The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hishamadnan4417, 2021-05-03 11:51:43

BUKU MAT PIBG KALI KE-40 KE-41 2021 doc

BUKU MAT PIBG KALI KE-40 KE-41 2021 doc

MESYUARAT AGUNG

PIBG

KALI KE-40 & KE-41
SK KUBANG KERIAN 1

5 MEI 2021

2.00 PETANG

DIRASMIKAN OLEH:

EN JOHARI BIN SHARIFF (SIP+)

PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH

1

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Atur Cara Majlis 3
2.
3. Sekapur Sireh YDP PIBG 4
4.
5. Kata-kata Aluan Guru Besar 5
6.
7. Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-40 & Ke-41 6
8.
9. Senarai AJK PIBG SK Kubang Kerian 1 7
10.
11. Jawatankuasa Pelaksana MAT PIBG 8
12.
13. Agenda MAT PIBG Kali Ke-40 10
14.
15. Kehadiran Mesyuarat AJK PIBG 11
16.
Minit Mesyuarat MAT PIBG Kali Ke-40 12

Laporan Aktiviti PIBG Tahun 2019 20

Penyata Kewangan PIBG Tahun 2019 21

Agenda MAT PIBG Kali Ke-41 25

Laporan Aktiviti PIBG Tahun 2020 26

Penyata Kewangan PIBG Tahun 2020 27

Jawatankuasa PIBG SKKK1 bagi Sesi 2021-2022 29

Ucapan Penghargaan 30

2

ATURCARA MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-40 dan KE-41 2021

TARIKH : 05 MEI 2021 ( RABU )
MASA : 2.00 PETANG
PLATFORM : GOOGLE MEET

MASA ATURCARA

1.50 petang - Pendaftaran kehadiran para jemputan, Ibu bapa dan guru.

2.00 petang - Bacaan doa

- Ucapan Aluan oleh Guru Besar

- Ucapan YDP PIBG
- Ucapan Perasmian oleh Pegawai Perhubungan Sekolah

2.30 petang - Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40 dimulakan.

- Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 dimulakan.

3.00 petang - Majlis Bersurai

3

SEKAPUR SIREH YDP PIBG
PM DR KAMARUL ARYFFIN BIN BAHARUDDIN

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera

Syukur Alhamdulillah dengan limpah rahmat dan izinNya, PIBG SK Kubang Kerian 1 dapat mengadakan
Mesyuarat Agung Tahunan kali Ke-40 dan Ke-41 secara atas talian.

Sesungguhnya kita sedang menghadapi suatu ujian yang sangat hebat melalui serangan virus Covid-19. Sedar
atau tidak, tahun ini merupakan tahun yang kedua kita menghadapi serangan ini. Virus ini semakin berkuasa
sehinggakan angka pesakit yang positif dengan virus Covid-19 semakin hari semakin meningkat. Kita yakin dan
percaya bahawa virus ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditangani namun adat berjuang, biarlah sampai
ketitisan darah yang terakhir. Kita perlu menghadapinya dengan mematuhi segala SOP yang telah dikeluarkan
pihak berwajib. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pentadbir dan guru-guru SK Kubang Kerian 1 kerana
masih mampu mengawal virus ini daripada merebak kepada murid-murid dengan mematuhi segala SOP yang
digariskan. Pentadbir-pentadbir, guru-guru serta seluruh kakitangan sekolah bertungkus lumus dalam menyediakan
persekitaran sekolah yang bebas Covid-19. Saya tahu dan sedar, bukan suatu tugas yang mudah untuk
menjayakannya, lebih-lebih lagi melibatkan murid-murid di tahap sekolah rendah. Di samping menjaga
keselamatan murid, guru-guru tetap meneruskan perjuangan dalam pengajaran mereka. Saya yakin dan percaya,
proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan tetap diutamakan walau apa rintangan yang melanda. Tidak
dilupakan juga kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan kepada pihak sekolah terutamanya dalam
menghadapi serangan Covid-19 sama ada secara langsung atau tidak langsung. Saya bagi pihak PIBG
merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada semua guru dan kakitangan sekolah serta ibubapa kerana
telah memainkan peranan masing-masing dalam usaha melahirkan generasi yang diimpikan.

PIBG akan sentiasa bersedia memberi kerjasama kepada pihak sekolah dalam apa jua bentuk yang
dipohon oleh pihak sekolah demi untuk keselesaan dan kemudahan anak-anak kita belajar di sekolah ini. Semoga
segala usaha murni kita akan mendapat berkat dan dirahmati Ilahi.
Sekian, Wassalamualaikum warahmatullah.

PM DR KAMARUL ARYFFIN BIN BAHARUDDIN

Yang Dipertua
Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)
Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1.

4

KATA-KATA ALUAN GURU BESAR
EN. MULYADI BIN MD NAWI

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan
keizinan-Nya dapat PIBG SKKK 1 mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali
ke-40 dan ke-41 secara serentak pada hari ini menggunakan kaedah dalam talian.

