MASYARAKAT
BIDAYUH
Asal Usul Masyarakat Bidayuh
Dalam bahasa Bidayuh, ‘Bi’ bermaksud ‘orang’ dan ‘Dayuh’
bermaksud ‘Darat’. Oleh itu, Bidayuh bermaksud ‘Orang Darat’.
Bidayuh dikenali sebagai Dayak Darat oleh orang Eropah pada
masa dahulu untuk membezakan mereka daripada masyarakat
Iban (Dayak Laut). Bagi Dayak Laut, perkataan ‘Laut’ digunakan
disebabkan mereka sudah pandai menggunakan perahu walapun
tinggal di pedalaman. Tidak seperti orang Bidayuh, mereka tiada
kemahiran menggunakan perahu semasa kedatangan orang
Eropah.
ADAT SEWAKTU MENGANDUNG
UPACARA MENAWAR PERUT
-Upacara "menawar perut" atau "birayang" diadakan
TUJUAN:
-Untuk menggalakkan anak dalam kandungan
membesar dengan sempurna
CARA:
-Mantera akan dibaca dan tubuh wanita
mengandung akan dibaluti dengan kain
-Perut wanita akan dilemuri dengan kunyit,minyak
kelapa dan merenjis beras kunyit sambil
mengoncangkan tongkat saktinya di atas perut
wanita
-Jampi serapah akan dibaca oleh bidan
ADAT SEWAKTU MENGANDUNG
PANTANG LARANG
-Si suami tidak boleh mencuri kerana dikhuatiri anak
akan menjadi pencuri
-Tidak boleh memakan daging rusa kerana risau
anak akan menjadi gila dan menyukarkan proses
bersalin
- Tidak dibenarkan untuk bergaul dengan mereka
yang mempunyai penyakit kulit
-Tidak boleh mengeringkan kolam,perigi atau sungai
kerana bimbang si isteri mengalami tumpah darah
-Tidak dibenarkan memaku,mengikat dengan ketat
atau menyumbat lubang kerana risau anak akan
mati sewaktu ingin melahirkan
ADAT SEWAKTU BERSALIN
PROSES KETIKA BERSALIN
-Suami perlu membantu bidan untuk memegang wanita mengandung
atau memasukkan bara api ke dalam tempurung untuk mengasapkan
wanita berkenaan
TUJUAN:
-Untuk menghalau semangat jahat daripada menganggu proses melahirkan
-Bidan kampung akan membaca jampi serapah dengan memegang
semangkuk air sejuk dan semangkuk gaharu yang membara
-Air di dalam mangkuk akan ditiup oleh bidan dan akan
menyemburkan air tersebut dengan mulutnya ke atas badan sehingga
penghujung kaki wanita yang ingin melahirkan
-Air selusuh akan diberikan kepada wanita berkenaan untuk diminum
-Sirih akan diberikan kepada wanita mengandung untuk dikunyah dan
menanti saat bersalin
ADAT SELEPAS BERSALIN
KENDURI SELEPAS BERSALIN
-Keluarga wanita bersalin akan menyembelih dan memasak ayam
untuk dimakan bersama bidan sebagai tanda penghargaan
-Bidan akan diberikan pinggan berisi beras dan sedikit kunyit,kelapa
kering serta duit.
