The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitihidayah343, 2020-05-15 10:35:29

MORFOLOGI KUMPULAN

MORFOLOGI KUMPULAN

BML 3053 MORFOLOGI
TAJUK TUGASAN

MODUL : KATA PRAFRASA DAN PASCAFRASA

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK
SITI NORHIDAYAH BINTI PATHULL ARIFIN D20181082537
LORETTA LAI D20191087782
SITI NUR SOLEHAH BINTI BAHAUDIN D20181082542
MASLIAH JIMIS D20181082558
THAHIRAH BINTI BAKAR D20181082555

KUMPULAN: B
NAMA PENSYARAH: ENCIK MOHD RA’IN BIN SHAARI
TARIKH SERAHAN: 10 MEI 2020

1

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN
1.0 KATA TUGAS 3-7

KATA BANTU 8-12
2.0 KATA PENGUAT 13-15
3.0 KATA PENEGAS 16-18
4.0 KATA NAFI 19-21
5.0 KATA PEMERI 22-36
6.0 KATA SENDI NAMA 37-44
7.0 KATA ARAH 45-53
8.0 KATA ADVERBA 54-56
9.0 KATA PASCAKATA
10.0 RUJUKAN

2

KATA TUGAS

KATA PRAFRASA DAN KATA PASCAFRASA

1.0 KATA BANTU

Menurut Nik Safiah Karim etll. (2015). Kata bantu hanya hadir sebelum frasa ialah
jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi
nama iaitu dengan menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam.
Kata bantu dibahagikan kepada dua iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Kata
bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa iaitu masa lampau, masa kini, atau
masa hadapan. Kata bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau
menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan seperti
hendak, mahu, dan harus.

Kata bantu hadir di hadapan frasa iaitu sama ada frasa kerja, frasa adjektif dan frasa
sendi nama. Contoh frasa kerja : Pelajar itu telah pulang. Perkataan telah di dalam
ayat tersebut menunjukkan kata bantu aspek dan hadir di hadapan frasa kerja.
Terdapat dua kata bantu iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Kata bantu
aspek berkait dengan masa iaitu sama ada sudah dilakukan seperti telah, pernah,
manakala sedang dilakukan ialah masih dan sedang seterusnya belum dilakukan
seperti akan dan belum. Selain itu, kata bantu ragam pula berkaitan ragam perasaan
ataupun yang berkait dengan perbuatan atau tindakan seseorang seperti menunjukkan
kehendak, menunjukkan keupayaan, menunjukkan kemungkinan, menunjukkan
kemestian, dan menunjukkan keengganan. Contoh ayat:

1) KATA BANTU ASPEK

a. Kata Bantu Aspek (Belum)
a. K
“Bagaaimanapun, bekas pertahanan kental era 1990-an itu menyatakan jika anak
buahtnya berjaya melakukan kejutan ia bonus buat pasukannya yang setakat ini
beluma melakar sebarang kemenangan dalam dua aksi awal”. Harian Metro (2020,
Mac 10). Sasar memperoleh satu mata lawan JDT, ms 46.

B

3

b. Kata Bantu Aspek (Masih)

“Saya ketika itu masih bekerja selain dalam fasa ‘murung’ disebabkan baru putus
cinta dengan bekas teman lelaki saya”. Harian Metro (2020, Mac 10). Jodoh
Ekspres, ms 32

FORMULA
1. KATA BANTU

Kata bantu hadir di hadapan frasa iaitu sama ada frasa kerja, frasa adjektif dan frasa
sendi nama.

KATA BANTU

KATA BANTU KATA BANTU RAGAM
ASPEK

 Telah  Hendak

 Sudah  Ingin (Kehendak)
 Baru
Masa lampau  Mahu

 Pernah

 Sedang Masa sekarang  Dapat
 Masih  Boleh
 Mula (Keupayaan dan keizinan)
 Barangkali
 Akan Masa akan datang  Mungkin
 Belum
 Bakal (Kemungkinan)
 Harus
 Mesti

4

 Pasti
 Patut (Kemestian)
 Perlu
 Tentu
 Wajib

 Enggan (Keengganan)

1.KATA BANTU ASPEK

1. Subjek + Kata bantu aspek + Frasa kerja, Frasa Adjektif, Frasa sendi nama.

(SUB) + (KBA) + (FK, FA, FSN).

Contoh ayat:

(a) Guru besar /sedang /menyiaplan laporan itu.

(SUB) (KBA) (FK)

(b) Pada masa itu dia /masih/ kecil.

LATIHAN (SOALAN STRUKTUR)

Isikan tempat kosong dibawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Pasukan Bola Aiman menjadi Johan dalam perlawanan Bola sepak
semalam.

2. Pn. Suraya ke Pulau Tioman pada hujung minggu ini.

2) KATA BANTU RAGAM
a) Kata Bantu Ragam (Mahu)

5

“Ia bukan keputusan yang saya mahu tetapi ini pengalaman pertama saya
menggunakan chasis Speed Up”. Harian Metro (2020, Mac 10). Hafizh Syahrin kecewa
gagal kumpul mata, ms 45

b) Kata Bantu Ragam (Harus)

“Saya anggap ia permulaan dan mereka harus kekal focus bagi berdepan
kejohananakan datang”, katanya di laman sosial miliknya. Harian Metro (2020, Mac
10). Sentuhan magis Misbun menjadi, ms 45.

FORMULA

KATA BANTU RAGAM

1. Subjek + Kata bantu ragam + Frasa kerja, Frasa Adjektif, Frasa sendi nama.

(SUB) + (KBR) + (FK, FA, FSN).

Contoh Ayat:

(a) Kita /boleh /ke Johor Bahru dengan Bas

(SUB) + (KBR) + (FSN)

(b) Kanak-kanak itu/ hendak / masuk ke bilik.

(SUB) + (KBR)

LATIHAN (KATA BANTU RAGAM)

Sila pilih jawapan yang paling sesuai berdasarkan topik yang telah anda pelajari.

1. Encik Helmi melawat jirannya di hospital.

A. Dapat

B. Hendak

C. Boleh

6

D. Harus.

2. Kamu pandai memujuk hatinya yang luka itu.

A. Paling

B. Terlalu

C. Mesti

D. Pernah

2.0 KATA PENGUAT

Menurut Abdullah Hassan & Ainon Mohd (1994). Kata penguat sentiasa digunakan
bersama-sama kata sifat atau kata adjektif. Kata penguat digunakan untuk memberi
penekanan terhadap maksud pada sesuatu kata sifat itu. Kata penguat terbahagi
kepada tiga iaitu kata penguat hadapan contohnya amat, terlalu. Kata penguat
belakang seperti sekali, benar. Kata penguat bebas iaitu sungguh, sangat.

Kata penguat selalunya digunakan bergandingan dengan kata sifat atau kata
adjektif sama ada di hadapan atau mengikuti kata adjektif. Seterusnya kata penguat
ada tiga jenis iaitu kata penguat hadapan, kata penguat belakang dan kata penguat
bebas. Terdapat kata penguat yang boleh digunakan di depan kata sifat sahaja, ada
yang boleh digunakan di belakang kata sifat sahaja dan ada yang boleh digunakan di
depan serta di belakang kata sifat. Contoh ayat:

2.1 KATA PENGUAT HADAPAN
i. Paling

ii“. BeliaAu berkata laporan Registri kanser kebangsaan Malaysia (MNCR) 2012-2016 juga

iimi. enunjukkkan kanser itu paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki (16.9 peratus) dan
ivk.anserGkedua paling kerap berlaku dalam kalangan wanita (10.7) peratus”. Harian Metro

(2020, Mac 10). Kedua tertinggi kanser kolorektal kedua paling di Malaysia, ms 18.
v.

7

ii. Agak

“Ia mungkin menjadi masalah yang agak biasa bagi penggunaan Internet fiber atau kaki
‘games’ berdepan isu kelajuan Internet tidak stabil atau pun bacaan kelajuan tidak sama
dengan pakej fiber yang dilanggan”. Harian Metro (2020, Mac 10).Penghala wifi generasi
baru,ms 31.

FORMULA

KATA PENGUAT

KATA PENGUAT

KATA PENGUAT KATA PENGUAT BELAKANG KATA PENGUAT BEBAS
HADAPAN

 Terlalu  Sekali  Amat

 Paling  Benar  Sangat

 Agak  Betul  Sungguh

 Cukup  Nian

 Makin

 Kurang

1. KATA PENGUAT HADAPAN.

Kata penguat hadapan ialah perkataan yang teletak di hadapan frasa atau kata adjektif.

