The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kertas kerja ini membincangkan tentang peranan pendidikan dalam membentuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat malaysia bermula pada zaman penajajahan hinggalah ke generasi hari ini.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ummuhanis80, 2018-03-22 02:49:04

PENDIDIKAN UNTUK PERPADUAN

Kertas kerja ini membincangkan tentang peranan pendidikan dalam membentuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat malaysia bermula pada zaman penajajahan hinggalah ke generasi hari ini.

Keywords: Pendidikan,Perpaduan

41

menetapkan mulai tahun 1970, bermula dari darjah satu, semua mata pelajaran sekolah rendah
akan diajar dalam bahasa Melayu kecuali bahasa Inggeris dan bahasa ibunda. Selain daripada
pendidikan, matlamat integrasi etnik selepas peristiwa 13 Mei 1969 cuba dicapai melalui
pelbagai strategi seperti pembentukan ideologi negara iaitu Rukun Negara dan pengenalan
Dasar Ekonomi Baru.

3.3 PENDIDIKAN ZAMAN DASAR EKONOMI BARU 1970-1990

Secara menyeluruh, pendidikan memainkan peranan yang penting dalam mencapai
perpaduan nasional. Mencapai perpaduan kebangsaan telah dikenal pasti sebagai objektif
utama dasar-dasar pendidikan tahun 1970-an. Dalam tempoh ini, pendidikan diberi keutamaan
untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang
pendidikan yang sama. Kesinambungan daripada Rancangan Malaysia yang pertama, sistem
pendidikan negara terus mengalami arus perubahan dan perkembangan pada Rancangan
Malaysia yang kedua (1971-1975). Di bawah Rancangan Malaysia Kedua, rancangan
pendidikan negara ditumpukan pada tiga bidang iaitu menyatukan sistem pelajaran bagi
menggalakkan perpaduan negara, memperluaskan rancangan pelajaran bagi mencapai
keperluan negara untuk tenaga rakyat dan memperbaiki mutu pelajaran ke arah mencapai
masyarakat yang maju berasaskan sains dan teknologi moden.

Antara strategi yang dilaksanakan untuk mencapai tiga hasrat ini ialah melaksanakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah secara berperingkat. Kedua
mengurangkan jurang perbezaan dalam memberikan peluang pelajaran di antara kawasan-
kawasan dan juga antara kaum melalui pembinaan sekolah dan kemudahan yang baru di
sekolah luar bandar serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan. Ketiga, meningkatkan
mutu pelajaran. Dalam usaha untuk meningkatkan mutu pelajaran ini antaranya melalui
pengurangan bilangan pelajar yang terkandas dalam peperiksaan awam, membuat penilai
secara sistematik, memperbaiki sukatan pelajaran serta memperseimbangkan antara
matapelajaran teras dengan matapelajaran elektif seperti sanis dan teknologi. Penggunaan
bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga turut diberi tumpuan. Di samping itu, pencapaian
akademik antara etnik cuba diseimbangkan kerana integrasi melalui sistem persekolahan tidak
dapat dicapai sepenuhnya tanpa pencapaian akademik setara antara pelajar bumiputera dengan
pelajar bukan Melayu, khususnya bumiputera yang tinggal di luar bandar. Oleh itu Penyata
Murad 1973 menekankan supaya lebih banyak sekolah-sekolah asrama penuh didirikan.

42

Pada tahun 1974, kerajaan sekali lagi telah membentuk Jawatankuasa Kabinet yang
dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr.Mahathir Mohamad untuk mengkaji pelaksanaan dasar
pelajaran kebangsaan yang laporannya disiapkan pada tahun 1979 (Ministry of Education,
1985). Laporan Jawatankuasa Kabinet yang dihasilkan sekali lagi mempunyai matlamat utama
untuk mencapai perpaduan dalam masyarakat pelbagai etnik. ‘Perpaduan’ telah dirujuk secara
khusus oleh laporan sebagai ciri-ciri afektif yang merangkumi perasaan, emosi, sentimen, sikap
dan nilai. Di sekolah murid-murid akan dibimbing dan dididik untuk membina nilai-nilai baik
yang mana boleh menggalakkan perpaduan kebangsaan.

Di peringkat sekolah, kurikulum dan kokurikulum dianggap mempunyai perkaitan yang
rapat dengan dasar perpaduan nasional. Di samping mengandungi ilmu pengetahuan,
kurikulum berfungsi sebagai pembentuk personaliti dan watak baik yang seterusnya akan
menggalakkan perpaduan. Kokurikulum pula akan memupuk, menanam dan menggalakkan
esprit de corps dalam kalangan murid-murid pelbagai keturunan ‘kaum’ (racial origin) yang
berbeza latar belakang dan gaya hidupnya (Ministry of Education 1985:60). Berpandukan
Laporan Jawatankuasa Kabinet, polisi pendidikan berikutnya, menekankan matlamat-matlamat
khusus untuk mencapai perpaduan nasional, menghasilkan tenaga kerja berkualiti kepada
pembangunan negara, mencapai pendemokrasian pendidikan dan menanamkan nilai-nilai
positif (EPRD 1993).

Perkembangan pendidikan berikutnya ialah pembentukan Falsafah Pendidikan Negara
pada tahun 1987 adalah diasaskan kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 dengan
meneruskan menyatupadukan rakyat sebagai matlamat pertamanya. Falsafah Pendidikan
Negara yang dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyentuh tentang perpaduan
melalui frasa “memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara”. Di samping itu falsafah pendidikan berkenaan telah menghimpunkan
aspek-aspek dan nilai-nilai baik yang jika betul-betul diikuti tentu akan dapat membentuk
perpaduan. Justeru dapat dikatakan perkara penting yang lahir daripada falsafah pendidikan
yang berkaitan hubungan antara etnik ialah untuk membentuk generasi akan datang yang boleh
bertoleransi antara satu etnik dengan yang lain.

Pada tahun 1990-an, sistem pendidikan telah melalui beberapa perubahan sebagai
penyesuaian kepada Wawasan 2020 yang mula diketengahkan pada 28 Februari 1991 (INTAN,

43

1994). Pada tahun 1996 beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan telah diluluskan.
Antaranya ialah Akta Pendidikan 1996, Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta Majlis
Pendidikan Tinggi Negara 1996, dan Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996. Akta Pendidikan
1996 dengan jelas menegaskan kepentingan pendidikan untuk negara dan bangsa di mana ia
mengambil kira situasi dunia yang bersifat global, wawasan negara, pendidikan bertaraf dunia
dan konsep perpaduan yang diselaraskan dengan prinsip-prinsip Rukun Negara (Amir Hasan
Dawi, 2004). Akta Pendidikan 1996 menyatakan dasar sistem pendidikan kebangsaan yang
“memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, kurikulum kebangsaan
dan peperiksaan yang sama; pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif
skopnya dan akan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara melalui
pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukun
Negara” (Akta Pendidikan 1996).

3.4 PENDIDIKAN ZAMAN DASAR PEMBANGUNAN NEGARA 1991-2000

Pada tahun-tahun 1990an kerajaan Malaysia telah menjalankan dasar liberalisasi pendidikan.
Dasar ini telah membawa perubahan besar dalam pendidikan tinggi di Malaysia. Pada dekad
ini beberapa perubahan telah dilakukan. Usaha telah giat dilakukan untuk memperkembangkan
dan memajukan sistem pendidikan negara. Melalui akta-akta pendidikan tinggi 1996 telah
memungkinkan perkembangan institusi-institusi pendidikan tinggi yang mana kebenaran telah
diberikan kepada pihak-pihak yang berkelayakan bagi menubuhkan institusi-institusi pengajian
tinggi.

Dalam tahun 1999 sahaja, tiga kolej universiti atau universiti penuh diwujudkan iaitu
Koleej Universiti Islam Malaysia (KUIM) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej
Universiti Sains dan Teknologi (KUSTEM). Di samping itu, kebenaran juga telah diberikan
kepada pihak yang berkelayakan untuk menubuhkan pusat pengajian tinggi swasta seperti
Universiti Teknologi Petronas, Universiti Multimedia, Universiti Tenaga Nasional, Universiti
Tun Abdul Razak (UNITAR) dan Universiti Tunku Abdul Rahman. Situasi ini merupakan satu
perkembangan yang baik dalam usaha menyemarakkan ilmu pengetahuan dan
mendemokrasikan pendidikan tinggi.

Kerajaan juga menggalakkan program pengajian berkembar dengan institusi-institusi
luar negara bagi kolej-kolej swasta. Terdapat juga universiti-universiti tempatan yang

44

menjalankan program pendidikan jarak jauh dan francais. Sebilangan universiti awam sudah
mencapai enrolmen melebihi 20,000 pelajar sepenuh masa manakala dengan penubuhan
institusi pendidikan tinggi swasta telah mempunyai enrolmen melebihi 200,000. Sesungguhnya
semua ini adalah merupakan usaha mendemokrasikan dan membuka peluang-peluang
pendidikan untuk rakyat.

3.5 SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA : KE ARAH PERPADUAN NASIONAL

Kementerian Pelajaran Malaysia memainkan peranan yang sangat penting dalam membawa
perubahan pendidikan di Malaysia sejak sekian lama lagi. Misi Kementerian Pelajaran
Malaysia ialah membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia, di
samping memperkembangkan potensi individu sepenuhnya memenuhi aspirasi negara.
Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan matlamat, iaitu melahirkan bangsa Malaysia
yang taat setia, bersatu padu, beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, sejahtera,
menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara, dan memberi peluang-
peluang pendidikan kepada semua warganegara.

Pada tahun 2007, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah
melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang bertujuan untuk
melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah, melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkemampuan, dan dapat mengangkat imej
sistem pendidikan negara di mata dunia (http//www.mohe.gov.my). Melalui PIPP 2006-2010
tersebut, enam teras strategik di garis, iaitu:

1) Membina negara bangsa
2) Membangunkan modal insan
3) Memperkasakan sekolah kebangsaan
4) Merapatkan jurang pendidikan
5) Memartabatkan profesion perguruan
6) Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.

Jika dikaji secara teliti, ternyata enam strategik yang digariskan itu membawa perubahan
kepada sistem persekolahan yang berperanan sebagai alat perpaduan. Strategik yang pertama

45

iaitu pembinaan negara bangsa sangat ditekankan oleh kerajaan untuk dilaksanakan kerana
melaluinya perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dapat
diperkukuhkan lagi. Pelan rancangan ini seiring dan dapat merealisasikan matlamat utama
pendidikan kebangsaan negara sejak merdeka, iaitu matlamat pendidikan untuk perpaduan
bangsa Malaysia. Sebab itu sekolah memainkan peranan yang penting untuk menyatupadukan
masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa untuk menjalinkan hubungan baik dan saling
bertoleransi.

Apabila mereka pulang ke rumah, hubungan antara bangsa yang berbeza terhenti kerana di
rumah mereka hanya bergaul dengan keluarga, bahasa yang digunakan adalah bahasa ibunda
dan untuk keluar bersama jarang dilihat. Masyarakat Malaysia lebih selesa dan kerap keluar ke
mana sahaja bersama dengan sahabat yang sama bangsa, agama dan budaya. Masyarakat
Malaysia yang berbilang bangsa hanya bertemu di pasar, di tempat awam, dan pejabat kerana
urusan kerja dan kemudian mereka pulang ke rumah.

Jadi, melalui sistem persekolahan, mereka yang berbilang bangsa dapat saling kenal-
mengenal dan berinteraksi dengan baik. Dari ketika itu mula wujud hubungan antara
masyarakat dan seterusnya membina perpaduan nasional yang kukuh. Perpaduan yang erat
dapat dikekalkan dan diperkukuhkan melalui dasar-dasar yang kerajaan laksanakan. Strategik
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang ketiga adalah memperkasakan sekolah
kebangsaan, iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah. Strategi ini merupakan usaha yang
bertepatan dengan keperluan semasa kerana melaluinya masyarakat mempunyai kepercayaan
serta keyakinan yang tinggi untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) tidak hanya memberi fokus kepada satu jenis
sekolah dan kaum tetapi ia untuk semua jenis aliran sekolah, termasuk sekolah jenis
kebangsaan Cina dan Tamil. PIPP termasuk dalam RMK 9, iaitu Rancangan Malaysia ke-
sembilan (2006-2010), adalah rancangan lima tahun pertama daripada tiga rancangan lima
tahun yang akan memacu Misi Nasional ke arah mencapai wawasan 2020. RMK 9 merangkumi
strategi, program, dan peruntukan yang diperlukan bagi merealisasikan impian negara melalui
Misi Nasional. Fokus utama ialah pembangunan modal insan, khususnya pendidikan tinggi,
dan penyediaan tenaga mahir. Rancangan Malaysia ke-sembilan telah menetapkan
pembangunan modal insan berminda kelas pertama sebagai salah satu daripada lima teras
utama ke arah mencapai Wawasan 2020.

46

Sekolah Wawasan merupakan antara percubaan yang dilakukan oleh kerajaan bagi
membawa perubahan dalam sistem pendidikan negara. Sekolah Wawasan bererti sekolah
rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa
mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, tiga buah sekolah rendah berlainan aliran
akan ditempatkan dalam kawasan yang sama, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis
kebangsaan Cina dan Tamil. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh
disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (KPM,2010).

Antara tujuan utama penubuhan Sekolah Wawasan ialah mewujudkan perpaduan dalam
kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang, memupuk semangat
integrasi antara pelajar pelbagai aliran, melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi
dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, dan
menggalakkan interaksi maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian
kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah (KPM,2010). Melalui cara
ini ternyata ia dapat membawa kesedaran yang tinggi kepada masyarakat tentang pentingnya
perpaduan dalam kalangan masyarakat yang perlu dipupuk semenjak dari kecil lagi.