PANTANG KETIKA BERSALIN
-Pantang akan dijalankan selama 7 hari 7 malam dan sepanjang
tempoh ini hanya bidan dan pembantunya sahaja dibenarkan untuk
merawat si ibu dan anak
-Bilah-bilah buluh yang tajam akan diikat bersama dan akan
digantung pada siling rumah atas tempat bersalin
FUNGSI:
Melindungi si ibu dan anak daripada bahayayang akan terjadi oleh semangat
jahat atau kome atau juga dipanggil hantu kok-nak
ADAT MENAMAKAN ANAK
SUWE DAN SIPIRA
-Kanak-kanak masyarakat Bidayuh dipanggil suwe ketika mereka
kecil
-Suwe ini merupakan kata umum untuk anak lelaki
-Sipira merupakan kata umum untuk anak perempuan
-Nama-nama yang digunakan adalah bagi mengelirukan semangat-
semangat jahat tetapi hanya diberikan sehingga anak berusia 2 tahun
-Sekiranya anak jatuh sakit sewaktu diberikan nama tersebur,ibu bapa
mestilah menukar kembali nama anaknya dengan nama yang baru
TUJUAN:
-Supaya kome tidak dapat menganggu roh mereka
-Apabila kanak-kanak dalam ahli keluarga itu meninggal dunia selepas
dinamakan dengan nama keluarga,nama keluarga tersebut dibuang dan
ditambah dengan nama baru supaya mengelirukan semangat jahat
-Masyarakat Bidayuh tidak ramai menggunakan nama bapa sebagai nama
keluarga
Adat perkahwinan
MERISIK DAN MEMINANG
-Masyarakat Bidayuh tidak mempunyai upacara
merisik
-Perkahwinan dilakukan berbeza mengikut kumpulan
CONTOH:
1-Kumpulan Selako,Jagoi dan Lara :Perkahwinan boleh didahului
dengan pertunangan
-Pertunangan ini ialah upacara menukar cincin,sekiranya
secocok perkahwinan akan dilangsungkan
Adat perkahwinan
BERTUNANG
-Acara perkahwinan berkait rapat dengan menuai
padi
CONTOH:
Lebih banyak hasil padi,lebih banyak perkahwinan akan
diadakan
-Majlis kenduri besar akan dilakukan besar-besaran buat
anak sulong atau anak tunggal
-Usia minimum bagi masyarakat bidayuh berkahwin ialah
Lelaki:18 tahun
Perempuan:16 tahun
-Pihak perempuan akan menghantar tepak sirih/kapur
tunang/
Adat perkahwinan
PERKAHWINAN
-Masyarakat Bidayuh mengadakan majlis
perkahwinan mengikut kemampuan ekonomi
pengantin
-Pihak suami boleh meminta untuk isteri tinggal
bersama keluarganya atau tinggal di rumah sendiri
-Masyarakat bidayuh juga terdapat perkahwinan paksa
atau dikenali sebagai "amalan batangkap"
-Masyarakat bidayuh juga mengamalka "amalan nyagam"
yang dimana pihak suami dihantar ke rumah isteri dengan
segala bantal dan tikar
ADAT KEMATIAN
PANTANG LARANG SEWAKTU KEMATIAN
-Mengikut kepercayaan kaum Bidayuh adat kematian diadaptasi daripada cerita dua beradik yang bernama
Rijong dan Buwah.
-Dalam cerita dua beradik ini telah mengajar kaum Bidayuh untuk meratap setiap kali berlakunya kematian
TUJUAN:
-Bagi memanggil roh-roh saudara terdekat yang telah pergi sebelum ini untuk membantu menunjukkan jalan kepada
sidanah
SIDANAH
-Sidanah merupakan kepercayaan masyarakat kaum Bidayuh dimana ianya merupakan tempat bagi roh-
roh dewasa bagi menunggu untuk masuk ke Sibayan
-Kira-kira lebih kurang 4 tahun untuk menunggu di Sidanah sebelum masuk ke Sibayan yang merupakan
syurga bagi kepercayaan mereka
-Pengunjung tidak akan dibenarkan masuk selama 7 hari 7 malam kenara bimbang roh jahat akan
mengikuti jejak pengunjung sehingga akan terjadinya kerasukkan dan lain-lain.
