2
PEMBUKA KATA PENGERAT UKHWAH
Bismillah. Assalamualaikum WBT.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan rahmatNya, akhirnya saya
dan team HADEEF Training & Consultancy berjaya menyiapkan ebook ini buat
bacaan ibu ayah sekalian.
E-book ini disampaikan di dalam bahasa yang santai agar mudah difahami oleh ibu
ayah sekalian dalam kita sama-sama menggarap usaha membentuk ‘Keluarga Al-
Quran’ yang kita idam-idamkan selama ini. Tugas ini tidak mungkin memakan masa
sehari malah melalui proses tarbiah yang berterusan sepanjang hayat.
Kita mempunyai cita-cita yang besar untuk mendidik anak-anak dengan Al-Quran.
Alangkah bahagianya kehidupan ini apabila kita mampu melangkah dengan tenang
berpandukan pimpinan wahyu, Subhanallah. Saya cuba mengingati kembali
bagaimanakah saat-saat saya mendapat pendidikan Al-Quran sejak dari kecil dahulu.
Sesungguhnya itu adalah saat yang sangat indah untuk dikenang. Teruskan
membaca, insyaAllah ibu ayah akan memperoleh ‘sesuatu’ selepas membaca ebook
ini.
Saya mendoakan ibu ayah dan semua yang membaca ebook ini diberikan kekuatan,
ketenangan dan kerahmatan dari Allah dalam seluruh kehidupan. Sahabat, hidup ini
benar-benar sekejap. Kita semua akan pergi. Semoga Allah menempatkan kita
bersama insan-insan soleh yang mencintai Al-Quran di seluruh kehidupannya
InsyaAllah.
Selamat membaca!
Salam Ukhwah,
Ustazah ‘Ainun Mardhiah binti Ismail,
Guru Pusat Tahfiz dan Pengajian Al Quran HADEEF.
3
ISI KANDUNGAN
PEMBUKA KATA, PENGERAT UKHWAH ............................................................. 2
IMPIAN RUMAHTANGGA AL-QURAN.................................................................... 4
TIPS 1 : IBU AYAH PENCETUS SUASANA ............................................................. 7
TIPS 2 : JADI IBU AYAH YANG COOL TAPI BERSTRATEGI ....................... 10
TIPS 3 : MEMPERDENGARKAN CD AL-QURAN DI DALAM KERETA ... 13
TIPS 4 : MENETAPKAN SATU WAKTU ‘WAJIB’ UNTUK ANAK-ANAK
BELAJAR AL-QURAN DI RUMAH ........................................................................... 14
TIPS 5 : BERKONGSI DENGAN ANAK-ANAK KISAH DARI AL-QURAN
................................................................................................................................................ 15
TIPS 6 : DIDIK ANAK MEMBACA SURAH-SURAH SEBELUM TIDUR ...... 17
TIPS 7 : DOAKAN ANAK-ANAK AGAR SENTIASA MEMBESARKAN
ALLAH DAN MENGAMALKAN ISI-ISI AL-QURAN ......................................... 18
PENUTUP ......................................................................................................................... 19
4
IMPIAN RUMAHTANGGA AL-QURAN
Masih terbayangkah kita, bagaimanakah saat mula terbinanya rumahtangga kita
dahulu? Sudah pasti kita mengimpikan rumahtangga yang tenang dan
membahagiakan bukan?
Saya teringat akan sebuah kisah. Masih kuat dan melekat dalam ingatan saya kerana
itu adalah pengalaman yang sangat menarik.
Pada suatu hari, saya dijemput untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Terapi
Al-Quran Di Dalam Kehidupan.”
Program ini dihadiri oleh ibu ayah yang mempunyai anak-anak autisme. Subhanallah,
itu adalah pengalaman yang sangat berharga untuk saya apabila dapat menyaksikan
sendiri bagaimana watak ibu ayah dalam menjaga anak-anak autisme.
Ketika saya sedang berceramah, tiba-tiba datang beberapa orang kanak-kanak dan
mengelilingi meja saya.