Syabas saya ucapkan kepada PIBG yang sentiasa berganding bahu dalam membantu pihak sekolah dalam
segala aspek. Saya turut teruja dengan komitmen yang diberikan oleh Ahli Jawatankuasa PIBG dalam segala hal
terutamanya dalam aspek keselamatan murid-murid demi memastikan keselamatan murid-murid terjaga dam
terlindung daripada serangan virus Covid-19. Suatu cabaran yang sangat hebat yang perlu saya dan kakitangan saya
hadapi namun, dengan bantuan yang diberikan tanpa putus-putus daripada pihak PIBG, menjadikan suatu yang
sukar kepada yang menyenangkan. Terima kasih PIBG.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PIBG, ibu
bapa, guru-guru dan semua staf sokongan SKKK (1) serta semua pihak yang telah memberi kerjasama dan membantu
pihak sekolah terutamanya dalam menyediakan persekitaran sekolah yang selesa dan selamat untuk murid-murid di
SK Kubang Kerian 1. Dalam situasi negara kita yang masih dalam peperangan menentang virus Covid-19, sudah
pastilah pihak sekolah sentiasa memerlukan bantuan daripada semua pihak dalam memastikan SK Kubang Kerian 1
sentiasa selamat dan bebas Covid-19.

Diharap pihak sekolah dan PIBG akan terus mengorak langkah berganding bahu bagi kecemerlangan anak-
anak didik dan seterusnya melahirkan insan yang berintelek, beriltizam dan berwawasan meliputi semua bidang.
Terima kasih tidak terhingga juga kepada warga kerja yang telah mengelola dan menjayakan majlis ini.
Sekian, terima kasih.

EN. MULYADI BIN MD NAWI

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1
Kota Bharu, Kelantan

5

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN KUBANG KERIAN 1

16150 KOTA BHARU, KELANTAN
TEL : 09 -7652797 FAX : 09-7652602

Ruj. Kami: SKKK1.100-13/1/4 (03)
Tarikh : 21 April 2021

Ke Majlis;

Semua Ibu Bapa / Penjaga
Murid-murid SK Kubang Kerian 1
Jalan Istana Mahkota,
KOTA BHARU, KELANTAN.

Tuan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SK KUBANG KERIAN 1 KALI KE-40 DAN KE-41 SECARA
DALAM TALIAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SK Kubang Kerian (1) Kali Ke-40 dan Ke-41
akan diadakan sebagaimana berikut:

Tarikh : 05 Mei 2021 (Rabu)

Masa : 2.30 Petang

Platform : Google Meet (pautan akan dikongsi sehari sebelum MAT)

3. Sehubungan dengan itu, pihak PIBG berbesar hati menjemput tuan/puan ke mesyuarat tersebut. Sekiranya
tuan/puan mempunyai usul untuk dibahaskan, sila isi usul tersebut di pautan berikut:
https://forms.gle/C3TJ2jg7H3p9PbWv8. Diingatkan bahawa pencadang usul juga dikehendaki hadir pada hari
tersebut bagi membolehkan usul dibahas.

4. Segala kerjasama, sokongan dan sumbangan ikhlas tuan/puan, pihak PIBG SK Kubang Kerian
(1) merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BUDAYA MUAFAKAT, PRESTASI MENINGKAT”

Saya yang menjalankan amanah,

PM DR KAMARUL ARYFFIN BIN BAHARUDDIN
YDP PIBG,
SK. Kubang Kerian 1,
Kota Bharu, Kelantan.

s.k. Fail PIBG SKKK (1)

6

SENARAI AJK PIBG
SK. KUBANG KERIAN (1) SESI 2019-2021

1. PROF. MADYA DR. KAMARUL ARYFFIN B. BAHARUDDIN YDP 017-9887300
2. EN. MOHD ALBAQIR SHOLEH B. MOHD YUSOFF NYDP 018-9009895
3. EN. MUHAMMAD HISHAM B. ADNAN SETIAUSAHA 019-8275453
4. MOHD ZAHIR B. ZAKARIA @ OSMAN PEN. SETIAUSAHA 019-9852611
5. EN. MOHD REDHUAN B. MOHAMMED BENDAHARI 012-9548123
6. EN. BADRUL SYAM B. MAT ZAINUDDIN AJK 017-9676997
7. EN. MOHD ASHAR YUSRI B. MOHD YUNUS AJK 013-9611281
8. EN. KAMARULZAMAN B. ARIFIN AJK 017-9318595
9. EN. MOHD ZAINUDDIN B. GHAZALI AJK 012-2165658
10. EN. ASMADI B. ABDUL RAZAK AJK 019-9120348
11. EN. AZANI B. MD. NOR AJK 012-8488557
12. EN. MOHAMAD NORHAKIMEE B. MOHAMAD NORDIN AJK 013-9946468

