The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wansetiu, 2021-12-01 03:29:42

PUSPAWANGSA BIL.1.2021

PUSPAWANGSA BIL.1.2021

Keywords: puspawangsa

Perutusan Timbalan
Ketua Pengarah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama me-
manjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat
Allah S.W.T di atas limpah kurnia dan izinNya jua,
kita sama-sama dapat meneruskan kelangsun-
gan tugas harian sepanjang tempoh enam bulan
pertama tahun 2021 dalam suasana yang sangat
mencabar disebabkan pandemik Covid-19 yang
melanda negara dan dunia lebih setahun yang
lalu. Tirai tahun 2021 dibuka dengan ikrar dan ilti-
zam bahawa Arkib Negara Malaysia (ANM) akan
terus memperkukuhkan visi dan misi sebagai pe-
mancu perubahan dalam bidang pengurusan re-
kod awam dan pentadbiran arkib yang semakin
rencam muktakhir ini. Penularan wabak Covid-19
telah memberi impak dan cabaran besar kepada
ANM dalam menyampaikan perkhidmatan kepada golongan sasar dan rakyat secara amnya. Kita terikat
dengan suasana kerja norma baharu, bekerja dari rumah dan pematuhan terhadap SOP yang ketat sema-
sa berada di luar rumah. Ditambah dengan sekatan rentas daerah, negeri dan negara menambahkan lagi
keterbatasan dalam melaksanakan tugas seharian. Namun begitu, kekangan dan cabaran semasa yang
berlaku bukanlah menjadi asbab untuk ANM meneruskan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepa-
da masyarakat, rakyat dan negara.

Dalam tempoh enam bulan pertama 2021 ini juga, ANM turut kehilangan dua orang tonggak utama Ja-
batan iaitu YBhg. Datuk Azemi bin Abdul Aziz, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia yang telah bersara
wajib pada 10 Jun 2021 dan Puan Yatimah binti Rimun, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Penyelidikan dan
Pengembangan) juga bersara wajib pada 7 April 2021. Jabatan merakamkan ucapan selamat bersara dan
didoakan semoga mereka terus dikurniakan kesihatan dan sentiasa beroleh kerahmatan Allah S.W.T. Apap-
un cabaran yang dihadapi ketika ini, ANM terus meraih beberapa kejayaan dalam pelaksanaan program
seperti Majlis Menandatangani (MoU) bersama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan lapan
agensi kerajaan yang lain, Program Wawancara bersama Tokoh, Majlis Sambutan Hari Arkib Antarabang-
sa, Program Perkongsian Ilmu (Knowledge Sharing), Perkongsian infografik sejarah bersama masyarakat
secara dalam talian dan pelbagai saluran media sosial rasmi ANM serta lain-lain. Adalah menjadi harapan
saya agar seluruh warga ANM ini akan terus cekal dalam mengharungi cabaran semasa ini.

Di kesempatan ini, saya ingin sampaikan ucapan selamat bersara kepada YBhg. Datuk Azemi bin Abdul
Aziz, Ketua Pengarah ANM dan Puan Yatimah Binti Rimun, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Penyelidikan
dan Pengembangan) serta tahniah buat semua warga ANM di atas kejayaan yang telah dicapai sepanjang
enam bulan pertama 2021 ini. Semoga Bulletin e-Puspawangsa ini menjadi satu rekod dan bukti kejayaan
serta kesungguhan warga ANM dalam meningkatkan pencapaian jabatan ke tahap yang lebih tinggi da-
lam bidang kearkiban baik di peringkat dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.
Sekian, terima kasih.

PERIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19
ARKIB : INTIPATI KEPADA MASA

SAMARIAH BINTI MOHD ALI 1
Timbalan Ketua Pengarah
Sektor Perancangan dan Pengurusan
Arkib Negara Malaysia

ISI KANDUNGAN SIDANG
REDAKSI
3 Persaraan Anggota
Pengurusan Tertinggi Pihak Sidang Redaksi mengalu-alu-
Arkib Negara Malaysia kan sebarang bentuk artikel/cadan-
gan/komen dari seluruh warga Arkib.
5 Sembang Santai Warga Sila e-mel kepada
Arkib bersama Puan Hajah [email protected]
Yatimah Rimun
Penasihat
6 Lawatan Kerja YBM YBhg. Datuk Azemi Abdul Aziz
MOTAC ke Melaka Ketua Pengarah Arkib Negara
Malaysia
7 Mesyuarat Pre-Council
SARBICA di ANM Ketua Sidang Redaksi:
Encik Jaafar Sidek Hj Abdul Rahman
8 Majlis Menandatangani Nota
Kerjasama ANM dengan Ahli
Majlis Perbandaran Klang Encik Mohd Nasir Ismail
Puan Siti Khadijah Baharudin
Mesyuarat Jawatankuasa Puan Nur Hafizah Mamat@Razali
Encik Mohdmad Roslaily Rosli
10 Teknikal Pengurusan Encik Wan Muhammad Syafiq
Rekod Wan Yusoff
Encik Mohd Nazri Jalil
11 Pelaksanaan Audit
Pemantauan Jurufoto
ISO 9001:2015 Seksyen Arkib Pandang Dengar

12 Majlis Menandatangani Reka Bentuk dan Susun Atur
(MOU) Ceritera Melaka, Seksyen Dokumentasi Dan
ANM Negeri Melaka Penerbitan

14 Rakaman Sejarah PUSPAWANGSA
Lisan
Puspawangsa ialah dua perkataan
15 Wawancara Khas Bersama Melayu yang berasal dari bahasa
Ketua Pengarah Arkib Sanskrit yang sangat popular
Negara Malaysia digunakan dalam kesusasteraan
Melayu lama. Puspa membawa
16 Koleksi Terpilih ANM dua erti berlainan iaitu bunga
dan mahkota. Perkataan wangsa
pula bermakna bangsa, kaum,
masyarakat dan keluarga.

Perkataan Puspawangsa kepada

Jabatan Arkib Negara Malaysia

merupakan istilah keramat dan

ikon kepada fungsi jabatan.

