B
O
L
A
1.Anis Nabilah Bt Azhari T
(A20HP0027) A
M
2.Nor Ayuni Bt Mohd Rahim P
(A20HP0152) A
R
3.Nur Aimi Wahida Bt Mohd Soffa
(A20HP0158)
4.Nur Ainul Wahidah Bt Nordin
(A20HP0161)
5.Nurul Af Idah Bt Zakaria
(A20HP0211)
ISI KANDUNGAN
B A B 1 PENGENALAN
1.1 PENGHARGAAN
1.2 SEJARAH
1.3 UNDANG-UNDANG GELANGGANG
PERMAINAN
1.4 PERALATAN DAN PAKAIAN
BAB 2 PERSEDIAAN PERMAINAN
BOLA TAMPAR
2.1 PERSEDIAAN SEBELUM BERMAIN
2.2 ASAS PERMAINAN BOLA TAMPAR
2.4 LATIHAN KEMAHIRAN BOLA TAMPAR
BAB 3 PERTANDINGAN DAN
FORMAT PERTANDINGAN
3.1 PENGENALAN PERTANDINGAN
3.2 SISTEM KALAH MATI
3.3 SISTEM LIGA
BAB
01
P
E
N
G
E
N
A
L
A
N
1.1 P E N G H A R G A A N
Syukur Alhamdulillah dengan rahmat dan izinNya,
kumpulan kami telah berjaya menyiapkan tugasan
assignment berbentuk sebuah ebook yang berkaitan bola
tampar bagi kod subjek 2882-03 (Pengurusan Ko-
kurikulum, Sukan dan Permainan).
Dalam kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepadaDR Adjah Naqkiah Binti Mazlan selaku
pensyarah subjek Pengurusan Ko-kurikulum, Sukan dan
Permainan kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan
dorongan kepada kami. Di samping, kami juga ingin
berterima kasih kerana telah memberi kepercayaan
kepada kumpulan kami dalam menyiapkan tugasan yang
diberikan.
Selain itu, kami ingin memgucapkan jutaan terima kasih
kepada semua ahli kumpulan kami kerana telah
menghulurkan bantuan, kerjasama dan dorongan yang
baik dalam menyempurnakan tugasan yang telah
diberikan oleh pensyarah
1
SEJARAH BOLA
1.2 T A M P A R
Terdapat banyak pilihan sukan dalam negara
Malaysia ini dan antara yang paling terkenal dan
mempunyai ramai pengikut adalah bola tampar. Sukan
bola tampar bermula pada tahun 1895 yang diilhamkan
oleh William G. Morgan. Beliau merupakan seoang guru
Pendidikan Jasmani di Massachusetts, Amerika Syarikat.
Kewujudan sukan bola tampar ini dengan penggabungan
idea bola keranjang, besbol, tenis dan juga bola baling.
Pada peringkat awal lebih dikenali sebagai Mintonette
dan mula diubah kepada volleyball pada 1896 oleh prof H.
T. Halstead. Bola tampar mula menjadi popular pada
tahun 1900 apabila negara Kanada menjadi negara yang
pertama menerimanya dan diikuti oleh negara India.
Seterusnya ia berkembang lagi ke negara Cuba pada tahun
1905, China pada tahun 1906, Jepun pada tahun 1908,
Puerto Rico pada tahun 1909 dan Filipina pada tahun 1910
.
Pada awal tahun 1930 pula bola tampar telah
memasuki ke tanah melayu oleh Universiti Hong Kong bagi
mengadakan perlawanan persahabatan di bandar besar.
Kesan daripada itu telah menyebabkan Persatuan Bola
Tampar Malaysia didaftarkan pada 9 Julai 1959 di Pulau
Pinang. Dalam tahun 1990 sudah bermulanya banyak
program pembangunan dan pertandingan peringkat
antarabangsa telah dilancarkan. Sejak daripada itu
permainan bola tampar sudah semakin berkembang dan
popular dalam kalangan warga Malaysia tidak kira bangsa
2
UNDANG-UNDANG
1.3 GELANGGANG PERMAINAN
i. Kawasan Permainan
Ia merangkumi gelanggang permainan dan zon bebas.
