The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Disediakan oleh: Natasya Nadia binti Sepian (G3.19)
Tugasan 1: Buku Log

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by natasya07-637, 2021-09-26 04:26:10

Buku Log Pandu Puteri

Disediakan oleh: Natasya Nadia binti Sepian (G3.19)
Tugasan 1: Buku Log

BUKU
LOG

PANDU
PUTERI

DISEDIAKAN OLEH:
NATASYA NADIA BINTI SEPIAN

ISI KANDUNGAN

BIL. ISI KANDUNGAN M/S

1. Biodata peribadi 3
2. Borang pendaftaran ahli 4
3. Bendera Pandu Puteri 5
4. Lambang dan logo Pandu Puteri 6
5. Misi dan visi 7
6. Persetiaan Pandu Puteri 8
7. Perlembagaan Pandu Puteri 9
8. Sejarah Pandu Puteri 10-13
9. Carta organisasi Pandu Puteri 14-16
10. Pengurusan dan pentadbiran Pandu Puteri 17-21
11. Lagu-lagu Pandu Puteri 22-23
12. Laporan/log perjumpaan Pandu Puteri 24-28
13. Kemahiran-kemahiran asas 29-49

BIODATA

Nama : Natasya Nadia binti Sepian

IPG : IPG Kampus Ilmu Khas

No. KP : 001004-11-0130

No. Matrik : 2020172340329

Program : PISMP

Tempat Lahir : Terengganu

No. Tel : 016-9558172

Tarikh lahir : 4 Oktober 2000

Kumpulan : Rose

Alamat : 172, Kampung Darat Batu

Rakit, 21020 Kuala Nerus, Terengganu

BORANG
PENDAFTARAN

AHLI

BENDERA PANDU PUTERI

Bendera
Persatuan
Pandu Puteri
Malaysia

1. Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan
Pandu Puteri.

2. Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah
Persekutuan di Malaysia.

3. Lencana Pandu Puteri Malysia di tengah latar biru membawa
maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia.

Bendera
Dunia

1. Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian
kanan bawah melambangkan 3 bahagian Persetiaan.

2. Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua
ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia terhadap
keamanan.

3. Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari
menyinari kanak-kanak di dunia.

LAMBANG DAN LOGO PANDU
PUTERI

Logo Pandu
Puteri

1. 14 pecahan bintang di tengah-tengah yang melambangkan
13 buah negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia.

2. 3 kelopak bunga berpandukan simbol Pandu Puteri sedunia.

Lencana
dunia

1. Simbol yang berwarna emas dan biru ini melambangkan
matahari yang menyinari kanak-kanak di dunia.

2. Rangkaian 3 daun yang melambangkan Persetiaan Pandu
Puteri.

3. 2 bintang melambangkan Persetiaan dan undang-undang
perpaduan.

4. Tangkai berbentuk melingkar melambangkan kasih sayang
kemanusiaan.

5. Jarum kepada kompas melambangkan kepaduan.

VISI DAN MISI

VISI

Menerajui perkembangan potensi gadis dan
wanita dalam membawa perubahan

VISION

Taking the lead in developing the potential of girls
and women for change

MISI

PPPM mempunyai komitmen melahirkan golongan
wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber

melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu
Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan
antarabangsa.

MISION

Girl guides association Malaysia is commited to
the development of girls and women of calibre
through internalization of Girl Guiding knowledge,
skills and values to benefit the society, country and

the world.

PERSETIAAN PANDU
PUTERI

Ahli pandu puteri perlu melafazkan
Persetiaan Pandu Puteri dengan penuh
kesetiaan dan tanggungjawab. Mereka juga
perl memahami dan mengamalkan falsafah
dan matlamat Persatuan Pandu Puteri.

Bahawa dengan sesungguhnya
saya berjanji dan bersetia dengan

sedaya upaya:
menunaikan kewajipan saya kepada

Tuhan, Raja,
dan negara saya, Malaysia,
menolong orang pada setiap masa
dan mematuhi Undang-Undang

Pandu Puteri.

PERLEMBAGAAN
PANDU PUTERI

Perlembagaan ini telah diluluskan oleh satu

mesyuarat Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu

Puteri Malaysia, di Kota Kinabalu, Sabah, pada hari

Jumaat, 9 Jun 2006,

Perlembagaan ini merupakan asas pentadbiran
seluruh pergerakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia,
sebagai sebuah pergerakan yang bebas, tidak
terlibat dalam sebarang parti politik atau mana-
mana badan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan,
dan bercorak kependidikan untuk kanak-kanak
perempuan dan gadis, berteraskan Prinsip Asas
Kepanduan, yang berdasarkan nilai rohaniah dan
membaktikan untuk pembelajaran kanak-kanak
perempuan dan gadis menerusi kaedah-kaedah yang
telah diilhamkan oleh Pengasasnya.

1909 SEJARAH PENUBUHAN
1910 PANDU PUTERI
1912
1918 Perhimpunan pengakap diadakan di Crystal
1930 Palace
1931
1932 Pergerakan Pandu Puteri mula dilahirkan setelah
1945 Agnes mengadaptasi buku Scouting for Boys
untuk kegunaan Pandu Puteri.

Baden-Powell berkahwin dengan Olave Soames
Persatuan Pandu Puteri dikembangkan sehingga
berjaya bertapak di 10 buah negara.

Olave Soames dilantik menjadi ketua Pandu
Puteri

Kumpulan-kumpulan Pandu Puteri semakin
berkembang sehingga ke negara-negara seperti
Brazil, China dan Estopia

Keahlian Pandu Puteri mencecah 1 juta.

Pusat dunia pertama telah dibuka.

Pandu Puteri terus berkembang pesat setelah
tamatnya WWII dan berjaya menjadi sebuah
organisasi dinamik dan efektif untuk remaja dan
wanita dewasa.

