : Kitar Hayat Pembangunan Sistem (KHPS)
(URL : https://medium.com/@jilvanpinheiro/software-development-life-
cycle-sdlc-phases-40d46afbe384 )
24
3.2.1 FASA KITAR HAYAT PEMBANGUNAN SISTEM (KHPS)
PERANCANGAN
Perancangan adalah kelayakan, temubual, perhatian, pengkaji.
Sekiranya pada peringkat kelayakan, hasilnya adalah baik, maka ia
segera disiasat dan diberikan borang kepada klien untuk merekodkan
keperluan klien. Dalam sistem penyiasatan, ia boleh dalam bentuk
wawancara, kuasa atau pmerhatian. Pada peringkat ini,perkara pertama
yang perlu dilakukan ialah memberikan borang kepada pengguna yang
digunakan untuk menentukan permintaan perniagaan pengguna.
(Sudirman , 2017)
Pemilihan tajuk projek
Penyerahan tajuk projek
Skop dan objektif projek
Membuat proposal projek
ANALISIS
Analisis ialah penghuraian sesuatu keadaan, masalah atau persoalan
untuk mengetahui pelbagai aspek secara terperinci. (Azemi Mohammad
, 2009)
Menganalisis web e-dagang
Menganalisis hasil kajian
Menemubual organisasi
Memperbaiki proposal
Penyerahan proposal projek
25
MEREKA BENTUK
Pada peringkat ini, ciri-ciri dan operasi pada sistem diterangkan secara
terperinci. (Sudirman , 2017)
Aktiviti yang dijalankan ialah :
Mengenal pasti organisasi
Mengenal pasti Fasa Fasa Kitaran Hayat Pembangunan Sistem
Menyediakan reka bentuk projek
PEMBANGUNAN DAN PENGUJIAN
Fasa ini adalah fasa pembangunan dan pengujian mengikut spesifikasi
sistem bagi fasa yang sebelumnya. (Naveen Seegaran , 2014)
Antara aktiviti yang dijalankan bagi fasa ini adalah :
Menyediakan draf laporan
Menghantar draf laporan
Membuat pembetulan draf laporan projek sepenuhnya
Menghantar draf laporan
Pengujian prototaip secara menyeluruh
Memperbaiki protaip
PERLAKSANAAN
Tahap ini adalah prosedur yang dilakukan untuk menyelesaikan reka
bentuk sistem ini dalam dokumen reka bentuk sistem yang telah
diluluskan dan menguji, memasang dan memulakan penggunaan
sistem baru atau sistem yang lebih baik.
Aktiviti yang dijalankan ialah :
26
Menyediakan slide pembentangan projek
Menghantar dokumentasi projek
Persediaan pembentangan dan penyerahan laporan akhir.
Pembentangan projek semester akhir
Menghantar laporan akhir berjilid
3.3 REKABENTUK SISTEM PROJEK
3.3.1 GAMBARAJAH HUBUNGAN ENTITI (ERD)
Rajah 20 : Gambarajah Hubungan Entiti
Rajah 20 di atas menerangkan tentang entiti yang digunakan dan
bagaimana entiti-entiti tersebut dihubungkan secara keseluruhan
melalui laman e-dagang perniagaan rempah ratus yang dilakukan oleh
pengguna dari mula pengguna mendaftar untuk membina akaun bagi
pengguna tersebut sehingga ke proses penempahan dan pembayaran
produk yang telah ditempah kepada pentadbir. Oleh itu, terdapat empat
set entiti yang digunakan berdasarkan petikan di bawah.
27
Bagi set entiti pelanggan, terdapat attribute penting yang perlu
digunakan dalam laman e-dagang ini seperti attribute nombor
identifikasi (ID) pelanggan iaitu nama penuh pelanggan, kata laluan,
nama pelanggan (username), nombor kad pengenalan, nombor telefon
dan alamat tempat tinggal pengguna bagi tujuan memudahkan proses
penghantaran produk yang telah ditempah ke alamat tempat tinggal
pelanggan.
Selain itu, set entiti bagi tempahan pula terdapat attribute penting yang
perlu digunakan dalam laman e-dagang ini seperti attribute nombor
identifikasi (ID) tempah, Kod produk, Id Pelanggan, tarikh tempahan
dan bilangan tempahan yang dibuat oleh pengguna melalui laman e-
dagang ini.
Seterusnya, set entiti bagi e-katalog pula terdapat attribute penting yang
perlu digunakan dalam laman e-dagang ini seperti attribute nombor
identifikasi (ID) nama, harga, kategori produk, bilangan stok semasa,
re-order stok, bilangan stok, dan keterangan mengenai produk yang
dijual oleh admin melalui laman e-dagang ini.
