MESYUARAT AGUNG PIBGSK MUTIARAKALI KE-49Dirasmikan Oleh: YB TUAN HAJI ONN BIN ABU BAKAR AHLI PARLIMEN BATU PAHAT 23 JUN 2024 DEWAN SANGGAR MUTIARA SK MUTIARA MASA 8 PAGI
TENTATIF MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 49 SESI 2024/2025 8.00 pagi : Pendaftaran ibu bapa 8.30 pagi : Mesyuarat Agung Pibg Kali Ke 49 dimulakan : Cabutan Bertuah : Mesyuarat ditangguhkan 10.00 pagi : Ketibaan Perasmi : Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis : Bacaan Doa ( En Tomo Hardjo bin Zakaria ) : Ucapan Guru Besar ( Pn Rita Zunika binti Lokman ) : Ucapan Yang Dipertua PIBG ( En Zahar Fahmi bin Md Harun ) : Ucapan Perasmi ( YB Tn. Hj Onn B Abu Bakar ) : Cabutan Bertuah : Penyampaian Cenderahati Perasmi : Jamuan VIP : Majlis Bersurai AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG SK MUTIARA KALI KE-49 SESI 2024/2025 1. Ucapan Penasihat ( Guru Besar ) 2. Ucapan Pengerusi ( YDP Pibg ) 3. Membentang & mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 sesi 2023/2024 4. Membentang, menerima & mengesahkan Penyata Kewangan sesi 2023/2024 5. Membentangkan dan membahaskan usul / cadangan ( jika ada ) 6. Pembubaran/Pemilihan Jawatankuasa Pibg ( jika ada ) 7. Hal-hal lain 8. Ucapan penangguhan 1
JAWATANKUASA UTAMA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 (2024/2025) Penyambut Tetamu : Guru Besar, GPK 1, GPK HEM, GPK Kokurikiulum, YDP Pibg, NYDP Pibg Pengacara Majlis : Solehah Al jannah Pembaca Doa : En. Tomo Hardjo bin Zakaria Pencatat Ucapan & Minit : Pn. Saliza Bt Saad Backdrop & : Pn. Hjh Suhaila bt Harun, Pn. Fazieyana bt Ahmad, Hiasan Meja Mesyuarat Pn. Noradilah bt Ishak Persiapan Tempat/Susun Atur : En. Tomo hardjo b Zakaria, En. Zahar Fahmi bin Md Harun En. Arnizam bin Ahamd Zait Buku Program : Pn. Haslina bt Ahmad Fazil Perakam Peristiwa : Pn. Fazieyana bt Ahmad, En. Mohd Zaiful Fitri bin Mo’men PA Sistem/Teknikal : En. Amir Hafiz b Yahya, En Mohd Adli bin Otheman Pendaftaran/Buku Pelawat : Pn. Haslina Bt Ahmad Fazil & 2 Pengawas Tahun 6 Cenderahati Perasmi : Pn. Rohanizah Bt Arashad Jamuan VIP/Tetamu : Pn. Zalela bt Othman, Pn Hjh Rosaning bt Ishak, Pn. Murni bt Daim, Pn. Masterina bt Samad & Pn. Norsalila bt Ab Ghopor Kawalan/Parking : Pengawal Keselamatan, En Muhammad Firdaus b Abd Hamid, En Zamri Buang@Mohd Nasri Cabutan Bertuah : Pn. Rohanizah bt Arashad, En Jamal b Johari & Pn Mazwin bt Bachik Persembahan Murid : Pn. Hjh Saliza bt Roslan & Pn. Che Mah bt Hassan Kawalan/Kebersihan : Ajk Pibg, guru-guru & kakitangan sekolah 2
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA GURU ( SESI 2022/2023 ) PENAUNG : Tuan Hj Azman bin Shahadan ( Tuan Pegawai PPD Batu Pahat ) PENASIHAT : Pn Rita Zunika bt Lokman ( Guru Besar SK Mutiara ) PENGERUSI : En Zahar Fahmi bin Md Harun( YDP PIBG SK Mutiara ) NAIB PENGERUSI : En Mohd Adli bin Otheman@Othman ( NYDP PIBG SK Mutiara ) SETIAUSAHA : Pn Haslina bt Hj Ahmad Fazil BENDAHARI : Pn Rohanizah Bt Arashad AHLI JAWATANKUASA GURU Pn Zalela bt Othman Pn Suhaila bt Harun IBU BAPA Tn Hj Abd Razak b Shahar En Arnizam B Mohd Zaid En Mohd Zaiful Fitri bin Mo’men En Zamri bin Buang@Mohd Nasri En Abd Jamal bin Johari En Muhammad Firdaus bin Abd Hamid Pn Masterina Bt Samad Pn Mazwin Bt Bachik Pn Norsalila bt Ab Ghopor Pn Noradilah bt Ishak PEMERIKSA KIRA-KIRA Pn Saliza bt Saad 3