SEJARAH PENUBUHAN
PANDU PUTERI

1917 PPPM ditubuhkan secara rasmi apabila
1934 didaftarkan dengan Ibu Pejabat PP di Calcutta,
1957 India.
1958
Ketua Pengakap Lord Baden Powell dan Ketua
Pandu Puteri Olave Baden Powell mengadakan
lawatan ke Tanah Melayu (Malaysia).

Pusat Pentadbiran PPPM berpindah ke Wisma
Pandu Puteri, Kuala Lumpur setelah diterima
bergabung dengan Persatuan Pandu Puteri dan
Pengakap Sedunia.

Ditubuhkan di bawah Akta Parlimen.

1962 PPPM menjadi tuan rumah dalam Persidangan
1966 Pemimpin Pandu Puetri di Kuala Lumpur.
2006
2021 Diterima sebagai ahli penuh WAGGS (World
Association of Girl Guides and Girl Scouts)

PPPM menguatkuasakan perubahan pada
bahagian nama.

PPPM telah banyak menyumbang ke arah
melahirkan pemimpin wanita yang hebat,
cemerlang serta berwibawa di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa.

SEJARAH PANDU PUTERI DUNIA

Di satu perhimpunan pengakap di Crystal Palace pada tahun 1909, muncul
sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan ini. Ini
dibuktikan sebagai pemangkin untuk pergerakan Pandu Puteri pada hari ini.
Sejarah tidak mencatat berapa orang "pengakap perempuan" yang berada
dalam kumpulan itu, tetapi mereka telah menarik perhatian pengasas pergerakan
Pengakap, Lord Robert Baden-Powell, dan dalam masa beberapa bulan, kumpulan
perempuan ini telah mempunyai nama dan programnya sendiri. Baden-Powell
memilih nama "Girl Guides" dengan rujukan kepada Guides Corps di India. Girl
Guides atau Pandu Puteri tidak mengambil masa yang lama untuk membawa
impak. Pada tahun 1910, adik Baden-Powell iaitu Agnes, mengadaptasikan buku
"Scouting for Boys" untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya, pergerakan
Pandu Puteri dilahirkan. Pada tahun yang sama, Sir Robert yang baru bersara mula
bergerak secara sepenuh masa dalam Pengakap dan Pandu Puteri. Semasa satu
lawatan promosi untuk Pengakap dan Pandu Puteri, beliau berjumpa dengan
Olave Soames dan seterusnya berkahwin dengannya. Mereka merupakan
pasangan yang mengagumkan.

Pada tahun 1918, Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom
dan pasangan ini meneruskan usaha mereka dalam mengembangkan Pandu Puteri
di seluruh dunia. Walaupun pergerakan Pandu Puteri dilahirkan di Britain, tetapi
perkembangannya ke tempat lain amat pantas. Sebelum persatuan ini ditubuhkan,
telah wujud beberapa kumpulan.
Pada tahun 1912, Pandu Puteri telah bertapak di 10 negara. Kumpulan-kumpulan ini
mempunyai pakaian seragam, lencana, peraturan dan nama yang berbeza tetapi
mereka berkongsi prinsip dan cita-cita yang sama. Perang Dunia Pertama tidak
menghalang perkembangan Pergerakan ini. Banyak kumpulan yang menawarkan
diri sebagai sukarelawan dan menjelang tahun 1930, 15 lagi negara yang
memperkenalkan kumpulan Pandu Puteri, termasuklah Brazil, China dan Estonia.
Pertumbuhan pesat ini adalah disebabkan oleh usaha ramai wanita yang
bersemangat, mempunyai sumber dan berpandangan jauh. Mereka semua melihat
ini sebagai peluang yang baik untuk pendidikan remaja wanita. Nama seperti
Juliette Low (pengasas Pengakap Puteri di Amerika Syarikat), Olga Malkowska
(pengasas di Poland) dan Antoinette Butte (pengasas di Perancis) membantu
membentuk pergerakan yang kita kenali hari ini. Sementara itu, Pergerakan ini
terus berkembang dengan pesat. Pada tahun 1931, keahlian persatuan ini melebihi
satu juta dan pada tahun 1932, Pusat Dunia yang pertama dibuka. Pada tahun
1939, Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri / Pengakap Puteri diadakan di Hungary.
Setelah tergendala sementara disebabkan oleh peperangan, pergerakan ini
dihidupkan semula pada tahun 1945 dan terus berkembang. Walau
bagaimanapun, Lord Baden-Powell telah meninggal dunia pada masa itu.

SEJARAH PANDU PUTERI
MALAYSIA

Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) bermula dengan
penubuhan pasukan Pandu Puteri pertama di Sekolah Perempuan
Methodist, Kuala Lumpur pada tahun 1916.
Pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan
dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Pusat Pentadbiran
PPPM telah berpindah dari Singapura ke Wisma Pandu Puteri, Kuala
Lumpur pada tahun 1957 dan PPPM telah ditubuhkan di bawah Akta
Parlimen dalam tahun 1958.

Sehingga kini, PPPM mempunyai 18 cawangan di seluruh negara
dengan bilangan ahli melebihi 130,000 orang. PPPM adalah sebuah
persatuan yang bebas, tidak terlibat dengan parti politik atau mana-
mana badan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan, malah bercorak
memberikan Pendidikan tidak formal untuk anak gadis dan wanita
remaja.

Pada tahun 1957, PPPM dengan rasminya menjadi Ahli Bersekutu
Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia ataupun World
Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) dan diterima
sebagai ahli Tenderfoot dalam tahun 1960. Pada tahun 1966 PPPM
diterima sebagai Ahli Penuh WAGGGS (Full Member).

PPPM mempunyai komitmen dalam melahirkan golongan wanita,
remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu,
kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan negara dan
bangsa malalui visi PPPM "Menerajui perkembangan potensi gadis dan
wanita untuk membawa perubahan."
Setelah 100 tahun berada di Malaysia, PPPM telah menyumbang ke
arah melahirkan pemimpin wanita yang hebat, cemerlang serta
berwibawa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

CARTA ORGANISASI

STRUKTUR DAN ORGANISASI
PERINGKAT KEBANGSAAN

Timbalan Yang Di Pertua



KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J.

