The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TOKOH KEPIMPINAN JOHOR
SLB SK BANDAR MAS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Jijah Di Sini, 2021-04-25 12:47:19

TUN TAN SRI (DR) HAJAH FATIMAH HASHIM

TOKOH KEPIMPINAN JOHOR
SLB SK BANDAR MAS

Buku Skrap Digital

TOKOH KEPIMPINAN JOHOR

SK BANDAR MAR, KOTA TINGGI JOHOR

TUN TAN SRI (DR) HAJAH FATIMAH HASHIM
Wanita Pertama Malaysia
Dilantik Sebagai
Menteri Kabinet Malaysia

Maklumat Peserta

AHMAD SUFI BIN SAFWAN

TAHUN 5 ARIF
SK BANDAR MAS, KOTA

TINGGI JOHOR
E-MAIL:

[email protected]

Walau apa,
walau kenapa,
selagi nyawa terlekat di tubuh,
saya tetap bersuara dan berusaha

MUKA SURAT ISI KANDUNGAN
2 PERKARA
3-4
PENDAHULUAN
BIODATA TUN FATIMAH

5 PENDIDIKAN TUN FATIMAH
6-8 KERJAYA POLITIK DAN KEGIATAN SOSIAL
9-10 SUMBANGAN DAN ANUGERAH TUN FATIMAH
11-12 PERANAN TUN FATIMAH DALAM MEMARTABATKAN
13
14-15 KEBAJIKAN WANITA
16 NILAI – NILAI KEPIMPINAN TUN FATIMAH
17
GALERI GAMBAR
RUJUKAN
RUJUKAN

MARI KENALI INSAN ISTIMEWA INI

TUN TAN SRI (DR) HAJAH FATIMAH HASHIM

1

PENDAHULUAN

Daerah Muar sememangnya melahirkan banyak tokoh dalam pelbagai bidang.
Mereka bukan sahaja terkenal di dalam negara malah mengharumkan nama di
persada antarabangsa.

Penglibatan seorang tokoh pemimpin wanita yang tidak asing dalam perjuangan
kemerdekaan negara dan perjuangan memajukan penglibatan wanita dalam
politik merupakan detik-detik dalam sejarah politik negara. Tokoh yang
dimaksudkan, tidak lain dan tidak bukan adalah Allahyarhamah Tun Tan Sri
(Dr.) Fatimah Binti Haji Hashim .

"Oleh itu saya menganggap Allahyarhamah sebagai
"Oleh itu saya menganggap Allahyarhamah sebagai
seorang tokoh pejuang, tokoh wanita dan tokoh
seorang tokoh pejuang, tokoh wanita dan tokoh
dalam kerajaan yang begitu besar jasanya,“
dalam kerajaan yang begitu besar jasanya,“
-Datuk Seri Najib Tun Razak
-Datuk Seri Najib Tun Razak
Sumber:https://www.malaysiakini.com/news/121589
Sumber:https://www.malaysiakini.com/news/121589

2

BIODATA TUN FATIMAH

LAHIR :Tun Tan Sri (Dr) Hajah Fatimah Hashim lahir
pada 25 Disember 1924 di Parit Keroma, Muar Johor.
MENINGGAL DUNIA : Pada 9 januari 2010 (Umur 85
Tahun). Tempat persemadian beliau di Makam Pahlawan,
Masjid Negara, Kuala Lumpur bersebelah pusara suaminya.
KERAKYATAN : Melayu
PARTI POLITJK : Parti Perikatan, UMNO