“Aaa sudah..Apa saya nak buat ni?” Soal saya ke dalam hati. Cuak pun ada.
Anak-anak ini mengetuk-ngetuk meja dan bermain straw dan air di hadapan saya.
Sedangkan pada ketika itu saya sedang semangat berkongsi topik yang penting. Saya
lihat wajah ibu ayah di hadapan saya sudah kerisauan. Risaunya jika ustazah tidak
selesa atau marah. Risau jika anak-anak ini mengganggu secara keterlaluan.
Saya memahami apa yang mereka rasakan kerana anak-anak saya juga lebih kurang
juga aktifnya. “Takde hal punya!” Bak kata anak-anak muda zaman sekarang.
“Jangan risau ibu ayah sekalian. Ustazah OK sangat, ustazah faham sebab anak-anak ustazah
pun aktif juga. Mereka mahukan perhatian..OK kita sambung ke poin seterusnya ya,” saya
cuba menenangkan mereka.
Kejutan Selepas Ceramah
Apabila selesai berceramah, saya mengambil peluang menyelami isi hati ibu-ibu ini.
Bukan senang nak menempuh kehidupan membesarkan anak-anak autisme.
Allahu Akbar, saya benar-benar merasakan mereka ini adalah insan pilihan Allah.
Kuat dan sangat sabar MashaAllah.
5
“Ustazah, bila saya sedih saya akan baca Al-Quran. Bila tak mampu nak kawal
anak-anak, akak akan baca Al-Quran. Syukur Alhamdulillah, anak-anak boleh
OK selepas tu dan akak pun tenang.”
Subhanallah! Benar!
Al-Quran sangat memberi kesan yang luar biasa kepada sesiapa sahaja.
Walaupun ibu ayah bukan berlatar belakangkan pengajian tahfiz atau pengajian
Islam, tetapi jauh di sudut hati kita pasti mendoakan anak-anak yang kita sayangi
serta diri kita sendiri menjadi insan-insan yang akrab dengan Al-Quran.
Pernahkah kita bertanya kepada diri, mengapa kita ingin mereka membesar dengan
penuh bahagia dengan Al-Quran?
Pernahkah kita merenung hadith-hadith Nabi yang sangat memberi motivasi kepada
kita agar akrab dengan Al-Quran? Mari hayati bait-bait indah dari hadith Rasulullah
SAW tentang kelebihan berdamping dengan Al-Quran :
Satu hurufnya diganjari dengan 1 kebaikan dan digandakan menjadi 10
kebaikan.
« َم ْن قَ َرأَ َح ْرًاا ِم ْن-صلى الله عليه وسلم- َع ْن َع ْبد اَّهل ِل ْب َن َم ْسعُو ٍد رضى الله عنه َيقُو ُل َقا َل َر ُسو ُل اَّهل ِل
ِكتَا ِب اَّهل ِل ًَلَهُ ِب ِه َح َسنَةٌ َوا ْل َح َس َنةُ بِعَ ْش ِر أَ ْمثَا ِل َها لاَ أَقُو ُل الم ح ْر ٌف َو َل ِك ْن أَ ِل ٌف َح ْر ٌف َولاَ ٌم َح ْر ٌف َو ِمي ٌم َح ْر ٌف
».
“Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda: “Siapa yang membaca satu huruf dari Al Quran maka baginya satu kebaikan (dengan
bacaan tersebut), satu kebaikan dilipatkan menjadi 10 kebaikan semisalnya dan aku tidak
mengatakan المsatu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.”
(HR. Tirmidzi)
6
Membaca Al Quran akan mendatangkan syafa’at pada hari kiamat
nanti
ا ْق َر ُءوا « َيقُو ُل -وسلم عليه الله صلى- اَّهل ِل َر ُسو َل الله عنه َقا َل َس ِم ْع ُت ا ْلَعقُ ْ ْنرآأَبَنيًَ ِإأُنه َمهُا َمَيأَْةتِ اىْلبَايَ ْ ِوه ِلَم ُّىا ْل ِقر َيا َضم ِةى
َش ِفيعاا لأَ ْص َحا ِب ِه
“Abu Umamah Al Bahily radhiyallahu ‘anhu berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bacalah Al Quran karena sesungguhnya dia akan datang
pada hari kiamat sebagai pemberi syafa’at kepada orang yang membacanya” (HR. Muslim).
