Pengembaraan Wara AMNI AISYAH @ B
Di suatu petang yang cerah, Wara sedang asyik bermain buih-buih sabun bersama rakan karibnya, Mei Ling disebuah taman permainan. Mereka tertawa riang sambil bermain bersama. Tiba-tiba, kedengaran suara ibunya memanggil dari kejauhan, meminta dia pulang untukminumpetang. Kemudian, Wara baru teringatkan kucing kesayangannya iaitu Comel yang juga menemaninya bermain di taman permainan bersama Mei Ling tadi. Wara punmemanggil kucingnya, “Comel,sudahwaktunya pulang kerumah. ” Comel, kucing berbulu lembut berwarna oren, matanya yang biru bersinar-sinar, mendekat dengan langkah gemalai. Wara tersenyum melihat Comel datang dan menggeselkan kepalanya pada kaki Wara dengan lembut,meminta untuk dipeluk atau dimanja.
Wara melangkah perlahan-perlahan memasuki pintu rumahnya yang berwarna kelabu. Tiba-tiba, hidung kecil Wara tertuju pada aroma yang menggoda iaitu aroma manis dan pedas dari dapur. Bau cucur udang yang enak itu memenuhi ruangan itu, memikat deria baunya sehingga perut berkeroncongmeminta diisi. Setibanya di dapur,Wara menemukan sepinggan cucur udang di atas meja makan. Sambil tersenyum lebar, ibu Wara memandangnya sambil berkata, “Marilah kitamakan bersama cucur udang yang ibu buatkan ini. Rasanya pastisedap!” Dengan perasaan bahagia, Wara mengambil seketul cucur udang yang masih panas dari pinggan dan memakannya. Sedang Wara menikmati cucur udang yang enak, telinganya terdengar bunyi hon kereta dari luar rumah menandakan kepulangan ayahnya dari kerja. Ayah Wara keluar dari kereta dan terusmemasukirumah.
Walaupun penat, rasa laparnyamemuncakmelihat sepinggan cucur udang terhidang di atas meja dapur sambil dinikmati oleh ibu Wara. Ayah Wara melangkah menghampirinya sambil menyambar seketul cucur udang. Mereka semua menikmati hidangan itu bersama dan berbincang untuk pulang ke kampung pada esok pagi kerana Pak Uda iaitu mengadakan kenduri kesyukuran disana. Sementara Wara membantu menyusun kerusi di khemah, dia ternampak sebuah peti besar yang tertutup rapat di sudut stor. Peti itu kelihatan seperti telah berada di situ selama bertahun-tahun kerana dipenuhi habuk. Wara merasakan keinginan yang kuat untuk menyentuh dan membuka peti besar itu. Kemudian, suara lembut ibunya memanggil dari luar stor rumah, membuatnya terkejut dan meninggalkan peti itu dengan cepat.
Sepanjangmalam,Wara terusmemikirkan tentang isi peti tersebut menyebabkan tidurnya terganggu. Pukul 12 malam, dengan hati yang gelisah, Wara diam-diam turun ke bawah rumah dan menuju ke stor. Dengan hati berdebar, dia membuka peti tersebut. Namun, hanya sejumlah buku cerita ditemuinya. Tapi, di antara buku itu, dia menemukan satu buku yang berkunci. “Apakah yang terdapat di dalambuku ini?” gumam Wara sambil merasa detak jantungnya semakin kencang. Tiba-tiba buku yang sebelumnya terkunci telah terbuka di hadapannya. Dia merasa hairan dan sebelum dia sempat memikirkan lebih lanjut Wara merasakan dirinya ditarik masuk ke dalam halaman buku itu dengan kuasa sakti yang tidak kelihatan.
“Ibu, ayah! Tolong Wara! Wara terperangkap di dalam buku!” jerit Wara sambil menangis teresakesak. Namun, usahanya sia-sia kerana suaranya hanya bergema tanpa sebarang respon. Setelah lama menangis, dia mendapati dirinya berada di dunia yang sama sekali asing baginya. Hutan yang menakjubkan, penuh dengan pelbagai kehidupan flora dan fauna. Dikelilingi kehijauan dan bunga mekar di setiap sudut, Wara merasai keindahan alam semula jadi yangmempesonakan disekelilingnya. Dia ternampak seekor itik gebu terapung disebuah kolam kecil di tengah-tengah hutan. Dengan hati yang penuh persoalan, Wara mendekati itik itu. Alangkah terkejutnya, itik itu menoleh ke arahnya danmenyapanya dengan suaramengejutkan.