Subjek + Kata penguat hadapan + Frasa Adjektif

Contoh Ayat:

(a) Pokok di belakang rumahku/ terlalu/ tinggi untuk di panjat.

(SUB) + (KPH) + (FA).

8

LATIHAN STRUKTUR (KATA PENGUAT HADAPAN)
Sila jawab soalan dibawah berdasarkan pemahaman anda tentang kata penguat hadapan,

1. Senaraikan kata penguat hadapan yang telah anda pelajar.
(A)
(B)
(C)
(D)
(E)
(F)

2. Bina ayat berdasarkan kata penguat hadapan yang anda telah pelajari sebelum ini.

9

2.2 KATA PENGUAT BELAKANG
(a) Betul

“Percayalah, jika anda buat perkara betul, anda diberi ganjaran baik, katanya”. Harian
Metro (2020, Mac 10).TNB Komited perkasa wanita, ms 5
FORMULA (KATA PENGUAT BELAKANG)
Kata penguat belakang ialah perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif.
Kata Adjektif + Kata penguat belakang
Contoh Ayat:
(a) Lambat/ benar/ bas itu tiba.
(KA) + (KPB).
LATIHAN SOALAN STRUKTUR.
1. Bina ayat mudah berdasarkan kata penguat belakang yang telah anda pelajari.

10

2.3 KATA PENGUAT BEBAS

(a) Amat

“Secara keseluruhannya, penulis amat kagum dengan keupayaan prestasi yang ditawarkan
selain kestabilan prestasi yang sangat baik juka pengguna mempunyai peranti yang
menyokong Wifi 6”. Harian Metro (2020, Mac 10).Penghala wifi generasi baharu, ms 31.

(b) Sangat

“Saya bersyukur ada suami yang sangat memahami. Bahagian paling sukar apabila
menjadi ibu berkerjaya”. Harian Metro (2020, Mac 10).TNB Komited perkasa wanita, ms
5

FORMULA (KATA PENGUAT BEBAS)

Kata penguat bebas ialah perkataan yang letaknya atau kedudukannya bebas, iaitu sama ada
di hadapan atau di belakang kata adjektif.

Subjek + Kata penguat bebas + Kata adjektif atau Kata adjektif + Kata penguat bebas.

Contoh Ayat:

(a) Pemandangan di perbatasan/ sungguh/ indah.

(SUB) + (KPB) + (KA)

(b) Pemandangan di perbatasan/ indah/ sungguh.

(SUB) + (KA) + (KPB).

LATIHAN SOALAN STRUKTUR

1. Bina ayat berikut berdasarkan kata penguat bebas yang telah anda pelajari.
(a) Amat: ………………………………………………………………………
(b) Sungguh: …………………………………………………………………..

11

3.0 KATA PENEGAS
Menurut Abdullah Hassan (1993) kata penegas terdiri daripada partikel dan sejumlah
perkataan yang memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu ayat. Terdapat
dua jenis kata penegas iaitu penegas predikat atau bahagian-bahagiannya
menggunakan partikel –kah, -tah, dan lah. Seterusnya, penegas subjek atau predikat
menggunakan perkataan juga, jua, pun, sahaja, lagi, hanya, dan memang.
Kata penegas ialah perkataan yang menegaskan atau menekankan bahagian-
bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas iaitu yang menegaskan
frasa predikat dan menegaskan kedua-dua bahagian ayat. Penegasan terhadap frasa
predikat terdiri daripada partikel –kah, -lah, dan –tah dan ia berfungsi sebagai
tegaskan frasa predikat yang mengalami proses pendepanan. Kata penegas subjek atau
predikat bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat sama ada dalam subjek atau
predikat ayat. Contoh Ayat:

3.1 Penegasan terhadap frasa predikat
(a) –tah

“Kami sekeluarga masih merinduinya. Apatah lagi, ibu masih teringat pada arwah
abang dan doa buatnya akan berterusan daripada kami. Harian Metro (2020, Mac 10).
Rindu kepada Abam masih menebal, ms 6

(b) -lah
“Andai dapat ku undur kan putaran dunia kiri itu saya, kanan tu arwah Abam..abang!
Angah rindu abanglah..mak rindu abang..along rindu abang..tunggu kami di sana ye
abang”. Katanya. Harian Metro (2020, Mac 10). Rindu kepada Abam masih menebal,
ms 6

12

FORMULA
Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang
memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.
KP (Kata Penegas), FP (Frasa Predikat)

1. Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya.
Kata penegas + Frasa Predikat.

(a) Siapakah /majikan kamu itu?
(KP) + (FP).

(b) Orang itulah bapanya?
(KP) + (FP).

LATIHAN (0BJEKTIF)
Jawab soalan dibawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Nyatakan fungsi kata penegas.
………………………………………………………………………………….
2. “Pernah ……………..awak kerugian sepanjang menjalankan perniagaan pinggan-

mangkuk ini?” tanya Eli kepada Sara.
A. –kah
B. .-lah
C. .Pun
D. -tah

13

3.2 Penegasan yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat.
(a) Juga
“Bedah siasat juga mendapati mangsa, Haziah Yeap Osman, 58, meninggal
dunia dalam tempoh tidak melebihi 24 jam ketika bedah siasat dijalankan”.
Harian Metro (2020, Mac 10).

b) Pun
“Fariq bukan pengganti saya, tetapi dia adalah ‘peneman’ di pentas
sekiranya saya kurang sihat dan perlukan rehat. Malah, saya pun takkan
meninggalkan Floor 88”. Harian Metro (2020, Mac 10).

FORMULA
2. Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat.
Contoh Ayat:
Subjek:

(a) Hanya/ dia sahabat karib saya.
(KP) + (PREDIKAT)

Predikat:
(b) Barang itu hanya boleh di beli di kedai.
(SUB) + (KP) + (PREDIKAT).LATIHAN (OBJEKTIF)

14

LATIHAN

Pilih jawapan yang betul.

1. Pelajar itu boleh menyertai perkhemahan ini, itu …… jika dia ingin menyertainya.

A. –kah C. Pun

B. –tah D. –lah

4.0 KATA NAFI

Menurut Abdul Hamid Mahmood (2006), kata nafi ialah perkataan yang digunakan
untuk menafikan sesuatu kenyataan. Manakala menurut Hashim Haji Musa (1993),
kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi kepada frasa nama, frasa kerja, frasa
adjektif dan frasa sendi. Kesimpulannya, kata nafi ini digunakan untuk menafikan
atau menidakkan sesuatu perkara dalam ayat yang dibina. Kata nafi ini hadir sebelum
frasa dan menjadi unsur nafi untuk frasa-frasa prediket. Dalam Bahasa Melayu
terdapat dua jenis kata nafi iaitu ‘bukan’ dan ‘tidak’. Kedua-dua kata nafi ini boleh
digunakan dalam frasa yang berbeza. Contohnya kata nafi ‘bukan’ hanya digunakan
pada hadapan frasa nama dan frasa sendi nama. Kata ini digunakan untuk mendukung
maksud yang bertentangan maklumat dalam sesuatu ayat. Kata nafi ‘bukan’ juga turut
boleh hadir di hadapan frasa kerja dan frasa adjektif jika terdapat pertentangan
maklumat berlaku. Biasanya kata nafi ini akan berpasangan dengan perkataan tetapi,
melainkan dan sebaliknya.

FORMULA

15

Contoh ayat:-
Frasa nama
“Saya akui bukan pelajar pintar, namun allamdulillah, keputusan SPM saya lebih baik
daripada keputusan peperiksaan sebelum ini”. Harian Metro. (2020, Mac 10). Hadiah
untuk Arwah Baba, ms 5.

Frasa sendi nama
Walaupun sasaran yang kami tetapkan musim ini bukan untuk ke Liga Supermusim
depan, sebaliknya memadai sekadar layak beraksidlam Piala Malaysia tetapi dengan
format baharu ini, impian disasarkan itu sukar dijangka. Harian Metro Online. (2020,
Mei 3). UKM FC Sifatkan Cabaran Menarik daripada laman web
https://www.hmetro.com.my .