Gelanggang permainan : satu segi empat yang berukuran
18m 9m yang dikelilingi oleh zon bebas yang berukuran
kelebaran 3m dari tepi gelanggang dan ketinggian 7m dari
permukaan permainan.
3
ii. Sistem Skor
Mendapatkan mata : Sesebuah pasukan akan
mendapatkan mata apabila bola masuk dan jatuh ke
gelanggang pihak lawan atau pihak lawan melakukan
kesalahan / mendapat penalti.
Memenangi Rali : Iaitu turutan perlakuan permainan
daripada bahagian servis hingga bola diluar permainan.
Jika sesuatu pasukan memenangi rali maka pasukan
tersebut mendapat 1 mata dan diberi peluang melakukan
servis.
Memenangi satu set permainan : (Set 1 - 4 ) Jika pasukan
pertama memperolehi 25 mata dengan perbezaan mata
minimum 2 mata akan memenangi set ini. Tetapi jika seri,
perlawanan akan diteruskan sehingga satu pasukan
memperolehi 2 mata keatas pasukan lawan.
Memenangi permainan : Ia akan dimenangi oleh pasukan
yang berjaya menang 3 set dari 5 set permainan. Jika seri,
set penentuan (set penentuan) akan dijalankan dengan
kiraan 15 mata dengan perbezaan mata minimum 2 mata.
4
iii. Kedudukan & Putaran Permainan
Kedudukan dalam sesuatu pasukan mengikut strategi
masing-masing. Pemain dalam kedudukan 1, 5 dan 6
berada dalam barisan belakang manakala pemain 4, 3 dan
2 berada dalam barisan hadapan.
Arah pergerakan giliran melakukan servis mengikut arah
jam dan setiap pemain perlu berada dalam posisi yang
betul. Apabila melakukan servis, pemain bahagian kanan
zon hadapan akan bergerak ke zon belakang kanan dan
diikuti dengan pemain yang lain. Sekiranya pasukan yang
melakukan servis itu menang, mereka perlu kekal dalam
kedudukan sama.
5
iv. Zon-zon dan Kawasan
Zon Depan
Dihadkan oleh paksi garisan tengah dan belakang garisan
serangan. Zon ini sebagai pemanjang yang menjangkau
garisan tepi hingga zon bebas.
Zon belakang
Dihadkan dari belakang garisan serangan hingga ke
belakang garisan hujung
Zon servis
Kawasan yang lebarnya 9m di belakang garisan hujung.
Zon ini dihadkan oleh 2 garisan pendek yang setiap
satunya 25cm panjangnya dan dilukis 20cm ke belakang
garisan hujung sebagai pemanjangan garisan tepi
Zon Penggantian
Ia dihadkan antara garisan serangan dengan meja
pencatat skor.
Kawasan Memanaskan Badan
Ia berukuran 3m 3m terletak pada kedua-dua penjuru
bersebelahan bangku rehat ( luar zon bebas ).
Kawasan Penalti
Ia berukuran 1m 1m dengan sebuah kerusi yang terletak
di kawasan kawalan di luar garisan hujung.
6
1.4 PERALATAN DAN PAKAIAN
i. Jaring
Kelebaran jaring adalah 1m dan 9.5m panjang
Ketinggian jaring
Lelaki : 2.43m
Perempuan : 2.24m
( Ia diukur dari tengah gelanggang permainan )
Kedua-dua hujung jaring pastikan sama tinggi daripada
permukaan bermain .
7
ii. Bola
Bentuk
Mestilah berbentuk sfera dan ia dihasilkan daripada
suatu lapisan
kulit yang bergetah dan mudah lentur kerana
mudah untuk melakukan sesuatu pergerakan.
Warna
Warna bola perlulah berwarna cerah dan pastinya
seragam.
