SEK.KEB.JLN.DATUK PALEMBANG
FOLIO KOKURIKULUM
TAHUN 4
BENDERA DAN JATA
NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA.
1
FOLIO
KOKURIKULUM
TAHUN 4
DISEDIAKAN OLEH:
NUR KHAIRINA BAZILAH
MOHAMMAD BASTYIAN
4 KENANGA
SKJDP MELAKA
2
ISI KANDUNGAN
Bil Kandungan Muka surat
1. Penghargaan 4
2. Pengenalan Folio 5
3. Negeri Sarawak Kenali Bendera 7
4. Negeri Sarawak Kenali Jata 11
5. Negeri Selangor Kenali Bendera 16
7. Negeri Selangor Kenali Jata 19
8. Negeri Sabah Kenali Bendera 22
9. Negeri Sabah Kenali Jata 25
27 Rujukan 27
3
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan
keizinan dari-Nya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan FOLIO
KOKORIKULUM TAHUN 4 dengan jayanya. Insyaallah, tugasan kerja
folio ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi
pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa
hadapan.
Saya, Nur Khairina Bazilah bt. Mohammad Bastyian ingin
mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada guru-guru sejarah dan koko yang lain kerana tidak
jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar cara –cara
membuat kerja kursus mengikut kriteria yang ditetapkan. Mereka turut
membantu menyemak bahan, laporan dan membuat teguran agar
memperoleh hasil folio dengan cemerlang. Walaupun cabaran yang sukar
melalui pembelajaran dalam talian.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-
dua ibu bapa saya iaitu ayahanda Mohammad Bastyian dan bonda
Khalilah yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa
sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja
seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja folio adalah kali
pertama dan memerlukan tunjuk ajar, motivasi, usaha, buah fikiran dan
doa.
Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang
tidak terhingga kepada rakan-rakan saya iaitu Ammar, Aira, Dania dan
Farhatl yang sangat setia dengan kerja-kerja yang diberikan dan
mempunyai semangat setia kawan yang utuh dalam memberikan buah
fikiran dan semangat, serta cadangan.
Akhir kata , saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung menyiapkan kerja folio ini. Hanya Allah sahaja dapat
membalas budi kalian.
4
PENGENALAN FOLIO
Aktiviti penghasilan folio kokurikulum tahun 4 ini yang bertajuk
Kenali Bendera dan Jata negeri-negeri di Malaysia.
Objektif :
1. Mendedahkan pelajar dengan bentuk-bentuk dan warna-warna
bendera dan jata
negeri-negeri di Malaysia.
2. Pelajar boleh mengenal pasti dan membezakan antara bendera dan
jata negeri.
3. Memahami sejarah dan maklumat disebalik setiap bendera dan jata
negerinegeri
di Malaysia.
4. Menghasilkan folio yang kemas dan kreatif.
Saya memilih 3 buah negeri dalam Malaysia iaitu Negeri Sarawak, Negeri
Sabah dan Negeri Selangor. Penerangan tentang bentuk bendera, warna
dan jata setiap negeri akan diterangkan.
5
JOM KITA KENALI BENDERA DI MALAYSIA
6
NEGERI SARAWAK
BUMI KENYALANG
KENALI BENDERA
7
8
LATAR BELAKANG BENDERA NEGERI SARAWAK
Bendera Negeri Sarawak
James Brooke ialah Raja Putih Sarawak pertama, asalnya beliau
menggunakan Salib St George sebagai bendera negeri Sarawak bagi
tempoh 24 Sep 1841 - 21 Sep 1848. Kemudian, keputusan bagi
memastikan Sarawak mempunyai benderanya sendiri telah diputuskan
pada tahun 1845, tetapi keputusan tersebut telah ditunda sehingga 21
September 1848.
Bendera Sarawak pertama dilakar dalam bentuk salib, setengah
biru dan setengah merah, atasnya kuning, yang kemudiannya lakaran
bendera tersebut telah dipilih menjadi jata negara kerajaan Brooke bagi
tempoh 21 Sep 1848 - 7 Mei 1870. Telah menjadi kontroversi tentang bila
bendera pertama diperbuat dari ungu dan merah, atau biru dan merah.
Pada 7 Mei 1870, warna setengah biru pada bendera salib Sarawak
telah ditukar kepada hitam oleh Raja Putih kedua, Charles Brooke, dan
dirasmikan kegunaannya pada 26 September 1870, tarikh lahir
bagi Rajah Muda Sarawak Charles Vyner Brooke.
