The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SONIA RAJ A/P SAVRAJ KANNIAH IPG-Pelajar, 2024-03-26 06:58:15

Pentaksiran

PENTAKSIRAN

1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR JABATAN ILMU PENDIDIKAN TAHUN AKADEMIK : SEMESTER 2/TAHUN 2 (2021/2026) EDUP 3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN PROGRAM : PISMP AMBILAN: JUN 2021 SEMESTER: 2 NAMA PENSYARAH: PN MANORIZA BINTI ABDUL MALEK NAMA PELAJAR: SONIA RAJ A/P SAVRAJ KANNIAH ANGKA GILIRAN: 2021152340242 NO KAD PENGENALAN: 020307-04-0436 TARIKH HANTAR: 20/3/2024 Pengesahan pelajar: Saya mengesahkan bahawa maklum balas telah diberikan oleh pensyarah. Catatan (jika ada) Tandatangan Pelajar : SONIA Tarikh: 20 MAC 2024 TUGASAN KERJA KURSUS (INDIVIDU)


2 ISI KANDUNGAN TAJUK MUKA SURAT 1.0 PENDAHULUAN ---------------------------------------------------------------------------------------------- 3 2.0 JENIS INSTRUMEN PENTAKSIRAN ALTERNATIF DALAM PENTAKSIRAN BILIK DARJAH-------- 4 2.1 PENILAIAN TERHADAP INSTRUMEN 1------------------------------------------------------------ 4- 6 2.2 PENILAIAN TERHADAP INSTRUMEN 2---------------------------------------------------------- 6- 8 2.3 PENILAIAN TERHADAP INSTRUMEN 3---------------------------------------------------------- 8- 10 3.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN ----------------------------------------------------------------- 10 4.0 REFLEKSI KENDIRI ----------------------------------------------------------------------------------- 11 5.0 RUJUKAN -------------------------------------------------------------------------------------------------- 12


3 1.0 PENDAHULUAN Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. Ghaffar (2011),menyatakan pentaksiran adalah bentuk proses yang mengukur proses penilaian, proses sistematik yang melibatkan pengumpulan, penganalisisan dan penterjemahan keterangan tentang tahap pencapaian pelajar terhadap objektif pengajaran. Proses pentaksiran bertujuan membantu seseorang sama ada guru atau pentadbir membuat keputusan secara menyeluruh (holistik) tentang keseluruhan perkara yang telah dilaksanakan bagi proses penambahbaikan pada masa akan datang. Noraini Idris (2008) menyatakan bahawa pentaksiran dirancang dan dikendalikan oleh guru dan menjadi sebahagian daripada proses pengajaran yang diharapkan dapat memperbaiki proses pembelajaran seseorang pelajar. Pentaksiran ini dilaksanakan secara berterusan dan ianya bersifat formatif melibatkan guru sepenuhnya dan memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan penguasaan mereka dalam kemahiran yang dipelajari, yang tidak boleh ditaksir melalui ujian bertulis. Pentaksiran alternatif adalah satu kaedah untuk mengetahui apa yang pelajar tahu dan bertujuan untuk melaporkan perkembangan seseorang pelajar. Menurut Aurbach & Associates (2011) ia merupakan satu pendekatan bukan tradisional dalam menilai prestasi pelajar. Ia juga bermakna mana -mana kaedah penilaian yang merupakan alternatif kepada pentaksiran tradisional. Contoh pentaksiran alternatif yang selalu digunakan oleh guru adalah melalui, projrk, portfolio, kajian kes, seminar, bengkel dan lisan pelajar. Pentaksiran alternatif merujuk kepada satu sistem pentaksiran yang diperkenalkan di peringkat sekolah untuk menilai kebolehan dan pencapaian murid secara holistik dan autentik. (Suhaida Mohd Sukis et al.(2022).