Set entiti yang terakhir, set entiti bagi bayaran pula terdapat attribute
penting yang perlu digunakan dalam laman e-dagang ini seperti nombor
identifikasi(ID) bayaran, tarikh bayar, Idpelanggan, bilangan tempahan
dan harga keseluruhan produk yang telah ditempah oleh pengguna
melalui laman e-dagang ini.
28
3.3.2 GAMBARAJAH KONTEKS
Gambar rajah konteks merupakan gambaran kasar kepada skop yang
telah ditetapkan sebelum projek dibangunkan. Selain itu gambar rajah
ini juga mengambarkan projek secara keseluruhan yang akan
dibangunkan iaitu laman web Rempah Ratus. Melalui gambar rajah
konteks, aliran data dan maklumat masuk dan keluar dapat dilihat dari
satu entiti ke entiti yang berlainan. Rajah 21 dibawah menunjukkan
gambar rajah konteks laman web Rempah Ratus.
Rajah 21 : Gambarajah Konteks Bagi Projek rempah ratus
29
Berdasarkan Rajah 21, sistem rempah ratus ini melibatkan 2 entiti iaitu
pentadbir dan pelanggan. Kedua dua ini mempunyai fungsi yang
berlainan.
Bagi entiti pelanggan baru akan menerima maklumat produk setelah
mendaftar masuk ke sistem ini. Setelah itu pelanggan akan mendaftar
masuk ke dalam sistem pembangunan laman e-dagang ini. Seterusnya
pelanggan akan menerima id setelah selesai berdaftar dan membolehkan
mereka membeli atas talian.
Pentadbir adalah terdiri daripada pemilik syarikat. Sistem ini akan
melaporkan produk yang ditempah oleh pelanggan kepada pentadbir.
Kemudian, pentadbir akan menerima maklumat tempahan serta
maklumat pelanggan. Akhir sekali, pentadbir juga berkuasa untuk
mengemaskini maklumat produk dan juga maklumat pelanggan dan
maklumat pentadbir dari masa ke semasa.
3.3.3 GAMBARAJAH ALIRAN DATA
Rajah 22 di bawah menunjukkan carta bagi Data Flow Diagram untuk
membangunkan laman web e-dagang Prototaip Bagi Rempah Ratus
Mak Siti.
30
Rajah 22 : Rajah aliran data bagi produk rempah ratus
3.3.4 PANGKALAN DATA
Pangkalan data merupakan himpunan data-data berkaitan yang dikongsi
bersama oleh pelbagai kategori pengguna untuk memenuhi kehendak
dan keperluan maklumat sesebuah organisasi.
31
i) JADUAL PELANGGAN
Jadual 2 : Pelanggan
Medan Jenis data Saiz
ID pelanggan Int 11
Nama Text 255
Email Varchar 255
No telefon Varchar 12
Jantina Varchar 10
Alamat Varchar 255
Nama pengguna Varchar 255
Kata laluan Varchar 15
Jadual 2 menunjukkan maklumat pelanggan yang perlu ada dalam
pangkalan data iaitu Id Pelanggan, Nama, Email, No Telefon, Jantina,
Alamat, Nama Pengguna dan juga Kata Laluan.
ii) JADUAL TEMPAHAN
Jadual 3 : Tempahan
Medan Jenis data Saiz
ID tempahan Int 11
ID pelanggan Int 11
ID produk Int 11
Kuantiti tempahan Int 11
Status produk Varchar 20
Komen produk Text 100
Tarikh tempahan Date
32
Jadual 3 atas menunjukkan maklumat tempahan yang perlu ada dalam
pangkalan data iaitu Id Tempahan, Id Pelanggan, Id Produk, Kuantiti
Tempahan, Status Produk, Komen Produk dan juga Tarikh
Tempahan.
iii) JADUAL PRODUK
Jadual 4 : Produk
Medan Jenis data Saiz
ID produk Int 11
Nama produk Varchar 100
Keterangan produk Text
Kategori produk Varchar 100
Produk baru Varchar 3
Harga produk Decimal
Promosi Varchar 11
Potongan harga Decimal
Gambar produk Varchar 10
Tarikh produk Date 8
Kuantiti produk Int 11
Jadual 4 menunjukkan maklumat yang perlu ada dalam
maklumat produk iaitu Id Produk, Nama Produk, Keterangan
Produk, Kategori Produk, Produk Baru, Harga Produk, Promosi,
Potongan Harga, Gambar Produk, Tarikh Produk dan juga
Kuantiti Produk.
33