Bersesuaian dengan maksud

perkataan Puspawangsa dan

falsafahnya, ianya boleh dirujuk

sebagai bunga mahupun mahkota

kepada bangsa. Perkataan

Puspawangsa juga digunakan

sebagai tajuk lagu rasmi jabatan ini.

2

PERSARAAN ANGGOTA PENGURUSAN
TERTINGGI ARKIB NEGARA MALAYSIA

KETUA PENGARAH ARKIB NEGARA MALAYSIA, DATUK AZEMI ABDUL AZIZ

Seksyen Dokumentasi dan Penerbitan

YBhg. Datuk Azemi bin Abdul Aziz telah bersara wajib
pada 10 Jun 2021. Beliau memulakan perkhidmatann-
ya sebagai Pegawai Arkib Sangkut pada tahun 1984 se-
belum dilantik ke jawatan tetap sebagai Pegawai Arkib
pada 1 September 1984. Sepanjang perkhidmatannya,
beliau pernah berkhidmat di beberapa cawangan/
bahagian bermula di Bahagian Arkib Perdana Men-
teri pada 1 September 1984, pada 15 Julai 1986 Baha-
gian Pusat Perkhidmatan Rekod di Petaling Jaya, pada
2 Januari 1991 di Bahagian Perkhidmatan Perolehan,
pada 2 Februari 1993 di Cawangan Dokumentasi dan
Penerbitan, pada 1 Januari 1998 di Cawangan Pengena-
lan Sumber Maklumat, pada 1 Januari 2001 di Cawan-
gan Rekod Elektronik Sektor Pentadbiran dan Kesela-
matan, pada 24 Februari 2004 di Cawangan Latihan,
pada 14 April 2008 di Cawangan Pemeliharaan dan
Reprografi, pada 1 Ogos 2008 sebagai Pengarah Baha-
gian Pengurusan Perolehan, Pendokumentasian dan
Pandang Dengar, pada 1 Jun 2009 sebagai Pengarah
Bahagian Arkib Negarawan, pada 15 April 2010 beliau
dilantik sebagai Pengarah Bahagian Pengembangan.

Kepimpinan Datuk Azemi mulai terserlah setelah dilan-
tik menjadi Timbalan Ketua Pengarah Sektor Peran-
cangan dan Pengurusan pada 16 Oktober 2010 kemu-
diannya memangku jawatan Ketua Pengarah Arkib
Negara Malaysia yang ke-12 pada 1 April 2014 dan di-
sahkan jawatan pada 1 April 2015. Beliau turut mem-
perkenalkan tagline Arkib: Intipati Kepada Masa yang
bertepatan dengan fungsi jabatan ini sebagai institusi
penting dalam meneraju pengurusan rekod negara,
memelihara dan menyimpan khazanah warisan negara.

Beberapa siri kejayaan pembangunan fizikal jabatan Clock out terakhir Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Datuk Azemi Abdul Aziz,
turut dicapai seperti pembinaan dan penyerahan sem- 10 Jun 2021, Wisma Warisan, Arkib Negara Malaysia
ula bangunan Memorial Tun Hussein Onn, pembukaan
Kompleks Arkib Perdana Menteri, Arkib Negarawan, menaiktaraf Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, menaiktaraf
pameran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir, Melaka, perasmian Bangunan Arkib Negara Malaysia Negeri
Perak pada 1 Oktober 2020 dan pembinaan Bangunan Arkib Negara Negeri Sarawak yang dijangka siap pada tahun 2021.

Dalam bidang pembangunan ICT jabatan, beliau turut memberi perhatian dalam mengukuhkan pelaksanaan aktivi-
ti Pendigitalan Bahan Arkib, menaiktaraf Pusat Data, pembangunan Aplikasi Online Findings Aid (OFA), Malaysian Govern-
ment Web Archive (MyGWA), penubuhan Disaster Recovery Centre (DRC); memantapkan pelaksanaan pengurusan rekod
elektronik Digital Document Management System (DDMS), meneruskan penempatan Pegawai Arkib Kader di seluruh ke-
menterian; pemeliharaan rekod digital melalui Archival Management System (AMS) dan Media Asset Management System
(MAMS) serta memantapkan pembangunan modul carian bahan arkib dalam talian iaitu sistem Online Finding Aids (OFA).

Datuk Azemi Abdul Aziz telah berkhidmat dengan Arkib Negara Malaysia selama 38 tahun. Namun seperti kata pujang-
ga setiap yang mula pasti ada akhirnya, maka pada tanggal 10 Jun 2021 adalah merupakan hari terakhir beliau berkhid-
mat sebagai penjawat awam. Beliau diraikan dalam suasana norma baharu dengan penggunaan platform aplikasi Zoom
bersama warga Arkib Negara Malaysia di seluruh Malaysia. Majlis persaraan beliau disambut sederhana dalam suasa-
na Perintah Kawalan Pergerakan dan pematuhan SOP akibat Pandemik Covid19 yang sedang menular dan sewaktu clock
out terakhir pada 10 Jun 2021, beliau hanya diiringi oleh beberapa pegawai dari kalangan pengurusan tertinggi sahaja.
Jabatan merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih sepanjang perkhid-
matan beliau di Arkib Negara Malaysia serta mengucapkan selamat bersara. JASAMU DIKENANG.