13. DR. ASLIZA ZURAINI BT. MOHD YUNUS AJK 013-9319226

14. DR. RAISHAN SHAFINI BT. BAKAR AJK 012-4348080
15. PN. AIMI SALWANI BT. MOHD YAHYA AJK 012-6175652
16. PN. ZAITON BT. MAMAT AJK 013-5041622
17. EN. AHMAD KHAIRI B. MOHAMMAD HASAN AJK 017-9555332
18. EN. AZMAN B. AB LATIF AJK 013-9289655
19. EN. AHMAD SANUSI B. MOHD NOOR AJK 011-32324052
20. PN. YUSMANIZA BT. MAT YUNUS AJK 012-9877002
21. PN. SYARIFAH BT. MOHD NOOR AJK 012-9288446

PEMERIKSA KIRA-KIRA EX-OFFICIO 019-2582897
1. PN. SITI ZALEHA BT. SALLEH 013-9193093
2. PN. NOR ASWANI BT. MAT
019-9795522
EX-OFFICIO
1. EN. MULYADI B. MD NAWI

7

JAWATANKUASA PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40 & KE-41 2021

e-Sambutan e- Phamplet & e-Buku Program
PM DR Kamarul Aryffin b. Baharuddin (YDP PIBG) En. Zull Fiqry Azme b. Abdullah
En Mulyadi b. Md Nawi (Guru Besar) Pn. Salwa bt. Hussin
En Maliki b. Muhammad (PK. Pentadbiran)
Pn. Anishah bt. Ibrahim (PK. HEM) e-Surat Jemputan
En Wan Nazli b. Wan Nawang (PK. KO) Pn. Salwani bt. Md. Mahyidin
En. Harizan b. Hamid (PK. Pend. Khas) Semua Guru Pra
Semua Guru Kelas Pendidikan Khas
JK Teknikal Semua Guru Kelas Tahun 1-6
En. Che Hamdam b. Hamid
En. Mohd Abdul Hafiz b. Deraman e-Pendaftaran
En. Azinuddin b. Awang YM.Tg. Rujhan Izni bt.Tn.Mohd. Hashim (Pra Integrasi)
Pn. Rabiatul Hazmiah bt. Abd. Hamid (Pendidikan Khas)
e-Juruacara Pn. Shalkis Samihah bt. Ismail (Tahun 1)
En. Suhaimi b. Yusof Pn. Munirah bt. Yusof (Tahun 2)
Pn. Nurul Syuhada bt. Mat Hussin Pn. Wan Noraishah bt. Wan Mohamad (Tahun 3)
Pn. Marshitah bt. Baharum (Tahun 4)
e-Bacaan Doa Pn. Nik Nazura bt. Yusoff (Tahun 5)
Ust. Mohd Mohsen b. Abdul Razak Pn. Ida Rosdila bt. Othman (Tahun 6)
Ust. Ahmad Khairi b. Mohammad Hasan
Pencatat & Perakam
JK Google Meet Pn. Rosmanita bt. Mohamad Yin (MAT PIBG Ke-40)
En. Mohd Nasir b. Mat Taha Pn. Azira Husna bt Mamat (MAT PIBG Ke-40)
En. Nik Sufian Hakim b. Nik Omar Pn. Rohazawati bt Zuhari (MAT PIBG Ke-41)
En. Afandi b. Zakaria Pn.Tn. Kamariah bt. Tn. Hamzah (MAT PIBG Ke-41)
En. Yusri b. Mohamed Yusoff Pn. Suriani bt. Abdul Karim (Ucapan GB)
En. Mohd Fairuz Hazwan b. Mohamad Hussin Pn. Mazura bt. Mat Yusoff (Ucapan GB)
Pn. Hazimah bt.Hamzah Pn Mawaddah bt. Mat Hussin (Ucapan Perasmi)
Pn. Syarifah Asnida bt. S. M. Kamaruzaman Pn. Che Norazura bt. Abdullah (Ucapan Perasmi)

e-Bahan Mesyuarat e Dokumentasi & Pelaporan
En Muhammad Hisham b. Adnan En. Rodzuan b. Awang
En. Mohamad Redhuan b. Mohamed En. Muhd Arman b. Ibrahim
Pn. Siti Zaleha bt. Salleh Pn. Nor Shamsiah bt. Ismail
Pn. Nor Aswani bt. Mat Pn. Nurul Hidayah Bong bt Abdullah
Pn. Johana bt. Hassan

8

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PIBG SK KUBANG KERIAN 1
KALI KE-40

9

Tarikh : 05 Mei 2021 bersamaan 23 Ramadhan 1442H
Hari : RABU
Masa : 2.00 petang
Platform : Google Meet

1. Ucapan Yang DiPertua PIBG SK Kubang Kerian 1.
2. Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat

Agung kali ke-39.
3. Membentang Laporan aktiviti PIBG tahun 2019
4. Membentang dan mengesahkan penyata kewangan

bermula 1 Januari 2019 berakhir 31 Disember 2019
5. Hal-hal lain
6. Ucapan penangguhan

10

KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG SKKK1 2019-2021

Jawatankuasa Pibg SK. Kubang Kerian (1), Kota Bharu, Kelantan telah mengadakan mesyuarat
AJK PIBG SKKK (1) sebanyak 4 kali sepanjang tahun 2019 hingga 2021.

