49 TAHUN 2023/2024 HAL EHWAL MURID (HEM) GARIS PANDUAN SUB UNIT HEM JAWATANKUASA DISIPLIN DAN PENGAWAS TUGAS-TUGAS: 1. Membantu Guru Besar merangka peraturan sekolah dan diputuskan bersamasama. 2. Kes-kes disiplin yang berat perlu dirujuk kepada Guru Besar sebelum tindakan diambil ke atas murid berkenaan. 3. Memastikan nilai-nilai murni dipraktikkan di sekolah. 4. Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi. 5. Menjalankan pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa. 6. Merancang dan melaksanakan program meningkatkan disiplin sekolah dan mengurangkan salah laku murid ke tahap yang minima. 7. Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada Penolong Kanan HEM seminggu sekali. 8. Mengadakan Latihan kepimpinan Pengawas. 9. Merekodkan semua kes salah laku murid dalam Buku Laporan Disiplin. 10. Memastikan para pengawas menjalankan tugas mereka. 11. Menyediakan jadual bertugas pengawas. 12. Mengadakan mesyuarat badan pengawas. JAWATANKUASASKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) TUGAS-TUGAS: 1. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Buku Teks 1.1 Mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun iaitu pada awal dan akhir tahun. 1.2 Pembahagian tugas pagi/petang 1.3 Taklimat kepada semua guru kelas 1.4 Pembahagian tugas pentadbiran 2. Membuat pesanan buku 2.1 Membuat pesanan pada awal tahun ke Biro Buku Teks 2.2 Mencadangkan pertukaran buku pada awal tahun ( sekiranya perlu) 2.3 Membuat anggaran yang tepat untuk tahun berikutnya 2.4 Mengisi borang maklumat berkomputer dan menghantar mengikut jadual.
50 TAHUN 2023/2024 HAL EHWAL MURID (HEM) 3. Pengedaran 3.1 Menentukan tarikh pengedaran 3.2 Mengesan kelancaran pengedaran 3.3 Memastikan semua guru kelas telah mengagihkan buku pinjaman kepada semua murid. 4. Pengurusan Pemulangan SPBT 4.1 Menentukan tarikh pemulangan mengikut kelas. 4.2 Mengira dan mencatat bilangan buku yang dikembalikan mengikut kelas 4.3 Memastikan buku yang hilang dan diganti. 5. Pengurusan Rekod Dokumen 5.1 Menyelenggarakan fail telah dikemaskini mengikut jenis 5.2 Mengemaskinikan buku stok. 5.3 Senarai tugas- Pengedaraj/ Pengumpulan 6. Pengurusan Keselamatan Buku 6.1 Mengurus bilik SPBT 6.2 Membuat Peraturan penggunaan bilik SPBT 6.3 Memastikan murid membalut buku SPBT dengan pembalut plastic JAWATANKUASA PENDAFTARAN MURID TUGAS-TUGAS: 1. Memastikan semua dokumen disediakan sebelum murid berpindah. 2. Menyediakan Borang Maklumat Murid untuk murid yang berpindah masuk ke sekolah disediakan . 3. Menerima dan mendaftar kemasukan murid-murid baharu. 4. Menguruskan pendaftaran murid ke Tahun 1 bagi tahun semasa dan tahuntahun berikutnya. 5. Mendaftarkan murid-murid baharu ke dalam buku pendaftaran dengan bantuan guru- guru kelas. 6. Memastikan kerja-kerja pendaftaran dilaksanakan dengan sempurna terutama murid-murid Tahun 1. 7. Mengemaskini buku pendaftaran dari semasa ke semasa. 8. Menguruskan kemasukan dan pertukaran murid dengan cara memproses borang pertukaran, dokumen-dokumen,sijil-sijil,rekod-rekod pencapaian dan bahan-bahan lain yang berkaitan dengan murid tersebut. 9. Menyelaras tugas mengumpul data dan maklumat murid. 10. Menghantar laporan pergerakan kemasukan dan keluar murid kepada Guru Data dan Maklumat (GDM) setiap bulan untuk dikemaskini dalam Sistem Maklumat Murid (SMM). 11. Mengurus dan memastikan murid-murid Tahun 6 ditempatkan di sekolah menengah yang dicadangkan .
