The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 935-1-hazirah, 2023-02-22 07:37:31

PB1_Roziah(0065)_BMC_Pantun Nur Hazirah

Sastera - Pantun

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 01000 KANGAR PERLIS PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP) AMBILAN JUN 2022 BAHASA MELAYU C BMMB 1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU TUGASAN 1 : PENGHASILAN PRODUK


NAMA PELAJAR NUR HAZIRAH BINTI MOHD ZAINI ANGKA GILIRAN 2022232310065 NO. KAD PENGENALAN 04017100284 PROGRAM PPISMP AMBILAN JUN 2022 UNIT BAHASA MELAYU C NAMA PENSYARAH PUAN HJH ROZIAH HJ RAMLI TARIKH HANTAR 17.2.2023


SASTERA PUI S I MELAYU TRA D I S IONAL


ISI KANDUNGAN Penghargaan ............................................. 2 1.0 Konsep Kesusasteraan Melayu ....... 3 1.1 Takrif Kesusasteraan Melayu ....... 4 1.2 Jenis, Bentuk dan Ciri Kesusasteraan ................................ 8 1.3 Puisi Tradisional ........................... 10 1.4 Pantun ............................................ 12 2.0 Fungsi Sastera Melayu .................... 25 2.1 Pendidikan .................................... 27 2.2 Perpaduan .................................... 28 2.3 Sosial ............................................. 29 2.4 Dakwah ......................................... 30 2.5 Kritikan Sosial .............................. 31 2.6 Hiburan ......................................... 32 3.0 Manifestasi Akal Budi dalam Pantun ....................................................... 33 4.0 Penutup ............................................. 38 Rujukan ..................................................... 39


PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpah rahmatNya serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertama sekali, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, Pn. Roziah Binti Ramli kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu ketika saya bertungkus-lumus menyelesaikan kerja kursus ini. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.


soalan 1 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU TAKRIF JENIS, BENTUK DAN CIRI KESUSASTERAAN puisi tradisional pantun


KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU


TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU Kesusasteraan merupakan satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011, seperti yang dirujuk dalam Azman Rahmat et al., 2023) perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku indah. Sastera dari segi makna umum bermaksud bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab.


Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, maksud kesusasteraan ialah seni yang menggambarkan keindahan dengan bahasa (novel, sajak dan lain-lain), karang- mengarang, persuratan dan seni sastera. Dalam konteks pendidikan, kesusasteraan Melayu merupakan karya asal berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada berbentuk novel, sajak, cerpen, drama, prosa tradisional atau puisi tradisional bagi mengimbangi intelek, rohani, emosi dan jasmani di samping memaparkan nilai kemanusiaan yang tertulis dalam bahasa Melayu .


RUMUSAN Kesusasteraan Melayu ialah hasil karya masyarakat Melayu yang mempunyai kata-kata yang indah, memberi mesej dan menggambarkan sesuatu perasaan dan keadaan yang tertentu sama ada mengenai diri sendiri ataupun sekelompok masyarakat.


JENIS, BENTUK DAN CIRI KESUSASTERAAN


JENIS DAN BENTUK KESUSASTERAA N Prosa tradisional Prosa moden Puisi tradisional Puisi moden


PUISI TRADISIONAL


Antara genre dalam puisi tradisional itu ialah pantun, syair, gurindam, seloka, talibun, mantera, adat perbilangan, teka-teki, peribahasa, rubai, masnawi dan sebagainya (Harun Mat Piah, 1989 seperti yang dirujuk dalam Azman Rahmat et al., 2023). PUISI tradisional


PANTUN


PANTUN Menurut Harun Mat Piah (1989, seperti yang dirujuk dalam Azman Rahmat et al., 2023) telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetik dan isi iaitu tema serta persoalan. Penggunaan lambanglambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat Melayu. Berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayangpembayang sama ada secara konkrit atau abstrak. Unsur estetik dapat dilihat berdasarkan dua aspek: 1. 2. Berdasarkan aspek isi iaitu tema dan persoalan, pantun biasanya menyentuh hampir keseluruhan kehidupan masyarakat Melayu.


bentuk pantun Bentuk pantun berdasarkan bilangan baris dalam rangkap iaitu: -pantun dua kerat -pantun empat kerat -pantun enam kerat -pantun lapan kerat -pantun dua belas kerat -pantun berkait


Pantun 4 kerat Buah berangan di rumpun pinang, Limau kasturi berdaun muda; Kalau berkenan masuklah meminang, Tanda diri beradat budaya. Pantun 8 kerat Bagus rupanya bunga melur, Putih rupanya bunga pinang, Berukir bertangkai perak, Permainan raja perempuan; Cawan, cerek sudah teratur, Pinggan, mangkuk sudah terhidang, Penganan mulia sudah terletak, Samalah duduk kita makan. Pantun 2 kerat Lain dulang lain kakinya, Lain dahulu lain sekarang. Pantun 6 kerat Ular tedung jangan dipermudah, Biasanya dapat membawa maut, Jika tidak maut merana juga; Berhujan panas aku tak endah, Keris lembing aku tak takut, Kehendak hati kuturut juga.