Allahu Akbar!
Kita takkan dapat merasai hadith ini sangat bermakna buat diri andai kita tidak
mengetahui ke mana destinasi kita akan pergi selepas ini. Boleh bayang tak
bagaimana hari terakhir kita di atas dunia ini? Boleh tergambar tak di fikiran kita
bagaimana gerunnya kita nak menempuh sakaratul maut dan menjawab soalan di
alam barzakh dalam keadaan kita bersendiri?
Isteri atau suami tidak lagi bersama kita. Anak-anak juga tiada lagi di sisi kita.
Siapakah teman kita di kuburan nanti? Siapa yang akan gembirakan kita? Saya
tinggalkan soalan ini untuk kita renungi dan fikirkan sejenak. Ia pasti akan berlaku
kepada diri kita suatu hari nanti.
Setelah itu, barulah jelas di minda dan sanubari kita mengapa kita ingin
menghidupkan Al-Quran di dalam rumahtangga. Kita semakin teguh untuk
mendidik anak-anak dengan Al-Quran kerana mereka inilah penerus perjuangan Al-
Quran pada masa hadapan InsyaAllah.
7
TIPS 1 :
IBU AYAH PENCETUS SUASANA
Bismillah. Kita mulakan dengan tips yang pertama.
Tips ini nampak simple tetapi sangat memberi kesan kepada anak-anak dan keluarga.
Anak-anak tercari-cari siapakah ‘role model’ yang terbaik untuk mereka ikuti.
Waktu kecil dahulu, selepas Subuh apabila abah saya balik dari surau, abah pasti
akan membaca Al-Quran. Bacaan Al-Quran telah menjadi rutin abah dari dulu
sehinggalah sekarang. Setiap pagi dalam keadaan kalut kami adik-beradik nak bersiap
pergi ke sekolah, abah tenang mengalunkan Al-Quran di kerusi malas sehinggalah
kami selesai bersiap dan abah menghantar kami ke sekolah. Dalam sedar ataupun
tidak, perkara ini telah membentuk semangat dan kesedaran di dalam diri kami
untuk mencontohi abah.
Saya rasa terinspirasi untuk membaca Al-Quran apabila teringatkan abah. Kalau
abah boleh, saya pun mesti boleh InsyaAllah.
Dari situ saya belajar dan berazam..Suatu masa nanti apabila saya berkeluarga, saya
ingin sekali membentuk keluarga dengan Al-Quran. Al-Quran akan bagi kesan yang
besar dalan rumahtangga.
Bila ada masalah kita akan membaca Al-Quran. Bila stress kita akan hayati ayat-ayat
Allah di dalam Al-Quran. Terasa seolah-olah Allah sedang berbicara dengan kita.
Subhanallah. Akhirnya hati kita akan tenang. Jiwa jadi lapang. Keyakinan dan
keimanan kepada Allah semakin hebat terasa di dalam diri InsyaAllah.
Soalannya, bagaimana nak mula? Umur dah semakin lanjut, malu pula rasanya nak
mengaji dengan ustaz dan ustazah bila kita dah berusia begini.
OK, saya kongsikan dua tips ni yang selalu saya ulang-ulang sebut di dalam kelas
waktu mengajar. Anak murid saya semuanya muslimah dalam lingkungan umur 20-
60 tahun. Bukan anak remaja, majoriti sudah berkeluarga. Mereka asal-asalnya
datang belajar dalam keadaan malu dan takut. Malu kerana umur sudah dewasa
tetapi bacaan Al-Quran masih tidak lancar. Takut pula? Sebab bimbang ustazah
tanya soalan! Seramnya..biru hijau sahaja muka masing-masing :D
8
Saya katakan kepada mereka, TAHNIAH kerana ibu-ibu adalah insan pilihan Allah.
