The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-82152913, 2023-03-13 11:25:58

BUKU PENGURUSAN 2023-2024 ONLINE

BUKU PENGURUSAN 2023-2024 ONLINE

1 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti


2 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Maklumat Peribadi 5 Kata Alu-Aluan Pengetua 6 Carta Pengurusan SMKTPPTM 7 MAKLUMAT AM Maklumat Asas Sekolah 8 Visi Dan Misi KPM 9 Piagam Pelanggan 10 Sejarah Sekolah 11 Senarai Pengetua 14 Senarai YDP PIBG 14 Lencana Sekolah 15 Replika Keris Panglima 16 Data Guru Dan Kakitangan Sokongan 17 Bilangan Kelas Dan Murid 17 Kemudahan Sekolah 18 Peraturan – Peraturan Am Sekolah 19 Carta Organisasi TS25 29 Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) 30 Maklumat Guru 31 Maklumat Staf Sokongan 53 Kedudukan Kelas 57 Pelan Laluan Kebakaran 58 Surat Lantikan Rasmi 59 TAKWIM Takwim Penggal Persekolahan 60 Cuti Perayaan yang Diperuntukan oleh KPM 61 Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri Pahang 62 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Carta Organisasi Pengurusan Dan Pentadbiran 64 Jawatankuasa Pengurusan Dan Pentadbiran 65 Jawatankuasa SKPMG2 /Jaminan kualiti 65


3 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti Jawatankuasa Induk TS25 66 Jawatankuasa Kerja TS25 66 Jawatankuasa Kewangan Sekolah 69 Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah 69 Jawatankuasa LADAP 69 Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan 70 Jawatankuasa Fizikal & Perabot Jawatankuasa Siaraya 70 71 Jawatankuasa Digital 71 Jawatankuasa Promosi, Hebahan, Kolokium/Pameran, Galeri Media & Success Stories 72 Jawatankuasa Bilik-bilik Khas 72 Senarai Penyelaras Tingkatan 72 Senarai Guru Kelas dan Penyelaras Tingkatan 73 Jawatankuasa Prospektus 74 PIBKS (Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti, Swasta) 74 Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa & Guru 75 KURIKULUM Carta Organisasi Kurikulum 77 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah 78 Ketua Panitia & Penyelaras Bidang Bahasa 79 Ketua Panitia & Penyelaras Bidang Kemanusiaan 79 Ketua Panitia & Penyelaras Bidang Sains & Matematik 80 Ketua Panitia & Penyelaras Bidang Teknik & Vokasional 80 Jawatankuasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 81 Jawatankuasa Jadual Waktu 82 Kelas Aliran Agama/Program CAQ 82 Jawatankuasa MBMMBI/DLP/HIP 82 Jawatankuasa PSS 83 Waktu PdPc 84 Pakej Tingkatan Satu dan Dua 85 Pakej Tingkatan Tiga 86 Pakej Tingkatan Empat 87 Pakej Tingkatan Lima 88


4 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti HAL EHWAL MURID Carta Organisasi Hal Ehwal Murid 90 Jawatankuasa Hal Ehwal Murid 91 Jawatankuasa Data Murid (MOEIS) 91 Jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling 91 Jawatankuasa Unit Disiplin 92 Jawatankuasa Unit Pengawas 92 Jawatankuasa Unit Bina Insan 93 Jawatankuasa Unit SPBT 93 Jawatankuasa Unit Bantuan Murid 94 Jawatankuasa Unit 3K 95 Jadual Guru Bertugas Mingguan 97 KOKURIKULUM Carta Organisasi Kokurikulum 103 Jawatankuasa Induk Kokurikulum 104 Jawatankuasa Sukan 104 Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah 105 Jawatankuasa PAJSK 106 Jawatankuasa Koperasi 106 Senarai Unit Kokurikulum Badan Beruniform 107 Kelab Persatuan 110 Sukan Permainan 113 Rumah Sukan 116 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) Carta Organisasi Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) 119 Jawatankuasa Pentadbiran PPKI 120 Jawatankuasa Kurikulum PPKI 121 Jawatankuasa HEM PPKI 122 Jawatankuasa Kokurikulum PPKI 124 Guru-guru Kelas PPKI 126


5 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti MAKLUMAT PERIBADI PROFIL DIRI NAMA NO TEL NO. KP NO GAJI NO FAIL PERGERAKAN NO. LHDN NO KWSP ALAMAT SEKOLAH EMEL MAKLUMAT PASANGAN NAMA PASANGAN NO KP PEJABAT NO TEL MAKLUMAT IKHTISAS & AKADEMIK Peringkat Institusi Bidang Tarikh MAKLUMAT JAWATAN Jawatan Gred Jwtn. Kump. Jwtn Gred Semasa Skim Pencen Tarikh Pencen Tarikh Lantikan pertama Tarikh sah Lantik DG 41 Tarikh Sah Lantik DG 44 Lantik DG 48 Lantik DG 52 Lantik DG 54 MAKLUMAT SEJARAH PERKHIDMATAN Tarikh Mula Tempat / Instistusi Tarikh Akhir Jawatan


