MPU 2305
SAINS, TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
TUGASAN BERASASKAN MASALAH : PERTUKARAN JANTINA
PENSYARAH : PUAN NURUL AZIDAH BINTI JAAFAR
SYAHMI DHIA BATRISYA BINTI ZURESH (06DKA21F1121)
NURASNIDA BINTI SYAROLNIZAM (06DKA21F1120)
NURFARAH SHUHADA BINTI MOHD YUSRI (06DKA21F1116)
PENGENALAN
Pertukaran jantina adalah golongan lelaki yang menyerupai wanita atau golongan wanita yang menyerupai
lelaki. Pada dasarnya Islam mengiktiraf jantina biologi manusia iaitu samaada lelaki ataupun perempuan.
Namun begitu, masalah kecelaruan identiti gender yang dialami oleh sesetengah kelompok yang dikenali
sebagai transeksual seringkali dikaitkan dengan pembedahan untuk menukar jantina. Di Malaysia, perbahasan
berkenaan isu penukaran jantina telah ditetapkan hukumnya melalui Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan
yang mengharamkan pembedahan untuk menukar jantina kecuali dalam situasi khunsa. Kertas ini bertujuan
memberikan pendedahan berkenaan fatwa yang menerima dan menolak pertukaran jantina dengan memberi
fokus kepada alasan penerimaan dan penolakannya. Metodologi yang digunakan ialah kajian kepustakaan.
Perbahasan mengenai isu pertukaran jantina menunjukkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa
Majlis Kebangsaan hanya membenarkan khunsa untuk melakukan penyempurnaan jantina yang tidak jelas. Hal
ini berbeza dengan mukhannas yang telah jelas jantina mereka dan tidak memerlukan sebarang perubahan
kerana dianggap mengubah ciptaan Allah swt. Walaubagaimana pun perbuatan pertukaran jantina ini boleh
dikaitkan dengan aktiviti LGBT kerana setelah terjebak dengan perbuatan pertukaran jantina mereka akan
terjerumus dalam hubungan LGBT iaitu menyukai sesama jantina dimana perbuatan ini juga dilaknat oleh allah
SWT.
OBJEKTIF
Objektif kajian ini adalah sangat penting kerana ia menjadi garis panduan bagi
tujuan mengenalpasti masalah dan mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi
masalah ini lebih berleluasa dan berkembang.Berikut adalah antara objektif
yang terlibat dalam penyelesaian masalah ini :
1) Bagi mengenali beberapa istilah yang berkaitan dengan petukaran jantina.
2)Sikap yang seharusnya diambil oleh seorang muslim terhadap isu ini,
tindakan dan langkah yang bersesuaian bagi mengatasi permasalahan ini.
3) Usaha bimbingan dan interaksi dengan kelompok pertukaran jantina
khususnya yang sudah lama berkecimpung
PANDANGAN HUKUM
ISLAM TERHADAP
PERTUKARAN JANTINA
Definisi pertukaran jantina
Mengubah menukar atau menjadikan sesuatu itu berbeza daripada asalnya. Manakala ciptaan
adalah sesuatu yang diciptakan. Oleh itu, mengubah ciptaan Allah SWT ialah perbuatan
mengubah rupa bentuk serta fizikal tubuh badan secara mutlak dengan pelbagai cara demi
memenuhi kepuasan hati dan juga untuk kecantikan diri. Hukumnya HARAM (taghyir)
pembedahan penukaran jantina tanpa sebab-sebab yang diharuskan syarak.
لَقَ ْد َخلَ ْقنَا ٱ ْْ ِلن َٰ َس َن ِف ٓى أَ ْح َس ِن تَ ْق ِويم
Maksudnya: “Sesungguhnya kami telah cviptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya”
Larangan mengubah ciptaan Allah SWT berdasarkan firman-Nya dalam surah an-Nisaa’ 4: [119]
َو ََلُ ِضلَّنَّ ُه ْم َو ََلُ َمنِّيَنَّ ُه ْم َو ََلَ ُم َرنَّ ُه ْم َف َليُ َبتِّ ُك َّن َءا َذا َن ٱ َْلَ ْن َٰعَ ِم َو ََلَ ُم َرنَّ ُه ْم فَلَيُ َغيِّ ُر َّن َخ ْل َق ٱََّّللِ ۚ َو َمن َيتَّ ِخ ِذ ٱل َّش ْي َٰ َط َن َو ِليًّا ِّمن ُدو ِن ٱََّّل ِل فَقَ ْد َخ ِس َر
ُخ ْس َرانًا ُّم ِبينًا
Maksudnya; “Dan pasti akan aku sesatkan mereka, dan akan aku bangkitkan angan-angan kosong pada
mereka, dan akan aku suruh mereka memotong telinga-telinga binatang ternakan (lalu mereka betul-betul
memotongnya), dan akan aku suruh mereka mengubah ciptaan Allah (lalu mereka betul-betul mengubahnya).
