1
UCAPAN ALUAN
PENGETUA SMK BUKIT KAPAR,
MERANGKAP PENASIHAT PIBG
……………………………………………………………………
TUAN MOHD SABRI BIN MOHD SAIDI
PENGETUA SMK BUKIT KAPAR
Assalamualaikum WBT dan salam silaturahim,
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan ribuan
terima kasih Yang Berbahagia Datuk Haji Saroni bin Haji Judi, Ketua Pegawai Eksekutif
Kajang Plaza Medical Central atas kesudian YBhg. Datuk meluangkan masa dan
memeriahkan lagi majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-3 yang dilaksanakan pada hari ini.
Ucapan ribuan terima kasih juga dirakamkan kepada barisan AJK PIBG tahun 2020/2021,
warga SMK Bukit Kapar dan para ibu bapa yang bersama-sama memberikan sokongan padu
bagi merealisasikan agenda tahunan yang penting demi kebaikan anak-anak di SMK Bukit
Kapar. Walaupun pada hari ini merupakan hari minggu iaitu hari bersama dengan keluarga,
namun kita tetap bersama-sama untuk memastikan agenda ini berlangsung dengan jayanya.
Hadirin sekalian,
Tujuan mesyuarat Agung PIBG diadakan setiap tahun adalah untuk memberikan ruang
dan peluang khususnya kepada para ibu bapa menyuarakan pandangan, idea yang bernas dan
mengadakan perbincangan isu mutakhir bagi memastikan anak-anak di SMK Bukit Kapar dapat
belajar dengan baik dan selesa seterusnya dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang
akademik, kokurikulum dan mempunyai sahsiah terpuji berlandaskan aspirasi Pendidikan
Negara.
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Saya ingin berkongsi beberapa info tentang SMK Bukit Kapar. Untuk makluman Ybhg
Datuk, dan para ibu bapa sekalian. Sekolah ini terdiri daripada 8 orang pentadbir, 63 orang guru
termasuk 3 orang kaunselor. SMK BK masih memerlukan 5 orang guru. Jumlah pelajar adalah
seramai 1155 orang.
2
Agihan kelas untuk tahun 2021 adalah seperti berikut.
i. Tingkatan 1 : 7 kelas ( sesi petang)
ii. Tingkatan 2 : 7 kelas (sesi petang)
iii. Tingkatan 3 : 7 kelas
iv. Tingkatan 4 : 6 kelas
v. Tingkatan 5 : 4 kelas
vi. PPKI : 3 kelas
vii. Jumlah keseluruhan : 34 kelas
Untuk makluman para hadirin sekalian, takwim 2021 telah dirancang dengan pelbagai
aktiviti dan program semata-mata untuk melahirkan anak-anak sekolah ini yang cemerlang daripada
segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Pelbagai aktiviti yang dirancang bagi Unit Kurikulum, Hal
Ehwal Murid dan Kokurikulum telah disusun rapi. Beberapa program PIBG bersama pihak sekolah
pada tahun 2020 telah berjaya dilaksanakan. Saya mewakili warga sekolah merakamkan ucapan
ribuan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Hj. Mohlis bin Hj. Jaafar yang memberikan sokongan yang
padu kepada pihak sekolah dan sangat prihatin tentang keperluan murid-murid di SMK Bukit
Kapar. Tanpa sokongan YBhg. Dato’ Hj. Mohlis bin Hj. Jaafar dan AJK PIBG pihak sekolah akan
menghadapi kekangan dalam menjayakan aktiviti tahunan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Komitmen yang tinggi diberikan oleh YBhg. Dato’ Hj. Mohlis bin Hj. Jaafar, menyebabkan
pihak sekolah berusaha agar beliau mohon menjadi ahli Bersekutu. Kini, YBhg. Dato’ Hj. Mohlis
bin Hj. Jaafar merupakan ahli Bersekutu yang membolehkan belaiu turut serta dalam majlis
Mesyuarat Agung PIBG, tahun 2021. Ini juga bermaksud YBhg. Dato’ Hj. Mohlis bin Hj. Jaafar
boleh dilantik semula untuk menjawat sebagai Yang Dipertua PIBG bagi tahun ini.
3
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Kita sedar bahawa dunia pendidikan pada hari ini mengalami banyak perubahan dari semasa
ke semasa disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda negara. Namun demikian, keadaan ini
bukanlah penghalang kepada murid-murid SMK Bukit Kapar untuk meraih kejayaan. Tidak
keterlaluan jika saya katakan bahawa guru-guru merupakan nadi dan tulang belakang kepada murid-
murid sehingga membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Secara keseluruhannya, seramai 95
daripada 106 calon SPM SMK Bukit Kapar tahun 2020 yang hadir iaitu sebanyak 89.62% yang layak
mendapat sijil. Gred Purata Sekolah mencatatkan 5.96 dan NKRA sekolah dalam kategori
memuaskan.
Alhamdulillah, dalam keterbatasan waktu PdPC dan pelbagai kemelut yang dihadapi, namun
cabaran tersebut ternyata bukan penghalang utama para murid meraih kejayaan. Anugerah terbaik
keseluruhan mata pelajaran dan tokoh murid SPM 2020 dianugerahkan kepada saudari Siti Nurliyana
binti Roszaimi dari kelas 5A yang memperoleh 8A iaitu 2A+,3A, 3A-, dan 1D. Murid-murid yang
berjaya dalam SPM 2020 telah diraikan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan di peringkat sekolah
yang dilaksanakan secara maya pada 25 September yang lalu.
Manakala, Unit HEM pula berjaya mengagihkan Bantuan Awal persekolahan kepada murid-
murid yang layak sebelum PKP 3.0 dilaksanakan. Beberapa program yang dirancang tidak dapat
dilaksanakan disebabkan kekangan pandemik Covid -19. Dengan keprihatinan pihak sekolah di
bawah unit HEM dibantu oleh bidang Kemanusiaan, ‘Program Kami Prihatin’ telah dianjurkan
melalui kutipan dana sumbangan para guru SMKBK untuk menyalurkan sumbangan berupa
barangan keperluan dapur kepada keluarga murid yang terkesan dengan pandemik Covid.
