Tun Dr. Ismail Al-Haj
bin
DATO’ Abdul Rahman
NAMA PESERTA : KHAIRIN IRSYAD BIN KHAIRUN NIZAM
KELAS : 6 IMAN
ALAMAT E-MEL : [email protected]
NAMA SEKOLAH : SK TUNJUK LAUT (JBA3054)
ALAMAT SEKOLAH :
SK TUNJUK LAUT, PETI SURAT 116,
81900 KOTA TINGGI, JOHOR
BIODATA TOKOH
TUN DR. ISMAIL AL-HAJ BIN DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN
Tarikh Lahir : 4 November 1915
Tempat Lahir : Johor Bahru, Johor
Nama Isteri :Toh Puan Norashikin binti Dato’ Mohd Seth
Nama Anak :
- Mohamed Tawfek Ismail
- Badariah Ismail
- Tarmizi Ismail
- Zamakhshari Ismail
- Ariff Ismail
Nama Ibu : Datin Zaharah binti Abu Bakar
(Keturunan Orang Kaya Abu Bakar, Muar)
Nama Bapa : Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamed
Yassin
(Keturunan Keluarga Orang Kaya Ahat, Muar)
Bilangan Adik-beradik : 9 orang
- 4 lelaki
- 5 perempuan
(Turut mempunyai ramai adik angkat perempuan
berbangsa Cina)
Susur Galur : Daeng Indera Perma
PENDIDIKAN TOKOH
Lahir dalam lingkungan keluarga yang mementingkan pendidikan merupakan
kelebihan kepada tokoh ini. Kesungguhan Dato' Ahdul Rahman Yassin memberikan
pendidikan kepada anak-anaknya dapat dilihat walaupun ketika zaman itu kebanyakan
keluarga terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu tidak melihat pendidikan
sebagai sesuatu yang penting.
Mendapat Pendidikan awal di Sekolah Bukit Zaharah
Seterusnya melanjutkan pelajaran ke English Collage, Johor Bahru pada tahun 1922
Meneruskan pendidikan di King Edward VII Collage of Medicine, Singapura pada
tahun 1935 hingga 1937. (namun tidak menamatkan pengajian kerana kelemahan latar
belakang dalam bidang Sains)
Pada Mei 1940, beliau menyambung pelajaran di Queen’s Collage, University of
Melbourne, Australia sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan
Pembedahan (MBBS) pada tahun 1945
KERJAYA TOKOH
bertugas sebagai Pegawai Perubatan tetap di Horsham Base Hospital, Victoria selama
12 bulan
kemudian diberi tugas sebagai Pentadbir di Horsham Base Hospital pada tahun 1946
memegang jawatan Menteri Hasil Bumi pada 1955
menyandang jawatan Menteri Perdagangan dan Perindustrian pertama PADA 1956
menjadi Menteri Berkuasa Penuh Tanpa Jabatan pada tahun 1957
menjawat jawatan Menteri Luar Negeri pada tahun 1959
pernah menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 1 September 1960 sehingga 21
Mei 1967
sekali lagi dilantik oleh Tun Abdul Razak menjadi menteri Hal Ehwal Luar Negeri
pada 14 Mei 1969 berikutan peristiwa berdarah 13 Mei
diberi amanah untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia kedua pada 1970
pernah memangku jawatan Perdana Menteri ketika Y.T.M Tunku Abdul Rahman dan
Tun Abdul Razak berada di luar negara
SUMBANGAN TOKOH
Semasa menjadi duta di Amerika Syarikat, Tun Dr. Ismail mengambil peluang ini
untuk menjemput pelabur-pelabur dari Amerika Syarikat untuk memhuat pelaburan
di Tanah Melayu
Duta Malaysia ke Amerika Syarikat yang pertama dan pada masa yang sama sebagai
wakil Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.
Bertanggungjawab dalam membuka kedutaan Malaysia di Washington D.C dari 1957
sehingga 1959
memperkenalkan Tanah Melayu persada antarabangsa melalui peranan aktif beliau
semasa menjadi Wakil Tetap Tanah Melayu ke PBB di New York
NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI
seorang pemimpin yang jujur, berprinsip dan tegas dalam menyatakan pendiriannya mengenai
sesuatu perkara, terutamanya berkaitan dengan pelaksanaan tugasnya sebagai pemimpin
merupakan seorang pentadbir yang cekap dalam menjalankan amanah yang diberi
keperibadian seorang doktor telah menjadikan beliau seorang pemimpin yang teliti dalam
membuat setiap keputusan
KESIMPULAN
Sesungguhnya, jasa Allahyarham Tun Dr. Ismail amat besar dalam pembentukan sebuah
negara yang merdeka dan ia wajar dikenang setiap masa.
Beliau bukan insan yang mengejar pangkat, tetapi berjuang demi negara tercinta.
Sumbangan pemikiran beliau yang luar biasa memberi inspirasi kepada
Akademi Perubatan Malaysia menganjurkan pidato Tun Dr.Ismail setiap dua tahun
sekali. Sebagai mengenang jasa beliau, namanya terpahat di Kolej Tun Dr Ismail, UPM,
Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail, UTHM, Batu Pahat Johor dan Taman Tun Dr Ismail
di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur.
Semoga Allah
merahmati roh almarhum
TUN DR. ISMAIL AL-HAJ BIN DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN
DALAM MEMORI…JASAMU DIKENANG
AL-FATIHAH
RUJUKAN
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/22942/070_087.PDF
https://ms.wikipedia.org/wiki/Ismail_Abdul_Rahman#Jawatan_semasa_hayat
http://penatokoh.blogspot.com/2014/01/tun-drismail-dato-hj-abdul-rahman.html
http://puteralapismahang.blogspot.com/2015/02/m-082-tun-dr-ismail-tokoh-integriti-1.html
https://www.wilayahku.com.my/pesona-tun-dr-ismail-sebagai-negarawan/#.YH-Tpz8RU2w