Kewujudan Sekolah Bestari dan Kluster juga menjadi perintis perubahan kepada sistem
pendidikan di Malaysia. Mengikut perancangan kerajaan, Sekolah Bestari akan dilaksanakan
di seluruh negara pada tahun 2010, namun begitu hasrat untuk melihat kejayaan pelaksanaan
Sekolah Bestari di seluruh negara masih tidak kesampaian. Sama seperti Sekolah Kluster dan
Sekolah Wawasan, ia hanya berjaya dilaksanakan di beberapa kawasan tertentu sahaja.

Sekolah Bestari merupakan sekolah yang ditubuhkan dengan teknologi canggih, dengan
pengubahsuaian kurikulum agar selari dengan perkembangan pesat dalam era sains dan
teknologi. Secara khususnya, objektif Sekolah Bestari ialah melatih pelajar-pelajar supaya
cerdas dan pandai menggunakan teknologi terkini dalam aktiviti pembelajaran mereka yang
bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf
dunia. Sekolah Bestari juga diwujudkan untuk melahirkan generasi yang mampu menghadapi
cabaran Wawasan 2020.

Sekolah Kluster pula ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti
cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid.
Kewujudan Sekolah Kluster bertujuan untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam

47

sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam
kluster yang sama (KPM,2010).

Dalam pada itu, konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia
sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak, menjadi penggerak utama ke arah mencapai perpaduan
dan integrasi kaum yang bertemakan “rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan”. Konsep
1Malaysia merupakan satu gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia
yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang menjadi amalan setiap
rakyat Malaysia. Dalam menjayakan matlamat ini, sektor pendidikan terutamanya melalui
sistem persekolahan memainkan peranan utama dengan menerapkan nilai-nilai murni dan
perpaduan nasional (Atan Long, 1984). Ini bukan sesuatu yang baru untuk dilaksanakan di
sekolah tetapi ia boleh menjadi perintis bermulanya perubahan masyarakat Malaysia supaya
mencapai matlamat perpaduan nasional.

48

BAB IV

DAPATAN KAJIAN

4.0 PENDAHULUAN

Kajian ini melibatkan pemerhatian dan temu bual untuk melihat perpaduan yang wujud dalam
pendidikan. Kajian bermula dengan pemerhatian secara keseluruhan perpaduan dalam
pendidikan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah. Manakala data-data temu bual ditranskrip
kemudiannya dianalisis dengan membahagikan kepada tema-tema.

4.1 DAPATAN PEMERHATIAN

Pengkaji telah meminta kebenaran dari pentadbir sekolah yang telah dikenal pasti mempunyai
murid pelbagai etnik untuk menjalankan kajian ini. Pemerhatian telah dilakukan terhadap
murid dan guru sekolah tersebut. Antara pola-pola yang diperhatikan ialah

4.1.1 Perhimpunan Pagi
4.1.2 Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Kelas
4.1.3 Waktu Rehat
4.1.4 Gerak Kerja Kokurikulum

4.1.1 Perhimpunan Pagi

Pada pemerhatian ini, pengkaji memerhatikan situasi sebelum dan semasa para pelajar dan guru
menghadiri perhimpunan pagi wajib yang diadakan pada setiap hari Isnin. Daripada
pemerhatian ini pengkaji melihat pelajar-pelajar akan menghantar beg dahulu ke dalam kelas
dan turun semula ke tapak perhimpunan. Semasa di tapak perhimpunan pelajar-pelajar akan
mencari ‘geng’ masing-masing dan mengikut etnik sementara menunggu perhimpunan
bermula. Mereka berbual-bual menggunakan bahasa etnik masing-masing. Terdapat juga
sekelompok murid lelaki Cina dan India menggunakan bahasa Inggeris. Apabila pengkaji

49

mendekati mereka dan bertanya topik yang diperbualkan, mereka mengatakan bahawa mereka
berbincang tentang kerja sekolah yang telah dibekalkan oleh guru dan aktiviti yang mereka
lakukan pada hari Ahad.

Semasa perhimpunan bermula, pelajar-pelajar mula berbaris mengikut kelas masing-
masing. Mereka berbaris berasingan jantina iaitu lelaki dan perempuan mengikut aras
ketinggian iaitu pelajar yang rendah berada di hadapan dan yang tinggi di belakang. Pelajar-
pelajar yang mempunyai aras ketinggian yang sama akan cuba berada di kelompok etnik yang
sama. Terdapat juga tiga orang pelajar perempuan India memakai baju kurung sebagai uniform
sekolah mereka. Perhimpunan pagi dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku,
lagu negeri dan lagu sekolah dengan penuh bersemangat oleh pelajar-pelajar. Kemudian
disusuli pula dengan bacaan ikrar Rukun Negara oleh wakil pelajar dengan diikuti oleh semua
pelajar dan guru sekolah. Seterusnya perhimpunan dimulakan dengan ucapan guru bertugas
dan pihak pentadbir menggunakan bahasa Melayu.

Guru-guru dan pentadbir sekolah pula berada di hadapan murid dan duduk pada kerusi
yang telah disusun oleh Lembaga Pengawas Sekolah. Barisan guru lelaki berada di sebelah
kanan dan guru wanita di sebelah kiri. Pengkaji mendapati guru lelaki duduk pada kerusi yang
disediakan tanpa mengira etnik. Manakala guru wanita pula, pada barisan pertama kelompok
guru Melayu, pada barisan kedua pula kelompok guru Melayu, Cina dan India. Semasa
perhimpunan berlangsung kedengaran guru-guru ini berbual-bual menggunakan bahasa etnik
masing-masing.

Setelah perhimpunan tamat, pelajar-pelajar bergerak masuk ke kelas masing dengan
pengawasan Lembaga Pengawas sekolah. Terdapat juga pelajar yang masih menunggu di tapak
perhimpunan kerana perjumpaan berkaitan dengan aktiviti-aktiviti sekolah yang disertai. Guru-
guru juga masih menunggu di tapak perhimpunan kerana terdapat taklimat ringkas dan penting
daripada pihak pentadbir sekolah sebelum meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran pada
hari itu.

4.1.2 Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Kelas

Pemerhatian pengajaran dan pembelajaran pula pengkaji telah memilih sebuah kelas tingkatan
dua untuk pemerhatian secara khusus dan pemerhatian secara rawak dari kelas tingkatan satu

50

hingga tingkatan lima. Pemerhatian secara khusus ini telah dilakukan sewaktu pembelajaran
Bahasa Melayu. Jumlah pelajar bagi pelajar tingkatan dua ini ialah seramai 34 orang. Pelajar
Melayu seramai 18 orang (8 lelaki, 10 perempuan), Cina 5 orang (2 lelaki, 3 perempuan) dan
India 11 orang (lelaki 7, 4 perempuan).

Majoriti kedudukan pelajar ini di dalam kelas adalah berkelompok mengikut jantina
dan etnik masing-masing. Terdapat seorang pelajar India perempuan duduk bersebelahan
pelajar Melayu perempuan dan pelajar lelaki India duduk bersebelahan pelajar lelaki Cina.
Tetapi sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung pelajar lelaki India ini lebih
suka duduk berkelompok bersama pelajar lelaki Melayu. Apabila diselidiki latar pendidikan
kedua-dua pelajar India ini, sewaktu di sekolah rendah mereka bersekolah di sekolah
kebangsaan. Pertuturan Bahasa Melayu mereka juga agak fasih berbanding pelajar India yang
lain. Manakala pelajar lelaki dan perempuan Cina di dalam kelas ini, bersekolah di Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang berlainan. Namun apabila di tempatkan di sekolah
menengah dan kelas yang sama, mereka berkelompok dan membentuk satu kumpulan. Begitu
juga pelajar lelaki dan perempuan India di dalam kelas ini, mereka lebih selesa duduk di dalam
kelompok masing-masing.

Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, guru meminta pelajar membaca
teks ringkasan secara sukarela. Pengkaji mendapati tiga orang pelajar Melayu dan seorang
pelajar India mengangkat tangan untuk membaca teks ringkasan tersebut. Kemudian guru
terbabit telah memilih seorang pelajar Melayu, Cina dan India membaca petikan tersebut secara
bergilir. Ketika giliran pelajar Cina dan India membaca teks tersebut, bacaannya agak kurang
lancar sebutannya dan diperbetulkan sebutannya oleh guru yang mengajar. Seterusnya pelajar-
pelajar telah diminta membuat latihan pengukuhan setelah perbincangan dilakukan. Semasa
membuat latihan, pengkaji mendapati seorang pelajar lelaki Cina bangun membawa buku
latihan dan merapati sekelompok pelajar perempuan Melayu dan bertanya sesuatu dan
kemudian duduk. Ketika duduk, dia telah memberitahu sesuatu kepada rakan-rakannya dan
berbincang sesama sendiri di dalam bahasa etnik mereka. Begitu juga pelajar India yang lain,
mereka hanya duduk di tempat mereka dan sesekali menoleh ke belakang bertanya sesuatu
kepada pelajar Melayu. Kemudian berbincang sesama sendiri dan meneruskan latihan sehingga
selesai. Daripada pemerhatian pengkaji, pelajar-pelajar ini akan berbual-berbual dalam bahasa
etnik masing-masing ketika menyelesaikan tugasan. Bahasa Melayu akan digunakan apabila
berbual dengan pelajar Melayu. Bahasa Inggeris tidak dikesan penggunaannya.

51

Bagi pemerhatian secara rawak dari tingkatan satu hingga ke tingkatan lima,
kebanyakan pelajar sekolah ini lebih selesa duduk di dalam kelompok etnik masing-masing.
Terdapat juga pelajar Melayu bersahabat baik dengan pelajar Cina dan pelajar India bersahabat
baik dengan pelajar Cina. Apabila pengkaji mendekati dan mendengar perbualan mereka,
pelajar-pelajar ini boleh berbahasa Cina dengan baik dan bersekolah di sekolah SJKC ketika di
sekolah rendah. Di kelas-kelas hadapan pula, pelajar-pelajar Cina dan India lebih selesa
berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa Melayu apabila
berkomunikasi dengan pelajar Melayu.

Mengikut penerangan guru-guru kelas sekolah ini, mereka pernah cuba mengubah
kedudukan pelajar-pelajar ini daripada duduk berkelompok mengikut etnik masing-masing.
Tetapi sebaik sahaja guru keluar dari kelas, pelajar-pelajar ini akan kembali ke tempat asal dan
duduk berkelompok mengikut etnik. Pelajar-pelajar ini kurang selesa apabila tidak berada di
dalam kelompok etnik mereka.

4.1.3 Waktu Rehat

Pemerhatian seterusnya ialah ketika waktu rehat pelajar. Pelajar-pelajar akan bergerak keluar
kelas mengikut kumpulan etnik masing-masing menuju ke kantin. Sebahagian pelajar-pelajar
Cina lelaki dan perempuan membawa bekalan dari rumah dan duduk di wakaf-wakaf di sekitar
sekolah dan makan bersama-sama. Berbanding pelajar-pelajar Melayu dan India, kebanyakan
mereka membeli makanan yang telah dijual oleh pihak kantin sekolah.

Ketika rehat sedang berlangsung, pengawas-pengawas sekolah yang bertugas berdiri
memerhatikan disiplin pelajar. Pengawas-pengawas ini akan memberi teguran kepada pelajar-
pelajar yang tidak mematuhi peraturan kantin sekolah seperti tidak beratur ketika membeli
makanan, meninggalkan cawan dan pinggan yang telah digunakan dan sebagainya tanpa
mengira etnik. Kebanyakan pelajar tidak kisah menggunakan meja dan kerusi yang sama
dengan etnik lain ketika waktu rehat. Tetapi mereka masih berada dalam kelompok etnik
mereka.

Selesai makan, pelajar-pelajar ini akan melakukan pelbagai aktiviti sementara
menunggu waktu rehat tamat. Bagi pelajar lelaki aktiviti yang digemari ialah meronda kawasan

52

sekolah mengikut etnik dan ‘geng’ masing-masing. Menurut guru disiplin sekolah ini, aktiviti
ini kadang-kadang boleh menimbulkan pergaduhan kecil. Ada kalanya mereka bergaduh
sesama etnik dan pergaduhan besar melibatkan etnik yang berlainan. Bagi pelajar perempuan
pula, mereka lebih gemar duduk berkumpul, berbual dan bergurau senda bersama rakan-rakan
dalam etnik yang sama.

4.1.4 Gerak Kerja Kokurikulum

Gerak Kerja Kokurikulum adalah merupakan satu kegiatan yang wajib disertai oleh semua
pelajar. Gerak Kerja Kokurikulum ini terbahagi kepada tiga kegiatan penting yang wajib
disertai iaitu Sukan, Unit Beruniform dan Kelab atau Persatuan. Kegiatan Kokurikulum
sekolah ini telah dijalankan pada hari Rabu pagi selama satu jam dua puluh minit iaitu dari jam
7.35pagi hingga 8.55pagi. Jenis kegiatan kokurikulum mingguan adalah berdasarkan takwim
sekolah yang telah ditentukan oleh pihak pentadbir. Ia dilakukan secara bergiliran iaitu sama
ada minggu kegiatan sukan, unit beruniform dan kelab atau permainan.

Pada minggu pemerhatian tersebut, kegiatan kokurikulum yang dijalankan adalah
minggu unit beruniform. Sebelum gerak kerja Kokurikulum dijalankan semua pelajar dan guru
wajib berkumpul di tapak perhimpunan pada pagi itu untuk mendengar taklimat dan
pengumuman-pengumuman penting. Selepas perhimpunan selesai para pelajar dan guru
berkumpul mengikut badan unit beruniform masing-masing untuk menjalankan aktiviti yang
telah dirancang. Kebanyakan badan unit beruniform pada hari itu telah memulakan perjumpaan
dengan aktiviti kawad kaki, tatacara perjumpaan dan diikuti dengan aktiviti berkumpulan.