Selain itu, program gotong royong sempena pembukaan sekolah telah diadakan bagi
memastikan kawasan sekolah termasuklah bilik darjah berada dalam keadaan bersih supaya murid-
murid yang datang ke sekolah untuk belajar secara bersemuka dapat mengikuti pengajaran dan
pembelajaran dengan selesa. Gotong royong ini melibatkan guru-guru tertentu sahaja kerana kita
terpaksa akur dengan tuntutan SOP.
4
Unit HEM juga tidak ketinggalan memberikan penghargaan kepada murid-murid yang
sentiasa menghadiri kelas dalam talian. Murid-murid ini wajar diberikan pujian dan pengiktirafan
kerana menunjukkan nila-nilai yang murni sebagai seorang murid dan perlu dicontohi oleh murid-
murid yang lain. Murid-murid ini diberikan pengiktirafan berupa Sijil Amalan Terbaik bermula pada
bulan Ogos yang lalu.
Dalam bidang kokurikulum pula murid-murid yang aktif bersukan dan mempamerkan
kelebihan dalam bidang kokurikulum pula telah berjaya meraih kecemerlangan dan mengharumkan
nama sekolah di peringkat daerah, negeri, dan kebangsaan di bawah bimbingan dan tunjuk ajar
daripada guru-guru hebat SMK BK.
Antara pencapaian peringkat daerah ialah melalui pertandingan Cabaran Kemahiran Bola
Jaring MSSD Klang. Seorang murid sekolah ini dinobatkan sebagai Johan dalam acara tersebut.
Manakala dua orang murid kita juga telah meraih Johan Anugerah Emas dan Naib Johan Anugerah
Perak dalam Pertandingan Kemahiran Sukan Bola Baling MSSD. Selain itu, dalam acara olahraga,
wakil murid sekolah ini mendapat tempat kedua dan berjaya mewakili Daerah Klang dalam
pertandingan MSS Selangor.
Murid PPKI juga tidak melepaskan peluang menunjukkan kehebatannya kerana telah
merangkul gelaran Johan mewakili daerah Klang melalui Kejohanan E-Sport PPKI, acara timbang
bola kategori perempuan. Adik Sarah Aida bt Azwan juga berjaya mewakili negeri Selangor ke
peringkat kebangsaan melalui acara yang sama.
Hadirin yang dikasihi Allah sekalian,
Sebagai pengetua baharu di sekolah ini, saya ingin memperkenalkan satu program yang
dilaksanakan di peringkat sekolah iaitu Program HIP. Program ini dikendalikan oleh Panitia Bahasa
Inggeris yang disertai oleh semua warga SMK BK. Program ini juga melibatkan komuniti
termasuklah Ahli Jawatankuasa PIBG dan juga para ibu bapa.
5
Program ini bertujuan untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasa Bahasa
Inggeris. Saya amat berharap agar para ibu bapa dapat memberikan kerjasama dalam program HIP
ini dengan memberikan dorongan kepada anak-anak menggunakan Bahasa Inggeris di rumah.
# Izinkan saya meneruskan ucapan dengan menggunakan bahasa Inggeris.
I would like to congratulate and thank the parents who are able to participate in the PTA General
Meeting in a hybrid manner today. I hope that parents will continue to support the programmes
organized by the school. I look forward to working together with every one of you, in making the
school a better place for our children. May the children of SMKBK achieve great success in their
education and their future.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
Kecemerlangan murid dalam aspek kurikulum dan kokurikulum tidak akan dapat dicapai
jika prasarana sekolah tidak dititikberatkan. Bagi tujuan tersebut, pihak sekolah juga telah berjaya
melakukan beberapa penambaikan musolla sekolah. Antaranya, pemasangan saluran paip dan 20
kepala paip untuk tempat wuduk lelaki dan perempuan, pemasangan awning dan saluran air pada
bumbung tempat wuduk dan pemasangan dinding tempat wuduk perempuan di tepi bangunan
berhampiran musolla tersebut. Kerja-kerja menaik taraf musolla sekolah ini tidak mungkin dapat
direalisasikan tanpa sumbangan daripada barisan pentadbir, para guru dan juga para ibu bapa yang
bermurah hati menginfak seikhlas hati sebagai saham akhirat.
Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, sekali lagi saya ucapkan ribuan terimakasih
kepada AJK PIBG tahun 2020 di bawah pimpinan Ybhg. Dato’ Hj. Mohlis bin Hj. Jaafar.
Besarlah harapan saya agar Dato Mukhlis dikekalkan sebagai YDP PIBG bagi tahun 2021.
Sebelum mengakhiri ucapan ini, terimalah serangkap pantun daripada saya.
Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Budi tuan dan puan jadi sanjungan.
Sekian terima kasih.
6
UCAPAN
YANG DIPERTUA PIBG SMK BUKIT KAPAR
……………………………………………………..
YBhg DATO’ HJ MOHLIS BIN HJ JAAFAR
YDP PIBG SMK BUKIT KAPAR 2021
Assalamualaikum WBT
Saya ingin merafakkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan peluang untuk
bersama-sama dengan guru-guru dan para ibu bapa yang dikasihi sekalian dalam Mesyuarat Agung
PIBG pada hari ini. Terima kasih juga atas kepercayaan tuan-tuan dan puan-puan kepada saya selaku
YDP PIBG dan barisan AJK PIBG sesi 2020.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Hajah Siti Hajar binti
Ayub, mantan Pengetua SMK Bukit Kapar yang telah berusaha meningkatkan pencapaian akademik
mahupun kokurikulum bagi memastikan pembangunan modal insan anak-anak SMK Bukit Kapar
ini.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada AJK Pelaksana, barisan guru yang bertungkus
lumus untuk merealisasikan Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini dalam suasana norma baharu di
bawah pimpinan Tuan Mohd Sabri bin Mohd Saidi yang merupakan pengetua baharu di SMK Bukit
Kapar. Saya difahamkan segala aktiviti yang dirancang sepanjang tahun 2021 telah dilaksanakan
mengikut jadual yang telah dirancang dalam Takwim Tahunan Sekolah. Tahniah diucapkan kepada
Tuan Pengetua. Saya yakin aura yang positif dan minda yang sihat mampu membentuk generasi yang
kreatif dan inovatif dalam melahirkan murid yang cemerlang selaras dengan hasrat Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi
merealisasikan pendidikan yang seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid.
