LATIHAN BANDINGAN SEMACAM
Nama : ………………………………………………………………………………………………………………. Kelas : …………………………………………………………….
Pilih jawapan yang sesuai berdasarkan soalan.
1. Pekerja syarikat itu dipuji oleh ketua kerana ………………………………………………………
a. tinggi seperti galah b. rajin seperti semut c. riuh seperti pasar
2. Pengantin lelaki itu ……………………………………………………… pada hari pernikahannya.
a. segak bagai putera b. pahit bagai hempedu c. cantik bagai bidadari
3. Raju dimarahi oleh guru kelas kerana mulutnya ………………………………………………………
a. halus seperti kuman b. becok seperti murai c. baik seperti malaikat
4. Sikap ……………………………………………………… sangat penting untuk menjadi seorang pengadil pertandingan.
a. adil laksana hakim b. senang laksana raja c. angkuh laksana merak
5. Orang tua yang ……………………………………………………… itu tidak dapat mendengar apa-apa yang
diperkatakan oleh anaknya.
a. sibuk macam lebah b. hitam macam arang c. pekak macam badak
6. Badan pengemis itu ……………………………………………………… kerana sudah seminggu tidak mandi.
a. busuk macam bangkai b. pekak macam badak c. degil macam keldai
7. Wajah Wani ……………………………………………………… apabila ternampak harimau di belakang rumahnya.
a. rajin seperti semut b. pucat seperti mayat c. tinggi seperti galah
8. Air kopi yang tidak dicampur gula itu rasanya ………………………………………………………
a. pahit bagai hempedu b. segak bagai putera c. cantik bagai bidadari
9. Pencuri itu hanya ……………………………………………………… ketika disoal siasat oleh pihak polis.
a. Halus seperti kuman b. rajin seperti semut c. diam seperti tunggul
10. Azli suka mandi di sungai belakang rumahnya kerana airnya ………………………………………………………
a. sejuk bagai salji b. pahit bagai hempedu c. segak bagai putera
Penilaian : 10
Tandatangan guru :
byCikguCTZubed