The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Program Ihya' Ramadan SSAz (1 hari 1 hadis )

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suzaina67, 2022-04-06 04:22:03

Program Ihya' Ramadan SSAz (1 hari 1 hadis )

Program Ihya' Ramadan SSAz (1 hari 1 hadis )

Keywords: ihya ramadan

SK SULTAN ABDUL AZIZ
TELUK INTAN

TAZKIRAH RAMADAN:

1 Hari 1 Hadis

Anjuran Surau Al-Aziziah dengan Kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan PIBG SSAz

Program Ihya’ Ramadan SSAZ

1. Kelebihan Berpuasa

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, (Allah Subhana wa Ta’ala berfirman),
“Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa, maka ia adalah untuk-Ku dan Aku
yang mengganjarinya. Dan demi Dia (Allah) yang memegang jiwaku (Nabi Muhammad saw) di
dalam Tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu adalah lebih harum di sisi
Allah dari bau kasturi. Dan puasa itu adalah perisai (yang melindungi dari api neraka). Bagi orang
yang berpuasa itu ada dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika
bertemu Rabb Azza wa Jalla di mana dia bergembira dengan puasanya.” [104] Sahih.
Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Khuzaimah

Penjelasan dan Pengajaran :

1. Berkata Imam Ibnu Hajar, maksud ganjaran puasa dari Allah adalah ganjaran pahala yang tidak
terkira banyaknya. Amalan lain dikira; satu kebaikan digandakan dengan sepuluh hingga tujuh ratus
kali ganda, tetapi puasa hanya Allah yang memberi ganjarannya dan ganjarannya adalah besar.

Program Ihya’ Ramadan SSAZ

2. Berpuasa di Bulan Ramadhan kerana Allah SWT

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan
ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith:
1.Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan ikhlas serta mengharapkan keredhaan Allah SWT akan
diampunkan segala dosa-dosa kecilnya.
2.Ramadhan merupakan bulan yang paling mulia di dalam Islam kerana bulan ini Allah SWT menurunkan al-
Quran al-Karim, berlakunya malam “Lailatulqadar” dimana malam tersebut lebih mulia dan berkat daripada
seribu bulan.
3.Doa orang yang berpuasa tidak akan ditolak oleh Allah SWT sehinggalah ia berbuka, oleh itu hendaklah
mereka yang berpuasa memperbanyakkan doa demi kebaikan hidup mereka di dunia dan juga di akhirat.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Program Ihya’ Ramadan SSAZ

3. Berbuka Puasa Mengikut Keperluan

Daripada Umar bin al-Khattab RA katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Apabila malam telah menghadap ke
sebelah timur dan siang pula telah berlalu daripada barat kemudian matahari telah terbenam bermulalah waktu
orang yang berpuasa itu berbuka.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith :
1.Rasulullah SAW telah pun mengajar umatnya akan cara-cara menentukan waktu berbuka puasa, melalui
perbuatan Baginda sendiri ataupun petunjuk lain seperti berpandukan peredaran matahari dan sebagainya.
2.Orang yang berpuasa dituntut menyediakan bahan makanan atau minuman sekadar keperluan sahaja dan tidak
melampaui batasan sehingga sampai berlaku pembaziran.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin (e-hadith JAKIM)

Program Ihya’ Ramadan SSAZ

4. Hindari Perkara Maksiat ketika Berpuasa

Daripada Abu Hurairah RA lagi katanya bahawa Nabi SAW bersabda : “Sesiapa yang tidak meninggalkan
percakapan bohong dan berkelakuan keji lagi buruk sedangkan dia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan di sisi
Allah selain daripada lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.”
(Riwayat al-Bukhari)

Huraian Hadith :
Orang yang berpuasa sedangkan mereka tidak memelihara lidah (percakapannya) dan juga masih melakukan
maksiat, tidak akan diberi pahala oleh Allah SWT ke atas puasa mereka selain lapar dan dahaga sahaja.
Puasa yang paling istimewa di sisi Allah SWT ialah mereka yang dapat menahan lapar dan dahaga serta menjaga
pancaindera mereka daripada melakukan maksiat dan dosa disamping menambahkan amal ibadat lain sepanjang
mereka berpuasa.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin (e-hadith JAKIM)