7
Untuk pengetahuan guru-guru dan para ibu bapa sekalian, saya mewakili AJK PIBG SMK
Bukit Kapar sentiasa menyokong semua aktiviti dan juga program yang dianjurkan oleh pihak
sekolah demi kemaslahatan dan kepentingan anak-anak SMK Bukit Kapar. Izinkan saya meneruskan
ucapan dengan menggunakan bahasa Inggeris untuk menyokong Program HIP untuk memartabatkan
bahasa Melayu, memperkasa bahasa Inggeris.
On behalf of all the parents committee members of the PTA, I am honoured to have been given
the chance to be part of the team that provides support to the school efforts for our children’s
development. Sometimes we as parents can support the school by channelling funds or financial
assistance, sometimes parents can contribute their energy, ideas and skills for the sake of our children. At
the very least, we can all support the school by encouraging our children to participate in the school
programmes.
Kerjasama yang padu antara ibu bapa dan pihak sekolah, sudah pasti dapat meningkatkan
pencapaian akademik, pembangunan sahsiah diri dan pembangunan kokurikulum anak-anak di
sekolah ini.
Saya sebagai YDP PIBG SMK Bulit Kapar ingin meminta bantuan para ibu bapa supaya
memantau Pdpr anak-anak. Saya mendapat maklumat daripada pihak sekolah bahawa kehadiran
murid amat memberangsangkan semasa Peperiksaan Pertengahan Tahun yang diadakan baru-baru
ini. Tetapi malangnya, setelah selesai pelaksanaan Peperiksaan Pertengahan Tahun, kehadiran murid
sepanjang PdPR yang dilaksanakan oleh guru-guru semakin lesu dan amat mengecewakan. Terdapat
juga kelas PdPR yang kehadirannya sifar. Ada juga kehadiran hanya 5/40. Rata-rata kehadiran murid
dalam kelas PdPR kurang daripada 20 orang. Anak-anak kita mempunyai kemudahan peranti iaitu
sekurangkurangnya telefon pintar yang disediakan oleh ibu bapa tetapi mereka tidak mempunyai
kesedaran untuk menyertai sesi PdPR.
Pihak PIBG memohon agar para ibu bapa mengambil cakna dengan memantau kelas PdPR
anak-anak selepas ini. Kerjasama daripada pihak ibu bapa sangat saya hargai. Namun ada juga dalam
kalangan murid di sekolah ini yang menghadapi masalah peranti. Penggunaan telefon pintar untuk
belajar perlu dikongsi dengan adik beradik yang lain. Tetapi kesungguhan mereka untuk belajar
wajar diberikan pujian dan perlu dicontohi oleh anak-anak yang lain.
Akhir kata, saya mendoakan agar mesyuarat yang diadakan pada hari ini akan dapat
mencapai kata sepakat dan memberikan manfaat kepada anak-anak di SMK Bukit Kapar. Bak kata
peribahasa, ‘bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Sepakat akan membawa
berkat.
8
UCAPAN PERASMIAN
YBhg Datuk Haji Saroni Bin Haji Judi
……………………………………………………………………
Assalamualaikum WBT dan salam silaturahi
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih
atas kesudian pihak sekolah dan PIBG SMK Bukit Kapar kerana sudi menjemput saya ke
Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-3 yang dilaksanakan pada hari ini. Ucapan ribuan terima
kasih juga dirakamkan kepada barisan AJK PIBG tahun 2020/2021, guru-guru dan para ibu
bapa yang bersama-sama memberikan sokongan padu kepada pihak sekolah bagi
merealisasikan agenda tahunan yang penting demi kebaikan anak-anak di SMK Bukit Kapar.
Hadirin sekalian,
Sesungguhnya mesyuarat seperti ini sangat penting khususnya untuk merapatkan lagi
silaturahim dalam kalangan guru-guru, para ibu bapa dan warga SMK Bukit Kapar. Majlis ini
juga merupakan platform yang sangat penting untuk mengadakan perbincangan dan bertukar-
tukar pendapat sesama kita. Secara peribadi, saya amat berbangga dengan kehadiran tuan-tuan
dan puan-puan dalam majlis Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini. Keadaan ini memberikan
satu petanda yang sangat baik kerana tuan-tuan dan puan-puan sangat komited dan mempunyai
iltizam yang tinggi terhadap tanggungjawab dan peranan masing-masing. Mudah-mudahan
menerusi mesyuarat ini kita dapat menggabungkan idea-idea baharu dan bernas bagi
meningkatkan kecemerlangan dalam kalangan anak-anak di SMK Bukit Kapar ini.