Semasa aktiviti berkumpulan, pengkaji mendapati para pelajar telah dibahagikan
dengan sama rata jumlah ahli dan etnik di dalam satu-satu kumpulan oleh pengerusi unit
beruniform terbabit. Kerjasama, persefahaman dan bantu-membantu jelas kelihatan semasa
mereka menjayakan aktiviti berkumpulan ini. Contohnya aktiviti yang dijalankan ialah ikatan
dan simpulan bagi pengakap, pertolongan cemas bagi St.John, asas kawad kaki bagi Kadet
Remaja Sekolah dan sebagainya. Terdapat juga pelajar-pelajar tingkatan lima mengajar dan
membantu pelajar-pelajar tingkatan satu dalam aktiviti-aktiviti ini. Mereka juga kelihatan lebih
erat, bersemangat dan gembira melakukan aktiviti yang telah dirancang, apabila terdapat
pertandingan-pertandingan kecil diadakan.

53

Kesimpulan daripada pemerhatian pengkaji melalui gerak kerja kokurikulum ini ialah
perkembangan dan kematangan sosial seseorang pelajar boleh dibentuk dan diasuh melalui
pengalaman yang telah dilalui. Pelajar juga akan terdedah kepada pergaulan dan berinteraksi
sesama rakan sebaya ataupun dengan kumpulan yang lebih tua. Malah aktiviti berkumpulan
yang dilalui oleh pelajar-pelajar ini dapat memupuk nilai integrasi antara kaum. Kepimpinan,
sahsiah dan kemasyarakatan juga dapat diterapkan dalam kalangan pelajar supaya lebih dapat
menyesuaikan diri dengan masyarakat sekeliling.

4.2 Rumusan Pemerhatian

Pengkaji telah melakukan pemerhatian terhadap perpaduan berbentuk pola-pola interaksi
dalam sepanjang sesi persekolahan. Pola-pola etnik telah wujud semenjak mereka berada di
tingkatan satu lagi. Situasi etnik berbeza berkawan rapat adalah jarang sekali. Dari segi bahasa
yang digunakan, tiap-tiap etnik akan menggunakan bahasa etnik sendiri dalam kumpulan
masing-masing. Bahasa Melayu digunakan untuk berinteraksi bila bersama etnik lain. Ini
menunjukkan bahawa Bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan yang penting. Bahasa
Melayu merupakan alat sosial yang secara jelas menjadi saluran komunikasi antara etnik.

Namun adakah kecenderungan pelajar-pelajar ini berada di kelompok etnik masing-
masing merupakan suatu yang boleh dianggap sebagai ‘perkauman’ atau tiada perpaduan.
Sungguhpun pelajar-pelajar kelihatan berkelompok, tetapi mereka tidak pula menunjukkan
berlakunya pergaduhan, permusuhan atau perbalahan yang melampau di antara mereka.
Mereka masih berbual-bual antara satu etnik dengan etnik yang lain di sepanjang sesi
persekolahan. Perbualan di antara mereka kebanyakannya hal-hal yang berkaitan dengan
pembelajaran dan aktiviti-aktiviti sekolah. Menurut kajian Amir Hasan Dawi (2004),
pengelompokan etnik adalah sesuatu yang disedari oleh pelajar dan diterima sebagai amalan
biasa. Disebabkan polarisasi pelajar ini telah diterima sebagai cara hidup, maka implikasinya
pengelompokan atau polarisasi tidak dianggap sebagai suatu masalah. Selain itu, penerimaan
pengelompokan etnik sebagai cara hidup juga menyebabkan kemungkinan polarisasi akan
berterusan dalam hidup masyarakat pada masa-masa seterusnya.

54

4.3 DAPATAN TEMU BUAL.

Temu bual telah dijalankan bersama informan-informan yang telah dipilih iaitu guru-guru
yang telah bersara dalam perkhidmatan perguruan. Fokus utama dalam temu bual ialah tentang
pendidikan untuk perpaduan zaman pascakemerdekaan. Data-data yang diperoleh daripada
temu bual ini ditranskripsikan dan dianalisis dengan membahagikan kepada tema-tema.
Informan-informan yang telah ditemu bual telah dikodkan dengan menggunakan kod-kod
tertentu. Berikut ialah kod-kod yang digunakan untuk informan-informan yang telah ditemu
bual.

a) Pn.Habibah bt Mohamad = R1
b) Pn.Kuay = R2
c) Pn.Malah a/p Natarajan = R3
d) Pn.Hjh Rohaya bt Mohd Sharif = R4

Dimensi Tema

Persepsi - Zaman persekolahan pasca kemerdekaan.
▪ Pendidikan rendah
Perancangan Pendidikan ▪ Pendidikan menengah

Untuk Perpaduan - KPM
- JPN
- Sekolah

▪ Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan

▪ Kurikulum sekolah dan tahap pendidikan

Kelayakan Tenaga Pengajar - Guru

Kemudahan - Fizikal sekolah
- Bantuan kewanga

55

Isu Pendidikan - Matlamat pendidikan
- Pendidikan menyediakan pelajar menerima dan

berani menghadapi cabaran dan masa depan

Jadual 1 : Jadual 2 menunjukkan tema yang digunakan dalam temu bual.

4.3.1 Persepsi tentang zaman persekolahan pascakemerdekaan.

a) Pendidikan Rendah

Pendidikan peringkat rendah merupakan pintu untuk melalui proses sosialisasi yang lebih
tinggi. Pada peringkat ini kemahiran-kemahiran asas seperti kemahiran membaca, menulis dan
mengira diajar bagi memudahkan penerimaan pembentukan kemahiran yang lebih tinggi.
Selain itu, pendidikan peringkat rendah juga memberikan pendedahan awal untuk kanak-kanak
bersosial dalam masyarakat yang lebih besar daripada lingkungan keluarga mereka. Dalam
proses bersosial itu, kanak-kanak mempelajari nilai, etika, dan norma hidup bermasyarakat dan
kemanusiaan khususnya dalam institusi dan masyarakat. Kanak-kanak di sekolah mempelajari
cara mendisiplinkan mental, jasmani, rohani, sama ada secara langsung oleh guru-guru ataupun
tidak langsung melalui interaksi dengan ahli-ahli lain dalam masyarakat sekolah.

Dari sudut sosialisasi politik, institusi sekolah menjadi agen yang kuat untuk
menyebarkan semangat dan nilai konformiti, harmoni dan perpaduan dalam kalangan ahli
masyarakat, khususnya pada generasi baru. Keperluan ini amat mendesak sekali bagi negara
yang mempunyai masyarakat majmuk atau pelbagai etnik. Kepelbagaian etnik itu sendiri
menimbulkan kesulitan dalam mencapai kata sepakat dalam usaha membina negara yang
bersatu padu. Ideologi negara ini seperti yang dinyatakan secara formal pada Rukun Negara
menjadi landasan bagi usaha membina negara Malaysia yang maju dan bersatu padu. Ia
berpandukan kepada lima prinsip yang tiga daripadanya iaitu kesetiaan kepada raja dan negara,
keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Sekolah berfungsi untuk mencapai matlamat luhur, sosialisasi politik yang amat
dihasratkan. Matlamat itu menjadi idealisme oleh semua ahli masyarakat . Walau

56

bagaimanapun, sejauh mana pendidikan rendah menuju ke arah matlamat yang dihasratkan,
dipersoalkan. Ini adalah kerana sifat vernakularisme yang diwarisi dari zaman penjajahan
Inggeris masa wujud lagi hingga masa ini. Malah masih terdapat sekolah-sekolah rendah yang
dijeniskan mengikut variasi etnik. Mengapakah vernakularisme itu dikeramatkan sedangkan ia
bercanggah dengan pembentukan masyarakat yang bersatu padu? Perkara ini merupakan isu
sensitif tetapi kita tidak boleh menolak perkara yang mendatangkan kebaikan bersama dan
menjadi nilai mutakhir kewujudan manusia.

Analisis temu bual menunjukkan kesemua informan menyatakan keadaan persekolahan
vernakular berlaku dan setiap kaum bersekolah mengikut aliran mereka sendiri pada peringkat
rendah.

“Masa Kak Bibah sekolah dulu kalau di peringkat rendah memang seperti yang ada sekarang
ni, ada sekolah Melayu, Sekolah Cina, Sekolah Tamil, tapi masa tu ada sekolah rendah aliran
Inggeris. Kak Bibah dulu bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Pasir di Batu Pahat, Johor.
(R1)

“Saya bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Tengku Bendahara Asmadi. Saya memang
nak bersekolah di sekolah aliran Melayu. Saya sendiri yang nak. Saya memang tak suka
belajar bahasa Cina. Susah mahu tulis. Tapi orang Cina yang lain memang hantar anak
mereka ke sekolah Cina. (R2)

“Akak dulu sekolah rendah Tamil…sekarang sekolah tu nama dia SJKT Ladang Tangkak.
Dekat kawasan rumah akak dulu ada orang Melayu dan Cina tapi tak ramai. Bila sekolah
masing-masing bersekolah ikut aliran masing-masing. Melayu pergi sekolah Melayu, Cina
pergi sekolah Cina dan Tamil pergi sekolah Tamil. (R3)

“Akak bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan. Nuri, Johol. Kalau sekolah kebangsaan ni
semua Melayu lah…tapi ada seorang budak India. Tak tahulah kenapa dia sekolah dekat
sekolah Melayu. Tapi dulu sekolah rendah memang sekolah ikut kaum masing-
masing…Melayu sekolah Melayu, Cina sekolah Cina, India sekolah Tamil sebab dia orang
duduk dekat ladang kan. Jarang jumpa kaum lain sekolah dekat sekolah kebangsaan…kalau
ada pun seorang dua je..”. (R4)

57

Vernakularisme dalam pendidikan rendah berkait rapat dengan pembudayaan, iaitu
pengekalan identiti dan budaya sesuatu kaum. Dasar jus soli seperti yang dianjurkan oleh
Laporan Razak (1956) mengambil kira aspek ini memandangkan keperluan dan kehendak
masyarakat pada peringkat peralihan ketika itu. Pada masa ini, keperluan dan kehendak
masyarakat ialah pembinaan identiti bangsa Malaysia yang bersemangat kemalaysiaan yang
mahu hidup dan mati di bumi tercinta ini. Bangsa Malaysia itu tidak mendabik dada
memegahkan budaya etnik masing-masing tetapi hidup megah bergandingan bahu mendukung
budaya rakyat Malaysia. Pembentukan bangsa dan budaya Malaysia memerlukan
pengorbanan, muafakat dan inisiatif semua pihak tetapi bukannya lari atau mengelakkan diri
dari ideal yang dihasratkan.

b) Pendidikan Menengah

Pendidikan sekolah menengah mempunyai perbezaan yang ketara daripada pendidikan di
sekolah rendah kerana ia tidak terpecah mengikut penjenisan vernakular. Dengan itu,
pendidikan sekolah menengah lebih menepati dasar pendidikan untuk perpaduan seperti yang
dianjurkan oleh Laporan Razak (1956).

Dasar penyusunan semula pendidikan menengah agar bersifat kebangsaan telah
diusulkan oleh Laporan Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960). Laporan Razak
(1956) telah menegaskan bahawa sekolah menengah bersifat kebangsaan hanya menggunakan
sama ada bahasa Inggeris ataupun bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Manakala sekolah
menengah yang menggunakan bahasa lain sebagai bahasa pengantar tidak diiktiraf sebagai
sekolah menengah bersifat kebangsaan.

Dapatan temu bual menunjukkan kesemua informan telah melalui zaman persekolahan
aliran Inggeris dan Melayu di peringkat menengah seperti kenyataan di atas.

“Peringkat menengah pula Kak Bibah bersekolah di sekolah menengah aliran Melayu. Tapi
abang dan kakak-kakak saya dia orang bersekolah di sekolah aliran Inggeris. Masa zaman
Kak Bibah sekolah tu, kalau tak silap kerajaan dah mula menggalakkan ibu bapa hantar anak-
anak mereka ke sekolah aliran kebangsaan. Orang bukan Melayu pun samalah masa tu
kerajaan dah galakkan mereka hantar anak-anak ke sekolah kebangsaan. Mungkin sebab tulah
ayah Kak Bibah hantar Kak Bibah ke sekolah aliran Melayu”. (R1)

58

“Bila sekolah menengah saya sekolah di sekolah aliran Inggeris di Sekolah Menengah Tun
Aminah, Klang. Sekolah tu semua perempuan. Kebanyakan pelajarnya Cina…Melayu
sikit..India dia pun sikit….Fees school dia mahal..tiap-tiap bulan kena bayar..Sebelah sekolah
saya tu sekolah lelaki aliran Inggeris”.(R2)

“Sekolah menengah akak bersekolah di sekolah aliran Melayu. Mak akak yang suruh pergi
sekolah aliran Melayu walau pun pada masa tu ada aliran Inggeris. Tapi sekolah aliran
Inggeris ni fees school dia mahal tu salah satu faktor akak ke sekolah aliran Melayu..”. (R3)

“Bila sekolah menengah akak bersekolah di sekolah aliran Inggeris. Ayah akak yang hantar
aliran Inggeris. Kebanyakan sekolah Inggeris ni pelajar Cina..kita yang Melayu ni tak
ramai…India pun macam tu juga tak ramai. Tapi semua adik-beradik akak bersekolah di
aliran Inggeris. Ayah akak polis. Ntahlah tak tahu nape ayah akak hantar semua adik-beradik
akak sekolah aliran Inggeris”.(R4)

Menjelang akhir dekad 1960-an, dua perkara telah berlaku dan sekali gus memberi
kesan ke atas sistem pendidikan di negara kita. Kekecewaan orang Melayu terhadap
pelaksanaan dan nilai dari sistem persekolahan dalam bahasa Melayu, semakin terdesak dengan
undang-undang bahasa tahun 1967. Undang-undang ini yang sangat ‘libral’ implikasinya,
terutamanya terhadap bahasa-bahasa lain, dikatakan memberi sumbangan ke arah kegelisahan
yang berakhir dengan peristiwa 13 Mei 1969.