Kehadiran Ahli Jawatankuasa :

BIL. NAMA TARIKH

1. PM DR. KAMARUL ARYFFIN B. BAHARUDDIN (YDP) 16/04/2019 11/09/2019 24/02/2020 21/04/2021

2. EN. MOHD ALBAQIR SHOLEH B. MOHD YUSOFF (NYDP) ////
00 / /
3. EN. MUHAMMAD HISHAM B. ADNAN (SU) ////
////
4. MOHD ZAHIR B. ZAKARIA @ OSMAN (PSU) ////
0/ //
5. EN. MOHD REDHUAN B. MOHAMMED (BENDAHARI) 000 /
00 / /
6. EN. BADRUL SYAM B. MAT ZAINUDDIN (IBU BAPA) **0 0 0 /
**0 0 / /
7. EN. MOHD ASHAR YUSRI B. MOHD YUNUS (IBU BAPA) /0/ /

8. EN. KAMARULZAMAN B. ARIFIN (IBU BAPA)

9. EN. MOHD ZAINUDDIN B. GHAZALI (IBU BAPA)

10. EN. ASMADI B. ABDUL RAZAK (IBU BAPA)

11. EN. AZANI B. MD. NOR (IBU BAPA)

12. EN. MOHAMAD NORHAKIMEE B. MOHAMAD NORDIN **0 / / /
(IBU BAPA)

13. DR. ASLIZA ZURAINI BT. MOHD YUNUS (IBU BAPA) /0 / /
// 0 /
14. DR. RAISHAN SHAFINI BT. BAKAR (IBU BAPA) **0 / 0 /
/0 0 /
15. PN. AIMI SALWANI BT. MOHD YAHYA (IBU BAPA) // / /
// / /
16. PN. ZAITON BT. MAMAT (IBU BAPA) // / /
// / /
17. EN. AHMAD KHAIRI B. MOHAMMAD HASAN (GURU) // / /
*0 *0 / /
18. EN AZMAN B. AB LATIFF (GURU)

19. EN. AHMAD SANUSI B. MD NOOR (GURU)

20. PN. YUSMANIZA BT. MAT YUNUS (GURU)

21. PN. SYARIFAH BT. MOHD NOOR (GURU)

22. EN. MULYADI B. MD NAWI – (EX-OFFICIO)

* AJK Guru/ Ex-Officio belum dilantik
** AJK Ibu Bapa belum dilantik

11

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
SEKOLAH KEBANGSAAN KUBANG KERIAN 1

KALI KE-39, TAHUN 2019.

Tarikh : 04 April 2019

Hari : Khamis

Masa : 2.30 Petang

Tempat : Dewan Anjung MCN SK Kubang Kerian 1.

Kehadiran : 508 orang

Perasmi : YB Pn Nor Hanazalmah bt. Mat Yusoff

(Ketua Cabang Keadilan Kubang Kerian merangkap

Ketua Wanita Keadilan Negeri Kelantan)

1.0 Ucapan Yang Di Pertua PIBG SKKK1 ( Tn .Hj. Mohd Yunus Bin Tahir)

1.1 Ucapan alu-aluan kepada para pentadbir, AJK PIBG dan semua ibu bapa yang
hadir pada majlis Mesyuarat Agung PIBG SK Kubang Kerian 1 Kali Ke 39 Dan
Hari Anugerah Kecemerlangan Tahun 2019.

1.2 YDP merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada pihak sekolah
terutama guru tahun 6 atas kecemerlangan UPSR pada tahun 2018 iaitu seramai
16 orang murid telah berjaya mencapai 6A seterusnya menjadikan SK Kubang
Kerian 1 sekolah nombor 1 di Kelantan dalam pencapaian UPSR 2018.

1.3 YDP mengharapkan agar ibu bapa menitik beratkan kecemerlangan anak-anak
sejak awal lagi supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran dan tidak menunggu
sehingga Tahun 6 untuk memulakan usaha.

1.4 YDP juga mengharap ibu bapa menjaga rutin harian anak-anak dengan memberi
penekanan kepada aspek agama iaitu wajib solat dan mengaji Al-Quran. Beliau
menekankan bahawa pelajaran adalah penting untuk masa depan.

1.5 YDP memaklumkan dua program besar akan dilaksanakan pada tahun 2019

iaitu:

i-membuat laluan berbumbung.
ii-baik pulih / bangunan baru untuk PPKI.

1.6 YDP mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa atas sumbangan atau derma
untuk membina Musalla Muhammadiah.

1.7 Akhir kata YDP mengumumkan bahawa mesyuarat ini merupakan mesyuarat
terakhir beliau bersama PIBG SKKK1 dan beliau akan meletakkan jawatan
sebagai YDP PIBG SKKK1 setelah 40 tahun memegang jawatan dalam PIBG di
sekolah ini.