9
Hadirin sekalian yang dihormati sekalian,
Sebagaimana kita sedia maklum, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ialah sebuah
organisasi yang cukup signifikan dan penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah. Tidak dapat
dinafikan lagi bahawa peranan PIBG di sesebuah sekolah memberikan kesan kepada kemajuan dan
pencapaian sekolah kerana PIBG merupakan medium atau wahana untuk mencetuskan hala tuju dan
matlamat sekolah ke arah kecemerlangan pendidikan. Pengurusan PIBG yang cemerlang akan
melahirkan sekolah yang terbilang yang bukan hanya angan-angan kosong semata-mata, malah
organisasi ini diharapkan dapat berfungsi sepenuhnya bagi mewujudkan pendidikan yang berkualiti
di sekolah dan mengatasi pelbagai kekangan yang boleh mencacatkan iklim pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Kecemerlangan sesebuah organisasi atau persatuan amat bergantung kepada beberapa
elemen yang perlu digerakkan secara bersama dan seiring. Oleh itu saya menyeru supaya kita
bersama-sama berpadu tenaga dan menyumbang buah fikiran dalam membangunkan dan
memajukan PIBG demi kecemerlangan pendidikan anak-anak murid SMK Bukit Kapar. Elemen
perpaduan dalam kalangan ahli juga sangat penting yang akan membolehkan sesebuah organisasi itu
memaksimumkan sumber tenaga, usaha dan buah fikiran ke arah kecemerlangan yang
membanggakan.
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Pengurusan PIBG harus cekap dan berkesan bagi menghadapi perubahan-perubahan semasa.
PIBG boleh melaksanakan banyak aktiviti yang dirancang dan disusun mengikut keperluan sekolah.
Program seperti kelas tambahan, kem motivasi untuk murid, gotong royong, kursus kredibiliti,
seminar dan sebagainya adalah antara aktiviti yang boleh dilaksanakan sepanjang tahun. Apa yang
penting, pengurusan PIBG yang cekap dan berkesan akan mencerminkan kualiti kepimpinan yang
berwibawa dan seterusnya dapat menjamin kejayaan segala matlamat dan objektif persatuan.
10
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Kita percaya bahawa pelaksanaan aktiviti yang dirancang dengan teliti akan dapat dijayakan
sekiranya kita mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Sumber-sumber kewangan perlu
dijana dan diurus secara bijaksana agar program yang akan dilaksanakan dapat menjurus ke arah
kecemerlangan pendidikan anak-anak kita. Oleh itu, segala peluang untuk menambahkan dana
persatuan ini harus dicari dan ditambah dengan inisiatif dan kerjasama pucuk pimpinan dan semua
ahli persatuan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Peranan dan hubungan baik antara ibu bapa,para guru dan masyarakat setempat seharusnya
sentiasa terjalin dengan kukuh. Hubungan dan kerjasama ini sudah semestinya akan mewujudkan
pemuafakatan yang saling memerlukan ibarat aur dengan tebing bagi menjana kecemerlangan
sekolah. Selain itu, PIBG juga dapat menjadi pemangkin kepada terjalinnya hubungan rapat dengan
jabatan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan ke arah mewujudkan pemuafakatan dan
perkongsian bijak demi kebaikan bersama.
Hadirin sekalian,
Dalam majlis ini, saya mengambil kesempatan untuk menyeru AJK PIBG di yang dipimpin
oleh YDP PIBG sekolah ini agar dapat bergerak secara aktif dan terancang agar kewujudannya dapat
memberikan sumbangan bermakna lagi berkesan ke arah kecemerlangan yang diharapkan. Budaya
ilmu dan budaya kerja cemerlang perlulah dipupuk dan disemai agar persatuan PIBG ini terus
relevan dan menjadi penyumbang kepada kecemerlangan pendidikan anak-anak.
Akhir kata, dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim,
saya dengan sukacitanya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Bukit Kapar Bil. 3, tahun 2021.
Sekian, terima kasih.
11
8:00 pg – 9:00 pg ATURCARA PROGRAM
9:00 pg – 9:45 pg
9:45 pg MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KETIGA
SMK BUKIT KAPAR
12.00 tengah hari
24 OKTOBER 2021 (AHAD)
SMK BUKIT KAPAR
Pendaftaran AJK Ibu bapa dan Guru
Jamuan Ringan
Ucapan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
Ucapan Aluan oleh Tuan Mohd Sabri bin Saidi
Pengetua SMK Bukit Kapar, merangkap Penasihat PIBG
Ucapan YDP PIBG oleh YBhg Dato’Hj Mohlis bin Hj Jaafar
Ucapan Perasmian oleh YBhg Datuk Hj. Saroni bin Hj. Judi , Ketua
Pegawai Eksekutif , Kajang Plaza Medical Centre.
Penyampaian sijil dan cenderamata kepada AJK PIBG Tahun 2020
Penyampaian cenderahati kepada perasmi
Agenda Mesyuarat:
1. Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG 2020
2. Membentang Laporan Aktiviti Tahunan 2020
3. Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan
Berakhir 31 Disember 2020.