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 48 SESI 2023/2024 Tarikh : 11 Jun 2023 ( Ahad ) Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Ilmiah SK Mutiara Kehadiran(Bilangan) : 69 orang 1 Ucapan 1.1Ucapan Penasihat ( Tn. Hj Halimi bin Hassan – Guru Besar ) 1.1.1 Memulakan ucapan dengan “ الرحيم الرحمن هللا بسم ’ dan memberi salam kepada para hadirin. Seterusnya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha YDP PIBG dan barisan ahli jawtankuasanya, guru-guru dan para ibu bapa yang hadir pada pagi ini. Serta merakamkan kesyukuran kerana mesyuarat agyng PIBG kali ke 48 dapat dijlankan. 1.1.2 Sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang dapat hadir pada mesyuarat ini. Kehadiran ibu bapa adalah bukti komitmen ibu bapa dalam meraikan majlis anjuran sekolah. Komitmen yang tinggi ini menunjukkan ibu bapa mengambil tahu mengenai keadaan sekolah. 1.1.3 YB Onn telah dijemput untuk merasmikan mesyuarat agung ini. Walaubagaimanapun disebabkan kesilapan komunikasi, maka beliau tidak dapat hadir pada hari ini. Mesyuarat agung pada hari ini akan dirasmikan oleh En. Mohammad Nizam bin Mohd Noor. 1.1.4 Pada tahun 2023, SK Mutiara mendapat tambahan seorang guru, menjadikan jumlah guru sekarang ialah seramai 12 orang. Guru tersebut ialah Cikgu Amir Hafiz b Yahya, guru Bahasa Inggeris. 1.1.5 Bilangan murid juga bertambah dari tahun ke tahun. Jika sebelum ini bilangannya tidak sampai 100 orang, tetapi sekarang untuk tahun 1hingga 6 telah melebihi 100 orang. 1.1.6 Guru Besar mohon ibu bapa untuk fokuskan mengenai kehadiran murid-murid ke sekolah. Bilangan murid tahun 1 hingga 6 ialah 107 orang. 1.1.7 1 orang murid bersamaan 1%. Jika 10 orang murid tidak hadir, maka peratus kehadiran pada hari tersebut ialah 90%. Didapat murid selalu tidak hadir pada hari Ahad. Ini mungkin disebabkan ibu bapa tidak bekerja pada hari Ahad. Jadi mereka perg berjalan-jalan dan anakanak dicutikan. 1.1.8 Ibu bapa juga diingatkan disebabkan tiada UPSR, maka kehadiran murid ke sekolah tidak diambil berat. Jika terlambat bangun pun, datanglah ke sekolah. 1.1.9 Ibu bapa yang ada anak-anak kecil dinasihati untuk menghantar anak-anak ke prasekolah pada usia 5 tahun. Diingatkan juga untuk mohon awal jika hendak masukkan anak ke prasekolah. 1.1.10 Pendidikan awal anak penting untuk memastikan anak-anak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Jadi apabila masuk ke tahun 1, murid telah tahu membaca. SK Mutiara tiada kelas pemulihan khas. Jika murid-murid tidak menguasai kemahiran-kemahiran tersebut, agak sukar untuk guru membuat aktiviti pemulihan dengan berkesan. 1.1.11 Tahap penguasaan murid tidak lagi dinilai melalui peperiksaan tetapi melalui pentaksiran bilik darjah ( PBD ). Ianya dilaksanakan berterusan daripada murid berada di tahun 1 hingga 6. Penilaiannya dilaksanakan daripada bulan pertama sesi persekolahan dan diukur dari segi kebolehan murid-murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. 1.1.12 Memakumkan mengenai pemilihan/perlantikan AJK PIBG bagi sesi 2023-2026. Mohon kerjasama ibu bapa untuk memilh AJK daripada kalangan ibu bapa yang hadir bagi membuat perubahan kepada sekolah dengan idea-idea yang lebih baik. ( Makluman ) 4