51 TAHUN 2023/2024 HAL EHWAL MURID (HEM) 12. Memproses penempatan murid ke Tingkatan 1 bagi murid-murid Tahun 6. 13. Membantu guru Tahun 6 menguruskan dokumen,sijil,slip peperiksaan bagi murid yang akan ditempatkan ke sekolah menengah. JAWATANKUASA DATA APDM TUGAS-TUGAS 1. Mengisi dan mengemaskini data guru, staf sokongan dan murid ke dalam APDM. 2. Menyediakan penyata bulanan murid. 3. Menyediakan data tentang latar belakang murid mengenai ekonomi, tempat tinggal penjaga, jenis pengangkutan ke sekolah, agama yang dianuti dan lainlain. 4. Menyemak jadual kedatangan murid pada setiap hujung minggu. 5. Memastikan setiap murid baharu diberi nombor pendaftaran. 6. Menyediakan maklumat sekolah: 6.1 Profil sekolah 6.2 Maklumat bangunan sekolah 6.3 Maklumat kawasan sekolah 6.4 Menyediakan maklumat kemudahan sekolah 7. Menyediakan maklumat enrolmen : 7.1 Menyediakan enrolmen murid dan bilangan kelas mengikut kaum dan jantina. 7.2 Bilangan murid yatim, piatu dan yatim piatu 7.3 Menyediakan enrolmen murid dan bilangan kelas mengikut kaum dan agama. 7.4 Bilangan murid mendaftar Tahun 1 7.5 Bilanan murid tadika swasta / kerajaan 7.6 Enrolmen warga asing JAWATANKUASA PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH TUGAS: 1. Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan-peraturan Pekeliling Kementerian Pelajaran/Kesihatan. 2. Memastikan makanan mempunyai harga yang berpatutan. 3. Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat serta menggunakan penyepit untuk mengambil makanan . 4. Memastikan semua pekerja kantin telah menjalankan pemeriksaan kesihatan dan memiliki kesihatan yang telah disahkan. 5. Memastikan keadaan dalam dan luar kantin sentiasa bersih, kemas dan ceria. 6. Memastikan semua pekerja kantin berada di premis supaya mudah dihubungi.
52 TAHUN 2023/2024 HAL EHWAL MURID (HEM) 7. Memastikan semua penjual dan kakitangan di kantin sentiasa memakai tanda nama, apron dan penutup kepala yang bersih serta kemas mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan. 8. Memastikan semua makanan ditutup dengan tudung saji / kain maslin atau disimpan dalam bekas yang bertutup. 9. Memaklumkan kepada pihak penguasa tentang hari-hari persekolahan. 10. Membuat laporan bulanan kepada pengusaha kantin. 11. Membuat laporan bulanan kebersihan kantin. 12. Mengadakan mesyuarat dua kali setahun dan perbincangan dari semasa ke semasa. JAWATANKUASA3K (KESELAMATAN, KEBERSIHAN, KESIHATAN) 1. Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Pengurusan Kebersihan, Keselamatan dan Kesihatan Keceriaan. 1.1 Menentukan program pembangunan 3K murid dilaksanakan di sekolah. 1.2 Menyelaras aktiviti-aktiviti program 3K sekolah dengan agensi-agensi yang berkaitan. 1.3 Menentukan keperluan-keperluan kebersihan untuk kesejahteraan murid-murid di sekolah. 1.4 Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam Pendidikan 3K. 1.5 Mengenal pasti keperluan latihan kepada warga sekolah. 1.6 Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan kebersihan dipatuhi oleh pihak yang berkaitan dengan perjanjian / kontrak seperti syarikat pembersihan, pengusaha kantin sekolah, pembekal makanan RMT dan pembekal susu sekolah. 2 . Mewujudkan polisi kebersihan dan kepimpinan yang berkaitan dengan pengurusan 3K murid. 3 . Melaksanakan pemeriksaan ,pemantauan serta penilaian kebersihan murid dan sekolah. 3.1 Mewujudkan serta melaksanakan manual penjagaan kebersihan murid dan program kebersihan sekolah. 3.2 Mengkaji dan menilai keberkesanan program secara berterusan.