4. Pembubaran Ahli jawatankuasa PIBG 2020/2021.
5. Lantikan Pengerusi Sementara
6. Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022
7. Pemilihan Juru Audit Dalaman
8. Pembentangan Usul
Ucapan Penangguhan / Bersurai
12
DATA GURU SMK BK
ENROLMEN GURU
SMK BUKIT KAPAR, JLN ABDUL WAHID,
42200 KAPAR, SELANGOR.
GURU LELAKI = 12 ORANG
GURU PEREMPUAN =51 ORANG
BIL NAMA GURU SESI PAGI JAWATAN BIL NAMA GURU SESI PETANG JAWATAN
1 MOHD SABRI BIN MOHD SAIDI PENGETUA
2 NORIMAH BINTI SEMAN PK PENTADBIRAN 1 NOOR ANITA BINTI JAAFAR PK PETANG
3 SEPUAN SURI BIN DIN
4 GHAZLINA BINTI MOHD GHAZALI PK HEM 2 ATIAH BINTI ZAKARIAH GAB
5 ARIFAH BINTI MAT HUSSIN PK KOKURIKULUM
6 NURALIZA BINTI MD DOM@AB AZIZ 3 DIANA ROSCHINDA BINTI SOHIBAL FADILAH GAB
7 JAMALIAH BINTI LAHAM GKMP BAHASA
8 AHMAD FAISAL BIN MOHAMED YAZID GKMP SAINS & MATH 4 FATIN NUR SYAHIRAH BINTI FAIZAL GAB
9 ABDUL HALIM BIN AHMAD GKMP KEMANUSIAAN
10 DESSEY BINTI MAJALIS 5 FATMA SYAZANA BINTI MOHAMAD GAB
11 FADZILAH BINTI AMRI GAB
12 FAZIDAH BINTI MOHAMAD ZAINAL GAB 6 FAZLINA BINTI MOHD MANSOR GAB
13 HAMIZALFADLI BIN AHMED GAB
14 HARYATI BINTI ZULKIFLI GAB 7 HASHIRENE BINTI MOHD HASHIM GAB
15 JUNAIDAH BINTI ABDULLAH GAB
16 JULIANA BINTI JAAFAR GAB 8 HASLINA BINTI MOHAMAD ALI GAB
17 MOHD AMIN BIN ARUDIN GAB
18 MOHD FAHMI BIN ABD ALIAN GAB 9 HASNIZA AZIAN BINTI ABD AZIZ GAB
19 MOHD NORISZUAN BIN AZIS GAB
20 NOORAINI BINTI MOHD ISHAK GAB 10 HASRUL RASYID BIN HARITH GAB
21 NOR AZIAN BINTI AHMAD SUBKI GAB
22 NOR HASIMAH BINTI MOHD SALLEH GAB 11 JANARIAH BINTI AB RAMAN GAB
23 NOR ZURIANI BINTI MOHAMMED AMIN GAB
24 NORASMAH BINTI HALIM GAB 12 JOHARA BINTI JOHAR GAB
25 NORLELA BINTI SAMSHI@SHAMSI GAB
26 NORLI BIINTI ABDUL RANEE GAB 13 JUWAIRIAH BINTI AYUB GAB
27 NORZIEKIN BINTI TARIZAN GAB
28 NURUL AZWAIDAHBINTI ABDULLAH GAB 14 KHALIK BIN DOLKASAN GAB
29 NURUL HIDAYAH BINTI MOHAMMAD GAB
30 NURULAIN BINTI SAMDIN GURU DATA 15 MOHD SUFIAN BIN OMAR GAB
31 PUTERI AZILAWATI BINTI MEGAT ARIFFIN GAB
32 RAFIDAH BINTI ISMAIL GAB 16 MUHD KHAIROL HISHAM BIN MUHAMAD MAZLAN GAB
33 RASIDAH BINTI ISMAN GAB
34 ROSALINA BINTI MOHAMAD GAB 17 NOR HASHIMAH BINTI SHAFIE GAB
35 SA'ANIM BINTI HJ MUHANAD HAIRI GAB
36 SABARIAH BINTI JANI GURU MEDIA 18 NUR AFIQAH BINTI ABDUL TALIB GAB
37 SITI SARAH BINTI IBRAHIM GAB
38 ZULHAYATI AZNITA BINTI MAMAT GAB 19 NURUL IZZATI BINTI MOHD SUHAIMI GAB
39 ZUMAIRA BINTI MOHD DAUD@MOHD NOOR GAB
GAB 20 RADHIAH BINTI AB RAHIM GAB
GAB
GAB 21 SITI FATIMAH BINTI HUSSIN GAB
22 SITI FATIMAH BINTI MOHD NOR GAB
23 SITI MARIAM BINTI JUSOH GAB
24 ZANARIAH BINTI SELAMAT GAB
13
NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PIBG KALI KE-3 TAHUN 2021
14
GAMBAR PENTADBIR
15
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SMK BUKIT KAPAR
Jalan Abdul Wahid, Bukit Kapar,
42200 Kapar, Selangor Darul Ehsan.
Kod Sekolah : BEA0114 E-mel : [email protected]
SENARAI JAWATANKUASA PIBG TAHUN 2020/2021
Penasihat : Pn. Siti Hajar binti Ayub /
Tn. Mohd Sabri bin Mohd Saidi
Yang Dipertua : Dato’ Hj. Mohlis bin Hj. Jaafar
Naib Yang Dipertua : En. Mohd Misman bin Juaraini
Setiausaha : Pn. Hasniza Azian binti Abd Aziz
Bendahari : Pn. Fadzilah binti Amri
AJK Guru : En. Abdul Halim bin Ahmad
: Pn Rasidah binti Isman
: Pn Dessey binti Majalis
: Cik Siti Fatimah binti Hussin
AJK Ibu Bapa 1): En. Abas bin Shuhadi
2): En. Supardi bin Sadeli
3): Pn. Nizawati binti Mohd Amin
4): Pn. Haneyzah binti Samuin
5): En. Mansor bin Daud
6): En. Mohamad Rasul bin Alpi
Juru Audit Guru : Pn. Jamaliah binti Laham
Juru Audit Ibu Bapa : En. Mohd. Nor bin Ibrahim
16
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG
KALI KE-2 TAHUN 2020
17
18
19
20
21
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SMK BUKIT KAPAR 2020
PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG) SMK BUKIT KAPAR,KLANG
1) UNIT KURIKULUM TARIKH
BIL AKTIVITI/PROGRAM 4 Jun 2020
1. Menaiktaraf Pusat Sumber Sekolah 6-23 Julai 2020
2. Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) 18 September 2020
3. Majlis Penutupan Program Bulan Kemerdekaan 22 September 2020
4. Kelas tambahan SPM/Simulasi K3 Sejarah/Motivasi 2020
-Program Motivasi Semarak Kejayaanmu 2020
5. Mengecat epoxy pentas Dewan Terbuka TARIKH
6. Bengkel Pemantapan kualiti kerja Guru PBDR & PBS 4 Februari 2020
10 Februari 2020
2) UNIT HAL EHWAL MURID 15 Februari 2020
BIL AKTIVITI/PROGRAM 17 Februari 2020
1. Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 26 Februari 2020
2. Ziarah Cakna 9-30 Jun 2020
