The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by irdani.fatihah, 2022-06-11 13:51:50

EMAJALAH

EMAJALAH

MPU23082
SENI DALAM ISLAM

Corak Arabesque
dalam Karya Seni

Ukiran Melayu

NUR IRDANI FATIHAH BINTI MOHD ZAINAL FITRI
19DRG21F1018

NUR BATRISYIA AISYAH BINTI MOHD ROZI
19DRG21F1054

NAUWAF BIN AHMAD NAZRI
19DRG21F1101

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN M/S

Apa Itu Corak 3
Arabesque?






Jenis Corak Arabesque 4

Geometri 4
Bentuk Muqarnas

Jalinan Kaligrafi Arab
Tabi’i Unsur Flora 5
Tabi’i Unsur Fauna

Jalinan Kaligrafi Arab 6
Bentuk Zukhruf







Penggunaan Geometri 7
Dalam Seni Arabesque






Kesimpulan 10

APA ITU CORAK

ARABESQUE?

ARABESQUE merupakan perkataan Itali yang berasal
daripada perkataan arabesco. Ia merujuk kepada motif
hiasan daun acanthus yang menghiasi salah satu tiang

seni bina di Itali. Arabesque Islam yang diwarisi
merupakan motif hiasan yang berkembang daripada
motif yang pernah digunakan di zaman akhir tamadun
Greek dan Rom. Salah satu contoh motif arabesque
dunia Islam yang diwarisi dari tamadun Greek dan Rom
ialah hiasan daripada mozaik yang terdapat di Masjid
Damsyik. Arabesque adalah motif tumbuhan yang

biasanya terdiri daripada susunan dedaun dan
diselangi dengan sulur. Sulur adalah bahagian
tumbuhan yang melata atau melilit atau tunas
tumbuhan yang menjulur daripada tumbuhan asal.
Arabesque juga boleh digunakan dalam bentuk dua
dimensi apabila di gabungkan dengan motif geometri.
Evolusi perkembangan motif hiasan Islam ini dikatakan
berada di puncaknya dalam abad ke-11 Masihi/abad

ke-5 Hijrah.

CORAK ARABESQUE

Seni Ukiran Islam Corak

Arabesque Motif Geometri

Seni ukiran Islam corak arabesque dengan motif geometri yang
merupakan jalinan (interlacing) corak dengan motif geometri yang

berkembang bertindan lapis secara seimbang tanpa terputus di
dalam irama yang harmonis turut menerapkan ilmu matematik di
samping nilai estetika yang ditonjolkan pada hasil karya tersebut.
Seni ukiran dengan motif geometri ini turut berkait rapat dengan

motif unsur kosmos yang menampilkan unsur alam semulajadi
kerana reka bentuknya yang mirip dan cara penghasilannya pada
medium ukiran menggunakan teknik yang sama. Bentuk-bentuk
poligon yang berbucu-bucu di samping motif unsur kosmos seperti

bulan, bintang dan matahari digarap dengan reka bentuk yang
harmoni bagi menghasilkan sebuah karya seni yang indah dan ianya
diterjemahkan pada pelbagai bahan seperti logam, kayu, tembikar

dan sulaman pada permaidani serta kulit kijang.

Seni Ukiran Islam Corak Arabesque

Motif Geometri Bentuk Muqarnas.

Jenis seni ukiran Islam corak arabesque yang turut dimuatkan
dalam kategori motif geometri ini ialah bentuk muqarnas atau
lengkungan sarang lebah yang dihasilkan sebagai hiasan dalaman
sesebuah kubah di masjid serta gerbang pintu masuk utama
sesebuah bangunan dan binaan dalam sejarah perkembangan
tamadun Islam. Tidak diketahui di mana dan bilakah bentuk
muqarnas ini mula diperkenalkan namun, penggunaannya adalah
begitu meluas pada zaman pemerintahan Moor di Afrika Utara dan
Sepanyol khususnya pada bangunan Istana Alhambra atau Qal‘at al-
Hamra’ di Granada. Istana yang turut dikenali sebagai The Red Fort
ini mula dibinakan pada kurun ke-14M oleh Sultan Muhammad ibn
al-Ahmar I dan ia sentiasa ditambah serta diperluaskan pada era
pemerintahan seterusnya . Bahagian bawah kubah dan kerawang
pada tiang-tiang yang menghiasi istana ini dihiasi dengan bentuk
ukiran ini menampilkan keunikan bagi istana yang dianggap antara
yang tercantik dalam sejarah perkembangan tamadun umat Islam
sepanjang zaman. Corak hiasan sebegini turut digunakan bagi
menghiasi bahagian mimbar Masjid Sheikh Lotf Allah di Isfahan
yang siap pembinaannya pada tahun 1618M. Karya seni ukiran
sebegini cukup berharga di mana jalinan yang dihasilkan adalah
berdasarkan kepada kreativiti dan imaginasi yang tidak terbatas.