Mungkin suatu masa dahulu kalian pernah terniat di dalam hati, “Ya Allah, aku
ingin kembali kepadaMu..”
Allah ‘menyambut’ doa itu dan mengizinkan kita untuk kembali kepada Allah
dengan cara mendalami ilmu Al-Quran. Subhanallah, bukankah itu tanda ‘Rahman’
dan ‘Rahim’ Allah kepada kita? Maha Baiknya Allah tidak mahu kita terus jauh dan
tergelincir dari cara hidup yang sebenar. Lalu Allah detikkan di dalam hati kita untuk
mempelajari Al-Quran.
Betul, kali pertama memang kita akan rasa takut dan malu. Macamana nak Berjaya
dalam belajar Al-Quran?
Pertama : Jangan Malu
Buang sifat malu untuk belajar. Ikhlas belajar semata-mata kerana Allah bukan sebab
ustazah. “Aku lakukan semua ini keranaMu Ya Allah. Aku malu, tapi tak mengapa. Aku
tebalkan muka untuk belajar Al-Quran walaupun aku sudah berumur ni supaya aku tidak
malu lagi di akhirat nanti saat berhadapan denganMu Ya Allah. Aku takut dengan azabMu.
Aku korbankan rasa malu ini semata-mata untuk menuntut ilmuMu.”
Allahu Akbar! Allah sangat memandang hati yang ikhlas sebegini. Allah pasti akan
memimpin dan membuka jalan sebaiknya apabila seorang hamba ingin akrab dengan
Al-Quran insyaAllah.
Kedua : Bersungguh-Sungguh
Bersungguh-sungguhlah saat menuntut ilmu. Jangan malu untuk bertanya dan usah
berputus asa jika guru meminta kita mengulang-ulang bacaan. Ini adalah jalan untuk
mengukuhkan lagi kelancaran kita dalam membaca Al-Quran.
9
Niatlah apabila kita belajar Al-Quran, kita ingin panjangkan ilmu itu kepada anak-
anak dan cucu kita. Belajar untuk mengajar orang lain. InsyaAllah kita akan lebih
termotivasi.
Allah berfirman di dalam Al-Quran :
)29( الَّ ِذي َن َيتْلُو َن ِكتَا َب اََّّل ِل َوأَقَا ُموا ال َّص ََلةَ َوأَ ْنفَقُوا ِم َّما َر َز ْق َنا ُه ْم ِس ًّرا َو َع ََل ِن َيةً َي ْر ُجو َن ِت َجا َرةً لَ ْن تَبُو َر
30( ِليُ َوفِّ َي ُه ْم أُ ُجو َر ُه ْم َويَ ِزيدَ ُه ْم ِم ْن فَ ْض ِل ِه ِإنَّهُ َغفُو ٌر َش ُكو ٌر
“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan salat dan
menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam
dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi”. “Agar
Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari
karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.” (QS. Fathir:
29-30).
Subhanallah, inilah cita-cita kita. Ingin mendidik diri kita, pasangan, anak-anak dan
masyarakat kita agar mencintai Al-Quran. Kita ingin lalui hidup ini dengan penuh
ketenangan dengan pimpinan dari Allah S.W.T.
Ibu Ayah mulakan dulu ya!
10
TIPS 2 :
JADI IBU AYAH YANG COOL TAPI BERSTRATEGI
Apabila melihat senario di Malaysia pada masa kini, ibu ayah sangat teruja ingin
menghantar anak ke sekolah tahfiz dan mendidik -anak untuk menghafaz Al-Quran
sejak dari kecil lagi. Alhamdulillah, ia adalah suasana yang sangat baik .
Namun, sebaiknya jangan terlalu mendesak anak sehingga dia stress. Apatah
lagi dengan umur mereka yang masih kecil, contohnya di bawah umur 13 tahun.
Jadilah ibu ayah yang cool dan strategi.