3. Pelestarian Lanskap Sekolah
4. Pelancaran Jom ke Sekolah 2 Julai 2020
5. Karnival Ko-Akademik 14 Julai 2020
15 Julai 2020
6. STEM SHOW – Peringkat Daerah/Negeri 31 Ogos 2020
7. Hari Anugerah Kecemerlangan 28 Disember 2020
8. Pelancaran Mentor Mentee
9. Gotong Royong Pembukaan Semula Sekolah
10. Pertandingan Adiwira Nanotechnology
11. Hari Pendaftaran Murid Tingkatan 1 dan PPKI
3) UNIT KOKURIKULUM TARIKH
BIL AKTIVITI/PROGRAM 17 Januari 2020
1. Merentas Desa 1 Februari 2020
2. Kursus Kepimpinan K/P/U 15 Februari 2020
3. Gotong Royong 1M1P
26 Februari 2020
4. Karnival Kokurikulum 29 Februari 2020
5. Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform
6. Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah 6 Mac 2020
4) UNIT PPKI TARIKH
BIL AKTIVITI/PROGRAM 20 Februari 2020
1. Merentas Desa Larian Kasih (Daerah Klang) 24-25 Februari 2020
2. Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas (Daerah Klang)
3. Ziarah Cakna PPKI 21 Mei 2020
4. Pertandingan Kekemasan Kit Rawatan Refleksologi 4 Ogos 2020
5. Pelancaran Bulan Kemerdekaan 7 Ogos 2020
22
LAPORAN KEWANGAN PIBG SMK BUKIT KAPAR 2020
PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG) SMK BUKIT KAPAR,KLANG
PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DIS 2020
23
24
25
26
27
SENARAI JAWATANKUASA PIBG TAHUN 2021/2022
Penasihat : Tuan Mohd Sabri bin Mohd Saidi
Yang Dipertua : …………………………………
Naib Yang Dipertua : ………………………………...
Setiausaha : Pn. Hasniza Azian binti Abd Aziz
Bendahari : Pn. Fadzilah binti Amri
AJK Guru : Pn. Sabariah binti Jani
: En. Abdul Halim bin Ahmad
: Cik Siti Fatimah binti Hussin
: Pn Rasidah binti Isman
: Pn. Haslina binti Mohamad Ali
AJK Ibu Bapa 1).................................................
2)................................................
3)................................................
4)................................................
5)………………………………
6)……………………………….
Juru Audit Guru : En Mohd Noriszuan bin Azis
Juru Audit Ibu Bapa : ………………………………
28
USUL MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG TAHUN 2021
BIL USUL CATATAN
1. Tuan Pengetua:
a) Pihak sekolah bercadang untuk membeli telefon mudah alih atas
nama PIBG ( Dibiayai oleh PIBG). Anggaran harga telefon bimbit adalah
maksimum RM1000 dan anggaran bayaran bulanan adalah maksimum RM150.
Pembawa usul : Tuan Mohd Sabri bin Mohd Saidi
2. Penolong Kanan Pentadbiran:
a) Memohon kutipan yuran PIBG sebanyak RM60 satu keluarga
untuk tahun 2021.
-Yuran unit kurikulum tahun 2022:
Tingkatan 5 = RM50
Tingkatan 4 = RM20
Tingkatan 1 hingga tingkatan 3 = RM20
Murid PPKI = RM20
- Objektif Tingkatan 1-5 :
1. Aktiviti program kurikulum.
2. Latih tubi mata pelajaran
3. Kertas peperiksaan
4. Program motivasi
- Objektif PPKI:
1. Pengurusan pembelian refleksologi urutan kaki, tangan, telinga.
2. Cucian/dobi tuala dan alat cuci kaki.
3. Tisu basah dan tisu kering.
4. Bahan fotostat dan edaran pembelian.
Pembawa usul : Puan Norimah binti Seman
3. GKMP Teknik dan Vokasional:
a) Mohon sumbangan RM10 satu keluarga bagi menampung kos
rawatan anai-anai di sekolah.
b) Setiap murid perlu bayar sumbangan COVID 19 sebanyak RM5.00.
Pembawa usul : Puan Jamaliah binti Laham
29
KEHADIRAN IBU BAPA / PENJAGA
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-2
BIL NAMA IBU BAPA /PENJAGA /GURU BIL NAMA IBU BAPA /PENJAGA /GURU
1 Abdul Halim Bin Ahmad 43 Juliana Binti Jaafar
2 Alya Qasdina Ng Ai Lee 44 Khalik Bin Dolkasan
3 Asmawati Binti Ghaif 45 Kusmawati Binti Dai
4 Asmilah Serin 46 Mahazir Bin Jais
5 Atiah Binti Zakari 47 Maliki Bin Md Sanusi
6 Azila Binti Muhamed 48 Mansor Bin Daud
7 Aziman Bin Bakor 49 Mardiana Binti Mohd Nasir
8 Azizal 50 Mariyana Binti Muhamad
9 Chalimatus 51 Masayu Ratman
10 Che Asnah Binti Che Mad 52 Masdiyanti Binti Seejas
11 Elieza Binti Mohd Ali 53 Masimah Binti yahya
12 Elyawati Binti Muhamad Ayob 54 Masinah Binti Yahya
13 Ema Nazarina 55 Masliana Binti Mohd Masnan
14 Fadzilah Binti Amri 56 Maslihah Binti Hashim
15 Faridah binti Jalil 57 Mastura Binti Hj Mohtar
16 Farimah Binti Ali 58 Mazlina
17 Fariz Azuan Bin Harun 59 Miralam Yaziz
18 Fatimah Binti Muhd Isman 60 Mohamadin Bin Baba
19 Fatimah Binti Shafie 61 Mohammad Zahir Bin Yahya
20 Fatma Syazana Binti Mohamad 62 Mohd Amin Bin Arudin
21 Fazidah Binti Mohamad Zainal 63 Mohd Fahmi Bin Abd Alian
22 Hafidah Binti Siis 64 Mohd Fazli Bin Hasan
23 Hafiza Binti Aharuddin 65 Mohd Hijazi Bin Mohd Harawi
24 Hamisah Binti Itam 66 Mohd Kusairi Bin Selamat