Ketua Pesuruhjaya



YBhg Datin Seri Hajah Zalillah Bte Mohd Taib

Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Antarabangsa



Cik Jeyadhevi Subramaniam

Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Pandu Puteri Tunas



Cik Noorlina bt Mohd Yusof

Pesuruhjaya Bahagian Pandu Puteri Remaja



Cik Margaret Lim Pei Tee

Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Pandu Puteri Renjer



Puan Hajah Habibah bt. Abdul Rahman

Pesuruhjaya Kadet



Puan Samsiah Bte Hassan

Pesuruhjaya Pandu Puteri Siswi dan Dewasa



Puan Nurulain bt Hj. Ngah

Pesuruhjaya Guild Kebangsaan



YBhg Datin Salbiah bt Abdul Aziz

Pesuruhjaya Program dan Latihan



Puan Tek bt Mohd Noor

Pesuruhjaya Kewangan & Dana



Puan Annie Chiew Yen Moi

Pesuruhjaya Keahlian



Puan Sofiah bt Dato' Abu Bakar

Pesuruhjaya Perhubungan
dengan Masyarakat



Cik Joyce Ong Choon Kim

CARTA ORGANISASI PANDU PUTERI IPG
KAMPUS ILMU KHAS

Pemimpin



Puan Siti Salmiah binti Mohd Alias

Pengerusi



Nur Umayrah Saadah binti Rasib

Naib Pengerusi



Nur Atirah binti Kamarudin

Setiausaha



Siti Nor Aida binti Ahamd

Bendahari



Nurin Husna binti Abdullah Zawani

KUMPULAN KECIL

NAMA PATROL : LILY NAMA PATROL: ROSE
1) Vanessa 1) Diyana
2) Puteri 2) Hidayati
3) Husnina
4) Ayuni 3) Alia Maisara
5) Elly 4) Natasya
6) Nurin 5) Atirah

NAMA PATROL : MATAHARI NAMA PATROL : ORKID
1) Ketua -Anis 1) Dahlia
2) Najian
2) Penolong - Ain 3) Huda
3) Faziella 4) Nik
5) Hanani
4) Alia Athirah 6) May
5) Aida

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

1.Pendaftaran ahli dan kumpulan

Prosedur pendaftaran:

1. Lengkapkan borang-borang pendaftaran.

Borang pendaftaran 1 - Pendaftaran baru - Semula Pasukan
Borang pendaftaran 2 - Borang Senarai Nama Ahli Dewasa - Pemimpin
Borang pendaftaran 3 - Borang Senarai Nama Ahli Pasukan

2. Yuran Pendaftaran Kebangsaan untuk Pasukan/ Guild

Dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran baru iaitu sebanyak RM 5.00.
Bayaran boleh dibuat secara tunai atau ke akaun Persatuan Pandu Puteri
Malaysia.
Resit dikeluarkan oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk setiap
Pembayaran

3. Yuran Keahlian Kebangsaan Tahunan

1. RM2.00 seorang pada setiap tahun. (bagi ahli Pandu Puteri Tunas/
Remaja/ Renjer).

2. RM5.00 seorang setiap tahun (bagi setiap ahli Pandu Puteri Kadet/
Siswi/ Dewasa/ Pemimpin/ Guild Trefoil).

3. Dibayar setiap tahun semasa pendaftaran semula.
4. Membayar yuran sebelum 31 Mac setiap tahun.
5. Yuran dibayar kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk

bayaran kuota kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri
Sedunia (WAGGGS).

4. Ahli seumur hidup

1. RM250.00 sekali bayar.
2. Bagi yang berumur 35 tahun ke atas sahaja.
.

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

2. Kuasa penganjur

- Merupakan salah seorang dari dua penurun tandatangan rasmi bagi
akaun simpanan atau semasa untuk unit pandu puteri itu. (pemimpin
kumpulan orang kedua penurun tandatangan rasmi)

Tanggungjawab kuasa penganjur:

- Meluluskan pendaftaran tahunan unit Pandu Puteri dengan ibu pejabat
Persekutuan Pandu Puteri Malaysia.
- Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin pandu
puteri.
- Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit
pandu puteri dimana perlu;
- Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran (seperti rombongan,
perkhemahan dan kembara) untuk ahli-ahli;
- Menyelia dan mengawal kemajuan unit pandu puteri di sekolahnya.

3. Pengurusan buku log

Pengenalan:

- Sebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti oleh Pandu Puteri.
- Mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan dan
pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pandu Puteri.
- Ahli Pandu Puteri Tunas dapat mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi
pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu menzahirkannya dalam
bentuk penulisan, lakaran grafik atau bantuan visual.

Ciri-ciri buku log:

- Bahan-bahan disusun kemas
- Rekod disimpan berterusan, tersusun dan berperingkat
- Maklumat dikumpul menunjukkan perkembangan dan kemajuan
- Melampirkan sijil atau surat perakuan atau bukti penyertaan
- Keaslian dan kreativiti amat digalakkan
- Hasil kerja boleh dizahirkan dalam bentuk tulisan tangan atau bercetak KECUALI
biodata / profil diri

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

4. Tanggungjawab pempimpin

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

5. pakaian seragam ahli & kepimpinan

Pakaian untuk Istiadat, Upacara dan Majlis Rasmi

Pilihan A : Kebaya Labuh.
- Kebaya labuh warna biru muda dengan potongan princess line di

hadapan dan berlisu pemadam di bahagian belakang, labuh di
bawah pinggul ( paras genggaman tangan ).
- Lengan padanan rata panjang.
- Bagi yang beragama Islam, belah kelepat bertindih boleh dijahit
8-10 cm dari pergelangan tangan untuk memudahkan mengambil
wuduk untuk solat.
-Kain labuh berlisu tunggal lebar 15cm dari kelim tepi di sebelah kiri.
Jika suka kocek bersembunyi, boleh jahit di sebelah kanan dengan
berzip di kiri.
-Tudung sutera rasmi PPPM dikenakan dengan brooch dan woggle
PPPM ( jika bertudung ).
- Penampang dipakai di sebelah dada kiri. Lencana maksima 5
sahaja tidak termasuk tag nama.
- Lencana jalur gemilang di lengan kiri ( 5cm bawah flash bahu ).