12

2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke -38

2.1 YDP PIBG mewakili Setiauasaha PIBG membentangkan minit Mesyuarat Agung
PIBG Kali Ke-38 (Rujuk Buku Program Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 39: m/s 9
hingga 10).

2.2 Ahli mesyuarat sebulat suara menerima Minit Mesyuarat Agung kali ke-38.

3.0 Pembentangan Laporan Aktiviti Tahun 2018

3.1 YDP PIBG membentangkan laporan aktiviti tahun 2018 (Rujuk Buku Program
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke -39: m/s 18).

4.0 Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan PIBG SKKK1 2018

4.1 Ustaz Mohd Redhuan Bin Mohammed selaku Bendahari PIBG membentangkan
penyata kewangan PIBG SKKK1 2018 bermula 1 Januari 2018 hingga 31
Disember 2018. (Rujuk Buku Laporan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39, m/s 16
dan 17).

4.2 Doktor Raishan Shafini Binti Bakar telah mencadangkan penyata kewangan 2018
disahkan dan disokong oleh Pn. Nor Azma Baizura Binti Azman.

5.0 Pembentangan Usul-Usul PIBG

5.1 Semua AJK PIBG dan ibu bapa setuju sebulat suara supaya semua cadangan
yang telah diterima akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama
2019 kecuali hanya usul lapan yang akan dibincangkan dalam mesyuarat agung
ini.

5.2 Guru Besar SKKK1, selaku ex-officio PIBG mengalu-alukan kehadiran AJK PIBG,
pentadbir, guru-guru dan ibu bapa.

5.3 Guru Besar memaklumkan cadangan pertama hingga tujuh akan diambil
perhatian. (Rujuk Buku Laporan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-39, M/S 19
hingga 21). Beliau menyatakan berlaku perubahan jadual kelas kerana
pergerakan keluar masuk guru. Beliau juga memaklumkan jumlah guru SKKK1
yang terkini adalah 103 orang manakala jumlah murid adalah 1300 orang.

5.4 Guru Besar juga menyatakan pemansuhan peperiksaan untuk Tahap 1 pada
tahun ini. Murid dinilai melalui Penilaian Bilik Darjah (PBD) iaitu penilaian tidak
formal. Sehubungan itu berlaku peningkatan dalam penggunaan kertas.

13

5.5 YDP PIBG pula membentangkan usul lapan iaitu mencadangkan pungutan
sumbangan PIBG 2019 mengikut perkepala berbanding tahun sebelum ini
dipungut satu keluarga. Jumlah tersebut adalah:
i. Sumbangan PIBG (satu murid) – RM20.00

5.6 YDP PIBG mencadangkan sumbangan tambahan untuk murid-murid Tahap 1
dan 2 bagi menampung kos program kecemerlangan iaitu sebanyak:

i- Sumbangan program kecemerlangan (tahap 1) – RM10.00
ii- Sumbangan program kecemerlangan (tahap 2) – RM20.00

5.7 YDP PIBG juga mencadangkan yuran tambahan untuk Kecemerlangan
Akademik (UPSR) bagi setiap murid tahun 6 pada tahun ini adalah seperti di
bawah sebagaimana persetujuan dalam Majlis Perjumpaan Ibu Bapa dan Aku
Janji 2019.

BIL. ITEM RM
1 4 Buah Buku Soalan Tambahan UPSR 50.00
2 Bayaran Penceramah 40.00
3 Makan Murid (Program Feb – Sept) 30.00
4 Fotostat Kertas Soalan Kelas Serambi dan Anjal 120.00
JUMLAH 240.00

5.8 YDP PIBG menyatakan secara ringkasnya jumlah sumbangan dan yuran
tambahan untuk murid-murid pada tahun ini adalah seperti berikut:

TAHUN ITEM RM
1 Sumbangan PIBG + Program Kecemerlangan 30.00
2 Sumbangan PIBG + Program Kecemerlangan 30.00
3 Sumbangan PIBG + Program Kecemerlangan 30.00
4 Sumbangan PIBG + Program Kecemerlangan 40.00
5 Sumbangan PIBG + Program Kecemerlangan 40.00
6 Sumbangan PIBG + Program Kecemerlangan + 280.00
Kecemerlangan Akademik (UPSR)

5.9 Cadangan tersebut telah disokong sebulat suara oleh semua hadirin.

6.0 Pembubaran AJK Sesi 2018/2019 Dan Pemilihan Ajk PIBG Sesi 2019/2020

6.1 YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG sesi 2018/2019
atas segala kerjasama dan buah fikiran yang diberikan dan dengan rasminya
membubarkan AJK PIBG SK Kubang Kerian 1 Bagi Sesi 2018/2019.

14

6.2 YDP mencadangkan agar AJK PIBG 2018/2019 dikekalkan kecuali mereka yang
tidak hadir Mesyuarat Agung PIBG kali ini.

6.3 YDP memaklumkan perletakan jawatan beliau selaku YDP PIBG SK Kubang
Kerian 1. Oleh itu pelantikan YDP, NYDP dan AJK yang baharu dilakukan.