Kata nafi ‘tidak’ pula digunakan pada hadapan frasa kerja dan frasa adjektif. Kata nafi
ini tidak mendukung makna pertentangan dalam sesuatu ayat. Kata nafi tidak itu
digunakan untuk melihatkan pelaku atau subjek dalam ayat tersebut tidak melakukan
sesuatu tetapi tiada unsur penentangan yang nyata. Contoh ayat:-
Frasa kerja
“Setiap daripada kami yang dibenarkan masuk akan disemburkan cecair pembasmi
kuman di tapak tangan dan jika ada sesiapa dalam kalangan kami yang suhu badannya
melebihi 37.5 darjah celcius tidak dibenarkan masuk” katanya. Sinar Harian Online.
(2020, Mei 3). Mahkamah benar Peguam, Orang Awam Pakai Topeng Muka Ketika
Prosiding, diambil dari laman web https://www.sinarharian.com.my

Frasa adjektif
“Kita meminta orang awam supaya bertenang dan tidak panik ketika membeli-belah”
Harian Metro. (2020, Mac 10). Berebut Tisu, ms 22.

16

Perkara yang sangat ditekankan dalam pembentukan ayat nafi ini adalah penggunaan
kata nafi ‘tidak’ tidak boleh digunakan di hadapan frasa nama. Hal ini kerana ayat
yang digunakan akan menjadi tidak gramatis. Contohnya ialah ‘Pokok itu tidak pokok
cempedak’. Ayat yang dibina menjadi tidak gramatis dan tidak mencapai maksud
yang ingin disampaikan.

Latihan
1. Bina dua ayat yang menggunakan kata nafi bukan.
2. Terangkan tujuan penggunaan kata nafi dan bagaimana digunakan.

5.0 KATA PEMERI
Menurut Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid
Mahmood (2015), kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemerihal kepada predikat
atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Menurut
Abdullah Hassan (1993) pula, kata pemeri ini adalah kata yang merangkaikan subjek
dan predikat. Kata pemeri ini boleh dikatakan sebagai kata yang digunakan untuk
menghuraikan lagi subjek dalam sesuatu ayat dengan maklumat yang berkaitan
dengan subjek ataupun maklumat baharu tentang subjek. Terdapat dua jenis kata
pemeri iaitu adalah dan ialah. Kata pemeri ‘ialah’ digunakan untuk mengatakan
persamaan hal antara bahagian subjek dengan hal bahagian predikat. Kata pemeri ini
hadir di hadapan kata nama atau frasa nama.

FORMULA

17

Contoh ayat:-
Diperkenalkan ketika di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH), syarat pemohonannya
ialah pemohon mesti rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang
berpendapatan kurang daripada RM 100,000 setahun adalah layak untuk menerima
wang e-tunai itu melalui mana-mana e-dompet yang mengambil bahagian. Harian
Metro. (2020, Mac 10). 7.4 Juta Pemohon Nikmati Program e-Tunai Rakyat, 19.

Walau bagaimanapun penggunaan kata pemeri ‘ialah’ tidak boleh digunakan dalam
ayat yang semua terdiri daripada frasa nama dengan frasa nama kerana dalam bahasa
Melayu terdapat ayat yang tidak memerlukan kata pemeri ‘ialah’.
Kata pemeri ‘adalah’ pula digunakan untuk menghuraikan atau menerangkan hal
secara kualitatif tentang subjek. Kata ini hadir di hadapan kata atau frasa adjektif dan
frasa sendi nama. Contohnya:-
5.1 Frasa adjektif
Diperkenalkan ketika di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH), syarat pemohonannya
ialah pemohon mesti rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang
berpendapatan kurang daripada RM 100,000 setahun adalah layak untuk menerima
wang e-tunai itu melalui mana-mana e-dompet yang mengambil bahagian. Harian
Metro. (2020, Mac 10). 7.4 Juta Pemohon Nikmati Program e-Tunai Rakyat, 19.

5.2 Frasa sendi nama
Penangguhan itu adalah bagi pembayar cukai di bawah sektor pelancongan seperti
agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan, berikutan kerajaan
Malaysia memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE 2020) untuk
menangani impak ekonomi kesan daripada wabak Covid-19.

Harian Metro. (2020, Mac 10). LHDN benar Penangguhan
Bayaran Cukai Enam Bulan, 19

18

Penggunaan kata pemeri ini sebenarnya adalah amat terbatas dan kurang digunakan
dalam pembinaan ayat Bahasa Melayu. Terdapat juga kesalahan yang perlu dielakkan
dalam penggunaan kata pemeri ini iaitu kata pemeri tidak boleh digunakan di hadapan
kata kerja atau frasa kerja. Hal ini kerana ayat yang dibina akan mengalahi tatabahasa
Bahasa Melayu. Selain itu, kata pemeri turut tidak dibenarkan untuk digunakan di
hadapan ayat. Contoh kesalahan penggunaan kata pemeri adalah seperti berikut:-

Ayat Salah Ayat Betul

Adalah diberitahu Penulis boleh memasukkan pembukaan lain pada awal ayat

bahawa pada hari Isnin seperti:-

15 Februari 2019 jalan 1. Dengan ini
dari Kajang ke Bandar 2. Anda
akan ditutup.

3. Ibu bapa

4. Tuan-tuan dan puan-puan

5. Dengan hormatnya

Dengan ini diberitahu bahawa pada hari Isnin 15 Februari
2019 jalan dari Kajang ke Bandar akan ditutup.

LATIHAN
1. Ayat manakah yang menggunakan kata pemeri yang salah

i. Dia adalah jiran saya
ii. Cadangan itu adalah sangat bernas.
iii. Faktor kejayaan seseorang ialah usaha kuat.
iv. Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat pada hari ini ditangguhkan.

A. I dan II
B. I dan IV

19

C. I, II, III
D. II dan III

2. Bina tiga ayat yang menggunakan kata pemeri.

6.0 KATA SENDI NAMA

Menurut Abdullah Hassan (2006), kata sendi merupakan golongan kata yang penting
dalam bahasa pertuturan dan tulisan. Hal ini demikian kerana kata sendi merupakan
kata yang berfungsi sebagai penghubung ayat yang menunjukkan perkaitan antara
satu perkataan dengan perkataan yang lain atau satu bahagian ayat dengan bahagian
ayat yang lain. Melalui perkaitan antara satu perkataan dengan perkataan yang lain
atau satu bahagian ayat dengan bahagian ayat yang lain tersebut akan menghasilkan
satu makna yang lengkap dan jelas. Manakala, kata sendi nama pula merujuk kepada
perkataan yang berfungsi sebagai kata depan bagi kata nama atau frasa nama, (Ahmad
Khair Mohd Nor, 2019). Disamping itu, meskipun semua kata sendi nama hadir di
hadapan kata nama atau frasa nama, namun setiap kata sendi tersebut memainkan
tugas dan fungsi yang berlainan. Penggunaannya juga ditentukan oleh peraturan yang
khusus.

FORMULA : KATA SENDI NAMA

Subjek/ K.S.N K.N / F.N
Objek

20

6.1 Kata Sendi Nama “di”
Kata sendi nama “di” berfungsi untuk menunjukkan tempat. Kata sendi nama “di”
juga tidak boleh digunakan untuk merujuk kepada waktu, masa, atau zaman. Hal ini
demikian kerana kata sendi nama “di” hanya boleh digunakan bagi menunjukkan
tempat dalam sesuatu frasa atau klausa dalam ayat. Sekiranya kata sendi nama “di”
tersebut digunakan bagi merujuk kepada waktu, masa, atau zaman maka ia telah
menyalahi penggunaan tatabahasa.
Contoh: Kata sendi nama “di”
“Selain itu, penggunaan topeng muka dan hidung, saringan kesihatan di pintu masuk
premis, keutamaan melindungi kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, bayi, warga
emas dan orang kurang upaya (OKU). Berita Harian (2020, Mei 2). Premis ada kes
terus kena PKPD, m/s 9.

6.2 Kata Sendi Nama “ke”
Kata sendi nama “ke” turut digunakan bagi menunjukkan tempat atau arah. Malah,
kata sendi nama “ke” juga berperanan dalam menunjukkan masa atau waktu. Kata
sendi nama “ke” tidak boleh digunakan untuk merujuk kepada manusia atau
binatang. Ia tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang
merujuk manusia atau binatang. Hal ini demikian kerana kata sendi nama “ke”
telahpun ditetapkan penggunaannya iaitu bagi merujuk kepada tempat, arah, masa dan
waktu sahaja. Disamping itu, kata sendi nama “ke” sering disepadanan dengan kata
sendi nama dari bagi membawa maksud arah ke suatu tempat, atau waktu.
Contoh: Kata sendi nama “ke”
Penyesuaian perlu dibuat kepada rantaian bekalan dari semasa ke semasa bagi
meminimumkan kesan ekonomi daripada sebarang krisis berskala global. Berita
Harian (2020, Mei 2). Pelbagai sumber import elak terputus rantaian bekalan, m/s 11.

