The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CHEONG JIA YEE 张家怡, 2024-03-11 14:16:03

EDUP3143_PENGHASILAN PRODUK e-BOOK_CHEONG JIA YEE

CHEONG JIA YEE MUZIK A
IPGMKPs

Kepelbagaian Sosiobudaya di Sekolah EDUP3143 SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN CHEONG JIA YEE - MUZIK A - 2021232340513 Tugasan 2: Penghasilan Produk


1.0 Pengenalan 2.0 Kesan-kesan Stratifikasi Sosial 3.0 Faktor-faktor Kepelbagaian Sosiobudaya 4.0 Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya terhadap Komuniti Sekolah dan Pendidikan di Malaysia 5.0 Cadangan Penambahbaikan Kepelbagaian Sosiobudaya terhadap Komuniti Sekolah 6.0 Refleksi 7.0 Rujukan 8.0 Lampiran I s i K a n d u n g a n


Kepelbagaian sosiobudaya adalah fenomena yang melibatkan kehadiran dan interaksi pelbagai budaya, etnik, bahasa dan nilai-nilai dalam suatu masyarakat. Sosiobudaya boleh ditakrifkan sebagai amalan gaya hidup dan peradaban masyarakat tertentu (Rosfazila Abd Rahman, 2019). Amalan ini berpunca daripada pegangan dan kecenderungan diri masyarakat tersebut terhadap pembangunan sosial kehidupan mereka. Di Malaysia, kepelbagaian sosiobudaya adalah ciri penting yang membentuk landskap pendidikan negara. Interaksi dengan kepelbagaian tamadun luar telah berlaku sejak zaman purba lagi, menghasilkan lapisan-lapisan masyarakat yang berbeza dan memainkan peranan dalam membentuk identiti kebangsaan dan pendidikan negara. Menurut Shamsul Amri (2012), interaksi dengan kepelbagaian tamadun luar di Malaysia telah berlaku sejak abad ke-5 Masihi lagi, menunjukkan kepentingan strategik kepelbagaian sosiobudaya dalam pembentukan masyarakat dan pendidikan negara. Dalam konteks pendidikan, kesan-kesan stratifikasi sosial dan faktor-faktor kepelbagaian sosiobudaya memainkan peranan penting dalam membentuk landskap pendidikan negara. Oleh itu, e-book ini akan mengkaji kesan-kesan stratifikasi sosial dan faktor-faktor kepelbagaian sosiobudaya serta implikasinya terhadap komuniti sekolah dan pendidikan di Malaysia. 1.0 PENGENALAN


Kurangnya Akses dan Peluang Pendidikan 2.0 Kesan-kesan Stratifikasi Sosial Golongan miskin dan lapisan sosial bawah sering menghadapi cabaran dalam mendapatkan akses kepada pendidikan berkualiti. Faktor ekonomi menjadi penghalang utama, di mana kos pendidikan seperti yuran sekolah, buku teks dan peralatan pembelajaran boleh menjadi bebanan yang berat bagi keluarga yang kurang berkemampuan ekonomi (Fitria Wulandari, 2021). Ini menyebabkan jurang pendidikan antara lapisan masyarakat yang kaya dan miskin, yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam peluang pembangunan. Terdapat beberapa kesan stratifikasi sosial yang ketara dalam konteks pendidikan di Malaysia: Pembelajaran Berbeza Berdasarkan Latar Belakang Sosial Pengaruh Budaya dan Nilai Sosial dalam Pendidikan Berdasarkan temu bual yang telah dibuat, pelajar dari lapisan sosial yang lebih tinggi mempunyai akses kepada lebih banyak sumber pembelajaran dan peluang pendidikan tambahan. Ini termasuk akses kepada buku-buku rujukan tambahan, kelas persediaan untuk peperiksaan dan bimbingan pembelajaran tambahan. Keterbatasan sumber-sumber ini bagi golongan yang kurang berkemampuan ekonomi boleh menyebabkan mereka terpinggir dan mempunyai pencapaian akademik yang lebih rendah berbanding dengan rakanrakan dari lapisan sosial yang lebih tinggi (Doreen Ting & Shahlan Surat, 2021). Daripada temu bual, guru menyatakan bahawa budaya dan nilai dominan sesebuah masyarakat boleh mempengaruhi pengalaman pendidikan seseorang pelajar. Sebagai contoh, pelajar dari latar belakang yang lebih konservatif lebih terdedah kepada norma budaya yang menekankan pematuhan dan kurang memberi penekanan kepada pemikiran kritis atau inovasi. Ini memberi kesan kepada gaya pengajaran di dalam bilik darjah dan cara pelajar melihat pendidikan.