Bendera tersebut digunakan sehingga tanggal 30 Jun 1946. Ia
kemudian telah ditukar kepada jata negara dalam bentuk Blue
Ensign apabila Sarawak diserahkan dibawah naungan Mahkota British
pada 1 Julai 1946. Versi warna bendera pada 1870 telah digunakan
kembali, berkibar bersebelahan dengan Bendera Persekutuan.
Ketika pembentukan Persekutuan Malaysia dan Sarawak dijadikan
sebagai negeri yang bebas merdeka, bendera Salib kekal digunakan dan
tidak diubah sehingga 31 Ogos 1973.
9
Trisakti telah diambil pada ulang tahun ke-10 negeri Sarawak yang
merdeka didalam Persekutuan Malaysia pada 1973, ia telah dirasmikan
oleh Ketua Menteri Sarawak, Abdul Rahman Ya'kub dimana beliau juga
mereka bendera tersebut. Berikutan seni reka baru bendera, lagu, moto
dan jata negeri Sarawak yang baru juga turut digubal iaitu, Sarawak
Bahagia dan Hidup Selalu Berkhidmat ("Live to serve"). Bendera negeri
Sarawak yang digunakan adalah seakan-akan reka bentuk bendera
Republik Czech.
Pada 31 Ogos 1988, bendera ditukar lagi dengan versi bendera semasa
dengan lagu dan moto begeri yang baru, Ibu
Pertiwiku dan Bersatu,Berusaha,Berbakti ("United, Striving, Serving").
Seni reka baru telah digunakan pada ulang tahun ke-25 Sarawak
bergabung dengan Persekutuan Malaysia.
MAKSUD WARNA BENDERA SARAWAK
Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan
pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk
mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah
dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.
Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan
Peraturan (Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang
berbilang kaum.
Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak
seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan
bagi memajukan rakyatnya.
Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan
melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam
harmonis.Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan
hasrat perjuangan kita untuk meninggikan mutu kehidupan selepas
merdeka.
10
NEGERI SARAWAK
BUMI KENYALANG
KENALI TAJA
]
11
LATAR BELAKANG JATA NEGERI SARAWAK
Jata Negeri Sarawak Jata negeri Sarawak sudah mula digunakan
sejak tahun 1868, era Dinasti Keluarga Brooke. Sebelum kedatangan
James Brooke pada tahun 1939 - 1940, keseluruhan tanah Sarawak dari
Tanjung Datu ke Lawas asalnya berada di bawah
pemerintahan Kesultanan Brunei. Asalnya keluasan Sarawak hanya
meliputi Bahagian Kuching termasuk Bau dan Muara Sungai Samarahan
sahaja, sebelum perluasan jajahan kuasa oleh James Brooke dan
Charles Brooke.
Untuk Sarawak yang pernah diperintah oleh Dinasti Keluarga
Brooke sejak dari tahun 1841 hingga 1946, Sarawak turut pernah
mempunyai jata negara tersendiri. Sehingga ke hari ini, ramai yang tidak
mengetahui apakah sejarah di sebalik jata negara yang digunakan oleh
Brooke selama lebih 100 tahun memerintah.
Dalam pada itu, penggunaan warna pada jata negara yakni merah,
hitam dan kuning turut sama ditampilkan di dalam rekaan bendera
Sarawak dari zaman Brooke, Koloni British dan seterusnya Sarawak,
Malaysia, biarpun pada tahun 1974, Sarawak pernah
mempunyai bendera tersendiri yang dinamakan Trisakti. Ianya
menggunakan warna berbeza sama sekali iaitu biru, putih dan merah.
Jata negara turut bertukar yakni menampilkan burung kenyalang yakni
ikon burung untuk Sarawak menggantikan jata negara sewaktu
Brooke. Ianya digunapakai dari tahun 1974 hingga 1988.
Jika kita mengkaji sejarah jata negara Sarawak sewaktu Brooke
sehinggalah kepada penggunaan warna merah, kuning dan hitam yang
digunapakai sejak tahun 1988 sehinggalah sekarang, masih belum
mempunyai jawapan yang tuntas dan dikaji secara menyeluruh.
Walaupun begitu, selama hari ini, pensejarahannya bersandarkan kepada
penceritaan lisan yang diturunkan dari satu generasi ke generasi yang
lain kerana Sarawak sewaktu Brooke memerintah hanya mempunyai
bendera dan jata rasmi ketika pemerintahan rajah kedua iaitu Sir Charles
12
Johnson Brooke (dipanggil Sir Charles Brooke) yang memegang tampuk
pemerintahan Sarawak dari tahun 1868 hingga 1917.
