LANGKAWI UNESCO
GLOBAL GEOPARK
(LUGGp)
SEKOLAH KEBANGSAAN KEDAWANG
APA ITU GEOPARK?
Geopark adalah gagasan pembangunan lestari wilayah yang
memberikan penekanan kepada keseimbangan antara
pemuliharaan warisan dan penggunaan sumber secara lestari.
Tumpuan diberikan kepada pembangunan sosioekonomi
komuniti tempatan sambil meningkatkan usaha pemuliharaan
warisan tabii dan budaya.
Hubungan di antara kepelbagaian geologi dan biologi serta
budaya merupakan komponen penting bagi setiap Geopark.
Adalah penting bagi sesebuah Geopark mempunyai unsur-
unsur ekologi, arkeologi, sejarah dan budaya. Kehidupan dalam
sesebuah masyarakat juga tidak boleh dipisahkan dengan alam
semula jadi, budaya dan sejarah sosialnya.
KOMPONEN
PEMBANGUNAN GEOPARK
1 PEMULIHARAAN WARISAN
Pemuliharaan warisan biologi, geologi dan budaya
Pemuliharaan bersepadu diantara warisan, budaya dan
alam semula jadi
Penggunaan sumber warisan secara lestari tanpa
memusnahkan
2 PEMBANGUNAN EKONOMI
Keseimbangan pelancongan umum dan khusus
Geopelancongan sebagai pelancongan berasaskan
pengetahuan
Inovasi produk pelancongan
3 PEMBANGUNAN KOMUNITI
Komuniti sebagai peneraju
Keupayaan pembangunan komuniti setempat
Pendidikan berasaskan warisan
Pengukuhan nilai perkongsian
KAWASAN KONSERVASI
LANGKAWI UNESCO
GLOBAL GEOPARK
Lembaga Pembangunan Langkawi dengan sokongan Jabatan
Perhutanan Semenanjung Malaysia telah memperkenalkan
konsep Langkawi UNESCO Global Geopark yang merupakan
satu kawasan pemuliharaan yang menggabungkan unsur
hutan dan geologi (batuan).
Terdapat tiga kawasan konservasi utama Geoforest Park iaitu:
- Taman Georimba Kambria Machinchang
- Taman Georimba Kars Kilim
- Taman Georimba Marmar Dayang Bunting
TAMAN GEORIMBA
TAMAN GEORIMBA TAMAN GEORIMBA
KAMBRIA MACHINCHANG KARS KILIM MARMAR DAYANG BUNTING
TAMAN GEORIMBA
KAMBRIA MACHINCHANG
Terdiri daripada batuan Formasi
Machinchang (batu pasir dan
batu lodak).
Formasi Machinchang berusia
550 - 490 juta tahun, yang tertua
di Asia Tenggara.
Keluasan 4,274 hektar.
TAMAN GEORIMBA
KARS KILIM
Terdiri daripada batuan Formasi
Setul yang dibentuk daripada
batu kapur.
Formasi Setul berusia 490 -370
juta tahun
Keluasan 8,261 hektar
TAMAN GEORIMBA
MARMAR DAYANG BUNTING
Terdiri daripada 3 formasi batuan
kapur iaitu Formasi Setul, Formasi
Chuping (batu kapur berwarna
cerah) dan Formasi Singa (batu
pasir, batu lodak, batu lumpur
serta batu kapur).
Keluasan kawasan 4,354 hektar.
SEKOLAH KEBANGSAAN KEDAWANG