Justeru pada tahun 1970, satu ketegasan dalam pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan
telah mula dijalankan. Semua sekolah Inggeris dikehendaki menggunakan bahasa pengantar
dalam bahasa Melayu. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dilaksanakan
secara berperingkat-peringkat mengikut jadual supaya dalam tahun 1982, pelajar-pelajar yang
akan memasuki universiti dengan berbahasa pengantar bahasa Melayu. Dengan sendirinya,
warisan kolonial terhapus, iaitu pendidikan dalam bahasa Inggeris sebagai persaingan kepada
pendidikan nasional dalam bahasa Melayu.

Pada keseluruhannya, hampir suku abad kemerdekaan perjuangan ke arah pelaksanaan
ke arah pelaksanaan satu sistem pendidikan kebangsaan telah mendapat beberapa kejayaan.
Sebahagian besar yang menjadi asas-asas tradisi sistem pelajaran kolonial telah dapat

59

dipecahkan. Bahasa Melayu dan sistem pendidikan dalam bahasa Melayu telah dapat
dipertingkatkan martabatnya dan diperluaskan pelaksanaannya.

4.3.2 Perancangan Pendidikan Untuk Perpaduan (KPM, JPN, Sekolah)

a) Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

Perpaduan kaum merupakan fokus utama pihak kerajaan apabila mereka menggubal dasar
pendidikan selepas merdeka. Dalam Laporan Razak, 1956 dan Laporan Rahman Talib, 1960,
telah digariskan dengan jelas dasar yang berkaitan dengan nilai-nilai integrasi.

Pertama, ditetapkan bahawa dalam sistem pendidikan kebangsaan yang ditubuhkan,
Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah melainkan di sekolah-sekolah
rendah vernakular. Namun Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil ini harus mempelajari
dan menggunakan bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran ini sebelum diberikan sijil-
sijil peperiksaan. Menurut salah seorang informan dalam kajian ini, semasa beliau berada di
SJK Tamil, beliau boleh membaca dan memahami teks Bahasa Melayu yang diajarkan oleh
guru. Tetapi beliau menghadapi kesukaran untuk bertutur dalam bahasa Melayu. Tetapi ibu
bapa informan mempunyai kesedaran yang tinggi tentang kepentingan mempelajari bahasa
Melayu. Bahasa Melayu penting untuk peperiksaan dan meneruskan pelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi.

“Dulu masa akak SJKT, akak boleh baca dan boleh fahamlah bahasa Melayu. Cikgu yang
ajar bahasa Melayu tu India. Bila kita tak faham dia akan translate dalam bahasa Tamil. Tapi
akak memang tak boleh cakap bahasa Melayu masa tu. Sikit-sikit je lah. Tapi mak akak dekat
rumah dia ajar juga cakap Melayu. Bahasa Melayu mak akak agak bagus sebab masa dia
dekat kampung dekat Perak jiran-jiran dia ramai Melayu. Dulu masa akak sekolah
rendah..mak akak suruh akak pergi kedai beli bawang. Yalah masa tu akak tak berapa pandai
bahasa Melayu…masa jalan pergi kedai akak ingat dalam
kepala..bawang..bawang..sampailah dekat kedai Cina tu terus sebut bawang. Semasa nak
masuk sekolah menengah, masa tu ada dua aliran kan. Aliran Inggeris dan Melayu. Jadi mak
akak suruh masuk sekolah Melayu. Bahasa Melayu tu penting katanya. Jadi akak masuk
sekolah aliran Melayu. Masa masuk sekolah Melayu tulah akak baru campur dengan budak-
budak Melayu. Belajar cakap sikit-sikit dengan dia orang. Lama-lama bila dah selalu dengar

60

dan bercakap dengan dia orang..bahasa Melayu akak semakin baik. Akak boleh buat
karangan bahasa Melayu dengan baik. Cikgu selalu puji. Masa SPM bahasa Melayu akak
dapat 1”. (R3).

Selain menjadi mata pelajaran yang wajib dipelajari bagi semua pelajar, bahasa Melayu
merupakan aset utama untuk menyatupadukan rakyat di negara ini. Setiap anggota masyarakat
dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama apabila menggunakan satu bahasa. Perasaan
cinta dan bangga akan tanah air dapat disemai apabila bahasa Melayu berfungsi sebagai alat
menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dalam negara ini.

“Masa zaman 70an sekolah aliran Inggeris dah tak ada. Kak Bibah mengajar di sekolah
menengah. Maknanya bahasa pengantar semua dalam bahasa Melayu. Dan semua kaum ada
dekat sekolah tu. Berbeza masa ada aliran Inggeris. Majoriti pelajar sekolah aliran Inggeris
adalah pelajar Cina, Melayu dan India sedikit jumlahnya. Sekolah menengah aliran Melayu
ni kurang mendapat sambutan daripada orang Cina. Tapi bila aliran Inggeris dah tak ada,
hanya sekolah menengah kebangsaan yang ada barulah percampuran tu agak luas. Tapi
bagusnya masa era 70an dan 80an ni akak tengok pelajar Melayu, Cina dan India pada masa
tu macam rapat lah dia orang ni. Hubungan dia orang ni bukan setakat dekat sekolah je…tapi
sampai luar sekolah. Banyaklah aktiviti yang dia orang buat sama-sama. Nak nak kalau ada
perayaan…tak kiralah raya pusa ke..Deepavali ke..Tahun Baru Cina ke…dia orang ni pergi
rumah kawan-kawan ni. Mungkin masa tu hiburan tak berapa ada sangat macam sekarang ni.
Dulu nak tengok tv pun payah..mungkin sebab tu dia orang ni rapat. Bahasa Melayu budak-
budak bukan Melayu ni pun agak bagus jugak lah…yalah bila dah selalu bercampur dan
bertutur baiklah bahasa dia orang ni…tu sebab ada slogan ‘bahasa jiwa bangsa’…(R1).

Perubahan yang besar sekali dalam sejarah persekolahan di Malaysia ialah proses
peralihan secara beransur-ansur ke arah bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar pada semua
peringkat persekolahan. Proses ini bererti bahawa sekolah jenis kebangsaan Inggeris khasnya,
mengubah bahasa pengantarnya kepada bahasa Malaysia. Walau bagaimanapun peralihan
bahasa pengantar ini tidak melibatkan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Jawatankuasa
Kabinet yang mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran terus menunjukkan prinsip menghormati
kehendak sebahagian daripada kaum Cina dan India yang ingin mengekalkan sekolah-sekolah
rendah Cina dan India.

61

b) Kurikulum dan Tahap Pendidikan

Kurikulum sekolah menengah rendah dalam tahun-tahun 1960 hingga 1970an menitikberatkan
pendidikan aneka jurusan, iaitu penguasaan pengetahuan akademik dalam berbagai-bagai mata
pelajaran. Kurikulum begini disebut kurikulum berdasar luas (broad base curriculum) yang
membolehkan murid-murid mempelajari beberapa komponen akademik dan komponen pilihan
vokasional. Namun setelah melalui ujian LCE/SRP dan lulus ujian tersebut, murid-murid ini
boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Manakala murid-murid yang gagal di
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik tidak boleh meneruskan pengajian
mereka dan mereka berhenti belajar setakat di tingkatan tiga. Kesemua informan dalam kajian
ini bersetuju dengan kenyataan tersebut.

“kawan-kawan Kak Bibah yang pandai-pandai masa sekolah rendah ni semua masuk sekolah
aliran Inggeris. Masa darjah enam kita kena isi borang nak masuk aliran Melayu ke..aliran
Inggeris. Tapi bila lepas LCE semua tak lulus. Dia orang tak boleh catch up rasanya. So semua
berhenti belajar setakat tingkatan tiga je lah..”. (R1)

“masa sekolah menengah kebanyakannya pelajar Cina di sekolah aliran Inggeris. Tapi murid-
murid Cina ni dia kena masuk kelas remove bahasa Inggeris satu tahun sebab masa sekolah
rendah dia SJKC. Bila LCE kebanyakan dia orang gagal. Berhenti belajar, tolong
keluargalah…berniaga ke..macam-macamlah..(R2).

Pendidikan menengah atas meliputi pendidikan di Tingkatan Empat dan Lima. Murid-
murid dari tingkatan tiga dialirkan sama ada ke aliran Sains, sastera, Teknik atau vokasional
berdasarkan pencapaian keseluruhan dan mata pelajaran tertentu dalam peperiksaan SRP.
Mengikut amalan, pengaliran tersebut tidak bersifat demokratik kerana murid-murid tidak
dibenarkan membuat pilihan berdasarkan bakat dan minat mereka.

Berdasarkan analisis temu bual bersama informan, selepas LCE/SRP mereka telah
ditetapkan aliran persekolahan bagi meneruskan pembelajaran di tingkatan empat dan lima.

“Akak sekolah di Sekolah Menengah Tunku Muhammad sampai tingkatan tiga. Lepas
tingkatan tiga akak dapat aliran sains dan akak tukar sekolah sebab sekolah tu tak ada aliran
sains…akak sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar”. (R3).

62

“Masa Form 3 akak berpindah di sekolah aliran Inggeris di Sekolah Tengku Arif Bendahara
dekat Kluang…bila naik form 4 akak dapat aliran Sains dulu nama sekolah tu SES (Secondary
English School) sekarang ni nama sekolah tu Sekolah Tinggi Kluang…bila kita dah dapat
aliran sains kita tak boleh tukar…kita kena belajar juga…dulu memang macam tu..”.(R4)

Sehingga tahun 1980 pengaliran murid ke dalam aliran Sains dan Sastera amat ‘rigid’ sekali
kerana murid-murid yang dialirkan ke dalam aliran Sains dan Sastera dimestikan mengambil
mata pelajaran yang ditetapkan untuk setiap aliran tanpa sebarang kelonggaran. Selepas
Laporan Kabinet (1979) dikemukakan iaitu selepas tahun 1980 barulah ada sedikit kelonggaran
diberikan kepada murid aliran Sains memilih beberapa mata pelajaran Sains sosial dan
Perdagangan. Begitu juga sebaliknya murid aliran Sastera dibenarkan mengambil beberapa
mata pelajaran Sains seperti Matematik Tambahan dan Biologi. Kelonggaran pemilihan mata
pelajaran adalah untuk ‘destreaming’ yang disusuli pula oleh corak pensijilan terbuka bagi
peperiksaan SPM.

Pada tahun1993 pelaksanaan dasar pendidikan seperti yang telah diusulkan oleh kabinet
telah dilaksanakan. Ada dua perubahan utama yang baharu dalam kurikulum menengah atas.
Pertamanya mata pelajaran Pendidikan Moral, Sejarah dan Sains Am dijadikan mata pelajaran
wajib. Bagi pendidikan Moral, semua murid pendidikan Islam diwajibkan mengambilnya.
Sementara mata pelajaran Sejarah diwajibkan untuk semua murid. Dalam kurikulum lama
murid dalam aliran Sains tidak berpeluang mempelajari mata pelajaran Sejarah. Kewajipan
murid mempelajari Sejarah, khususnya Sejarah Tanah Melayu adalah kerana mata pelajaran
ini berkait rapat dengan pemupukan semangat kebangsaan, kewarganegaraan dan integrasi
nasional berasaskan kesedaran yang timbul dalam mata pelajaran ini. Mata pelajaran Sejarah
memberikan perspektif ‘nation building’ dan evolusi masyarakat negara ini sejak beberapa
abad yang lalu. Seterusnya mata pelajaran Sains Am diwajibkan bagi semua murid
mengambilnya termasuk mereka yang memilih mata pelajaran Sains Tulen seperti Biologi,
Kimia dan Fizik.

Selain itu, penglibatan murid dalam kegiatan sosial dan ko-kurikulum dititikberatkan
bagi tujuan membaiki kebolehan dan bakat kepimpinan murid dan untuk memupuk semangat
kerjasama dan perpaduan.

63

4.3.3 Kelayakan Tenaga Pengajar

a) Guru dari luar

Pendidikan menengah mengalami perkembangan kuantitatif dan kualitatif yang pesat sejak
pemansuhan Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah dan pengenalan kurikulum menengah
rendah yang komprehensif pada tahun 1965. Pertambahan bilangan murid ini diiringi pula oleh
pertambahan bilangan sekolah dan bilangan guru bagi sekolah untuk mengajar berbagai-bagai-
bagai mata pelajaran akademik, vokasional dan teknik. Pengenalan kurikulum yang
komprehensif atau aneka jurusan di sekolah menengah telah menimbulkan kesulitan
terutamanya kekurangan tenaga pengajar. Bagi mengatasi masalah ini beberapa langkah telah
diambil oleh pihak kerajaan pada masa itu. Antaranya ialah mengambil tenaga pengajar dari
luar negara. Analisis temu bual bersama informan mendapati tenaga pengajar dari luar negara
digunakan untuk menampung kekurangan guru untuk subjek-subjek tertentu.

“Masa akak sekolah di aliran sains di Sekolah Dato’Amar Seri Diraja…masa tu ada seorang
guru dari Eropah tapi tak tahu dari negara mana…tapi dia bukan ajar subjek bahasa
Inggeris…tapi subjek lain. Tapi akak pulak diajar oleh guru dari Indonesia. Kami panggil dia
Bapak…dia ajar matematik..”(R3)

“Kekangan masa zaman Kak Bibah belajar ialah kita kekurangan guru…guru opsyen yang
betul-betul boleh mengajar…masa tahun 74..75…kita banyak ambil guru dari Indonesia untuk
subjek matematik, sains, muzik pun ada..”. (R1)

Sebelum kemerdekaan Malaya pada tahun 1957, pendidikan guru tiada mempunyai
orientasi, matlamat dan objektif yang khusus dan seragam. Selepas kemerdekaan program-
program dalam pendidikan guru telah disusun semula selaras dengan kehendak Laporan Razak
(1956). Laporan Rahman Talib (1960) dan Laporan Khir Johari (1967). Seterusnya dalam
tahun-tahun 1970-an dan 1980-an, iaitu cara perkembangan, program-program dalam
pendidikan guru diperbaiki dari aspek kuantiti dan mutu selaras dengan kehendak Rukun
Negara, Dasar Ekonomi Baru, Laporan Murad (1973) dan Laporan Kabinet (1979).

