TENAGA
DISEDIAKAN OLEH CIKGU SYAFIKA
Sumber Tenaga
• Tenaga ialah kebolehan untuk membuat kerja.
• Hidupan memerlukan tenaga untuk menjalani proses hidup dan
menjalani aktiviti seharian.
• Benda bukan hidup memerlukan tenaga untuk berfungsi dan
menjadikannya boleh digunakan.
• Matahari ialah sumber tenaga utama
Bentuk Tenaga
Perubahan Bentuk Tenaga
• Tenaga boleh diubah daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain.
• Simbol (->) bermaksud “berubah kepada”, (+) bermaksud “dan”.
Sumber Tenaga Boleh dan Tidak Boleh
Diperbaharui
• Sumber tenaga yang boleh diperbaharui ialah:
- Sumber tenaga yang boleh dijana daripada sumber yang sentiasa ada
secara berterusan.
- Sumber tenaga yang boleh diganti selepas habis digunakan.
- Contoh: Matahari, Air, Ombak, Angin, Makanan, Biojisim.
• Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui ialah:
-Sumber tenaga yang tidak boleh dijana daripada sumber kerana
sumber ini terhad atau tidak boleh diperoleh secara berterusan.
- Sumber tenaga yang tidak boleh diganti selepas habis digunakan.
- Contoh: Petroleum, Gas Asli, Arang Batu, Bahan Nuklear, Bateri.
Tenaga elektrik dapat dijana daripada sumber bahan api fosil dan
nuklear. Caranya:
• Bahan api/ nuklear dibakar.
• Air menjadi stim.
• Menggerakkan turbin.
• Generator menjana elektrik
Berhemah Menggunakan Tenaga
Kita perlu berhemah menggunakan tenaga kerana kebanyakan tenaga
dihasilkan oleh sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui.
• Kita perlu menggunakan tenaga secara bijaksana untuk:
• Menjimatkan kos penjanaan tenaga elektrik.
• Mengelakkan pembaziran sumber tenaga.
• Mengurangkan pencemaran alam sekitar
Langkah-Langkah menjimatkan tenaga:
• Tutup peralatan elektrik apabila tidak digunakan.
• Gunakan peralatan yang kurang menggunakan tenaga.
• Gunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta.
• Kitar semula bahan yang terbuang