3

BIODATA TUN FATIMAH

PASANGAN HIDUP : Tan sri Abdul Kadir Yusof
ANAK : Mempunyai 6 orang anak, 19 cucu dan 13 orang cicit.
NAMA ANAK : Datin Mariam, Mohamed Shah, Prof Dato' Dr Khalid, Datuk Ali, Abdul Karim,
Faridah. Anak perempuan sulungnya, Mariam Abdul Kadir, adakah Ketua Pengarah
Perpustakaan Negara Malaysia dan kini telah bersara. Anak kedua, Mohamed Shah Abdul Kadir,
kini telah bersara sebagai Pengerusi McDonald Malaysia dan pengasas Kelab Amal Ronald
McDonald (RMCC) Malaysia. Anak ketiga beliau, Profesor Emeritus Dato' Dr Khalid Abdul
Kadir adalah bekas Pengarah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia , Kuala Lumpur dan dan
kini Ketua Sekolah Klinikal di Universiti Monash Malaysia . Anak lelaki keempat Datuk Anak
Ali Abdul Kadir adalah akauntan ulung dan pernah menjadi pengerusi Ernst & Young Malaysia
serta pengerusi Suruhanjaya Sekuriti , dan bersara sebagai Pengerusi Dubai Investment Group

bahagian Malaysia.

4

PENDIDIKAN TUN FATIMAH

Menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu
Lelaki Parit Keroma, Muar, kerana ketika itu belum
ada sekolah untuk murid perempuan di kampung
tersebut.

Beliau kemudian menyambung pelajarannya di
Sekolah Melayu Perempuan Mersing dan belajar
bahasa Inggeris di sekolah malam dengan seorang
guru Sekolah Convent Johor Bahru.

Beliau pernah menerima latihan perguruan yang
dihadirinya pada tiap-tiap hari sabtu di Sekolah
Perempuan Mersing selama dua tahun, tetapi beliau
tidak mendapat peluang menjadi guru kerana
tercetusnya Perang Dunia Kedua. Walaupun begitu,
ketika umur 16 tahun, beliau pernah mengajar di
Sekolah Perempuan Mersing bagi menggantikan
guru-guru yang bercuti atau sakit.

5

KERJAYA POLITIK

1947 – menyertai UMNO ketika berusia 21 tahun. Beliau menganggotai
Pergerakan Kaum Ibu (UMNO) Cawangan Kampung Nong Chik, Johor Bahru
sebagai Bendahari. Setiausaha Kaum Ibu Cawangan Johor Bahru.
1956 – Menjadi Ketua Pergerakan Kaum Ibu Negeri Perak dan Ketua
Bahagian Ipoh.
11 September 1956 hingga 1972 – Menjadi Ketua Pergerakan Kaum Ibu
Malaya menggantikan tempat Khadijah Sidek. Menyandang jawatan Naib
Yang Dipertua UMNO Malaysia dan mendapat kerusi dalam Jawatankuasa
Majlis Kerja Tertinggi UMNO.
1959 – Menjadi calon pilihan raya bagi kawasan Jitra-Padang Terap dan telah
memenangi kerusi Parlimen bagi kawasan tersebut sebanyak tiga kali berturut-
turut
20 Mei 1969 – Menjadi Menteri Kebajikan Am selama empat tahun. Selaku
Menteri Kebajikan

6

KERKJEARYJAAYPAOPLOITLIITKIK
Jun 1969 – Memberi bantuan kepada keluarga India di Kampung Chubadak
dan Kampung Chempedak di Sentul yang menjadi mangsa semasa Peristiwa
13 Mei. Sebanyak 1000 orang dilaporkan menerima bantuan seperti makanan,
pakaian dan pelbagai peralatan lain.
Jun 1972 – Beliau telah ditewaskan sebagai Ketua Wanita UMNO oleh Senator
Aishah Ghani dalam Perhimpunan Agung UMNO.
7 Julai 1972 – Mengumumkan perletakkan jawatan sebagai menteri tetapi akan
kekal sebagai ahli parlimen bagi kawasan Jitra/Padang Terap. Perkara ini telah
dimaklumkan kepada Tun Abdul Razak selepas pembentangan bajet