25 Hamizalfadli Bin Ahmed 67 Mohd Noriszuan Bin Azis
26 Haneyzah Binti Samuin 68 Mohd Razihan
27 Haryati Binti Md Sumairi 69 Mohd Rizal Bin Mohd Sulaiman
28 Haryati Binti Zulkifli 70 Mohd Rozi Bin Ibrahim
29 Haslinda Binti Mastor 71 Mohd Sufian Bin Omar
30 Haslinda Mastor 72 Mohd Tharmizi Bin Abd Salam
31 Hasniza Azian Binti Abd Aziz 73 Mohd Zalahudin Bin Hassan
32 Hasrul Rasyid Bin Harith 74 Mohd. Zaifuriniswan
33 Hazlina Binti Abdullah 75 Muhd Khairol Hisham Bin Muhamad Mazlan
34 Hidiawati Binti Mohamad 76 Muhd. Muhif
35 Ibni Hajar Bin Itam 77 Nizawati Binti Mohd Amin
36 Izatulsima Binti Mesih 78 Noor Anita Binti Jaafar
37 Jamaah binti Md Ali 79 Noor Hairani Yusoff
38 Jamaliah Binti Laham 80 Noor Zaizura Binti Yusof
39 Jamsari Bin Mohd Ghalid 81 Nooraini Binti Ishak
40 Juhailah binti Ahmad 82 Nor Assyura Binti Kamarudin
41 Nor Azian Binti Ahmad Subki 83 Roziah Binti Mohd Ishak
30
42 Nor Diana Binti Ahmad 84 Rozitoh Binti Ahmad
85 Nor Pazillah Binti Palin 127 Rusli Bin Zakaria
86 Norafiza binti Mahmud 128 Ruznawati Binti Yalib
87 Noraini Binti Paroja 129 Sa’anim Binti Muhamad Hairi
88 Noraizan Binti Sahit 130 Sabariah Binti Jani
89 Noraliza Kasbani 131 Saedah Binti Ramli
90 Norariza Binti Mohd Sharip 132 Sahnita Binti Hj Khasni
91 Norashikin Binti Lajim 133 Saiful Nizam Bin Hamrin
92 Noraziah Binti Tahar 134 Sarimah Binti Yaakop
93 Norazian Binti Suparman 135 Sarimah Binti Yusoff
94 Norazimah Binti Marzuki 136 Shamsul Kamal Bin Jais
95 Norazimah Binti Yaacob 137 Sharina Binti Samrin
96 Norazlina Binti Samiran 138 Siti Asnor Raihan Binti Agus Salam
97 Norazlina Binti Tukiran 139 Siti Fatimah Binti Hussin
98 Norhasimah Binti Husain 140 Siti Fatimah Binti Mohd Nor
99 Norhasimah Superi 141 Siti Fauziah Binti Md Omar
100 Norhayati Binti hanif 142 Siti Hajar Binti Ayub
101 Norhayati Binti Sazali 143 Siti Hajar Binti Nigapan
102 Norhissham Bin Rahim 144 Siti Haljah Binti Samin
103 Norimah Binti Seman 145 Siti Khilyah Binti Mahsup
104 Norita 146 Siti Mariam Binti Jusoh
105 Norlela binti Md Noor 147 Siti Maskiyah Binti Japi
106 Norli Binti Abdul Ranee 148 Siti Nadirah
107 Normaidah Siamee 149 Siti Nor Azlina
108 Norzailawati Supani 150 Siti Norzaini Binti Sardi
109 Norziekin Binti Tarizan 151 Siti Perwani Giman
110 Norzilawati Binti Mohd Nordin 152 Siti Salpah M. Ali
111 Nurul Izzati Binti Mohd Suhaimi 153 Siti Suzana Binti mohd Musiran
112 Nurul Syaheda Binti Kamaruzzaman 154 Suhailah Binti Amat
113 Nurulain Binti Samdin 155 Sulaiman Shaari
114 Rabaiyah Binti Ramlan 156 Suriani Binti Pairan
115 Radiah Binti Yunus 157 Syarliza Binti Sharifudin
116 Rafidah Binti Ismail 158 Wan Norhayati binti Wan Ibrahim
117 Rahmalilliawaty Abd Jalil 159 Waniza binti Mohd Rahim
118 Rasidah Binti Isman 160 Warisah Binti Mohamad Zuki
119 Rinawati Binti Mohamed Nawas 161 Widawati Binti Buang
120 Rohayati Abd Rahman 162 Zahid Bin Ahwal
121 Rohmat Bin Kamari 163 Zainab Binti Abdol Rohman
122 Rosalina Binti Mohamad 164 Zainun Binti Hasak
123 Roshila M. Deris 165 Zulhayati Aznita Binti Mamat
124 Rosli Bin Surip 166 Zumaira Binti Mohd Daud
125 Roslina Binti Abd Majid 167 Zuraida Hazlin Bin Ibrahim
126 Roswani Binti Ismail
31
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
TARIKH PELAKSANAAN
Tarikh : 24 Oktober 2021 ( Ahad )
Masa : 9.00 – 12.00 tengah hari
PELAKSANAAN
I) TEMPAT PERLAKSANAAN : Kediaman masing-masing
II) KAEDAH PERLAKSANAAN : Secara Dalam Talian ( Google Meet )
III) TENTATIF PERLAKSANAAN :
JAWATANKUASA PROGRAM
(i) JAWATAN KUASA INDUK
Pengerusi : En. Mohd Sabri B Mohd Saidi
Pn. Hjh Norimah Binti Seman
Naib Pengerusi 1 : En. Sepuan Suri B Din
Pn. Ghazlina Binti Mohd Ghazali
Naib Pengerusi 2 : Pn Noor Anita Binti Jaafar
Pn. Arifah Binti Mat Hussin
Naib Pengerusi 3 : Pn. Hjh Nuraliza Binti Md Dom@ Ab Aziz
Pn. Jamaliah Binti Laham
Naib Pengerusi 4 : En. Ahmad Faisal Bin Mohd Yazid
Pn Hasniza Azian Binti Abd Aziz
Pemantau 1 : Pn. Fadzilah binti Amri
En Abdul Halim bin Ahmad
Pemantau 2 : Pn Rasidah binti Isman
Pn Dessey binti Majalis
Pemantau 3 : Cik Siti Fatimah binti Hussin
Pemantau 4 :
Setiausaha :
Bendahari :
AJK :
:
:
:
32
Bil Jawatankuasa Bidang Tugas Pemantau
1. AJK Pendaftaran VIP( PIBG) 1. Menyediakan borang pendaftaran
Pn Hjh
& Ibu bapa , Guru & Kain murid, guru dan VIP secara dalam Nuraliza Binti
Rentang Digital / Pencatat minit talian (Google Form). Md Dom@ Ab
mesyuarat Aziz
2. Menyediakan kad jemputan
• Pn Dessey binti Majalis digital kepada semua VIP, guru,
penerima anugerah.