Ukur lilit
65-67 cm
Tekanan di dalam bola
0.30 - 0.325g/cm
8
iii. Antena
Diperbuat daripada gentian kaca yang berukuran 1.80m
panjang dan berdiameter 10mm. Ia bersifat mudah
lentur dan diikat pada pinggir luar sebagai penanda
lintasan bola atas jaring
9
iv. Pakaian
Permainan ini perlulah memakai pakaian jersi, seluar
pendek / panjang , stokin dan berkasut sukan. Kasut
perlulah ringan dan bertapak getah supaya
memudahkan pergerakan pemain.
Jersi pula perlulah bernombor 1 - 18 dan diletakkan
di bahagian tengah hadapan dan belakang. Warna
nombor tersebut perlulah berwarna cerah dan berlainan
dengan warna jersi. Ketinggian minimum nombor
hadapan adalah 15cm dan lebar nombor 2cm. Hanya
kapten perlu memakai jalur yang bersaiz 8cm panjang
dan lebar 2cm lalu diletakkan di bahagian bawah
nombor hadapan jersi.
10
BAB
02
P
E
R
S
E
D
I
A
A
N
2.1 P E R S E D I A A N
AKTIVITI PEMANASAN BADAN
YANG SESUAI
(i)
Senaman regangan statik ini melibatkan hanya sendi
yang tertentu sahaja dan ia hanya memerlukan sekurang
kurangnya 20 saat sahaja untuk ditahan. Kemudian rehat
selama 20 saat dan ulangi kembali regangan yang sama
sebanyak dua atau tiga kali. Tujuan bagi regangan ini adalah
untuk mengatasi regangan untuk memudahkan lagi
pergerakan sendi yang lebih mudah. Regangan ini mudah
dilakukan oleh semua orang dan dapat dilakukan di mana
sahaja.
Contoh bagi Senaman Regangan Statik
(Static Stretching)
11
2.1 P E R S E D I A A N
AKTIVITI PEMANASAN BADAN
YANG SESUAI
(ii)
Senaman ini menggunakan pergerakan dinamik
dimana pergerakan ini melaui julat pergerakan seni yang
penuh dan menggunakan pergerakan yang aktif melalui
proses menggunakan pergerakan dua otot. Apabila ia
dilakukan dengan tepat ia akan dapat menggerakkan
sendi-sendi , mengekalkan fleksibiliti dan mengurangkan
tekanan pada otot. Senaman ini juga dimulai dengan
peringkat yang perlahan dan akan menambah ke tahap
yang lebih laju.
Contoh bagi Senaman Regangan Dinamik
12
2.2 A S A S P E R M A I N A N
BOLA TAMPAR
Untuk menjadi pemain yang baik, kemahiran dan asas
permainan bola tampar mestilah dipelajari dan dikuasai oleh
para pemain.
Terdapat 5 asas kemahiran bola tampar :
Servis
Menyangga
Mengumpan
Merejam
Mengadang
1) Teknik servis
Servis dibuat ketika memulakan permainan bola
tampar dari kawasan servis yang telah ditetapkan.
Bola yang diservis mestilah melepasi jaring dan
melalui dua tiang antenna ke gelanggang pihak
lawan. Sekiranya servis gagal atau batal, akan
mengakibatkan pasukan kehilangan mata dan mata
akan diperolehi oleh pihak lawan. Jenis servis
terbahagi kepada dua :
13
a) Servis Bawah
b) Servis Atas
14
2) Teknik Menyangga (digging)
Menyangga adalah teknik/kemahiran untuk menerima
dan menghantar bola dengan baik menggunakan kedua-
dua belah tangan. Selain itu, digunakan untuk mengawal
bola servis atau rejaman dari pihak lawan.
3) Mengumpan (Setting Full)
Mengumpan adalah suatu kemahiran menghantar dan
mengumpan bola untuk memudahkan rakan
sepasukan membuat rejaman.
15
4) Merejam (spike)
Mengumpan adalah suatu kemahiran menghantar
dan mengumpan bola untuk memudahkan rakan
sepasukan membuat rejaman.
16
5) Mengadang ( Block)
Kemahiran untuk menghalang rejaman pihak lawan.
Teknik mengadang ini hanya boleh dibuat oleh pemain
barisan hadapan sahaja.