Cerita lisan yang didodoikan kepada rakyat Sarawak selama ini
adalah dikatakan semasa Sir Charles Brooke mengadakan majlis
ulangtahun kelahirannya telah diberikan dengan pelbagai hadiah oleh
segenap lapisan masyarakat di Sarawak pada waktu itu. Sesuatu yang
menarik perhatian beliau adalah cara pembungkusan hadiah yang
diterima mempunyai makna yang tersendiri.
Pembungkusan hadiah dengan kain berwarna kuning adalah
daripada kaum Melayu Sarawak yang mana kita semua mengetahui
bagaimana warna kuning itu sinonim dengan warna diraja. Demi
menghormati martabat Sir Charles Brooke sebagai tuan rajah Sarawak
maka majoriti hadiah daripada kaum Melayu Sarawak menggunakan
warna kuning. Manakala untuk masyarakat Cina Sarawak pula tampil
dengan bungkusan kain berwarna merah. Umum mengetahui merah itu
bermaksud tuah atau “ong” di dalam masyarakat Cina jadi tidak
menghairankan penggunaan warna merah itu begitu popular sekali.
Dan bagi masyarakat Dayak di Sarawak pada masa itu lebih gemar
memilih untuk menggunakan bungkusan kain berwarna hitam untuk
diberikan kepada Brooke. Hitam itu di dalam masyarakat Dayak adalah
satu warna yang begitu mulia dan kerana itulah jika kita melihat kepada
busana tradisi masyarakat Dayak di Sarawak itu sendiri sentiasa ada
yang menyelitkan warna hitam di dalam pemakaian mereka.
Bertindak daripada penggunaan warna-warna yang berbeza-beza
ini konon-kononnya dikatakan telah memberikan idea kepada Sir Charles
Brooke untuk menjadikan warna kuning, merah dan hitam sebagai warna
bendera Sarawak yang melambangkan perpaduan berbilang kaum di
Sarawak. Manakala pada jata negara turut menampilkan warna yang
sama dan seterusnya turut menonjolkan seekor haiwan yang dikenali
sebagai luak (badger). Badger ini dikenal dalam bahasa heraldik sebagai
"brock", simbolik dengan nama Dinasti Keluarga Brooke. Inilah cerita
disebalik warna bendera dan jata negara Sarawak di zaman Brooke yang
sudah begitu diketahui oleh rakyat Sarawak dari dahulu hingga sekarang.
Oleh kerana ia hanyalah satu cerita lisan maka tidaklah boleh
digunapakai sepenuhnya. Ini kerana jika kita betul-betul membuat kajian
mengenai penggunaan warna pada bendera serta jata negara Sarawak
sewaktu zaman Brooke sebenarnya boleh dijejaki nun melangkau
sehingga ke negara England pada kurun ke 14 hingga ke 17 Masihi. Pada
masa itu, England begitu hebat dengan cerita keagungan, kepahlawanan
13
dan kesetiaan kesatria (knight, baron) di kalangan anggota Tentera Diraja
Great Britain yang melindungi Raja England.
Tanggal 1 September 1973, Sarawak menggunakan jata negeri
yang lebih kepada identiti sendiri. Burung kenyalang dari spesis Buceros
Rhinoceros dijadikan sebagai maskot dengan 13 helai bulu pelepah di
bahagian sayap kanak, kiri dan ekor bagi melambangkan 13 negeri dalam
Malaysia ketika itu. Bendera Sarawak (Trisakti) terletak di bahagian dada
burung kenyalang, manakala perkataan Sarawak di bawah bendera.
Bunga raya terletak pada bahagian kanan dan kiri, sementara kaki burung
menggenggam riben bertulis motto "HIDUP SELALU BERKHIDMAT".
Pada 31 Ogos 1988, jata negeri yang baru menggantikan jata
sebelumnya seiring dengan pertukaran bendera negeri yang baru.
Bendera Trisakti dikatakan terlalu mirip dengan bendera Czechoslovak
dan untuk mengelakkan kekeliruan, Sarawak memilih untuk menukar
bendera negeri dengan merujuk kepada jata negara lama dari tahun
1841.
Jata negeri Sarawak yang terkini menjungjung kemegahan "Bumi
Kenyalang", terbang tinggi dengan aspirasi dan pencapaian dalam semua
lapangan daya usaha, berpandukan ideologi 'politik permbangunan'. Jata
negeri ini juga boleh membezakan keunggulan Sarawak daripada negeri-
negeri lain di dunia.