Seni Ukiran Islam Corak Arabesque

Motif Jalinan Kaligrafi Arab

Motif jalinan tulisan kaligrafi Arab turut diklasifikasikan dalam
kategori seni ukiran Islam corak arabesque (Masmedia, 2012).
Reka bentuk tulisan khat yang dihasilkan dengan corak jalinan
dan bentuk yang unik berdasarkan kepada daya imaginasi yang
tidak terbatas hasil kreativiti penciptanya.Seni ukiran dengan

motif tulisan kaligrafi Arab ini merupakan suatu bidang
kesenian yang sangat diminati oleh umat Islam di mana
keindahan yang dipaparkan pada tulisan khat secara khususnya
dan seni ukiran Islam secara amnya telah diabadikan sebagai
hiasan pada bangunan dan binaan, seramik, kaca, ukiran kayu,
ukiran logam dan sebagainya. Ia juga telah dianggap sebagai
salah satu bidang yang mencapai pencapaian tertinggi dalam
kesenian Islam kerana ia bukan sahaja dihasilkan oleh ahli khat
dalam kalangan bangsa Arab, tetapi juga oleh pelbagai bangsa
di seluruh dunia seperti Parsi, Turki, India, Afrika, Melayu dan
sebagainya. Ayatayat suci al-Quran menjadi teras dan sumber
inspirasi penciptaan corak arabesque dengan motif ini dan
ianya terdapat dalam pelbagai bentuk merangkumi gaya
Nasakh, Thuluth, Rihan, Diwani Jali, Diwani dan Ta’liq Farisi.

Seni Ukiran Islam Corak Arabesque

Dengan Motif Tabi’i Unsur Flora

Seni ukiran Islam corak arabesque dengan motif tabi’i unsur flora pula
menampilkan komponen-komponen utama pada tumbuhan seperti
daun, akar, bunga dan sebagainya yang bersifat menjalar maju ke
hadapan yang mengulangi pergerakan ke belakang, berlengkar dan
kembali bergerak maju ke hadapan (foliate). Corak yang dipercayai
berasal daripada model seni ukiran tamadun Mesir, Greek, Rom dan

Parsi ini telah melalui pelbagai evolusi pada kurun ke-8 dan kurun ke-
9M apabila corak ini digunakan secara meluas hingga berjaya melangkau

etnografi serta sempadan geografi masyarakat di dunia merangkumi
bahagian utara Afrika ke Samarkand dan dari utara Anatolia ke Yaman.
Reka bentuk yang dipaparkan pada seni ukiran Islam dengan corak ini
dilihat menyamai corak ukiran era Renaissance yang dikenali sebagai

volutenkelch atau blattfachern yang merupakan corak hiasan yang
menggunakan elemen floral atau tumbuh-tumbuhan seperti pohon
bunga lili, bunga rosette dan kelopak bungabungaan dimana ia turut
menekankan kepada hiasan dengan bentuk jalinan yang mempunyai
lengkuk-lengkuk bermula dari akar pokok kepada bahagian batang,
daun dan bunga yang disusun dengan bentuk yang sangat bergaya.
Contoh bangunan yang menampilkan seni ukiran Islam corak arabesque
dengan bentuk jalinan motif tabi’i ini ialah pada hiasan dinding dan
kubah Masjid Shah di Isfahan pada zaman pemerintahan Shah ‘Abbas I.
Hiasan corak ini telah diukir dengan reka bentuk yang sangat harmoni

dan mempunyai nilai estetika yang tersendiri

Seni Ukiran Islam Corak Arabesque

Motif Tabi’i Unsur Fauna atau

Makhluk Hidup yang Diabstrakkan

Seni ukiran Islam corak arabesque dengan motif tabi’i
unsur fauna atau makhluk hidup yang diabstrakkan pula
dilihat sangat unik serta mempunyai nilai estetikanya yang
tersendiri. Realiti ini selari dengan konsep penghasilan
karya seni dalam agama Islam yang mengharamkan reka
bentuk karya seni ukiran yang berteraskan kepada elemen

makhluk bernyawa kerana dikaitkan dengan unsur
penyembahan dalam zaman Jahiliyyah. Hasilnya lahirlah
karya seni ukiran yang menampilkan motif tabi’i unsur
fauna atau makhluk hidup yang diabstrakkan dan ianya
dapat diperhatikan di sekitar alam Melayu pada hiasan
bangunan serta binaan, seramik, tekstil dan sebagainya.