Barangsiapa yang menjadikan syaitan sebagai pelindung selain Allah, maka sesungguhnya dia menderita
kerugian yang nyata”.
Dalam ayat diatas kita dapat difahami bahawa perbuatan pertukaran jantina ini didorong oleh hawa
nafsu dan godaan syaitan sesuai dengan janjinya untuk menyesatkan anak Adam supaya melakukan
perkara yang dilarang Allah. Asalnya segala bentuk pembedahan yang membawa kepada perubahan
anggota tubuh manusia adalah dilarang dan diharamkan jika dilakukan untuk tujuan kecantikan dan
untuk kepuasan hati bukannya kerana ada keperluan perubatan yang dibenarkan syarak. Tambahan
pula, perbuatan ini bertentangan dengan islam kerana golongan ini menyerupai jantina berlainan
contohnya golongan lelaki yang menyerupai wanita dan golongan wanita yang menyerupai lelaki.
Perbuatan tersebut haram kerana mengubah fitrah asal kejadian dan mempunyai unsur penipuan iaitu
menampilkan perkara yang bukan asli. Bahkan menjurus kepada pembaziran wang dalam perkara
mungkar serta dilaknat Allah. Ulama juga besepakatan bahawa berubah menjadi “pondan” atau
“tomboi” adalah haram , ia termasuk di dalam larangan dalam hadis yang termasyhur.
PENYELESAIAN MASALAH
Kemajuan dunia perubatan telah memberikan manfaat yang besar terhadap golongan yang mengalami ketidak sempurnaan
jantina ini melalui kaedah pembedahan yang membolehkan mereka menyempurnakan alat kelamin. Penemuan baru yang
dicapai melalui kaedah rawatan boleh dianggap sebagai suatu pencapaian yang gemilang yang membuktikan kebijaksanaan
manusia. Dari sudut yang lain, pencapaian ini turut menjadi alternatif dari kalangan golongan transeksual untuk melakukan
pertukaran jantina mengikut kehendak yang dirasakan sesuai dengan jiwa mereka. Perkara ini menjadikan perbahasan
berkenaan isu transeksual menjadi semakin kompleks terutama apabila transeksual dikaitkan dengan gender identity
disorder atau individu yang mengalami kecelaruan identiti gender. Di Malaysia, golongan transeksual tidak mendapat
pengiktirafan walaupun hampir 70 peratus daripadanya adalah di kalangan orang Melayu dan beragama Islam (Teh, 2002).
Ini termasuklah golongan lelaki lembut, cross dresser dan transvestite. Berdasarkan kajian Suraiti Ghazali et al. (1985), isu
transeksual di Malaysia mendapat tumpuan melalui pelbagai tajuk yang dipamerkan oleh laporan dan rencana akhbar yang
membayangkan kegelisahan dan simpati masyarakat terhadap golongan ini. Sementara itu, isu pembedahan untuk menukar
jantina oleh golongan transeksual telah diputuskan melalui Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang
bersidang pada tahun 1983 mengharamkan perbuatan tersebut. Melalui beberapa kajian awal yang dilakukan di Malaysia,
dapatan kajian menunjukkan reaksi yang berbeza dalam kalangan transeksual berhubung fatwa yang dikeluarkan oleh JFMK.
Dalam kajian Khairuddin et al. (1987) ke atas 73 responden menunjukkan 20 peratus bersetuju dengan pengharaman
pembedahan pertukaran jantina dan selebihnya tidak bersetuju dengan memberikan alasan dan pandangan peribadi bagi
menjustifikasikan perbuatan tersebut. Manakala kajian Teh (1998) ke atas 507 mak nyah mendapati hanya 19 peratus yang
melakukan pembedahan pertukaran jantina dan selebihnya hanya mengambil ubat-ubatan bagi merangsang hormon wanita.
Sungguhpun begitu, kajian tersebut turut mendapati kebanyakan responden menyedari bahawa pembedahan untuk menukar
jantina adalah haram.
• Di Malaysia secara normalnya komuniti pertukaran jantina ini iaitu golongan Lesbian, Gay,
Biseksual dan Transgender (LGBT) tidak mendedahkan diri mereka kepada orang awam (Md
Yusof et al., 2014). Shield (2012) turut menjelaskan perkara yang sama dengan menyatakan
bahawa statistik populasi golongan LGBT sukar diperolehi dan maklumat mengenai golongan ini
juga adalah terhad. Bahkan, The Equal Rights Trust (ERT) (2012) yang menerangkan bahawa
tiada statistik yang boleh dipercayai berkenaan dengan bilangan individu LGBT di Malaysia.