17
2.3 L A T I H A N K E M A H I R A N
BOLA TAMPAR
(i)
TEKNIK SERVIS
A. SERVIS TANGAN ATAS
Servis atas mampu menghasilkan jenis bola terapung
apabila memukul bahagian tengah bola dengan kuat
1.Berdiri dengan posisi kaki kiri lebih kedepan sambil
memegang bola dengan salah satu tangan
2.bola dilambung dengan ukuran kira-kira setengah
meter di atas kepala dan memukul dengan sekuat
tenaga menggunakan jari-jari seperti mensmesh bola
3.Pukulan bola hendaklah melepasi dan menjangkaui di
atas net
Contoh gambar teknik servis atas
18
B. SERVIS TANGAN BAWAH
1.Pemain berdiri di petak servis dengan membentuk kuda-
kuda sambil badan membongkok agak condong ke
hadapan
2. Kemudian, salah satu tangan memegang bola manakala
sebelah tangan lagi digunakan untuk memukul bola
menggunakan jari-jari tangan sama ada menggenggam
ataupun mengepal.
3. Seterusnya, bola dilambung dengan tidak terlalu tinggi
dan kemudian memukul bola pada bahagian bawah dengan
ayunan tangan dari belakang hingga ke depan .
Contoh gambar teknik servis tangan
bawah
19
(ii)
TEKNIK MENGUMPAN (SETTING)
Kemahiran mengumpan bola amat penting
supaya rakan sepasukan dapat memebuat
rejaman
1.Jari dibuka sehingga membentuk segi tiga
2. Pemain bergerak di bawah bola sebelum melakukan
umpanan
3.Menolak bola pada ketinggian kepala dengan
kedudukan tangan yang separuh bulat untuk
menyokong bola
4. Akhir sekali, bola ditolak keluar daripada disentuh
Contoh gambar teknik mengumpan
(setting)
20
(iii)
TEKNIK MEMEREJAM (SPIKE))
TEKNIK MEREJAM KETIKA BERDIRI
1.Melonjak kedua-dua kaki pada kedudukan setempat
2.Membengkokkan lutut dan menolak badan ke atas
sambil dihayunkan tangan ke atas.
3. Menaikkan kedua-dua belah tangan ataupun sebelah
tangan sahaja sama ada ke atas kepala atau di belakang
bahu untuk merejam bola
4.Pukulan boleh dibuat sama ada dengan pukulan buku
lima tangan, dengan tapak tangan terbuka ataupun
dengan menadah tangan
Contoh gambar teknik merejak ketika berdiri
21
TEKNIK MEMEREJAM KETIKA RUN-UP
1.Pemain berdiri dengan jarak dua hingga tiga meter dari jaring.
2. Seterusnya pemain membuat tiga langkah ke hadapan .
3.Pemain akan berlari, melompat dan memukul bola
dalam satu masa yang sama untuk melakukan teknik
merejam.
Contoh gambar teknik merejam ketika run-up
22
(iv)
TEKNIK MENGADANG
1.Berdiri dengan kedudukan badan dan juga tapak
tangan mengadap jaring net
2.Melompat atau melonjakkan badan dengan kedua-
dua belah tapak kaki sambil meluruskan kedua-dua
belah tapak tangan
3. Jarakkan jari-jari tangan untuk menghalang bola dari
pihak lawan supaya tidak memasuki gelanggan kita
4.Lonjakkan yang dilakukan untuk menghalang pukulan
hendaklah dilakukan secara serentak dengan lonjakan
pemain pihak lawan yang merenjam bola
Contoh gambar teknik mengadang
23
BAB
03
P
E
R
T
A
N
D
I
N
G
A
N
PENGENALAN
3.1 P E R T A N D I N G A N
Bola tampar merupakan permainan berpasukan yang
mana setiap pasukan terdiri daripada enam orang
pemain utama dan enam orang pemain simpanan.
Objektif sukan bola tampar adalah untuk
mengumpulkan mata (skor) dengan menggerakkan bola
yang mana bola hanya boleh digerakkan dengan
menggunakan tangan atau bahagian badan atas
pinggang untuk menampar dan memukul sebiji bola
supaya melangkaui jaring dan menyentuh lantai pihak
lawan.