3

YBrs. Puan Hajah Yatimah binti Rim- TIMBALAN KETUA PENGARAH,
un, Timbalan Ketua Pengarah (Sek- SEKTOR PENYELIDIKAN DAN PENGEMBANGAN,
tor Penyelidikan dan Pengemban- PUAN YATIMAH BINTI RIMUN
gan) Arkib Negara Malaysia, telah
bersara wajib pada 7 April 2021. Be- Seksyen Dokumentasi dan Penerbitan
liau memulakan perkhidmatann-
ya sebagai Pegawai Arkib Sangkut Clock out terakhir Timbalan Ketua Pengarah, Puan Yatimah Rimun 7 April 2021, Wisma
pada tahun 1985 sebelum dilantik Warisan, Arkib Negara Malaysia
ke jawatan tetap sebagai Pegawai
Arkib pada tahun yang sama. Puan Puan Hajah Yatimah telah berkhidmat dengan Arkib Negara Malaysia se-
Hajah Yatimah merupakan seorang lama 36 tahun. Namun seperti kata setiap yang mula pasti akan berakh-
Pegawai Arkib yang berdedikasi dan ir, maka pada tanggal 7 April 2021 adalah merupakan hari terakhir beliau
sentiasa berfikiran terbuka sepan- berkhidmat sebagai penjawat awam. Majlis persaraan beliau disambut
jang perkhidmatannya selain dike- secara sederhana dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan dan pe-
nali sebagai seorang yang mudah matuhan SOP akibat Pandemik Covid19 yang sedang menular dan sewak-
mesra dengan semua pegawai dan tu clock out terakhir pada 7 April 2021, beliau hanya diiringi oleh bebera-
kakitangan Arkib Negara Malaysia. pa orang pegawai termasuk dari kalangan pengurusan tertinggi jabatan.
Jabatan merakamkan setinggi penghargaan dan terima
Sejarah perkhidmatan Puan Ha- kasih sepanjang perkhidmatan beliau di Arkib Negara Malay-
jah Yatimah telah melalui pelbagai sia serta mengucapkan selamat bersara. JASAMU DIKENANG.
cawangan dan bahagian sebelum
menjawab jawatan sebagai Timbal- 4
an Ketua Pengarah Sektor Penyeli-
dikan dan Pengembangan. Bermula
dengan perlantikan beliau sebagai
Pegawai Arkib pada tahun 1985 dan
berikutnya pada tahun 1986 puan
Yatimah telah dihantar bertugas di
Arkib Negara Malaysia Cawangan
Timur yang beroperasi di Negeri
Terengganu. Pada tahun 1987 kem-
bali semula berkhidmat di ibu pe-
jabat iaitu di Bahagian Perolehan.
Pada tahun 1991 beliau berkhidmat
di cawangan Perkhidmatan Penyeli-
dikan dan Panducari, tahun 1993
berkhidmat di Cawangan Pengena-
lan Sumber Maklumat, tahun 1997
berkhidmat di Cawangan Panduan
dan Rujukan, tahun 2001 berkhid-
mat di Cawangan Akses, tahun 2004
dilantik sebagai Ketua Cawangan Ak-
ses, tahun 2009 berkhidmat di Seksy-
en Penyelidikan Khas Negara, tahun
2011 dilantik sebagai Pengarah Baha-
gian Perancangan dan Penyelarasan,
tahun 2012 dilantik menjadi Pengarah
Bahagian Pengurusan Penyelidikan
dan Dokumentasi, tahun 2014 mula
menanggung kerja Timbalan Ketua
Pengarah Sektor Penyelidikan dan
Pengembangan dan akhirnya pada
tahun 2015 puan Hajah Yatimah tel-
ah dilantik sebagai Timbalan Ketua
Pengarah, Sektor Penyelidikan dan
Pengembangan sehingga bersara.

SEMBANG SANTAI WARGA ARKIB BERSAMA

PUAN HAJAH
YATIMAH RIMUN

TIMBALAN KETUA PENGARAH SEKTOR PENYELIDIKAN
DAN PENGEMBANGAN

Jamilah Jamal

Pada 16 Mac 2021 yang lalu, Seksyen
Konsultansi dan Latihan telah ber-
jaya melaksanakan Sesi Perkongsian
Ilmu bertajuk “Sembang Santai War-
ga Arkib bersama YBrs. Puan Hajah
Yatimah binti Rimun, Timbalan Ket-
ua Pengarah Sektor Penyelidikan
dan Pengembangan. Sesi ini telah
dihadiri oleh Ketua Pengarah Arkib
Negara Malaysia, YBhg. Datuk Azemi
bin Abdul Aziz dan pegawai serta
kakitangan Arkib Negara Malaysia.

Matlamat utama pelaksanaan pro- Antara pegawai dan kakitangan Arkib Negara Malaysia yang sedang mengikuti sesi ini secara
gram ini adalah untuk memberi ru- dalam talian Google Meet
ang dan peluang kepada YBrs. Puan
Hajah Yatimah binti Rimun berkong- Sesi ini mempunyai kelainan kerana julung kalinya diadakan dengan
si pengalaman pahit manis beliau menggunakan dua (2) kaedah iaitu secara bersemuka bagi warga Arkib
sepanjang berkhidmat dengan Arkib di Ibu Pejabat manakala secara dalam talian Google Meet yang melibat-
Negara Malaysia bermula tahun 1985 kan Arkib Negara Malaysia Cawangan Negeri dan juga pegawai-pega-
sehingga kini. Sesi ini juga memberi wai Kader di Kementerian/Jabatan/Agensi. Ini berikutan penguatkuasaan
peluang kepada warga Arkib juga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang menghadkan jum-
untuk mendengar dan mengetahui lah kehadiran dalam satu masa oleh Kerajaan bagi mengekang penu-
sejarah perkhidmatan beliau yang laran Covid-19 dan tidak membenarkan pergerakan merentas negeri.
menjangkau hampir 36 tahun sebe-
lum bersara wajib pada 7 April 2021.

Datuk Azemi bin Abdul Aziz, Ketua Pengarah ANM
menyampaikan cenderamata kenang-kenangan
kepada Puan Hajah Yatimah Rimun

Puan Hajah Yatimah Rimun bergambar ramai bersama warga Arkib pada akhir sesi tersebut

5

LAWATAN YANG BERHORMAT DATO SERI
KERJA HAJAH NANCY BIN HAJI SHUKRI,

MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN
BUDAYA MALAYSIA KE MELAKA

Kaszilawati Kasman

Kementerian Pelancongan, Seni Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Datuk Azemi bin Abdul Aziz mengiringi
dan Budaya Malaysia (MOTAC) tel- YB Menteri MOTAC, Datuk Seri Hajah Nancy bin Haji Shukri ke Memorial
ah meluluskan peruntukan seban- Pengisytiharan Kemerdekaan
yak RM48,440,000.00 dalam pel- Sesi lawatan Pameran Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee yang diadakan di ruang
bagai ketegori projek untuk Negeri legar, tingkat bawah Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan sempena bulan
Melaka sepanjang tahun 2020 dan kelahiran Allahyarham
2021. Ini termasuklah Projek RP1,
RMK-12, “Penyelenggaraan Kemu-
dahan Pelancongan Termasuk
Pemuliharaan Bangunan Warisan”
untuk 11 projek serta penyeleng-
garaan Kampung Budaya di em-
pat buah negeri termasuk Melaka.