1.2 Ucapan Perasmian oleh YDP PIBG ( En. Mohammad Nizam B Mohd Nor ) 1.2.1 Merakamkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan keizinannya dapat bertemu lagi dalam mesyuarat agung PIBG kali ke 48. 1.2.2 Mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa terutama sekali AJK PIBG yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai program. Mengharapkan dengan pertemuan seperti ini dapat bersama-sama menyumbangkan idea untuk memantapkan lagi aktivit-aktiviti PIBG SK Mutiara. 1.2.3 Turut mengucapkan terima kasih atas sumbangan para ibu bapa. Sumbangan tersebut telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu program-program sekolah yang bertujuan meningkatkan pendidikan dan sahsiah murid-murid seperti Anugerah Cemerlang adan aktiviti kegiatan kokurikulum. 1.2.4 Merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada barisan AJK PIBG sesi 2020/2023 atas kerjasama dan komitmen yang diberikan. 1.2.5 Dengan lafaz ‘’ الرحيم الرحمن هللا بسم ” merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 48. ( Makluman ) 2 Membentang, menerima dan mengesahkan minit mesyuarat @ Laporan Agung PIBG Kali Ke-47 tahun 2022. 2.1 Setiausaha PIBG, Pn Haslina Binti Ahmad Fazil membentangkan minit mesyuarat yang lalu. ( Rujuk minit mesyuarat yang telah dikongsikan ). 2.2 Puan setiausaha meminta sidang ahli mesyuarat membaca dan meneliti minit mesyuarat agung PIBG Kali Ke 47 tahun 2022 dan laporan tahunan. 2.2.1 Cadangan untuk disahkan : En.Othman bin Malek. 2.2.2 Disokong oleh : En.Mohd Zaiful Fitri bin Mo’men. 2.3 Tiada isu berbangkit yang dikemukakan dalam sesi ini. ( Makluman ) 3 Membentang, menerima dan mengesahkan Laporan Penyata Kewangan berakhir Februari 2023. 3.1 Rujukan : Rujuk Buku Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 47 tahun 2023. 3.2 Pn Rohanizah Bt Arashad selaku bendahari PIBG membentangkan penyata kewangan PIBG. 3.3 En. Zaiful Fitri meminta penjelasan mengenai wang sebanyak RM 3500 yang telah digunakan semasa aktiviti gotong-royong perdana. - Pn. Rohanizah telah menjelaskan bahawa wang terebut telah digunakan untuk membeli cat, alatan mengecat dan alatan gotong-royong. 5
4 3.3.1 Cadangan untuk disahkan : Pn. Habibah binti Yaakob. 3.3.2 Disokong oleh : En. Mohd Zaiful Fitri bin Mo’men. ( Makluman ) Membentang dan membahaskan usul/cadangan - Tiada Usul 5 Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2023 serta Pemilihan Jawatankuasa PIBG sesi 2023- 2026. 5.1 YDP PIBG sesi 2020/2023, En. Mohammad Nizam bin Mohd Noor membubarkan jawatankuasa. 5.2 Selepas pembubaran jawatankuasa PIBG 2020/2023, perjalan mesyuarat dikendalikan oleh pengerusi sementara iaitu En. Mohammad Nizam bin Mohd Noor. 5.3 YDP PIBG 5.3.1 Cadangan oleh Pn. Mazwin bniti Bachik : En. Zahar Fahmi bin Md Harun 5.3.2 Disokong oleh En. Arnizam bin Ahmad Zait 5.3.3 Cadangan ditutup oleh En. Othman bin Malek 5.3.4 Disokong oleh En. Md Norazman bin Mohd Said. 5.3.5 Jawatan YDP PIBG sesi 2023/2026 diambil alih oleh En. Zahar Fahmi bin Md. Harun. 5.4 NAIB YDP PIBG 5.4.1 Cadangan oleh Pn. Norsalila binti Ghopor – Tn. Hj Abd Razak bin Shahar. 5.4.2 Disokong oleh En. Mohd Adli bin Othman@Otheman. 5.4.3 Tn. Hj Abd Razak menolak cadangan perlantikannya dan mencadangkan En. Mohd Adli bin Othman@Otheman. 5.4.4 Disokong oleh Pn. Nurul Syuhada. 5.4.5 Pn. Norsalila binti Ab Ghopor mencadangkan cadangan ditutup. 5.4.6 Disokong oleh Pn. Mazwin binti Bachik. 5.4.7 Naib YDP PIBG sesi 2023/2026 adalah En. Mohd Adli bin Othman@Otheman. 5.5 AJK PIBG ( cadangan GB : 6 orang lelaki dan 4 orang perempuan ) 5.5.1 Lelaki : 5.5.1.1 En. Arnizam bin Ahmad Zait 5.5.1.2 En. Zamri bin Buang @ Mohd Nasri 5.5.1.3 En. Abd Jamal bin Johari 5.5.1.4 En. Muhammad Firdaus bin Abd Hamid 5.5.1.5 En. Mohd Zaiful Fitri bin Mo’men 5.5.1.6 tn. Hj Abd Razak bin Shahar 6
