The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AslindaAzmi, 2021-08-15 22:06:44

MINIT MESYUARAT PBD BIL/1 2021 SMK SYED MOHAMED AL - BUKHARY

MINIT MESYUARAT PBD KALI PERTAMA 2021

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED MOHAMED AL-BUKHARY
Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium, No Telefon : 04-7308841
05100 Alor Star, Kedah Darul Aman. No. Faks : 04-7300924

E-Mel : [email protected]

MINIT MESYUARAT PENTAKSIRAN BILIK DARJAH BILANGAN 1 / 2021

TARIKH : 12 Januari 2021

MASA : 8.00 – 10.00 pagi

TEMPAT : Bilik Citra Wawasan

1. Pn. Che Rokiah binti Md Isa Pengetua

2. Pn. Maizatul Akmam binti Cha Pen Kanan HEM

3. En. Che Zahir bin Meh @ Hussin Pen Kanan Kokurikulum

4. Pn. Norazaina binti Abdul Manan Guru Kanan Bahasa

5. Pn. Noor Aslinda binti Azmi Guru Kanan Kemanusiaan

6. Pn. Nur Azana binti Hussainsa Guru Kanan Sains & Matematik

7. En. Muhammad Yusri bin Ya’acob Guru Kanan Teknik & Vokasional

8. Pn. Hafizah binti Zahari SU PBD

9. Pn. Hasnita Binti Mohd Zalidi@Zabidi -Ketua Panitia Bahasa Melayu

10. En. Mohamad Izmeer Bin Mohamad Ashray -Ketua Panitia Bahasa Inggeris

11. Pn. Nadziroh binti Jamil -Ketua Panitia Bahasa Arab

12. En. Osmawi bin Yusuf -Ketua Panitia Matematik

13. Pn. Noor Zehan binti Zainuddin -Ketua Panitia Sains

14. Pn. Sofiah binti Ismail -Ketua Panitia RBT

15. Pn. Juraida binti Abdul Rahman -Ketua Panitia SRT

16. Pn. Rohana Binti Hasan -Ketua P. Akaun/Perniagaan

17. Pn. Roseliza binti Ahmad -Ketua Panitia Grafik Berkomputer

18. Pn. Aslina Binti Shaharudin -Ketua Panitia Sejarah

19. Pn. Rita Juraida bt. Yahya -Ketua Panitia Pend. Islam

20. En. Abd. Halim bin Hasan -Ketua Panitia Geografi

21. Pn. Haliza binti Hashim -Ketua Pendidikan Seni Visual

22. Pn. Aziyatul Asnor binti Ahmad -Ketua Perniagaan

23. En. Faizal Azhar Bin Aslim -Ketua P. Jasmani & Kesihatan

24. Pn. Zakiah binti Kasim -Ketua Panitia Asa Sains Komputer

25. En. Mohd Ashraf bin Zakaria -Guru Kaunseling

26. Pn. Suhaila binti Ahmad -Guru Kaunseling

27. Pn. Nurhaffizah binti Omar -SU SPM

I PERUTUSAN PENGERUSI

1. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua
guru kerana menghadirkan diri di mesyuarat kali ini serta mengalu-alukan
1

semua ke alam pengajaran dan pemudahcaraan di tahun 2021 dalam norma baru dan mengikut
SOP yang telah ditetapkan.
2. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua Ketua Panitia dan AJK
Kurikulum yang dilantik bagi sesi 2021.
3. Pengerusi berharap jentera Kurikulum sesi 2021 memainkan peranan yang
lebih aktif dan bergerak dengan proaktif bagi memastikan kecemerlangan
sekolah dapat dicapai seperti yang dirancang.
4. Tahniah diucapkan kepada semua guru kerana telah menjalankan tugas hakiki iaitu sebagai
guru mata pelajaran dengan baik dan komited.

Makluman

II PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT

5. Pn. Hafizah binti Zahari membentangkan Minit Mesyuarat PBD Bil/3 2020. En. Osmawi bin Yusuf
mengesahkan minit mesyuarat dan Pn. Nurhafizzah binti Omar memberi sokongan.

III PERKARA BERBANGKIT

6. Perkara 9: Berkaitan dengan Panduan Pentaksiran Bilik Darjah. Guru-guru diminta untuk
memahami aspeks penting dalam penilaian professional guru. Guru-guru perlu menguasai
aspek yang terkandung dalam borang penilaian atau pencerapan guru.
Tindakan: Semua Ketua Panitia

7. Perkara 14: Ketua Panitia perlu menfokuskan analisis item, isu yang berbangkit tentang subjek
dalam Panitia masing-masing dan mencari program intervensi yang sesuai untuk menyelesaikan
isu yang timbul.
Tindakan: Semua Ketua Panitia

8. Perkara 18: Pengerusi mengarahkan Ketua Panitia untuk mengadakan Dialog prestasi
Peperiksaan Pertengahan Tahun.
Tindakan: Semua Ketua Panitia

9. Perkara 21: Semua panitia perlu menyemak semula TOV dan ETR pelajar kerana setelah
Peperiksaan Pertengahan Tahun berlalu mesti terdapat perubahan yang melepasi ETR yang
telah ditetapkan kepada pelajar tertentu. ETR perlu diubah sebelum graf pencapaian individu
pelajar dilukis

10. Perkara 23: Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua Panitia dan guru yang telah
mengambil kesempatan untuk menjalankan program akademik bersama pelajar walaupun

2

secara dalam talian. Pelajar yang berada dalam target sekolah diminta membuat maklum balas
bagi setiap subjek untuk mengatasi masalah dan kelemahan mereka.

