ISI KANDUNGAN
UCAPAN YDP PIBG
DATO’ HJ MOHLIS BIN HJ JAAFAR
YDP PIBG SMK BUKIT KAPAR 2021
Bismillahirahmanirrahim..
Yang Berusaha,
Tuan Mohd Sabri bin Mohd Saidi, Pengetua SMK Bukit Kapar ,
Pn. Hjh Norimah binti Seman, PK Pentadbiran SMK Bukit Kapar ,
En. Sepuan Suri bin Din, PK HEM ,
Pn. Ghazlina binti Mohd Ghazali, PK Kokurikulum
Pn. Noor Anita binti Jaafar, Penolong Kanan Petang
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran
Barisan AJK PIBG
Guru-guru dan para ibu bapa sekalian
Assalamualaikum WBT
1. Saya ingin merafakkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan peluang untuk bersama-
sama dengan guru-guru dan para ibu bapa yang dikasihi sekalian dalam Mesyuarat Agung PIBG pada
hari ini. Terima kasih juga atas kepercayaan tuan-tuan dan puan puan kepada saya selaku YDP PIBG dan
barisan AJK PIBG sesi 2020.
2. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Hajah Siti Hajar binti Ayub,
mantan Pengetua SMK Bukit Kapar yang telah berusaha meningkatkan pencapaian akademik mahupun
kokurikulum bagi memastikan pembangunan modal insan anak-anak SMK Bukit Kapar ini. Tahniah dan
syabas saya ucapkan kepada AJK Pelaksana, barisan guru yang bertungkus lumus untuk merealisasikan
Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini dalam suasana norma baharu di bawah pimpinan Tuan Mohd Sabri
bin Mohd Saidi yang merupakan pengetua baharu di SMK Bukit Kapar.
Saya difahamkan segala aktiviti yang dirancang sepanjang tahun 2021 telah dilaksanakan mengikut jadual
yang telah dirancang dalam Takwim Tahunan Sekolah. Tahniah diucapkan kepada Tuan Pengetua. Saya
yakin aura yang positif dan minda yang sihat mampu membentuk generasi yang kreatif dan inovatif dalam
melahirkan murid yang cemerlang selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang
mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi merealisasikan pendidikan yang seimbang
sebagai asas aspirasi setiap murid. Untuk pengetahuan guru-guru dan para ibu bapa sekalian, saya
mewakili AJK PIBG SMK Bukit Kapar sentiasa menyokong semua aktiviti dan juga program yang dianjurkan
oleh pihak sekolah demi kemaslahatan dan kepentingan anak-anak SMK Bukit Kapar. Izinkan saya
meneruskan ucapan dengan menggunakan bahasa Inggeris untuk menyokong Program HIP untuk
memartabatkan bahasa Melayu, memperkasa bahasa Inggeris.
3.” I would like to congratulate and thank the parents who were able to participate in the PTA General
Meeting in a hybrid manner today. I hope that the parents will always support the programs organized
by the school. Sometimes we as parents can support the school by channeling funds or financial
assistance, and sometimes even parents with certain skills can contribute their energy, ideas and skills
for the benefit of our children in this school.”
Kerjasama yang padu antara ibu bapa dan pihak sekolah, sudah pasti dapat meningkatkan pencapaian
akademik, pembangunan sahsiah diri dan pembangunan kokurikulum anak-anak di sekolah ini.
4. Saya sebagai YDP PIBG SMK Bulit Kapar ingin meminta bantuan para ibu bapa supaya memantau
Pdpr anak-anak. Saya mendapat maklumat daripada pihak sekolah bahawa kehadiran murid amat
memberangsangkan semasa Peperiksaan Pertengahan Tahun yang diadakan baru-baru ini. Tetapi
malangnya, setelah selesai pelaksanaan Peperiksaan Pertengahan Tahun, kehadiran murid sepanjang
PdPR yang dilaksanakan oleh guru-guru semakin lesu dan amat mengecewakan. Terdapat juga kelas
PdPR yang kehadirannya sifar . Ada juga kehadiran hanya 5/40. Rata-rata kehadiran murid dalam kelas
PdPR kurang daripada 20 orang. Anak-anak kita mempunyai kemudahan peranti iaitu sekurang
kurangnya telefon pintar yang disediakan oleh ibu bapa tetapi mereka tidak mempunyai kesedaran
untuk menyertai sesi PdPR. Pihak PIBG memohon agar para ibu bapa mengambil cakna dengan
memantau kelas PdPR anak-anak selepas ini. Kerjasama daripada pihak ibu bapa sangat saya hargai.
Namun ada juga dalam kalangan murid di sekolah ini yang menghadapi masalah peranti. Penggunaan
telefon pintar untuk belajar perlu dikongsi dengan adik beradik yang lain. Tetapi kesungguhan mereka
untuk belajar wajar diberikan pujian dan perlu dicontohi oleh anak-anak yang lain.
5. Akhir kata, saya mendoakan agar mesyuarat yang diadakan pada hari ini akan dapat
mencapai kata sepakat dan memberikan manfaat kepada anak-anak di SMK Bukit Kapar. Bak
kata peribahasa, ‘bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Sepakat akan
membawa berkat. Dengarkan pantun daripada saya.