21

6.3 Kata Sendi Nama “kepada”
Kata sendi nama “kepada” pula digunakan bagi menyatakan sasaran yang merujuk
kepada manusia, haiwan, dan unsur mujarad. Malah, kata sendi nama ini juga
digunakan bagi menunjukkan pecahan dan perubahan keadaan. Kata sendi nama
“kepada” juga akan hadir di hadapan kata nama atau frasa nama bagi merujuk kepada
manusia atau binatang. Dengan ini, dapat diringkaskan bahawa kata sendi nama
“kepada” adalah kata yang digunakan bagi merujuk kepada manusia, haiwan atau
unsur mujarad seperti yang ditunjukkan dalam contoh di bawah:
Contoh: Kata sendi nama “kepada”

Tindakan tegas dan hukuman setimpal perlu dikenakan kepada mana-mana pihak
yang tidak mematuhi SOP ditetapkan. Ini juga bertujuan dijadikan pengajaran dan
peringatan kepada pengusaha sektor lain. Proses tindakan undang-undang mungkin
boleh diberi keutamaan bagi mempercepatkan proses hukuman. Berita Harian (2020,
Mei 2). Usah sambil lewa amal kebiasaan baharu, m/s 11.

6.4 Kata Sendi Nama “dari”
Kata sendi nama “dari” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang
menyatakan arah, tempat atau waktu. Dengan ini, kata sendi nama “dari” digunakan
bagi menunjukkan tempat atau arah dan juga waktu atau masa. Walaubagaimana pun,
kata sendi nama “dari” ini juga digunakan bagi membezakannya dengan kata sendi
nama “daripada” dimana kata sendi nama “daripada” digunakan untuk merujuk
kepada manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur
perbandingan atau perbezaan. Secara ringkasnya, kata sendi nama “dari” adalah kata
sendi yang hanya digunakan bagi menyatakan arah, tempat, dan waktu sahaja dan ia
juga adalah berbeza dengan kata sendi nama “daripada”. Hal ini demikian kerana kata
sendi nama “daripada” pula hanya digunakan bagi merujuk kepada manusia, haiwan
atau benda, asal kejadian sesuatu perkara dan sumber, atau menjadi unsur yang
membandingkan atau membezakan sesuatu perkara dengan perkara yang lain.

22

Contoh: Kata sendi nama “dari”
“Pelaksanaan itu mesti dalam ruang lingkup SOP yang diumumkan. Asalkan tidak
keluar dari ruang lingkup itu, ia dibenarkan,”katanya. Berita Harian (2020, Mei 4).
Dibenar SOP ikut kesesuaian negeri, daerah, m/s 8.

6.5 Kata Sendi Nama “daripada”
Kata sendi nama “daripada” pula berbeza dengan kata sendi nama “dari”. Hal ini
demikian kerana kata sendi nama “daripada” digunakan bagi menunjukkan punca bagi
manusia, haiwan, benda, unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan
juga digunakan bagi menunjukkan perbezaan atau perbandingan. Malah, kata sendi
nama “daripada” ini juga hanya hadir di hadapan kata nama atau frasa nama.
Sekiranya ia hadir di hadapan frasa adjektif, atau frasa kerja maka ia adalah tidak
tepat. Kata sendi nama “daripada” ini juga akan dianggap salah sekiranya penggunaan
kata sendi tersebut bagi menerangkan maksud tempat seperti negeri, bandar, pekan
dan sebagainya. Kata sendi nama “daripada” juga turut berfungsi sebagai kata hubung
keterangan dalam ayat majmuk kerana ia menerangkan ayat yang sebelumnya.
Contoh: Kata sendi nama “daripada”
“Katanya, berdasarkan tinjauan kajian penilaian oleh Institut Tadbir Urus Korporat
(MICG) terhadap 100 syarikat tersenarai teratas di Malaysia berkaitan 13 aspek
program antirasuah, mendapati hanya 13 syarikat yang mencapai skor lebih daripada
90 peratus pada tahun lalu.” Berita Harian (2020, Mei 2). Tangguh pelaksanaan
peraturan liabiliti korporat, m/s 13.

23

6.6 Kata Sendi Nama “demi”

Kata sendi nama “demi” adalah bertugas sebagai membawa makna tujuan dan ia
digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Kata sendi nama “demi” juga
berfungsi sebagai unsur penegas dan bertujuan untuk menunjukkan urutan.
Penggunaan kata sendi nama “demi” yang hadir serentak dengan kata sendi nama
“untuk” yang sering digunakan dalam bentuk demi untuk adalah dianggap lewah dan
seharusnya digugurkan. Hal ini demikian kerana perkataan “demi” telahpun
membawa maksud tujuan. Justeru, penggunaan kata sendi nama “demi” sudah cukup
digunakan dalam ayat untuk menerangkan makna tujuan tanpa memerlukan kata sendi
nama yang lain bergabung dengannya seperti kata sendi nama “untuk”.

Contoh: Kata sendi nama “demi”

“Namun, demi tugas mereka tetap hadir juga,”katanya. Mengenai kedatangan orang
ramai untuk berurusan, beliau menjangka jumlahnya tidak besar kerana rakyat masih
bimbang dengan situasi yang belum pulih sepenuhnya. Berita Harian (2020, Mei 4).
Syor bidang kerja tertentu sahaja perlu ke pejabat, m/s 5.

6.7 Kata Sendi Nama “pada”

Kata sendi nama “pada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk
menunjukkan keterangan waktu dan tempat bagi sesuatu perbuatan itu dilakukan,
serta digunakan dalam ungkapan ada+pada bagi merujuk kepada manusia dan
haiwan dalam beberapa situasi. Kata sendi nama “pada” juga digunakan pada sesuatu
yang abstrak iaitu berkaitan dengan fikiran. Jelas dapat dilihat bahawa kata sendi
nama “pada” digunakan dalam ayat bertujuan untuk menerangkan waktu dan tempat
bagi sesuatu perbuatan itu dilakukan. Manakala, ungkapan ada+pada pula turut
digunakan bagi merujuk kepada manusia dan haiwan dalam beberapa situasi mengikut
kesesuaian dalam ayat.

Contoh: Kata sendi nama “pada”

“Kuala Lumpur: Sinaran cahaya biru menerangi tiga lokasi strategik di Istana
Negara, pada waktu malam sebagai tanda menghargai pengorbanan petugas barisan
hadapan negara memerangi wabak COVID-19.” Berita Harian (2020, Mei 2).

24

Kempen hargai pengorbanan barisan hadapan perangi COVID-19, m/s 14.

6.8 Kata Sendi Nama “untuk, bagi”
Kata sendi nama “untuk” dan “bagi” digunakan bagi menunjukkan kegunaan untuk
sesuatu. Ia juga digunakan untuk menunjukkan bahagian yang ditentukan atau
diperuntukkan. Dalam berfungsi untuk menunjukkan kegunaan sesuatu, kata sendi
nama “untuk” juga dapat bervariasi dengan kata sendi nama “bagi”. Kata sendi nama
“untuk” dan “bagi” hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan
fungsi tertentu. Dengan ini, kata sendi nama “untuk” dan “bagi” adalah kata sendi
nama yang boleh digunakan salah satu antaranya dalam ayat kerana kedua-duanya
turut mempunyai tujuan dan fungsi yang sama dalam ayat iaitu menunjukkan
kegunaan untuk sesuatu dan menunjukkan bahagian yang ditentukan atau
diperuntukkan.
Contoh: Kata sendi nama “untuk”
“Kemunculan sama ada di platform media sosial seperti Facebook atau televisyen
untuk menyampaikan pesanan serta amanat, menjadi sesuatu yang amat dinanti-
dinanti.”. Berita harian (2020, Mei 2). Bersama bantu kerajaan perangi wabak, m/s 12.

