BAHAN BACAAN BERGRED
KVKV
Disusun semula oleh :
Siti Zubaidah Musa
SK Bandar Maharani, Muar
Bahan asal : CIKGU MIA
BAJU
Baju.
Ini baju.
Ini baju baru.
Ini baju baru Siti.
Siti beli baju baru di kota.
Baju baru Siti baju raya.
Siti mahu cuba baju baru itu.
Siti suka hati ada baju baru.
LABU
Labu.
Ini labu.
Ini labu Sani.
Sani beli labu.
Sani beli labu dari Ramu.
Mama sira labu itu.
Sani mahu rasa sira labu.
Mama bagi Sani rasa sira labu.
ROTI
Roti.
Ini roti.
Ini roti Ramu.
Ramu beli roti itu.
Ramu beli roti di kota.
Roti Ramu roti kaya.
Ramu sapu kaya pada roti.
Ramu suka roti sapu kaya.
BUKU
Buku.
Ini buku.
Ini buku nota.
Ini buku nota baru.
Ini buku nota baru Nini.
Nini beli buku nota di toko buku.
Nini suka buku nota baru.
Nini jaga buku nota baru.
PASU
Pasu.
Ini pasu.
Ini pasu mama.
Pasu mama pasu lama.
Pasu mama pasu koko.
Pasu mama tepi kayu.
Ada baja tepi pasu.
Mama isi baja guna sudu.
JARI
Jari.
Ini jari.
Ini jari kiri.
Ini jari kiri saya.
Saya ada lima jari kiri.
Jari saya luka kena duri.
Saya cuci luka di jari kiri.
Saya cuci luka hati-hati.
TEKO
Teko.
Ini teko.
Ini teko biru.
Ini teko biru baru.
Ini teko biru baru Mimi.
Ini teko kopi Mimi.
Mimi guna teko hari-hari.
Teko biru Mimi tepi meja.
SANI
Sani.
Ini Sani.
Sani ada hobi.
Sani ada hobi baru.
Hobi Sani baca buku.
Sani suka baca buku.
Sani baca buku di meja.
Sani rasa suka bila baca buku.
TISU
Tisu.
Ini tisu.
Ini tisu muka.
Ini tisu muka Huda.
Huda beli tisu muka di kota.
Tisu muka Huda tepi laci.
Huda sapu muka guna tisu.
Huda cuci luka guna tisu.
NASI
Nasi.
Ini nasi.
Ini nasi Lina.
Lina beli nasi ini.
Lina mahu rasa nasi.
Lina mahu rasa nasi guna sudu.
Nasi Lina nasi basi.
Lina rasa nasi basi.