Strategi apa? Sebelum anak-anak menghafaz Al-Quran, kenalkan mereka tentang
betapa ‘best’nya Al-Quran itu sendiri. Al-Quran itu apa? Kenapa kena baca?
Kenapa kena hafaz? Lancarkan dahulu bacaan, fahamkan Tajwid, lancarkan dahulu
bacaan Al-Quran sehingga khatam kemudian barulah menghafaz.
Belajar Dari Cara Didikan Ibu Sufyan ats-Tsauri
Saya suka membaca berkali-kali pesanan ibu kepada Ulama dari Kufah, iaitu Sufyan
ats-Tsauri.
Ibu ini sangat menekankan tentang tujuan menuntut ilmu serta akhlak dalam
menuntut ilmu. Semakin berilmu, sepatutnya seorang manusia itu semakin berakhlak
dan mempunyai pekerti yang mulia. Semakin rapat dan akrab hubungannya dengan
Yang Maha Pencipta.
Bukanlah menuntut ilmu tanpa ada wawasan yang jelas atau inginkan kemasyhuran
semata-mata.
Apakah pesanan beliau kepada anaknya?
“Wahai puteraku, tuntutlah ilmu, dan aku akan membiayaimu hasil dari
pintalanku..Wahai puteraku, jika engkau telah mencatat sepuluh kalimat,
maka perhatikan ; Adakah engkau bertambah takut, sabar dan sopan? Jika
11
tidak berlaku sedemikian, maka ketahuilah bahawa semua kalimat tadi akan
membahayakanmu dan tidak bermanfaat bagimu.”
Subhanallah! Pesanan yang cukup padu.
Fahamkanlah anak-anak kita mengapa mereka perlu membaca dan memahami isi-isi
Al-Quran seterusnya menghafaz Al-Quran?
Pimpinlah jiwa anak-anak supaya mereka sedar bahawa semakin Al-Quran ini
dibaca, ia sepatutnya menjadi pencetus kekuatan kepada diri untuk lebih berakhlak
dan tunduk kepada Allah.
Situasi Realiti Menghafaz Al-Quran
Ibu Ayah, menghafaz Al-Quran ini tidak mudah. Fokus perlu diberikan 100%.
Apabila menghafaz Al-Quran di Darul Quran dulu, barulah saya faham dan hadam
bagaimana sebenarnya kehidupan penghafaz Al-Quran. Bukan sekali dua saya
menangis sebab merasai betapa sukarnya nak habiskan hafazan. Menghafaz Al-
Quran ini amanah. Bukan suka-suka hati boleh tinggal sahaja hafazan tu.
Disebabkan itulah, anak-anak perlu kenal dahulu, bercinta dahulu dengan Al-Quran,
dan ia akan membantu anak kita menghafaz ayat-ayat Allah dengan bersungguh-
sungguh. Tak kenal maka tak cinta kan?
Apabila bertemu anak-anak yang belajar di maahad tahfiz, saya suka mendengar
(tasmi’) bacaan Al-Quran mereka. Hati rasa ralat apabila mereka menghafaz Al-
Quran dalam keadaan hukum Tajwid tidak terjaga.
“Sebelum menghafaz, check tak Tajwid dengan ustaz?” Saya bertanya.
“Ada belajar sikit, sebab banyak masa menghafaz sahaja,” Jawab anak soleh itu.
“Oh yeke, tak boleh macam tu dik. Kalau mula-mula kita hafaz Al-Quran dalam
keadaan salah tajwid dan bacaan tak OK, nanti bila guru-guru atau syeikh-syeikh
betulkan semula bacaan kita..kita akan rasa susah sangat nak betulkan. Sebab
bacaan tu dah sebati dalam kepala. So sebaiknya sebelum hafaz, minta dulu
12
ustaz atau ustazah check bacaan. Hukum mad, panjang pendek, mana yang
dengung, mana yang tak dengung..barulah kita puas hati menghafaz Al-Quran,”
nasihat saya setelusnya untuk bakal hafiz ini.
