The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tingling9816, 2022-08-29 04:52:20

Program Minda Sihat 2022

Program Minda Sihat 2022

Keywords: Minda Sihat

Program
Minda Sihat

2022

Kertas Kerja Program Minda Sihat

1.0 Pengenalan
Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu merupakan projek yang
melibatkan intervensi unit bimbingan dan kaunseling bertemakan Minda
Sihat: “Emosi Baik, Kehidupan Sejahtera” bagi meningkatkan kesedaran
warga sekolah akan kepentingan penjagaan kesihatan mental. Poster –
poster psikososial Minda Sihat iaitu Sekolahku Sejahtera juga dipamerkan
di laluan utama keluar masuk ke sekolah dan di kawasan sekolah untuk
memastikan murid sentiasa peka dengan kesejahteraan emosi diri sendiri
dan rakan -rakan lain. Unit Bimbingan Kaunseling sebagai unit yang
menjaga psikososial dan kesejahteraan minda murid juga perlu aktif
menjalankan intervensi kepada semua murid dalam aspek pencegahan
dan pendidikan psikososial kepada murid. Aktiviti yang dirancang seperti
memberi ceramah di dalam kelas, menyampaikan panduan berguna
sebelum memulakan sesi pembelajaran melalui pembesar suara dan
berbual santai dengan murid sewaktu rehat. Aktiviti ini berguna untuk
membantu murid mengenal pasti simptom yang ada pada diri sendiri atau
kawan-kawan yang mengalami masalah mental dan emosi yang terjejas
sepanjang perintah kawalan pergerakan diadakan. Seterusnya membantu
mereka menangani kesihatan mental dan mengekalkan kesejahteraan
minda dan emosi.

2.0 Matlamat

Warga sekolah dapat dibimbing untuk mengamalkan kesejahteraan emosi dan
mental.

3.0 Tarikh/ Masa/ Tempat :
Bermula 15 Mei 2022 mengikut tentatif program,

4.0 Sasaran
Semua warga SJK (C) CHENG SIU 2

5.0 Objektif

1) Warga sekolah mendapat maklumat dan ilmu pengetahuan
mengenai gejala awal yang memberi kesan kepada minda akibat
pandemik atau krisis yang berlaku

2) Warga sekolah dapat menangani masalah kesihatan mental dan
mengamalkan intervensi yang dibimbing, sebagai panduan yang
boleh mensejahterakan mental dan emosi masing – masing.

3) Aktiviti memugarkan emosi dapat dijalankan bagi menyokong
kesejahteraan diri masing - masing

6.0 KPI

Output Warga sekolah dapat mengenal pasti tanda -tanda
Outcome seseorang menghadapi tekanan dan belajar cara
menghadapi tekanan tersebut.

Warga sekolah dapat mengamalkan panduan yang diberikan
oleh guru kaunseling dan dapat membantu orang lain pula
dalam kesejahteraan mental dan emosi.

7.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi JAWATANKUASA
MEMUGAR EMOSI MURID
KEMBALI KE SEKOLAH

: Pn. Lim Hui Tee (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : En. Lim Wei Lung (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi : En. Lim Sin Cheng (PK Hem)
Naib Pengerusi : Pn. Loh Sheau Li (PK Kokurikulum)
Setiausaha : Pn. Ting Lee Ling (Guru Kaunseling)

Jawatankuasa Kerja En. Lim Sin Cheng Menyediakan poster dan
AJK
Sebaran Psikososial : Pn. Ting Lee Ling menampal poster psikososial

Poster Semua Guru dan Minda Sihat di Laluan
Pn Lim Lay Ching
AJK Rehat Minda Minda Sihat dan setiap kelas
En. Lim Kong Chian
Menyediakan muzik yang akan
dimainkan pada waktu rehat

AJK Slot Hidupkan Hari Pn Lim Lay Ching Menyediakan skrip mengikut
Anda
tajuk untuk dibaca setiap pagi
8.0 STRATEGI PERLAKSANAAN
8.1 URUS SETIA sebelum memulakan sesi
Unit Hal Ehwal Murid
Unit Bimbingan Dan Kaunseling persekolahan sebagai

persediaan minda dan emosi

9.0 PENUTUP

Diharapkan agar aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program
yang diharapkan dan seterusnya membantu kesejahteraan mental dan
emosi warga sekolah.

