KOPERASI SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN ALOR GAJAH SATU MELAKA BERHAD
Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1,
78000 Alor Gajah,
Melaka.
Rujukan Kami: SKAG1.900-4/10/2(1)
Tarikh : 25 November 2022
Semua Ahli Lembaga Koperasi,
Koperasi Sekolah Rendah Kebangsaan Alor Gajah Satu Melaka Berhad
Tuan/Puan,
MESYUARAT AGUNG KOPERASI SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN ALOR GAJAH SATU
MELAKA BERHAD KALI KE - 43
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2. Kami Ahli Lembaga Koperasi Sekolah Rendah Kebangsaan Alor Gajah Satu Melaka
Berhad, dengan hormatnya mempersilakan tuan/puan/ saudara/saudari menghadiri
mesyuarat mengikut ketetapan seperti berikut,
TARIKH : 6 Disember 2022
HARI : Selasa
MASA : 12.40 Tengah Hari
TEMPAT : Dataran Interaktif SK Alor Gajah 1
3. Untuk makluman tuan/puan/saudara/saudari, atur cara majlis adalah seperti berikut;
i. Ucapan alu – aluan Pengerusi Majlis
ii. Mesyuarat Agung dimulakan ( Rujuk lampiran Agenda)
Kehadiran tuan/puan/saudara/saudari, kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Saya yang menjalankan tugas,
…………………………………..
( NOR ZAHID BIN MUSA )
Setiausaha,
Koperasi Sekolah Rendah Kebangsaan Alor Gajah Satu Melaka Berhad
KOPERASI SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN ALOR GAJAH SATU MELAKA BERHAD
Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1,
78000 Alor Gajah,
Melaka
AGENDA MESYUARAT AGUNG KOPERASI SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN
ALOR GAJAH SATU MELAKA BERHAD KALI KE-43
1. Ucapan aluan Pengerusi Koperasi Sekolah Rendah Kebangsaaan Alor Gajah Satu
Melaka Berhad.
2. Mengesah dan menerima Minit Mesyuarat Agung kali ke – 42 yang diadakan pada 26
Januari 2022
3. Membentang dan menerima Laporan Tahunan Ahli Lembaga Koperasi tahun 2022
4. Mengesah dan menerima laporan Penyata Kewangan bagi tahun terakhir 30 JUN
2022
5. Mengesah dan menerima Pembahagian Keuntungan bagi tahun terakhir 30 JUN
2022
6. Mengesah dan menerima Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun
2022
7. Hal – hal lain
MINIT MESYUARAT AGUNG KOPERASI
SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN ALOR GAJAH SATU MELAKA BERHAD
KALI KE- 42
TARIKH : 26 JANUARI 2022
HARI : RABU
MASA : 2.00 PETANG
KEHADIRAN : 138 ORANG
AGENDA : Ucapan oleh Naib Pengerusi Koperasi SRKAG1 En Syaharum bin Abdullah.
1. 1.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan ALK yang
menjayakan Mesyuarat Agung kali ke 42.
1.2 Beliau mengucapkan terima kasih atas komitmen ALK sesi 2020/2021 yang
menjalankan tugas dengan cemerlang.
1.3 Semua ahli dan murid-murid tahun 6 banyak membantu di samping
memberi idea demi melancarkan perjalanan koperasi walaupun berdepan
dengan
pandemik Covid-19.
1.4 Koperasi perlu diurus dengan baik kerana keuntungannya banyak disalurkan
kepada sekolah terutama untuk keceriaan, sukan, pendidikan dan lain-lain.
1.5 Aktiviti yang telah dijalankan oleh koperasi ialah jualan buku dan alat tulis.
1.6 ALK perlu bersedia bagi persiapan awal persekolahan sesi 2022/2023.
1.7 Laporan audit menunjukkan koperasi berada dalam landasan yang betul.
2. Ucapan perasmian oleh Puan Maimunah binti Hasan
2.1 Ucapan salam dan terima kasih atas kehadiran semua guru.
2.2 Beliau menjelaskan mesyuarat perlu dijalankan sebelum akhir bulan Januari
2022.