4 2.0 JENIS INSTRUMEN PENTAKSIRAN ALTERNATIF DALAM PENTAKSIRAN BILIK DARJAH Instrumen pentaksiran alternatif dalam pentaksiran bilik darjah memainkan peranan penting dalam memberikan maklum balas yang komprehensif tentang pencapaian pelajar. Kaedah seperti projek atau tugasan berorientasikan projek, penilaian berasaskan prestasi, dan penilaian portfolio memberikan peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kebolehan mereka secara holistik, merangkumi keupayaan kognitif, kemahiran berkomunikasi, dan kemahiran berfikir kritis. Melalui pendekatan ini, pentaksiran tidak hanya melibatkan hasil ujian tradisional, tetapi juga memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran sepanjang hayat dan perspektif yang mendalam tentang pencapaian pelajar. Instrumen pentaksiran digunakan dalam strategi atau aktiviti untuk mengumpul bukti tahap penguasaan murid. Berikut mnerupakan antara instrumen yang digunakan. 2.1 PENTAKSIRAN BERTULIS Pentaksiran bertulis merujuk kepada proses menilai pencapaian pelajar menggunakan bentuk penulisan, seperti esei, karangan, jawapan pendek atau tugas menulis lain. Pentaksiran secara bertulis dilaksanakan sepanjang PdP dalam mata Pelajaran. Guru menentukan aktiviti Pdp serta alat pentaksiran berdasarkan objektif pembelajaran yang perlu dicapai. Contoh pentaksiran bertulis ialah lembaran kerja, karangan dan sebagainya. 2.2 PENILAIAN TERHADAP INSTRUMEN LEMBARAN KERJA Rajah 1 : Lembaran Kerja 1 Rajah 2 : Rubrik Jawapan


5 Berdasarkan rajah di atas, instrumen pentaksiran yang digunakan adalah berbentuk lembaran kerja yang melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa hasil tugasan murid. Lembaran kerja adalah satu alat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Ia merangkumi aktiviti atau latihan yang direka khas untuk membantu pelajar menguasai konsep atau kemahiran tertentu dalam mata pelajaran yang dipelajari. Lembaran kerja boleh merangkumi soalan latihan, penerangan langkah demi langkah, ruang untuk mencatat, atau aktiviti berasaskan projek. Ia membantu guru menilai pemahaman pelajar dan memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan apa yang mereka pelajar. Rajah di atas merupakan lembaran kerja yang dihasilkan untuk mata pelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 1. Berdasarkan DSKP (rajah 3) di bawah, murid-murid dapat mencapai tahap penguasaan 5 di mana murid-murid boleh meramalkan kesan sekirannya mengabaikan penjagaan kebersihan. Objektif lembaran kerja ini ialah murid dapat mengenal pasti kesan buruk jika murid tidak menjaga kebersihan diri. Antaranya ialah ciri-ciri yang ada pada lembaran kerja adalah mempunyai arahan yang ringkas, jelas dan mudah untuk difahami. Seterusnya gambar yang diselit perlu jelas dan terang dan yang penting jenis tulisan dan saiz tulisan yang dipilih haruslah mudah dilihat dan difahami. Menurut Lee (2014), guru menggunakan lembaran kerja untuk tujuan menyokong atau mengukuhkan hasil pembelajaran, menggalakkan pembelajaran secara aktif, merangsang minat murid dalam pembelajaran, serta sebagai alat pentaksiran. Seterusnya, terdapat beberapa kebaikan dengan penghasilan instrument lembaran kerja ini iaitu ia memberi peluang kepada pelajar untuk melaksanakan amalan berterusan dalam topik yang dipelajari. Lembaran kerja juga membantu mengukuhkan pemahaman mereka dan meningkatkan Kemahiran mereka dalam subjek tertentu. Selain itu, dari aspek guru, guru dapa menggunakan lembaran kerja untuk memantau pencapaian individu setiap pelajar dan membolehkan mereka mengenal pasti kelemahan diri murid. Instrumen lembaran kerja boleh dirangka untuk menarik minat dan juga keterlibatan murid, membantu menarik perhatian dan fokus dalam pembelajaran. Lalu terdapat beberapa kelemahan dalam konteks pentaksiran bilik darjah iaitu lembaran kerja yang diberikan secara kerap kali akan membosankan murid terutamanya jika tidak dengan elemen menarik. Selain itu, lembaran kerja juga mungkin tidak mengukur kemahiran murid sepenuhnya. Kemudian, lembaran kerja juga boleh dikatakan tidak sesuai untuk semua murid. Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan sesetengah pelajar mungkin tidak mendapati manfaat yang maksimum daripada kaedah pembelajaran m elalui lembaran kerja.