6 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti Sekapur Sirih Semua Warga SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah, dan syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan segala kudrat dan iradahNya dikurniakan rahmat dan nikmat serta dengan izinNya, kita dapat lagi meneruskan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita sebagai warga SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad. Syabas dan setinggi-tinggi tahniah serta jutaan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa kerana telah berjaya menyiapkan Buku Pengurusan 2023/2024.Ianya diterbitkan setiap tahun untuk dijadikan rujukan dan garis panduan semua guru dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang wajib ditunaikan dengan berkesan bagi meningkatkan kualiti pengurusan sekolah. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Datang ke sesi persekolahan baharu tahun 2023/2024. Ucapan terima kasih juga kepada semua warga PANGLIMA kerana telah bertungkus lumus serta berpenat lelah melaksanakan tugas yang diamanahkan untuk sesi persekolahan pada tahun 2022/2023. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengesahkan SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad sebagai sekolah TS25 baharu bagi Kohort 7 pada 7 Julai 2022. Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Matlamat Program TS25 adalah mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran(PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan yang unggul melalui 4 perkara iaitu Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, Kepimpinan yang berkualiti/berwawasan, Guru yang kompeten dan berinspirasi tinggi dan Komitmen komuniti yang padu. Selaras dengan itu, Misi PANGLIMA ialah memperkasakan kemenjadian murid secara gobal dan meningkatkan sekolah berkualiti menjelang 2025. Saya juga berharap cabaran-cabaran yang kita lalui dalam tahun 2022/2023 tidak melunturkan usaha kita dalam memperkasakan kemenjadian murid yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, kokurikulum tetapi juga sahsiah dengan memegang prinsip bahawa semua murid boleh belajar, diajar dan menjadi murid PANGLIMA yang “Berilmu, Beriman dan Berbakti”. Marilah kita bergerak sederap sentiasa berusaha meningkatkan kompeten diri dan mengaplikasikan amalan terbaik bagi menjamin input yang berkualiti. Usaha ini sekali gus akan menjayakan visi KPM iaitu Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera. Akhir kata, “Selamat Bertugas Dengan Penuh Komitmen, Ikhlas dan Dedikasi”. Sekian terima kasih. JUWITA BINTI JAMALUDIN PENGETUA SMK TPPTM


7 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti


8 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti MAKLUMAT ASAS SEKOLAH Nama dan Alamat Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan Kod Sekolah CEA 4075 No Telefon 09-5732868 No Faks 09-5739726 E-mail [email protected] Portal Sekolah http://www.panglima.edu.my Gred Sekolah A Pagi sahaja. Jenis Sekolah Sekolah Harian – Bandar Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran dan Penglihatan) Tarikh ditubuhkan 12/01/1989 Keluasan sekolah 19.99 Ekar (8.09 Hektar) Nama Pengetua JUWITA BINTI JAMALUDIN Bilangan Guru Lelaki = 17 Perempuan = 95 Jumlah = 112 Bilangan Murid Lelaki = 730 Perempuan = 543 Jumlah = 1273 Bilangan Kakitangan Lelaki = 6 Perempuan = 18 Jumlah = 24


9 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti VISI DAN MISI KPM


10 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti PIAGAM PELANGGAN Bahawa kami warga SMK TENGKU PANGLIMA PERANG TENGKU MUHAMMAD dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menyediakan sistem pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak negara, masyarakat dan individu serta memenuhi matlamat pendidikan negara seperti berikut: ● Memastikan semua murid menerima pengajaran dan pembelajaran berkualiti mengikut perancangan dan masa yang diperuntukkan. ● Memberi peluang kepada semua murid untuk mengembangkan potensi diri dalam semua aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah dan di peringkat zon, negeri serta kebangsaan bagi yang layak. ● Memastikan semua murid berilmu, bersahsiah mulia, berketrampilan, produktif mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. ● Mewujudkan suasana persekitaran dan kemudahan fizikal yang bersih, ceria, selamat dan kondusif. ● Mengintegrasikan ICT di dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah. ● Memastikan kebajikan dan tahap profesionalisme guru dan staf sokongan sentiasa ditingkatkan melalui latihan dan bimbingan secara berterusan. ● Memberi layanan mesra dan perkhidmatan yang terbaik semasa berurusan dengan murid, ibubapa dan komuniti pada setiap masa. ● Sentiasa bekerjasama dan mengadakan perkongsian pintar dengan komuniti setempat dan agensi luar. ● Semua aduan pelanggan akan diberi maklumbalas tidak lewat dari 7 hari dari tarikh aduan diterima. ● Memastikan setiap arahan dan permohonan dari PPD / JPN / KPM mendapat tindakan dalam tempoh 3 hari. NILAI- NILAI BERSAMA: 1. Kepercayaan Kepada Tuhan 2. Kesetiaan Kepada Raja dan Sekolah 3. Profesionalisme : Penuh Dedikasi, Inovatif, Proaktif dan Keberhasilan Tinggi 4. Berintegriti 5. Kekeluargaan : Bersatu Dalam Tujuan Dan Semangat Setiakawan Serta Permuafakatan


11 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti SEJARAH SEKOLAH Sekolah Menengah Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, didirikan di atas tanah lapang yang mempunyai keluasan 19.99 ekar . Sekolah ini terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Nama sekolah ini di ambil sempena nama ayahanda mertua Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah iaitu ayahanda Almarhumah Tengku Ampuan Afzan. Sebelum itu, sekolah ini dicadangkan untuk diberi nama Sekolah Menengah Indera Mahkota.Sekolah ini merupakan sebuah sekolah integrasi yang bukan sahaja menempatkan murid biasa tetapi juga murid Pendidikan Khas iaitu yang mempunyai masalah pembelajaran dan masalah penglihatan. 2 Disember 1998 Sekolah mula beroperasi dengan 10 kelas (2 kelas peralihan dan 8 kela tingkatan 1). 3 daripada 10 buah kelas merupakan kelas Rancangan Khas Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Pengetua pertama ialah Haji Abdul Rashid bin Abdul Samad, tenaga pengajar seramai 20 orang, kakitangan bukan guru 10 orang dan muridnya seramai 266 orang. Pada masa itu sekolah terdiri daripada 4 blok 3 tingkat yang mengandungi 34 buah bilik darjah. Tahun 1998 Bangunan tambahan telah dibina untuk menampung bilangan murid yang mencecah sehingga 2157 orang iaitu satu blok 3 tingkat yang memuatkan 8 buah bilik darjah dan 6 buah makmal menjadikan kelas pada masa itu berjumlah 38 kelas digunakan sepenuhnya. Tahun 2001 Bangunan dewan telah siap dibina. Tahun 2002 Makmal Komputer telah dibina selaras dengan dasar kerajaan meningkatkan penguasaan murid dalam teknologi maklumat. Tahun 2003 Bilangan kelas masih lagi tidak dapat menampung jumlah murid yang ramai iaitu sejumlah 1878 orang, bangunan tambahan dibina lagi sebanyak dua blok 3 tingkat. Blok pertama mengandungi 9 buah bilik darjah, dewan serbaguna serta sebuah bilik kesihatan dan pergigian. Blok kedua pula mengandungi makmai-makmal sains dan bengkel kemahiran manipulatif. 1 Jun 2003 Telah tercipta satu sejarah apabila sekolah ini memulakan persekolahan satu sesi. Sebanyak 13 kelas daripada murid-murid sekolah ini ditukarkan ke SMK Cenderawasih yang baru dibuka. Bilangan guru dikurangkan daripada 118 orang kepada 92 orang. Tahun 2004 Telah memperlihatkan satu lagi perkembangan bagi sekolah ini apabila dua kelas tingkatan 6 Rendah Sains dan dua kelas tingkatan 6 Rendah Kemanusiaan mula dibuka.