Undian akan dilakukan untuk mengetahui kumpulan
yang akan memulakan servis. Pemain yang akan
membuat servis perlu berdiri di bahagian belakang iaitu
di sepanjang garisan luar gelanggang. Setelah itu,
permainan akan dimulakan sebaik sahaja wisel
dibunyikan dan servis yang dilakukan hendaklah
dimulakan dalam tempoh 5 saat setelah wisel dibunyikan.
Setiap pemain akan berpeluang melakukan servis
malah bagi pemain yang melakukan servis dengan
mendapat mata, ia akan diberi peluang untuk melakukan
servis sekali lagi dan seterusnya jika markah diperoleh.
Tambahan lagi, mata (skor) akan dikira apabila bola yang
dihantar jatuh ke dalam gelanggang pihak lawan, pihak
lawan melakukan kesalahan ataupun pihak lawan gagal
mengembalikan bola dengan betul.
24
SISTEM PERTANDINGAN : SISTEM LIGA
Sistem Liga bermaksud setiap pasukan yang mengambil
bahagian akan berlawan antara satu sama lain dimana
setiap pasukan akan bertanding dengan setiap ahli dalam
kumpulan pertandingan. Sistem ini sesuai dilaksanakan
jika bilangan peserta atau pasukan adalah terhad atau
dalam bilangan yang kecil.
Pertandingan ini boleh dilaksanakan dalam
liga satu pusingan atau liga berkumpulan
Cara menentukan bilangan perlawanan untuk setiap
pasukan ialah dengan menggunakan formula:
N(N-1) N= Jumlah Peserta
2
Contoh:
Apabila 6 pasukan yang mengambil bahagian
Bil. Perlawanan = 6 (6-1)
2
= 15 Perlawanan
25
Antara kaedah lain yang boleh juga digunakan:
1. Menulis angka 1,2,3,4,5 dan 6
2. Memotong atau mengabaikan angka tertinggi iaitu 6
3. Menambahkan kesemua nombor tersebut
4. Jumlah yang akan diperoleh ialah 15
5. Kesimpulannya,jika 6 pasukan yang mengambil
bahagian,jumlah perlawanan dalam pertandingan ini
ialah 15
26
Liga 1 Pusingan:
Berlaku jika lima atau kurang daripada lima pasukan yang
bertanding dan pasukan yang mengumpul banyak akan
bergelar johan
Liga 2 Kumpulan:
Jika pertandingan melibatkan 6 hingga pasukan, sistem
pertandingan yang sesuai digunakan ialah gabungan
sistem liga pada pusingan pertama dan sistem kalah mati
di pusingan seterusnya.
Pembahagian pasukan kepada kumpulan adalah mengikut
keputusan pertandingan lepas dan pasukan-pasukan lain
perlu mengundi.
27
SISTEM PERTANDINGAN: SISTEM
KALAH MATI
Sistem pertandingan kalah mati ini merupakan kaedah
paling mudah dan ringkas untuk mencari pemenang
atau juara. Sistem ini sangat sesuai digunakan apabila
bilangan pasukan atau peserta ramai dan sistem ini akan
menyingkirkan peserta-peserta yang kalah manakala
pasukan yang berjaya akan mara ke peringkat
seterusnya. Proses ini akan berulang sehingga hanya
tinggal satu peserta yang dianggap juara.
Pertandingan ini sesuai dilaksanakan apabila:
Masa yang diberikan adalah terhad
Jumlah pernyertaan yang banyak
Jumlah kewangan yang diperuntukkan adalah terhad
Tenaga pekerja yang kurang mencukupi
28
Sistem kalah Mati Sekali
Sistem Kalah Mati bagi kes di atas bagi 14 pasukan
yang bertanding.
Susunan jadual sistem kalah mati bagi 14 pasukan yang bertanding
29
Bye
Bilangan peserta yang mendapat bye boleh di kira
menggunakan formula gandaan kuasa bagi angka 2.
Bilangan penyertaan ialah 14angka digandakan
dengan dua yang terdekat ialah 4^2= 16
Jadi bilangan bye adalah =16-14
=2
Dua peserta yang mendapat Bye akan diletakkan
kepada dua kumpulan atas dan kumpulan bawah.