2.3 Koperasi banyak menyumbang kepada pihak sekolah.
2.4 Aktiviti koperasi bukan hanya dijalankan oleh ALK tetapi semua guru perlu
bekerjasama terutama sewaktu jualan awal tahun.
2.5 Pada mesyuarat ini akan ada lantikan AJK baharu. Jawatan pengerusi juga
akan dimaklumkan apabila guru besar baharu melaporkan diri kelak.
3. Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Koperasi Sek. Ren. Keb.
Alor Gajah Satu Melaka Berhad Kali ke 42.
3.1 Pencadang : En Mohd Azmi bin Mastuki
3.2 Sokongan : Pn Salmah binti Wahab
4. Membentang dan menerima Laporan Tahunan Ahli Lembaga Koperasi tahun
2021
4.1 Pencadang : Pn Norlela binti Abdul
4.2 Sokongan : Pn Kalaivany a/p Balakrishnan
5. Mengesah dan menerima Laporan Penyata Kewangan bagi tahun berakhir Jun
2021
5.1 Pencadang : Pn Rohani binti Ali
5.2 Sokongan : Pn Faridah Akmal binti Omar
6. Mengesah dan menerima pembahagian keuntungan bagi tahun berakhir 30 Jun
2021
6.1 Pencadang : Pn Nur Nadia binti Ibrahim
6.2 Sokongan : Pn Norpidah binti Idris
7. Mengesah dan menerima Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun 2022
7.1 Pencadang : Pn Siti Suhaila binti Supian
7.2 Sokongan : Pn Ruzimah binti Abd Karim
8. Pembubaran Ahli Lembaga Koperasi tahun 2021
8.1 Pencadang : En. Nor Zahid bin Musa
8.2 Sokongan : En. Mohd Khalid bin Mat Isa
9. Pelantikan Ahli Lembaga Koperasi bagi tahun 2022/2024
9.1 Encik Syaharum mencadangkan jawantankuasa baharu yang dilantik perlu
mengekalkan beberapa orang ALK lama dan ditambah dengan beberapa
orang lagi ALK baharu. Cadangan disokong oleh Puan Marina.
9.2 Encik Syaharum memaklumkan bahawa jawatan pengerusi akan digalas oleh
guru besar baharu, En Mohamad Zamhuri bin Mohamad Yatim yang akan
bertugas secara rasmi di SK Alor Gajah 1 minggu pertama Februari.
9.3 Pn. Maimunah mencadangkan satu jawatankuasa seperti berikut sebagai
Ahli Lembaga Koperasi bagi sesi 2022/2024:
Pengerusi : Mohamad Zamhuri bin Mohamad Yatim
Naib Pengerusi : En. Syaharum bin Abdullah
Setiausaha : En. Nor Zahid bin Musa
Bendahari : Pn. Nuraliza binti Ali Din
Ahli Jawatankuasa
Pn. Nurhayati binti Mohamod
En. Mohd Khalid bin Mat Isa
En. Saiful Rizal bin Che Wil
Pn. Ummi Maisara binti Ashan @Hassan
Cik Nurul Najihah binti Ismail
Cadangan Puan Maimunah disokong sebulat suara oleh ahli yang hadir.
9.4 En. Syaharum mengingatkan agar pengerusi, setiausaha dan bendahari yang
baharu perlu menjalankan prosedur menukar tanda tangan cek di bank dan
mengeluarkan cek mengikut Undang-Undang Kecil yang telah dipersetujui
iaitu:
9.4.1 Tiga tanda tangan bagi pengeluaran wang bernilai
RM 10 000.00 ke atas.
9.4.2 Dua tanda tangan bagi pengeluaran wang bernilai
RM 10 000.00 ke bawah.
10. Melantik 2 orang Pemeriksa Kira-kira bagi tahun 2022/2024
10.1 Pn. Norlizah binti Shuib dilantik menjadi pemeriksa kira-kira bagi tahun
2022/2024 dengan sebulat suara
10.2 Pn. Rohani binti Ali kekal menjadi pemeriksa kira-kira bagi tahun 2022/2024
dengan sebulat suara.
11. Hal-hal lain
Tiada
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.25 petang.
DISEDIAKAN OLEH
----------------------------------
( NOR ZAHID BIN MUSA)