53 TAHUN 2023/2024 HAL EHWAL MURID (HEM) 4. Menyediakan pelan kontingensi 3K untuk menangani kes-kes seperti banjir, jerebu, keracunan makanan dan lain-lain. 6. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang yang berkaitan program 3K. 7. Menyediakan dan membuat laporan berkala. 8. Membantu pihak sekolah mengawasi dan mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah dari semasa ke semasa. JAWATANKUASAGURU PENYAYANG & UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING TUGAS-TUGAS : 1. Merancang dan menyelaras program Bimbingan dan Kaunseling. 2. Menyelaras dan menyediakan rekod Bimbingan dan Kaunseling murid serta menyediakan laporan yang diperlukan. 3. Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran belajar 4. Merancang dan melaksanakan program dan orientasi bagi murid baharu. 5. Memastikan semua murid mempunyai kad kesihatan yang telah dikemaskini setiap tahun. JAWATANKUASA PELAKSANA KELAB PENCEGAHAN JENAYAH & PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH ( PPDa) SEKOLAH TUGAS-TUGAS: 1. Merancang dan menyelaras pelaksanaan program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. 2. Merancang dan melaksanakan program /aktiviti PPDa di sekolah sepanjang tahun. 3. Memastikan semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan. 4. Mendokumentasikan semua aktiviti yang dijalankan. 5. Membuat pemantauan dan penilaian. 6. Menyediakan laporan tahunan. 7. Mengwujudkan Papan kenyataan, sudut atau lorong berkaitan pencegahan jenayah dan anti dadah.
54 TAHUN 2023/2024 HAL EHWAL MURID (HEM) 8. Menganjur dan mengendalikan program/aktiviti-aktiviti pencegahan jenayah di kalangan murid. 9. Melapor unsur-unsur jenayah di kawasan sekolah kepada pihak berkuasa` 10. Bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program- program di bawah pendidikan pencegahan dadah seperti program ceramah 5 minit anti-dadah. 11. Mengadakan bulan atau minggu anti dadah peringkat sekolah. 12. Merancang dan melaksanakan program-program seperti ceramah, pameran dan pertandingan-pertandingan bertemakan anti dadah. 13. Mengemaskini fail dari masa ke semasa. 14. Mengawasi dan memerhati murid-murid yang mungkin terlibat dalam penyalahgunaan dadah seperti merokok, menghidu gam dan melaporkan kes- kes tersebut kepada pihak sekolah dan menghantar data kepada PPD/JPN. JAWATANKUASAKUMPULAN WANG AMANAH PELAJARMISKIN ( KWAPM)/ BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN &e-KASIH TUGAS-TUGAS: 1.Mengemaskini maklumat murid dalam SPS Modul Pengurusan Murid i. Nama murid ii.No Pengenalan Murid iii.Darjah Terkini iv.Status Warganegara v.Nama Ibu Bapa vi.No Kad Pengenalan Ibu bapa vii.Pendapatan Ibu Bapa viii.Viii.Tanggunan Ibu Bapa 2. Membentangkan senarai murid tersebut ke dalam JK Bantuan di sekolah untuk disahkan. 3. Memaklumkan kepada guru kelas supaya mengemaskini data murid dalam APDM untuk memastikan jika ada murid yang layak memohon KWAPM/BAP/eKASIH tetapi tidak tersenarai dalam proses bantuan (KES CICIR)
55 TAHUN 2023/2024 HAL EHWAL MURID (HEM) JAWATANKUASA PENGURUSAN RMT SEKOLAH TUGAS-TUGAS : 1. Memilih dan menentukan murid-murid yang layak menerima bantuan RMT. 2. Mencari pengganti jika ada murid yang menolak RMT. 3. Merekod,mengemaskini serta menyimpan rekod murid-murid yang layak menerima bantuan di bawah RMT. 4. Menyediakan giliran guru bertugas kepada guru-guru RMT untuk mengawasi murid-murid di bawah RMT serta menyedia dan menyelaras hidangan makanan oleh pembekal setiap hari. 5. Memantau pelaksanaan RMT agar program berjalan mengikut perancangan yang teratur dan tersusun. 6. Memilih dan menyediakan senarai nama murid ganti sekiranya murid yang menerima RMT tidak hadir ke sekolah pada hari tertentu. 7. Mengadakan perjanjian dengan pengusaha kantin untuk menyediakan makanan kepada bilangan murid yang layak menerima RMT sepanjang tahun. 8. Memastikan pengusaha kantin mematuhi kehendak menu serta syarat menjaga kebersihan dan kesegaran makanan murid. 9. Mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa dengan pengusaha kantin bagi menentukan urusan yang lebih baik. 10. Menerima dan menganalisa segala aduan berhubung dengan makanan atau minuman daripada murid-murid . 11. Antara tugas penting penyeliaan guru bertugas ialah :- a) Mengawasi murid supaya makan sebelum sesi persekolahan bermula setiap pagi. b) Memastikan kehadiran murid mencukupi bilangan , bertanggungjawab mencari pengganti jika ada yang tidak hadir. c) Memastikan hidangan makanan yang dibekalkan mencukupi dan mengikut menu yang telah ditetapkan. d) Memastikan makanan yang disediakan sentiasa bersih.