3.0 Faktor-faktor Kepelbagaian Sosiobudaya Terdapat beberapa faktor kepelbagaian sosiobudaya yang mempengaruhi pendidikan di Malaysia: Kepelbagaian Etnik dan Bahasa Malaysia dikenali sebagai negara yang mempunyai pelbagai etnik dan bahasa. Faktor ini mempengaruhi pendidikan dengan menyumbang kepada keperluan untuk integrasi dan pemahaman antara pelbagai etnik dan bahasa. Konsep kepelbagaian budaya terhasil daripada variasi bahasa, kaum, etnik, latar belakang dan amalan masyarakat (Noraini Omar et al., 2017). Hal ini kerana manusia secara fitrahnya dijadikan dalam kelompok berbeza dan semua mesti menerima dan menghormati perbezaan tersebut sebagai suatu hukum alam yang akan terus berlaku. Dari sudut bahasa, dapat dilihat secara nyata adanya kepelbagaian dialek, nada, dan cara penyampaian. Kepelbagaian bahasa juga dapat kita lihat dari penggunaan bahasa badan. Contohnya, kaum India lebih suka menggerakkan kepala mereka ketika sedang menceritakan sesuatu perkara. Manakala di sekolah, murid terdiri daripada pelbagai kaum dan mempunyai dialek pertuturan pertuturan tersendiri (Ngien & Ching, 2016). Meskipun begitu, ibu bapa bebas memilih jenis sekolah untuk menghantar anak-anak mereka. Contohnya, Sekolah Kebangsaan yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Melayu, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil yang menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar. Ini menghasilkan kepelbagaian bahasa impak daripada pencampuran pergaulan etnik dalam institusi pendidikan, mencerminkan nilai toleransi dan penghormatan terhadap kepelbagaian budaya dalam sistem pendidikan Malaysia.


3.0 Faktor-faktor Kepelbagaian Sosiobudaya Terdapat beberapa faktor kepelbagaian sosiobudaya yang mempengaruhi pendidikan di Malaysia: Agama Faktor agama memainkan peranan penting dalam pendidikan di Malaysia, di mana kepelbagaian agama yang diamalkan oleh masyarakat membawa kepada pelbagai jenis budaya yang memaparkan variasi tradisi dan kepercayaan agama masingmasing yang dibawa ke dalam persekitaran sekolah. Negara ini memiliki pelbagai agama dan kepercayaan dan pendekatan pendidikan perlu mengambil kira kepelbagaian ini. Ia termasuk memastikan bahawa pelajaran agama dilaksanakan dengan adil dan tidak memihak serta mempromosikan pemahaman dan toleransi antara pelajar dari pelbagai kepercayaan. Menurut Suresh Kumar (2017), meskipun murid terdiri daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya, pelajar bebas bergaul walaupun terdapat perbezaan nilai dan kepercayaan agama. Melalui tinjauan, contoh aktiviti keagamaan yang diadakan di sekolah adalah seperti kelas meditasi untuk murid Buddha, kajian kitab suci untuk murid Hindu, atau aktiviti pembacaan alQuran untuk murid Muslim. Ini mencerminkan nilai inklusiviti dan penghormatan terhadap kepelbagaian agama dalam institusi pendidikan Malaysia, serta memupuk pemahaman dan toleransi antara pelajar dari pelbagai kepercayaan.