Seni Ukiran Islam Corak Arabesque Motif

Jalinan Kaligrafi Arab Bentuk Zukhruf

Seni ukiran Islam corak arabesque turut menampilkan
gabungan di antara reka bentuk yang menerapkan motif
geometri, motif unsur kosmos, motif jalinan tulisan kaligrafi
Arab dan motif tabi’i unsur flora yang dikenali sebagai bentuk
zukhruf dan merupakan suatu reka bentuk yang indah, cantik
serta bermutu tinggi. Ianya terhasil berdasarkan kepada
kreativiti pengukirnya hingga menjadikannya begitu unik serta
mampu menimbulkan rasa kagum bagi sesiapa sahaja yang
memandangnya. Jelasnya, gabungan antara beberapa motif
seni ukiran corak arabesque ini mampu menghasilkan suatu
bentuk ukiran baharu yang lebih rumit daripada aspek reka

bentuknya (Joc, 2013). Contoh bangunan yang telah
menampilkan gabungan antara bentuk-bentuk seni ukiran Islam
ini ialah seperti yang terdapat pada Masjid Ahmad ibn Tulun di
al-Qahirah yang siap pembinaannya pada tahun 879M. Perkara

yang sama juga boleh dilihat pada struktur binaan Masjid
Shaykh Lutf Allah di Isfahan yang dibina antara tahun 1602

hingga 1608M oleh Shah ‘Abbas, pemerintah Kerajaan
Safawiyyah di Parsi.

Penggunaan Geometri
Dalam Seni Arabesque

Salah satu ciri utama yang dalam seni Islam yang menjadi identiti dunia Muslim
yang berbeza adalah penggunaan corak-corak geometri. Diaplikasi secara

universal pada logam, kayu, seramik, tekstil, permaidani, miniatur sebagai dekorasi
atau hiasan seni bina dengan kaedah yang dirumuskan dengan jelas dan

menggabungkan sistem adaptasi komposisi yang membolehkan kepelbagaian
variasi dan inovasi. Didasarkan daripada asas segi empat, oktagon, segi tiga sama

sisi dan heksagon dan penemuan corak yang lebih rumit berdasarkan segi lima,
dekagon, dan bahkan heptagon dan nonagon.

Geometri Islam terdiri atau terhasil daripada bentuk-bentuk sederhana seperti
bulatan dan segi empat, corak-corak geometri yang digabungkan, diulang,

dihubungkan, dan disusun dalam kombinasi lengkap, sehingga menjadi salah
satu ciri khas keseniaan dalamIslam. Corak-corak yang kompleks ini

tampaknya mewujudkan penolakan dalam mematuhi secara tepat peraturan
geometri. Berdasarkan fakta, penghiasan geometri dalam kesenian Islam

menunjukkan jumlah yang luar biasa terutama dalam pengulangan dan ianya
begitu kompleks. Ia memberi ruang kepada kemungkinan percambahan corak
yang hebat dan dapat disesuaikan atau digabungkan dengan perhiasan jenis
lain. Dalam corak abstrak, pengulangan motif, simetrik, corak-corak geometri
mempunyai banyak persamaan dengan apa yang disebut sebagai gaya awan
larat yang dilihat banyak melibatkan rekaan tumbuhan malah hiasan kaligrafi

juga muncul dalam hubungannya dengan corak-corak geometri.

Empat bentuk asas atau "unit pengulangan" rekaan geometri Islam di mana corak yang lebih
lengkap dibuat adalah melibatkan daripada asas bulatan dan gabungan bulatan, segi

empat atau sisi empat poligon; corak bintang, segi empat dan segitiga yang terlukis dalam
sebuah bulatan serta melibatkan pelbagai sisi poligon. Corak-corak kompleks yang ditemui

pada banyak benda merangkumi beberapa bentuk dan tatacara yang berbeza, yang
membolehkan ianya dimasukkan ke dalam lebih daripada satu kategori.

Contoh-contoh bagi corak-corak geometri yang dianalisis dikumpulkan dalam kategori yang
berbeza sesuai dengan sistem pengkadaran yang ditetap bagi unit pengulangan corak yang

diberikan. Analisis terperinci akan menunjukkan bagaimana dalam setiap kumpulan corak-
corak, unit pengulangan dan grid corak menentukan komposisi mereka adalah dihasilkan
oleh manipulasi susunan poligon iaitu segi empat sama, segi tiga sama sisi, segi enam

(heksagon) dan seterusnya. Grid-corak yang dihasilkan oleh gabungan titik-titik garis lurus
adalah yang dipilih daripada sisi simpang bagi sisi-sisi poligon. Akhirnya, komposisi unit
pengulangan corak keseluruhannya tercapai.