Pilihan B : Baju Kurung Teluk Belanga

- Berwarna biru muda berpesak ( tanpa hiasan kun ), labuh di
bawah paras lutut, kain berlisu disusun di sebelah kiri.
- Sepasang flashes bahu PPPM dijahit di kelim bahagian lengan
kanan dan kiri.
- Tudung sutera rasmi PPPM dikenakan brooch dan woggle PPPM.
- Penampang dipakai di sebelah dada kiri. Lencana maksima 5
sahaja tidak termasuk tag nama.
- Lencana jalur gemilang di lengan kiri - 5cm di bawah flashes.

PENGURUSAN &
PENTADBIRAN

5. pakaian seragam ahli & kepimpinan

Pakaian untuk Istiadat, Upacara dan Majlis Rasmi

Pilihan C : Blaus dan seluar

- Blaus : blaus hijau PPPM, potongan bush jaket, berlengan padanan
rata panjang, kolar lurus, labuh blaus di bawah punggung.
- Seluar : seluar biru tua potongan lurus, belah berzip di hadapan, dua
kocek di tepi kiri kanan, ben pinggang dengan getah cerut di tepi
kanan dan kiri.
- Kasut : kulit atau PVC hitam bertumit rendah ( satu setengah inci ).
- Tudung : berwarna hitam ( plain ) ranpa manik atau sulaman
dimasukkan ke atas blaus. Brooch PPPM disematkan pada bahagian di
leher dan dikenakan woggle.
- Aksesori dan lencana : flashes bahu PPPM dijahit di kelim bahagian
lengan kanan dan kiri. Lencana jalur gemilang di lengan kiri - 5cm di
bawah flashes bahu. Beg tangan rasmi PPPM.

LAGU-LAGU PANDU PUTERI

LAGU DUNIA English version

Versi Bahasa Our way is clear as we
Melayu march on,

Arah kita jelas ke depan, And see our flag on high
Bendera berkibar; Is never furled throughout the

Tidak berlipat di dunia world
Harapan abadi; For hope shall never die
We must unite for what is
Bersatu untuk kebenaran,
Persahabatan kukuh; right
In friendship true and strong
Selagi dunia masih ada
Akan nyanyi lagu ini. Until the earth in its rebirth

Shall sing our song.
Shall sing our song.
Yang cintakan kebenaran,

Menetapkan janji;
All those who loved the true
Dengan rela berjasa, and good
setia abadi;
Whose promises we were
Kebebasan kita tepati, kept
Bersedia sama;
With humble minds whose
Untuk semua miskin kaya, acts were kind
kita beri, yang terdaya.
Whose honour never slept
Those were the free and we

must be
Prepared like them to live
To give to all, both great and

small
All we can give
All we can give.

TAPS SIANG TAPS MALAM

TAPS SIANG TAPS
PETANG/MALAM
kami puji
nikmat diberi malam datang
matahari, bintang- siang hilang
bintang, langit biru
dari laut, dari
mana pergi gunung dari langit
hidup kami
tuhan saksi semua selamat
sihat rehat


berkat tuhan
TAPS DAY


thanks and prise TAPS EVENING
for the day
day is done
neath the sun gone the sun
neath the stars from the sea
from the hills
neath the sky from the sky
as we go
all is well
this we know safely rest
god is nigh god is nigh

LAPORAN/LOG
PERJUMPAAN

Tarikh: 23/6
Masa: 2.30-4.30 petang (2 jam)
Aktiviti: Sesi perkenalan antara ahli pandu puteri.
Catatan: Puan memperkenalkan dan dan sesi ice-breaking dimulakan. Setiap ahli
pandu puteri memperkenalkan diri dan berkongsi serba sedikit mengenai diri
mereka seperti unit beruniform yang dianggotai sewaktu zaman persekolahan.
Refleksi: Berdasarkan interaksi buat kali pertama ini, saya dapat mengenali
semua ahli pandu puteri. Secara keseluruhannya, saya berasa teruja bagi
menjalankan aktiviti yang telah dirancang sepanjang semester ini.

Tarikh: 30/6
Masa: 2.30-4.30 petang (2 jam)
Aktiviti: Pengenalan kepada RMK, pengenalan kerja kursus, melantik AJK,
pengenalan kepada perkhemahan online.
Catatan: Kelas dimulakan tepat jam 2.30 petang. Puan memberikan
penerangan tentang RMK yang akan membantu proses pengajaran dan
pembelajaran sepanjang semester ini. Seterusnya, puan turut berbincang serba
sedikit mengenai kerja kursus dan memaklumkan bahawa bagi subjek ini, markah
ada 100 peratus kerja kursus. Seterusnya, puan juga berbincang mengenai
perkhemahan online yang akan berlangsung tidak lama lagi. Akhir sekali, kami
berbincang dan melantik AJK bagi memudahkan proses P&P.
Refleksi: Kelas berjalan dengan lancar dan saya dapat megetahui perkara-
perkara penting bagi subjek ini.

Tarikh: 7/7
Masa: 2.30-4.30 petang (2 jam)
Aktiviti: Kelas secara tidak segerak, mencari informasi mengenai sejarah pandu
puteri, carta organisasi, perlembagaan, pengurusan dan pentadbiran.
Catatan: Melayari internet secara individu bagi mencari maklumat berkaitan
perkara-perkara wajib yang diketahui bagi lebih mengenali unit beruniform
pandu puteri.
Refleksi: Berdasarkan aktiviti ini, saya dapat simpulkan bahawa saya lebih
mengetahui asal-usul pandu puteri dan informasi penting seperti carta
organisasi, perlembagaan, pengurusan dan pentadbiran. Secara keseluruhannya,
aktiviti ini berjalan dengan lancar dan jayanya.