5.5.2 Perempuan : 5.5.2.1 Pn. Masterina binti Samad 5.5.2.2 Pn. Mazwin binti Bachik 5.5.2.3 Pn. Norsalila binti Ab Ghopor 5.5.2.4 Pn. Noradilah binti Abdul Sahak 5.5.3 AJK Guru : 5.5.3.1 Pn. Hjh Suhaila binti Harun 5.5.3.2 Pn. Zalela binti Othman 5.6 Setiausaha dan bendahari PIBG akan ditetapkan oleh pentadbir sekolah. 5.6.1 Setiausaha : Pn. Haslina binti Hj Ahmad Fazil 5.6.2 Bendahari : Pn. Rohanizah binti Arashad 5.7 Pemeriksa Kira-kira : Pn. Saliza binti Saad ( Makluman ) 6 Hal-hal Lain 6.1 Sumbangan PIBG 6.1.1 En. Arnizam bin Ahmad Zait mencadangkan sumbangan RM50 / keluarga dikekalkan. 6.1.2 Sidang mesyuarat sebulat suara bersetuju dan menyokong akan sumbangan sebanyak RM50.00 setiap keluarga bagi tahun 2023. 6.1.3 Setiausaha PIBG diingatkan untuk menyediakan surat permohonan kutipan wang PIBG 2021 untuk diajukan kepada pihak PPD dan JPN dengan segera. ( Tindakan : Setiausaha PIBG ) 7
6.2 En. Zaiful Fitri bertanyakan mengenai bangunan sekolah agama ( bangunan kayu ) yang telah lama tidak digunakan. 6.2.1 GB menjelaskan bahawa permohonan untuk merobohkan bangunan tersebut telah dibuat sejak tahun 2017. JKR telah memberi kebenaran untuk merobohkan. Apabila dirujuk kepada PPD, mesti ada jawatankuasa meroboh peringkat negeri yang diketuai oleh KSU dan itylah yang menjadi masalah. GB atau pihak sekolah tidak boleh merobohkan bangunan kerajaan sesuka hati kerana mempunyai nombor siri dan sebagainya. 6.3 En. Zaiful Fitri turut bertanyakan mengenai playground. 6.3.1 GB memberitahu bahawa playground tersebut hanya untuk murid-murid prasekolah sahaja. Murid-murid aliran perdana tidak dibenarkan masuk. Sekolah telah memohon kepada PPD untuk membaikpulih tetapi belum ada jawapan. Jika ada bantuan daripada komuniti setempat atau ibu bapa adalah dialu-alukan. 6.4 Teguran oleh En. Zaiful Fitri mengenai lirik lagu Bangsa Johor yang diletakkan di dinding dewan sekolah. Terdapat beberapa kesalahan ejaan yang tidak disedari oleh pihak sekolah. 6.4.1 Guru Besar memohon maaf atas kesilapan dan akan mengambil tindakan membetulkan dengan segera. 6.5 Guru Besar mencadangkan kepada PIBG untuk mengadakan aktiviti-aktiviti tambahan seperti zapin dan kompang di sekolah. Bagi menambah kemahiran murid-murid yang berminat. Tenaga pengajar boleh terdiri daripada kalangan ahli PIBG atau yang diundang. 6.6 Guru Besar mengharapkan agar AJK PIBG dapat membantu pihak sekolah mengadakan atau mewujudkan kawasan sekolah yang berilmu seperti menampal kata-kata hikmah atau gambar-gambar di dinding-dinding sekolah. 6.7 Guru Besar meminta Setiausaha Pibg untuk membuat penukaran nama baru Yang Dipertua Pibg dalam akaun Pibg kerana terdapat pelantikan baru. ( Makluman ) 8
. 7 Ucapan Penangguhan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48 7.1 En. Zahar Fahmi bin Md Harun mengucapkan terima kasih atas pemilihan beliau dan barisan Jawatankuasa PIBG yang baru. Beliau berjanji untuk cuba melakukan yang terbaik untuk sekolah. 7.2 Semoga SK Mutiara terus cemerlang. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi. Pencatat minit mesyuarat : _____ ____________ ( SALIZA BT SAAD ) Disediakan oleh, Disemak oleh, _______________________ ___________________________ ( HASLINA BT HJ AHMAD FAZIL ) ( ZAHAR FAHMI BIN D HARUN ) Setiausaha PIBG SK Mutiara Yang Dipertua PIBG SK Mutiara Sesi 2023/2026 Sesi 2023/2026 12 Julai 2023 16 Julai 2023 9