Contoh: Kata sendi nama “bagi”
“Penerbangan sama turut membawa beberapa peralatan perubatan bagi kegunaan
hospital di Sabah, termasuk penutup mulut dan hidung serta peralatan perlindungan
diri (PPE).”. Berita Harian (2020, Mei 2). Pelajar dikuarantin reda tidak sempat temui
arwah ayah, m/s 21.
6.9 Kata Sendi Nama “melalui, menerusi”
Kata sendi nama “melalui” dan “menerusi” pula membawa maksud arah laluan oleh
sesuatu gerak perbuatan. Ia juga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama
dalam ayat. Secara ringkasnya, kata sendi nama “menerusi” adalah kata sendi yang
berfungsi sebagai menerangkan pergerakan sesuatu perbuatan atau tindakan melalui
arah laluan atau medium tertentu. Selain itu, kata sendi nama “melalui” juga berfungsi

25

sebagai kata kerja. Hal ini demikian kerana kata sendi nama “melalui” kebiasaanya
berfungsi sebagai kata sendi yang menerangkan tindakan dalam ayat. Justeru, kata
sendi nama “melalui” turut berfungsi sebagai kata kerja selain daripada kata sendi
nama.
Contoh: Kata sendi nama “melalui”

“Perlu ditekankan COVID-19 mudah tersebar melalui air liur atau mukosa pesakit
apabila bercakap, batuk atau bersin dan permukaan yang dicemari pesakit berkenaan.
Lebih membimbangkan kebanyakkan pesakit COVID-19 tidak mempunyai gejala
demam, batuk, sakit tekak dan sesak nafas, tetapi masih boleh menyebarkan virus
berkenaan.”. Berita Harian (2020, Mei 4). Wajibkan majikan saring pekerja sebelum
dibenar beroperasi, m/s 11.

Contoh: Kata sendi nama “menerusi”

“Johor Bharu: Seramai 179 pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini
dihantar pulang ke kampung menerusi program penghantaran pulang Zon Selatan,
semalam.”. Berita Harian (2020, Mei 2). UTM selaras program pergerakan Zon
Selatan, m/s 15.

6.10 Kata Sendi Nama “tentang, mengenai”
Kata sendi nama “tentang” dan “mengenai” digunakan sebagai unsur yang
membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad.
Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal
yang diperlakukan atau dibicarakan. Namun, kata sendi nama “tentang” sering
juga digantikan penggunaannya dengan perkataan “mengenai” sebenarnya
tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Walau
bagaimanapun, kata sendi nama “mengenai” tidak boleh digunakan serentak
dengan kata sendi nama “dengan” kerana kedua-duanya ialah kata sendi nama.
Ayat yang menggunakan kata sendi nama “mengenai” sebagai kata kerja, ayat
itu boleh dipasifkan, tetapi tidak boleh dipasifkan jika sebagai kata sendi
nama.

26

Contoh: Kata sendi nama “mengenai”
“Segala urusan dilakukan pejabat perhubungan dan kami dimaklumkan
mengenai kepulangan hari ini (semalam) pada minggu lalu. Berita Harian
(2020, Mei 2). Pelajar dikuarantin reda tidak sempat temui arwah ayah, m/s
21.

Contoh: Kata sendi nama “tentang”
“Di samping itu, penamaan tempat, bangunan dan jalan, termasuk di
kawasan yang menjadi pusat pentadbiran negara, mengutamakan nama
berdasarkan bahasa asing (misalnya precinct, parcel dan boulevard).
Gambaran masa kini tentang kedudukan bahasa Melayu menunjukkan
semakin menurun penggunaan Bahasa Melayu di kalangan masyarakat,
terutama berkaitan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
bahasa rasmi dan bahasa ilmiah.” Berita Harian Online, (2017, Julai 7).
Usah izin peredaran masa hakis martabat bahasa Melayu.

6.11 Kata Sendi Nama “Oleh”.

Kata sendi nama ‘oleh’ berfungsi untuk menunjukkan pelaku dalam ayat pasif
yang menggunakan di-, ter-, dan kena. Selain itu, ‘oleh’ juga membawa
maksud sebab dalam pembinaan sesuatu ayat (Ahmad Khair Mohd Nor,
2019). Perkataan ‘oleh’ bagi maksud yang membawa sebab berpunca daripada
perkataan ‘oleh sebab’ dan kesalahan penggunaan yang sering digunakan ialah
kata ‘oleh kerana’. Hal ini kerana, kata ‘oleh’ ialah kata sendi nama begitu
juga kata ‘kerana’ yang berfungsi sebagai kata sendi nama. Perkataan ‘oleh
sebab’ juga boleh boleh ditukar ganti dengan perkataan ‘lantaran ’ yang
membawa maksud yang sama.

27

Contoh: kata sendi nama ‘oleh’

“Sebagai makluman, acara ini yang diurusetiakan oleh Jakim merupakan
acara tahunan negara sejak 61 tahun yang lalu. Acara ini disertai oleh lebih 60
buah negara dari seluruh dunia bagi memperdengarkan bacaan dan hafazan
ayat-ayat suci al-Quran.” Sinar Ahad, (2020, Mac 15). Tilawah Al-Quran
peringkat antarabangsa ditangguhkan, ms 5.

“Sebelum ini, satu laporan turut dilaporkan oleh Hospital Shah Alam
mengenai satu keluarga yang baru pulang dari Korea Selatan dan kemudian
menghilangkan diri semasa pemeriksaan dilakukan hujung bulan lalu.”. Sinar
Ahad, (2020, Mac 15). Tiada keperluan ambil tindakan, ms 4

6.12 Kata Sendi Nama “Seperti, bagai, umpama, laksana, macam dan bak”.

Kata sendi nama ‘seperti, bagai, umpama, laksana, macam dan bak’
menunjukkan perbandingan sesuatu benda dengan benda lain. Selain itu, ia
juga berfungsi sebagai kata hubung keterangan dalam ayat majmuk. Jadi kata
sendi nama ini mempunyai fungsinya yang berlainan berdasakan ayat. Kata
sendi nama perbandingan ini akan hadir dihadapan kata nama atau frasa nama.

Contoh: kata sendi nama “seperti”
“Aspek pembinaan kandungan dan penyuntingan merupakan perkara yang
paling mendasar dalam sesebuah projek penerbitan buku. Korelasi antara
kedua-duanya amat mengikat, saling memerlukan: ibarat nafas dengan
oksigen. Sesebuah manuskrip memerlukan pengarang yang komited, seperti
juga sesebuah buku memerlukan editor yang komited.”. Sinar Ahad, (2020,
Mac 15). Geseran zaman dan buku, ms 49.

6.13 Kata Sendi Nama “sejak dan semenjak”.
Menurut Tatabahasa Dewan, kata sendi nama ‘sejak dan semenjak’
menunjukkan masa dan waktu. Ia juga berfungsi sebagai kata hubung

28

keterangan dalam ayat majmuk. Kata sendi nama ini perlu hadir dihadapan
kata nama atau frasa nama bagi mengenali fungsi kata nama ‘sejak dan
semenjak’.

Contoh: kata sendi nama “sejak”
“Satu van persiaran biasanya memberi keuntungan antara RM18,000
sehingga RM19,000 sebulan, namun sejak penularan Covid-19, banyak di
antara pengusaha terjejas teruk sehingga ada yang terpaksa menjual van
masing-maasing,” katanya kepada Sinar Harian semalam.”. Sinar Ahad,
(2020, Mac 15), Sektor pelancongan terus menjunam ms 3.

6.14 Kata Sendi Nama “dengan”.

Kata sendi nama ini membawa banyak maksud. Menurut Tatabahasa Dewan,
kata sendi nama ‘dengan’ di hadapan kata nama atau frasa nama digunakan
untuk membawa maksud seperti menunjukkan maksud bersama-sama atau
berserta, menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan, menunjukkan maksud
memakai atau menggunakan sebagai alat dan menunjukkan perbandingan.

Contoh:

“Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata,
kesemua kes baharu itu adalah berkaitan dengan cluster perhimpunan
tabligh membabitkan 37 kes dalam kalangan Pesakit Dalam Siasatan (PUI)
dan empat kes lagi daripada kontak rapat.

“Sehingga kini, seramai 203 kes masih dirawat di wad dengan lima
daripadanya sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan
bantuan pernafasan. Kes-kes ini juga telah diberikan rawatan anti-viral.”.
Sinar Ahad, (2020, Mac 15), Meningkat kepada 238 kes, ms 5.