12 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti Tahun 2006 Jabatan Pendidikan Pahang tidak lagi menempatkan murid-murid Kelas Rancangan Khas. Namun begitu, bilangan guru seramai 98 orang tidak juga berkurangan kerana pertambahan kemasukan murid-murid tingkatan satu. Tahun 2007 Bilangan guru seramai 98 orang, kakitangan bukan akademik pula seramai 26 orang yang terdiri daripada dua orang Pembantu Tadbir (N17), enam orang Pembantu Makmal,(C17),dua orang Pembantu Tadbir Rendah (N11), seorang Pembantu Am Rendah (Pejabat N1),enam orang Pembantu Am Rendah Makmal (N1), tujuh orang Pekerja Rendah Am (R1). Sekolah ini juga mempunyai dua orang pengawal keselamatan swasta. Tahun 2012 Padang bola telah diserahkan kepada pihak sekolah. Tahun 2014 Pada Julai 2014, Dewan Berbumbung Terbuka diserahkan kepada pihak sekolah diikuti bangunan Gelanggang Skuasy pada Oktober 2014. Tahun 2015 Pertambahan bilangan kelas Pendidikan Khas telah menyebabkan Program Pendidikan Khas Intergrasi Pembelajaran telah berpindah dan menggunakan bengkel Kemahiran Hidup. Tahun 2018 Kelas Tingkatan Enam telah ditutup menyebabkan semua guru dan pelajar telah dipindahkan ke SMK Astana dan SMART Tahun 2019 Kios Koperasi Panglima telah dibuka dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Kamaruddin bin Ismail iaitu Timbalan Presiden Angkasa pada 23 Ogos 2019 Tahun 2019 Semua nama kelas telah ditukar daripada nama Aktif, Bestari, Rajin, Budiman, Gigih, Jujur dan Usaha kepada nama Abadi, Adab, Adil, Afdal, Akur, Aman, Aqli dan Arif Tahun 2021 Perasmian Replika Keris Panglima pada 29 Oktober 2021. Tahun 2022 Dataran Panglima dibina Kolam ditimbus dan ditukar menjadi laman panglima di hati Tahun 2023 Persada Panglima dibina Bilik mesyuarat ditukar nama menjadi bilik TS25 Pondok Ilmu ditukar nama pondok TS25


13 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti GAMBAR RENTETAN SEJARAH PANGLIMA Replika Keris Panglima 2021 Dataran Panglima 2022 Laman Panglima Di hati 2022 Pondok TS25 2023 Kiosk Panglima 2019


14 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti SENARAI PENGETUA BIL TAHUN PENGETUA 1. 01/12/89 – 12/11/95 Tuan Haji Ab Rashid bin Haji Abdul Samad 2. 18/11/95 – 01/02/96 Tuan Haji Abdul Wahab bin Muhamad 3. 01/04/95 – 31/12/97 Puan Azizah binti Idris 4. 01/04/98 – 15/01/00 Puan Hajah Mariam binti Haji Abu Samah 5. 16/01/00 – 15/08/01 Encik Chow Ah Soon 6. 15/08/01 – 15/10/05 Tuan Haji Mokhtar bin Abdullah 7. 16/10/05 – 03/02/07 Encik Ab. Rahim bin Mansor 8. 03/02/07 – 15/06/07 Encik Rosdi bin Ismail 9. 18/07/07 – 04/09/11 Puan Hajah Che Jamilal binti Che Abdullah 10. 15/12/11 – 17/11/14 Datin Sri Diraja Dato’ Sri Hajah Junaini binti Kassim 11. 18/11/14 – 13/06/16 Encik Mohd Yunus bin Mahil 12. 13/07/16 – 01/10/19 Encik Amir Mohammad Bin Abu Bakar,AMP 13. 01/10/19 – 15/01/20 Tuan Haji Ab Muhaimin bin Ab Hamid 14. 16/01/20 – 14/10/21 Encik Hasbullah Bin Abdul Latif 15. 15/10/21 – Sekarang Puan Juwita Binti Jamaludin SENARAI YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU BIL TAHUN YANG DIPERTUA 1. 1989 - 1905 Encik Abdul Rahman bin Hassan 2. 1906 - 2000 Encik Ahmad Salhi bin Abdul Latif 3. 2001 - 2002 Encik Mohamed bin Hassan 4. 2003 - 2009 Dato' Haji Che Wan Mohd Khalid bin Mohammad 5. 2010 - 2014 Encik Mohd Fuzy bin Abu Bakar 6. 2015 - 2018 Encik Abdul Rahman Bin Hashim 7. 2019 - Sekarang Encik Abdul Razak bin Haji Ahmad PJK,.SMP.