6.4 YDP baharu:

1- Prof. Madya. Dr. Kamarul Aryffin Bin Baharuddin.

Pencadang: En. Ahmad Khairi Bin Mohammad Hasan.
Cadangan Ditutup: Pn. Rosaniki Binti Ismail.
Sokong: semua hadirin.

6.5 NYDP baharu:

1- En. Mohd Albaqir Sholeh Bin Mohd Yusoff

Pencadang: En. Ahmad Khairi Bin Mohammad Hasan
Cadangan Ditutup: Pn. Nor Liza Binti Hamzah.
Sokong: semua hadirin.

6.6 Ajk dari kalangan ibu bapa.
1. Dr. Wan Amir Nizam B. Wan Ahmad-dicadang oleh Prof. Madya Dr. Kamrul
Aryffin dan disokong oleh semua hadirin.

2. Dr. Raishan Shafini Binti Bakar- Dicadang oleh En. Ahmad Khairi dan
disokong oleh semua hadirin.

3. Pelantikan 4 orang lagi AJK Ibu Bapa ditangguhkan dan diputuskan dalam
mesyuarat AJK PIBG kali pertama 2019.

6.7 Mesyuarat memutuskan bahawa hanya YDP, Setiausaha dan Bendahari PIBG
SKKK(1) boleh mengeluarkan wang daripada akaun PIBG SKKK(1) dengan
syarat sekurang-kurangnya Dua (2) daripada Tiga (3) pihak di atas
menandatangani slip pengeluaran wang tersebut.

6.8 Berikut adalah senarai nama Yang Di-Pertua, Setiausaha dan Bendahari PIBG
SK Kubang Kerian 1 sesi 2019/ 2021:

Bil. Nama Lama Nama Baharu Catatan

1 Hj. Mohd Yunus@ Ab. PM. Dr. Kamarul Aryffin b. Baharuddin Yang Di-Pertua
Halim b. Tahir En Muhammad Hisham b. Adnan (berubah)
Ustaz Mohd Redhuan b. Mohammed
2 Pn Anishah bt. Ibrahim Setiausaha
(berubah)
3 Ustaz Mohd Redhuan b.
Mohammed Bendahari
(kekal)

15

7.0 Hal-hal Lain

7.1 Dr. Azmi ( Klinik Panchor, Kota Bharu) mengucapkan terima kasih kepada semua
guru dan PPM PPKI SKKK1 kerana mendidik anak beliau. Beliau menyumbang
sebanyak RM5000.00 kepada PIBG SKKK1 untuk menaikkan kecemerlangan
murid dan sekolah.

7.2 Guru Besar mengucapkan ucapan terima kasih sebagai penghargaan kepada
mantan YDP. Beliau juga mengalu-alukan pelantikan YDP baharu, Prof. Madya
Dr. Kamarul Aryffin Bin Baharuddin.

7.3 YDP mengucapkan terima kasih atas pelantikan beliau. Beliau akan membuat
beberapa perancangan dan perubahan di SKKK1 dan memohon agar semua
pihak bekerjasama. Beliau mengalu-alukan sumbangan pelbagai bentuk dari
semua pihak. Beliau juga menyatakan semua Ajk PIBG haruslah bergerak ke
arah satu matlamat dan kecemerlangan akademik SKKK1 perlu dikekalkan.

7.4 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Dr. Azmi atas sumbangan yang
diberi.

8.0 Ucapan Penangguhan

8.1 Prof. Madya Dr. Kamarul Aryffin Bin Baharuddin selaku YDP PIBG mengucapkan
terima kasih kepada semua ibubapa, pentadbir sekolah, guru-guru dan Ajk PIBG
yang dapat hadir dan memberi cadangan / pandangan sepanjang mesyuarat kali
ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.40 petang.

Pencatat mesyuarat:
1. Pn. Rosmanita Binti Mohamed Yin.
2. Pn. Azira Husna Binti Mamat.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

…………………………… ……………………… ……………………………
En. Muhammad Hisham b. Adnan En. Mohd Zaidi b. Yusof PM. Dr. Kamarul Aryffin b. Baharuddin
Setiausaha PIBG, Ex-Officio PIBG, Yang Dipertua PIBG,
SK. Kubang Kerian 1 SK. Kubang Kerian 1 SK. Kubang Kerian 1