29

6.15 Kata Sendi Nama “akan”.

Kata sendi nama ‘akan’ digunakan selepas kata adjektif yang bersifat emotif
atau perasaan yang digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama.. Menurut
Tatabahasa Dewan, kata sendi akan boleh digantikan oleh kata sendi nama
kepada mengikut konteks tertentu.

Contoh: kata sendi nama “akan”
“Ketua Pegawai Operasi SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, rumah ini siap
awal dari jadual ditetapkan dan sedia diserahkan kepada pemiliknya.
“Saya yakin pembeli akan gembira dan kagum dengan kemudahan serta
kualaiti kerja yang dihasilkan.”. Sinar Harian (2020, Mac 2), SkyAwani 2
rumah berciri mewah, ms 23.
6.16 Kata Sendi Nama “dalam dan antara”

Kata sendi nama ‘dalam dan antara’ perlu hadir dihadapan kata nama atau
frasa nama dan berfungsi untuk menunjukan lingkungan yang tidak
mempunyai ruang atau jarak. Di samping itu, perkataan dalam dan antara
boleh berfungsi sebagai kata arah. (Raminah Hj Sabran et.al (2019), ms. 220)

Contoh: kata sendi “dalam”;
“Berikutan itu, Joe berkata, selain peserta tabligh yang terlibat dalam
program itu, orang awam yang hadir untuk beribadat sepanjang hari ke
masjid tersebut juga perlu menjalani saringan.”. Sinar Ahad, (2020, Mac
15), Bukan hanya Jemaah tabligh, ms 4.

6.17 Kata Sendi Nama “terhadap”.

Menurut Tatabahasa Dewan, kata sendi nama ‘terhadap’ berfungsi untuk
menunjukan maksud rujukan yang melibatkan penyambut yang terdiri
daripada manusia, haiwan atau benda.

30

Contoh: kata sendi nama “terhadap”
“Kementerian Kesihatan belum bercadang untuk mengenakan tindakan
undang-undang terhadap individu yang ingkar arahan kuarantin atau
menjalani pemeriksaan kesihatan akibat wabak koronavirus (Covid-19).
Sinar Ahad, (2020, Mac 15), Tindakan keperluan ambil tindakan, ms 4

“Mangsa body shaming yang berasa diri dimalukan nboleh membuat laporan
dan siasatan akan dijalankan. Sekiranya didapati benar-benar berlaku maka
tindakan boleh diambil terhadap si pelaku, katanya”. Sinar Ahad (2020,
Mac 15), Hina fizikal orang lain boleh dipenjara, ms 40

6.18 Kata Sendi Nama “hingga, sehingga dan sampai”

Kata sendi nama ‘hingga, sehingga dan sampai’ menunjukan maksud perihal
peringkat dan had masa, waktu dan tempat.(Ahmad Khair Mohd Nor, 2019)
Perkataan hingga dan sampai boleh bertukar ganti dalam sesuatu pembinaan
ayat. Di samping itu, perkataan sampai juga boleh berfungsi sebagai kata
kerja.

Contoh: kata sendi nama “sehingga” dan “hingga”
““Ada juga syarikat pelancongan yang menawarkan cuti tanpa gaji

kepada kakitangan mereka sehingga keadaan kembali pulih,” katanya yang
berharap kerajaan dapat membantu dalam membela nasib mereka.

Kelmarin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan
anggaran kerugian keseluruhan dalam sector pelancongan mulai Januari
hingga Februari 2020 adalah sebanyak RM3.37 bilion akibat penularan
Covid-19.”. Sinar Ahad, (2020, Mac 15), Sektor pelancongan terus
menjunam, ms 3.

6.19 Kata Sendi Nama ‘kerana’
Kata sendi nama ‘kerana’ menunjukkan maksud musabab.
Contoh: kata sendi nama “kerana”

31

“Pekara itu didedaahkan seorang lelaki dari daerah ini yang hanya mahu
dikenali sebagai Joe yang turut singgah menunaikan solat jumaat di masjid
Sri Petaling pada 28 Februari lalu kerana urusan kerja dan bukan peserta
program berkenaan.”. Sinar Ahad (2020, Mac 15), Bukan hanya Jemaah
tabligh, ms 4.

LATIHAN
Soalan: Aneka Pilihan

1. Yang manakah ayat yang mengandungi kata sendi nama yang sesuai pengunaanya
dalam ayat.
A. Rompakan itu dilaporkan ke pihak polis
B. Itu gambar saya di zaman kanak-kanak
C. Lelaki itu berjaya dari segi moral
D. Askar-askar berjuang demi untuk negara kita

2. Berikut yang manakah kata sendi nama “ daripada” yang tepat:
I.Menunjukkan sumber atau asal kejadian sesuatu benda.
II.menunjukkan tempat atau arah
III. Menunjukkan waktu atau masa
IV. Menunjukkan punca bagi manusia,haiwan , benda dan unsur mujarad
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

32

3. Amri kelihatan sedih …………. Kematian ayahnya. Pilih kata sendi nama yang
sesuai.
A. terhadap
B. sejak
C. seperti
D. bagi

4. Ayah bekerja ………… pagi ………… malam. Penggunaan kata sendi nama yang
manakah benar.

i. dari…..ke
ii. daripada……ke
iii. dari…..hingga
iv. daripada….hingga

A. i
B. ii
C. iii
D. iv

33

Soalan: Struktur X : membawa maksud
tujuan
Kata sendi nama
5. Y : menunjukkan
kegunaan untuk sesuatu

i. Nyatakan kata sendi nama X dan Y dengan tepat.
ii. Berikan satu contoh ayat bagi kata sendi nama X dan Y yang sesuai.

6. Bina satu ayat dengan menggunakan kata sendi nama berikut:

i. dengan
ii. akan

7.0 KATA ARAH

Menurut Abdul Hamid Mahmood (2006), kata arah ialah kata atau sejumlah kata yang
hadir sebelum kata nama atau frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama
untuk menunjukkan hala atau jurusan. Kata arah ini adalah pelbagai kerana ia
bertujuan untuk menunjukkan kedudukan sesuatu objek tersebut berada berdasarkan
kedudukan kita pada ketika itu. Contohnya kata arah tepi dalam ayat ‘bola itu berada
di tepi Ahmad’. Kata arah tepi yang digunakan adalah berdasarkan kedudukan Ahmad
seorang sahaja bukannya indvidu lain. Antara contoh kata arah lain yang sering
digunakan dalam bahasa Melayu ialah atas, antara, bawah, tepi, belakang, tengah,
penjuru, sudut, selatan dan lain-lain.

34

FORMULA

Contoh penggunaan kata arah dalam ayat adalah seperti berikut:-
“Insiden itu dilaporkan berlaku jam 7 pagi di pasar Chullora Woolworths yang
terletak di barat daya Bandar itu.”

Harian Metro. (2020, Mac 10). Berebut Tisu, ms 22.

LATIHAN
1. Isikan tempat kosong dengan kata arah yang sesuai.

a. Kakak berada di ………. bilik.
b. Ahmad menaiki bas untuk ke …….. Semenanjung Malaysia.
c. Si Comel bermain-main di …….. ibu.
d. Adik bermain-main di …….. masjid negara.
2. Bina beberapa ayat dengan menggunakan kata arah dengan betul
8.0 KATA BILANGAN
Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa
nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Kata bilangan dapat dibahagikan kepada
beberapa jenis mengikut ciri maknanya.
FORMULA

Frasa nama + kata bilangan + penerang

35

8.1 Kata bilangan cardinal
Kata bilangan yang menunjukkan jumlah tertentu secara tepat. Contohnya satu, dua
puluh, tiga ratus , sepuluh ribu , sejuta dan sebagainya. Contohnya dalam ayat
petikan:
a)
“Katanya, dengan nilai kes yang berjaya diselesaikan sejumlah RM810 juta dan
nilai kes pelanggan sedia ada mencecah RM35 bilion , Wasiyyah Shoppe
menyasarkan nilai harta pusaka dan hibah keseluruhan yang bakal diuruskan
menjelang 2022 mampu mencecah sehingga RM80 bilion.
(Sumber : Wassiyah Urus Harta RM80 Bilion.( 2020,14 Mac). Sinar Harian , m/s
22.)

b)
Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Perlis kemarin merampas 10,200
botol cecair vape bernilai RM357,000 di Kilometer 24 Jalan Ulu Pauh menghala ke
Padang Besar.