Kesimpulannya, jangan terburu-buru menyuruh anak menghafaz Al-Quran.
Utamakan membaca Al-Quran secara lancar dahulu. Anak kenal Tajwid, membaca
Al-Quran dengan makhraj dan sifat yang betul. Itu yang lebih utama.
Cari guru untuk kita sekeluarga memahami Tajwid. Tanya guru, bagaimana nak
keluarkan bunyi Huruf Ha,Kho, ‘Ain dan lain-lain?
Apa beza cara sebutan huruf Dzal dan Zai?
Bagaimanakah membunyikan hukum Izhar, Ikhfak dan Idgham?
Seronok sangat bila kita sekeluarga dapat belajar Tajwid. Macam-macam formula
dalam Tajwid ni rupanya. InsyaAllah, mudah sahaja jika kita bersungguh dan
praktikkan bacaan di hadapan guru. Alangkah seronok dan meriahnya bila anak-anak
mengalunkan Al-Quran di rumah kan? Apabila sudah lancar bacaan sehingga ke Juz
30, bolehlah naik ke level seterusnya iaitu menghafaz Al-Quran.
13
TIPS 3 :
MEMPERDENGARKAN CD AL-QURAN DI DALAM KERETA
Tips ketiga ini sangat mudah dibuat dan sangat bagi kesan kepada anak-anak. Tugas
kita beli CD Al-Quran dan perdengarkan kepada anak-anak waktu di dalam kereta.
Sehari dua mungkin tak nampak kesan lagi. Tetapi anda akan terkejut dengan
perkembangan anak-anak setelah sebulan dua anda konsisten dengan amalan ini.
Anak-anak dapat menghafaz dengan sendirinya walaupun hanya mendengar dan
mereka duduk di belakang!
Allahu Akbar! Semua anak kecil Allah jadikan genius dan boleh ‘absorb’ sesuatu
perkara dengan sangat cepat. Subhanallah.
Nak pilih CD yang mana?
Sebaiknya perdengarkan dahulu surah-surah di dalam Juz 30. Ayat-ayatnya tidak
terlalu panjang. Saya suka gunakan CD Al-Quran bacaan Qari Ahmad Sa’ud.
Bertahun-tahun guna dan tak jemu sebab bacaan Qari ni sangat sedap didengar
MashaAllah
Kalau nak gunakan CD yang lain pun tiada masalah. Asalkan CD Al-Quran ya.
14
TIPS 4 :
MENETAPKAN SATU WAKTU ‘WAJIB’ UNTUK ANAK-ANAK
BELAJAR AL-QURAN DI RUMAH
Tugas ini tidak mudah ibu ayah, tetapi apabila menjadi rutin, ia adalah satu waktu
yang sangat menyeronokkan dan menjadi kenangan abadi di dalam diri anak-anak
untuk sepanjang hayat.
Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Alah bisa, tegal biasa.
Mula-mula sahaja rasa susahnya nak mula, tetapi bila mujahadah dan konsisten,
insyaAllah kita akan berjaya ketepikan penat dan letih. Semata-mata inginkan diri
kita dan anak-anak cinta kepada Al-Quran.
Allahu Akbar, besar pahalanya di sisi Allah InsyaAllah.
ًَ ِإ ْن، ” َم ْن أَ َح هب أَ ْن يَ ْع َل َم أَ هنهُ يُ ِح ُّب اللهَ َو َر ُسو َلهُ ًَ ْل َي ْنُ ُظ ْر: أنه قَا َل، َع ْن َع ْب ِد الل ِه بن مسعود رضى الله عنه
ُ“ َكا َن يُ ِح ُّب ا ْلقُ ْرآ َن ًَ ِإنههُ يُ ِح ُّب الل َه َو َر ُسو َله.
Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata: “Siapa yang ingin mengetahui bahwa dia
mencintai Allah dan Rasul-Nya, maka perhatikanlah jika dia mencintai Al Quran maka
sesungguhnya dia mencintai Allah dan rasul-Nya.”
