KARANGAN PASANG SIAP DIMENSI Ayat Idea (I) Ayat Huraian (M) Ayat Contoh (Ba) Ayat Kesan (K) Ayat Penegas (P) IBU BAPA Antara Fokus Soalan ialah Ibu bapa perlu mendidik anakanak sejak kecil tentang __(Tema Soalan)__ kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya Hal ini kerana/Ini disebabkan/, ___(Siapa?)_____ memainkan peranan penting bagi memastikan isu/perkara ini dapat -dibanteras/ ditangani / dicegah (negatif) -dimajukan / ditingkatkan (positif) Contohnya, ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak sejak di bangku sekolah lagi tentang kesedaran __(Tema Soalan) Kesannya, anak-anak akan lebih sedar tentang __(Tema Soalan) Tegasnya, ibu bapa perlulah mendidik anakanak sejak kecil tentang _(Tema Soalan) = ULANG AYAT IDEA SEKOLAH Seterusnya, antara Fokus Soalan ialah pihak sekolah perlulah menitikberatkan nilainilai murni dalam diri murid Contohnya, pihak sekolah boleh mengadakan ceramah kesedaran kepada murid Sudah terang lagi bersuluh, pihak sekolah perlulah menitikberatkan nilai-nilai murni dalam diri murid (ULANG AYAT IDEA) KERAJAAN Di samping itu, antara Fokus Soalan ialah pihak kerajaan juga hendaklah meningkatkan penganjuran kempen kesedaran kepada masyarakat. Misalnya, pihak kerajaan boleh membuat pameran yang bersesuaian tentang kesedaran __(Tema Soalan) Impaknya, masyarakat akan lebih sedar tentang __(Tema Soalan) Sudah terang lagi bersuluh, pihak kerajaan juga hendaklah mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat. (ULANG AYAT IDEA) MEDIA MASSA Selain itu, antara Fokus Soalan ialah media massa turut berperanan dalam memberi kesedaran melalui pelbagai medium. Contohnya, media massa boleh menyampaikan kesedaran tentang __(Tema Soalan) melalui internet, surat khabar dan lain-lain lagi. Tegasnya, media massa berperanan dalam memberi kesedaran melalui pelbagai medium. (ULANG AYAT IDEA) DIRI SENDIRI Dari kaca mata yang lain, antara Fokus Soalan ialah seseorang individu hendaklah bijak memilih rakan yang positif. Contohnya, pengaruh yang baik daripada seseorang akan mempengaruhi rakanrakan terdekatnya.. Dengan ini, seseorang individu akan lebih sedar tentang __(Tema Soalan Tuntasnya, seseorang individu hendaklah bijak memilih rakan yang positif. (ULANG AYAT IDEA)
Contoh Perenggan ibu bapa SOALAN (TINDAKAN pelbagai pihak bagi mengatasi buli) TEMA= Keburukan buli (Isu Negatif tambah keburukan + tema ) FOKUS SOALAN= Tindakan pelbagai pihak mengatasi buli PENDAHULUAN= Saban hari kita disajikan dengan isu gejala buli melalui media massa, media cetak dan perbincangan di institusi pengajian tinggi, parlimen dan warung-warung kopi. Isu gejala buli telah menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu memandang berat akan isu ini bak kata pepatah Melayu, berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Persoalannya, apakah tindakan pelbagai pihak mengatasi buli? (52pp) ISI= IBU BAPA DIDIK SEJAK KECIL Antara tindakan pelbagai pihak mengatasi buli ialah ibu bapa perlu mendidik sejak kecil tentang keburukan gejala buli kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini kerana, ibu bapa memainkan peranan penting bagi memastikan isu ini dapat dibanteras. Contohnya, ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak sejak di bangku sekolah lagi tentang kesedaran dan keburukan buli. Kesannya, anak-anak akan lebih sedar tentang keburukan buli . Tegasnya, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak sejak kecil tentang keburukan gejala buli. (61pp) ISI= SEKOLAH TITIK BERAT NILAI MURINI Seterusnya, antara tindakan pelbagai pihak mengatasi buli ialah pihak sekolah perlulah menitikberatkan nilai-nilai murni dalam diri murid. Hal ini kerana, sekolah memainkan peranan penting bagi memastikan isu ini dapat ditangani. Contohnya, pihak sekolah boleh mengadakan ceramah kesedaran kepada murid. Kesannya, anak-anak murid akan lebih sedar tentang keburukan buli . Sudah terang lagi bersuluh, pihak sekolah perlulah menitikberatkan nilai-nilai murni dalam diri murid. (58pp) ISI= KERAJAAN MENGADAKAN KEMPEN Selanjutnya, antara tindakan pelbagai pihak mengatasi buli ialah pihak kerajaan perlulah meningkatkan penganjuran kempen kesedaran kepada masyarakat. Hal ini disebabkan, kerajaan memainkan peranan penting bagi memastikan isu ini dapat dicegah. Misalnya, pihak kerajaan boleh membuat pameran yang bersesuaian tentang kesedaran dan keburukan buli. Impaknya, masyarakat akan lebih sedar tentang keburukan buli. Sudah terang lagi bersuluh, pihak kerajaan hendaklah meningkatkan kempen kesedaran kepada masyarakat. (58pp) ISI= MEDIA MASSA SEBARKAN KESEDARAN DI MEDIA SOSIAL Selain itu, antara tindakan pelbagai pihak mengatasi buli ialah media massa turut berperanan dalam memberi kesedaran melalui pelbagai medium. Hal ini disebabkan, media massa memainkan peranan penting bagi memastikan isu ini dapat diatasi. Contohnya, media massa boleh menyampaikan kesedaran tentang keburukan buli melalui internet, televisyen, surat khabar dan lain-lain lagi. Kesannya, masyarakat akan lebih sedar tentang keburukan buli. Tegasnya, media massa berperanan dalam memberi kesedaran melalui pelbagai medium. (66pp) ISI= INDIVIDU PILIH RAKAN YG POSITIF
Dari kaca mata yang lain, antara tindakan pelbagai pihak mengatasi buli ialah seseorang individu juga hendaklah bijak memilih rakan yang positif. Contohnya, pengaruh yang baik daripada seseorang akan mempengaruhi rakan-rakan terdekatnya. Dengan ini, seseorang individu akan lebih sedar tentang keburukan buli. Tuntasnya, seseorang individu hendaklah bijak memilih rakan yang positif. KESIMPULAN Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu memberi komitmen yang sewajarnya Untuk menangani / menyokong isu ini. Semua Pihak/ Pihak berkuasa / Ibu bapa / Institusi sekolah/ Kerajaan tidak boleh melaksanakan tugas seperti melepaskan batuk di tangga. Manakala, masyarakat pula tidak sewajarnya mengamalkan peribahasa enau dalam belukar melepaskan pucuk masingmasing dalam menangani / menyokong isu ini. Kerjasama yang erat akan dapat merealisasikan Hasrat mantan Perdana Menteri yang bertepatan dengan slogan ‘ Cemerlang, Gemilang dan Terbilang’.