7

KEGIATAN SOSIAL

Tun Fatimah aktif dalam pergerakan sosial terutamnya dalam pertubuhan
wanita. Pada tahun 1962, sebagai Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO
beliau telah memulakan perayaan Hari Wanita pada 25 Ogos iaitu perayaan
yang masih disambut pada hari ini. Selepas pelancaran Hari Wanita, Majlis
Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita (National Council of Women’s
Organisations, NCWO) ditubuhkan. NCWO merupakan sebuah badan
gabungan pertubuhan-pertubuhan wanita yang bertujuan untuk menangani
persoalan-persoalan wanita semasa. Sebagai Presiden NCWO, Tun Fatimah
telah mengikuti beberapa persidangan wanita antarabangsa. Tun Fatimah
dipilih sebagai Timbalan yang Dipertua bagi penggal pertama (1962-1965),
dan menerajui NCWO selama 24 tahun sehingga bersara daripada jawatan
pada tahun 1989.

Tun Fatimah juga pernah menjadi: 8
Ahli Jawatankuasa Lembaga Loteri Kebajikan Masyarakat
Ahli Majlis Universiti Malaya
Ahli Jawatankuasa Hospital Assunta
Ahli Jawatakuasa Sekolah Latihan Wanita Ipoh
Ahli Jawatankuasa Perikatan Peringkat Malaya
Ahli Jawatankuasa Majlis Pepaduan Kebangsaan Malaysia
Naib Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah.
Pro-Canselor Universiti Teknologi Malaysia (1995)

SUMBANGAN TUN FATIMAH

Walaupun memperjuangkan politik, namum profesion perguruan tetap tebal dalam
jiwa beliau apabila Tun Fatimah masih berkesempatan membuka kelas dewasa
untuk membasmi masalah buta huruf di kalangan penduduk luar bandar di Kota
Tinggi.

Selaku pemimpin wanita melayu pertama menjadi Menteri, Tun Fatimah
seringkali diundang memberi ucapan dan ceramah dalam seminar, forum dan
persidangan yang dianjurkan oleh pelbagai pertubuhan baik di dalam mahupun
di luar negara. Antara mesyuarat dan persidangan yang pernah dihadirinya ialah
Perjumpaan Wanita Antarabangsa di Tehran pada tahun 1965.

Semasa menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat, beliau gigih memperjuangkan
hak wanita supaya tidak didiskriminasikan dalam pembayaran gaji dan pencen,
mendapat perlindungan sewajarnya serta memastikan kebajikan wanita tidak
diabaikan setelah berlaku perceraian. Berbekalkan semangat kental dan keinginan
untuk melihat negara maju sebagai sebuah negara berdaulat mengikut acuannya
sendiri, tidak sebarang imbuhan yang diharapkan daripada setiap sumbangan dan
pengorbanan yang dihulurkan.

9

ANUGERAH

2009 ANUGERAH MERDEKA – beliau seorang daripada empat
rakyat Malaysia yang terkemuka dan cemerlang untuk menerima
Anugerah Merdeka bagi kategori Pendidikan dan Komuniti

2003 PINGAT SERI SETIA MAHKOTA (S.S.M) oleh Seri Paduka
Baginda Yang Di-Petuan Agong yang membawa gelaran ‘Tun’.

2000 IJAZAH KEHORMAT DOKTOR PENDIDIKAN oleh
Universiti Teknologi Malaysia

1975 IJAZAH KEHORMAT DOKTOR UNDANG-UNDANG oleh
Universiti Malaya

1958 Menerima pingat PANGLIMA MANGKU NEGARA (P.M.N)
oleh Yang di-Pertuan Agong yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.

10

PERANAN TUN FATIMAH DALAM
MEMARTABATKAN KEBAJIKAN WANITA

MEMPERJUANG HAK WANITA
Begitu banyak orang yang memilih Tun Fatimah dalam pilihan raya. Pada tahun
1969, dia menjadi wanita pertama di Malaysia untuk dipilih menjadi kerajaan. Dia
betul-betul bekerja menulis undang-undang bagi wanita untuk mendapatkan gaji
yang sama untuk kerja yang dilakukan oleh lelaki dan wanita dan undang-undang
yang membenarkan wanita memiliki tanah. Dia bahkan membuat 25 Ogos hari
istimewa yang dipanggil Nasional Hari Wanita!