“Selamat datang,Wara! Selamat datang ke Hutan Ajaib Cahaya Seri!”sapa itik gebu itu kepadaWara. “Wah! Itik gebu seperti kamu boleh bercakap?” tanyaWara. “Ya,sudah tentu! Saya adalah sebahagian daripada hutan ajaib ini. Mari kita meneroka keindahan dan keajaiban di sekeliling kita bersama-sama!” jawab itik. ”Jawab itik. SepanjangWara dan itik berjalanmeneroka hutan yang indah, Wara dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada itik yang menemaninya, Wara bertanya, “Saudara itik,siapakah nama kamu? Bagaimanakah caranya untuk keluar dari dunia ini?”
Dengan senyuman lembut, itik itumenjawab, “Aku adalah Gebu, sahabat. Untuk keluar dari hutan ini, kita perlu menempuh tiga tempat berbeza iaitu Jambatan DoReMi, Batu Hantu Melayang Tinggi dan Sungai Sakti Berputar Arus. ” Wara tertawa setelah mendengar semua nama tempat yang disebutkan oleh Gebu. Namun, Gebu memberitahu tempat tersebut perlu ditempuh dengan menggunakan kebijaksanaan. Selepas mendengar penjelasan Gebu, Wara terdiam dan berasa bimbang. Dia bertanya, “Apakah yang akan berlaku jika Wara tidak berjayamelepasitiga tempatitu?” Gebumenjawab,
“Jika kamu gagal melalui tempat-tempat itu, kamu mungkin akan terperangkap dalam hutan ini selama-lamanya. Risikonya besar, Wara, tetapi dengan ketabahan dan kebijaksanaan, kita pasti dapatmelepasinya. ” Setelah menempuh perjalanan yang jauh, Wara dan Gebu akhirnya tiba di Jambatan DoReMi. Jambatan ini dihiasisimbolmuzik danwarna-warni di sepanjang jambatan yang menjadikan pemandangan yang memukau. Namun, Wara terkejut apabila mendapati hanya separuh sahaja jambatan itu kelihatan, manakala separuh lagi tidak kelihatan. Tiba-tiba, munculseekor pari-pari, penjaga jambatan tersebut. Dengan lemah lembut, dia bertanya, “Apakah tujuan kamu datang ke sini, wahai pengembara?”
Gebu dengan tegasmenjawab, “Kami berdua berniat untuk sampai ke Sungai Sakti Berputar Arus,wahai penjaga yangmulia. ” Pari-parimenyatakan syaratnya, “Baiklah, tetapi sebelum kamu menyeberangi jambatan ini, kamu mesti mencipta satu lagu yang indah. ” Wara dan Gebu saling berpandangan, mereka tahu tugas ini bukanlah mudah. Namun, dengan kesungguhan mereka menerima cabaran ini dengan penuh semangat. Setelah berfikir, Wara memiliki idea untuk lagu yang sempurna. Dengan penuh yakin, dia mulamenyanyikannya di hadapan pari-pari.
Di dunia yang luas dan berwarna, Manusia dan haiwan bersatu, Mengukirjalan harmoni bersama, Perpaduan, cinta yang terus bersemi. Di bawah langit yang luasterbentang, Manusia dan haiwan bersatu seiring, Hatinya terbuka tiada perbezaan, Perpaduanmengukirjalan keamanan. (Lagu kanak-kanak: Bapa ku pulang dari kota) Setiap nada yang dinyanyi Wara, didengari dengan hati yang penuh kekaguman pari-pari dan Gebu. “Dengan suara yang merdu dan penuh kasih, kamu berdua telah memenuhi syarat untuk melintasi Jambatan DoReMi, ” ucap pari-pari.