Pantun 12 kerat Anak jentayu dari hulu, Disambar ombak Laut Cina, Dibawa terbang ke perahu, Hinggap melahap di landasan, Turun minum ke muara, Anak ikan berkeliaran; Kamilah tahu dari dahulu, Adik jauhari bijaksana, Membuhul tidak membeku, Mengulas tidak mengesan, Meratap langit dengan bicara, Bumi tidak ketirisan. Pantun 10 kerat Pokok bunga tanam keliling, Dalam kotak baja dah habis, Malam semalam terlupa beli, Hendak ke kedai panas terik, Menunggu saja masa berlalu; Apabila idea sudah kering, Tentu tidak boleh menulis, Bukanlah mudah dipaksa jadi, Kelak hasilnya tidak menarik, Orang membaca tentu jemu.


Pantun berkait Buah dimakan kulit bersepah, Ambil sikin tetakkan jati, Hendaklah juga kanda bersumpah, Supaya yakin dalam hati. Ambil sikin tetakkan jati, Tetak dengan kayu benalu, Supaya yakin dalam hati, Adinda jangan mendapat malu. Tetak dengan kayu benalu, Hendak dibuat alas jambangan, Adinda jangan mendapat malu, Dikata orang berkepanjangan.


CIRI-CIRI PANTUN Bagi pantun empat kerat, baris satu dan dua ialah pembayang baris tiga dan empat ialah maksud Bilangan perkataan bagi setiap baris ialah 4 hingga 6 patah perkataan. Bilangan suku kata ialah antara 8 hingga 12. Rima atau bunyi akhir adalah sejajar, pantun dua kerat 'a' , 'a' pantun empat kerat 'a' , 'b' , 'a' , 'b' . Ciri-ciri pantun ialah berdasarkan bilangan baris dalam rangkap :


Jenis-jenis pantun dibahagikan bergantung kepada fungsi dan kandungan pautan itu sendiri. JENIS-JENIS PANTUN a. Menghibur b. Nasihat c. Menduga akal d. Meluahkan perasaan e. Menyampaikan hasrat seni f. Menyedapkan cakap g. Menyampaikan hasrat tersembunyi h. Agama i. Budi j. Jenaka k. Percintaan l. Perpisahan


a. Menghibur Di sana kosong di sana kosong, Tak ada batang tembakau; Bukan saya berkata bohong, Ada katak memikul kerbau. b. Nasihat Bunga anggrek pohon benalu, Buah durian dari Jawa; Kalau cerdik pikir dahulu, Supaya kelak tidak kecewa.


c. Menduga akal Orang mengail ikan gelama, Bulan terang pagi hari; Kalau tuan bijak laksana, Apa binatang keris di kaki. d. Meluahkan perasaan Tebu dipotong dibagi-bagi, Anak nelayan menyulam jala; Melihat ayah dan ibu pergi, Hati perih tidak terkira.


e. Menyampaikan hasrat seni Anak Cina bertimbang madat, Dari Pasak langsung ke Deli; Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli. f. Menyedapkan cakap Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal Bismilah pembuka bicara. g. Menyampaikan hasrat tersembunyi Anak Cina menjual kayu, Amoi cantik menjual kain; Bagaimana bunga tak layu, Embun menitik di tempat lain.


h. Agama Banyak bulan perkara bulan, Tidak semulia bulan puasa; Banyak Tuhan perkara Tuhan, Tidak semulia Tuhan Yang Esa. i. Budi Batik Pekalongan baru dibeli, Batik dibeli di pasar baru; Cantik dan tampan kerana budi, Cantik di wajah hanya menipu. j. Jenaka Ke pasar membeli gunting, Jangan lupa membeli pita; Sangatlah heran si induk kucing, Melihat tikus naik kereta.


k. Percintaan Anak lintah banyak bersua, Lintah melilit batang padi; Peluk cium kita berdua, Tandanya cinta dalam hati. l. Perpisahan Batang selasih mainan budak, Berdaun sehelai dimakan kuda; Bercerai kasih bertalak tidak, Seribu tahun kembali juga.


soalan 2 FUNGSI PANTUN PENDIDIKAN PERPADUAN SOSIAL DAKWAH KRITIKAN SOSIAL HIBURAN


FUNGSI PANTUN


Pendidikan Alat untuk menyampaikan nasihat dan didikan. Contoh pantun didikan: Pantun juga dicipta untuk tujuan mencabar ketangkasan fikiran. Contoh pantun teka-teki: Air melurut di tepian mandi, Kembang berseri bunga senduduk, Elok diturut resmi padi, Semakin berisi semakin tunduk. Kalau tuan pergi ke kedai, Belikan saya buah keranji; Kalau tuan bijak pandai, Apakah binatang keris di kaki?