6 2.3 PENTAKSIRAN PEMERHATIAN Pentaksiran pemerhatian merujuk kepada proses menilai pencapaian pelajar berdasarkan pemerhatian secara langsung oleh guru. Pentaksiran pemerhatian melibatkan pengamatan terhadap pelajar semasa mereka melaksanakan tugas atau aktiviti. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru membuat refleksi terhadap keberkesanan peranannya sebagai penyampai maklumat, pemudahcara, pendidik dan mentor. Pemerhatian yang terancang membantu guru untuk mengetahui sejauh manakah minat murid tehadap pelajaran dan apakah yang mendorong minat murid. Antara contoh pentaksiran pemerhatian ialah instrument senarai semak, laporan eksperimen, rubrik dan sebagainya. 2.4 PENILAIAN TERHADAP INSTRUMEN AMALI Instrumen amali merupakan alat yang penting dalam pentaksiran pendidikan kerana ia akan membolehkan penilaian yang komprehensif terhadap kemahiran diri murid. Instrumen amali akan membolehkan penilai menilai kemahiran murid secara langsung dalam melaksanakan tugas atau aktiviti. Sekali dengan instrumen amali akan diberikan juga rubrik penilaian yang terperinci. Ia akan membantu memberikan maklum DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 1


7 balas yang jelas kepada pelajar tentang prestasi membantu memberikan maklum balas yang jelas kepada murid mengenai prestasi dan tahap kemahiran mereka. Berikut merupakan instrumen amali yang digunakan : Rajah 4 : Instrumen Amali Rajah 4 : Instrumen Amali Rajah 5 : Rubrik Pemarkahan


8 Berikut merupakan instrumen amali yang digunakan oleh guru untuk menilai prestasi murid dengan menggunakan instrumen amali dan rubrik pemarkahan. Dengan menggunakan instrument amali seperti checklist penilaian dan skala penilaian berperingkat , dengan ini guru dapat mengukur pencapaian pelajar secara objektif dan memberikan sokongan yang sesuai untuk pembangunan kemahiran mereka. Rajah 4 telah memperincikan objektif yang akan dicapai setelah melaksanakan amali. Antaranya adalah dari segi kognitif murid-murid akan memperoleh pengetahuan asas tentang ikhtiar hidup sama ada di rumah, hutan dan mana-mana sahaja. Dari segi psikomotor murid-murid dapat mencari dan menggunakan herba tradisional untuk manfaat kesihatan dalam mencegah penyakit. Dengan pelaksanaan amali ini, murid-murid dapat membina keyakinan untuk meneruskan kehidupan. Untuk melaksanakan amali ini terdapat beberapa peraturan dan syarat yang harus dipatuhi untuk mendapat kebaikan bersama. Peserta amali ini terdiri daripada murid tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6 daripada Unit Beruniform Pengakap. Namun tahap 1 digalakkan sekiranya berminat. Bagi saya tempoh yang diberikan sangat memadai dan masa yang diberikan sangat mencukupi bagi murid-murid untuk membuat persediaan bagi melaksanakan amali. Had masa yang diberikan untuk menjawab soalan kuiz Kesihatan ialah selama 30 minit dan soalan Herbs Treasure Hunt ialah selama 1 jam. Masa yang diberikan sangat sesuai untuk menjawab semua soalan dan melaksanakan aktiviti Treasure Hunt. Berdasarkan semua syarat dan juga peraturan yang ditetapkan murid-murid dapat dinilai dengan baik. Rubrik pemarkahan pula telah menyatakan bahawa untuk setiap aktiviti yang dilaksanakan akan diberikan peratusan skor sepenuhnya iaitu 100%. Berdasarkan rajah 5, rubrik pemarkahan yang dirangka untuk mencerminkan objektif yang telah dibina dan matlamat tugas. Rubrik juga akan membantu untuk membuat penilaian adalah releven dan bermakna. Berdasarkan rubrik dan kriteria yang dinyatakan guru boleh memberikan maklum balas yang terperinci kepada pelajar tentang pencapaian mereka dalam setiap kriteria, membolehkan mereka memahami dengan jelas kekuatan dan kelemahan mereka. Berdasarkan rajah 4, keobjektifan merupakan salah satu ciri penting yang mempengaruhi mutu sesuatu pentaksiran kerana ia mempunyai kaitan secara langsungdengan kesahan dan kebolehpercayaan. Menurut objektif yang ditetapkan pada rajah 4, ia sangat sesuai untuk menilai murid mengikut objektif yang ditetapkan Selain pentaksiran berterusan, instrumen amali dan rubrik akan menjadi pentaksiran alternatif yang bermakna. Rubrik ini akan membantu guru menilai prestasi murid berdasarkan bukti konkret, bukan hanya penilaian subjek dan ini akan menjadikan penilaian lebih adil. Jelaslah bahawa, dengan menggunakan rubrik pemarkahan, guru dapat memberikan penilaian yang konsisten, adil dan bermakna kepada pelajar, serta membantu pelajar memahami dengan jelas apa yang diharapkan daripada mereka dalam sesuatu tugas mahupun projek. Tidak boleh dinafikan bahawa instrumen amali ini mempromosikan pembelajaran aktif, di mana pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran.