Mendengar kata-kata itu, jambatan yang sebelum initidak kelihatan serta-mertamuncul dengan jelas di hadapan mereka. Wara dan Gebu berjalan dengan riang sambil mengucapkan terima kasih kepada penjaga jambatan tersebut. Wara dan Gebu meneruskan perjalanan mereka, menyusuri laluan berliku di tengah hutan. Tidak lama kemudian, mereka tiba di Batu Hantu Melayang Tinggi. Kawasan ini memiliki batu-batu yang besar terapung di atas permukaan tanah. Pemandangan di sekitar kawasan inisangat memukau dengan tebingtebing curamdan lembah yang dalam. Tiba-tiba, penjaga kawasan, seekor burung hantu muncul dan bertanya kepada Wara dan Gebu kemana mereka hendak pergi. Dengan penuh keberanian, Waramenjawab,
“Kami hendak pergi ke Sungai Sakti Berputar Arus. ” Sementara itu, Gebu mengangguk setuju dengan ekspresi wajahnya penuh semangat untuk menyelesaikan halangan ini. Namun, burung hantu itumemberikan syarat, “Sebelum kamu berdua boleh melintasi kawasan ini, kalian harus menjawab teka-teki yang saya ajukan. Hanya dengan jawapan yang betul, kamu dibenarkan untukmeneruskan perjalanan. ” Wara dan Gebu saling berpandangan, bersedia untuk menghadapi cabaran yang diberikan oleh burung hantu itu. Mereka bersedia menggunakan kepintaran dan kreativiti masing-masing untuk menjawab teka-teki tersebut. Pantun teka teki yang diajukan ialah
“Sayamempunyaimisai dan hidup sebagai haiwan peliharaan di rumah. Saya juga haiwan yang sangat comel. Siapakah saya?” Setelah mendengar teka-teki itu, Wara dan Gebu terus berfikir. Selang beberapaminit, Gebumenjawab , “Jawapannya ialah..gajah!” Burung hantu punmenjawab, “Salah! Kamu ada 2 lagisahaja peluang. Hahahaha, mana ada gajah bermisai. ” ketawa burung hantu dengan kuat. Tiba-tiba,Wara teringatkan haiwan peliharaannya di rumah iaitu Comel. Dengan yakinnya, Wara pun menjawab,
“Jawapan saya ialah kucing. ” Gebu terkejut dengan jawapan itu. “Kucing? Bagaimanakah kamu tahu jawapannya ialah kucing?” Wara tersenyumdanmemberitahu, “Kerana burung hantu itu menyebut tentang haiwan yang bermisai dan berada di rumah. Comel, kucing kesayangan saya mempunyai misai dan suka duduk di rumah. Jadi, saya rasa kucing adalah jawapan yang tepat. ” Burung hantumengangguk sebagaitanda setuju dengan jawapan yang diberikan oleh Wara. Gebu dan Wara tersenyumpuas dengan kebenaran itu.
Mereka terperanjat melihat batu-batu yang sebelumnya terapung tiba-tiba membentuk sebuah jambatan yang kukuh ke tebing yang curam. Mereka pun melintasi jambatan yang terbentuk dengan cepat. Akhirnya, mereka tiba di Sungai Sakti Berputar Arus, tempat yangmemukau dengan sungainya yang berwarna biru jernih seperti cermin tetapi memiliki arus kecil yang berputar. Gebu mengatakan bahawa ini juga merupakan jalan keluar dari Hutan Ajaib Cahaya Seri. Caranya ialah Wara perlu berenang ke arah arus yang berputar dan menyelam sehingga terlihat gua.
Setelahmendengar penjelasan Gebu,Wara berasa risau akan kemungkinan lemas di arus tetapi Gebu yakin bahawa Wara boleh melakukannya. Sebelum Wara pergi ke sungai, dia mengucapkan terima kasih kepada Gebu kerana menemaninya mencari jalan keluar dan menjadi kawan yang baik. Gebu juga berasa sedih dengan kepulanganWara. Dengan perasaan sedih, diamengucapkan selamat tinggal kepada Gebu dan terus menyelam ke dalam sungai. Berkat keazaman yang kuat, Wara melawan arus yang berpusar untuk mencari jalan keluar dari duniamisteri ini. Wara tersedar bahawa dia sudah berbaring di ruang tamu,sambil merasakan sakit di dahi. Dia cuba bangun tapi dihalang oleh ibunya. Ibu memberitahu Wara bahawa dia terjumpa Wara terbaring disebelah peti besar dalam stor pada waktu pagi. Dahi Wara juga sedikit benjol.
“KenapaWara ada distor?”tanya ibu. Waramenjelaskan, dia hendakmencari buku cerita di dalam peti besar malam tadi. Ibu Wara juga menyangka semasaWaramencari buku cerita itu, dia mungkin terhantuk pada almari kerana bilik stor itu gelap. Ibu Wara menepuk pipi Wara dengan penuh kasih sayang. “Nanti hati-hati ya sayang.Jangan pergi ketempat gelap sendirian padawaktumalam. ” Wara mengangguk sambil berjanji untuk lebih berhati-hati. Dia bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan yang serius. Walau bagaimanapun, pengalaman yang dialami Wara terperangkap dalam Hutan Ajaib Cahaya Seri masih segar dalam ingatan. Gebu sentiasa menemaninya di mana sahaja dia berada. Hubungan rapat mereka telah menguatkan semangat Wara dalam menghadapi cabaran dan pengembaraan yang tidak dijangka.
-Tamat-