Peruntukan yang disalurkan kepa-
da agensi persekutuan dan negeri
itu dijangka memberi impak besar
kepada pembangunan dan kema-
juan dalam sektor pelancongan di
Negeri Melaka khususnya pemba-
ngunan fizikal dan fasiliti serta naik
taraf kepada produk pelancongan
di negeri ini. Memorial Pengisytiha-
ran Kemerdekaan (MPK) di bawah
Arkib Negara Malaysia antara yang
menerima peruntukan tersebut.

Sehubungan itu, Menteri Pelancon-
gan, Seni dan Budaya Malaysia, YB
Dato Seri Hajah Nancy bin Haji Shukri
telah mengadakan lawatan kerja ke
Melaka pada 22 hingga 23 Mac 2021
untuk melihat sendiri projek penye-
lenggaraan dan pemuliharaan ban-
gunan tersebut. Lawatan YB Menteri
ke MPK adalah pada hari kedua la-
watan dan diiringi oleh Ketua Seti-
ausaha Kementerian, Dato’ Dr. Noor
Zari bin Hamat serta Ketua-Ketua
Agensi di bawah MOTAC. Semasa
lawatan tersebut, YB Menteri telah
diberi penerangan lanjut oleh Ketua
Pengarah Arkib Negara Malaysia, Da-
tuk Azemi bin Abdul Aziz mengenai
naik taraf bangunan, pameran tetap
dalam MPK, termasuk pameran yang
disediakan oleh Arkib Negara Malay-
sia Negeri Melaka di ruang legar MPK.

Sesi bergambar ramai YB Menteri MOTAC bersama Ketua-ketua Agensi di
bawah MOTAC semasa lawatan pameran di tingkat atas Memorial Pengisytiha-

6 ran Kemerdekaan

MESYUARAT PRE-COUNCIL SOUTHEAST ASIA
REGIONAL BRANCH OF THE INTERNATIONAL

COUNCIL ON ARCHIVES (SARBICA)

Hapiza Osman

Pandemik Covid-19 telah memberi
impak yang besar kepada seluruh
dunia tidak terkecuali SARBICA. Per-
sidangan Agung dan Mesyuarat
Lembaga Eksekutif yang dijadual-
kan pada November 2020 di Indo-
nesia terpaksa ditangguh berikutan
penularan virus Covid-19. Melihat ke-
pada perkembangan semasa yang
berlaku dan membataskan per-
temuan fizikal maka Sekretariat
SARBICA mengambil pendekat-
an mengadakan pertemuan dan
perbincangan mengenai aktiviti-ak-
tiviti SARBICA secara dalam talian.

Mesyuarat Pre-Council ini telah di- Datuk Azemi bin Abd Aziz, Ketua Pengarah ANM selaku pengerusi mesyuarat yang diadakan di
adakan pada 31 Mac 2021 melalui Bilik Mesyuarat Utama, Arkib Negara Malaysia, 31 Mac 2021
google meet dan di Pengerusikan
oleh YBhg. Datuk Azemi Abdul Mesyuarat ini telah dihadiri oleh:
Aziz, Ketua Pengarah Arkib Neg-
ara Malaysia dan juga Sekretariat • Mr. Victorino Manalo, Pengerusi SARBICA yang juga merupakan
Tetap SARBICA. Pertemuan secara Ketua Eksekutif Arkib Negara Filipina
maya ini menjadi medan perbin-
cangan norma baharu bagi ah- • Mr. U San Myint, Timbalan Pengerusi SARBICA, yang juga adalah
li-ahli Lembaga Eksekutif SARBICA. Ketua Pengarah Arkib Negara Myanmar

Beberapa agenda penting yang dib- • Dr. Imam Gunarto, Setiausaha Agung Arsip Negara Indonesia selaku
incangkan termasuk persiapan Persi- tuan rumah persidangan yang dijadualkan pada tahun 2021
dangan Agung, Mesyuarat Lembaga
Eksekutif dan Persidangan Antara- • Puan Hapiza Osman, Setiausaha Agung SARBICA
bangsa yang dijadualkan pada per-
tengahan November 2021 di Yogja- • Puan Amy Ngau Ing, Bendahari SARBICA
karta, Indonesia. Perbincangan juga
turut menyentuh isu-isu mengenai • Wakil-wakil daripada Arkib Negara Malaysia, Arkib Negara Filipina
aktiviti SARBICA sempena Sambu- dan Arsip Negara Indonesia
tan Hari Arkib Antarabangsa yang
disambut pada 9 Jun setiap tahun
oleh seluruh institusi arkib di dunia.

7

MAJLIS MENANDATANGANI NOTA KERJASAMA

ARKIB NEGARA MALAYSIA (ANM) DENGAN
MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK)

Norsuriaty Awang Hassim

YBhg. Datuk Azemi bin Abdul Aziz, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia menurunkan tan- Majlis Menandatangani Nota Ker-
datangan digital di Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Antara Arkib Negara Malaysia den- jasama antara Arkib Negara Malaysia
gan Majlis Perbandaran Klang sambil diperhatikan oleh YBrs. Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad dengan Majlis Perbandaran Klang
Tajuddin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (kanan) telah diadakan pada 1 April 2021 di
Dewan Hamzah, Klang. Nota Ker-
YBhg. Datuk Azemi bin Abdul Aziz, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia (duduk di kiri) dan jasama ini telah ditandatangani oleh
YBrs. Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (duduk YBhg. Datuk Azemi bin Abdul Aziz,
di kanan) menandatangani Nota Kerjasama antara Arkib Negara Malaysia dengan Majlis Per- Ketua Pengarah Arkib Negara Ma-
bandaran Klang pada 1 April 2021 di Dewan Hamzah, Klang laysia dan YBrs. Dr. Ahmad Fadzli bin
Ahmad Tajuddin, Yang Dipertua Ma-
8 jlis Perbandaran Klang. Turut hadir di
Majlis ini ialah Encik Jaafar Sidek bin
Abdul Rahman, Pengarah Bahagian
Pengurusan Penyelidikan dan Doku-
mentasi Arkib Negara Malaysia dan
Encik Mokhtaruddin bin Lamsin, Pen-
garah Bahagian Perancangan dan
Penyelarasan Arkib Negara Malaysia.