9 2.6 PENILAIAN TERHADAP INSTRUMEN LAPORAN EKSPERIMEN Laporan eksperimen adalah satu bentuk dokumentasi yang penting dalam bidang saintifik, teknikal, dan penyelidikan. Ia merakamkan setiap aspek eksperimen, termasuk objektif, metodologi, data yang diperoleh, analisis, dan kesimpulan. Laporan ini memainkan peranan penting dalam menyampaikan hasil kajian kepada komuniti saintifik dan menyediakan asas untuk penemuan baru dan pembangunan ilmiah. Dengan menyusun laporan eksperimen yang teliti dan sistematik, peneliti boleh berkongsi pengetahuan dan maklumat yang diperoleh daripada eksperimen dengan jelas dan terperinci. Berikut merupakan laporan eksperimen sains yang digunakan : Rajah 6 : Laporan Eksperimen Rajah 7 : Rubrik Pemarkahan


10 Laporan eksperimen ini bertujuan untuk merekod dengan terperinci setiap aspek eksperimen yang telah dijalankan, termasuk tujuan eksperimen, metadologi, analisis dan kesimpulan. Laporan eksperimen ini bertujuan merekodkan maklumat tentang setiap langkah yang diambil semasa melakukan eksperimen , ia juga termasuk dalam prosedur yang diikuti, bahan peralatan yang digunakan, serta data yang diperoleh. Dengan laporan eksperimen ini ia akan menyimpulkan hasil eksperimen dan menyatakan sejauh mana tujuan eksperimen telah dicapai. Selain itu, dengan laporan eksperimen ia akan menyediakan platform untuk menganalisis data yang diperoleh semasa eksperimen. Sekiranya, laporan eksperimen disusun dengan teliti dan sistematik, peneliti dapat memenuhi tujuan dan menyampaikan hasil eksperimen mereka secara efektif. Laporan eksperimen ini akan dibuat selepas eksperimen dijalankan berdasarkan pemerhatian murid-murid terhadap eksperimen yang dijalankan. Guru akan memberikan laporan eksperimen kepada murid setelah habis pemerhatian eksperimen dan berdasarkan analisis data murid perlu menyertakan semua butir-butir penting. Dengan pelaksanaan laporan eksperimen, murid-murid dapat merekod maklumat secara terperinci. Contohnya ia akan membolehkan murid merekodkan dengan terperinci setiap aspek eksperimen, termasuk tujuan, metadologi, data yang diperoleh dan ia boleh jadi rujukan masa depan. Selain itu, laporan eksperimen juga berfungsi sebagai rujukan ilmiah kepada generasi akan datang. Melalui laporan eksperimen ini, pengetahuan dan ilmu baru dapat dibina dan berkembang. Sekaligus membantu murid untuk mendapatkan pemahaman lebih mendalam mengenai topik-topik tertentu. Kemudian terdapat juga beberapa kelemahan daripada laporan eksperimen iaitu keterbatasan ruang dan masa. Dalam pentaksiran ini, jelaslah bahawa elemen kemudahtadbiran telah diaplikasikan iaitu sesuatu pentaksiran itu dapat ditadbir dengan mudah dan secara berkesan. setelah mengkaji mengenai arahan dan juga pernyataan yang diberikan ia sangat mudah untuk ditafsirkan. Rubrik pemarkahan sangat memadai dan jelas untuk difahami oleh murid. Dengan ini guru-guru boleh menilai murid dengan rekod yang sah dan adil. 3.0 CADANGAN PENAMABAHBAIKAN Walaupun instrumen yang digunakan adalah baik dan membantu guru untuk menilai prestasi murid terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki. Antaranya adalah untuk instrument lembaran kerja mungkin boleh rancang aktiviti yang memenuhi pelbagai gaya pembelajaran, termasuk visual, auditori dan kinestetik. Mungkin pada kertas boleh menyediakan ruang untuk maklum balas berterusan. Murid boleh memberikan refleksi diri di ruang yang disediakan. Selain itu, cadangan penambahbaikan untuk instrumen kedua iaitu kaedah amali, mungkin guru boleh menyediakan borang semakan untuk murid lebih memahami setiap langkah ketika mereka melaksanakan amali. Bagi instrument ketiga iaitu, laporan eksperimen, mungkin boleh tambahkan elemen menekankan kemahiran abad-ke-21 seperti komunikasi, kreativiti , pemikiran kritis dan sebagainya.