LAPORAN/LOG
PERJUMPAAN

Tarikh: 14/7
Masa: 2.30-4.30 petang (2 jam)
Aktiviti: Pengenalan kepada gajet
Catatan: Ahli kumpulan yang terlah ditetapkan memberikan penerangan
tentang gajet.
Refleksi: Berdasarkan interaksi pada kali ini, saya dapat mengetahui apa itu
gajet, bahan-bahan yang diperlukan, tujuan gajet, contoh-contoh gajet. Selain
itu, saya juga dapat informasi bahawa gajet kebiasaanya digunakan ketika
perkhemahan. Oleh itu, secara keseluruhannya, saya telah didedahkan dengan
informasi yang banyak mengenai gajet yang akan digunakan dan dibina bagi
salah satu tugasan kerja kursus iaitu kami ditugaskan bagi membina gajet.

Tarikh: 21/7
Masa: 2.30-4.30 petang (2 jam)
Aktiviti: Simpulan dan ikatan
Catatan: Ahli kumpulan yang telah ditugaskan memberikan penerangan
mengenai simpulan dan ikatan.
Refleksi: Berdasarkan interaksi pada kali ini, saya telah diberikan pendedahan
mengenai simpulan dan ikatan. Misalnya, contoh-contoh simpulan dan ikatan,
tujuan setiap simpulan dan ikatan serta cara yang betul bagi melakukan
simpulan dan ikatan ini. Saya juga ada melihat video berkaitan cara-cara
melakukan sesuatu simpulan dan ikatan. Secara keseluruhannya, saya telah
memahami dan mengetahui cara melakukan simpulan dan ikatan. Ini adalah
penting memandangkan salah satu tugasan kerja kursus menguji kami dalam
simpulan dan ikatan.

Tarikh: 28/7
Masa: 2.30-4.30 petang (2 jam)
Aktiviti: Ikhtiar hidup dan masakan rimba
Catatan: Ahli yang telah ditugaskan memberikan penerangan mengenai
ikhtiar hidup dan masakan rimba.
Refleksi: Berdasarkan interaksi pada minggu ini, saya telah mendapat
maklumat yang banyak mengenai ikhtiar hidup. Selain itu, saya dapat
mengetahui antara contoh-contoh masakan yang dapat dimasak ketika
perkhemahan seperti ikan bakar, memasak nasi dalam tempurung serta rotu
gulung. Saya berasa sangat teruja untuk menjalankan aktiviti masakan rimba.

LAPORAN/LOG
PERJUMPAAN

Tarikh: 18/8
Masa: 2.30-4.30 petang (2 jam)
Aktiviti: Kraf perkhemahan
Catatan: Ahli kumpulan yang telah ditugaskan memberikan penerangan
mengenai kraf perkhemahan
Refleksi: Berdasarkan interaksi pada petang ini, saya telah memperoleh ilmu
berkaitan kraf perkhemahan. Misalnya, kraf perkhemahan ialah kerja-kerja
tangan yang diperlukan dalam aktiviti perkhemahan. Selain itu, saya juga
memahami matlamat kfat perkhemahan seperti bagi menggalakkan daya
pemikiran kreatif dengan bahan yang terhad. Secara keseluruhannya, interaksi
pada kali ini berjalan dengan sangat lancar.

Tarikh: 25/8
Masa: 2.30-4.30 petang (2 jam)
Aktiviti: Kelas secara tidak segerak, persiapan minggu perkhemahan
Catatan: Kelas dijalankan secara tidak segerak. Setiap ahli diberikan waktu
bagi mencari maklumat mengenai aktiviti-aktiviti yang akan diuji sewaktu
perkhemahan. Contohnya, kraf perkhemahan, masakan rimba, simpulan dan
ikatan dan pertolongan cemas.
Refleksi: Bagi kelas kali ini, saya telah melayari internet dan mencari maklumat
yang cukup bagi membantu saya dalam menyiapkan setiap tugasasan yang
diamanahkan. Secara keseluruhannya, saya telah memperoleh idea yang
banyak bagi menyiapkan semua tugasan.

Tarikh: 1/9
Masa: 2.30-4.30 petang (2 jam)
Aktiviti: Persiapan minggu perkhemahan dan pembahagian slot
Catatan: Kelas dijalankan secara segerak. Ahli pandu puteri berbincang
mengenai perkhemahan online yang akan berlangsung pada minggu
hadapan. Puan mengarahkan kami agar melakukan pembahagian slot secara
adil agar setiap ahli mempunyai tugasan dan tanggungjawab bagi
melancarkan aktiviti perkhemahan online.
Refleksi: Bagi aktiviti dan interaksi pada kali ini, saya telah mendapat
maklumat yang lebih terperinci mengenai aktiviti perkhemahan online yang
akan berlangusng selama 4 hari 3 malam. Saya juga telah memilih slot
refleksi bagi minggu perkhemahan.

LAPORAN/LOG
PERJUMPAAN

Tarikh: 7/9
Masa: 8 pagi - 4.30 petang
Aktiviti: Aktiviti perkhemahan online bermula
Catatan:
8.00 pagi - Slot istiadat unit beruniform oleh Alia Athirah dan Nik.
(Memasang lagu dunia, taps pagi, senam robik, pembentangan tentang sejarah
PPK dan ladang kuda, perkongsian kata-kata hikmah)
9.00 pagi - Slot kraf/gajet oleh Najian dan Atirah.
(Pembentangan mengenai kraf/gajet, pembentangan video gajet)
2.30 petang - Slot kembara/webinar oleh Faziella dan Aina Farhana
(Pembentangan tentang kembara dan pandu arah, kuiz)
Refleksi: Setiap aktiviti berjalan dengan lancar dan jayanya.