2. AJK Teks Ucapan & Jurukira
& Undian 3. Menyediakan kain rentang digital
• Cik Siti Fatimah binti untuk ditayangkan semasa majlis
Hussin
4. Merakamkan perjalanan majlis Pn Arifah Binti
3. AJK Buku Program /Flip untuk digunakan sebagai catatan Mat Hussin
• Pn Rasidah binti Isman minit mesyuarat MAT.
4. AJK Hadiah dan Cederamata 1. Menyediakan teks ucapan untuk
• Pn Fadzilah binti Amri pengetua dan YDP PIBG
2. Teks ucapan mesti disemak
terlebih dahulu oleh pemantau
dan Pengetua
3. Teks ucapan perlu dihantar
kepada Pengetua dan YDP PIBG
sama ada secara salinan lembut
(soft copy) atau salinan keras
(hard copy)
4. Mengira undi AJK PIBG Tahun Pn Noor Anita
2021/2022. Binti Jaafar
1. Menyediakan buku program
2. Mengedarkan buku program /Flip Pn Ghazlina
seminggu sebelum majlis kepada Binti Mohd
AJK Teknikal & Siar raya Ghazali
(Dalam Talian).
1. Menyediakan senarai penerima
AJK PIBG 2020.
2. Menyediakan sijil dan
cenderamata kepada AJK PIBG
2020.
3. Menyediakan cenderamata
kepada perasmi.
33
6. AJK Juruacara Majlis 1. Menyediakan teks ucapan dan Pn Arifah Binti
• En Abdul Halim bin mengacarakan majlis. Mat Hussin
Ahmad
2. Menyediakan skrip juruacara.
7. AJK Teknikal & Siar raya
( Dalam Talian ) & 3. Sentiasa bekerjasama dengan AJK
Jurugambar. Siar raya dan Teknikal sepanjang
• En Mohd Sufian Bin Omar majlis berlangsung untuk
• En. Mohd Amin bin selaraskan skrip dengan
Arudin paparan.
• En. Muhd Khairol Hisham
bin Muhamad Mazlan 1. Menguruskan hal berkaitan siar En Ahmad
raya dan teknikal. Faisal Bin
11 AJK Dokumentasi Mohd Yazid
• Pn Hasniza Azian bt Abd 2. Memastikan muzik minus one
Aziz berfungsi dengan baik semasa
majlis.
3. Mengendalikan paparan
sepanjang majlis.
4. Mendapatkan latar belakang
(backdrop) daripada
AJK Kain Rentang Digital.
5. Pastikan menerima bahan berikut: Pn Jamaliah
a. Senarai nama AJK PIBG Binti Laham
2020/2021.
b. Gambar-gambar AJK
PIBG 2020.
c. Minit Mesyuarat Agung
Tahunan 2020
d. Laporan aktiviti Tahunan
2020.
e. Laporan kewangan 2020
f. Menyediakan montaj dan
memilih muzik dan lagu
yang sesuai dengan
paparan dan atur cara
g. Memastikan paparan
disiarkan dengan baik dan
lancar.
1. Merakamkan perjalanan majlis
mengambil gambar yang
bersesuaian semasa majlis dalam
talian.
2. Menyimpan dan menyusun atur
untuk pendokumentasian.
34
3. Ambil gambar majlis secara maya
dan penyerahan hadiah secara
pandu lalu.
4. Menyiapkan dokumentasi dalam
tempoh dua minggu selepas
program
12 AJK Bacaan Doa 1. Menyediakan teks doa seminggu En Ahmad
• En. Khalik bin Dolkasan sebelum majlis Faisal Bin
Mohd Yazid
13 AJK Jamuan 1. Menyediakan jamuan untuk
perasmi/AJK ibu bapa / guru. Pn Jamaliah
• Pn Hasniza Azian bt Abd Binti Laham
Aziz
35
SEKALUNG PENGHARGAAN
TERIMA KASIH
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Jawatankuasa
Mesyuarat Agung PIBG ke-3 yang membantu menjayakan majlis pada hari
ahad, 24 Oktober 2021.
YANG DIPERTUA PIBG 2020
AHLI JAWATANKUASA PIBG 2020
PENGETUA SMK BUKIT KAPAR
BARISAN PENTADBIR, GURU-GURU,
STAF SOKONGAN, IBU BAPA & PENJAGA
SMK BUKIT KAPAR
Pohon sirih pohon selasih
Tumbuh merimbun di hujung laman
Kalungan budi junjungan kasih
Menjadi kenangan sepanjang zaman.
36