Skop kerjasama yang dipersetujui
antaranya adalah berkaitan penyeli-
dikan bahan-bahan arkib di Arkib
Negara Malaysia khususnya berkai-
tan Klang dan melaksanakan perole-
han bahan-bahan arkib persendirian
serta program pendokumentasian
sejarah mengenai tokoh, tempat dan
peristiwa bersejarah berkaitan Klang.

Kerjasama lain yang turut dipersetujui
adalah melaksanakan Program Pen-
gurusan Rekod Majlis Perbandaran
Klang bagi memastikan tadbir urus
rekod yang sistematik dan efisien
berdasarkan perundangan sedia ada.
Sempena Majlis ini juga, satu sesi la-
watan ke Galeri Diraja Sultan Abdul
Aziz turut diadakan dan ahli rombon-
gan Arkib Negara Malaysia diberikan
taklimat serta penerangan ringkas
oleh YBrs. Encik Munasor bin Aliya-
sak, Pengurus Besar Galeri tersebut.

YBhg. Datuk Azemi bin Abdul Aziz, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, YBrs. Encik Munasor bin Aliyasak, Pengurus Besar Galeri Diraja Sultan Abdul
(kiri) dan YBrs. Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Yang Dipertua Majlis Aziz (kanan) memberikan penerangan kepada YBhg. Datuk Azemi bin Abdul
Perbandaran Klang (kanan) bertukar-tukar dokumen Nota Kerjasama yang Aziz, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia semasa sesi Lawatan ke Galeri
ditandatangani antara Arkib Negara Malaysia dengan Majlis Perbandaran Klang Diraja Sultan Abdul Aziz pada 1 April 2021
pada 1 April 2021 di Dewan Hamzah, Klang

Sesi bergambar selepas Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara Arkib Negara Malaysia dengan Majlis Perbandaran Klang pada 1 April 2021 di Dewan
Hamzah, Klang

9

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL
BAGI PENGURUSAN REKOD (TC/Y/9)
BIL.1/2021

Nor Kamisah Yusoff

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal YBrs. Puan Samariah binti Md. Ali, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Perancangan
Bagi Pengurusan Rekod (TC/Y/9) Bil. dan Pengurusan), Arkib Negara Malaysia mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa
1/2021 telah diadakan pada 7 April Teknikal Bagi Pengurusan Rekod (TC/Y/9) Bil. 1/2021 yang diadakan pada 7 April 2021,
2021, jam 10 pagi di Bilik Mesyuarat jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Memorial Negarawan, Jalan Dato’ Onn, Arkib Negara
Memorial Negarawan, Jalan Dato’ Malaysia, Kuala Lumpur
Onn, Arkib Negara Malaysia, Kuala
Lumpur. Ia dihadiri oleh dua belas
(12) orang ahli jawatankuasa yang
terdiri daripada pelbagai jabatan
dan agensi yang berkaitan pen-
gurusan rekod yang dilantik oleh
Jabatan Standard Malaysia (JSM)
selaku urusetia bagi pengurusan
berkaitan pembangunan standard.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh
Pengerusinya, YBrs. Puan Samariah
binti Md. Ali, Timbalan Ketua Peng-
arah (Sektor Perancangan dan Pen-
gurusan), Arkib Negara Malaysia.

Mesyuarat kali ini diadakan dengan
kepatuhan kepada SOP sebagaima-
na yang ditetapkan oleh Majlis Kese-
lamatan Negara (MKN) bagi menge-
lakkan penularan wabak Covid-19.
Mesyuarat ini diadakan bertujuan
untuk membangunkan dokumen
terjemahan bagi Standard Malay-
sia MS ISO 15489-1:2020 Informa-
tion and documentation – Record
Management – Part 1: Concepts
and Principles (ISO 15489-1:2016, IDT)
yang telah diluluskan oleh Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan In-
dustri (MITI) pada Disember 2020.

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bagi Pengurusan Rekod (TC/Y/9) Bil. 1/2021 yang
diadakan pada 7 April 2021, jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Memorial Negarawan,
Jalan Dato’ Onn, Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur

Ahli Jawatankuasa Teknikal Bagi Pengurusan Rekod (TC/Y/9) bergambar ramai
setelah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bagi Pengurusan
Rekod (TC/Y/9) Bil. 1/2021 pada 7 April 2021, jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat
Memorial Negarawan, Jalan Dato’ Onn, Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Dari kiri, barisan hadapan: YBrs. Encik Mokhtaruddin bin Lamsin (ANM), Puan
Hajah Norehan binti Jaafar (ANM), YBrs. Puan Samariah binti Md. Ali (Pengerusi,
ANM), Encik Jaafar Sidek bin Abdul Rahman (ANM) dan Prof Dr Azman bin Mat
Isa (UiTM). Dari kiri barisan tengah Puan Norliyana Haslin bin Alias (Urus Setia,
JSM), Dr Umi Asma binti Mokhtar (UKM), Puan Sulasteri binti Abd Hamid (ANM)
dan Encik Zamrul Rosli bin Zamri (BizObjek). Dari kiri, barisan belakang: Puan
Rose Idayu binti Omar (ANM), Puan Nor Kamisah binti Yusoff (ANM) dan Encik
Muhammad Fadzil Ashraf bin Abd Rahman (Urus Setia, JSM)

10

Puan Mariam Mohamed Zin, Ketua Pasukan Juruaudit PELAKSANAAN
daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. sedang AUDIT PEMANTAUAN
melaporkan hasil penemuan auditan secara telesidang ISO 9001:2015
kepada Pengurusan Tertinggi Arkib Negara Malaysia pada
Mesyuarat Penutupan Audit Pemantauan ISO 9001:2015 Nor Kamisah Yusoff
Tahun 2020 yang diadakan pada 26 Mac 2021 di Bilik
Mesyuarat Utama, Wisma Warisan, Arkib Negara Malaysia. Arkib Negara Malaysia telah melaksanakan Sistem Pengu-
Mesyuarat secara telesidang ini turut dihadiri oleh Ketua- rusan Kualiti ISO 9001:2015 mulai 11 Jun 2018 dan mendapat
ketua Seksyen (Pemilik Proses) yang terlibat di dalam pensijilan daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd.
prosedur kualiti ISO 9001:2015 pada 7 Disember 2018 dengan tempoh sah laku sehing-
ga 9 September 2019. Persijilan semula Sistem Pengurusan
Kualiti ini telah berjaya diperolehi pada 6 September 2019.