-Upacara Gawai juga dilakukan sepanjang waktu berkabung bagi tujuan memperingati roh dan beberapa
persembahan turut diadakan bagi menghiburkan roh si mati agar tidak bersedih
-Masyarakat Bidayah sekarang ini tidak lagi mengamalkan upacara tersebut kerana kebanyakkan masyarakat
Bidayuh beragama Kristian dan mereka sudah mula mengikuti upacara sembahnyang seperti yang diajari
dalam agama kristian
PERAYAAN
HARI GAWAI
-Masyarakat Bidayuh menyambut Hari
Gawai tahun sekali iaitu pada 1 Jun atau 2
Jun
-Perayaan ini disambut untuk menunjukkan
bahawa telah berakhirnya musim menuai
padi
KEPERCAYAA
N ANIMISME
-Zaman dahulu m
asyarakat Bidayuh
mengamalkan kepe
rcayaan animisme
AGAMA KRISTIAN
-Sekarang,ramai masyarakat Bidayuh
menganuti agama kristian
AGAMA DAN K
EPERCAYAAN
MASYARAKAT
MELANAU
Asal Usul Masyarakat MELANAU
Semasa Daerah Bintulu masih dalam jagaan Kerajaan Kesultanan Brunei,
kerap kali Baginda Sultan datang ke Bintulu untuk melihat keadaan daerah ini
serta memungut hasil daripada penduduknya.
Pada suatu hari, sedang sebuah perahu kerajaan Brunei belayar menuju ke
Kuala Bintulu, tiba-tiba bertembunglah perahu itu dengan beberapa buah
perahu yang menuju ke destinasi yang sama.
Nakhoda pun bertanya dengan seorang kelasinya,
"Perahu siapakah yang
banyak di hadapan kita?" Jawab kelasi itu,
"Perahu orang memanau, Datuk."
Dari sehari ke sehari perkataan 'memanau' ini dengan tidak disedari oleh
sesiapa bertukar menjadi 'Melanau'.
ADAT KELAHIRAN
SEWAKTU MENGANDUNG
-Tidak boleh makan buah yang berbau kuat (durian/petai); badan
akan menjadi busuk
-Tidak boleh makan pucuk-pucuk paku; susu badan akan menjadi
masam
-Haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan tidak bole diberikan
kepada wanita hamil; diyakini anak dalam kandungan akan
melecur seluruh badan
-Wanita hamil tidak boleh ditakut-takutkan; dikhuatiri menyebabkan
anak kandungan cacat/gugur
-Si suami tidak boleh memotong kayu bertindan/memakan ikan pari;
dikhuatiri bibir anak akan menjadi sumbing
-Si suami tidak boleh mengecat; dikhuatiri anak dalam kandungan
akan diiringi minyak
-Sekiranya terdapat kematian, si suami tidak boleh melihat; anak
kandungan akan mendapat penyakit
-Si suami tidak boleh memotong akar temalet; anak akan meninggal dunia tanpa sebab
SELEPAS MELAHIRKAN
-Orang kampung & saudara mara akan datang melawat;
lazimnya membawa hadiah bersama
-Dilarang memuji bayi yang baru lahir; lebih senang jika bayi
dikatakan hodoh & sebagainya
-Selepas bersalin, ibu dikehendaki mengeringkan badannya di
puyan & tidak boleh makan sembarangan
-Sesiapa yang ingin bermalam di rumah tersebut hendaklah
bermalam selama tiga hari; makanan, barang-barang di dalam
rumah tidak boleh dipinjam/dibawa keluar; anak akan jatuh
sakit/meninggal
-Dalam tempoh berpantang, si ayah tidak dibenarkan memegang
anak itu selepas balk dari hutan/laut; bau hutan/laut masih
melekat di badan hingga boleh menjejaskan kesihatan anak
-Bayi perempuan; semasa kecil dahinya dipipihkan dengan
sejenis alat iaitu Jak; bertujuan mencantikkan dahi (identiti khas
masyarakat Melanau
Adat perkahwinan
MERISIK
- Sama gara; perkahwinan antara pasangan daripada status sosial yang sama
-Sida adat; Perkahwinan antara pasangan yang berlainan status sosialnya
-Wakil pihak lelaki mengunjungi rumah keluarga perempuan untuk mengetahui lebih lanjut;
memastikan status sosial keluarga perempuan menentukan sama ada gadis itu sudah berpunya atau belum.