Tarikh: 8/9
Masa: 8 pagi - 4.30 petang
Aktiviti: Perkhemahan online hari kedua
Catatan:
8.00 pagi - Slot kawad kaki oleh Elively dan Vanessa.
(Pembentangan tentang kawad kaki)
11.00 pagi - Slot khidmat sukarelawan oleh Alia dan Puteri.
(Pembentangan tentang khidmat sukarelawan, kuiz)
2.30 petang - Slot persembahan kebudayaan oleh Dahlia
(Rumusan dari perjumpaan setiap kumpulan, perkembangan persiapan
persembahan kebudayaan.
Refleksi: Semua aktiviti berjalan dengan lancar dan jayanya.

Tarikh: 9/9
Masa: 8 pagi - 4.30 petang
Aktiviti: Perkhemahan online hari ketiga
Catatan:
8.00 pagi - Slot pertolongan cemas oleh Hanani dan Huda.
(Pembentangan mengenai pertolongan cemas)
11.00 pagi - Slot masakan rimba oleh Nurin dan Husnina
(Pembentangan masakan rimba)
2.30 petang - Slot simpulan dan ikatan oleh Anis dan Aida
(Pembentangan simpulan dan ikatan)
Refleksi: Semua aktiviti berjalan dengan lancar dan jayanya.

LAPORAN/LOG
PERJUMPAAN

Tarikh: 10/9
Masa: 8 pagi - 4.30 petang
Aktiviti: Perkhemahan online hari keempat
Catatan:
8.00 pagi - Slot istiadat UB oleh Umayrah dan Diyana.
(Pasang lagu Negaraku, dunia dan taps petang, Pembentangan mengenai
istiadat UB, Perkongsian kata-kata himah)
9.00 pagi - Slot simpulan dan ikatan oleh Ayuni.
(Pembentangan simpualn ikatan)
11.00 pagi - Slot rumusan dan refleksi oleh Natasya dan Hidayati.
(Menunjukkan video montaj sepanjang perkhemahan, rumusan daripada aktiviti
yang berlangsung sepanjang perkhemahan, Perkongsian nilai yang diperoleh
sepanjang perkhemahan)
2.30 petang - Majlis kebudayaan
3.30 petang - Pengumuman pemenang
Refleksi: Semua aktiviti berjalan dengan lancar dan jayanya. Sepanjang
perkhemahan online yang berlangsung selama 4 hari 3 malam ini, saya telah
memperoleh banyak ilmu dan nilai-nilai. Misalnya, nilai tanggungjawab dimana
setiap ahli diamanahkan bagi menjaga setiap slot yang berlangung supaya
perkhemahan ini berjalan dengan lebih lancar dan teratur.

Tarikh: 15/9
Masa: 2.30-4.30 petang (2 jam)
Aktiviti: Penerangan tentang perancangan orientasi
Catatan: Puan telah memberikan penerangan mengenai tugasan
perancangan orientasi. Puan juga telah menunjukkan contoh yang telah
dilakukan oleh seorang siswa guru.
Refleksi: Berdasarkan interaksi pada kali ini, saya telah lebih mengetahui
dengan lebih terperinci mengenai tugasan ini. Saya juga telah mendapat
inspirasi bagi membuat perancangan orientasi saya sendiri. Secara
keseluruhannya, kelas berjalan dengan lancar dan jayanya.

DISEDIAKAN OLEH:
NATASYA NADIA BINTI SEPIAN

KEMAHIRAN-
KEMAHIRAN

ASAS

KEMAHIRAN IKATAN DAN
SIMPULAN

Pengenalan

Kemahiran menggunakan tali dalam simpulan dan
ikatan perlu dipelajari dan dikuasai dalam
pergerakan kepanduan. Seperti ahli pengakap, ahli
Pandu Puteri juga mempunyai sejarah penubuhan
yang hampir sama. Ini kerana, ia datang daripada
ilham Lord Baden Powell.

Definisi simpulan dan ikatan

Simpulan dan ikatan telah digunakan sejak berabad
lamanya. Namun begitu, adalah sukar untuk dikenalpasti
siapakah pelopor kepada penggunaan simpulan dan
ikatan ini. Dipercayai bahawa penduduk Mesir telah
menggunakan tali sejak lebih kurang 5000 tahun dahulu
Dianggarkan terdapat lebih kurang 3000 jenis ikatan.
Dalam kehidupan seharian, tali digunakan sepanjang
masa, tempat dan keadaan seperti di pelabuhan,
penggunaan khas, perhiasan dan juga kegiatan luar.
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan
papan untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara
dan sebagainya.

Simpulan dan
ikatan

SIMPUL BUKU SILA

Tujuan:

Menyambung 2 tali
yang sama saiz,
mengikat kain

pembalut/kain anduh
dan mematikan
sebarang ikatan

SIMPUL MANUK

Tujuan:

Mengikat benda yang
licin seperti kayu,
hujung panjang

khemah, botol dan
sebagainya.

Sebagai permulaan
untuk mengikat.
Ia mudah diikat,
disimpulkan dan
ditanggalkan.

SIMPUL TINDIH KASIH

Tujuan:

Sebagai tali pandu
keselamatan.

Boleh digunakan untuk
menarik keluar mangsa

yang pengsan.
Sebagai tali pandu
semasa menaik dan
menurunkan usungan

SIMPUL BALAK

Tujuan:

Digunakan untuk
menaikkan dan

mneurunkan barang di
tempat tinggi.

Amat kukuh dna mudah
dibuat dan dibuka.
Sesuai pada kayu
bulat.