16

UCAPAN GURU BESAR
(EN MOHD ZAIDI B. YUSOF)
- Ucapan terima kasih kepada YB Pn. Nor Hanazalmah bt. Mat Yusoff dan semua ibu
bapa yang hadir pada Mesyuarat Agung dan Hari Anugerah Kecemerlangan pada
kali ini.
- Terima kasih juga kepada perasmi kerana sudi meluangkan masa untuk datang
merasmikan majlis pada hari ini.
- Jutaan terima kasih dan tahniah kepada jawatankuasa pelaksana yang telah
bertungkus lumus menjayakan program pada hari ini.
- Beliau memohon maaf di atas kelewatan tamat Mesyuarat Agung sebentar tadi.
- Beliau menyatakan bahawa sekolah ini mempunyai murid yang paling ramai namun
tidak mendapat peruntukan-peruntukan yang sewajarnya. Prasarana sekolah juga
sangat teruk.
- GB memohon agar Ahli Parlimen dapat mengambil tindakan sewajarnya untuk
memanjangkan permasalahan yang dihadapi di sekolah ini. Buat masa sekarang,
sekolah sangat-sangat memerlukan bangunan baru untuk kelas PPKI. GB juga
berharap agar pihak kerajaan dapat membina dua blok bangunan baru empat tingkat
bagi menggantikan bangunan-bangunan lama yang telah uzur.
- GB juga memohon kepada semua agar bersama-sama dalam membantu
merealisasikan impian membina bangunan baru ini.
- Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang tenaga,
kewangan dan hadiah-hadiah untuk kegunaan sekolah.
- Beliau mengucapkan terima kasih kepada Dr Azmi yang menyumbang wang
sebanyak RM5000 kepada tabung PIBG sekolah.
- Akhir sekali, beliau berharap agar sekolah akan terus cemerlang pada masa akan
datang.

17

UCAPAN WAKIL PDRM
(SJN. BAHA & KPRL. ROSANUA)
- Terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput dan memberi ruang
kepada PDRM untuk menyampaikan taklimat ringkas berkaitan Akta Keganasan
Rumah Tangga.
- Keganasan rumah tangga – hukuman berat ke atas pesalah.
- Elakkan pergaduhan di hadapan anak-anak bagi mengelakkan gangguan emosi
mereka (anak-anak akan stress).
- Suami isteri cuba untuk saling bertolak ansur dalam menangani sebarang isu.
- Sebarang isu keganasan rumah tangga boleh berhubung dengan pihak polis.
- Laporan boleh dibuat di mana-mana Balai Polis berhampiran sekiranya berlaku
keganasan rumah tangga.
- Mangsa tidak perlu berasa takut untuk membuat laporan bagi mengelakkan
timbulnya permasalahan lain.
- Pihak Polis akan terus bertindak apabila menerima laporan.
- Terima kasih.

18

UCAPAN PERASMI
(YB. PN NOR HANAZALMAH BT. MAT YUSOFF)
KETUA CABANG KEADILAN KUBANG KERIAN MERANGKAP
KETUA WANITA KEADILAN NEGERI KELANTAN

- Ucapan terima kasih kepada pengerusi majlis, GB, YDP PIBG, guru-guru, ibu bapa
dan semua hadirin.

- Salam perkenalan daripada beliau.
- Syabas kepada ibu bapa yang mana anak-anak mereka menerima anugerah pada

hari ini.
- Beliau mengharapkan ibu bapa yang mana anak-anak mereka belum berjaya tidak

merasa sedih kerana anak-anak mereka ini masih boleh dididik terutamanya bidang
kemahiran.
- Beliau berkongsi cara menangani anak-anak yang degil di mana ibu bapa perlu
mempunyai sikap terbuka dengan menerima apa yang diadukan oleh orang lain
tentang kelakuan anak kita di luar rumah serta memantau penggunaan gadjet di
kalangan anak-anak.
- Beliau menyeru kepada ibu bapa agar mengambil peluang segala inisiatif yang
disediakan kerajaan iaitu eKasih, BHS, iSuri, rebet bil elektrik, Peka B40 dan
MySalam.
- Beliau menyatakan 5 projek mega untuk Negeri Kelantan iaitu LPT3, menaik taraf
Lapangan Terbang Sultan Ismail, pembinaan lebuh raya Macang – Jeli, pembinaan
lebuh raya Kota Bharu – Kuala Krai dan ECRL.
- Beliau tidak mahu memberikan janji-janji kosong kepada rakyat di Negeri Kelantan
amnya dan penduduk di Kubang Kerian khususnya. Namun, beliau akan cuba
sedaya upaya mendapatkan kemudahan terutamanya seperti yang dipohon oleh
Guru Besar sebentar tadi.
- Beliau berharap agar Guru Besar menyediakan kertas cadangan pembangunan
tersebut dan beliau akan memajukan kertas cadangan tersebut kepada Menteri Hal
Ehwal Ekonomi.
- Beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-39 dan Hari Anugerah
Kecemerlangan.