Dalam konteks pengurusan sekolah, pentadbir memainkan peranan penting dalam menguruskan kepelbagaian sosiobudaya yang ada di kalangan staf dan pelajar (Meredith & Presley, 2020). Pengurusan berkesan dalam persekitaran yang pelbagai budaya memerlukan kesedaran yang mendalam tentang keperluan dan cabaran yang dihadapi oleh setiap individu dalam komuniti sekolah. Oleh itu, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian oleh pentadbir sekolah berdasarkan temu bual dengan Guru Besar SJK(C) Permatang Tinggi. Dalam menguruskan kepelbagaian sosiobudaya, pentadbir perlu memastikan bahawa dasar-dasar sekolah merangkumi aspek keadilan, kesetaraan dan inklusiviti. Ini termasuklah menetapkan dasar untuk memastikan pelajar dari latar belakang ekonomi yang kurang berkemampuan mendapat akses yang sama kepada peluang pendidikan dan sokongan tambahan yang diperlukan. Sebagai contoh, sekolah boleh menyediakan bantuan kewangan tambahan bagi pelajar yang memerlukan untuk membeli buku atau peralatan sekolah serta menyediakan bantuan kantin bagi pelajar yang menghadapi kesukaran kewangan. Selain itu, pentadbir perlu mengambil langkah-langkah konkrit untuk memastikan ketersediaan sumber dan perkhidmatan yang sensitif budaya. Ini termasuklah menyediakan sokongan untuk pelajar yang memerlukan bantuan dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah yang baru seperti pelajar imigran atau pelajar dari etnik minoriti. Sebagai contoh, sekolah boleh menyediakan program bimbingan atau sesi orientasi khas bagi pelajar imigran yang baru tiba di negara tersebut atau menyediakan khidmat kaunseling untuk pelajar yang mengalami kesukaran dalam menyesuaikan diri dengan budaya sekolah yang berbeza. Selain itu, sekolah juga perlu memastikan bahawa aktiviti kokurikulum dan program-program pendidikan mengambil kira kepelbagaian budaya yang ada. Sekolah boleh menganjurkan ‘Festival Budaya’ yang membolehkan pelajar dan staf berkongsi dan merayakan warisan budaya mereka. Setiap kumpulan etnik di sekolah dapat menyumbangkan makanan, pakaian tradisional atau persembahan seni yang mewakili budaya mereka. Festival ini membina kesedaran dan menghormati perbezaan budaya serta memupuk ikatan kekeluargaan dalam komuniti sekolah. Selain daripada itu, pentadbir juga perlu mempromosikan persekitaran yang inklusif dan harmoni di sekolah. Ini termasuklah menggalakkan saling penghargaan dan pemahaman antara budaya di kalangan staf dan pelajar. Mereka perlu memainkan peranan sebagai pemimpin yang memberi teladan dalam menerapkan nilai-nilai seperti toleransi, penghargaan dan kerjasama dalam setiap aspek kehidupan sekolah. Sebagai contoh, sekolah boleh menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti siri ceramah tentang kepelbagaian sosiobudaya, yang membolehkan pelajar dan staf untuk berkongsi dan menghargai warisan budaya masing-masing. Bagi memastikan pengurusan yang berkesan dalam persekitaran yang pelbagai budaya, pentadbir sekolah perlu dilatih untuk memimpin dalam konteks yang mencerminkan kepelbagaian sosiobudaya. Mereka perlu mengembangkan kemahiran dalam menguruskan kepelbagaian, memimpin dengan sensitiviti budaya dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk mempromosikan pemahaman dan kesepaduan di kalangan staf dan pelajar. Ini termasuk memastikan bahawa semua ahli staf mendapat latihan pengurusan kepelbagaian budaya yang mencukupi dan mewujudkan mekanisme yang efektif untuk menyelesaikan konflik antara budaya apabila berlaku. Dengan mengambil kira implikasi ini, pentadbir sekolah dapat membentuk persekitaran yang inklusif, menyokong perkembangan holistik pelajar dan membina masyarakat sekolah yang harmoni dan bersatu padu. 4.0 Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya terhadap Komuniti Sekolah dan Pendidikan di Malaysia Dari aspek pentadbir......


