The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tokoh Pemimpin Johor Sultan Ibrahim JBC0005

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tingling9816, 2021-04-06 21:27:31

Tokoh Pemimpin Johor Sultan Ibrahim JBC0005

Tokoh Pemimpin Johor Sultan Ibrahim JBC0005

Sultan Ibrahim Ibni
Almarhum

Sultan Iskandar

Nama : Tan Jun Jia
Kelas : 6S
E-mail: [email protected]
Nama Sekolah:
SJK(C)Cheng Siu 2
Alamat Sekolah:
No.463,Jalan Tanjung Labuh,
83000 Batu Pahat ,Johor.

KANDUNGAN

1. PENDAHULUAN MUKA SURAT

1

2. BIODATA 2-3

3. PENDIDIKAN TOKOH 4-5

4. KERJAYA POLITIK 6-7

5. SUMBANGAN 8-9

6. NILAI MURNI 10

7. KESIMPULAN 11

8. RUJUKAN 12-13

1) PENDAHULUAN

Saya telah dipilih oleh Cikgu Bahasa Melayu Yap Soh Ngohuntuk membuat buku skrap ini. Saya
memilih ‘Tokoh Pemimpin Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar ’sebagai tajuk buku
skrap saya. Dimana saya diberikan tempoh masa selama dua minggu untuk menyiapkan buku skrap ini.
Saya membuat kajian buku skrap ini secara individu dibawah tunjuk ajar guru dan kawan selepas
mengumpulkan semua maklumat yang diperlukan. Di samping itu, saya juga melalui melayari internet
untuk mendapat maklumat yang lebih lengkap. Saya berasa bersyukur dan berterima kasih kerana diberi
peluang untuk menyediakan buku skrap ini.

1

2) BIODATA

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar (diputerakan pada 22 November 1958) merupakan
anakanda ketiga baginda dan putera sulung kepada Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan
Ismail dan Almarhumah Enche Besar Hajah Khalsom binti Abdullah. Baginda merupakan Sultan Johor
ke-25 dan terkini serta merupakan Sultan Johor era moden ke-5 dari Kerabat Temenggong.
Baginda ialah anakanda kepada Sultan Iskandar. Baginda juga merupakan pengasas kepada acara jelajah
bermotosikal iaitu Kembara Mahkota Johor disebabkan oleh minat baginda terhadap sukan permotoran
berkuasa tinggi.
Pemerintahan: 23 Januari 2010 - kini(11 tahun, 2 bulan dan 2 hari)
Pendahulu: Sultan Iskandar
Pasangan: Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi
Shah Afifurlah (k. 1982)
Anakanda: Tunku Ismail Idris (Tunku Mahkota Johor)

2

Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah
Tunku Idris Iskandar (Tunku Temenggong Johor)
Tunku Abdul Jalil (Mangkat 5 Disember 2015) (Tunku Laksamana Johor)
Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri (Tunku Panglima Johor)
Tunku Abu Bakar (Tunku Putera Johor)
Nama penuh: Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
Tempat persemayaman: Johor Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor
Ayahanda: Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi
Bonda: Enche Besar Hajah Khalsom Binti Abdullah (née Josephine Ruby Trevorrow)
Keputeraan: 22 November 1958 (umur 62) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, Malaya
Agama: Islam Sunni

3

3)PENDIDIKAN

Sultan Ibrahim mangkat di London pada 8 Mei 1959, oleh itu, nendanya Tunku Ibrahim Ismail, Sultan
Ismail berjaya menjadi Sultan Johor. Sultan Ibrahim Ismail naik ke tangga kedua sejajar dengan takhta,
selepas ayahandanya.

Seperti kanak-kanak yang lain, Tunku Ibrahim juga
melanjutkan pelajaran. Sekolah pertama baginda ialah
Sekolah Temenggong Abdul Rahman 1.

Setelah itu, baginda kemudiannya menyambung
pelajarannya di Trinity Grammar School di Australia pada 1968
selama dua tahun. Sekembalinya baginda ke Johor, baginda
kemudiannya belajar di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB). Di
samping itu, Tunku Ibrahim juga bersekolah di Sekolah Agama
Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek di Johor Bahru
bagi mempelajari asas-asas agama Islam.