( Sumber: Aksem Rampas Cecair Vape.(2020, 14 Mac). Sinar Harian, m/s 14.)

8.2 Kata bilangan tak tentu
Kata bilangan yang menunjukkan jumlah secara tak tentu atau tidak tepat. Contohnya
segala, semua, para , beberapa , sekalian , seluruh , banyak , sedikit dan sebagainya.
Contohnya dalam ayat petikan :
a)

Muhammad Helmi berkata, beliau amat bersyukur apabila dapat menghadiahkan
kejayaannya itu kepada ibu bapanya yang banyak berkoraban selama ini.

36

(Sumber:Anak Pekebun Kecil RISDA Cemerlang.(2020, 14 Mac). Sinar Harian, m/s
19.)

b)
Menurut kenyataan itu, penularan Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia telah
dikategorikan sebagai pandemik.
“KKM menerusi kenyataan akhbar pada 11 Mac lalu telah mengeluarkan gesaan
supaya semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai ditangguhkan bagi
mencegah kemungkinan jangkitan Covid-19.”

(Sumber:Karnival My Best Buy Agropreneur Muda Ditangguhkan.(2020, 14 Mac).
Sinar Harian, m/s 19.)

8.3 Kata bilangan himpunan
Kata bilangan himpunan adalah kata bilangan yang menunjukkan penggandaan
jumlah secara berhimpun. Contohnya beratus-ratus , ketiga-tiga , beribu- ribu ,
berabad-abad , berguni-guni dan sebagainya.

Contohnya dalam ayat petikan :
a)
Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan kes ditangguhkan sehingga Khamis
depan sementara menunggu keputusan pemeriksaan kesihatan bagi kedua-dua
pihak.
( Sumber:Perbicaraan kes 1MDB ditangguh.(2020, 14 Mac). Sinar Harian, m/s 15.)

37

b)
Menurut Statistik Utama Tenaga Buruh Malaysia, Mohd Uzir berkata, kadar
penyertaan tenaga buruh pada Januari 2020 kekal 68.9 peratus bagi dua bulan
berturut-turut, namun meningkat 0.3 peratus berbanding bulan sama tahun lalu (
Januari 2019: 68.6 peratus).

(Sumber: Kadar Pengangguran Turun 3.2 Peratus.(2020,14 Mac).Berita
Harian,m/s14.)

8.4 Kata bilangan pisahan
Kata bilangan yang membawa maksud berpisah-pisah atau berlainan . Contohnya
masing-masing , setiap , tiap- tiap dan sebagainya.
Contohnya dalam ayat petikan :
a)
Setiap wanita mendambakan wajah yang cantik dengan kulit halus, bersih , berseri
dan tampak bertenaga.

( Sumber:Tampil Berseri, Awet Muda.(2020, 14 Mac). Berita Harian, m/s 40.)

b)
Kerajaan negeri akan menyediakan Portable Water Treatment Plant melalui dana
RM2.25 juta daripada Tabung Bantuan Bencana Negara di Tasik Ayer Keroh, Tasik
One Krubong dan Kolam Tebatan Banjir Empang Batu di Masjid Tanah dengan
kemampuan masing-masing menghasilkan 120,000 liter air bersih sehari.

(Sumber:Melaka Laksana Langkah Drastik Atasi Bekalan Air.(2020,14 Mac).Berita
Harian,m/s18).

38

8.5 Kata bilangan pecahan
Kata bilangan pecahan merupakan jumlah yang boleh dipecahkan jumlahnya.
Contohnya , setengah, satu per tiga , separuh , seperempat , sepertiga dan sebagainya.
Contohnya dalam ayat petikan:
a)
China adalah pengeksport terbesar dunia dan bertanggungjawab untuk satu pertiga
pengeluaran global.

( Sumber:Ancaman Ekonomi Lebih Tinggi Berbanding Kesihatan.(2020, 14 Mac).
Berita Harian, m/s 32.)
b)
Lebih separuh pengguna peranti mudah alih dunia menetap di negara Asia Pasifik
(APAC) ketagih melakukan aktiviti di atas tanpa menghiraukan masa tidur mereka
terjejas.

( Sumber:Zon Penangan Buruk Alat Peranti.(2020, 14 Mac). Berita Harian, m/s 37.)

AKTIVITI
Setiap murid dibahagikan ke dalam lima kumpulan yang merangkumi lima kata bilangan
yang berbeza dan dua orang wakil dari setiap kumpulan perlu memberi dua contoh ayat
berdasarkan jenis kumpulan kata bilangan yang diberikan dengan penggunaan yang betul di
papan hitam melalui perbincangan bersama ahli kumpulan masing-masing.

39

LATIHAN

1. Projek itu mencecah beberapa juta ringgit kerana melibatkan penggunaan tenaga pakar
dari luar negara. Apakah kata bilangan perkataan yang dihitamkan di atas?

A. bilangan kardinal C. bilangan himpunan

B. bilangan tak tentu D. bilangan pecahan

2. Adik sangat sedih kerana kucingnya si Tomok baru meninggal ________ hari yang lalu.
Pilih jawapan yang tepat bagi ayat di atas.

A. beratus-ratus C.banyak

B. dua D.sejuta

3. Malaysia amat bertuah kerana mempunyai X tempat bersejarah yang boleh dilawati dan
terbuka kepada Y rakyat Malaysia dan orang luar sebagai tarikan kepada industri
pelancongan negara. Pilih penggunaan kata bilangan yang sesuai bagi ayat di atas.

XY

I. banyak segala
separuh
sedikit seluruh
II. semua

banyak

III banyak

IV.

A. I dan III C. II dan IV

B. II dan III D. III dan IV

40

4.

Individu yang mempunyai berat berlebihan atau obesiti mempunyai beberapa masalah
kesihatan antaranya seperti kencing manis dan kolestrol tinggi yang boleh mengancam
nyawa. Oleh itu , pengambilan makanan dalam kadar yang tinggi setiap hari akan
memudaratkan kesihatan.

Apakah jenis kata bilangan yang betul bagi perkataan yang dihitamkan di atas?

A. kardinal dan tak tentu C. tak tentu dan pisahan

B. kardinal dan pisahan D. himpunan dan pecahan

5. Berikan dua contoh kata bagi kata bilangan pecahan. (2 markah)

i._________________________________________________________________________

ii.________________________________________________________________________

6. Bina ayat bagi setiap jenis kata bilangan di bawah :

i. kata bilangan himpunan.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

ii. kata bilangan kardinal

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

(4 markah)

41

KESIMPULAN
Objektif tercapai jika murid dapat memberi contoh bagi setiap jenis kata bilangan dan mampu
membina ayat bagi setiap jenis kata bilangan yang berbeza dengan betul.

9.0 KATA ADVERBA
Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja , kata adjektif , kata nama,
dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Kata adverba dapat hadir di
hadapan dan juga di belakang frasa. Kata adverba dikenali sebagai ayat minimal
kerana ada bahagian yang digugurkan kerana dipengaruhi oleh bahasa lisan. Kata
adverba dapat digolongkan kepada empat bentuk, seperti yang berikut :
a) Kata adverba jati.
b) Kata adverba yang asalnya kata adjektif.
c) Kata adverba yang asalnya kata kerja.
d) Kata adverba bentuk gandaan.

FORMULA
FN + FK/FA/FS/FN+ Kata Adverba

FN + Kata Adverba + FK/FA/FS/FN

42

a) Kata adverba jati

Kata adverba jati terdiri daripada perkataan yang berfungsi sebagai penerang kepada
golongan kata yang terdiri daripada kata kerja dan frasa kerja, kata adjektif dan frasa
adjektif atau frasa sendi nama , yang tidak termasuk ke dalam mana-mana golongan kata
lain. Contohnya :

semalam sekarang julung kali
kelmarin tadi sentiasa/senantiasa
esok dahulu sekali gus
lusa kemudian sempat
kelak sering kali langsung

b) Kata adverba yang asalnya kata adjektif

Kata adverba jenis ini berasal daripada kata adjektif yang berfungsi sebagai penerang
kepada kata kerja, kata adjektif dan frasa sendi nama. Contohnya , perkataan yang
dihitamkan di bawah:

Kata Kerja Kata Adjektif Frasa Sendi Nama

berjalan laju panjang lebar ke hospital segera

hampir terjatuh tinggi lampai sering di pejabat

Contoh dalam petikan :

“Tindakan pantas membawanya ke hospital dan pemeriksaan segera oleh doktor membantu
memulihkan keadaanya yang kini semakin stabil,”kata Bartina Koeman.