Para guru terutamanya di peringkat sekolah rendah merupakan agen sosialisasi yang penting dalam menyatupadukan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum (Yong et al., 2018). Dalam mengembangkan peranan guru dalam konteks kepelbagaian sosiobudaya, terdapat beberapa aspek penting yang perlu diberi perhatian: Berdasarkan tinjauan daripada guru SJK(C) Permatang Tinggi, beliau mengatakan bahawa guru akan mengadaptasi kaedah pengajaran yang sesuai dengan pelbagai gaya pembelajaran dan latar belakang budaya murid. Ini memerlukan kesediaan guru untuk menyediakan bahan pengajaran yang relevan dengan budaya murid, serta memahami sensitiviti terhadap budaya dan kepercayaan mereka. Dengan ini, guru boleh memilih kisah-kisah atau contoh-contoh yang berpusatkan kebudayaan pelajar dalam pengajaran mereka supaya pengalaman pembelajaran menjadi lebih bermakna dan relevan. Contohnya dalam pengajaran sejarah, guru boleh merangkumi cerita-cerita atau peristiwa yang berkaitan dengan pelbagai etnik di Malaysia. Kedua, dalam pembangunan kemahiran komunikasi, guru perlu dilatih dalam kemahiran komunikasi antara budaya untuk berinteraksi dengan pelajar dari pelbagai latar belakang sosiobudaya. Ini memerlukan guru untuk memahami perbezaan budaya dan belajar berkomunikasi dengan pelajar dengan cara yang sensitif dan inklusif. Guru mampu membina hubungan yang baik dengan pelajar, memahami keperluan mereka dan meningkatkan kesan pengajaran. Dengan memperkuatkan kemahiran komunikasi antara budaya, guru mencipta mencipta ruang untuk dialog terbuka dan jujur tentang isu-isu budaya dan kepelbagaian. Ini membantu pelajar memahami dan menghormati perbezaan, serta memupuk pemahaman antara budaya. Dalam mengenali kesan dan implikasi dari aspek ini, guru berinteraksi dengan pelajar dari pelbagai latar belakang budaya, menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai dan memahami keperluan serta cabaran yang dihadapi oleh pelajar. Implikasi daripada ini adalah perlunya pelaksanaan latihan dalam kemahiran komunikasi antara budaya bagi guru untuk memastikan akses kepada sumber-sumber pembelajaran yang mengambil kira kepelbagaian budaya dan penglibatan dalam aktiviti pelatihan yang memperkukuhkan kesedaran tentang kepelbagaian sosiobudaya (Renu Priya, 2021). Dengan ini, guru dapat membina hubungan yang lebih kuat dengan murid, memahami keperluan mereka dan mencipta persekitaran pembelajaran yang lebih inklusif dan menyokong untuk semua pelajar. 4.0 Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya terhadap Komuniti Sekolah dan Pendidikan di Malaysia Dari aspek guru......


Melalui tinjauan temu bual dan soal selidik murid, terdapat implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap komuniti sekolah dari perspektif murid meliputi pelbagai impak positif serta cabaran yang dihadapi di SJK(C) Permatang Tinggi. Pengalaman pembelajaran yang merangkumi kepelbagaian sosiobudaya membolehkan murid memahami dan menghargai perbezaan budaya serta memupuk sikap inklusif dan toleransi. Sebagai contoh dalam kelas Bahasa Melayu, pelajar dari etnik Cina akan mendapat peluang untuk mempelajari puisi Melayu tradisional yang merangkumi nilai-nilai dan keunikan budaya Melayu. Ini tidak hanya meningkatkan pengetahuan pelajar tentang budaya lain, tetapi juga memupuk pemahaman yang lebih mendalam tentang warisan budaya tempatan. Di samping itu, interaksi dengan pelajar dari latar belakang budaya yang berbeza membantu dalam pembinaan kemahiran komunikasi yang lebih baik serta kemahiran bekerjasama dalam kumpulan yang heterogen. Murid akan mendapat manfaat daripada pengalaman pembelajaran yang bermakna iaitu merangkumi kepelbagaian sosiobudaya. Ini membantu mereka memahami dan menghormati perbezaan serta memupuk kemahiran berkomunikasi dan bekerjasama dengan orang yang berlainan latar belakang. Projek-projek kumpulan yang menggalakkan kerjasama antara murid dari pelbagai latar belakang budaya sentiasa diadakan. Sebagai contoh, dalam projek kumpulan Matematik, murid Melayu, Cina dan India bekerjasama untuk menyelesaikan masalah Matematik yang kompleks, memanfaatkan kepelbagaian pandangan dan pendekatan mereka. Namun demikian, cabaran yang mungkin timbul termasuk kecenderungan kumpulan kebudayaan untuk berkumpul bersama, yang boleh menyebabkan pengasingan atau ketidakseimbangan dalam hubungan antara budaya (Abdul Halim & Nur Hanani, 2017). Contohnya, pada masa rehat, murid dari etnik yang sama cenderung untuk berinteraksi di antara mereka sendiri, meninggalkan peluang untuk interaksi antara budaya. Selain itu, kepelbagaian sosiobudaya juga boleh menyebabkan konflik atau ketegangan di kalangan pelajar, terutamanya jika terdapat perbezaan nilai atau kepercayaan yang ketara antara kumpulan budaya. Misalnya, perbincangan tentang isu-isu agama dalam kelas Pendidikan Moral mungkin menimbulkan kontroversi dan konflik antara pelajar yang mewakili agama yang berbeza. Oleh itu, adalah penting bagi sekolah untuk mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk memaksimumkan impak positif kepelbagaian sosiobudaya sambil mengatasi cabaran yang mungkin timbul, termasuk mewujudkan aktiviti dan program yang menggalakkan interaksi antara budaya dan mempromosikan pemahaman serta penghormatan terhadap perbezaan budaya. 4.0 Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya terhadap Komuniti Sekolah dan Pendidikan di Malaysia Dari aspek murid...... IMPAK POSITIF : IMPAK NEGATIF / CABARAN YANG DIHADAPI :


Implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap komuniti sekolah dan pendidikan di Malaysia dari aspek ibu bapa adalah penting untuk dipertimbangkan dengan lebih terperinci. Berdasarkan tinjauan ibu bapa murid SJK(C) Permatang Tinggi, melalui kerjasama dan komunikasi yang baik antara ibu bapa dengan pihak sekolah, keperluan budaya dan pembelajaran anak-anak mereka dapat dipenuhi dengan lebih baik. Ibu bapa memahami bahawa mereka memegang peranan yang penting dalam menyokong pendidikan anak-anak mereka dari pelbagai latar belakang budaya. Sebagai contoh, apabila sekolah mengadakan program-program atau aktiviti yang memperkukuhkan kefahaman antara budaya, ibu bapa perlu memberi sokongan dan penglibatan aktif untuk memastikan kesinambungan dan kejayaan inisiatif tersebut. Selain itu, pendidikan keluarga memainkan peranan penting dalam memupuk pemahaman dan penghormatan terhadap kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan anak-anak. Ibu bapa perlu menjadi model yang baik dalam mengajar nilai-nilai toleransi dan penghargaan terhadap budaya lain (Janenetty Karek, 2017). Mereka boleh melibatkan anak-anak dalam aktiviti-aktiviti keluarga yang menghormati dan mengiktiraf kepelbagaian budaya seperti merayakan perayaan-perayaan budaya, berkongsi cerita-cerita keluarga atau mengunjungi tempat-tempat bersejarah yang mewakili pelbagai budaya di Malaysia. Adalah penting bagi ibu bapa untuk terlibat secara aktif dalam pendidikan anak-anak mereka, memahami keperluan budaya mereka dan memberi sokongan kepada sekolah dalam mempromosikan kepelbagaian budaya dan pemahaman antara budaya. Ini memerlukan kesedaran dan komitmen yang tinggi dari ibu bapa untuk berperanan sebagai rakan sebaya dalam menyokong pendidikan yang inklusif dan berpusatkan pelajar. Dengan melibatkan ibu bapa secara aktif, sekolah dapat mencapai matlamat untuk mencipta persekitaran pembelajaran yang menggalakkan penghargaan terhadap perbezaan budaya dan memupuk hubungan yang harmoni dalam komuniti sekolah. 4.0 Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya terhadap Komuniti Sekolah dan Pendidikan di Malaysia Dari aspek ibu bapa......