Sekiranya dua bye yang di peruntukan bye kan diberi
kepada peserta pilihan pertama dan kedua.
Bilangan pusingan:
Bilangan pusingan boleh ditentukan dengan melihat 2=
samaatau lebih dari nombor yang terdekat dengan
bilangan penyertaan.
X= bilangan pusingan
Oleh kerana 2^4=16 ialah nombor gandaan 2 yang
terdekat dengan 14, maka bilangan pusingan bagi
pertandingan ini ialah 4
30
Bilangan Perlawanan:
Bilangan perlawanan yang dijalankan dapat dihitung dengan
cara menolak angka 1 daripadajumlah penyertaan
Oleh itu, bilangan perlawanan= N-1
= 13
Penentuan Tempat
Peserta atau
Pasukan dalam
jadual:
Penempatan pilihan atau 'seeded' Peserta-peserta
pilihan hendaklah ditempatkan secara adil dengan
sebaran yang menyeluruh.
Panduan menempatkan peserta pilihan dalam
pertandingan kalah mati adalah seperti berikut:
Peserta pilihan sepatutnya ditempatkan secara
simetrikal.
Jika terdapat 2 pilihan ,satu ditempatkan di bawah
sekali dan satu lagi diatas sekali
31
Cara menyusun pilihan 1 dan 2 dalam pertandingan
kalah mati
Jika terdapat 4 pilihan, aturan berikut perlu digunakan:
1.Pilihan pertama ditempatkan di atas sekali dalam
kumpulan atas.
2.Pilihan kedua ditempatkan di bawah sekali dalam
kumpulan bawah.
3.Pilihan 4 diletakkan di bawah dalam kumpulan atas dan
4.Pilihan ke 3 diletakkan diatas dalam kumpulan bawah
atas.
32
Cara menyusun pilihan 1 hingga 4 dalam pertandingan kalah
mati
33
Sistem Kalah Mati Dua Kali
Sistem ini terbahagi kepada dua kumpulan:
KUMPULAN YANG MENANG
KUMPULAN YANG KALAH
Juara kumpulan kalah akan bertanding dengan juara bagi
kumpulan yang menang.Ini adalah untuk menetukan juara.
Matlamat pertandingan ini adalah untuk memberi peluang
kepada pasukan yang kalah untuk memenangi
pertandingan.
Sistem pertandingan ini juga akan membangkitkan
semangat peserta kerana walaupun peserta kalah pada
peringkat awal,tapi peserta berpeluang memenangi
pertandingan.
Johan kedua-dua kumpulan kiri atau kanan akan bertemu di
dalam pertandingan akhir
34
Jadual Pertandingan Kalah Mati Dua Kali
Sekiranya pemenang pertandingan datang dari kumpulan
yang telah kalah (juara kumpulan kalah,kiri) sekali,
maka pasukan yang telah tewas (juara kumpulan menang,
kanan) boleh meminta satu lagi perlawanan (untuk
menentukan juara).
Jika dalam pertandingan ini 2 yang memenangi pertandingan
akhir, maka 2 akan menyandang JUARA/JOHAN, tetapi jika 1
yang memenangi pertandingan akhir,maka 2 berhak
memohon untuk bertanding semula bagi menentukan
JOHAN.
35
RUJUKAN .
1.Ip Anonami. 2016. Kolej Vokesional Shah Alam
2. MOHD NAHAR BIN AHMAD, MUHAMMAD FAIRUZ
HAZMI BIN MOHAMMAD AMIN & AFSHUR BIN
MATSUD. 2019. EDISI POLITEKNIK
3. https://www.slideshare.net/wansuhaimiwansetapa/not
a-sistem-pertandingan-1
4. https://www.moe.gov.my/muat-turun/penerbitan-dan-
jurnal/dasar/1233-sukan-bola-tampar-sekolah-
menengah/file
5. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Bola_tampar
6.Muhammad Adib Bin Abd Rahim.Pulau
Pinang.14Jun.https://ardiscovery.wordpress.com/
36