Program Ihya’ Ramadan SSAZ

5. Berbuka Puasa Mengikut Keperluan

Daripada Umar bin al-Khattab RA katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Apabila malam telah menghadap ke
sebelah timur dan siang pula telah berlalu daripada barat kemudian matahari telah terbenam bermulalah waktu
orang yang berpuasa itu berbuka.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith :
1. Rasulullah SAW telah pun mengajar umatnya akan cara-cara menentukan waktu berbuka puasa, melalui
perbuatan Baginda sendiri ataupun petunjuk lain seperti berpandukan peredaran matahari dan sebagainya.
2. Orang yang berpuasa dituntut menyediakan bahan makanan atau minuman sekadar keperluan sahaja dan
tidak melampaui batasan sehingga sampai berlaku pembaziran.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin (e-hadith JAKIM)

Program Ihya’ Ramadan SSAZ

6. Menjaga Lidah ketika Berpuasa

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia
bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki
hamun oleh seseorang atau diajak bermusuhan, maka hendak ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith :
1.Kelebihan orang yang berpuasa bukan sahaja terletak kepada menahan makan dan minum serta mengerjakan
perkara-perkara yang membatalkan puasa, tetapi menjaga setiap anggota daripada melakukan perkara yang
mengosongkan pahala puasa. Inilah yang sangat dikehendaki oleh Islam, seperti menjaga lidah dan lainnya.
2.Orang yang berpuasa hendaklah sabar menerima dugaan daripada Allah SWT, sekiranya mereka dimaki hamun
dan diajak berkelahi oleh seseorang maka hendaklah ia berkata “aku berpuasa”.
3.Untuk mengelak daripada melakukan perkara yang merosakkan puasa, maka (seseorang yang berpuasa)
digalakkan oleh Islam agar banyak beristighfar kepada Allah, berzikir, berselawat dan sebagainya.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin (e-hadith JAKIM)

Program Ihya’ Ramadan SSAZ

7. Hikmah Menyegerakan Berbuka Puasa

Daripada Sahl bin Saad RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Orang yang menyegerakan berbuka puasa
setelah masuk waktunya mendapat kebaikan yang berterusan”.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith :
1.Orang yang berpuasa disunatkan bersegera berbuka setelah diyakini masuk waktu maghrib, sebaliknya,
makruh jika sengaja dilewat-lewatkan tanpa ada keuzuran syarie.
2.Hukum sunat disegerakan berbuka puasa ini, tentulah mempunyai hikmah yang tertentu, antaranya ialah
supaya orang yang berpuasa dapat bersegera menunaikan ibadah lain seperti sembahyang maghrib, membaca
al-Qur’an dan sebagainya.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin (e-hadith JAKIM)

Program Ihya’ Ramadan SSAZ

8. Berpuasa di Bulan Ramadan

Daripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah SAW bersabda : Apabila sampai bulan Ramadhan, pintu-
pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka pula ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith :
Ramadhan merupakan bulan yang paling banyak mempunyai kelebihannya bagi orang yang berpuasa,
antaranya ialah :
Semua pintu syurga dibuka dan orang yang telah meninggal dunia dihentikan azab mereka buat sementara.
Pintu-pintu neraka pula ditutup, oleh itu orang yang mati dibulan puasa terlepas daripada azab kubur.
Pada bulan puasa juga dirantai serta dibelenggu syaitan dan iblis daripada mengganggu dan menggoda orang
yang berpuasa.
Digalakkan oran yang berpuasa agar berlumba-lumba membuat kebajikan dan kebaikan, kerana setiap kebaikan
akan diberi ganjaran pahala yang berganda-ganda.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin (e-hadith JAKIM)

Program Ihya’ Ramadan SSAZ

9. Ramadan Bulan Ibadah

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bila bulan Ramadan tiba, maka dibukalah pintu-
pintu syurga, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pun dibelenggu."
(HR Muslim No: 1793) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:
1. Ramadan adalah bulan yang diwajibkan keatas umat Islam berpuasa.
2. Ramadan adalah bulan Syiam (berpuasa di siang hari) dan Qiam (menghidupkan malam dengan solat sunat,

tilawah al-Quran, zikir, doa).

3. Ramadan adalah bulan ibadah dimana dibuka pintu-pintu syurga. Mereka yang terus melaksanakan pelbagai
perbuatan yang mengandungi ibadah atau kebaikan, akan disediakan padanya dengan rahmah Allah syurga.