15 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti LENCANA SEKOLAH LAMBANG WARNA Biru Suasana Harmoni Hasil Perpaduan Warga Sekolah Persekitaran lndah, Bersih & Selamat Serta Kondusif Untuk Pelbagai Aktiviti Kuning Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Merah Semangat Warga Sekolah Yang Kental Dan Cekal Putih Keunggulan Peribadi Warga Sekolah Yang Berteraskan Nilai-Nilai Murni, Ajaran Agama Dan Nilai Budaya Warisan. Motto : Berilmu, Beriman, Berbakti Berilmu : Menjadikan murid sebagai orang yang berilmu merupakan matlamat awal pendidikan di sekolah ini. llmu yang ditimba di sekolah lni diharapkan dapat membentuk individu yang sempurna dan segi jasmani, emosi dan rohani. Ilmu yang diterima juga akan dapat melahirkan pemimpin yang berwawasan yang dapat memimpin masyarakat dan negara ke jalan yang sempurna. Beriman : Beriman merupakan tonggak dalam pembentukan peribadi seseorang. Beriman kepada tuhan akan menjadi penyuluh dalam kehidupan seseorang, seterusnya memberi cahaya kepada masyarakat. Murid yang beriman akan sentiasa berfikir dan berusaha untuk melahirkan sesuatu yang terbaik. Berbakti : Merupakan sifat mulia yang diharapkan lahir daripada pendidikan di sekolah. Murid yang terdidik akan mempunyai rasa tanggungjawab untuk berbakti kepada sekolah, masyarakat dan negara.


16 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti REPLIKA KERIS PANGLIMA Replika Keris Panglima Melambangkan KEKUATAN peribadi warga PANGLIMA - jasmani, rohani, emosi dan intelek. Bilangan lok keris NILAI - NILAI KEISLAMAN serta lima prinsip RUKUN NEGARA yang menjadi amalan warga PANGLIMA pada setiap masa Bilah keris dan hulu keris Melambangkan KETERAMPILAN serta KEUTUHAN jiwa warga PANGLIMA dalam menempuh DUNIA PENDIDIKAN yang mencabar Kedudukan bilah keris yang miring atau condong Melambangkan sifat yang terpuji iaitu HORMAT-MENGHORMATI dan TIDAK BERSIKAP MENINGGI DIRI yang menjadi pegangan warga PANGLIMA, bersesuaian dengan falsafah padi iaitu SEMAKIN BERISI SEMAKIN TUNDUK Bentuk fizikal hujung mata keris yang serong Berkait rapat dengan falsafah permainan keris yang penuh dengan kebijaksanaan menggambarkan kemampuan warga PANGLIMA menggunakan pelbagai STRATEGI untuk mencapai Visi dan Misi Sekolah ke arah KECEMERLANGAN Mata keris yang terhunus Melambangkan KESEDIAAN warga PANGLIMA berhadapan dengan pelbagai cabaran demi MEMARTABATKAN PENDIDIKAN NEGARA


17 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti DATA GURU DAN KAKITANGAN SOKONGAN BIL PERKARA LELAKI PEREMPUAN JUMLAH 1. Guru Akademik 13 72 85 2. Guru Pendidikan Khas 4 23 27 3. Ketua Pembantu Tadbir N22 (Hakiki) 1 1 4. Pembantu Tadbir P/O N22 (KUP) 1 1 5. Ketua Pembantu Makmal C22 1 1 6. Pembantu Makmal C22 (KUP) 1 7 8 7. Pembantu Tadbir P/O N19 1 1 2 8. Pembantu Pengurusan Murid (Integrasi) N22 (KUP) 1 2 3 9. Pembantu Pengurusan Murid (Integrasi) N19 2 1 3 10. Pembantu Makmal C19 3 3 11. Pembantu Operasi N14 1 1 12. Pembantu Operasi N14 (KUP) 1 1 13. Pembantu Operasi N11 Jumlah 23 113 136 BILANGAN KELAS DAN MURID TINGKATAN BIL JANTINA BANGSA JUMLAH L P M C I MURID LAIN - LAIN Tingkatan 1 8 140 109 236 3 9 1 249 Tingkatan 2 8 160 101 242 3 11 5 261 Tingkatan 3 8 150 119 252 3 9 5 279 Tingkatan 4 8 113 96 191 5 9 4 209 Tingkatan 5 7 99 79 158 7 11 2 178 Pendidikan Khas (Penglihatan) 4 6 5 10 - 1 - 11 Pendidikan Khas (Pembelajaran) 16 62 34 80 7 9 - 96 JUMLAH KESELURUHAN 59 730 543 1169 28 59 17 1273 *Tarikh kemaskini 26/01/2023