Jata negeri berupa burung Kenyalang yang mengembangkan
sayapnya dengan perisai yang mempunyai bendera negeri di dadanya.
Sayapnya mempunyai 13 butir bulu yang melambangkan 13 buah negeri
di Malaysia. Bunga raya merupakan bunga kebangsaan Malaysia terletak
di sebelah kanan dan kiri kaki burung. Burung Kenyalang ini bertenggek
di atas reben yang memaparkan cogan kata "Bersatu, Berusaha,
Berbakti".
14
INFOGRAFIK RINGKAS NEGERI SARAWAK
15
NEGERI SELANGOR
DARUL
KENALI BENDERA
16
17
LATAR BELAKANG BENDERA NEGERI SELANGOR
Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu maksudnya daging
dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga
kepada negeri ini. Bulan bintang pula ialah meambangkan Agama Islam,
iaitu agama rasmi negeri dan kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan
warna putih.
18
NEGERI SELANGOR
DARUL
KENALI JATA
19
LATAR BELAKANG JATA NEGERI SELANGOR
• Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama rasmi negeri.
• Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna.
• Keris Pendek dan di kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat
Kebesaran Negeri.
• Tulisan Jawi yang berwarna Kuning bermaksud Selangor.
• Tulisan Jawi yang berwarna Merah "Dipelihara Allah" ialah cogan
negeri.
• Tali bengkong yang dipakai sebagai ikat pinggang oleh pahlawan-
pahlawan zaman dahulu.
20
INFOGRAFIK RINGKAS NEGERI SELANGOR
21
SABAH
DIBAWAH BAYU
KENALI BENDERA
22
23
LATAR BELAKANG BENDERA NEGERI SABAH
Bendera Negeri Sabah berbentuk empat persegi bujur pada kada 1
: 2. Petak utama dalam bendera ini luasnya separuh bendera dan buka
lebarnya 2/3 bendera. Petak ini berwarna biru salji sebagai latar belakang
kepada bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang berada dalam
kedudukan 1/4 dari sempadan atas dan sempadan bawah petak utama.
Bahagian lain dalam bendera ini terbahagi kepada tiga jalur warna
melintang yang mana jalur yang paling bawah memenuhi kaki bendera.
Jalur paling atas berwarna biru zirkon, jalur tengah berwarna putih dan
jalur bawah berwarna merah cili.
Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman,
putih melambangkan kemurnian dan keadilan, manakala merah cili
melambangkan keberanian dan keyakinan.
Warna biru salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran
sementara warna nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat
kerjasama.
Lima jenis warna itu melambangkan lima buah Bahagian
Pentadbiran Negeri ini dan bentuk Gunung Kinabalu melambangkan
Negeri Sabah.
24
SABAH
DIBAWAH BAYU
KENALI JATA
25
LATAR BELAKANG JATA NEGERI SABAH
Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas
yang berupa dua lengan berwarna kuning sedang menjulang Bendera
Negeri yang terletak di atas satu susunan lima warna Negeri iaitu biru
zirkon, merah cili, putih, biru salji dan nilakandi.
Di bawahnya iaitu tubuh utama lambang ini yang
berbentuk sebuah perisai. Bahagian atas perisai ini tersusun tiga warna
Negeri iaitu biru zirkon, putih dan merah cili dalam bentuk V. Bahagian
bawah perisai ini terdapat bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi
yang berlatarbelakangkan warna biru salji.
Perisai itu dipangku oleh sehelai skrol berwarna merah
yang tertulis dengan cogankata negeri Sabah "Sabah Maju Jaya"
berwarna putih.Dua lengan yang menjulang Bendera Negeri itu
melambangkan perpaduan dan kerjasama di kalangan masyarakat
berbagai kaum di negeri ini ke arah kemajuan dan kejayaan.Lima warna
yang tersusun itu bermakna lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri
Sabah.
Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan
ketenteraman, warna putih melambangkan kemurnian dan keadilan.
Merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Biru Salji
melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara nilakandi
melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.Bentuk Gunung
Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.
26
Rujukan:
1) Borneo Oracle - Asal Muasal Jata Negara Sarawak Era Brooke
2) Heraldrly of the World - Sarawak
3) Kerajaan Negeri Sarawak - Lencana Negeri Sarawak, Sabah dan Selangor
4) Wikipedia - Coat of arms of Sarawak, Sabah dan Selangor
27