STRATEGIK MENYATUKAN WANITA
Tun Fatimah tahu untuk menang hak yang sama untuk wanita, dia pertama sekali
harus bersatu atau mempertemukan wanita di Malaysia. Jadi, Tun Fatimah
mengumpulkan wanita untuk buat bengkel, kelab sosial, malah kumpulan
memasak. Dia mengambil setiap peluang agar dapat berjumpa wanita, bercakap,
dan bertukar idea.

MENGANGKAT PANDANGAN AGAMA
Mempelajari Islam sejak zaman kanak-kanak membuatkan Tun Fatimah percaya
bahawa ada cara menjalankan sesuatu yang lebih baik di Malaysia.
Diilhamkan oleh apa yang dia pelajari tentang bagaimana lelaki
Muslim dan wanita dari sudut pandangan agama sebelum dia
dapat mengubah komuniti mereka.

11

PERANAN TUN FATIMAH DALAM
MEMARTABATKAN KEBAJIKAN WANITA

MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT
Tun Fatimah tidak pernah lupa bagaimana sukar baginya ketika dia miskin. Dia
tidak mahu ada orang miskin di Malaysia. Imannya mengajarnya untuk
membantu golongan miskin. Dia mencipta peluang pekerjaan untuk rakyat
Malaysia melalui sistem air, jalan raya dan banyak lagi. Pastinya terbuka buat
wanita juga.

NILAI MEMANDANG TINGGI ILMU PENGETAHUAN
Tun Fatimah sangat suka belajar. Bapa saudara dan ayahnya sangat menyokong
keinginannya untuk hadir sekolah dan belajar mengenai Islam. Kerana itu dia
mahu semua rakyat Malaysia tanpa mengira jantina dan latar belakang dapat
membaca. Dia membina sekolah untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Tun
Fatimah juga mempunyai perpustakaan yang dibina di seluruh Malaysia.

NILAI USAHA TANPA PUTUS ASA
Usaha Tun Fatimah untuk memartabatkan wanita telah berjaya. Wanita
Malaysia menjadi lebih yakin dan mahu terlibat dengan hal ehwal negara.
Jumlah wanita di Organisasi Kebangsaan Melayu Bersatu meningkat menjadi
20,000! Ini usaha Tun Fatimah yang luar biasa.

12

NILAI-NILAI KEPIMPINAN
TUN FATIMAH

MENONJOLKAN NILAI KOMPETEN SEPANJANG BEKERJA DAN BERSARA
Setiap waktu yang senggang digunakannya untuk belajar dan menimba ilmu, untuk
disampaikannya kembali kepada anggota pengajian dan organisasi wanita yang dipimpinnya.
Ia banyak membangkitkan semangat kaum wanita untuk maju dan menambah keterampilannya
di berbagai bidang sebab untuk sekolah lagi sudah terlambat. Banyak pelatihan dan kursus-
kursus yang diberikan kepada kaum ibu dan anak–anak remaja yang putus sekolah guna
meningkatkan kualitas hidup mereka. Ketika beliau telah bersara sekalipun, beliau tetap tidak
mahu berpangku tangan dan menikmati hari tua dengan berdiam diri di rumah. Melainkan
sibuk mengurus pengajian di kalangan ibu-ibu di tempat tinggalnya dan membentuk persatuan
ibu-ibu dengan nama “Perwiba”.

MENONJOLKAN NILAI KETRAMPILAN DIRI YANG BAIK
Setiap anggota UMNO mengakui bahwa beliau adalah seorang yang ramah, baik hati, pekerja
keras dan suka menolong orang yang dilanda kesusahan. Beliau sangat menekankan keikhlasan,
kesabaran dan kegigihan dalam bekerja agar hasil yang dicapai juga maksimum dan
menjauhkan diri dari sifat ingin kaya serta mengambil keuntungan dari parti.