Pengusulan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Rukun Negara selepas peristiwa 13 Mei
1969 telah memberi satu dorongan baru bagi memperkemaskan dan memajukan sistem

64

pendidikan bagi memantapkan pencapaian hasrat integrasi nasional melalui pembasmian
kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Rukun Negara merupakan teras bagi
membina sebuah masyarakat yang bertanggungjawab dan patriotik. Penggubalan dasar-dasar
pendidikan pada berbagai-bagai-bagai peringkat selepas tahun 1970 boleh dikatakan terikat
atau terpengaruh dengan pencapaian matlamat DEB dan pencapaian hasrat Rukun Negara, di
samping berkembang mengikut garis panduan Akta Pelajaran 1961. Bagi memperkemas kan
dan menyusun semula pendidikan guru selaras dengan pencapaian matlamat DEB dan Rukun
Negara, sebuah jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Mengkaji Matlamat Latihan Pertubuhan
Perguruan telah ditubuhkan pada tahun 1971.

Pada masa ini, matlamat pendidikan guru menekankan perkembangan tiga komponen
utama iaitu profesional, akademik dan perkembangan diri dan sosial terhadap guru. Secara
amnya, matlamat pendidikan guru mengutamakan pembentukan guru yang dedikasi, kreatif,
dan sentiasa berusaha dan peka mempertingkatkan kemahiran profesional dan pengetahuan
dalam bidang perguruan untuk membolehkan mereka menjadi ejen yang berkesan dalam proses
pembangunan insan dan masyarakat secara menyeluruh dan bersepadu.

b) Sikap Guru

Terdapat dua persepsi informan terhadap guru-guru pada masa dulu iaitu persepsi positif dan
persepsi negatif. Ada di antara mereka mengatakan terdapat guru yang sangat garang dan ada
guru yang baik, prihatin dengan keadaan pelajar-pelajar.

“cikgu-cikgu dulu sangat komited…mengajar bersungguh-sungguh..”(R
“Masa akak duduk menyewa ramai-ramai dekat rumah kedai…bawah kedai..atas rumah kami
sewa…duduk ramai-ramai ada pelajar Melayu, Cina..masa tu takde asrama lagi…so malam-
malam kedai kat bawah tu ada penagih dadah…jadi cikgu-cikgu sekolah selalu datang tengok
kami…takde orang suruh pun dia orang datang…tapi mungkin sebab prihatin…risau sebab
kami semua perempuan kan…cikgu-cikgu ni selalu datang tengok…hujung minggu pun dia
orang datang tengok…(R3)

“Dulu kalau tulis tangan kiri..cikgu ketuk tangan dengan pembaris…suruh tukar tangan
kanan…garang..budak-budak suma takut..”(R2)

65

“Cikgu Matematik dari Indonesia tu garang sangat masa mengajar…sampai kak Bibah tak
minat matematik…bila ada kerja rumah datang sekolah awal tiru jawapan dari budak-budak
yang pandai matematik ni…” (R1)

Keberkesanan dalam profesion perguruan berkait rapat dengan keupayaan dan usaha
guru yang gigih untuk menyempurnakan tanggungjawab terhadap pelajar, sekolah dan
masyarakat. Antara tumpuan keberkesanan dalam profesion ini ialah sejauh mana berkesannya
penggunaan sumber dan teknologi pengajaran, mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat
dan berkesan dalam bilik darjah, pengawalan bilik darjah serta keberkesanan menanamkan
sikap serta nilai-nilai murni pembelajaran dalam kalangan pelajar.

Guru yang profesional bukan sahaja memenuhi perkara-perkara di atas tetapi juga
terlibat dalam memberi perkhidmatan lain seperti bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar,
sama-sama berusaha menyempurnakan masalah pelajar, kelas bimbingan dan sebagainya.

4.3.4. Kemudahan yang disediakan di sekolah

Berdasarkan analisis temu bual bersama informan, kebanyakan sekolah-sekolah mereka
dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bangunan sekolah, bilik-bilik darjah dan peralatan
kerusi meja. Kedudukan sekolah pula, kebanyakan sekolah menengah terletak di kawasan
pekan atau bandar. Jadi mereka terpaksa berjalan kaki atau menaiki bas untuk pergi ke sekolah.

“Sekolah kak Bibah dekat pekan, jadi akak terpaksa naik bas..” (R1)

“Dulu sekolah mana ada kat kampung, semua kat bandar..aliran English sekolah kat
bandar…naik bas pergi sekolah..”(R2)

“Sekolah akak dulu jauh…pukul lima pagi dah keluar dari rumah jalan kaki…” (R3)

Selain itu, bantuan kewangan seperti biasiswa turut diberikan kepada pelajar-pelajar
yang mendapat keputusan cemerlang. Di sekolah aliran Inggeris pelajar yang mendapat
keputusan yang baik, yuran bulanan dikurangkan jumlah bayaran.

66

“dulu ada school fees RM15…tapi ada certain pelajar yang bayar RM10.00..sebab dapat
keputusan yang baik..” (R4)

“Tingkatan 4…bila saya dapat keputusan yang baik..cikgu bagi saya satu borang suruh
isi…dia kaji adik-beradik kita..pekerjaan mak ayah…mak saya housewife..ayah bawak teksi
je..saya dapat biasiswa dari Maybank..tingkatan 4 RM40…tingkatan 5 RM50.00…tingkatan 5
dia tengok keputusan tingkatan 4..”(R3).

4.3.5 Isu Pendidikan

a) Matlamat Pendidikan

Sejak merdeka sistem pendidikan negara ini telah mengalami beberapa perubahan yang pesat,
sama ada dari segi fizikal mahupun kandungannya. Dari segi makro mahupun mikronya, sama
ada peringkat rendah mahupun tinggi. Dengan lain perkataan, sistem pendidikan kita sering
mengalami proses ubah ansur yang dinamik.

Perubahan-perubahan dan kedinamikan sistem pendidikan negara ini berpunca
daripada banyak faktor, antaranya ialah perkembangan sains dan teknologi, perkembangan
ilmu yang pesat, pengaruh antarabangsa, permintaan masyarakat, aspirasi politik dan ekonomi
negara, dan revolusi pemikiran dalam bidang agama dan estetika. Kesemua informan yang di
temu bual mengakui dan mengalami proses ubah ansur yang berlaku dalam sistem pendidikan
di negara ini. Antaranya ialah:

“Orang dulu tak berapa mementingkan sangat pendidikan seperti zaman sekarang…tapi dulu
kalau kita belajar sampai masuk universiti dah menjadi satu kebanggaan di mata
masyarakat…orang hormat dengan kita…bila kak Bibah dah habis belajar dekat universiti kak
Bibah mengajar sekolah menengah…banyak perubahan yang berlaku….seperti perubahan
kurikulum..kerajaan dah mula ingin membangunkan modal insan…maksudnya kita nak
masyarakat mendapat pendidikan yang sepatutnya..sebab melalui pendidikanlah negara kita
boleh membangun…kan…perubahan-perubahan tu berlaku mengikut kepada peredaran masa
dan matlamat negara kitalah…apa yang kita nak capai sebenarnya…”(R1).

67

“Orang India zaman dulu tak kisah sangat fasal pendidikan…banyak yang belajar sampai
sekolah rendah aje…lepas tu dia orang berhenti tolong mak ayah dekat ladang…kalau tinggi
sikit sampai tingkatan tiga…tapi tak ramai…mana yang kaya sikit tu….dia orang belajar dekat
sekolah aliran Inggeris…saya je yang pergi sekolah Melayu…tapi bila zaman dah
berubah..barulah orang India ni ada kesedaran dalam pendidikan…mereka dah nampak
kepentingan pendidikan pada anak-anak…pendidikan ni boleh ubah kehidupan kita dari susah
jadi senang…”(R3).

Bagi negara ini, dari sejak merdeka, falsafah, matlamat dan objektif sistem
pendidikannya adalah berteraskan dan berlandaskan polisi-polisi yang terkandung dalam Dasar
Pelajaran Kebangsaan 1956 dan Akta Pelajaran 1961. Matlamat utama dasar dan akta ini adalah
untuk membina masyarakat Malaysia yang bersatu padu serta mempunyai identiti
kemalaysiaan yang tersendiri. Pengusulan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru selepas
tahun 1969 telah memberikan motif kedua bagi sistem pendidikan iaitu ‘membangunkan dan
memajukan taraf sosioekonomi negara’. Sistem pendidikan telah diberi mandat dan
tanggungjawab untuk meningkatkan taraf hidup dan produktiviti bidang ekonomi rakyat,
khususnya, bagi masyarakat luar bandar.

b) Pendidikan Menyediakan Pelajar dengan Sikap Menerima dan Berani
Menghadapi Cabaran Masa Depan.

Pendidikan yang bermutu harus berupaya menyediakan pelajar untuk menghadapi masa depan
dengan berani. Pelajar-pelajar hari ini hidup dalam masyarakat yang mungkin berlainan dengan
masyarakat dahulu. Jadi pendidikan hari ini adalah pendidikan perlu berorientasikan masa
depan dan bertujuan melengkapkan diri anak-anak dengan kemahiran belajar sendiri dan
berdikari. Mutu pendidikan hari ini juga perlu selari dengan perkembangan semasa iaitu
menggalakkan pelajar menjadi ingin tahu, fleksibel dan tabah menghadapi segala
pembaharuan, tahan lasak dan bersungguh-sungguh dalam segala tugas dan tanggungjawab.
Dapatan temu bual bersama informan-informan menyatakan bahawa pelajar hari ini perlu
bersedia dari aspek fizikal dan mental untuk menghadapi cabaran yang datang. Mereka perlu
bersaing untuk mendapatkan yang terbaik dalam kehidupan tetapi dalam masa yang sama
mereka mengekalkan keharmonian dan nilai-nilai murni. Jika mereka leka, mereka akan
ketinggalan dalam banyak perkara.

68

“cabaran pelajar dahulu dan pelajar sekarang lain…dulu kalau nak ke sekolah pun susah..duit
belanja pun tak banyak…nak beli buku pun susah…dekat rumah takde elektrik..belajar pakai
pelita…takde tuisyen…cabaran pelajar sekarang lain…semua benda dah ada…orang kata
petik jari semua dapatlah…cabaran pelajar sekarang Kak Bibah tengok ialah pergaulan
dengan rakan-rakan..dia berkawan dengan siapa..itu cabaran tu…pengaruh media
massa…kalau selalu tengok tv…lepas tu main game…sekarang ni dah banyak gadjet-gadjet
kan…kalau mereka leka..hanya seronok dengan apa yang dah ada…takut ketinggalan dan
merosakkan diri sendiri…satu lagi memanglah kita nakkan kemajuan..tetapi apa yang Kak
Bibah tengok pelajar dan guru-guru hari ni pun terlalu banyak mengejar prestasi…masa dan
ruang untuk pupuk perpaduan…nilai-nilai murni semakin kurang…itu cabaran yang paling
ketara..”(R1).
“pelajar hari ini cabaran dia ialah melengkapkan diri dia dengan pelbagai ilmu, kemahiran
sosial…contoh kalau mereka masuk pertandingan-pertandingan tu..salah satu cara nak
meningkatkan keyakinan diri..tak kiralah sukan ke pertandingan dalam ko-akademik ke..bila
mereka masuk pertandingan ni saya lihat pelajar-pelajar ni lebih berani ke hadapan dan
personaliti mereka ni menyerlah..” (R2)

“Saya rasa pelajar hari ini dah sangat beruntung….bila mereka bersekolah di SMK ni semua
kaum ada…jadi pelajar Melayu, Cina dan India perlu bersaing untuk mendapat tempat yang
terbaik…dalam masa yang sama banyak aktiviti sekolah macam kokurikulum ni yang
memerlukan komitmen pelajar untuk menjayakannya…contoh macam perkhemahan
kan…mereka ada team work dalam setiap aktiviti..jadi benda-benda ni lah yang mengajar
mereka menghadapi cabaran….tapi apa yang paling mencabar sekali ialah bagaimana
pelajar-pelajar sekarang nak mengekalkan keharmonian yang ada pada hari ini…kalau kita
kejar kebendaan dan abaikan nilai-nilai murni kita takkan majulah…jadi itu yang guru dan
pelajar-pelajar sekarang ni perlu hadapi…(R3).

“masa akak sekolah dulu cabaran dia kita juga nakkan keputusan cemerlang seperti pelajar
hari ni…semua orang nak berjaya…dulu kita belajar memang susah…memang betul-betul
belajar..tuisyen pun takde…belajar dengan kawan-kawan jelah…nak banding dengan pelajar
sekarang ni..dia orang pun nak cemerlang juga…tapi yang akak lihat cemerlang tu senang
dapat…sekarang ni cabaran budak-budak sekarang ni dari segi kualiti ilmu yang dia
belajar…adakah ilmu yang dia dapat tu dapat memberi manfaat pada dia atau setakat atas
kertas sahaja…ilmu ni bila berkualiti dan kita faham…dapat keputusan cemerlang…itu dah

69

memberi satu keyakinan kepada kita untuk lebih berjaya lagi….kalau persaingan dengan
kaum-kaum yang lain…itu salah satu cabaran supaya kita tak leka…kalau tak kita akan
tinggal…jadi cabaran pelajar hari ini lebih mencabarlah sebenarnya…dengan dunia
teknologinya…rakan-rakan di sekeliling dia…kalau dia pandai bawak diri dia akan selamat
dan menjadi orang yang berjaya..(R4)

Pendidikan juga telah dijadikan alat utama untuk menyediakan rakyat menghadapi
perkembangan-perkembangan yang berlaku dalam masyarakat yang berhubung rapat dengan
kemajuan-kemajuan yang dibawa oleh sains dan teknologi. Ia bukan sahaja menyediakan
rakyat dengan ilmu pengetahuan yang khusus dan perlu di bidang ini dan seterusnya
mengeluarkan personel yang layak atau mahir untuk berfungsi dalam konteks sains dan
teknologi. Selain itu ia juga berfungsi membentuk sikap dan tabiat yang sesuai dan selari
dengan kemajuan dan kemodenan pada masa ini.