IKATAN SERAYA

Tujuan:

Mengikat dua batang
kayu yang bersilang

Kemahiran kawad kaki
Pandu Puteri

1. Rehatkan diri



a. Mengangkat kaki kiri ke paras lutut.
b. Menghentaknya ke bawah sambil membuka kaki kiri seperti dalam
keadaan senang diri.
c. Kedua-dua tangan di belakang dinaikkan ke atas paras pinggan.
Ingatan: Ahli boleh bergerak tetapi tidak boleh menggerakkan kaki
dan bercakap.

2. Senang diri

a. Arahan dibuat semasa kedudukan rehat diri.
b. Angkat kaki kiri ke paras lutut.
c. Hentakkannya ke bawah sambil membuka kira-kira 30 cm atau jarak
satu kaki.
d. Serentak dengan itu, kedua-dua tangan disilangkan ke belakang ke
paras pinggang dengan tangan kanan di atas tangan kiri dan berdiri
dengan diam.

3. Sedia

a. Ahli-ahli mengangkat kaki kiri ke paras lutut dan kemudian
menghentakkannya ke bawah rapat dengan kaki kanan.
b. Kedua-dua tangan rapat ke sisi

4. Ke kanan lurus

a. Perlu mengeluarkan kaki kiri ke hadapan, kaki kanan menghentak ke
tanah.
b. Muka dipalingkan ke kanan dan serentak dengan itu, tangan kanan
diangkat lurus sama paras dengan bahu rakan sebelah.
c. Sambil itu, kedua-dua kaki kanan dan kiri dihentakkan perlahan-
lahan
sehingga barisan berada dalam kedudukan lurus.
d. Apabila barisan sudah lurus, ahli perlu berdiam diri, tangan lurus ke
bahu rakan sebelah kanan serta muka memandangan ke kanan.
e. Ahli di barisan kanan sekali perlu memandang ke hadapan.
Ingatan:Mereka bertindak sebagai penanda barisan.

5. Pandang ke hadapan

a. Apabila semua ahli pandu puteri sudah berbaris dengan lurus,
iaitu dalam keadaan tangan kanan paras bahu rakan sebelah
sambil memusingkan muka ke kanan, pemimpin akan memberi
arahan, “Pandang Depan”.
b. Semua perlu pandang ke hadapan , menjatuhkan tangan dan
berdiri dalam keadaan sedia dan diam.

6. Pusing ke kiri

a. Pandu puteri pusing 90 darjah ke kiri dalam kedudukan sedia.
b. Semasa berpusing tangan dirapatkan ke sisi paha, kaki turut berpusing .
c. Kemudian, kaki kanan diangkat
d. Seterusnya, dihentakkan ke tanah dengan merapatkan ke tumit kanan
supaya kekal dalam kedudukan sedia .

7. Pusing ke kanan

a. Pandu puteri pusing 90 darjah ke kanan dalam kedudukan sedia.
b. Semasa berpusing tangan dirapatkan ke sisi paha, kaki turut
berpusing .
c. Kemudian, kaki kiri diangkat
d. Seterusnya, dihentakkan ke tanah dengan merapatkan ke tumit kanan
supaya kekal dalam kedudukan sedia .

8. Pusing ke belakang

a. Pandu puteri pusing 180 darjah ke belakang dalam kedudukan sedia.
b. Semasa berpusing tangan dirapatkan ke sisi paha, kaki turut berpusing,
pusingan itu ikut sebelah kanan badan.
c. Kaki kiri diangkat .
d. Kemudian, terus dihentakkan ke tanah dengan merapatkan tumit kanan
supaya kekal dalam kedudukan sedia.

9. Pusing ke hadapan
10. Hormat ke kanan
11. Cepat jalan
12. Berhenti
13. Keluar barisan

a. Pandu puteri pusing ke kanan dalam keadaan sedia.
b. Ahli mengangkat kaki kiri ke aras paras lulut lalu menghentakkannya
rapat ke kanan.
c. Kemudian, terus melangkah 3 langkah ke hadapan dan keluar
daripada barisan

Pergerakan kawad kaki
Pandu Puteri

1.Rehatkan diri 2. Senang diri

4. Kekanan lurus

3. Sedia

5. Pandang ke hadapan 6. Pusing ke kiri

7. Pusing ke kanan 8. Pusing ke belakang

9. Pusing ke hadapan 10. Hormat ke kanan

11. Cepat jalan

12. Berhenti

13. Keluar barisan

Asas pertolongan
cemas

Pengertian Pertolongan Cemas Maksud Kecemasan

Pertolongan atau bantuan segera Sesuatu situasi kritikal
yang bersifat sementara diberikan yang boleh mengancam
kepada mangsa yang mengalami
kemalangan atau kecederaan dengan nyawa jika tidak diberi
segala kemudahan yang terdapat di rawatan segera,
tempat kejadian sebelum ketibaan
bantuan perubatan atau sebelum kesakitan mangsa
menjadi lebih serius,
mangsa mendapat rawatan
perubatan lebih mudarat dan
mungkin menyebabkan

kematian.

Objektif Ciri-ciri Seorang
Penyelamat
a. Menyelamat nyawa
b. Mengelak mangsa cedera lebih a. Bertanggungjawab
b. Berjiwa cekal,
serius
c. Mengurangkan kesakitan waras dan tenang
d. Menguruskan pemindahan ke c. Mengamati prinsip

hospital keselamatan diri
d. Berpengetahuan
dan berkeyakinan

e. Terlatih

Tujuan-tujuan Pertolongan Cemas

a) Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.
b) Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.
c) Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa.