Perpaduan Digunakan dalam aktiviti masyarakat seperti: kegiatan seni keagamaan adat istiadat Contoh pantun adat: Tok Sami ke Teluk Lipat, Kain sekodi dibawa sama; Datang kami membawa hajat, Kalau sudi minta terima.


SOSIAL Pantun Melayu juga digunakan untuk meluahkan perasaan kasih sayang dalam kalangan masyarakat Melayu tanpa kira batasan. Contoh: Ribu-ribu pokok mengkudu, Cincin permata jatuh ke ruang; Kalau rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang.


DAKWAH Pantun agama juga dicipta oleh masyarakat dahulu untuk tujuan mendidik. Pantun agama dicipta bagi memberikan peringatan dan pedoman kepada semua lapisan masyarakat agar tidak tersasar ke jalan yang salah. Contoh: Sungguh indah pintu dipahat, Burung puyuh di atas dahan; Kalau hidup hendak selamat, Taat selalu perintah Tuhan.


KRITIKAN SOSIAL Pantun digunakan oleh masyarakat Melayu untuk menggambarkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu dengan bahasa yang berselindung. Melalui pantun, masyarakat Melayu dapat menyembunyikan perasaan sebenar sama ada kesal, kecewa dan dukacita. Contoh: Buah langsat kuning mencelah, Senduduk tidak berbunga lagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi.


HIBURAN Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu akan berhibur dengan melafazkan pantun-pantun bersifat jenaka atau mengusik. Ada juga pantun yang dijadikan lagu untuk hiburan seperti lagu Dondang Sayang yang popular dalam kalangan Baba Nyonya. Contoh: Tuan Puteri memasang panjut, Dayang tolong menghalau lalat; Kucing tidur bangkit terkejut, Melihat tikus pandai bersilat.


soalan 3 MANIFESTASI AKAL BUDI PANTUN


MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PANTUN


MANIFESTASI AKAL BUDI Kalau bertanak dengan menggulai, Mengacau gulai pecah isinya, Kalau gelak nak jangan mengilai, Kalau mengilai rendah bunyinya. Biar orang mencabut cendawan, Kita mencabut padi kan mati Biar orang berebut bangsawan, Kita berebut budi pekerti.


Aspek pemikiran Aspek pemikiran pantun ini dapat dilihat melalui aspek tersirat iaitu pemilihan diksi bagi pembayang yang berkaitan dengan adab dan perilaku seseorang supaya tidak ketawa dengan kuat sehingga mengilai, ia memberi gambaran tentang adab yang tidak baik dan wajar dihindari. ASPEK PERTUTURAN Aspek pertuturan pantun ini dapat dilihat melalui maksud pembayang pantun yang pertama iaitu sikap ketawa yang kuat akan merendahkan pandangan masyarakat sekeliling.


Akal budi dalam pantun ini meliputi kehidupan masyarakat Melayu dan jelas untuk membentuk jati diri orang Melayu untuk menjadi lebih beradab dan baik. Ia bersesuaian dengan agama Islam yang melarang kita daripada sifat riak, sombong dan takbur. Sikap ketawa dengan sekuat hati dan mengilai yang digambarkan boleh menyebabkan seseorang itu mudah menjadi sombong dan riak sehingga harga dirinya menjadi rendah pada pandangan masyarakat di sekelilingnya. ASPEK GAYA HIDUP


PENUTUP Secara keseluruhannya, kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Pantun merupakan salah satu puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman lagi. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersukasuka.


RUJUKAN Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, Abdul Rani Hassan & Hasnah Awang. (2023). Pengenalan kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan Eko Sugiarto. (2016). Pantun dan puisi lama Melayu. Khitah Publishing https://books.google.com.my/b ooks? hl=en&lr=&id=eRL9DwAAQBAJ& oi=fnd&pg=PA3&dq=+bentuk+se loka&ots=DGY8BBBG2i&sig=YZq zgogbp4MZYReDSkMDvnb0EYs &redir_esc=y#v=onepage&q=be ntuk%20seloka&f=false


RUJUKAN Norazimah Zakaria, Azlina Abdullah, Sharifah Zarina Syed Zakaria, Mimi Hanida Abdul Mutalib, Alizah Lambri, Siti Salwa Jamaldin, Mashitah Sulaiman & Rosmah Derak. (2017). Akal budi dan cerminan jati diri Melayu dalam pantun: Akal budi and reflection of Malay identity in pantun. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 4(2), 89-97. http://jsass.kuis.edu.my/index. php/jsass/article/view/105/88


TAMAT


Click to View FlipBook Version