19

LAPORAN AKTIVITI PIBG TAHUN 2019

BIL AKTIVITI SASARAN

1. Pendaftaran Tahun 1 Ibubapa, Guru, dan Murid

2. Solat Hajat Perdana Awal Tahun Ibubapa, Guru, dan Murid

3. Majlis Perjumpaan Ibubapa dan Akujanji Murid Ibubapa dan Murid Terlibat
Tahun 6

4. Menaik taraf lantai konkrit Bangunan PPKI Guru dan Murid PPKI

5. Program Kem Kepimpinan Pemimpin Sekolah Murid Terlibat

6. Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Murid Terlibat
Sekolah

7. Mesyuarat AJK PIBG AJK PIBG

8. Mesyuarat Agung PIBG & Majlis Anugerah Ibubapa, Guru, AJK PIBG,
Kecemerlangan Murid Murid Terlibat

9. Majlis Persaraan En Hafis, Ustazah Azizah Isa, Guru dan Staf Sokongan
Cikgu Khuzaimah dan Cikgu Saini

10. Program Jom Ke Sekolah Semua Murid

11. Perkhemahan Badan Beruniform Guru dan Murid Terlibat

12. Merentas Desa Semua Murid

13. Sukan Tahunan SKKK 1 Semua Murid

14. Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah Guru dan Murid

15. Program Kecemerlangan UPSR Murid Tahun 6

16. Program Solat Hajat Sebelum UPSR Guru dan Murid Tahun 6

17. Solat Hajat Perdana Kemuncak UPSR Ibubapa, Guru, dan Murid

18. Kem Kecemerlangan Jawi Guru dan Murid

19. Program Bersamamu Ramadhan Guru dan Murid Terlibat

20. Majlis Penyampaian KWAMP & E-Kasih Guru dan Ibu Bapa

21. Program Autisme SKKK1 Guru dan Murid PPKI

22. Majlis Sambutan Hari Guru Guru dan Semua Murid

23. Insentif Kecemerlangan Ko-Kurikulum Murid Terlibat

24. Majlis Khatam Al-Quran Murid Terlibat

25. Jamuan Akhir Tahun SKKK1 Guru, Staf & AJK PIBG

26. Pertukaran GB, Ayahanda Zaidi dan PK Pen. Khas Guru dan Murid
En Azhar

20

21

22

23

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PIBG SK KUBANG KERIAN 1
KALI KE-41

24

Tarikh : 05 Mei 2021 bersamaan 23 Ramadhan 1442H
Hari : RABU
Masa : 2.45 petang
Platform : Google Meet

1. Ucapan Yang DiPertua PIBG SK Kubang Kerian 1
2. Membentang Laporan aktiviti PIBG tahun 2020.
3. Membentang dan mengesahkan penyata kewangan

bagi Tahun 2020.
4. Pembubaran Jawatankuasa PIBG 2019-2021
5. Pemilihan Jawatakuasa PIBG baru 2021-2022
6. Hal-hal lain
7. Ucapan penangguhan

25

LAPORAN AKTIVITI PIBG TAHUN 2020

BI AKTIVITI SASARAN
L
Ibubapa, Guru, dan
1. Pendaftaran Tahun 1 Murid
Ibubapa, Guru, dan
2. Solat Hajat Perdana Awal Tahun Murid
Ibubapa dan Murid
3. Majlis Perjumpaan Ibubapa dan Akujanji Murid Terlibat
Tahun 6 Murid Terlibat

5. Program Kem Kepimpinan Pemimpin Sekolah Murid Terlibat

6. Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin AJK PIBG
Sekolah
Guru dan Semua murid
7. Mesyuarat AJK PIBG
Guru dan Semua Murid
8. Majlis Persaraan Cikgu Azmani, Cikgu Zalehan, Guru, Ibu bapa dan AJK
Cikgu Martinawati, Cikgu Nik Arina dan Pn Nor. PIBG
Guru dan Semua Murid
9. Majlis Pertukaran PK Ko-Kurikulum, Cikgu Zaid

10. Program Gotong-Royong Kawasan Sekolah

11. Program Jom Hadir Ke Sekolah

12. Program Bantuan Awal Persekolahan Guru dan Ibu Bapa

13. Pembinaan Dinding Pentas di Dewan Anjung Bestari Guru dan Semua Murid

14. Penyediaan Bangku Konkrit Tempat Menunggu Ibu Ibu Bapa dan Murid
Bapa Guru, Ibu Bapa dan
Semua Murid
15. Pemasangan zink (awning) di Dewan MCN

26

27

28

JAWATANKUASA PIBG BAGI SESI 2021-2022

YDP
-------------------------------------------------------------------------

NYDP
--------------------------------------------------------------------------

SETIAUSAHA
---------------------------------------------------------------------------

BENDAHARI
----------------------------------------------------------------------------

AJK IBU BAPA
-----------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------

29

PENGHARGAAN

Pihak PIBG SK Kubang Kerian 1 dengan ini
merakamkan sekalung perhargaan dan ucapan terima kasih
di atas kehadiran dan sumbangan yang dihulurkan terutamanya;

YBrs. Encik Johari bin Shariff
Akli Jawatankuasa PIBG 2019-2021

Pentadbir Sekolah SKKK1
Guru-Guru SKKK1
Ibubapa dan Penjaga

Sekalian Warga Sekolah

Dan
Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

dalam menjayakan
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKKK1 tahun ini.

Segala sumbangan yang telah diberikan
amat kami hargai

30


Click to View FlipBook Version