IV PBD – OVERVIEW DAN PENJAMIN KUALITI

11. Puan Maizatul Akmam mewakili Penolong Kanan Pentadbiran yang bersara menyatakan
kepentingan Penjaminan Kualiti dalam pentaksiran di sekolah. Penjaminan kualiti diuruskan oleh
Pengurusan Sekolah.

12. PBD merupakan ‘Pentaksiran untuk Pembelajaran, Pentaksiran sebagai Pembelajaran dan
Pentaksiran tentang Pembelajaran.

13. Setiap pentaksiran mestilah diberikan Tahap Penguasaan (TP) yang bersesuaian dengan
kemampuan pelajar dan guru mesti membantu supaya pelajar mencapai TP yang tertinggi.

14. Perekodan TP boleh dibuat menggunakan templet PBD terkini di komputer Unit Peperiksaan.
15. Penjaminan kualiti terdiri daripada 4 komponen iaitu Pemantauan, Pengesanan, Pementoran dan

Penyelarasan. Keempat-empat komponen ini saling berkaitan.

V DASAR DAN PEMBUDAYAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

16. PBD perlu dibuat mengikut buku panduan perlaksanaan PBD yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.

17. Kementerian juga telah menggariskan beberapa kaedah pentaksiran secara atas talian untuk
memudahkan guru-guru menilai pelajar dengan lebih tepat.

18. Jika dahulu pendekatan ‘Chalk and talk’ dilaksanakan namun semua guru perlu berubah
mengikut perkembangan terkini dengan menekankan Pembelajaran Abad Ke 21 dan paling
terkini ialah mengajar secara atas talian dengan pelbagai sumber daripada internet.

19. Pentaksiran akan dibuat sebanyak 2 kali, iaitu pada Pertengahan Tahun (bulan Jun) dan Akhir
Tahun (bulan November).
Tindakan: Ketua Panitia

20. Pengerusi memaklumkan bahawa PBD akan lengkap jika semua guru mengamalkan Pedagogi
yang sesuai dan menjalankan pentaksiran yang telus dan berkualiti.

21. Pedagogi merangkumi pengaplikasian Pembelajaran Abad Ke-21 dengan mempelbagaikan
sumber dan teknik PdP. Dalam SKPMg2 (Standard 4) merupakan instrumen yang boleh
dijadikan rujukan kepada guru-guru dalam menjalankan PdP harian.
Makluman.

22. Pengerusi menyatakan bahawa integriti sebagai seorang guru adalah penting untuk diamalkan
semasa menjalankan tugas.
3

Tindakan: Semua Ketua Panitia
VI PAJSK - SEGAK

23. Segak perlu dilaksanakan sebanyak 2 penggal - Penggal 1 awal tahun, penggal 2 akhir
tahun.Tempoh masa untuk Segak Penggal 1 ialah dari Januari hingga Mac. Manakla Segak
Penggal 2 ialah dari Jun hingga Ogos.
Tindakan: Ketua Panitia PJK

VII PENUBUHAN JAWATANKUASA PBD
24. Jawatankuasa PBD telah ditubuhkan dan SU PBD, telah menunjukkan slaid guru-guru yang telah
dilantik sebagai jawatankuasa PBD.
Tindakan: Semua Ketua Panitia

VIII BIDANG TUGAS JAWATANKUASA / PENGOPERASIAAN
25. Setiausaha PBS, Puan Hafizah mengingatkan kepada semua guru yang melaksanakan PBD
menyimpan evidens sebagai bukti pentaksiran telah dijalankan. Evidens dan perekodan akan
disimpan oleh guru matapelajaran.
26. Perekodan PBS perlulah dikemaskini sepanjang masa. Puan Hafizah juga memaklumkan kepada
guru bahawa, perekodan boleh diperoleh melalui laman web KPM atau boleh mendapatkannya
daripada SU PBS.
27. Tapak modul offline PBD mengikut format KSSM yang terkini akan digunakan untuk tingkatan 1
hingga tingkatan 4.Semua guru perlu memasukkan markah PBD dalam modul Offline yang
terdapat dalam komputer di unit peperiksaan. Kemasukkan markah ada sebanyak 2 kali dalam
setahun.
Tindakan: Semua Ketua Panitia

IX HAL-HAL LAIN
28. Tiada

X PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 tengahari

4

Disediakan oleh, Disemak oleh,

------------------------------------------------ ------------------------------------------------
( HAFIZAH BINTI ZAHARI ) ( MAIZATUL AKMAM BINTI CHA )
Setiausaha PBD, Penolong Kanan HEM
SMK Syed Mohamed Al-Bukhary SMK Syed Mohamed Al-Bukhary
Kompleks Pendidikan Jalan Stadium Kompleks Pendidikan Jalan Stadium

5


Click to View FlipBook Version