KESELAMATAN
KEMALANGAN JALAN RAYA
Nama : CHARMINE ANABELLE ANAK LUCAS
No.Maktab : SC224017
Kelas : 4 AL – RAZI
PENGENALAN
• Kadar kemalangan jalan semakin meningkat. Kita boleh
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dalam pelbagai
cara. Jika kita sayang akan nyawa diri sendiri , maka inilah
beberapa cara untuk agar kita terhindari dari kematian walaupun
kita tidak dapat terhindar daripada maut.
MENGAPA MEMILIH TAJUK INI
• Saya memilih tajuk kemalangan jalan raya kerana kadar
peningkatan kematian jalan raya semakin meningkat. Hal ini
disebabkan kecuaian diri sendiri mahupun pengguna jalan raya.
Jadi inilah beberapa faktor , panduan , kesan mahupun
kepentingan yang perlu kita ikuti agar terhindarilah perkara
yang tidak diingini berlaku.
Faktor kemalangan jalan raya
• Memandu dalam keadaan letih , mengantuk mahupun mabuk.
• Keadaan jalan raya yang kurang baik seperti berlubang atau berbatu.
• Keadaan fizikal kenderaan yang tidak bagus.
• Tidak mematuhi undang undang jalan raya yang ditetapkan.
Panduan Keselamatan jalan raya
1. Hendaklah memakai topi keledar atau memasang tali pinggang
keledar semasa dalam mahupun menaiki kenderaan.
2. Dilarang menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan
melintas jalan.
3. Mengikut peraturan lampu isyarat dimana lampu merah
bermaksud berhenti , lampu kuning bersedia untuk berhenti dan
hijau untuk jalan.
4. Pandang kiri dan kanan sebelum melintas jalan.
Kesan sekiranya melanggar peraturan jalan raya
• Kadar kes kemalangan jalan raya meningkat.
• Menyebabkan kerosakkan harta benda dan harta kerajaan.
• Boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
• Dapat dikenakan saman oleh pihak polis trafik.
Kepentingan mematuhi undang undang jalan raya
• Mengelakkan kemalangan yang merugikan diri sendiri dan orang lain
• Membolehkan semua pengguna jalan raya sampai ke destinasi
dengan selamat
• Urusan pengangkutan di jalan raya berjalan dengan lancar.
• Bertimbang rasa terhadap pengguna jalan raya.
Peribahasa
• Pandu cermat jiwa selamat
• Pandu ikut peraturan dan bukannya perasaan
KESIMPULAN
Tuntasnya , keselamatan di atas jalan raya merupakan tanggungjawab
pengguna jalan raya sendiri. Kecuaian merupakan punca utama
kemalangan berlaku. Hal ini tidak seharusnya dibiarkan berterusan
untuk menjamin keselamatan semua pihak. Manusia memang tidak lari
daripada melakukan kesilapan tetapi kesilapan yang dapat
menyebabkan nyawa orang lain juga turut melayang haruslah dielakkan
demi kesejahteraan bersama.