Anduh dan balutan

Jenis Anduh Kesemua balutan-balutan
dia bawah

hendaklah menggunakan
ikatan buku sila

Anduh Besar
Anduh Kecil
Anduh Pergelangan Tangan
Anduh Menaik
Anduh Lengan
Anduh Lutut

Anduh Besar

1. Bucu kain atas 2. Kemudian 3. Bucu atas kain anduh
anduh hendaklah ikatan buku sila yang diletakkan pada
diletakkan pada diikatkan pada siku tadi boleh dipinkan
siku lengan yang atas bahu atau dilipat ke bahagian
cedera dalam supaya nampak
lebih kemas

Anduh Kecil

1. Letakkan tapak 2. Kemudian tarik
tangan yang dan letakkan bucu
tercedera di atas kain anduh di
atas kain atas tangan
anduh
4. Ikatan buku sila
3. Silangkan kermudiannya
kedua-dua bucu diikat pada atas
hujug kain anduh pergelangan
di atas dan tangan
bawah

Anduh Menaik

1. Kedua ujung yang 2. Dasar segi tiga 3. Lalu kedua
baru dibuat ditarik sehingga ujung dasar segi
dililitkan secara bahu yang cedera tiga dililitkan ke
longgar ke leher, tertutup lengan dan diikat
lalu diikat ke
belakang

Anduh Pergelangan Tangan

Letakkan tapak tangan Silangkan kedua-
yang tercedera di atas kain dua bucu hujung
anduh, kemudian tarik dan kain anduh di
letakkan bucu atas kain atas dan bawah
anduh di atas tangan
Ikatan buku sila
Ikatan buku sila diikat kemudiannya diikat pada
pada belakang tumit jika atas pergelangan tangan
terdapat kecederaan seperti yang ditunjukkan di
pada bahagian kaki yang gambarajah di atas.
mesti dibalut

Anduh Lengan

Bucu atas kain Kemudian Bucu atas kain anduh
anduh hendaklah ikatan buku yang diletakkan pada
diletakkan pada sila diikat siku tadi boleh
siku lengan yang pada atas dipinkan atau dilipat
tercedera bahu ke bahagian dalam
untuk lebih kemas

Anduh Lutut

Lipat sedikit kain Tarik kedua-dua hujung Tutup ikatan
anduh dan kain anduh melintasi tersebut dengan
letakkannya (seperti bawh lutut kemudian bucu atas kain
gambarajah) di atas ikatkan buku sila pada anduh untuk lebih
lutut yang tercedera atas bahagian lutut kemas

Anduh Kepala

1. Lipatkan sedikit kain 2. Pegang kedua-dua
anduh tersebut dan hujung kain anduh dan
letakkannya pada atas silang ke belakang
dahi mangsa dan kepala kemudian
biarkan bucu atas kain dibawa ke dahi dan
anduh berada di diikat buku sila
belakang kepala

3. Lipat lebihan
di belakang
untuk lebih
kemas

Asas perkhemahan

Pemimpin pasukan yang ingin menganjur satu perkhemahan
Pandu Puteri perlulah memenuhi syarat berikut :

• Berwaran
• Mendapat kebenaran dari pesuruhjaya
• Semua ahli dilindungi insuran
• Maksima perkhemahan lima hari empat malam
• Peserta 24-36 ( bagi pemimpin yang mengambil ujian )

Perancangan sebelum perkhemahan

• Memohon kepada ibupejabat Pandu Puteri kebenaran
menjalankan perkhemahan
• Menubuh jawatankuasa perkhemahan (staf kem)
• Mengadakan mesyuarat staf perkhemahan
• Memilih tapak yang sesuai dan mempunyai kemudahan asas.
• Menghantar surat makluman kepada majlis perbandaran (kutip
sampah), hospital (doktor on call dan Balai Polis).
• Memilih staf perkhemahan iaitu :
Kem Komandan , Penolong Kem Komandan , Juru Pertolongan
Cemas, Penolong Juru Pertolongan Cemas, Juru Masak &
Penolong Juru masak
• Menyedia jadual aktiviti perkhemahan
• Menyedia anggaran perbelanjaan perkhemahan
• Senarai peralatan

Semasa Perkhemahan
• Memastikan tapak perkhemahan telah dalam keadaan sedia
semasa ahli mendaftar.
• Menjalankan aktiviti yang dirancang
• Mengubahsuai aktiviti mengikut keperluan semasa
• Bekerjasama dengan staf perkhemahan menyelesaikan
masalah di tapak
• Menjalankan mesyuarat Court Of Honour (COH) setiap hari
bersama staf perkhemahan dan ketua dan penolong
kumpulan ( mesyuarat staf perkhemahan dan ketua-ketua
kumpulan)
• Memeriksa tapak perkhemahan setiap hari selepas panji-
panji.

Selepas Perkhemahan

• Membuat penilaian perkhemahan

• Membuat laporan

• Menghantar surat terima kasih kepada agensi yang terlibat

membantu perkhemahan

• Membersihkan tapak perkhemahan

Agihan tugas kumpulan

Semasa perkhemahan konsep aktiviti berasaskan patrol mesti dilaksanakan. Iaitu Kem
Komandan perlu mengagih kumpulan besar pekhemah kepada empat patrol. Patrol

ini boleh menggunakan nama yang telah ditentukan. Setiap patrol perlu dilantik ketua
dan penolong. Semasa berkhemah semua ahli menyelesaikan tugasan dan melakukan

aktiviti dalam kumpulan. Sikap kerjasama ini perlu ditekankan oleh pemimpin.

Tugas utama kumpulan

Dalam buku Mari Berkhemah (1977) yang diterbitkan oleh persatuan Pandu Puteri
Malaysia tugas kumpulan di bahagikan kepada empat yang utama. Iaitu memasak,

menghidang, kesihatan dan api & air. Pennambahan tugas atau pengubahsuaian
boleh dibuat sekiranya pekhemah menjalani perkhemahan dalam pelbagai situasi

seperti kemudahan yang lebih banyak, kaedah memasak atau aspek keperluan
kebersihan yang berbeza.

GAJET

Gajet diperlukan semasa perkhemahan untuk menggantikan
perabot dan peralatan yang diperlukan. Gajet yang dibuat
mestilah mudah dan ringkas serta mudah untuk dirobohkan

selepas aktiviti perkhemahan.

Contoh gajet perkhemahan



SEKIAN,
TERI
MA
KASIH


Click to View FlipBook Version