Bagi memastikan Arkib Negara Malaysia melaksanakan
Sistem Pengurusan Kualiti yang menepati dan mematuhi
standard yang ditetapkan dalam ISO 9001:2015 Penguru-
san Rekod dan Pentadbiran Arkib Awam, pasukan audit
daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah men-
jalankan auditan pemantauan ISO 9001:2015 tahun 2020
ke atas Arkib Negara Malaysia pada 25-26 Mac 2021. Au-
ditan ini sepatutnya diadakan pada penghujung tahun
2020 namun terpaksa ditangguhkan akibat pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Auditan secara remote
ini telah dilaksanakan kepada semua Pemilik Proses yang
terlibat, iaitu 10 Prosedur Kualiti Operasi, 5 Prosedur Kualiti
Sokongan, 5 Prosedur Kualiti Wajib dan 15 Pelan Pengu-
rusan Risiko. Dapatan dari pengauditan yang dijalankan,
Jabatan ini telah berjaya melaksanakan Sistem Penguru-
san Kualiti berdasarkan keperluan standard ISO 9001:2015.

YBhg. Datuk Azemi bin Abdul Aziz, Ketua Pengarah Arkib Negara
Malaysia (duduk) bergambar ramai bersama Pengarah-pengarah
Bahagian dan Urus Setia MS ISO Jabatan selepas selesai
Mesyuarat Penutupan Audit Pemantauan ISO 9001:2015 oleh
SIRIM QAS International Sdn. Bhd. yang diadakan pada 26 Mac
2021 di Bilik Mesyuarat Utama, Wisma Warisan, Arkib Negara
Malaysia. Berdiri, dari kanan: Puan Hajah Sulasteri Abd. Hamid,
Pengarah Bahagian Pengurusan Rekod Kerajaan; Puan Rose
Idayu Omar (Urus Setia); Puan Hajah Norehan Jaafar, Pengarah
Bahagian Pengurusan Arkib, Puan Nor Kamisah Yusoff (Ketua
Urus Setia); Encik Mohamad Shahriman Sahar (Urus Setia);
Encik Mokhtaruddin Lamsin, Pengarah Bahagian Perancangan
dan Penyelarasan; Encik Jaafar Sidek Abdul Rahman, Pengarah
Bahagian Pengurusan Penyelidikan dan Dokumentasi; dan Puan
Mardiana Sulaiman, wakil Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan

Sijil pengesahan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti yang menepati
ISO 9001:2015 yang diterima oleh Arkib Negara Malaysia pada 6
11 September 2019

MAJLIS MENANDATANGANI

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU)

PROJEK CERITERA MELAKA BERSAMA
DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA
MELAKA BERSEJARAH
Kaszilawati Kasman

Projek Ceritera Melaka merupakan Sebanyak lapan agensi telah men- Sehubungan itu, Majlis Menandatan-
sebuah platform mudah akses yang jalin kerjasama bersama MBMB se- gani Memorandum Persefahaman
diperkenalkan oleh Majlis Bandaraya bagai rakan strategik bagi menjay- (MoU) Projek Ceritera Melaka bersa-
Melaka Bersejarah (MBMB) sebagai akan projek rintis Ceritera Melaka ma Datuk Bandar MBMB, Datuk Zain-
inisiatif bagi memelihara kebu- ini, iaitu Arkib Negara Malaysia Neg- al bin Haji Abu telah diadakan pada
dayaan khazanah yang terdapat di eri Melaka, Jabatan Kebudayaan 9 April 2021 di Dewan Taming Sari
negeri Melaka. Platform ini menye- dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri MBMB. Puan Kaszilawati binti Kas-
diakan pelbagai maklumat dengan Melaka, Universiti Kebangsaan Ma- man, Pengarah Arkib Negara Malay-
mengumpul dan mendokumenkan laysia (UKM), Institut Warisan Melaka sia Negeri Melaka telah hadir ke maj-
kekayaan dan diversiti khazanah bu- (INSWA), Perbadanan Perpustakaan lis tersebut sebagai salah satu agensi
daya Melaka agar dapat diakses se- Awam Melaka (PERPUSTAM), Per- yang terlibat dalam projek rintis Cerit-
cara mudah termasuk melalui telefon satuan Kebajikan dan Kebudayaan era Melaka. Kerjasama strategik ini
pintar. Pengguna hanya menggu- Kaum Chetti Melaka, Kumpulan Don- diharap dapat memartabatkan nilai-
nakan kaedah imbasan kod QR yang dang Sayang Melaka dan Persatuan nilai warisan di negeri ini agar terus
disediakan dan boleh terus mengak- Peranakan Baba Nyonya Malaysia. kekal kepada generasi akan datang.
ses maklumat negeri Melaka melalui
bahan terbitan, lokasi GPS dengan
“Street View”, penceritaan video, sesi
temu bual berkaitan sesebuah lo-
kasi bersejarah dan seumpamanya.
Pendekatan ini digunakan oleh MBMB
untuk berkongsi maklumat kepada
pengguna terutamanya pelancong.