Sahabat Nabi ‘Abdullah bin Mas’ud menyedarkan kita dengan katanya, tanda-tanda
kita mencintai Allah dan Rasul itu adalah dengan cara kita mencintai Al-Quran.
Apabila Al-Quran sebati dengan jiwa dan berdamping dengannya saban waktu,
insyaAllah semakin tinggi juga kecintaan kita kepada Allah dan Rasul.
15
TIPS 5 :
BERKONGSI DENGAN ANAK-ANAK KISAH DARI AL-QURAN.
Anak-anak sangat suka apabila kita berkongsi cerita dengan mereka. Bercerita dalam
keadaan santai, penuh senyum tawa dan ceria dapat membentuk nilai positif di
dalam jiwa anak-anak InsyaAllah.
Saya memetik kata-kata Cikpuan Robe’ah Yusuf yang pernah disiarkan di
dalam akhbar Utusan Malaysia berkenaan dengan teknik bercerita kepada
anak-anak :
“Banyak kelebihan yang diperoleh oleh anak-anak jika ibu bapa bercerita pada
mereka.anak-anak boleh menyuarakan pendapat secara lisan, melatih kemahiran
mendengar dan bertutur dengan cara yang menyeronokkan, penglibatan ibu bapa
dalam aktiviti anak-anak, serta menggalakkan literasi dari rumah.
Menurutnya, fungsi cerita adalah sebagai bahan hiburan (bagi cerita jenaka), alat
pendidikan dan pengajaran, serta pendorong atau motivasi seperti cerita Sang
Kancil.
Bercerita juga sebagai alat sosialisasi seperti dalam cerita Upin dan Ipin atau Chibi
Maruko Chan (animasi Jepun).
Cikpuan Robe’ah berkata, “Bercerita membolehkan kanak-kanak menjelajah dunia
kanak-kanak dan remaja mereka dengan bebas, memelihara serta membentuk
keadaan sesuai bagi perkembangan emosi dan kognitif kanak-kanak, menggalakkan
kanak-kanak menikmati hidup, membina jiwa mereka sendiri dan mengalami atau
menyelami sendiri dunia orang lain.
“Sebelum bercerita, pilih cerita yang sesuai, menentukan fokus cerita, memikirkan
soalan yang boleh dikemukakan, menentukan perkataan (frasa yang hendak
difokuskan), fahami cerita dan menentukan alat atau bahan yang akan digunakan
masa bercerita (prop).
16
“Semasa bercerita pula, pastikan keadaan kanak-kanak selesa dan sedia, kanak-kanak
memberi tumpuan, gerak badan, aksi dan mimik muka yang sesuai, bahan-bahan
yang sesuai bagi membantu pemahaman kanak-kanak tentang isi cerita.
“Berceritalah dengan suara lantang, penuh perasaan dan mengikut kesesuaian ayat.
Anda boleh menggunakan boneka kerana dapat mengelakkan kebosanan dan
menarik perhatian kanak-kanak,” katanya.
Subhanallah! Menarik bukan?
Kita ceritakan kepada anak contohnya :
Kisah-kisah akhlak yang baik
Kisah Nabi-nabi yang ada di dalam Al-Quran
Kalau kita buat baik, apa yang kita akan dapat?
Allah Maha Baik, Allah buat Syurga untuk kita
InsyaAllah anak-anak akan terinspirasi untuk menjadi insan yang baik dan soleh.
17
TIPS 6 :
DIDIK ANAK MEMBACA SURAH-SURAH SEBELUM TIDUR
Ini juga satu didikan yang sangat baik dan dapat mengeratkan hubungan antara ibu
ayah dan anak-anak.
Mereka tidak tidur dalam keadaan bermain gadjet, explore games pelbagai yang
menyesakkan otak dan jiwa, malah tidur mereka sangat tenang apabila ibu ayah
menidurkan mereka dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran.