56 TAHUN 2023/2024 HAL EHWAL MURID (HEM) e) Sentiasa bersedia dan bertindak segera dalam menghadapi kemungkinankemugkinan berlaku ( contoh keracunan makanan ) f) Membuat catatan harian dalam buku laporan RMT. g) Mencatat berat dan tinggi murid di awal dan akhir tahun persekolahan. JAWATANKUASA PENARAFAN TANDAS MURID TUGAS-TUGAS : 1. Memastikan keadaan di dalam dan di luar tandas sentiasa bersih dan kemas. 2. Mencantik dan menceriakan tandas. 3. Melekat / menampal poster-poster dan peraturan yang bersesuai di Tandas. 4. Mengadakan pemantauan dari masa ke semasa. 5. Melaporkan kepada Pentadbir semua kerosakan di tandas agar dapat diperbaiki dengan kadar yang segera. JAWATANKUASA BANTUAN SOSIAL/KEBAJIKAN MURID TUGAS-TUGAS : TUGAS UMUM JAWATANKUASA 1. Merancang dan mengadakan projek untuk mengisi Tabung Kebajikan. 2. Mengenal pasti murid-murid yang memerlukan bantuan kebajikan. 3. Menyediakan borang permohonan, mengumpul dan membuat keputusan melalui mesyuarat. 4. Mengeluarkan bantuan dalam bentuk wang, pakaian, peralatan dan lainlain. 5. Mengurus agihan derma dan bantuan dalam/luar dari semasa ke semasa. 6. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.
57 TAHUN 2023/2024 HAL EHWAL MURID (HEM) BANTUAN KEWANGAN 1. Memilih dan memperakukan murid yang layak untuk bantuan berbentuk kewangan. 2. Menyediakan minit mesyuarat yang lengkap mengandungi maklumat bagi tujuan auditan dan pemantauan seperti berikut: a. Senarai nama murid yang membuat permohonan. b. Senarai nama murid yang diperakukan oleh jawatankuasa. c. Senarai nama murid yang tidak diperakukan bersama justifikasi penolakan. 3. Menentukan bayaran bantuan kewangan sama ada dimasukkan ke akaun murid, wang tunai, cek atau pemberian dalam bentuk barangan. 4. Memastikan urusan terimaan dan bayaran dibuat mengikut Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah/Akaun Khas. 5. Melaporkan kepada Bahagian Kewangan, KPM sekiranya terdapat keraguan pada senarai penerima Data Sedia Ada (DSA) dan status Miskin/Miskin Tegar murid yang tersenarai dalam eKASIH dan Data Murid Orang Asal (DMOA). BANTUAN PAKAIAN SERAGAM (BPS) 1. Menerima peruntukan BPS dan mengakaunkan jumlah yang diterima di bawah lajur Bantuan Persekolahan Lain (BPL) dalam Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan (KWK). 2. Menyelenggarakan Akaun Subsidiari BPS. 3. Menyediakan laporan prestasi perbelanjaan BPS secara berkala kepada JPN.
58 TAHUN 2022/2023