Sesi menandatangani MoU MBMB dan Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka pada 9 April 2021 di Dewan Taming Sari, MBMB. Dari kiri Puan
Kaszilawati binti Kasman (Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka), Datuk Zainal bin Haji Abu (Datuk Bandar MBMB), Tuan Sulaiman

bin Atan , (Setiausaha MBMB, saksi) dan Cik Masita binti Haji Ismail (Penolong Pengarah I Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka, saksi)

12

Penyampaian cenderahati daripada Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal bin Haji Abu kepada Puan Kaszilawati binti Kasman, Pengarah Arkib Negara
Malaysia Negeri Melaka

Sesi bergambar ramai bersama Datuk Bandar MBMB, Setiausaha MBMB, Timbalan Setiausaha MBMB dan Ketua-Ketua Agensi yang terlibat dalam
Majlis Menandatangani MoU Projek Ceritera Melaka

13

RAKAMAN SEJARAH LISAN
Siti Khadijah Baharudin

Mantan Ketua
Setiausaha Negara
Ke-11, YBhg. Tan Sri
Samsudin Osman

Pada tanggal 21 April 2021, Arkib
Negara Malaysia menerusi Seksyen
Dokumentasi dan Penerbitan (SDP)
telah menjalankan rakaman sejarah
lisan bersama mantan Ketua Seti-
ausaha Negara Ke-11, iaitu YBhg. Tan
Sri Samsudin Osman bertempat di
Menara Sime Darby, Ara Damansara,
Selangor. YBhg. Tan Sri Samsudin Os-
man yang kini merupakan Pengerusi
Sime Darby Berhad telah menjawat
jawatan sebagai Ketua Setiausaha
Negara ke-11 bermula 1 Februari
2001 sehingga 2 September 2006.

Rakaman sejarah lisan yang Sesi rakaman sejarah lisan bersama mantan Ketua Setiausaha Negara Ke-11, YBhg. Tan Sri Samsudin
Osman (dua dari kanan) bersama pewawancara dan wakil daripada Arkib Negara Malaysia, 21 April
menjurus kepada pengala- 2021, Menara Sime Darby, Petaling Jaya
man beliau sepanjang menja-
di Ketua Setiausaha Negara telah

berlangsung selama hampir dua

(2) jam melibatkan seorang pewawancara dan kru teknikal daripada Arkib Negara Malaysia. Rakaman seja-

rah lisan ini telah dikendalikan oleh pewawancara, Profesor Madya Dr. Mohd bin Samsudin, Pengarah Mu-

zium Warisan Akademik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan dis-

ertai oleh Ketua Seksyen Dokumentasi dan Penerbitan, Tuan Haji Nasir bin Ismail dan Puan Nur Hafizah

binti Mamat@Razali (SDP) serta kru teknikal daripada Seksyen Arkib Pandang Dengar, Arkib Negara Malaysia.

YBhg. Tan Sri Samsudin Osman (kiri) dan pewawancara, Profesor Madya Dr. Mohd bin Samsudin Ketika sesi rakaman sejarah lisan, 21 April
2021, Menara Sime Darby, Petaling Jaya

14

WAWANCARA KHAS BERSAMA KETUA
PENGARAH ARKIB NEGARA MALAYSIA

Siti Khadijah Baharudin

Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia,
YBhg. Datuk Azemi bin Abdul Aziz

Seksyen Dokumentasi dan Pen- Sesi rakaman wawancara khas bersama Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, YBhg.
erbitan (SDP) turut melaksanakan Datuk Azemi bin Abdul Aziz, 13 April 2021, Arkib Negara Malaysia
rakaman wawancara khas bersama
Ketua Pengarah Arkib Negara Ma- 15
laysia, YBhg. Datuk Azemi bin Ab-
dul Aziz. Rakaman wawancara khas
yang berlangsung selama lebih dua
(2) jam ini telah diadakan di bilik be-
liau di bangunan Wisma Warisan,
Arkib Negara Malaysia pada 13 April
2021. Sesi rakaman wawancara khas
ini telah dikendalikan oleh Ketua
Seksyen Dokumentasi dan Pener-
bitan, Tuan Haji Nasir bin Ismail dan
dibantu oleh Puan Zainab binti Rah-
mat, Ketua Seksyen Panducari, Cik
Nurul Huda binti Abdullah daripada
Seksyen Rujukan dan Akses, Puan Nur
Hafizah binti Mamat@Razali (SDP),
Encik Mat bin Suti (SDP) serta kru
teknikal daripada Seksyen Arkib Pan-
dang Dengar, Arkib Negara Malaysia.

Latar belakang tokoh, sejarah pen-
didikan dan pengalaman beliau
sepanjang berkhidmat di Arkib Neg-
ara Malaysia selama hampir 38 ta-
hun bermula tahun 1984 sehingga
kini telah menjadi topik perbualan
sepanjang sesi rakaman dijalank-
an. Di samping itu, rakaman sejarah
lisan ini turut mengupas mengenai
tagline “Arkib: Intipati Kepada Masa”
yang ideanya dicetuskan oleh YBhg.
Datuk Azemi bin Abdul Aziz. Raka-
man sejarah lisan ini kemudiannya
akan dibuat transkripsi untuk tujuan
rujukan masa hadapan oleh para
penyelidik dalam dan luar negara.
Wawancara khas ini diadakan khu-
sus sempena persaraan YBhg. Datuk
Azemi bin Abdul Aziz sebagai Ket-
ua Pengarah ANM pada 14 Jun 2021.

KOLEKSI TERPILIH ANM
Nazri Jalil

Bendera Kebangsaan Kita
Our National Flag

Reka bentuk bendera Perseketuan Tanah Melayu telah dicipta oleh Allahyarham
MohamedbinHamzah,seorangkakitangandariJabatanKerjaRayaNegeriJohor.
Penciptaan bendera ini telah dihasilkan melalui satu pertandingan
yang diadakan pada tahun 1949. Pertandingan ini dikendalikan oleh se-
buah Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan sendiri oleh Sir Alex
Newboult, Ketua Setiausaha Persekutuan Tanah Melayu ketika itu.
Tiga corak telah dipilih daripada 373 corak bendera yang diterima. Pada
19 April 1950. Atas nasihat Majlis Perundangan Persekutuan dan den-
gan persetujuan raja-raja, bendera Malaya dengan corak yang ada seka-
rang ini telah dipilih sebagai bendera rasmi Persekutuan Tanah Melayu.
Bendera Persekutuan Tanah Melayu mula dikibarkan den-
gan rasminya pada 26 Mei 1950 di Istana Sultan Selangor. Bend-
era ini juga telah dikibarkan dengan megahnya semasa Nega-
ra mencapai kemerdekaan. Bendera Malaysia menempa satu lagi
sejarah apabila ia dinamakan semula, Jalur Gemilang pada 31 Ogos 1997.
Dokumen di atas adalah petikan daripada fail Jabatan Perdana Ment-
eri. Surat bertarikh 7 Jun 1950 ini menjelaskan pengertian di sebalik sim-
bol–simbol yang terdapat pada bendera Persekutuan Tanah Melayu.