KEWANGAN 10
USUL-USUL YANG DITERIMA - TIADA - PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 - TIADA - 11
PENCAPAIAN DAN KEBITARAAN SEKOLAH ( TAHUN 2023-2024 ) TERBAIK 2023 1. Penyertaan Pertandingan Program Adab & Nilai ( ADNI ) Peringkat Zon Senggarang – 2 orang. 2. Penyertaan Pertandingan Virtual Scrabble MSSD Batu Pahat - 2 orang. 3. Penyertaan Online Dare to Spell MSSD Batu Pahat – 1 orang. 4. Penyertaan Kejohanan Ping Pong MSSC Senggarang – 11 orang. 5. Penyertaan Kejohanan Bola Baling MSSC Senggarang – 12 orang 6. Penyertaan Kejohanan Bola Baling MSSC Senggarang – 12 orang. 7. Penyertaan Kejohanan Merentas Desa MSSD Batu Pahat – 4 orang 8. Tempat Ke-Lima Kejohanan Catur MSSC Senggarang – 8 orang. 9. Tempat Ke-Tiga Kejohanan Sepak Takraw MSSC Senggarang – 10 orang. 10. Penyertaan Kejohanan Sukan Olahraga MSSC Senggarang – 26 orang. 11. Penyertaan Online Kuiz Kecekapan Tenaga Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan -semua murid tahap 2. 12. Penyertaan Karnival Bahasa Melayu MSSC Senggarang – 2 orang. 13. Penyertaan Kejohanan Sepak Takraw MSSD Batu Pahat – 2 orang. 14. Penyertaan Kejohanan Catur MSSD Batu Pahat – 1 orang. 15. Penyertaan Online Pertandingan Program Olympia Mathematics Competition ( OMC ) Tahun 2023 – 5 orang. 16. Tempat Kedua & Keempat Pertandingan Mencipta Poster Digital secara online Program Promosi Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Tahun 2023 - 2 orang. 17. Tempat Keenam Pertandingan Cabaran Kemahiran Sepak Takraw Program Hari Terbuka PPD Batu Pahat – 1 orang. 18. Penyertaan Pertandingan Cabaran Kemahiran Sepak Takraw Program Hari Terbuka PPD Batu Pahat – 4 orang. 19. Penyertaan Lawatan Sekolah Ke Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan di UTHM – 11 orang. 20. Penyertaan Online Jota Joti Pengakap – 5 orang. 21. Penyertaan Pertandingan Gemilang Merdeka – Semua murid SKM. 22. Penyertaan Pertandingan Sahibba Choop Sekolah-sekolah Rendah MSSD Batu Pahat – 2 orang. 12
TERBAIK 2024 1. Penyertaan Pertandingan Program Adab & Nilai ( ADNI ) Zon Senggarang – 6 orang. 2. Johan Hafazan Perempuan Pertandingan Program Adab & Nilai ( ADNI ) MSSC Senggarang – 1 orang. 3. Penyertaan Pertandingan Program Adab & Nilai ( ADNI ) Peringkat Daerah Batu Pahat – 1 orang. 4. Penyertaan Pertandingan Bola Jaring MSSC Senggarang – 14 orang. 5. Penyertaan Kursus Tatacara Perjumpaan & Penutup PPIM Peringkat Kebangsaan - 2 orang. 6. Penyertaan Kejohanan Catur MSSC Senggarang – 8 orang. 7. Tempat Ketiga & Keempat Perseorangan Lelaki Kejohanan Ping Pong MSSC Senggarang – 2 orang. 8. Tempat Kedua & Ketiga Beregu Lelaki Kejohanan Ping Pong MSSC Senggarang – 4 orang. 9. Tempat Keempat Beregu Perempuan Kejohanan Ping Pong MSSC Senggarang – 2 orang. 10. Penyertaan Kejohanan Ping Pong MSSD Batu Pahat – 2 orang. 11. Penyertaan Online Webinar IMELC ; Junior Eco Warriors ( Speak Up And Act Now ) -Semua murid SKM. 13
PENGHARGAAN Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Tertinggi & AJK Kerja Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49 sesi 2024/2025, semua ibu bapa, warga SK Mutiara dan semua pihak yang telah memberi sumbangan dan menyumbang tenaga serta usaha secara langsung mahupun tidak langsung demi menjayakan majlis ini. Semoga Allah sahaja dapat membalas jasa baik kalian. 14