13

GALERI GAMBAR
TUN FATIMAH BERSAMA SUAMINYA TAN SRI
ABDUL KADIR YUSOF DAN LIMA DARI ENAM
ANAK MEREKA
Sumber : http://muziummuar.blogspot.com/2012/

PADA MEI 1969, TUN FATIMAH MENJADI MENTERI
KABINET WANITA PERTAMA DI MALAYSIA YANG
MEMEGANG JAWATAN MENTERI KEBAJIKAN. DIA
DILIHAT DI SINI BERSAMA SUAMINYA, TAN SRI
ABDUL KADIR ABDUL YUSOF, MENTERI UNDANG-
UNDANG. Sumber : Malaysia Cabinet Ministers

BELIAU MERUPAKAN WANITA PERTAMA
DIKEBUMIKAN DI MAKAM PAHLAWAN MASJID
NEGARA. DISEMADIKAN BERSEBELAHAN SUAMI
TERCINTA.
Sumber:https://tengkusyah.blogspot.com/search?q=tun+f
atimah

TUN FATIMAH KETIKA BELIAU SUDAH
BEREHAT DARI DUNIA POLITIK.
Sumber:http://mediawanitamaya.blogspot.com/2016
/08/tun-fatimah-binti-hashim.html

14

GALERI GAMBAR

KERATAN AKHABR LAMA SEPANJANG TUN FATIMAH TERLIBAT DENGAN POLITIK
Sumber :https://www.ukm.my/pkwtfh/maklumat-tun-fatimah-hashim/

15

PENUTUP

Tun Tan Sri (Dr) Hajah Fatimah Hashim adalah tokoh wanita yang istimewa. Bukan saja kerana
beliau tercatat sebagai wanita pertama yang diangkat sebagai menteri, tetapi beliau juga terkenal
disebabkan kepemimpinannya dalam pergerakan wanita di Malaysia. Tun Fatimah dianggap
sebagai seorang tokoh pejuang yang banyak berjasa dalam memberi sumbangan kepada kerajaan
dan negara. Tun Fatimah adalah seorang tokoh wanita unggul yang meletakkan asas dalam
perjuangan wanita pada peringkat awal kemerdekaan negara ini. Dapat diambil suatu
kesimpulan bahawa usahanya mengangkat darjat wanita serta memperjuangkan hak-hak kaum
wanita sudah selayaknya mendapatkan penghargaan dan pujian. Setelah pengangkatan beliau
jadi menteri maka beliau semakin menjadi role model bagi para wanita Malaysia, meskipun telah
mencapai usia yang sangat tua, 78 tahun.

16

RUJUKAN

Muhammad Rahimi Hasan and Bahiyah Abdul Hamid. 2017. Pembangunan kepimpinan
wanita: membina ilmu watan bagi kepimpinan wanita menerusi
kehidupan Tun Fatimah Hashim. Kajian Malaysia 35(1): 91–
116.https://doi.org/10.21315/km2017.35.1.5

Wikipedia Ensiklopedia Bebas. 17 April 2021.Fatimah Hashim. Diperolehi pada
April 24, 2021 daripada https://ms.wikipedia.org/wiki/Fatimah_Hashim

Muzium Muar.2012. Tun Tan Sri (Dr) Hajah Fatimah Hashim. Diperolehi pada April 24,
2021 daripada http://muziummuar.blogspot.com/2012/

Univerisiti Kebangsaan Malaysia. 2021. Maklumat Tun Fatimah hashim. Diambil pada
April 24, 2021 daripada https://www.ukm.my/pkwtfh/maklumat-tun-
fatimah-hashim/

Rabata. 2021. Tun Fatiham Hashim. Diperolehi pada April 24, 2021.https://www.rabata.
org/leadership-and-legacy/tun-fatimah hashim/?fbclid=IwAR0CYBclZ
s6SL40iEN1uJCn9Jp7CMiPIGfRa0NCd X-aBH-XcZsY_Td-u-5I

17

1924- 2010


Click to View FlipBook Version