Beberapa tahun kemudian, Tunku Ibrahim telah dihantar ke Pusat Latihan Darat (Pulada) di Kota Tinggi
untuk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan dan kemudiannya ke Fort Bening, Georgia,
Amerika Syarikat. Di situ, baginda telah mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara.
Setelah berada di situ, baginda kemudiannya mengikuti Kursus Pegawai-Pegawai Pasukan Khas di Fort
Bragg, Amerika Syarikat.[5] Selepas itu, Tunku Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Komander, Angkatan
Tentera Johor. Baginda menerima sayap penerbangan selepas menerima kursus latihan helikopter di

4

Kem Tentera Kluang. Tuanku juga menamatkan tugas latihan selama dua bulan dalam Tentera Laut
Diraja Malaysia.
Sebagai Tunku Mahkota Johor
Tunku Ibrahim Ismail telah dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981 dan telah berdiam
di Istana Pasir Pelangi sejak itu. Baginda pernah menjadi pemangku sultan Johor pada 26 April 1984
hingga 25 April 1989 ketika ayahandanya, Sultan Iskandar telah dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan
Agong Malaysia yang kelapan. Dalam beberapa tahun belakangan ini, Tunku Ibrahim secara beransur-
ansur mengambil alih beberapa tugas negeri dan fungsi dari ayahandanya yang telah tua termasuklah
ketika mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-211 dimana Tunku Ibrahim bersama Tunku Abdullah, Tengku
Mahkota Pahang telah mewakili ayahanda masing-masing dalam mesyuarat itu.

5

4) KERJAYA POLITIK

Pemasyhuran sebagai Sultan Johor

Beberapa jam sebelum kemangkatan ayahandanya Sultan Iskandar pada 22 Januari 2010, Tunku Ibrahim
Ismail sekali lagi dilantik sebagai pemangku sultan berikutan laporan perubatan mengenai kemangkatan
Sultan Iskandar yang masih belum disahkan. Pada waktu malam hari yang sama, Sultan Iskandar telah
mangkat dan Tunku Ibrahim dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang baharu pada esoknya berdasarkan
Undang-Undang Tuboh Kerajaan Johor 1895 dengan gelaran Sultan Ibrahim. Menteri Besar Johor,
Datuk Abdul Ghani Othman mengumumkan pemasyhuran itu di Istana Besar Johor Bahru dan
mengumumkan tentang musim perkabungan bagi kerabat diraja Johor yang terdekat adalah selama 40
hari manakala bagi rakyat Johor pula ialah 7 hari. Semasa musim itu juga, Sultan Ibrahim pertama
kalinya ke mesyuarat Majlis Raja-Raja sebagai Sultan Johor.

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor diperkenalkan oleh Sultan Johor Moden yang pertama iaitu
Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1886 selepas baginda mendapat ilham daripada lawatan
baginda Empayar British dan Empayar Uthmaniyah. Baginda memperkenalkan konsep mahkota kepada
raja-raja Melayu yang kemudiannya diikuti oleh Kelantan, Selangor dan Terengganu.

Pada tahun 2013, kerja-kerja penaiktarafan Istana Besar Johor dan Istana Bukit Serene telah mula
dilangsungkan atas perkenan baginda yang berkehendaki agar Istiadat Kemahkotaan baginda diadakan
pada 5 Mei 2014, sempena baginda menjadi Sultan Johor yang ke-5. Walau bagaimanapun, disebabkan
kerja-kerja yang tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, Istiadat tersebut ditangguh.

Pada Januari 2015, Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor iaitu Datuk Abdul Rahim Ramli
menyampaikan perkenan baginda untuk melangsungkan Istiadat Kemahkotaan baginda. Kali terakhir

6

Istiadat tersebut dilangsungkan ialah pada tahun 1960 iaitu Kemahkotaan Sultan Ismail ibni Sultan
Ibrahim. Sultan Iskandar pula tidak berkehendakkan Istiadat Kemahkotaan buat dirinya.

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor kali-4 ini bakal diadakan pada 23 Mac 2015 dan disambut secara
besar-besaran yang bermula dari Istiadat Meletak Kerja pada 16 Mac 2015 dan diisi dengan 9 istiadat
utama dan keraian di seluruh negeri Johor sehingga bulan April 2015.

Istiadat ini akan memperlihatkan kembali tradisi diraja Johor moden yang mempamerkan tradisi
gabungan Melayu, Islam dan Barat dalam istiadat itu.

Keluarga :

Sultan Ibrahim telah mengahwini Raja Zarith Sofiah, puteri kepada Sultan Idris Shah II dari Perak pada
tahun 1982. Mereka mempunyai 6 orang anakanda iaitu:

(i) Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar (diputerakan pada 30 Jun 1984). Baginda
telah dilantik sebagai Raja Muda Johor oleh nendanya, Sultan Iskandardan menjadi Tunku
Mahkota ketika zaman pemerintahan Sultan Ibrahim.