& Sekolah boleh menganjurkan program-program pengenalan budaya yang melibatkan pelbagai etnik dan kepercayaan agama dalam aktiviti-aktiviti seperti pertunjukan tarian, persembahan muzik tradisional dan pameran kebudayaan. Ini membantu pelajar dan kakitangan sekolah untuk memahami dan menghargai kepelbagaian budaya yang ada (Fuzainah Taahyadin, 2019). Untuk meningkatkan kepelbagaian sosiobudaya dalam komuniti sekolah, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan: 5.0 Cadangan Penambahbaikan Kepelbagaian Sosiobudaya terhadap Komuniti Sekolah Program Pengenalan Budaya Pembentukan Jawatankuasa Pelajar Antara Budaya Sekolah boleh menubuhkan jawatankuasa pelajar antara budaya yang bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan program-program yang mewakili pelbagai budaya di kalangan pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar untuk memimpin inisiatif yang mempromosikan pemahaman antarabudaya dan keterlibatan pelbagai kumpulan budaya. Latihan dan Pendidikan Kesedaran Antara Budaya Guru dan kakitangan sekolah perlu menerima latihan dan pendidikan kesedaran antara budaya untuk memahami keperluan budaya pelajar dan cara terbaik untuk menyokong mereka. Ini termasuk memahami kepelbagaian budaya dalam kaedah pengajaran dan pentadbiran sekolah serta menguruskan konflik antara budaya dengan berkesan. Program Kumpulan Pembelajaran Campuran Sekolah boleh menggalakkan pembentukan kumpulan pembelajaran campuran yang merangkumi pelajar dari pelbagai latar belakang budaya dalam kelas. Ini membantu dalam meningkatkan interaksi antara budaya di kalangan pelajar dan memupuk kerjasama serta pemahaman yang lebih mendalam tentang kepelbagaian sosiobudaya.


Secara keseluruhan, penekanan terhadap kepelbagaian sosiobudaya dalam komuniti sekolah dan pendidikan di Malaysia adalah penting untuk mencapai pembangunan yang inklusif dan berdaya saing dalam era globalisasi. Dalam refleksi ini, saya mengakui bahawa kepelbagaian budaya membawa manfaat yang besar dalam memperkaya pengalaman pembelajaran, memupuk pemahaman antara budaya dan memperkukuhkan hubungan harmoni dalam masyarakat. Saya juga menyedari bahawa terdapat cabaran yang perlu diatasi seperti konflik antara budaya dan pengasingan kumpulan kebudayaan. Daripada pengalaman membincangkan implikasi kepelbagaian sosiobudaya dari pelbagai aspek, saya dapat melihat betapa pentingnya peranan setiap pihak termasuk pentadbir sekolah, guru, murid dan ibu bapa dalam mempromosikan kepelbagaian dan memastikan keharmonian dalam komuniti sekolah. Melalui kerjasama yang berterusan dan kesedaran yang tinggi tentang keperluan budaya setiap individu, kita dapat mencipta persekitaran pembelajaran yang menyokong dan inklusif bagi semua pelajar. Melalui kerjasama semua pihak dan langkah-langkah praktikal seperti program pengenalan budaya dan latihan kesedaran antara budaya, kita dapat mencipta persekitaran pembelajaran yang inklusif dan harmoni bagi semua pelajar. Dengan kesedaran yang tinggi dan tindakan yang bersepadu, kita dapat memperkukuhkan integrasi dalam masyarakat yang berbilang budaya. Secara kesimpulannya, penting untuk terus mengamalkan pendekatan yang inklusif dan bersepadu dalam pendidikan untuk menghadapi cabaran dan peluang yang datang dengan kepelbagaian sosiobudaya. Dengan memahami keunikan dan keperluan setiap individu, kita dapat membina masyarakat yang berpadu, hormat-menghormati dan bersatu padu dalam kepelbagaian. 6.0 REFLEKSI