11 4.0 REFKLESI KENDIRI Setelah menilai dan mengkritik pentaksiran alternatif untuk Lembaran Kerja, Amali dan Laporan Eksperimen menunjukkan bahawa kaedah ini adalah antara usaha positif untuk mengubah landskap pentaksiran dan pengajaran. Walau bagaimanapun, saya juga mengakui bahawa terdapat isu yang perlu ditangani apabila melaksanakan pentaksiran pilihan alternatif. Guru harus memastikan rancangan yang dibuat untuk melaksanakan pentaksiran alternatif adalah baik. Dalam proses penilaian, ia sentiasa berada dalam jalur yang sepatutnya. Ini memerlukan arahan dan petunjuk yang jelas untuk guru memastikan penilaian dilakukan secara adil dan berterusan tanpa mengira latar belakang pelajar. Selain itu, guru boleh membuat susulan dan penambahbaikan untuk membetulkan kelemahan segera. Contohnya, pendidik boleh mempelbagaikan kaedah pelaksanaan PdP berdasarkan tahap perkembangan pelajar. Oleh itu, jelas bahawa guru bukan sahaja perlu merancang prosedur pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti tinggi, malah guru juga perlu mengkaji dan menghasilkan teknik dan prosedur pentaksiran yang sesuai dengan murid.


12 5.0 RUJUKAN Ghaffar, May & Khairallah, Megan & Salloum, Sara. (2020). Co-constructed rubrics and assessment for learning: The impact on middle school students' attitudes and writing skills. Assessing Writing. 45. 10.1016/j.asw.2020.100468. Lee, C., D. (2014). Worksheet usage, reading achievement, classes’ lack of readiness, and science achievement: a cross-country comparison. International Journal of Education in Mathematics, Science and Technology, 2(2), 96-106. Noraini Idris. (2008). Pentaksiran Alternatif: Arah dan Peranannya dalam Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Dalam Tajularipin Sulaiman & Wan Zah Wan Ali. Pendidikan di Sekolah: Isu dan cabaran, 165-181. Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Edisi Ke-2. (2019). Kementerian Pendidikan Malaysia Suhaida Mohd Sukis, Norhisham Muhamad & Abd Hadi Borham. (2022). PELAKSANAAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF DIGITAL DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM (GPI) DI SEKOLAH KEBANGSAAN. Suhaida Mohd Sukis, Norhisham Muhamad & Abd Hadi Borham. (2023). AMALAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF DIGITAL GURU PENDIDIKAN ISLAM (GPI) DI SEKOLAH KEBANGSAAN. Malaysian Online Journal of Education. Vol. 7, No. 1. hlm 44-57. https://sg.docworkspace.com/d/sIFSTqcyhAZHYgLAG Yuh, T. J., & Kenayathulla, H. B. (2020). PENTAKSIRAN BILIK DARJAH DAN PRESTASI MURID SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI HULU LANGAT, SELANGOR. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 7(3), 70– 90. https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/view/26777/12295


Click to View FlipBook Version