-Sekiranya gadis itu belum berpunya, ditanyakan sama ada gadis itu boleh dipinang ataupun tidak serta mas kahwinnya
BERTUNANG
-Wakil keluarga lelaki, iaitu beberapa orang lelaki dan perempuan yang telah berumur akan
menyerahkan barang hantaran peminangan iaitu sebentuk cincin emas, sebilah senjata,segantang padi, sebiji kelapa dan satu pikul barang
tembaga.
-Dengan penyerahan barang tersebut oleh wakil keluarga lelaki dan diterima oleh wakil keluarga perempuan maka rasmilah pertunangan itu.
-Kedua-dua pihak hendaklah mematuhi segala syarat yang telah dipersetujui bersama; Jika dilanggar, pertunangan boleh diputuskan.
-Pihak perempuan yang memutuskannya; barang tanda tunang mesti dikembalikan kepada pihak lelaki
pihak lelaki yang memutuskannya; tanda tunang itu menjadi milik pihak perempuan.
MAJLIS PERKAHWINAN
-Persiapan sebelum majlis;persandingan
-Pada sebelah malam Pada hari ketujuh
- Bakal pengantin lelaki dikehendaki menyerahkan hadiah mas kahwin iaitu 'penyekab' dan 'berian' dan hadiah lain seperti 'adat menuga'
'adat mebin' dan 'pakan' sehari sebelum majlis itu diadakan.
- Penyerahan ini disusul dengan acara pernikahan. Pernikahan boleh juga di-adakan pada pagi keesokannya iaitu pada hari diadakan majlis
perkahwinan.
- Kenduri perkahwinan diadakan di rumah kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang dihadiri oleh sanak
saudara, jiran dan sahabat handai.
- Persandingan pertama; di rumah pengantin lelaki
- persandingan kedua; di rumah pengantin perempuan.
- Pengantin lelaki dan perempuan yang lengkap dengan pakaian tradisional bersanding di atas pelamin untuk disaksikan oleh para
jemputan. Pada hari yang ditetapkan, bakal pengantin perempuan bersama-sama rombongan keluarganya pergi ke rumah pengantin lelaki.
Ketibaan mereka disambut oleh keluarga pengantin lelaki. Wakil keluarga pengantin lelaki akan menghadiahkan 'adat pahe' kepada
pengantin perernpuan.
- di rumah pengantin perempuan; upacara makan nasi temuan.
- upacara 'begendang'; tari-menari.
- upacara membebaskan mereka daripada pantang yang dikenakan.
-Bertujuan membuang ke laut segala bala atau bencana yang mungkin mengancam pasangan suami isteri itu.
Adat kematian
SEMASA KEMATIAN
-MAYAT AKAN DIMANDIKAN TRLEBIH DAHULU; DIMANDIKAN OLEH A-BERI PATAI/AHLI
KELUARGA TERDEKAT
-MAYAT DIPAKAIKAN PAKAIAN CANTIK BESERTA DENGAN HIASAN; MANIK & BARANG-
BARANG KEMAS
-MAYAT WANITA; KAIN SEBUNONG AKAN DILETAKKAN BERSAMA; JARI KAKI MAYAT
AKAN DIIKAT DI BAWAH DAGU
-MAYAT AKAN DILETAKKAN DI ATAS PAKAT; TEMPAT MELETAK MAYAT DIPERBUAT
DARIPADA PAPAN & DAHAN RUMBIA
-TEMPAT TERSEBUT AKAN DILAPIS DENGAN TIKAR BEMBAN & DILAPIS BAHAGIAN
ATAS DENGAN KAIN SELIMUT
-MAYAT AKAN DIALAS DENGAN BEBERAPA HELAI SARUNG & BAJU KEPUNYAANNYA
-KAIN LUGI' SETERUSNYA DILETAKKAN DI ATAS MAYAT TERSEBUT
-SEHELAI KELAMBU AKAN DIPASANG UNTUK MELINDUNGI MAYAT
PENGEBUMIAN
-Mayat akan disimpan di dalam rumah selama tiga hari sebelum dikebumikan;
terdapat ahli keluarga yang menyimpan mayat selama seminggu.