(Sumber:Koeman Dikejarkan ke Hospital Selepas Mengadu Sakit Dada.(2020,4
Mei).Harian Metro Online).

43

c) Kata adverba yang asalnya kata kerja

Kata adverba jenis ini berasal daripada kata kerja yang berfungsi sebagai penerang
kepada kata kerja, kata adjektif dan frasa sendi nama. Contohnya dalam perkataan
yang dihitamkan di bawah :

Kata Kerja Kata Adjektif Frasa Sendi Nama

berjalan mengiring merah menyala di rumah bersendirian

terbang meninggi putih berseri ke hutan menyendiri

Contoh dalam petikan:

Gincu dekad ini dijangka menampilkan warna merah menyala , selain warna tanah
kerana memberi kesegaran dan lebih daya tarikan, berbanding merah jambu terang.

(Sumber:Solekan Semula jadi Masih Trend.
(2020,17 Januari). Harian Metro Online.)

d) Kata adverba bentuk gandaan
Kata adverba bentuk gandaan ialah perkataan yang mengalami proses pengandaan
yang berfungsi untuk menerangkan kata kerja, kata adjektif dan frasa sendi nama.
Terdapat tiga bentuk kata adverba bentuk gandaan iaitu :
i. Kata adverba penggandaan penuh.
ii. Kata adverba penggandaan separa.
iii. Kata adverba penggandaan berentak.

44

i. Kata adverba penggandaan penuh
Kata adverba penggandaan penuh ialah perkataan yang terhasil daripada proses
menggandakan seluruh kata dasar.
Contohnya :

a) langkah-langkah
b) kementerian-kementerian
c) negara-negara
Contoh dalam petikan :
a)
Ismail Sabri berkata, tiada kes penularan wabak Covid-19 melibatkan warga ATM
dan pihaknya sentiasa mempertingkatkan langkah-langkah pencegahan virus
berkenaan, selain bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM)
berhubungan perkara itu.

(Sumber:ATM Siap Sedia Bawa Pulang Rakyat Malaysia.(2020,14 Mac). Sinar
Harian,m/s 3).
b)
Koordinasi ini ada dua aspek yang saya tekankan, pertama koordinasi antara
kementerian-kementerian terlibat di negara kita dan keduanya, koordinasi untuk
mencari amalan terbaik dalam kalangan negara-negara di luar sana yang turut
terjejas dengan Covid-19.

(Sumber:Petugas Khas Pantau Perkembangan.(2020,14 Mac).Sinar Harian, m/s 3).

45

ii. Kata adverba penggandaan separa
Kata adverba penggandaan separa terhasil daripada proses menggandakan kata
dasar yang mengandungi imbuhan tanpa mengandakan imbuhannya. Terdapat dua
jenis penggandaan separa iaitu Penggandaan separa berawalan dan Penggandaan
separa berakhiran.

1) Penggandaan separa berawalan
Kata adverba penggandaan separa berawalan terhasil daripada proses
penggandaan kata dasarnya sahaja tetapi tidak berserta dengan awalannya.
Contohnya:

i. bermalam-malam
ii. berjaga-jaga

Terdapat juga kata adverba penggandaan separa yang mempunyai awalan se-
boleh menerima bentuk -nya pada masa yang sama.
Contohnya :
i. selama-lamanya
ii. sekurang-kurangnya
Contoh dalam petikan :
a)
Semua 70 masjid di Singapura ditutup lima hari mulai semalam bagi kerja
pembersihan dengan solat Jumaat turut dibatalkan sebagai langkah berjaga-jaga
susulan penularan wabak COVID-19.

(Sumber:Singapura Tutup 70 Masjid.(2020,14 Mac).Berita Harian, m/s 35).

46

b)
Pengakhiran OPEC+ telah lama tertangguh dan harga lebih rendah akan kekal
sekurang-kurangnya pada dua suku akan datang.

(Sumber:Harga Minyak Dunia Dijangka Kekal Rendah.(2020,14 Mac). Berita
Harian,m/s 33).

2) Kata adverba penggandaan separa berakhiran
Kata adverba penggandaan separa berakhiran ialah perkataan yang terhasil
daripada proses penggandaan hanya pada kata dasar tetapi tidak pada akhirannya.
Contohnya:

i. besar-besaran
ii. kecil-kecilan

Contoh dalam petikan:
a)
Kementerian Kesihatan mendedahkan dua kluster COVID-19 yang berkait rapat
dengan perhimpunan besar-besaran.
(Sumber:COVID-19 Ada Dua Kluster Perhimpunan Besar.(2020,6 April).Berita

Harian Online).
b)
Beliau menarik perhatian bahawa perniagaan makanan kecil-kecilan dari rumah
adalah sumber mata pencarian penting bagi sesetengah orang.

(Sumber:Perniagaan Kecil-kecilan dari Rumah Kembali Beroperasi Mulai 12
Mei.(2020,2 Mei).Berita Media Corp).

47

iii. Kata adverba penggandaan berentak
Kata advverba penggandaan berentak ialah perkataan yang terhasil daripada
proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu.
Contohnya :

i. berkuat kuasa serta-merta
ii. desas-desus keretakan

Contoh dalam petikan :
a)
Malaysia Airlines Bhd(MAB) memperkenalkan dasar perubahan ke atas tiket
penerbangan dengan menawarkan pengubahsuaian tanpa had dan percuma kepada
semua tempahan baharu dan sedia ada berkuat kuasa serta-merta berikutan kesan
penularan Covid-19.

(Sumber:Malaysia Airlines Kecualikan Fi Perubahan Tarikh.(2020,14 Mac).Sinar
Harian,m/s 6).

b)
Terbaru, spekulasi rumah tangga bersama isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd
Rashid pula didakwa bergolak berikutan mereka tidak mengikuti laman Instagram
(IG). Menguatkan lagi desas-desus keretakan rumah tangga apabila Aliff muncul
menerusi single berjudul, Cuba Bahagia.

(Sumber:Rumah Tangga Goyah?.(2020,14 Mac).Berita Harian, m/s 43).

48

AKTIVITI

Setiap murid diminta mencari pasangan kumpulan masing-masing untuk berbincang
membina satu ayat yang lengkap bagi jenis kata adverba yang diberikan dan menjawab secara
sukarela dalam bilik darjah. Setiap jenis kata adverba perlu dijawab oleh murid secara
bergilir-gilir dan penggunaan ayat yang betul dibenarkan duduk.

LATIHAN

1.Hidup yang harmoni memerlukan sikap masyarakat yang _____________ bertolak-ansur
antara satu sama lain.

Apakah penggunaan kata yang sesuai bagi ayat di atas?

A. langsung C. kadangkala

B. saling D.begitu

2.

I. sedikit-sedikit
II. berdikit-dikit

III. pura-pura
IV. mati-matian

Yang manakah merupakan kata adverba penggandaan penuh?

A. I dan III C. II dan III

B. I dan II D. III dan IV

3. Yang manakah BUKAN kata adverba penggandaan berentak?
A. Akim amat gelisah menunggu keputusan SPM sehingga dia berjalan mundar-mandir.
B. Abang lari lintang-pukang kerana dikejar anjing.
C. Mereka menyerah diri serta-merta apabila polis memasuki tempat persembunyian mereka.

49

D. Keadaan di pasar malam itu seperti gila-gilaan kerana dipenuhi orang ramai.

4. Anak Pak Ali yang sudah besar panjang itu menghidap sakit kuat di usia yang muda.

Pilih jenis kata adverba yang BETUL bagi kata yang dicondongkan di atas.

A.kata adverba jati C.kata adverba yang asalnya kata kerja

B. kata adverba yang asalnya kata adjektif D.kata adverba bentuk gandaan

5. Berikan satu contoh ayat bagi kata adverba yang asalnya kata kerja.(2 markah)

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
______________

6. Berikan 2 contoh kata bagi setiap kata adverba penggandaan separa tersebut:
a) Penggandaan separa berawalan
i.__________________________________________________________________________
ii._________________________________________________________________________

b) Penggandaan separa berakhiran
i.__________________________________________________________________________
ii._________________________________________________________________________

(4 markah)

50


Click to View FlipBook Version