Pada siang hari kita tidak mempunyai masa yang banyak dengan mereka. Apalah
salahnya kita yang menemani mereka tidur. Kita luahkan kasih-sayang kita kepada
mereka. Kita alunkan bacaan Surah Al-Fatihah, An-Nas, Al-Falaq dan Al-Ikhlas
sehinggalah mereka memejamkan mata.
Subhanallah, pasti anak-anak sangat menghargai detik-detik yang indah ini dan Al-
Quran menjadi perkara yang sangat dicintai dalam hidup mereka InsyaAllah.
18
TIPS 7 :
DOAKAN ANAK-ANAK AGAR SENTIASA MEMBESARKAN ALLAH
DAN MENGAMALKAN ISI-ISI AL-QURAN
Ibu ayah, sejauh dan sebanyak mana sekalipun usaha yang kita lakukan, aspek yang
paling utama dalam kehidupan ini adalah DOA.
Doa adalah tanda kita ini benar-benar menginsafi bahawa kita hanyalah seorang
hamba kerdil yang sangat mengharapkan Allah di dalam kehidupan kita.
Berdoalah agar Allah memberikan kekuatan kepada kita agar mampu membaca Al-
Quran siang dan malam.
Berdoalah dengan sepenuh jiwa dan pengharapan, semoga Allah memberi
kemudahan kepada kita untuk mendidik anak-anak dengan Al-Quran.
Mohonlah setulusnya kepada Allah agar setiap langkah anak-anak kita dijaga dengan
sebaiknya oleh Allah S.W.T.
Semoga Allah menjauhkan kita dan anak-anak dari melakukan maksiat kepada Allah.
Kita sekeluarga menjadi hamba yang tunduk melaksanakan perintah Allah dan
menjauhi laranganNya InsyaAllah.
Ibu Ayah,
Tidak tahu berapa hari, berapa minit dan berapa saat lagi yang kita ada untuk
bersama-sama dengan anak-anak ini. Kita sangat kasihkan mereka. Sebolehnya kita
ingin mereka membesar di hadapan mata, tetapi siapakah boleh menjangka apa yang
berlaku di kemudian hari?
Persiapkanlah diri, anak-anak dan keluarga kita dengan Al-Quran. Al-Quran akan
membentuk anak-anak menjadi insan yang soleh. Apabila mereka dirundung duka
dan dibebani masalah, mereka tahu bahawa ALLAH Maha Berkuasa dan Maha
Perkasa untuk menyelesaikan masalah mereka.
Mereka mentadabbur ayat-ayat tentang Syurga dan mereka akan fahami bahawa
kehidupan ini hanya sementara, medan ujian yang tidak berhenti kerana kehidupan
yang kekal hanyalah di Syurga. Syurga adalah destinasi kita bersama InsyaAllah.
Berdoalah dengan penuh keyakinan, insyaAllah niat yang baik Allah takkan
persiakan!
19
PENUTUP
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah sekalian alam. Akhirnya ebook ini tiba jua ke
halaman terakhir.
Semua tips-tips yang ada di dalam ebook ini telah saya praktikkan kepada anak-anak
dan saya melihat kesan yang positif setelah melaksanakannya, Alhamdulillah.
Disebabkan itulah, saya ingin berkongsi kepada sahabat-sahabat semua.
Anak-anak adalah aset berharga di dalam kehidupan kita. Waktu ibu mengandung,
sedaya mampu ibu menjaga kandungan agar anak sihat sempurna, apatah lagi saat
mereka membesar dan menjalani kehidupan. Kita bekalkan ilmu dan Al-Quran agar
anak-anak sentiasa terpimpin di dalam rahmat dan kasih-sayang Allah InsyaAllah.
Terima kasih sekali lagi atas ketekunan kalian untuk membaca ebook ini dan
mengamalkannya. Semoga ia diterima sebagai amal soleh di sisi Allah S.W.T. Amin.
Sekian,
Ustazah ‘Ainun Mardhiah binti Ismail
Diterbitkan dengan kerjasama :
Ainun Mardhiah
Hadeef Training and Consultancy
019-2774050
ainunmardhiah01
IG