-Upacara pengebumian akan disertai oleh semua ahli keluarga dan tukang
tangis iaitu terdiri daripada kaum perempuan dikehendaki menangisi kematian
tersebut dengan cara meratap dengan suara yang nyaring.
-Sebuah tilam, lazimnya yang digunakan si mati semasa hidupnya akan
dimasukkan ke dalam keranda. Dua helai kain Lugi' yang diletakkan di atas
mayat tadi akan di ambil untuk digunakan dalam upacara platow dan sehelai
lagi di lapiskan di keranda si mati.
-Bendera mengikut taraf atau bangsa si mati akan dikibarkan semasa keranda
dibawa untuk pengebumian. Selepas sampai ke tanah perkuburan, keranda
dibuka dan ikatan pada badan mayat dibuka. Serterusnya, keranda ditutup
semula lalu ditanam.
Pakaian si mati akan diletakkan di atas kubur dan selama tiga hari
berturut-turut. Lilin akan dinyalakan sebagai menerangi perjalanan roh si
mati ke akhirat.
SELEPAS PENGEBUMIAN
-memakai bukeang: tempoh tujuh hari, mereka dilarang keluar rumah dan
melawat orang lain.
-Peligin: saudara mara yang datang menziarahi; Mereka perlu tidur di
rumah tersebut selama tiga hari berturut-turut.
-upacara pestow: nyanyian yang berkaitan dengan kematian dan
kelahiran.
PESTA KAUL
-Perayaan ini merupakan penyembahan terhadap makhluk
halus iaitu ipok kala.
-Perayaan kaul ini diadakan di sebelah kanan muara
sungai kerana tempat itu dianggap penting disebabkan
pertemuan di antara darat, laut dan sungai taitu tempat
semula jadi yang penting dalam kegiatan ekonomi kaum ini.
-Semasa meraikan upacara kaul, doa ditujukan kepada
ipok ini supaya mewujudkan kedamaian dan meningkatkan
hasil tangkapan atau tuaian pada tahun yang akan
datang.
-Upacara kaul ini diadakan tiap-tiap tahun pada bulan
Mac iaitu selepas musim landas.
-menyediakan barang makanan tertentu untuk
dipersembahkan dan juga talam-talam untuk meletakkan
jamuan ini. Talam dibuat daripada daun nipah. Benda ini
dinamakan serahang yang dihiaskan dengan bendera kecil
(mengikut pangkat seseorang itu), burung dan sebagainya.
BAHASA
BAHASA MELANAU TERGOLONG
DIBAWAH
INDUK BAHASA MALAYO
POLINESIA/AUSTRONESIA
MASYARAKAT
IBAN
Asal Usul Masyarakat iban
Mereka mendiami daerah dan bahagian negeri
Sarawak dari daerah Lundudi barat dan Limbang di
timur laut, tetapi kepadatan penduduk Iban adalah di
bahagian Kota Samarahan,Sri Aman, Sarikei, Sibu,
Kapit, Bintulu dan Miri. Kebanyakan kaum Iban
tinggal berkampung dirumah panjang yang
kebiasaanya terletak di tebingan sungai dan di tepi
jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti
kerja , berhubung dan berkomunikasi antara satu
sama lain. Amalan cara hidup yang diamalkan
adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang,
tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan
perhubungan persaudaraan yang erat antara satu
samalain.
PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI DAN PEREMPUAN
PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI PAKAIAN TRADISIONAL WANITA
Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi Pakaian tradisonal wanita Iban
kepada dua iaitu Kain Sirat dan Dandong. Kain pula, terbahagi kepada tiga jenis
Siratdikenali juga sebagai kain cawat iaitu Bidang, Kalambi dan
merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat Bedong. Bidang merupakan sejenis
dipakai kain sarung yang sempit dan
dengan cara melilitnya dipinggang dan celah panjangnya cuma separas
kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari lutut. Baju Kaum Iban yang
pinggang ke hadapan dan belakang badan,
dipanggil kalambi pula ada dua
mempamerkan bahagian yang berhias. jenis iaitu kalambi berlengan dan
Dandong pula merupakan kain selendang
yang dipakai oleh lelaki Iban.Dandong lebih kalambi tanpa lengan. Wanita
Iban juga memakai kain selendang
lebar
daripada bedong. Panjangdandong tidak tetap yang panjang dan sempit.
Kain selempang ini dikenali
kerana kain ini digunakan sebagai sebagai bedong, iaitu ia dihiasi
pembungkus barang-barang persembahan oleh reka corak tenunan yang
dalam upacara-upacara tertentu. Dandong
diperbuat daripada kain yang ditenun dengan sangat halus.
cara ikat.
Adat perkahwinan
MERISIK
-Dalam masyarakat Iban, perkahwinan biasanya ditentukan oleh pengantin lelaki.
Sekiranya seorang teruna telah berkenan kepada seorang gadis, ibu bapanya atau
wakil akan bertandang ke rumah gadis untuk merisik. Perjumpaan kedua belah pihak
ini juga dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum. Pada masa itu syarat-
syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah pemberian dan sebagainya. Keluarga
pihak lelaki akan menghantar rombongan meminang gadis jika hasil pertemuan itu
menggalakkan.
- BERTUNANG
-Meminang dan bertunang Rombongan pihak lelaki biasanya tidak kurang daripada lima
orang dan paling ramai dua puluh orang yang terdiri daripada orang-orang tua. Pada
masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian atau mas kahwin
serta lain-lain yang berkaitan. Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki
menanggalkan lapit atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda
pertunangan. Seterusnya kedua belah pihak akan berbincangtentang tarikh dan hari
perkahwinan. Mulai saat itu, perempuan itu tidak boleh lagi menerima kunjungan teruna
selain tunangnya. Dua atau tiga hari kemudian wakil pihak lelaki akan memaklumkan
berita pertunangan tersebut kepada saudara-mara dan jiran tetangga.
MAJLIS PERKAHWINAN
Pelbagai persiapan akan dibuat untuk majlis perkahwinan yang bakal tiba. Bagi pihak keluarga lelaki
mereka akan menyediakan perbelanjaan serta barang yang harus diberikan kepada keluarga perempuan.
Keluarga perempuan juga membuat pelbagai persiapan termasuk memburu binatang untuk disembelih
pada hari perkahwinan. Untuk mengundang tetamu, kedua-dua pihak melantik wakil masing-masing
untuk menguruskan jemputan kahwin. Wakil itu membawa beberapa utas tali bersimpul yang
menunjukkan berapa hari lagi perkahwinan dilangsungkan. Sekiranya tali itu mempunyai 5 simpulan,
bermakna perkahwinan itu akan berlangsung dalam masa 5 hari lagi. Wakil khas akan meninggalkan tali
bersimpul itu kepada tuai rumah atau ketua rumah panjang yang bertanggungjawab membuka simpulan
tali itu setiap hari. Majlis perkahwinan berlangsung di rumah pengantin perempuan, beratus-ratus orang
tetamu yang akan dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut.
RUJUKAN
1.https://www.researchgate.net/publi
cation/275528282_ANALISA_TERGHADAP
_ADAT_DAN_KEISTIMEWAA
N_MASYARAKAT_MELANAU_DI_SARAWAK
2.http://masyarakatsabahdansarawa
k.blogspot.com/2018/02/adat-resam-
dan-budaya-kaum-bidayuh.html
SEKIAN..
TERIMA
KASIH
SJHK1084