Konsep yang kedua adalah konsep segi empat sama dan sistem nisbah asas dua. Melalui
konsep ini, ia menyatakan bahawa pengulangan corak telah memberi karakter bagi

rekaannya yang mana ia ditentukan oleh heretan garisan grid antara titik yang dibuat oleh
sudut penyilangan bagi segi empat sama yang dilukis di dalam bulatan. Bagi melukis segi
empat sama di antara bulatan, satu metod geometri diberikan bagi kadar pembahagian
setiap kawasan untuk unit pengulangan tersebut. Apabila sesuatu permukaan itu hendak
dibuat, salah satu sisinya dibahagikan menjadi beberapa bahagian sesuai dengan jumlah unit
pengulangan yang diperlukan. Kawasan tersebut kemudian di isi dengan bulatan dengan

diameter yang sama dengan sub-bahagian daripada sisi permukaan yang dibuat.

Konsep yang ketiga pula ialah heksagon dan sistem kadar asas tiga. Rekaan yang ditunjukkan
dalam konsep ini berasaskan pada grid lukisan bagi bentuk bintang heksagon. Satu sisi bagi
kawasan yang akan dihias dibahagikan dengan menggunakan kompas menjadi beberapa

bahagian yang sama dengan unit pengulangan yang dimasukkan dalam rekaan sepanjang sisi
ini. Seluruh kawasan ini kemudiannya dibahagikan oleh bulatan dan heksagon dimasukkan
berdekatan setelah kaedah titik digunakan (rajah.1). Ia adalah unit mengulang kerana ia
adalah heksagon. Sisi yang sama dengan garis lilitan bulatan grid master dibentuk oleh

heretan bintang-bintang heksagon dalam heksagon ini dengan menggabungkan salah satu
sudut heksagon yang lain atau di tengah-tengah titik (rajah.2). Sistem bintang heksagon

memberikan sebuah metod pembahagian diamenter heksagon dengan nisbah 1:2. Sistem ini
juga membahagikan ketinggian heksagon dalam nisbah yang sama iaitu 1:2.

Konsep yang keempat pula ialah konsep pentagon dan golden ratio (nisbah emas). Menurut
Euclid, konsep Golden Ratio ini bermaksud sebagai “ekstrim dan nisbah”. Manakala seorang
penulis zaman Renaissance berpendapat ia dianggap sebagai “Pengkadaran” dan pada abad
kesembilan belas konsep ini dikenali sebagai “Golden Section”. Dalam konsep ini ia membentuk
enam corak. Berdasarkan grid master, corak-corak yang terbentuk adalah berbentuk bintang
dekagon. Unit pengulangan yang baik adalah menggunakan bentuk segi empat tepat atau
rombus tetapi dalam kes terkini adalah lebih mudah dengan menggunakan bentuk segi empat

tepat yang berasal dari rombus.

KESIMPULAN

Kesenian Islam merupakan satu bentuk kesenian yang menjadikan sesuatu
itu mulia. Ia merupakan suatu proses pembersihan jiwa kerana melalui

tulisan ayat-ayat suci al-Qur’an dan reka bentuk hiasan yang ditonjolkan
dapat membawa seseorang dari alam realiti ke alam estetika, di mana

jiwa seorang pengkarya akan dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Begitu juga halnya dengan masyarakat yang merenung dan menghayati
hasil karya tersebut dalam menikmati keindahan ciptaannya bagi
menguatkan lagi rasa cinta dan taat kepada Allah swt. Seni ukiran Islam
khususnya penghasilan karya seni ukiran corak arabesque dilihat sebagai
suatu bentuk keindahan yang dihasilkan melalui kemahiran dalam bidang
pembinaan dan pertukangan yang melibatkan aspek-aspek berkait
dengan reka bentuk sesebuah bangunan atau binaan dalam sejarah

ketamadunan umat Islam. Realiti ini menjadikan seni ukiran Islam berbeza
dengan seni ukiran masyarakat lain di dunia ini kerana di samping

penekanan yang ditetapkan oleh agama Islam dalam mengharamkan
semua bentuk hasil ukiran yang berunsurkan sebarang bentuk makhluk
bernyawa, ia juga turut memaparkan kepelbagaian jenis dan bentuk yang
sekaligus telah menjadikan kesenian Islam itu unik dan dalam kelasnya
yang tersendiri. Ia menjadi lambang kekayaan dan ketinggian mutu serta
kualiti seni ukiran Islam. Kejayaan dan kegemilangan seni ukiran Islam
telah berjaya memartabatkan keunggulan tamadun Islam pada kaca

mata seluruh umat manusia sepanjang zaman di semua dimensi.
Ringkasnya, seni ukiran Islam bukan semata-mata untuk memenuhi
kewujudan seni untuk seni atau sebagai pantulan rasa indah sahaja,
tetapi ianya turut memberikan kesan yang lebih mendalam dalam usaha

untuk mendekatkan diri hamba kepada Allah SWT.


Click to View FlipBook Version