18 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti KEMUDAHAN SEKOLAH Infrastruktur Sekolah KEMUDAHAN BIL KEMUDAHAN BIL Bilik Darjah (Arus Perdana) 40 Bilik Pengurusan Diri PK 1 Bilik Pendidikan Khas (Pembelajaran) 15 Kelas 5 Bilik Seni 1 Bilik Pendidikan Khas (Penglihatan) 5 Kelas (Bilik Resos) 1 Dewan Panglima 1 Bilik Pengetua 1 Makmal Komputer 1 Bilik GP Kanan 1 1 Kantin 1 Bilik GP Kanan HEM 1 Surau 1 Bilik GP Kanan Ko-Ku 1 Foyer 1 Bilik GP Kanan Pendidikan Khas 1 Bilik Galeri 1 Bilik Pejabat 1 Bilik Kesihatan (Pergigian) 1 Bilik Ketua Bidang (GKMP) 1 Bilik BOSS 1 Bilik Guru Arus Perdana 1 Stor KOKO 1 Bilik Guru Pendidikan Khas 1 Makmal Fizik 1 Bilik Kaunseling 1 Makmal Kimia 1 Bilik Mesyuarat Utama 1 Makmal Biologi 1 Bilik PIBG 1 Makmal Sains Am Men Rendah 8 Bilik TS25 1 Makmal Sains Am Men Atas 5 Bilik Cakna Sahsiah (Disiplin) 1 Bengkel RBT 3 Bilik Fail 1 Bengkel Reka Cipta 1 Pusat Sumber (PSS) 1 Bengkel Roti PK 2 Bilik Multimedia 1 Pondok TS25 4 Bilik SAL 1 Galeri Panglima 1 Bilik Bahasa 1 Gelanggang Petanque 7 Bilik Moral 1 Padang Bola 1 Bilik Tutorial 1 Padang Bola Jaring 1 Bilik Peperiksaan 1 Gelanggang Squash 1 Koperasi Sekolah 1 Gelanggang Terbuka 1 Bilik SRT Masakan 1 Anjung Panglima 1 Bilik SRT Jahitan 1 Laman Pendidikan Khas 1 Bilik PK Masakan 1 Taman Fertigasi 1 Pondok Pengawal 1 Persada Panglima 1 Laman Koperasi 1 Dataran Ilmu 1 Laman Panglima Di Hati 1 Dataran Panglima 1


19 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti PERATURAN-PERATURAN AM SEKOLAH Semua guru SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad Tuan/ Puan/ Encik/ Cik, PERATURAN-PERATURAN AM SEKOLAH 1. HADIR BEKERJA 1.1 Semua guru dikehendaki sampai ke sekolah selewat-lewatnya sepuluh minit (10) sebelum waktu bekerja rasmi bermula. Persekolahan bermula pada pukul 7.30 pagi dan waktu balik semua guru setiap hari adalah pada pukul 2.30 petang kecuali pada hari Jumaat pada pukul 12.00 tenghari. 1.2 Sebaik-baik sampai, guru-guru dikehendaki merakam kehadiran dengan Mesin Perakam Waktu (Thumb Print) di pejabat sekolah. 1.3 Guru-guru yang terlewat sampai daripada waktu bekerja rasmi bermula, hendaklah berjumpa pengetua untuk memaklumkan sebab kelewatan tersebut. 2. TIDAK HADIR BEKERJA 2.1 Guru-guru yang tidak dapat hadir bekerja dikehendaki memberitahu pengetua secepat mungkin dengan kaedah-kaedah berikut ; 2.1.1. Ketidakhadiran pada tarikh yang diketahui terlebih dahulu, sama ada atas sebab persendirian atau arahan rasmi daripada pihak yang diluluskan dikehendaki memaklumkan terlebih dahulu. 2.1.2. Ketidakhadiran secara tergempar atau cuti sakit hendaklah dimaklumkan dengan segera pada hari berkenaan dengan cara yang paling sesuai kepada Pengetua, Guru Penolong Kanan dan Ketua Bidang. 2.2 Guru-guru yang tidak hadir bekerja bukan kerana cuti sakit atau bukan arahan rasmi daripada pihak yang diluluskan, dikehendaki berjumpa dengan penolong kanan dan pengetua terlebih dahulu sebelum untuk mengisi permohonan cuti rehat khas secara atas talian dalam aplikasi HrMIS. 2.3 Borang permohonan cuti hendaklah disempurnakan sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh cuti diambil. Jika bercuti atas sebab kecemasan, permohonan cuti boleh diuruskan pada hari pertama bertugas semula.


20 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti 2.4 Guru-guru yang tidak hadir bertugas kerana uzur dan mendapat sijil sakit dikehendaki menyerahkan sijil tersebut ke pejabat sekolah pada hari pertama bertugas semula untuk disahkan oleh Pengetua dan untuk tindakan selanjutnya 2.5 Kakitangan yang mendapat cuti sakit telah disyaratkan mesti berada di hospital atau di rumah pegawai mengikut Perintah Am Bab C Hal. 17 (C) kecuali diarahkan oleh Pegawai Perubatan sebaliknya. 3. MENINGGALKAN SEKOLAH DALAM WAKTU BEKERJA 3.1. Seseorang guru yang hendak meninggalkan sekolah dalam waktu persekolahan sama ada dalam tempoh tertentu atau tidak akan kembali semula pada hari berkenaan dikehendaki mendapat kebenaran pengetua sebelum berbuat demikian. Kebenaran hanya akan diberi atas sebab yang sangat mustahak dan tidak dapat dielakkan. 3.2. Seseorang guru yang diberi kebenaran keluar dari kawasan sekolah hendaklah menyempurnakan maklumat Buku Rekod Keluar Guru dan Staf di pejabat sekolah dan ditandatangani oleh Pengetua atau wakil. 3.3. Seseorang guru yang mempunyai temu janji klinik / hospital dikehendaki mendapatkan ‘slip masa’ daripada pihak klinik / hospital dan diserahkan kepada Pengetua. 3.4. Seseorang guru yang mempunyai urusan peribadi, dikehendaki mengaturkan pertukaran suka sama suka dengan guru-guru lain. Jika urusan itu melebihi 4 jam, guru tersebut dikehendaki memohon cuti rehat khas. 4. KEHADIRAN KE KELAS 4.1. Semua guru dikehendaki mematuhi jadual waktu pengajaran yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, kehadiran ke kelas tidak lewat daripada lima minit atas maksud perjalanan akibat pertukaran kelas. 4.2. Guru-guru tidak dibenarkan keluar meninggalkan kelas lebih awal daripada loceng berakhirnya waktu berkenaan dibunyikan. 4.3. Guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas dalam tempoh pengajaran walaupun murid telah diberi tugasan atau kerja-kerja yang berkaitan. 4.4. Semua guru dikehendaki memaksimumkan penggunaan masa untuk PdPC yang telah diperuntukkan. Setiap guru hendaklah melibatkan diri dengan murid mereka sehingga waktu pengajaran berakhir.