(ii) Tunku Aminah Maimunah Iskandariah (diputerikan pada 8 April 1986)
(iii) Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman (diputerakan pada 25 Disember 1987)
(iv) Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail (diputerakan pada 5 Julai 1990 dan mangkat pada 5

Disember 2015)
(v) Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri (diputerakan pada 5 Februari 1993
(vi) Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim (diputerakan pada 30 Mei 2001)

Kesemua putera dan puteri baginda diputerakan di Johor Bahru, Johor.

7

5)SUMBANGAN

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan makanan
kepada anggota polis yang terbabit dalam penugasan sekatan jalan raya di bandaraya Johor Bahru.
Menerusi muat naik di akaun rasmi Facebook baginda, Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan
sumbangan berkenaan kepada Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay di Istana Pasir
Pelangi, pagi ini, yang kemudiannya akan diagihkan kepada anggota polis.
“Bantuan makanan ini kepada anggota polis yang terbabit dalam penugasan sekatan jalan raya di bandar
raya Johor Bahru.
“Mereka bertungkus-lumus menjalankan tanggungjawab masing-masing.

8

Johor
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan peribadi sebanyak
RM30 juta kepada Yayasan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (YJDT) bagi membantu masyarakat
yang memerlukan bantuan.

Baginda Tuanku Sultan menyampaikan sumbangan dana berkenaan kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku
Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru
pada hari ini (9 Mac).

YJDT menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYMM Sultan Johor di atas keprihatinan Baginda dalam
mengurniakan dana berkenaan untuk membantu golongan memerlukan, serta pembangunan bola sepak
negeri Johor.

9

6) NILAI-NILAI MURNI PEMIMPIN

1. Bertanggungjawab
2. Baik Hati
3. Prihatin
4. Bersimpati
5. Bermasyrakat
6. Bersyukur
7.Adil
8. Saksama
9. Bekerjasama
10. Berani

10

7) Kesimpulan

Sultan Ibrahim merupakan tonggak pemerintahan negeri Johor yang akan menentukan perpaduan rakyat
berbilang kaum,memastikan keperluan mahu pun kehendak rakyat dipenuhi, menjamin keselamatan dan
kesejahteraan negeri Johor dalam setiap aspek baik di dalam negeri Johor sendiri hinggalah ke arena
antarabangsa.

Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah kagum,berbangga dan menghargai jasa sumbangan Sultan
Ibrahim yang terdahulu dan sekarang ini di mana kita boleh merasai keselesaan hidup sebagai warga
negeri Johor yang berdaulat ini.

11

Rujukan

● Ali, Abdullah, Malaysian Protocol and Correct Forms of Address, published by Times
Books International, 1986, ISBN 9971653702

● Cheong, Mei Sui, Information Malaysia: 1985 Year Book,published by Berita Publishing, 1985
● De Ledesma, Charles; Lewis, Mark; Savage, Pauline, Malaysia, Singapore and Brunei, published

by Rough Guides, 2003, ISBN 1843530945
● Karim, Gulrose; Tate, Desmond Muzaffar, Information Malaysia, published by Berita Publ. Sdn.

Bhd., 1989
● Kershaw, Roger, Monarchy in South-East Asia: The Faces of Tradition in Transition, published by

Routledge, 2001, ISBN 0415185319
● Morais, John Victor, The Who's who in Malaysia, published by Solai Press., 1967
● Morris, Ira J., My East was Gorgeous, by Ira J. Morris, published by Travel Book Club, 1958
● Nadarajah, K. N, Tengku Ahmad Rithauddeen: His Story, Pelanduk Publications, 2000, ISBN

9679787095
● Nadarajah, Nesalamar, Johore and the Origins of British Control, 1895-1914, published by

Arenabuku, 2000, ISBN 9679703185
● Rahman, Abdul; Solomon, J. S., Challenging Times, published by Pelanduk Publications,

1985, ISBN 9679780945
● The International Who's Who 2004: Book with Single-User Online Access, by Elizabeth Sleeman,

published by Europa Publications, Published by Routledge, 2003, ISBN 1857432177

12

● Towards Relevant Education: A General Sourcebook for Teachers, published by Education Forum
(Philippines), Alternative Instructional Materials Project, Education Forum, 1986, ISBN
9719100605

13


Click to View FlipBook Version