Walaupun tiada statistik yang dapat membuktikan peningkatan populasi lesbian di Malaysia,
tetapi media sosial pula telah membuktikan sebaliknya. Hal ini dapat dilihat daripada statistik
yang diperolehi melalui data-data yang dikumpulkan melalui beberapa jenis media sosial
terkenal di Malaysia seperti facebook, twitter, dan laman web. Malahan, pendapat ini turut
disokong oleh Md Yusof et al. (2014) yang menjelasksepaan bahawa komuniti ini hanya boleh
dikenalpasti melalui medium ra awam seperti facebook, Youtube, blog, dan badan-badan NGO
yang sejajar dengan perjuangan LGBT. Di samping itu, kajian Mohd Juaini, Abd. Halim,
Mohamed, Riza dan Chik (2017), juga menyenaraikan beberapa aplikasi di media sosial seperti
laman web, facebook dan twitter dan membentuk statistik jumlah dan peratusan penglibatan
lesbian sebagai ahli, pengikut dan pengunjung.
• Merujuk statistik pada rajah disebelah , menunjukkan individu lesbian mula menonjolkan diri dalam komuniti
lesbian di media sosial dan penyertaan dalam komuniti tersebut meningkat secara perlahan-lahan & tidak
disedari oleh masyarakat umum. Tambahan pula, sehingga kini tiada statistik yang tepat untuk membuktikan
peningkatan bilangan populasi lesbian di Malaysia dan pengkaji sekadar bergantung kepada statistik yang
dapat dikumpul melalui tinjauan daripada media sosial. Menurut Cheah dan Singaravelu (2017), proses
pendedahan tersebut dikenali sebagai coming out dalam kalangan LGBT yakni menunjukkan tahap penerimaan
diri iaitu mengakui & memberitahu orang lain keinginan seksual sejenis. Pereira (2014) menyatakan bahawa
proses pendedahan diri merupakan sebahagian proses pembentukan identiti homoseksual. Dalam hal ini,
Degges-White, Rice dan Myres (2000) telah menjelaskan pada peringkat keempat teori pembentukan identiti
seksual iaitu penerimaan identiti yakni individu telah terlibat secara aktif dengan komuniti lesbian dan perasaan
selesa memiliki identiti seksual ini semakin meningkat. Di Malaysia, individu gay dan lesbian mendedahkan
orientasi seksual mereka dengan pelbagai cara sama ada secara langsung atau tidak dan melihat reaksi
masyarakat terlebih dahulu sebelum membuat keputusan sama ada untuk terus menyembunyikannya /
mendedahkannya.
Disamping itu, faktor dan punca-punca yang klishe atau biasa ke atas apa jua masalah sosial ialah pengaruh didikan ibu bapa,
sebagai contoh, ibu yang sangat teringinkan anak perempuan tetapi yang lahir adalah lelaki, telah dengan tanpa rasa bersalah
membesarkan anak tersebut dengan gaya dan cara hidup seorang perempuan (Metro, 20/07/2003). Seterusnya, krisis identiti zaman
remaja di mana ketika inilah mereka tercari-cari identiti mereka dan terikut-ikut dengan apa yang ada di sekeliling. Melalui satu
temu bual yang dijalankan, responden mendakwa beliau terjebak ke kancah transeksual kerana dalam keluarga beliau semuanya
perempuan dan merasa lebih senang dan selesa bergaul dengan perempuan seterusnya terikut-ikut gaya dan cara mereka (temu
bual dibuat di kelas secara spontan dengan pelajar penulis sendiri). Di peringkat remaja, ibu bapa akan menghadapi kesukaran
untuk mengawal2 . Keadaan menjadi bertambah buruk apabila pengaruh dari media massa dan media elektronik yang semakin
canggih tanpa sempadan; laman sosial seperti Facebook, Twitter dan MySpace dijadikan medium untuk mereka berkomunikasi
dengan mudah dan bersatu di dalam mengumpulkan pengaruh dan merancang aktiviti bersama dengan mudah tanpa batasan. Di
sini jugalah pemilihan rakan sebaya menjadi faktor bertambahnya golongan transeksual ini (Shamsudin Sohor, 1994). Faktor klimaks
yang amat membimbangkan yang juga boleh menjadi implikasi buruk kesan dari gejala transeksual ini, ialah apabila perbuatan
mereka ini, dijadikan sebagai punca pendapatan dan melalui temu bual yang dibuat (temu bual dibuat dengan rakan penulis sendiri),
mereka mengakui pendapatan mereka sangat lumayan kerana didapati semakin tinggi permintaan ke atas perkhidmatan mereka.