21 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti 5. PENYEDIAAN REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 5.1. Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran merupakan perkara wajib bagi setiap guru. 5.2. Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3.1999, Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi dua unsur sahaja iaitu RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN yang mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan RANCANGAN PELAJARAN HARIAN yang merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai. 5.3. Rekod pengajaran dan pembelajaran hendaklah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Selaras dengan itu, semua guru wajib menyediakan RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN dan disimpan di dalam Fail Rekod Pengajaran dan Pembelajaran. Semua guru juga wajib menyediakan elektronik Rancangan Pelajaran Harian (eRPH) yang telah lengkap untuk seminggu dan hendaklah dihantar secara atas talian untuk semakan oleh pengetua pada setiap hari Jumaat dan paling lewat pada hari Sabtu. 5.4. eRPH hendaklah sentiasa dikemaskinikan dan ditulis sehari sebelum melaksanakan pengajaran. 5.5. eRPH hendaklah ditulis mengikut format dan kaedah yang telah ditetapkan oleh Panitia Mata Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Malaysia. 6. SISTEM KEHADIRAN MURID(ekEHADIRAN) 6.1. Menurut SPI Bil 1 Tahun 2019, semua rekod kehadiran murid hendaklah direkod oleh guru kelas menggunakan Sistem Kehadiran Murid. 6.2. Sistem Kehadiran Murid boleh diakses melalui https://apdm.moe.gov.my/atau aplikasi mudah alih (mobile app) eKehadiran Murid. Kehadiran murid hendaklah direkodkan sebelum jam 9.00 pagi setiap hari. 6.3. Guru kelas juga hendaklah mengemaskini kehadiran murid di dalam Sistem Kehadiran Murid sebelum tamat sesi persekolahan hari berkenaan. Analisis bulanan kehadiran murid setiap kelas perlu disemak, dicetak, disah dan difail pada hari terakhir setiap bulan oleh guru kelas. Penolong Kanan Hem akan menyemak pelaksanaan perekodan kehadiran dari masa ke semasa.


22 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti 6.4. Jika sekolah mengalami gangguan capaian internet , kehadiran murid perlu dicatat menggunakan Borang Kehadiran Sementara dan kehadiran perlu dikemaskini setelah capaian internet pulih. 6.5. Fail Sistem Kehadiran Murid hendaklah disimpan di pejabat sekolah setiap masa untuk memudahkan proses semakan dan mendapatkan maklumat apabila perlu. 7. PERHIMPUNAN MINGGUAN DAN HARIAN 7.1. Perhimpunan mingguan telah ditetapkan pada hari Isnin setiap minggu bermula jam 7.30 pagi jika dibenarkan oleh KPM. 7.2. Perhimpunan mingguan merupakan majlis rasmi sekolah yang wajib dihadiri oleh semua guru dan murid. Guru lelaki digalakkan memakai kemeja, bertali leher dan kot/blazer dalam majlis tersebut. 7.3. Guru bertugas mingguan bertanggungjawab menguruskan perjalanan majlis termasuk merekodkan semua peristiwa yang berlaku dan perkara yang diperkatakan ke dalam Buku Laporan Guru Bertugas Mingguan. 8. HUBUNGAN GURU DENGAN MURID 8.1. Semua guru hendaklah sedapat mungkin memberi perhatian kepada anak didik sebagai individu berbeza kemampuan dan kebolehan. 8.2. Semua guru merupakan pembimbing. Sebarang masalah anak didik hendaklah diberi perhatian secara bersungguh-sungguh dan membantu mereka menyelesaikannya. 8.3. Semua guru hendaklah menggunakan setiap kesempatan membina dan menyedarkan anak didik tentang tanggungjawab mereka. Merangsangkan mereka menggunakan masa secara berfaedah, mendorong mereka berfikir dan mengeluarkan pendapat atau idea serta membimbing mereka dalam pelbagai perkara yang berfaedah. 8.4. Mengelakkan wujudnya sebarang bentuk diskriminasi terhadap murid atas sebab-sebab keturunan, jantina,status, hubungan kekeluargaan, ekonomi dan sebagainya . 9. HUBUNGAN GURU/PEKERJA, SESAMA GURU, SESAMA PEKERJA 9.1. Guru/pekerja hendaklah mewujudkan suatu suasana kerja yang harmonis dan saling membantu antara satu sama lain ke arah kecemerlangan dan kestabilan sekolah. 9.2. Hubungan guru/pekerja, sesama guru, sesama pekerja hendaklah terjalin erat sepanjang masa sebagai satu keluarga. 9.3. Setiap program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah hendaklah dijayakan bersama dengan nilai-nilai kekeluargaan demi mewujudkan perpaduan dan masyarakat penyayang.


23 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti 10. KEGIATAN KOKURIKULUM 10.1. Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan wajib. 10.2. Semua peraturan yang telah dikeluarkan oleh Unit Kokurikulum dan Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah dipatuhi serta dijadikan panduan. 10.3. Setiap kegiatan kokurikulum mestilah direkodkan ke dalam Buku Khas Rekod Kegiatan Kokurikulum. 10.4. Aktiviti kokurikulum akan diadakan pada setiap hari Rabu. 7.45 – 9.15 Pagi : Kokurikulum 2.45 – 4.15 Petang : Kokurikulum atas talian / Solat. 11. MAKLUMAT DIRI GURU 11.1 Semua guru hendaklah menyempurnakan semua maklumat diri dalam sistem e-Operasi dan HrMIS. 11.2 Adalah menjadi tanggungjawab masing-masing mengetahui dan boleh memberikan maklumat pada bila-bila masa dengan tepat dan betul mengenai perjawatan masingmasing. 12. HUKUMAN SALAH LAKU MURID 12.1 Rujuk kepada Pekeliling Iktisas bil. 8/83 bertarikh 7 November 1983, Pekeliling Disiplin 1998 dan Buku Panduan Disiplin. 12.2 Kesalahan disiplin murid yang berat atau serius hendaklah dirujukkan kepada Unit Disiplin sekolah untuk tindakan seterusnya. 12.3 Semua jenis hukuman yang dikenakan oleh guru hendaklah direkodkan. 12.4 Guru-guru dilarang bertindak bersendirian dan menghukum mengikut perasaan. Hukuman yang dijatuhkan hendaklah berbentuk mendidik dan menginsafkan pelajar atas kesalahan tersebut. 12.5 Sekiranya terdapat penjaga yang datang kerana tidak berpuas hati terhadap sesuatu hukuman diminta berjumpa Pengetua atau Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.