Disediakan Disahkan
oleh, oleh,

__________________

(Ting Lee Ling)
Guru Kaunseling

LAPORAN PROGRAM

1. Nama Program : Program Minda Sihat

2. Tarikh : 25 Jun 2022 & 20Julai 2022

3. Hari / Masa : 7.30pagi - 10.00 pagi

4. Tempat : Astaka /Kelas

5. Objektif :

1) Warga sekolah dapat menangani masalah kesihatan mental dan
mengamalkan intervensi yang dibimbing, sebagai panduan yang boleh
mensejahterakan mental dan emosi masing – masing.

2) Aktiviti memugarkan emosi dapat dijalankan bagi menyokong kesejahteraan
diri masing - masing

6. Sasaran : Semua Murid

7. Butiran aktiviti : Lihat Lampiran

8. 8. Penilaian Program

8.1. Kekuatan Program :

Warga sekolah dapat mengamalkan panduan yang diberikan oleh guru
kaunseling dan dapat membantu orang lain pula dalam kesejahteraan mental
dan emosi.

8.2. Kelemahan Program :

Bukannya semua hadirin berpeluang untuk mendapat peluang bertanya

8.3 Cadangan Penambahbaikan : Tiada

Disediakan : Disahkan oleh :
……………………... ……
………………………….
(TING LEE LING)
Guru Kaunseling

9. Dokumentasi Bergambar :

SJK(C) CHENG SIU (2)
LAPORAN

PELAKSANAANAKTIVITIPENDIDIKANKELESTARIANSEKOLAHBIL1/2022

TARIKH :25 JUN 2022 MASA : 2:20 p.m. – 3:00p.m.

TEMPAT :PENTAS KECIL SEKOLAH

GURU BERTUGAS : ONG LAY HOON/TING LEE LING/WONG SWEE ENG

KAEDAH PELAKSANAAN:

1.Guru menerangkan kepentingan dalam memulihara dan memelihara alam sekitar.

2. Murid menyatakan cara-cara untuk memelihara alam sekitar,contohnya mengumpul
dan mengasingkan barangan yang boleh kitar semula.

3.Murid mengasingkan barangan buangan mengikut warna tong kitar semula.

4.Guru menerangkan perbezaan antara tong kitar semula mengikut warna dan
memperkenalkan logo kitar semula.

5.Murid menjawabsoalanberkaitan tong
kitarsemulamengikutwarna ,nyanyianlagukitarsemula,
mewarnakanlukisankitarsemulasertamelukis logo kitarsemula.

GAMBAR AKTIVITI: melihatlampiran.

REFLEKSI :

Murid-murid mengetahui perbezaan antara tong kitar semula mengikut warna dan
meningkatkan pengetahuan, kesedaran bagi memelihara alam sekitar. Pemuliharaan
alam sekitar adalah tanggungjawab bersama setiap generasi supaya pembangunan
lestari dikekalkan serta penggunaan sumber alam dapat diguna pakai sehingga generasi
akan dating secara kualitatif dan kuantitatif.



Guru dan murid-murid sedangmenjalankanaktivitikelertarian di sekolah.

SJK(C) CHENG SIU (2)
LAPORAN BULANAN PELAKSANAAN KEMPEN ANTI DENGGI DI SEKOLAH

TARIKH : 11 MEI 2022 MASA : 2:20 p.m. – 3:00p.m.
TEMPAT : PERSEKITARAN SEKOLAH
GURU BERTUGAS : ONG LAY HOON

KAEDAH PELAKSANAAN:

1.Dilaksanakan 10 minit minggu pertama setiap bulan sewaktu aktiviti Pasukan Badan
Beruniform secara serentak.

2. Murid-murid mencari dan memusnahkan tempat berisiko pembiakan Nyamuk Aedes
di persekitaran sekolah.

3.Murid menjawab soalan kaji selidik berkaitan Kempen Anti Denggi.

CATATAN: Tiada tempat pembiakan Nyamuk Aedes.
GAMBAR AKTIVITI: melihat lampiran.

REFLEKSI :

Murid-murid mengetahui cara memusnahkan tempat berisiko pembiakan Nyamuk
Aedes dan langkah pencegahan denggi.



Murid-murid mencari dan
menghapuskan tempat berisiko
pembiakan Nyamuk Aedes di
persekitaran sekolah serta
menjawab soalan kaji selidik
berkaitan Kempen Anti Denggi.


Click to View FlipBook Version