70

BAB V

RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 PENDAHULUAN

Bab ini akan membincangkan tentang rumusan dapatan kajian yang telah diperoleh dalam
kajian yang dijalankan. Di samping itu, dalam bab ini turut dibincangkan implikasi dan
mengemukakan saranan yang perlu dilakukan untuk kajian lanjutan oleh pengkaji lain pada
masa akan datang.

5.2 RUMUSAN OBJEKTIF KAJIAN

Objektif pertama kajian ialah ingin mengenal pasti perpaduan berbentuk pola-pola interaksi
etnik yang berlaku di sekolah. Soalan yang dikemukakan ialah bagaimanakah interaksi antara
etnik yang menunjukkan pola etnisiti di sekolah? Soalan ini terjawab melalui pemerhatian.
Data-data pemerhatian seperti yang telah dibincangkan pada Bab Empat merumuskan bahawa
pola-pola etnisiti yang berlaku di lapangan sekolah adalah :

1. Berada di dalam kelompok etnik yang sama sebelum perhimpunan bermula.
2. Kedudukan berkelompok dalam satu kumpulan etnik yang sama di dalam kelas.
3. Keluar ketika waktu rehat mengikut etnik yang sama.
4. Berbual sesama etnik menggunakan bahasa etnik sendiri di dalam dan di luar bilik

darjah.

Dalam konteks kajian, etnisiti merupakan situasi rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik
tertentu (Shamsul Amri, 2007). Sikap mementingkan etnik sendiri termasuk aksi-aksi yang
nyata kelihatan dalam diri agen berkenaan. Aksi yang paling nyata kelihatan ialah situasi
pengelompokan dalam etnik masing-masing yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga etnik Melayu,
Cina dan India. Semenjak kali pertama menjejakkan kaki ke sekolah mereka telah mencari
etnik yang sama. Walaupun pelajar-pelajar menyedari wujudnya pengelompokan antara etnik,
mereka menganggap polarisasi bukanlah suatu masalah. Pada pandangan umum polarisasi

71

merupakan suatu masalah tetapi bagi pelajar polarisasi adalah suatu perkara yang biasa.
Polarisasi tidak bermakna perkauman kerana mereka tidak menghadapi sebarang konflik
terbuka atau pergaduhan antara etnik. Ada masanya mereka akan berinteraksi antara etnik.
Pada anggapan mereka juga mungkin akan timbul pergaduhan sekiranya jika selalu bersama
dengan etnik lain. Justeru pengelompokan dianggap lebih baik bagi mengelak sebarang
perselisihan faham. Secara keseluruhannya, boleh dikatakan polarisasi telah diterima menjadi
cara hidup pelajar.

Objektif kedua kajian pula ialah ingin meneroka sejauh manakah kejayaan sistem
pendidikan persekolahan melalui agen-agen pendidikan untuk mewujudkan perpaduan dalam
kalangan pelajar pelbagai etnik. Di sini dirumuskan agen-agen pendidikan iaitu pendidikan
pasca kemerdekaan, perancangan pendidikan, kelayakan tenaga pengajar, kemudahan dan isu
pendidikan yang menstruktur kepada perpaduan dalam pendidikan.

5.2.1 Pendidikan Pasca Kemerdekaan

a) Pendidikan Rendah

Perkembangan pendidikan rendah di Malaysia dari segi dasar, matlamat, kandungan kurikulum
dan penyediaan kemudahan bergantung kepada tindakan pemerintah dan sokongan masyarakat
pada sesuatu masa. Laporan Razak telah mengesyorkan supaya persekolahan rendah berbagai-
bagai bahasa dikekalkan. Sungguhpun laporan itu mengesyorkan, sebagai jangka panjang
semua sekolah rendah menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
Perubahan yang nyata ialah kurikulum sekolah rendah mula disamakan dan diberi orientasi
Tanah Melayu. Ini dianggap untuk menyesuaikan pendidikan rendah sebagai asas bagi
pembangunan negara Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

Pendidikan rendah telah menerima perubahan besar dari segi bahasa pengantar selepas
berlakunya rusuhan kaum dalam tahun 1969. Mulai tahun 1970 sekolah-sekolah telah
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Dengan itu pada hujung tahun 1975,
pendidikan sekolah rendah Inggeris dihapuskan tetapi persekolahan Cina dan Tamil
dikekalkan. Jawatankuasa Kabinet 1979 yang telah meninjau dasar pelajaran kebangsaan
mengesyorkan persekolahan Cina dan Tamil diteruskan, tetapi mengesyorkan kurikulum di
sekolah rendah dikaji semula dan diberi penekanan terhadap pengajaran 3M iaitu membaca,

72

menulis dan mengira. Pada tahun 1983, KBSR telah diperkenalkan dan dilaksanakan di semua
sekolah di seluruh negara.

Secara kesimpulannya, pendidikan rendah melalui Laporan Razak dan akta-akta
pendidikan yang telah digubal seterusnya, telah berusaha menubuhkan satu sistem pendidikan
kebangsaan yang diterima oleh Rakyat Persekutuan. Penerimaan rakyat terhadap sistem
pendidikan yang telah gubal penting bagi menggalakkan pertumbuhan kebudayaan, sosial,
ekonomi dan politik negara ini. Penerimaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasa pengantar serta penggunaan sukatan pelajaran yang sama di semua peringkat
persekolahan adalah asas untuk memupuk pembinaan negara yang merdeka.

b) Peringkat Menengah

Pendidikan sekolah menengah mempunyai perbezaan yang ketara daripada pendidikan rendah
kerana ia tidak terpecah kepada vernakular. Dengan itu pendidikan sekolah menengah lebih
menepati dasar pendidikan untuk perpaduan seperti yang dianjurkan oleh Laporan Razak
(1956). Pendidikan menengah bertujuan untuk melanjutkan lagi pendidikan umum yang diberi
di sekolah rendah dan memulakan pendidikan bercorak khusus, di samping
memperkembangkan lagi potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu. Sebagaimana yang
diketahui umum, pendidikan menengah dibahagikan kepada pendidikan menengah rendah
selama 3 tahun yang bercorak umum yang bertujuan untuk memberikan pendidikan yang sama
untuk semua pelajar. Pendidikan menengah atas selama 2 tahun juga turut memberi pendidikan
bercorak umum iaitu pelajar bebas memilih aliran yang diminati sama ada aliran sains, sastera,
teknik dan vokasional. Kebebasan dan peluang untuk menjurus kepada mana-mana aliran
diberikan kepada murid untuk menentukannya setanding dengan minat dan keupayaan mereka.

Sebenarnya pendidikan menengah masa kini telah berjaya mencapai dasar pendidikan
kebangsaan, seragam dan bersepadu yang dihasratkan oleh Laporan Razak (1956) dan Laporan
Rahman Talib (1960). Ia dikatakan berjaya mencapai hasrat itu kerana Bahasa Melayu telah
digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar utama dalam pengajaran dan pembelajaran
juga peperiksaan. Kesatuan dan keseragaman ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan
masalah gejala polarisasi etnik, fahaman vernakularisme dan masalah pelaksanaan kurikulum
dalam semua segi.

73

Kurikulum pendidikan peringkat menengah mengalami perubahan bercorak khusus dan
terlalu akademik kepada corak umum, praktik dan relevan dengan konteks ‘enculturation’ dan
sosialisasi. Perubahan orientasi dan corak kurikulum itu berlaku selepas sepuluh tahun Laporan
Kabinet (1979) diusulkan. Landasan asas perubahan itu dipercayai didorong oleh aliran
pemikiran dan perkembangan pendidikan semasa yang bercorak konstruktivisme atau
‘developmental’ yang menyeluruh. Justeru, terwujud kurikulum pendidikan yang menekankan
pengukuhan kemahiran asas, yang mengutamakan ‘Malaysia-outlook’ dan yang bercorak
umum dan demokratik.

5.2.2 Perancangan Pendidikan Untuk Perpaduan (KPM,JPN,SEKOLAH)

a) Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Kedudukan serta peranan bahasa kebangsaan dalam sistem pentadbiran dan sistem pendidikan
negara ini ternyata dalam beberapa dokumen penting kerajaan. Artikel 152 Perlembagaan
Persekutuan telah mewujudkan satu bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu. Akta Bahasa
Kebangsaan 1967 telah melaksanakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi tunggal negara
ini. Akta Pelajaran 1961 dan Rancangan Lima Tahun Malaysia telah menyatakan hasrat untuk
menjadikan bahasa kebangsaan sebagai pengantar utama Sistem Pendidikan Negara. Bahasa
kebangsaan juga dihasratkan supaya cepat berkembang dan tumbuh sebagai bahasa ilmu. Oleh
itu, pengajaran Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib dan penggunaannya sebagai
bahasa pengantar utama adalah salah satu prinsip asas Dasar Pendidikan Negara.

Rakyat Malaysia menerima hakikat bahawa bahasa kebangsaan adalah tali penghubung
terpenting dalam usaha memupuk perpaduan rakyat kerana ia boleh berperanan sebagai bahasa
perantaraan untuk rakyat berbilang kaum. Selaras dengan kedudukan serta peranannya, bahasa
kebangsaan telah menjadi sebagai satu mata pelajaran di semua peringkat dan jenis sekolah. Ia
juga merupakan bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah rendah dan sekolah kebangsaan
dan institusi-institusi pendidikan tinggi.

74

b) Kurikulum

Kurikulum merupakan satu usaha ke arah mewujudkan berbagai-bagai-bagai program
pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum membolehkan murid dan pelajar menerima ilmu
pengetahuan, memperkembang dan meningkatkan kemahiran serta menghayati nilai-nilai yang
dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Di negara ini, penggunaan kurikulum yang
sama merupakan satu lagi Dasar Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk mewujudkan
keperibadian kebangsaan ke arah pembentukan perpaduan negara.

Kurikulum Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di negara ini telah digubal begitu
rupa bagi mencapai dasar di atas. Sebagaimana yang telah diketahui umum, Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) telah digubal untuk memberi kemahiran asas dan menerapkan
perkembangan ilmu pengetahuan dan sosialisasi dalam kalangan murid-murid sekolah rendah.

Manakala Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula merupakan
kesinambungan KBSR dan menekankan pendidikan yang seimbang dan bersepadu.
Kementerian Pendidikan yakin, penggubalan dan pelaksanaan KBSR dan KBSM mampu
mewujudkan jenis rakyat dan dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendirian
Kementerian Pendidikan berhubung dengan peranan kurikulum kebangsaan sebagai alat
mewujudkan keperibadian kebangsaan ke arah pembentukan perpaduan negara tidak dapat
dipertikaikan.

5.2.3 Kelayakan Tenaga Pengajar

Guru merupakan golongan pelaksana kurikulum yang mempunyai kedudukan terpenting dalam
sistem pendidikan formal kerana mereka menjadi teras yang menentukan standard, mutu dan
keberkesanan sistem pendidikan. Guru adalah satu daripada komponen teras yang menentukan
kejayaan pelaksanaan kurikulum dan selanjutnya menentukan kejayaan pelaksanaan kurikulum
dan selanjutnya menentukan perkembangan pada generasi yang akan datang. Oleh itu, aspek
penyediaan guru yang profesional perlu bagi memastikan kejayaan tersebut.

Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini haruslah menyedari
tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan datang
menjadi orang yang berguna nanti. Malaysia telah mengalami perubahan sistem pendidikan

75

yang pesat, khasnya pelaksanaan reformasi pendidikan dalam dekad 80-an dengan pengenalan
program KBSR dan KBSM serta perubahan sistem pendidikan 90-an. Perubahan ini
memerlukan guru mereformasikan diri ke arah pandangan, sikap dan daya usaha melengkapkan
diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar yang canggih, demi mempertingkatkan
keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja yang mencabar.

Ekoran daripada reformasi pendidikan yang dilancarkan, tugas dan kerja guru hari ini
tidak sama dengan seperti masa lalu. Peranan guru yang lalu merupakan seorang penyampai
maklumat, tetapi pada masa kini peranannya telah ditukar sebagai menjadi pembimbing,
fasilitator dan pemberi rangsangan dalam bilik darjah. Guru dulu menumpukan tugasnya
mengajar murid dengan ilmu pengetahuan, tetapi kini tugasnya telah ditukar dengan usaha
mengembangkan potensi murid secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi.
Mendidik murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia, berani
dan sanggup menghadapi cabaran serta berguna untuk pembangunan negara. Perubahan
peranan guru hari ini adalah diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah. Ini bermakna sistem latihan perguruan yang diwarisi dulu kurang sesuai
untuk mencapai matlamat pendidikan yang baru. Guru pada hari ini hendaklah berusaha
melengkapkan diri dengan mengemas kini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari
masa ke semasa.

Pendidikan merupakan agen yang paling berpengaruh dalam usaha menggalakkan
proses perubahan mobiliti sosial. Pendidikan juga memainkan peranan yang penting dalam
usaha mengembangkan ekonomi dan menyebarkan kebudayaan masyarakat, mengawal sistem
sosial serta mempengaruhi perkembangan politik dan agama. Oleh itu, peranan guru pada alaf
baru ini, bukan sahaja sebagai penyebar ilmu, tetapi juga sebagai penggerak masyarakat dan
pembina negara, di samping mewujudkan hubungan interpersonal secara sarwajagat.