4. Pintu neraka ditutup di bulan Ramadan. Ertinya, dengan kehadiran bulan Ramadan, kita dianjurkan untuk
memperbanyak amal kebaikan maka dengan sendirinya perbuatan yang tidak baik (maksiat) dihindarkan.
Dengan demikian, maka tidak ada lagi kesempatan untuk bermaksiat, dengan itu tertutuplah pintu-pintu neraka

5. Bulan Ramadan dipermudahkan kepada umat Islam melaksanakan ibadah kerana syaitan telah dirantai atau
dibatasi pergerakkannya untuk mengganggu.

Program Ihya’ Ramadan SSAZ

10. Amal Masuk Syurga

Daripada Jabir bin Abdullah RA, bahawa seorang lelaki telah bertanyakan Rasulullah SAW, dia berkata: Bagaimana
pandanganmu jika aku mendirikan sembahyang fardhu, aku berpuasa bulan Ramadhan, aku menghalalkan perkara yang halal
dan aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan menambah apa-apa lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan
masuk syurga? Baginda bersabda: Ya!.
(HR Muslim, no. 15) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:
1. Setiap muslim dituntut untuk bertanya kepada orang yang arif tentang syariat Islam, tentang kewajibannya dan apa yang
dihalalkan dan diharamkan baginya jika hal tersebut tidak diketahuinya.

2. Penghalalan dan pengharaman merupakan aturan syariat, tidak ada yang berhak menentukannya kecuali Allah SWT.

3. Keinginan dan perhatian yang besar dari para sahabat terhadap syurga diperlihatkan pada kesungguhan mereka dalam
mencari jalan untuk sampai ke sana dengan bertanya kepada Rasulullah SAW melalui amal soleh yang boleh dilakukan.

4. Apabila seorang mukmin menunaikan segala tanggungjawab agama yang fardhu dengan sempurna (tanpa cacat) seperti solat
fardhu dan puasa di bulan Ramadan, menghalalkan perkara yang halal (mengambilnya) dan mengharamkan perkara yang haram
(meninggalkan), dia akan masuk syurga dengan kemurahan dan rahmat Allah SWT terhadap hamba-hambaNya, walaupun dia
tidak melakukan amalan-amalan sunat yang lain.

Program Ihya’ Ramadan SSAZ

11. Keutamaan Puasa

Telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Maslamah daripada Malik daripada Abu Al-Zinad
daripada Al A'raj daripada Abu Hurairah RA; Bahawa Rasulullah ‫صلى الله عليه وسلم‬bersabda, "Puasa itu
perisai, maka (orang yang melaksanakannya) hendaknya dia tidak berkata kotor dan berkelakuan
memperbodohkan diri. Apabila ada orang yang mengajaknya berkelahi atau menghinanya maka
katakanlah aku sedang puasa (Dia mengulang ucapannya dua kali). Dan demi Zat yang jiwaku berada di
tangan-Nya, sungguh bau mulut orang yang sedang puasa lebih harum di sisi Allah Ta'ala daripada
harumnya minyak kasturi, kerana dia meninggalkan makanannya, minuman dan nafsu syahwatnya
karena Aku (Allah). Puasa itu untuk Aku (Allah) dan Aku (Allah) sendiri yang akan membalasnya dan
setiap satu kebaikan dibalas dengan sepuluh kebaikan yang serupa".





















Program Ihya’ Ramadan SSAZ

22. Amalan bagi wanita yang haid di bulan Ramadan

1. Perbanyakkan Doa, Selawat dan Zikir

Antaranya adalah seperti yang dianjurkan dalam sebuah riwayat daripada A’isyah R.Anha beliau berkata
maksudnya:

Wahai Rasulullah, apakah pandangan kamu sekiranya aku bertemu dengan lailatul qadar apakah yang
patut aku berdoa ?

Maka kata Nabi S.A.W:

‘Ucapkanlah: Ya Allah, sesungguhnya Kau maha Pengampun, dan Kau sukakan pengampunan, maka
ampunkanlah aku’’.

2. Banyakkan Sedekah

Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhani R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda
maksudnya:

Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan
orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.