Buah salak di dalam kantung,
Kulitnya keras isinya kelat,
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat
Hujung kampong memasang pukat
Pukat berisi ikan sembilang
Ibu bapa dan guru bermuafakat
Murid cemerlang sekolah gemilang
Kereta selisih di Kuala Kedah
Jalan sehala hujung jeti
Terima kasih ucapan terindah
Atas segala jasa dan bakti
Sekian terima kasih.
UCAPAN PENASIHAT PIBG
TUAN MOHD SABRI BIN MOHD SAIDI
PENGETUA SMK BUKIT KAPAR
Assalamualaikum WBT dan salam silaturahim,
SMK Bukit Kapar, ‘Sekolah Cantik, Warganya Baik-baik’.
Yang Berbahagia,
Datuk Hj. Saroni bin Hj. Judi, Ketua Pegawai Eksekutif,
Kajang Plaza Medical Centre
Yang Berbahagia,
Dato’ Hj. Mohlis bin Jaafar, YDP PIBG SMK Bukit Kapar,
Yang Berusaha,
Pn. Hjh Norimah bt Seman, Penolong Kanan Pentadbiran
En. Sepuan Suri bin Din, Penolong Kanan HEM
Pn. Ghazlina bt Mohd Ghazali, Penolong Kanan Ko Kurikulum,
Pn. Noor Anita bt Jaafar, Penolong Kanan Petang
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran
Guru-guru
Barisan AJK PIBG dan
Para Ibu bapa yang dirahmati Allah sekalian.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih Yang Berbahagia Datuk Haji
Saroni bin Haji Judi, Ketua Pegawai Eksekutif Kajang Plaza Medical Central atas kesudian Datuk meluangkan masa dan
memeriahkan lagi Mesyuarat Agung PIBG kali ke-3 yang dilaksanakan pada hari ini. Ucapan ribuan terima kasih juga
dirakamkan kepada barisan AJK PIBG tahun 2020/2021, para ibu bapa, guru-guru, dan AKP yang bersama-sama memberikan
sokongan padu kepada pihak sekolah bagi merealisasikan agenda tahunan yang penting demi kebaikan anak-anak di SMK
Bukit Kapar. Walaupun pada hari ini merupakan hari minggu iaitu hari bersama dengan keluarga, namun kita tetap bersama-
sama untuk memastikan agenda ini berlangsung dengan jayanya.
Hadirin sekalian,
Tujuan mesyuarat Agong PIBG diadakan setiap tahun adalah untuk memberikan ruang dan peluang khususnya kepada para ibu
bapa menyuarakan pandangan, idea yang bernas dan mengadakan perbincangan isu mutakhir bagi memastikan anak-anak di
SMK Bukit Kapar dapat belajar dengan baik dan selesa seterusnya dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang
akademik, melahirkan modal insan yang bersahsiah cemerlang dan aktif menunjukkan bakat dalam bidang kokurikulum
berlandaskan aspirasi Pendidikan Negara.
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Saya ingin berkongsi beberapa info tentang SMK Bukit Kapar . Untuk makluman Ybhg Datuk, dan para ibu bapa sekalian. Sekolah
ini terdiri daripada 8 orang pentadbir, 63 orang guru termasuk 3 orang kaunselor. SMK BK masih memerlukan 5 orang guru.
Jumlah pelajar adalah seramai 1155 orang.
Agihan kelas untuk tahun 2021 adalah seperti berikut:
Tingkatan 1 : 7 kelas ( sesi petang)
Tingkatan 2 : 7 kelas (sesi petang)
Tingkatan 3 : 7 kelas
Tingkatan 4 : 6 kelas
Tingkatan 5 : 4 kelas
PPKI : 3 kelas
Jumlah keseluruhan : 34 kelas
Untuk makluman para hadirin sekalian, takwim 2021 telah dirancang dengan pelbagai aktiviti dan program semata-mata untuk
melahirkan anak-anak sekolah ini yang cemerlang daripada segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Pelbagai aktiviti yang
dirancang bagi Unit Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum telah disusun rapi. Beberapa program PIBG bersama pihak
sekolah pada tahun 2020 telah berjaya dilaksanakan. Saya mewakili warga sekolah merakamkan ucapan ribuan terima kasih
kepada Ybhg. Dato’ Hj. Mohlis bin Hj. Jaafar yang memberikan sokongan yang padu kepada pihak sekolah dan sangat prihatin
tentang keperluan murid-murid di SMK Bukit Kapar. Tanpa sokongan Ybhg. Dato’ Hj. Mohlis bin Hj. Jaafar dan AJK PIBG pihak
sekolah akan menghadapi kekangan dalam menjayakan aktivIiti tahunan.