16

Lagu Negaraku
National Anthem

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-
Haj telah melahirkan idea supaya se-
buah lagu rasmi kebangsaan dicipta
bagi diperdengarkan semasa upaca-
ra pengisytiharan kemerdekaan
Negara pada 31 Ogos 1957. Susulan
daripada itu, sebuah Jawatankuasa
Pemilihan Lagu Kebangsaan telah
dibentuk dengan dipengerusikan
oleh YTM Tunku sendiri untuk memi-
lih beberapa buah lagu yang diterima
daripada pertandingan yang diada-
kan. Walau bagaimanapun, tiada lagu
yang dipilih, sebaliknya YTM Tunku
mengesyorkan supaya lagu Terang
Bulan iaitu lagu kebangsaan neg-
eri Perak dijadikan lagu kebangsaan.
Jawatankuasa Pemilihan juga memi-
lih seni kata lagu kebangsaan den-
gan memgambil beberapa baris
sajak yang dikirim oleh kakitangan
kerajaan serta rakyat. Lagu kebang-
saan Negaraku pertama kali diper-
dengarkan pada khalayak ramai
pada malam 31 Ogos 1957 ketika me-
naikkan bendera Persekutuan Tanah
Melayu di Padang Kelab Selangor.
Nota lagu Kebangsaan Neg-
ara-Ku yang dipetik daripa-
da fail Postal Services Depart-
ment bertajuk “National Anthem”.

17

Laman FB Rasmi Arkib Negara Malaysia

#myarkibnegara

Arkib Negara Malaysia
Jalan Tuanku Abdul Halim,

50568, Kuala Lumpur
Tel : 03-62090600/03-62056800

Faks : 03-62015679

Arkib Negara Malaysia (ANM) Negeri

ANM Negeri Pahang ANM Negeri Terengganu ANM Negeri Kelantan
Bandar Indera Mahkkota 14 Tingkat 11 & 12, Wisma Persekutuan, Tingkat 3, Blok A, Bangunan Persekutuan,
25200, Kuantan, Pahang Jalan Sultan Ismail, 20200, Jalan Doktor, 10500, Kota Bharu, Kelantan
Tel: 09-5734343 Kuala Terengganu, Terengganu Tel: 09-7442899
Fax: 09-5733148 Tel: 09-6221912 Fax: 09-7474928
Fax: 09-6239161
ANM Negeri Perak ANM Negeri Pulau Pinang
Lot 379228, Persiaran Meru Utama, ANM Negeri Kedah/Perlis Tingkat 38, KOMTAR,
30200, Ipoh, Perak Alor Merah, 05000, 10000, Pulau Pinang
Tel: 05-2494444 Alor Setar, Kedah Tel: 04-2500200
Fax: 05-2494448 Tel: 04-7204200 Fax: 04-2637210
Fax: 04-7340235
ANM Negeri Johor
Wisma Persekutuan, Blok B, Tingkat 17 ANM Negeri Sabah/W.P. Labuan
Jalan Air Molek, 80000, Johor Bharu, Johor KM4, Jalan Penampang,
Tel: 07-2282052 Peti Surat No 12758,
Fax: 07-2232171 88830, Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-264616
ANM Negeri Melaka
Aras 8, Menara Persekutuan, ANM Negeri Sarawak
Jalan Persekutuan, Tingkat 14, Bangunan Sultan Iskandar
Hang Tuah Jaya, 75450, Ayer Keroh, Melaka Jalan Simpang Tiga, 93300,
Tel: 06-2345390 Kuching, Sarawak
Fax: 06-2345393 Tel: 082-243486
Fax: 082-258061

Memorial Tunku Abdul Rahman Putra Galeri & Memorial Memorial Pengisytiharan
Jalan Dato’ Onn, 50480, Kuala Lumpur Kemerdekaan
Tel: 03-26947277 Galeria Sri Perdana Jalan Parameswara, 75000,
Faks: 03-26947187 Jalan Terengganu Off Jalan Damansara Bandar Hilir, Melaka
50490, Kuala Lumpur Tel: 06-2841231/1232
Memorial Tun Abdul Razak Tel: 03-20720032 Faks: 06-2829730
Sri Taman, Jalan Perdana, 50480, Faks: 03-20720033
Kuala Lumpur Rumah Merdeka
Tel: 03-26937740 Pustaka Peringatan P.Ramlee Jalan Putra 05100, Alor Star, Kedah
Faks: 03-26937335 No 22, Jalan Dedap, Taman P. Ramlee Tel: 04-7204205
Setapak, 53100, Kuala Lumpur Faks: 04-7340235
Memorial Tun Hussein Onn Tel: 03-40231131
Jalan Dato’ Onn, 50480, Kuala Lumpur Faks: 03-40248632 Rumah Kelahiran Tun Dr.
Tel: 03-20722663 Mahathir Mohamad
Faks: 03-20722664 Rumah Kelahiran P.Ramlee No 18, Lorong Kilang Ais,
Lot 2180, Jalan P.Ramlee 10460, Pulai Pinang Tepi Jalan Pegawai,
Memorial Negarawan Tel: 04-2817484 Seberang Perak
Jalan Dato Onn, Faks: 04-2637210 05000, Alor Star, Kedah
50480, Kuala Lumpur Tel: 04-772319
Tel: 03-26040559 Memorial Tun Ghafar Baba Faks: 04-7340235
Faks: 03-26040523 Lot 163, Persiaran Tun Abdul Ghafar Baba
Peringgit, 75450, Melaka
Tel: 06-2844593

1,345 likes

#myarkibnegara Arkib Negara Malaysia, Negeri, Galeri dan Memorial
#buletinpuspawangsabil.1/2021
#myarkibnegara


Click to View FlipBook Version