Sekalipun khidmat itu, ada yang bermanfaat (andaman, pereka fesyen, kebudayaan) tetapi tidak kurang yang merosakkan diri dan
masyarakat (aktiviti seksual). Permintaan yang tinggi ini adalah satu fenomena yang membimbangkan sekalipun khidmat yang
dilanggan dari golongan ini tidak berbentuk seksual, tetapi secara tidak langsung, hakikatnya masyarakat seolah-olah mula
menerima mereka dan tidak menganggap ia suatu kesalahan, malahan ada yang dilayan istimewa kerana keunikan mereka. Ini
adalah sesuatu yang amat membimbangkan. Malah kesan daripada permintaan tinggi dan penerimaan secara tidak langsung
masyarakat terhadap golongan ini, mereka semakin galak menubuhkan persatuan/ pertubuhan sesama mereka untuk kepentingan
mereka dan sudah tentu juga bergerak untuk memperjuangkan hak mereka seperti mana yang diperjuangkan di negara-negara barat
yang mula mengiktiraf golongan ini. Kewujudan Persatuan “Pink Triangle” di Kuala Lumpur adalah bukti bahawa golongan
transeksual ini agak serius dalam usaha mendapatkan hak mereka di negara ini (Hamdan Kadir, 2003). Kewujudan terus (survival)
persatuan seumpama ini adalah disebabkan “semangat” yang dipamerkan oleh gerakan-gerakan yang menyokong kumpulan atas
nama hak asasi manusia sama ada dari dalam mahupun dari luar negara
DALIL DAN HADIS
َع ْن ا ْب ِن َعبَّا ٍس َر ِض َي َّلَّلاُ َع ْن ُه َما َقا َل لَعَ َن النَّبِ ُّي َصلَّى َّلَّلاُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم ا ْل ُم َخنَّ ِثي َن ِم ْن ال ِّرَ َجا ِل َوا ْل ُمتَ َرَ ِّج ََ ِِ ِم ْن النِّ َسا ِء
Masudnya : “ Nabi SAW melaknat lelaki yang berperangai perempuan dan wanita yang berperangai lelaki , baginda
bersabda , usirlah mereka dari rumah kamu.
(Ibnu abbas)
Maksudnya : Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia. Dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang
dijadikan oleh Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas”.
QS. Asy syu’ara ayat 165 – 166
Maksud: Ibn ‘Abbas RA menceritakan bahawa Nabi SAW melaknat para lelaki yang mukhannits
(melemah lembutkan tubuhnya) dan para wanita yang mutarajjilat (perempuan yang menjadi
maskulin)”. Baginda SAW menambah, “Keluarkan mereka daripada rumah kami dan keluarkan si
fulan dan si fulan, iaitu maknyah.
(Al-Bukhari)
SKOP MASALAH DAN PENYELESAIAN
1. Pengaruh Media Massa
- Media massa seperti internet merupakan medium yang memudahkan golongan LGBT
iaitu pertukaran jantina mendapatkan maklumat tentang gejala tidak sihat mereka.
Kewujudan laman sosial seperti Facebook dan Twitter memudahkan lagigolongan ini
berkomunikasi dalam kelompok mereka. Penularan gejala LGBTini juga diketahui oleh
masyarakat umum melalui laman-laman web yang kebanyakkannya diwujudkan oleh
negara Barat yang meluluskan Undang-undang Perkahwinan Sejenis dan perlakuan
sonsang.
2. Pengaruh ibu bapa
-Ibu bapa merupakan punca berlakunya pertukaran jantina kerana terlalu manjakan
anaknya dan cara membesarkan anak dengan gaya hidup dan cara yang salah.
Contohnya ibu yang teringin anak perempuan tapi yang terlahir lelaki.
USAHA MENANGANI PERBUATAN PERTUKARAN JANTINA
AKTIVITI DAN KOS ANGGARAN
• Aktiviti yang boleh buat ialah Pusat pemulihan, bimbingan dan sokongan untuk usaha memulihkan golongan lgbt
atau pertukaraan jantina selain mendedahkan mereka di social media. Program-program yang dijalankan akan
mendapat sokongan dan juga saluran kewangan daripada pihak jakin mahupun NGO yang terlibat
total= RM4350
FAEDAH MENGHINu DARI PERBUATAN INI
1) memupuk jiwa diri atau kehidupan () لنفسjiwa) adalah intipati segala-galanya kerana semua yang ada di
dunia ini terletak pada jiwa. D[alam al-quran terdapat beberapa ayat yang menyuruh menjaga jiwa dan
kehidupan .oleh itu jiwa mesti dipupuk dan diperbaiki .
2) menjaga akal ( )لعقyg membezakan manusia dengan manusia)dan makhluk allah yang lain, akal adalah
sesuatu subjek yang sangat penting untuk kehidupan manusia dan kerana sebab itu allah suruh manusia
sentiasa menjaganya. salah satu bentuk untuk meningkatkan kualiti adalah dengan belajar .