Komitmen yang tinggi diberikan oleh Ybhg. Dato’ Hj. Mohlis bin Hj. Jaafar, menyebabkan pihak sekolah berusaha agar
beliau mohon menjadi ahli Bersekutu. (maklumat ini saya tak pasti) Kini Dato merupakan ahli Bersekutu yang
membolehkan Ybhg. Dato’ Hj. Mohlis bin Hj. Jaafar turut hadir bersama ke Mesyuarat Agung PIBG, tahun 2021. Ini juga
bermaksud Ybhg. Dato’ Hj. Mohlis bin Hj. Jaafar boleh dilantik semula untuk menjawat sebagai Yang Dipertua PIBG bagi
tahun ini.
Salah satu program yang dianjurkan di bawah Panitia Bahasa Ingeris ialah HIP. Program ini juga melibatkan komuniti selain
para guru dan murid-murid SMK BK. Saya amat berharap agar para ibu bapa dapat memberikan kerjasama dalam program
HIP ini untuk ‘Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasa Bahasa Inggeris’.
#Izinkan saya meneruskan ucapan dengan menggunakan bahasa Inggeris.
I would like to congratulate and thank the parents who were able to participate inthe PTA General Meeting in a hybrid manner today. I hope that the parents
will always support the programmes organized by the school. I also hope that parents give support and encouragement to their children to use English at home
so that they are not awkward to deal with society after school. Hopefully we can develop SMK BK together.
Hadirin,
Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, sekali lagi saya ucapkan ribuan terimakasih kepada AJK PIBG tahun 2020 di
bawah pimpinan Ybhg. Dato’ Hj. Mohlis bin Hj. Jaafar. Besarlah harapan saya agar Dato Mukhlis dikekalkan sebagai
YDP PIBG bagi tahun 2021. Sebelum mengakhiri ucapan ini, terimalah serangkap pantun daripada saya.
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan puan jadi sanjungan
Sekian terima kasih.
NOTIS PANGGILAN MESYUART AGUNG TAHUNAN
PENTADBIR
SMK BUKIT KAPAR 2021
DATA GURU
SENARAI JAWATANKUASA PIBG TAHUN 2020/21
Penasihat : Tuan Mohd Sabri bin Mohd Saidi
Yang Dipertua : Dato’ Hj. Mohlis bin Hj. Jaafar
Naib Yang Dipertua : En. Mohd Misman bin Juaraini
Setiausaha : Pn. Hasniza Azian bt Abd Aziz
Bendahari : Pn. Fadzilah binti Amri
AJK Guru : En. Abdul Halim bin Ahmad
: Pn Rasidah binti Isman
: Pn Dessey bt Majalis
: Cik Siti Fatimah binti Hussin
AJK Ibu Bapa
1): En. Abas bin Shuhadi
2): En. Supardi bin Sadeli
3): Pn. Nizawati binti Mohd Amin
4): Pn. Haneyzah binti Samuin
5): En. Mansor bin Daud
6): En. Mohamad Rasul bin Alpi
Juru Audit Guru : Pn. Jamaliah binti Laham
Juru Audit Ibu Bapa : En. Mohd. Nor bin Ibrahim
MINIT MESYUARAT
LAMPIRAN KEHADIRAN IBU BAPA
MESYUARAT AGUNG PIBG KE 2
SMK BUKIT KAPAR
LAMPIRAN KEHADIRAN IBU BAPA
MESYUARAT AGUNG PIBG KE 2
SMK BUKIT KAPAR
LAPORAN AKTIVITI
PENYATA KEWANGAN
NOTA KEPADA AKUAN
JAWATAN KUASA INDUK &
PELAKSANAAN MESYUARAT AGUNG PIBG 2021
JAWATAN KUASA INDUK
Pengerusi : En. Mohd Sabri B Mohd Saidi
Naib Pengerusi 1 : Pn. Hjh Norimah Binti Seman
Naib Pengerusi 2 : En. Sepuan Suri B Din
Naib Pengerusi 3 : Pn. Ghazlina Binti Mohd Ghazali
Naib Pengerusi 4 : Pn Noor Anita Binti Jaafar
Pemantau 1 : Pn. Arifah Binti Mat Hussin
Pemantau 2 : Pn. Hjh Nuraliza Binti Md Dom@ Ab Aziz
Pemantau 3 : Pn. Jamaliah Binti Laham
Pemantau 4 : En. Ahmad Faisal Bin Mohd Yazid
Setiausaha : Pn Hasniza Azian Binti Abd Aziz
Bendahari : Pn. Fadzilah binti Amri
AJK : En Abdul Halim bin Ahmad
: Pn Rasidah binti Isman
: Pn Dessey binti Majalis
: Cik Siti Fatimah binti Hussi
JAWATAN KUASA PELAKSANAAN
SENARAI JAWATANKUASA PIBG TAHUN 2021
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
semua Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG ke-3
yang membantu menjayakan majlis pada hari ahad, 24 Oktober 2021
.
YANG DIPERTUA PIBG 2020
AHLI JAWATANKUASA PIBG 2020
PENGETUA SMK BUKIT KAPAR
BARISAN PENTADBIR, GURU-GURU,
STAF SOKONGAN, IBU BAPA & PENJAGA
SMK BUKIT KAPAR
Pohon sirih pohon selasih
Tumbuh merimbun di hujung laman
Kalungan budi junjungan kasih
Menjadi kenangan sepanjang zaman.