24 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti 13. CUTI BAGI GURU 13.1. Kelayakan Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ialah 15 hari setahun untuk guru yang berkhidmat lebih 10 tahun dan 10 hari untuk yang berkhidmat kurang 10 tahun. Guru-guru perlu berjumpa dengan pengetua terlebih dahulu untuk memohon CRK dan seterusnya mengisi permohonan melalui hrmis. Cuti Rehat Khas boleh diberikan melebihi dari bilangan yang layak secara prorata terhad kepada 10 hari setahun bagi tujuan-tujuan berikut: 13.1.1. Menziarahi ahli keluarga dan sanak saudara yang sakit tenat atau meninggal dunia; 13.1.2. Mengiringi ahli keluarga untuk mendapatkan rawatan; 13.1.3. Menghadiri upacara keagamaan yang dianuti oleh pegawai; 13.1.4. Dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir dan sebagainya; 13.1.5. Menghadiri konvokesyen bagi pegawai atau ahli keluarga; 13.1.6. Mendaftar anak ke sekolah atau ke institusi pengajian tinggi (di dalam atau di luar negara); 13.1.7. Menunaikan fardhu haji jika sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi; 13.1.8. Menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus; 13.1.9. Perkahwinan pegawai atau anak pegawai. 13.2 Cuti Tanpa Rekod hanya diberi atas perkara-perkara berikut ; 13.2.1. Menghadiri latihan pasukan sukarela yang diiktiraf kerajaan; 13.2.2. Menghadiri latihan tahunan pertubuhan/persatuan yang diiktiraf kerajaan; 13.2.3. Menghadiri latihan syarikat kerjasama; 13.2.4. Menghadiri peperiksaan jabatan; 13.2.5. Menghadiri mesyuarat persatuan ikhtisas; 13.2.6. Mengambil bahagian dalam olahraga/sukan. 13.3 Cuti Tanpa Gaji Boleh diambil untuk tujuan persendirian yang mustahak dan permohonan mesti dibuat dalam masa dua minggu sebelum tarikh bercuti. 13.4 Cuti Bersalin 13.4.1 Pegawai perempuan yang bersalin boleh mengambil cuti berkenaan selama 60 – 90 hari sehingga anak kelima sahaja. 13.4.2 Suami bagi isteri yang bersalin boleh mengambil cuti berkenaan selama 7 hari berturut–turut termasuk hari bersalin dan cuti awam jika berkenaan sehingga anak yang kelima sahaja dalam perkhidmatan.


25 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti 13.5 Cuti Sakit Bermaksud tidak boleh bertugas kerana sakit, hendaklah dimaklumkan kepada pengetua secepat mungkin dan sijil sakit diserahkan pada hari pertama bertugas semula. Sijil sakit swasta yang melebihi 15 hari hendaklah disahkan oleh doktor kerajaan. Jika gagal berbuat demikian maka cuti tanpa gaji hendaklah dipohon. 13.6 Cuti Kuarantin 13.6.1 Kemudahan Cuti Kuarantin telah diperuntukkan di bawah Perintah Am 24 Bab C (Cuti) kepada pegawai yang dalam perjalanan balik ke Malaysia dari luar negara yang ditahan di mana-mana stesen kuarantin oleh pihak berkuasa kesihatan pelabuhan atau lapangan terbang kerana berlaku wabak penyakit berjangkit atau pegawai dikurung di rumahnya oleh mana-mana kuasa kesihatan kerana wabak penyakit berjangkit. 13.6.2 Selaras dengan keprihatinan kepada institusi kekeluargaan dalam konteks penjagaan kesihatan anak, kerajaan telah bersetuju supaya Kemudahan Cuti Kuarantin diberikan kepada pegawai yang anaknya menghidap penyakit berjangkit dan perlu dikuarantin. 13.6.3 Sekiranya mana-mana anak pegawai telah diberi perakuan oleh mana-mana pegawai perubatan kerajaan atau swasta yang menyatakan anak tersebut perlu dikuarantin kerana penyakit berjangkit, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Kuarantin untuk menjaga anak yang sakit. 13.6.4 Tempoh yang diluluskan adalah terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan kerajaan atau swasta mengkut mana yang lebih rendah, tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. 13.6.5 Syarat anak yang dikuarantin adalah berumur di bawah 18 tahun atau jika masih belajar di bawah 21 tahun dan tidak kira apa jua umurnya dan yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri, dengan syarat anak itu adalah cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun. 13.6.6 Guru-guru yang disahkan dijangkiti Covid-19 atau merupakan kontak rapat kepada pesakit Covid-19 hendaklah mendaftar dalam MySejahtera dan menghantar gambar Salinan tarikh kuarantin yg ditetapkan dalam MySejahtera.