7.0 RUJUKAN Abdul Halim, & Nur Hanani. (2017). Pendidikan Abad ke 21 dalam Kepelbagaian Budaya: Cabaran dan Harapan. https://www.researchgate.net/publication/320858903_Pendidikan_Abad_ke_21_Dalam_Kepelbagaian_Budaya_Cabaran_dan_Harapan Fitria Wulandari. (2021). PENGARUH TINGKAT PENDIDIKAN TERHADAP STRATIFIKASI SOSIAL MASYARAKAT PERKOTAAN. Fuzainah Taahyadin. (2019). Pengaruh Budaya Sekolah dan Penambahbaikan Sekolah Terhadap Kualiti Sekolah Menengah di Negeri Kedah. Janenetty Karek. (2017, April 16). Kepelbagaian Budaya di Sekolah. Scribd. https://www.scribd.com/doc/312148547/Kepelbagaian-budaya-di-sekolah Doreen Ting, J. C., & Shahlan Surat. (2021). Sorotan Literatur Bersistematik: Faktor-Faktor Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(12), 137–157. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i12.1210 Meredith, B., & Presley, L. (2020, December 29). BAB 11: Pengurusan Kepelbagaian Budaya. Blogger. https://pengurusankepelbagaianbudaya.blogspot.com/2020/12/unit-11- pengurusan-kepelbagaian-budaya.html Ngien, M. M., & Ching, T. H. (2016). Learning Chinese Language in SJK (C): A Case Study of Bumiputera Students in Sarawak: Pembelajaran Bahasa Cina di SJK (C): Kajian Kes Pelajar Bumiputera. Journal of Chinese Literature and Culture, 4(1), 63–84. http://jummec.um.edu.my/index.php/JCLC/article/download/11295/7689 Noraini Omar, Mohd Aderi Che Noh, & Mohd Isa Hamzah. (2017). Kepelbagaian Elemen Budaya dalam Pengajaran Pendidikan Islam: Isu dan Kepentingan. O-JIE: Online Journal of Islamic Education, 3, 1–11. http://jummec.um.edu.my/index.php/O-JIE/article/view/5285 Renu Priya. (2021, June 25). Kemahiran Komunikasi yang Perlu Dikuasai oleh Guru dalam Pengajaran Murid yang Pelbagai Kaum bagi Mewujudkan Persekitaran Mesra Budaya. Scribd. https://www.scribd.com/document/383623900/Kemahiran-Komunikasi-Yang-Perlu-Dikuasai-Oleh-Guru-Dalam-Pengajaran-Murid-Yang-Pelbagai-Kaum-BagiMewujudkan-Persekitaran-Mesra-Budaya Rosfazila Abd Rahman. (2019). Kesepaduan Sosiobudaya dalam Kepelbagaian Masyarakat Majmuk. Jauhar, 3(1), 44–50. http://journal.kuis.edu.my/jauhar/images/artikel/Jilid3bil1/07-_Dr_Rosfazila_Abd_Rahman-_KUIS.pdf Shamsul Amri. (2012). Interaksi Kepelbagaian Tamadun di Malaysia. Modul Hubungan Etnik. Suresh Kumar. (2017). Implikasi Budaya dan Agama ke atas Interaksi antara Etnik dalam Kalangan Murid Sekolah di Malaysia. Journal of Social Science and Humanities , 12(2), 272–286. https://search.proquest.com/openview/de99ee136228cb6ed7f17078d963210e/1?pq-origsite=gscholar&cbl=616374 Yong, H. H., Ku, H., Zatul Adnan, Mohd Daud Awang, & Adlina Halim. (2018). Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi dalam Membentuk Perpaduan Kaum di Sekolah. Akademika, 88(2), 95–108. https://doi.org/https://doi.org/10.17576/akad-2018-8802-07


MURID guru IBU BAPA pentadbir / guru besar BUKTI TEMU BUAL 8.0 LAMPIRAN


Pekerjaan Swasta 58.8% Pekerjaan Kerajaan 41.2% HASIL SOAL SELIDIK IBU BAPA M40 58.8% T20 23.5% B40 17.6% membebankan 82.4% TIDAK membebankan 17.6% YA 70.6% TIDAK 29.4% HARAPAN TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK ANAK Sekolah Menengah Diploma Degree Master PHD 0 1 2 3 4 5 8.0 LAMPIRAN STATUS EKONOMI PENGHANTARAN ANAK KE KELAS TAMBAHAN JENIS PEKERJAAN BEBANAN KOS PERBELANJAAN


RM 3 - RM 5 53.6% RM 1 - RM 3 RM 5 - RM 8 25% 14.3% RM 8 - RM 10 7.1% HASIL SOAL SELIDIK MURID Sangat baik 89.3% Bermasalah 10.7% YA 100% KERETA 53.6% MOTOSIKAL 17.9% VAN 14.3% BAS 7.1% PROGRAM BUDAYA YANG DISUKAI OLEH MURID-MURID SJK(C) PERMATANG TINGGI Festival Budaya Sambutan Hari Perayaan Ceramah Kenal Budaya Projek Kelas Campuran Lawatan Pertukaran Budaya 0 2 4 6 8 10 12 14 8.0 LAMPIRAN CARA PENGANGKUTAN KE SEKOLAH WANG PERBELANJAAN SETIAP HARI PERGAULAN DENGAN RAKAN BERLAINAN BANGSA DAN AGAMA. PENGLIBATAN AKTIVITI BUDAYA DI SEKOLAH


Sekian Terima Kasih


Click to View FlipBook Version