5.2.4 Kemudahan yang disediakan di sekolah

Pembangunan pelajaran sejak tahun 1971 menggambarkan usaha kerajaan untuk memenuhi
aspirasi masyarakat dan negara serta mengatasi masalah dan cabaran yang dihadapinya. Telah
dilihat bahawa matlamat jangka panjang keseluruhan program pembangunan pelajaran dan
latihan yang telah dibentuk dalam Rancangan Malaysia Pertama (RMS) terus menjadi titik
tolak perkembangan di awal pelaksanaan DEB iaitu dalam Rancangan Malaysia Kedua dan
seterusnya. Keseluruhan rancangan ini, memusatkan kepada empat fokus utama iatau:

76

I. Penggembelingan seluruh sistem pelajaran untuk mengeratkan lagi perpaduan kaum.
II. Peningkatan dari segi kualiti penyertaan dan pencapaian serta memperbaiki imbangan

dalam penyertaan dan pencapaian di antara kaum, lokasi kawasan dan wilayah.
III. Pemusatan perhatian dalam meluaskan rancangan-rancangan pelajaran dan latihan ke

arah memenuhi keperluan tenaga manusia.
IV. Peningkatan mutu pelajaran untuk membangunkan satu masyarakat progresif yang

berorientasikan sains dan teknologi, serta bersopan dan bertatasusila.

Pelaksanaan program pelajaran secara keseluruhan adalah selaras dengan dasar dan
matlamat DEB. Dalam usaha meningkatkan prestasi dari segi penyertaan dan pencapaian,
keutamaan diberi kepada golongan yang kurang beruntung serta kawasan dan wilayah yang
mundur. Dari segi peruntukan kewangan dan dari segi bilangan bilik darjah serta lain-lain
kemudahan asas lebih kurang 85% daripada jumlah sumber untuk sekolah rendah dan 69%
untuk sekolah menengah diagihkan kepada projek pembangunan luar bandar.

Di samping itu, rancangan dan aktiviti khas juga telah dikenal pasti, dilaksanakan dan
diperluaskan. Antara yang lebih penting ialah Skim Pinjaman Buku Teks, Rancangan Makanan
Tambahan, Program Biasiswa dan Dermasiswa, Asrama Sekolah, Asrama Pusat dan Sekolah
Berasrama Penuh. Dalam pelaksanaan rancangan aktiviti ini didapati keutamaan yang
sewajarnya telah diberikan kepada pelajar-pelajar Bumiputera dan pelajar-pelajar luar bandar
serta mereka yang kurang beruntung.

5.2.5 Isu Pendidikan

a) Matlamat Pendidikan

Semenjak merdeka, negara Malaysia telah berkembang dengan pesatnya ke arah kemajuan dan
pemodenan. Seiring dengan proses pembangunan ini, sudah pastinya ia memenuhi keperluan
negara yang sewajarnya berubah. Ini termasuklah usaha yang memerlukan penekanan baru
dalam pendidikan negara. Walaupun demikian, perubahan yang berlaku tidak mengubah
matlamat pendidikan negara iaitu ke arah menampung keperluan tenaga kerja serta mencapai
perpaduan rakyat melalui perkembangan individu yang menyeluruh.

77

Perpaduan negara merupakan objektif menyeluruh dan matlamat asas negara.
Perpaduan negara menjadi asas dalam usaha membentuk sebuah negara yang teguh dan bersatu
padu dan amat penting bagi menjamin keutuhan dan keselamatan negara dalam jangka masa
panjang. Dalam konteks inilah sistem pelajaran merupakan matlamat utama dalam usaha
memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum,
kebudayaan dan agama. Melalui aktiviti-aktiviti pelbagai projek dalam kurikulum dan
kokurikulum di sekolah, segala usaha perlu dilakukan untuk membentuk dan menerapkan nilai-
nilai, tanggapan dan sikap yang positif bagi membina masyarakat yang berbilang kaum
bertolak ansur, harmoni dan bersatu padu. Aspek ini merupakan satu komponen terpenting dari
segi pendidikan menyeluruh kerana usaha memupuk nilai-nilai kewarganegaraan yang
dilakukan di sekolah akan mempercepatkan lagi wujudnya konsep perpaduan rakyat dan
identiti bangsa.

b) Pendidikan Menyediakan Pelajar dengan Sikap menerima dan berani menghadapi
cabaran.

Perkembangan ekonomi negara yang pesat, Malaysia memerlukan lebih ramai anak watan yang
cergas dan mempunyai latar belakang pendidikan yang canggih dan tinggi. Perkembangan
sekarang menunjukkan bagaimana tahap kelulusan untuk semua pekerjaan semakin tinggi dan
bersaing. Selaras dengan ini, maka pelajar-pelajar harus diberikan pendidikan yang berkualiti
dan mementingkan kualiti kecemerlangan akademik. Hanya pendidikan begini yang mampu
menggerakkan pelajar-pelajar untuk tampil ke hadapan dan bersaing dengan dunia luar.

Dengan memperoleh pendidikan cemerlang barulah dapat negara Malaysia yang
berasaskan budaya dan falsafah hidup masyarakat Melayu mengambil tempat yang setanding
dengan negara-negara maju di dunia ini. Kedudukan, martabat dan nama negara adalah
bergantung pada tahap pencapaian dan kecemerlangan akademik dalam kalangan warganya.

RUMUSAN KAJIAN

Perpaduan ialah saling memahami antara kumpulan-kumpulan etnik yang berpola. Perpaduan
boleh wujud dalam masyarakat yang berpolarisasi. Konsep perpaduan harus dilihat sebagai
sikap saling memahami antara kumpulan-kumpulan etnik yang berbeza. Perpaduan boleh
wujud dengan saling memahami corak-corak budaya, agama, sosial dan ekonomi kumpulan-

78

kumpulan etnik yang lain. Tiap-tiap etnik perlu memahami etnik lain dan bertindak atas dasar
saling memahami berkenaan. Sebagai contoh, etnik bukan Melayu perlu memahami mengapa
hak istimewa perlu bagi orang-orang Melayu. Etnik Melayu pula perlu faham mengapa etnik
Cina dan India perlu sekolah mengikut aliran-aliran masing-masing.

Perkara-perkara ini jika saling difahami tidak akan menimbulkan konflik terbuka
antara kumpulan-kumpulan etnik yang berbeza. Dalam keadaan tertentu, konsep saling
memahami lebih sesuai berbanding toleransi kerana penggunaan perkataan ‘toleransi’ tidak
boleh digunakan dalam semua keadaan. Ada perkara-perkara yang tidak boleh ditoleransikan
semata-mata tujuan perpaduan antara etnik. Contohnya ialah agama kerana ada agama telah
mempunyai ketetapan dan tidak boleh diubah. Cubaan toleransi terhadap agama mungkin boleh
menyebabkan wujud konflik seperti isu sekular yang bagi sesetengah pihak dikaitkan pula
dengan isu penyelewengan pegangan agama atau penyelewengan akidah.

Perpaduan merupakan hasrat unggul di sebalik terbentuknya sistem pendidikan
kebangsaan kita. Dalam laporan Razak dan Laporan Rahman Talib telah dicadangkan langkah-
langkah untuk memenuhi hasrat ini. Paling ketara ialah penggunaan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa pengantar di semua sekolah melainkan di sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan
(SJKC). Langkah-langkah ini termasuklah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa wajib,
mengadakan kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama untuk semua pelajar, menetapkan
persekolahan yang menampung semua kanak-kanak dari semua kaum dan perkhidmatan
perguruan yang menerima latihan yang sama di sekolah-sekolah. Tahun-tahun berikutnya kita
dapati Rukun Negara sebagai ideologi bimbingan diperkenalkan di sekolah dan mata pelajaran
Sivik diwajibkan untuk semua.

Sebenarnya agak sukar untuk dikatakan secara saintifik perpaduan telah mula berjaya
dipupuk di sekolah-sekolah. Secara optimisnya, telah ada unsur-unsur perpaduan yang
ditunjukkan oleh pelajar selepas 9, 11, atau 13 tahun persekolahan. Pandangan ini berasaskan
kemampuan, semangat dan sikap mereka untuk sama-sama menganggap diri mereka sebagai
warganegara Malaysia. Menurut kajian Ibrahim Saad (1978), menunjukkan bahawa
pendedahan kepada sistem persekolahan kebangsaan dalam bahasa kebangsaan boleh
merapatkan lagi perhubungan antara kaum, mengurangkan perasaan ethnocentrism dalam
kalangan bukan Melayu dan mengurangkan gambaran-gambaran stereotaip dalam kalangan

79

orang-orang Melayu. Dalam Kajian Integrasi Nasional UKM 1989, pada era 1990-an ciri-ciri
perpaduan itu semakin ketara dan menonjol.

Namun, perpaduan bukan hanya menjadi hak milik sekolah-sekolah. Pengaruh-
pengaruh luar boleh memainkan peranan untuk mengurangkan dan menghapuskan perasaan
yang berorientasikan kewarganegaraan dan kebangsaan. Justeru kita dapati sudah timbul
keraguan tentang keberkesanan sistem persekolahan dalam perkara ini. Isu polarisasi kaum
dikatakan berlaku walaupun tidak secara langsung di sekolah-sekolah. Gejala ini mungkin
lebih ketara apabila berada di institusi-institusi pengajian tinggi. Oleh itu, dalam perkara ini
dipersoalkan pula tentang kewujudan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) yang mana
kewujudannya agak bertentangan dengan kehendak pelajaran 1956.

Terdapat dua sudut pandangan tentang SRJK ini. Pertama, dengan kewujudan sekolah
SRJK, maka akan berpanjangan dan lebih merumitkan usaha ke arah perpaduan. Maka, sekolah
jenis ini perlu diubah menjadi sekolah kebangsaan. Kedua, sekolah ini masih boleh diteruskan
kerana ia dikehendaki dan memenuhi prinsip memberi kanak-kanak pelajaran yang diingini
oleh kedua ibu bapa mereka. Dalam menghadapi situasi ini masyarakat seharusnya tidak
terburu-buru. Masyarakat harus mengkaji dengan teliti dari segala sudut pandangan,
memandangkan implikasi dan unsur-unsur sensitif yang terkandung di sebalik setiap tindakan.

Oleh itu, perancangan yang telus dan teliti dan dilakukan peringkat demi peringkat
harus disusun untuk menentukan corak masa depan sekolah jenis ini. Perancangan ini perlu
supaya pada satu masa nanti tidak lagi ada ‘pengecualian’ dalam pelaksanaan dasar pelajaran
kebangsaan itu. Dalam pada itu, Kementerian Pelajaran haruslah bertindak menjalankan kajian
secara objektif di SRK dan SRJK untuk menentukan sejauh manakah pelaksanaan bahasa-
bahasa, kurikulum, penempatan guru-guru, pentadbiran polisi dan aktiviti-aktiviti termasuk
aktiviti kokurikulum dapat memperkukuhkan perasaan kebangsaan dan semangat
kemalaysiaan, bertolak-ansur, pemahaman yang lebih dan lain-lain terhadap negara dan
masyarakat dalam kalangan pelajar.

Di semua tahap persekolahan juga, usaha-usaha harus dipergiatkan lagu khusus untuk
memupuk kesedaran kebangsaan dan perpaduan dalam kalangan pelajar dan guru-guru. Selain
daripada mewajibkan mata pelajaran Sejarah, semua aktiviti yang dijalankan oleh guru dan
pelajar harus dihubungkaitkan juga dengan matlamat perpaduan. Ia mungkin memberi kesan

80

jika diadakan pada minggu-minggu atau bulan khas untuk perpaduan seperti yang dijalankan
untuk minggu dan bulan bahasa kebangsaan dalam tahun-tahun 1960-an dahulu. Dalam pada
itu, komitmen guru ke arah ini harus dipupuk. Satu cara lagi ialah dengan meminta setiap guru
menentukan bahawa dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran sikap untuk memupuk
aspek-aspek seperti saling memahami antara kaum, kesederhanaan, kerjasama dan tema spirit
sentiasa diutamakan. Dari segi pedagogi, belajar secara berpasukan telah dibuktikan
mempunyai faedah yang tersendiri dan boleh membawa kepada usaha sama pemahaman juga
persahabatan yang kekal.

Dalam hubungan pendidikan untuk perpaduan ini peranan bahasa Melayu juga penting.
Sejak tahun 1958 bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa pengantar dan mulai tahun
1962 ia diwajibkan lulus untuk peperiksaan awam. Kini bahasa Melayu telah teguh dan
digunakan sebagai bahasa pengantar di semua peringkat pendidikan dan kita kagum dengan
kefasihan pelajar bukan Melayu berbicara dalam bahasa ini. Sungguhpun demikian, mutu
bahasa Melayu dan penggunaannya perlu dipertingkatkan lagi supaya ia benar-benar dihayati
sebagai bahasa kebangsaan yang boleh dibanggakan dengan bersungguh-sungguh dan dengan
penuh komitmen. Tetapi aspek ini telah banyak diperbincangkan dan tindakan tegas telah pun
diambil untuk mengatasi kelemahan yang dikenal pasti dan seterusnya untuk meningkatkan
penggunaannya sebagai alat komunikasi yang berkesan di samping menjadi bahasa ilmu dan
pemancar imej budaya dan negara.

5.3 KESIMPULAN DAN PERBINCANGAN

Berdasarkan data yang telah dikumpul oleh pengkaji melalui temu bual bersama informan
kajian, mereka mengakui hubungan yang kurang mesra antara etnik-etnik yang berbeza
memang berlaku di sekolah dari zaman pasca kemerdekaan hingga kini. Tetapi hubungan yang
tidak mesra ini tidak bermakna berlakunya perkauman dan tiada langsung perpaduan. Konsep
perpaduan seperti yang telah dibincangkan ialah sikap saling memahami antara kumpulan-
kumpulan etnik yang berbeza. Sekiranya pelajar-pelajar tidak mempunyai sikap saling
memahami, sudah pasti kita tidak dapat belajar dan hidup selesa seperti hari ini. Implikasi dan
cadangan untuk kajian lanjutan juga turut dikemukakan dalam bahagian ini.