— Riwayat Al-Tirmizi (807)

3. Memberi Makan Kepada Orang Berbuka

Program Ihya’ Ramadan SSAZ

23. Mendapatkan tambahan pahala puasa dari orang lain.

Kita telah mengetahui betapa besarnya pahala puasa Ramadhan. Bayangkan jika kita bisa
menambah pahala puasa kita dengan pahala puasa orang lain, maka pahala yang kita raih lebih
berlipat lagi. Subhanallah! Dan ini bisa terjadi dengan sedekah, yaitu dengan memberikan
hidangan berbuka puasa untuk orang lain yang berpuasa. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa
sallam bersabda:

‫ غير أنه ل ينقص من أجر الصائم شيئا‬، ‫من فطر صائما كان له مثل أجره‬

“Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan
mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya.”
(HR. At Tirmidzi no 807, ia berkata: “Hasan shahih”)

Betapa Allah Ta’ala sangat pemurah kepada hamba-Nya dengan membuka kesempatan menuai
pahala seluas-luasnya di bulan yang penuh berkat ini.

Program Ihya’ Ramadan SSAZ
24.

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
"Sesungguhnya siapa yang menegakkan (Shalat
Tarawih) bersama imam sampai selesai, maka
dicatat untuknya telah penuh menghidupkan malam
(Ramadhan)." [HR At Tirmidzi 806]

Program Ihya’ Ramadan SSAZ
25.

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
"Maukah aku beritahukan kepada kalian tentang amal
terbaik untuk kalian, dan paling mensucikan di sisi
Malik kalian, dan paling tingginya dalam mengangkat
derajat kalian, dan lebih baik untuk kalian daripada
emas dan uang perak, dan lebih baik bagi kalian
daripada berjumpa dengan musuh kalian, lalu kalian
penggal leher-leher mereka dan mereka memenggal
leher-leher kalian?" Mereka berkata: "Tentu saja mau."
Beliau bersabda: "Berdzikir mengingat Allah ta'ala ."
Berkata Mu'adz bin Jabal: "Tidak ada sesuatupun yang
lebih dapat menyelamatkan dari siksa Allah, selain
berupa dzikir mengingat Allah."
[HR At Tirmidzi 3377]

Program Ihya’ Ramadan SSAZ

26. Sahur lebih bermakna

‫َع ْن َأنَ ٍس َر ِِ َض إََّّلُل َع ْن ُه قَا َل قَا َل َر ُسو ُل إََّّلِل َص َّّل إََّّلُل لَلَ ْه ِه َو َس َََّ سَ َس َّح ُروإ فَا َّن ِِ إل ُّس ُحو ِر بَ َر َكة‬

Dari Anas bin Malik Radhiyallahu anhu beliau berkata: Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah
bersabda, “Bersahurlah kalian karena dalam sahur ada keberkahan.”
(Hadits riwayat Imam al-Bukhâri no. 1789 dan Imam Muslim no. 1835)

KELEBIHAN MAKAN SAHUR
1. Bahwasannya itu bentuk menjalankan perintah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.
2. Bahwasannya itu bentuk meneladani Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

3. Bahwasannya itu bentuk penyelisihian terhadap ahli
kitab.
4. Padanya mengandung perlakuan baik terhadap badan, karena seseorang jika melakukan sahur, itu
artinya ia berlaku baik terhadap dirinya.

5. Padanya mengandung bantuan untuk taat kepada Allah menjalankan puasa. Sedangkan apa saja
yang dapat membantu di atas amal ketaatan, maka itu kebaikan dan keberkahan

Program Ihya’ Ramadan SSAZ

27. Larangan bercakap perkara yang sia-sia ketika berpuasa

Rasulullah SAW telah mengingatkan tentang pentingnya seseorang menjaga mulut
dan tingkah lakunya ketika berpuasa, sabda Baginda SAW yang diriwayatkan oleh
Abu Hurairah R.A:

ِِ َ‫لَ ْي َس ال ِصيَا ُم ِم َن ا ْْلَ ْك ِل َوال ُّش ْر ِب فَقَ ْط إِنه َما ال ِصيَا ُم ِم َن الله ْْ ِو َوال هرف‬

Maksudnya: “Puasa bukanlah hanya menahan diri dari makan dan minum, akan
tetapi puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan yang melalaikan dan
perkataan keji”.
Menurut kenyataan di atas, jelaslah bahawa perkataan keji yang diucapkan ketika
sedang berpuasa tidak membatalkan puasa. Namun, boleh menyebabkan puasa
seseorang itu menjadi sia-sia dan tidak mendapat apa-apa melainkan lapar dan
dahaga.








Click to View FlipBook Version