26 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti 13.7 Cuti Umrah Cuti Umrah kepada staf yang beragama Islam menunaikan ibadah umrah sekali sepanjang tempoh perkhidmatan. Syarat: 13.7.1. Menunaikan ibadah umrah ditanah suci Mekah dan ziarah di Madinah. 13.7.2. Beragama Islam dan bertaraf tetap. 13.7.3. Tempoh yang boleh diluluskan adalah tertakluk kepada maksimum tujuh (7) hari tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. 13.7.4. Perkiraan tujuh (7) hari bagi maksud ibadah umrah bermula dari tarikh penerbangan sebenar menunaikan umrah di tanah suci Mekah. Sekiranya tarikh penerbangan bemula pada hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am, maka perkiraan tujuh (7) hari akan bermula pada hari bekerja berikutnya. 13.7.5. Sekiranya staf memerlukan tempoh melebihi tujuh (7) hari atas sebabsebab tertentu, maka staf boleh memohon untuk menggunakan kemudahan Cuti Rehat, Cuti Rehat Khas atau Cuti Tanpa Gaji atas urusan persendirian, tertakluk pada kelayakan cuti staf. 13.7.6. Cuti Umrah adalah diberikan sekali sahaja (one-off) sepanjang tempoh perkhidmatan, yang meliputi perkhidmatan di bawah semua Pihak Berkuasa Melantik. Sekiranya tempoh Cuti Umrah yang digunakan adalah kurang daripada tujuh (7) hari, baki cuti yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke hadapan. 13.7.7. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan berserta dengan dokumen perjalanan. 13.7.8. Dicatatkan di dalam buku rekod pegawai.


27 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti 14. PERATURAN PAKAIAN GURU SEMASA BERTUGAS DI BILIK DARJAH 14.1 Guru-guru Lelaki 14.1.1 Seluar panjang dan berbaju kemeja dengan bertali leher atau bush jaket atau lounge suit. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam dan jika berlengan panjang, tangan baju janganlah dilipat. 14.1.2 Pakaian baju Melayu yang lengkap dengan samping atau pakaian yang mirip dengan potongan baju Melayu dan dipakai dengan seluar panjang. Setiap hari Jumaat guru-guru lelaki dikehendaki berbaju Melayu lengkap. 14.1.3 Pada setiap hari Khamis semua guru digalakkan memakai baju batik Malaysia. 14.1.4 Capal hanya boleh dipakai dengan pakaian baju Melayu yang lengkap bersamping. 14.2 Guru-guru Perempuan 14.2.1 Pakaian Kebangsaan atau kaum masing-masing dan lain-lain pakaian yang sesuai dan tidak mencolok mata. 14.2.2 Selipar, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai boleh dipakai dengan pakaian yang ditetapkan. 14.2.3 Kasut sukan, jeans, slack, seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka atau yang mencolok mata tidak boleh dipakai. 14.3 Guru-guru yang melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dibenarkan memakai kemeja T berkolar, seluar sukan (track bottom), berkasut sukan dan berstokin putih sepanjang hari. 14.4 Pakaian Seragam Kokurikulum Semua guru hendaklah memakai pakaian seragam pada setiap hari Rabu mengikut pasukan yang dipertanggungjawabkan. 15. MEMBAWA MURID BERAKTIVITI KE LUAR DARI KAWASAN SEKOLAH 15.1 Mesti mendapat kebenaran pengetua dengan jadual dan kertas kerja program dilampirkan. 15.2 Setelah mendapat kebenaran pengetua, guru yang dipertanggungjawabkan mesti mendapat kebenaran bertulis daripada penjaga sebelum membawa pelajar beraktiviti di luar kawasan sekolah. 15.3 Setelah selesai aktiviti, guru yang bertanggungjawab mestilah melaporkan semula kepada pengetua hasil daripada aktiviti berkenaan.


28 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti 16. PEMBELIAN BARANG-BARANG 16.1.Guru-guru mata pelajaran dikehendaki berurusan dengan Ketua Panitia untuk membeli sesuatu barang keperluan untuk pengajaran mata pelajaran berkenaan. Ketua Panitia / Unit bertanggungjawab menyediakan anggaran perbelanjaan pada awal tahun dan menyerahkannya kepada Pengetua sekolah. 16.2. Sebelum membuat pesanan, Ketua Panitia dikehendaki mengisi nota minta yang boleh didapati di pejabat sekolah. 16.3. Ketua Panitia perlu berbincang dengan Pengetua untuk kelulusan sebelum sesuatu pembelian dilakukan. Membuat pembelian dahulu dan memohon kebenaran kemudian adalah tidak dibenarkan sama sekali. 16.4. Semua pembelian mestilah menggunakan Borang Pesanan Tempatan (Local Order) dan ditandatangani oleh Pengetua. 16.5. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab untuk membuat pembayaran bagi pembelian yang dibuat tanpa kelulusan Pengetua. 16.6.Sila pastikan barang yang diterima mempunyai mutu yang baik dan akur jumlah seperti dalam bil atau invois dan masukkan ke dalam buku stok bagi yang berkenaan. 16.7. Borang Pesanan Tempatan hendaklah ditandatangani dan dicop oleh pembekal dan ditandatangani oleh penerima barang tersebut sebelum dipulangkan kepada Pembantu Tadbir untuk pembayaran. 16.8. Pembayaran akan dibuat dalam tempoh sebulan daripada tarikh bil/invois. Sesiapa yang gagal memulangkan bil dengan kadar segera maka pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab untuk membayar bil/invois tersebut. Sekian, terima kasih. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menjalankan amanah, JUWITA BINTI JAMALUDIN Pengetua


29 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti


30 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti


31 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti MAKLUMAT GURU


32 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti


33 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti


34 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti


35 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti


36 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti


37 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti


38 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti


39 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti


40 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti


41 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti


42 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti


43 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti


44 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti


45 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti


46 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti


47 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti


48 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti


49 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti


50 CEA 4075 BUKU PENGURUSAN 2023-2024 Berilmu Beramal Berbakti


Click to View FlipBook Version