The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aimi natasha, 2024-05-02 09:59:29

falsafah pulut kuning

tutorial BMMB1104

MARI KENALI FALSAFAH PULUT KUNING Disediakan oleh: Fakhrul, Jad, Zeti, Aimi, Najihah


PENGENALAN PULUT KUNING Pulut kuning merupakan sejenis sajian istimewa bagi orang-orang Melayu. la merupakan pulut yang dimasak dengan sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna. Biasanya ia dimakan dengan gulai atau, rendang ayam, atau daging pada majlis keramaian. Pulut kuning sebenarnya telah lama menjadi lambang dan juga adat dalam upacara tradisional. Seperti yang kita tahu ianya sering disediakan pada majlis perkahwinan, pertunangan, akikah, berkhatan dan kenduri kesyukuran. Secara amnya, pulut kuning menjadi hidangan sebagai tanda kesyukuran bagi semua majlis tersebut. la juga menjadi lambang bagi sesuatu pencapaian dan kejayaan memperolehi apa yang dihajati. Sesetengah pendapat mengatakan Pulut Kuning ini berasal dari istana dan merupakan makanan raja-raja. Warna kuning ini diangkat sebagai juadah istimewa untuk majlis-majlis tertentu mungkis atas beberapa sebab.


SEJARAH PULUT KUNING Selain nama Pulut Kuning, hidangan ini juga dikenali sebagai "Pulut Semangat" atau Nasi Semangat. Jika dilihat dalam konteks sejarah, beras itu sendiri merupakan makanan ruji masyarakat melayu dan rakyat nusantara khusunya. Beras yang digunakan dalam pulut kuning menjadi simbolik sebagai tanda kesyukuran nikmat, limpahan rezeki, kemewahan dan taraf ekonomi. Beras yang digunakan untuk menghasilkan pulut adalah beras dari jenis mahal dan eklusif. Penyediaan Pulut Kuning agak sukar kerana beras pulut perlu direndam bersama kunyit yang kebiasaanya perlu direndam selama semalaman dan menananya juga buka semudah nasi biasa. Disebalik pulut kuning yang melekit, ini memberi gambaran simbolik mengenai hubungan akrab persaudaraan dan pengikat silaturrahim.


SEJARAH PULUT KUNING Ini menerangkan mengapa juadah itu begitu penting dalam majlis keramaian sebagai tanda penghargaan tuan rumah kepada tetamu. Kebiasaanya tetamu yang hadir akan dijamu dengan Pulut Kuning sebagai tanda Terima Kash atas kesudian mereka atas jemputan yang diberikan di samping menjalinkan keakraban sesama mereka.


FALSAFAH PULUT KUNING Pulut Kuning ini juga dikaitkan dengan alam ghaib ini kerna masyarakat melayu zaman dahulu kerana sering menggunakan Pulut Kuning dalam upacaraupacara tertentu yang mempunyai unsur ghaib atau mistik seperti aktiviti perbomohan, pemujaan, tolak bala, mendapat keberkatan dan banyak lagi. Pulut Kuning juga merupakan juadah wajib dalam penyedian Ancak. Ancak merupakan sejenis persembahan kepada makhluk halus yang popular dalam kebudayaan Melayu pada ketika dahulu. Persembahan ini merupakan "hidangan " kepada bangsa jin yang biasanya terdiri daripada bertih, Pulut Kuning, ayam panggang, telur rebus atau mentah, anak patung, darah haiwan dan beberapa bahan lagi. Ancak juga digunakan dalam perubatan tradisional di mana ia dapat mengelakkan sesuatu perkara yang tidak baik semasa upacara perubatan sedang dilakukan. Jin-jin yang mengganggu akan dipujuk untuk mengikuti ancak yang kemudiannya akan dihanyutkan ke sungai. Upacara ini dipanggil sebagai membuang


Air secukupnya 2 cawan santan pekat Untuk rendam pulut RESEPI PULUT KUNING Bahan-bahan: 500g beras pulut 1 sudu kecil kunyit Resepi Che Nom Garam secukup rasa 3-4 helai daun pandan


RESEPI PULUT KUNING Cara memasak: RENDAM PULUT YANG DIGAUL BERSAMA KUNYIT SEHINGGA LEMBUT ATAU SEMALAMAN. MINIMUM 6 JAM. 1. TOSKAN PULUT (BUANG AIRNYA). SUSUN DAUN PANDAN DI ATAS DULANG PENGUKUS DAN LETAK BERAS PULUT DI ATASNYA. 2. PANASKAN PENGUKUS, DAN KUKUS BERAS PULUT SELAMA 1/2 JAM ATAU SEHINGGA LEMBUT. ANGKAT DAN MASUKKAN DI DALAM MANGKUK BESAR. 3. KACAU SANTAN BERSAMA GARAM SECUKUP RASA. TUANG SANTAN KE DALAM PULUT DAN REHATKAN SEHINGGA SANTAN MERESAP. GEMBURKAN PULUT DENGAN GARFU DAN SEDIA UNTUK DIHIDANG. 4.


KESIMPULAN Pulut kuning adalah sejenis hidangan Melayu yang terkenal, terutamanya di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, dan Indonesia. Hidangan ini terdiri daripada pulut atau beras ketan yang dimasak dengan kunyit, yang memberi warna kuning khas. Pulut kuning sering disajikan dalam acaraacara istimewa seperti kenduri kahwin, hari raya, atau majlis-majlis tertentu. Ia biasanya disajikan bersama hidangan lain seperti rendang, ayam masak merah, atau laukpauk lain. Selain daripada rasanya yang sedap, pulut kuning juga mempunyai makna simbolik yang penting dalam budaya Melayu, melambangkan kegembiraan, kemakmuran, dan kesyukuran.


GAMBAR


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version