81

5.4 IMPLIKASI KAJIAN

Setiap kajian yang dilaksanakan akan memberikan implikasi kepada pelbagai pihak. Sebagai
contoh, kajian-kajian lepas dan hasil dapatan kajian ini, pengkaji dapat menunjukkan
pendidikan menjadi inti pati penting dalam pengukuhan perpaduan negara ke arah yang lebih
baik kerana pendidikan menjadi peneraju kepada pembentukan masyarakat. Oleh itu, bahagian
ini akan menghuraikan implikasi kajian ini dalam mewujudkan perpaduan dalam kalangan
murid khususnya dan masyarakat pada amnya. Namun, ia memerlukan kerjasama dari semua
pihak sama ada dari pihak pelajar, ibu bapa, masyarakat mahupun pihak kementerian. Antara
implikasi yang timbul adalah seperti berikut :

5.4.1 Implikasi kepada Para Pelajar

Dapatan mendedahkan kepada para pelajar bahawa matlamat perpaduan terdapat dalam
ideologi pendidikan negara. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendedahkan kepada para
pelajar institusi pendidikan merupakan suatu tempat di mana etnik-etnik lain bertemu dan
berinteraksi. Kepentingan hubungan baik dengan rakan-rakan yang berlainan etnik dan agama
sangat perlu dalam mewujudkan sebuah negara yang aman dan sentosa.

5.4.2 Implikasi kepada Guru-guru

Dapat memberi kefahaman kepada guru-guru kepentingan memasukkan elemen-elemen
perpaduan dalam kalangan pelajar pelbagai etnik semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, guru-guru dapat memahami dasar-dasar interaksi etnik penting bagi mengelakkan
dari dilihat sebagai mempunyai dasar berat sebelah. Guru-guru juga dapat merancang aktiviti
yang berkesan ke arah perpaduan murid.

5.4.3 Implikasi kepada Ibu Bapa

Keluarga merupakan suatu institusi penting dalam memupuk semangat perpaduan. Dalam
konteks pendidikan, keluarga bukan sesebuah institusi yang dapat dikawal oleh institusi
pendidikan. Peranan ibu bapa dalam menggalakkan perpaduan adalah kesedaran daripada ibu
bapa itu sendiri. Kesedaran tentang kepentingan perpaduan ini juga tertakluk kepada sejauh
mana agen-agen sosial mempengaruhi keluarga tersebut.

82

5.4.4 Implikasi kepada Kementerian

Peranan dan kerjasama pelbagai pihak adalah penting untuk memupuk perpaduan dalam
kalangan pelajar pelbagai etnik di negara kita. Kementerian-kementerian dan agensi-agensi
kerajaan perlu merangka dasar-dasar makro dan mikro untuk perpaduan. Kementerian
Pelajaran umpamanya boleh merangka dasar-dasar yang boleh mengeratkan lagi perpaduan
dalam kalangan pelajar-pelajar. Pembentukan konsep bangsa Malaysia misalnya perlu
dihebahkan dan difahami oleh seluruh rakyat. Di peringkat mikro, agensi-agensi tempatan
seperti rukun tetangga, jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung, majlis-majlis
tempatan, badan-badan bukan kerajaan dan sebagainya boleh diberikan peranan untuk
menjalan program-program perpaduan.

5.5 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Pengkaji ingin mengemukakan cadangan bagi kajian-kajian yang bakal dijalankan oleh para
pengkaji lain berkaitan dengan Pendidikan Untuk Perpaduan. Antara yang dicadangkan oleh
pengkaji adalah seperti berikut:

1. Kajian ini adalah kajian berbentuk kepustakaan dan pengkaji menemu bual beberapa
informan untuk mendapatkan pandangan tentang pendidikan. Hasil kajian mungkin
berlainan jika kajian ini dijalankan dalam kalangan pelajar sekolah atau universiti.

2. Adalah dicadangkan supaya kajian ini melibatkan temu bual atau soal selidik kepada
tokoh-tokoh penting dalam dunia pendidikan. Ia bertujuan untuk mengetahui sejauh
mana pendidikan mampu membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

5.6 PENUTUP

Pendidikan adalah satu institusi yang amat penting dalam penyambungan, penerusan dan
survival mana-mana masyarakat. Pendidikan digunakan sebagai alat oleh sesebuah masyarakat
itu dengan matlamat yang pelbagai. Perkembangan pendidikan di Malaysia ternyata mengalami
banyak perubahan, terutama sejak zaman penjajahan hinggalah zaman selepas kemerdekaan.
Kalau dulu, sistem pendidikan ialah untuk mengekalkan perbezaan di antara kaum supaya
dengan mudah dilaksanakan strategi dasar ‘pecah dan perintah (divide and rule), tetapi selepas

83

merdeka hasrat negara Malaysia ialah membina satu kesatuan antara kaum bagi
memperkukuhkan keselamatan dan keutuhan negara ini sendiri.

Pendidikan di Malaysia dalam abad ke-21 ini merupakan pendidikan yang bertapak di
atas nila-nilai agama Islam, iaitu nilai-nilai yang dipersetujui oleh masyarakat Malaysia dan
nilai-nilai yang relevan dan baik daripada kaca mata masyarakat. Pendidikan ini masih dikenali
sebagai pendidikan kebangsaan tetapi dualisme. Dualisme yang terdapat dewasa ini,
menyatakan ada sistem pendidikan Islam dan ada pula sistem pendidikan sekular atau
pendidikan model Barat, tidak lagi ketara. Tujuan utama pendidikan itu, disusun semula supaya
mementingkan pendidikan diri kanak-kanak dalam konteks perkembangan masyarakat
Malaysia. Perkembangan diri kanak-kanak pula dipupuk supaya mereka mampu memperteguh
nilai-nilai dan idealisme masyarakat. Kanak-kanak juga dibimbing supaya mereka sedar
pertalian mereka dengan Pencipta. Kenyataan tujuan pendidikan untuk perpaduan, untuk
mengeluarkan tenaga manusia, untuk pembangunan industri dan perkembangan teknologi dan
lain-lain dianggap sebagai sekunder kepada matlamat perkembangan manusia. Justeru, tujuan-
tujuan ini dianggap sebagai tujuan jangka pendek yang mungkin berubah dari masa ke semasa
berdasarkan penekanannya.

Dalam abad ke-21, keperluan ke arah mengadakan perpaduan masih lagi
mempengaruhi perkembangan pendidikan kebangsaan. Bahasa Melayu digunakan sebagai
bahasa pengantar dan kurikulum yang sama disediakan untuk para pelajar. Tetapi usaha ke arah
memupuk perpaduan tidaklah dinyatakan secara tersendiri, yang mendahului objektif-objektif
lain atau menekankan pengajaran mata pelajaran tertentu sebagai salurannya. Unsur-unsur
perpaduan diserapkan menerusi nilai-nilai dan budaya sekolah secara tersisip, berterusan dan
bersepadu. Interaksi dalam kalangan guru dan pelajar, guru dan ibu bapa dan lain-lain agensi
akan sentiasa menyokong supaya timbul dan bertambah kukuh lagi asas-asas perpaduan itu.

Perkembangan masyarakat pula seiring dengan perkembangan dasar-dasar negara yang
sentiasa ditambah baik bagi memastikan keperluan rakyat terbela. Perubahan dalam sektor
pendidikan menjadi inti pati penting dalam pengukuhan perpaduan negara ke arah yang lebih
baik kerana pendidikan peneraju pembentukan masyarakat. Aspek-aspek murni amat
ditekankan dalam pendidikan kerana sebagai sebuah masyarakat majmuk, nilai-nilai murni
perlu ada dalam setiap masyarakat. Namun, walaupun banyak perubahan yang telah dilakukan,
kelemahan-kelemahan masih lagi wujud dan perlu diambil serius oleh kerajaan untuk

84

menanganinya. Masalah-masalah yang melibatkan isu-isu antara kaum perlu diselesaikan
segera, bukan dibiarkan senyap begitu sahaja.

Menurut Shamsul Amri (2014), selepas berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969,
kerajaan Malaysia telah menekankan perpaduan dalam kalangan rakyatnya. Rakyat mesti
PADU dalam menghadapi cabaran kepelbagaian, yang diungkapkan dalam beberapa konsep
seperti kerencaman sosial, heterogeneity, multi-ethnic, multi-cultural, berbilang kaum dan
sebagainya. Menurutnya sebenarnya perpaduan yang dinyatakan dan diinginkan semenjak
1971 masih belum tercapai setelah lebih 40 tahun. Sehingga kini slogan Perpaduan Nasional,
Integrasi Nasional, Bangsa Malaysia dan 1Malaysia terus menerus dilaungkan, dinyanyikan
dan disebut-sebut media. Ratusan kajian dan tulisan telah dihasilkan untuk memecah
kebuntuan ini. Seolah-olah perpaduan masih tidak tercapai.

Biarpun Malaysia tidak mencapai peraduan, namun rakyat Malaysia telah berjaya
mengekalkan kemakmuran ekonomi, kestabilan politik dan keharmonian hubungan antara
etnik. Segala keharmonian yang dicapai oleh rakyat Malaysia ini adalah berdasarkan
kesepaduan sosial. Kesepaduan sosial ialah suatu keadaan aman, stabil dan makmur sejahtera
yang wujud dalam sesebuah masyarakat, khususnya yang berbilang etnik. Kesepaduan sosial
juga ialah biarpun wujud perbezaan, kontradiksi, Contestation dan konflik dalam sesuatu
masyarakat itu, jika para anggotanya sanggup berunding dan bertolak ansur untuk mewujudkan
konsensus, tolak ansur, toleransi dan semangat akomodasi, malah bersungguh-sungguh
membina harmoni dan pelbagai bentuk ikatan sosial, kesepaduan sosial akan mekar segar dan
sedia terperaga (Shamsul Amri,2014).

Justeru, kesepaduan sosial dalam kalangan pelbagai kaum, kepentingan ekonomi,
politik dan sosial senantiasa terjalin dan disulam oleh keperluan kehidupan seharian. Rakyat
Malaysia tidak akan mengorbankan kesepaduan sosial ini demi memastikan semua pihak
‘menang-menang’. Oleh itu, untuk mencapai matlamat perpaduan dan kesepaduan sosial yang
kukuh, seluruh masyarakat perlu berganding bahu, seiring dengan usaha murni kerajaan
melalui dasar-dasar rancangan baru. Mutu pendidikan yang sempurna serta hubungan
masyarakat yang harmoni menjadi tunggak kejayaan. Pendidikan yang membentuk perpaduan
dalam kalangan masyarakat akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju di samping
dapat merealisasikan Wawasan 2020.

85

RUJUKAN

Ahmad Fauzi Basri, Abdul Halim Ahmad dan Abdul Rahman (pnys).1987. Perpaduan
Nasional:Cabaran, Pencapaian dan Masa Depan. Jitra:UUM

Adnan @ Nan bin Kamis.1992. Satu Kajian Latar Belakang Sosial dan Hubungannya
dengan Sikap Prasangka atau Toleransi Terhadap Integrasi Nasional. Tesis
Dr.Fal, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Amir Hasan Dawi.2002. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Ed.ke-2 Tanjung
Malim: Quantum Books

Amir Hasan Dawai.2004. Hubungan Etnik di Institusi Pengajian Tinggi Satu kajian
Etnografi Habatus dan Modal Budaya di Kalangan Pelajar Berlainan Etnik.
Tesis Dr.Fal.Fakulti Pengahian Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Arasratnam, S.1979. Indian in Malaysia and Singapore. Ed.Semak. Kuala Lumpur:
Oxford University Press.

Collins,R.1971. Functional and Conflict Theories of Education. American
Sociological Review.36, pg.1002-1019.

Cynthia Enloe.1973. Ethnic Conflict and Political Development. Boston: Little,
Brown.

Durkheim, E.1965. The Elementary Forms of The Religious Life. New York:Free
Press

EPRD.1981. Educational in Malaysia. Kuala Lumpur : Ministry of Education.

EPRD.1993. Educational in Malaysia. Kuala Lumpur : Ministry of Education.

Faculty of Education.1989. The process of nation integration in the education setting.
Final Report. Universiti Kebangsaan Malaysia.

86

Furnivall, J.S.1956. Colonial policy and practice, a comparative study of Burma and
Netherlands India. New York : New York University Press.

George Simmel.1976. The Sociology of Sociability. Trans.E.C.Hughes. American
Journal of Sociology.

Giddens, A.1993. Sociology. Ed. Ke-2. Cambridge : Polity Press

Goh Cheng Teik.1971. Malaysian Beyond Communal Politics. Kuala Lumpur :
Pelanduk Publication.

Haris Md.Jadi.1990. Etnik, Politik dan Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Hock, L.K.1987. Socio-Economic Framework of The Country. Paris : IIEP Research
Report No.66

Ibarahim Samad.1977. Pendidikan dan Politik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka

Jary, D.& jary, J.1995. Collins dictionary of sociology. Ed.ke-2. Glasgow : Harper
Collins.

KPM [Kementerian Pelajaran Malaysia].2010a. Sekolah Wawasan di Malaysia :
Konsep, Cabaran dan Pelaksanaan. Putera Jaya: KPM

KPM [Kementerian Pelajaran Malaysia].2010b. Sekolah Bestari dan Sekolah Kluster
di Malaysia : Konsep, Cabaran dan Pelaksanaan. Putera Jaya: KPM

Marimuthu, T.1984. Student Development in Malaysian Universities. Singapore :
Regional Institute of Higher Education and Development, Occasional Paper.
No.19

87

Mior khairul Azrin bin Mior Jamaludin.2011. Sistem Pendidikan di Malaysia : Dasar,
Cabaran dan Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional. Sosiohumanika 4(1).

Mohamad Abu Bakar.1984. Islam dan Integrasi Nasional. Dlm.S.Husin Ali (pnyt)
Kaum, Kelas, dan Pembangunan Malaysia. Kuala Lumpur : Persatuan Sains
Sosial Malaysia.

Mohd.Amar b. Ibrahim, Hazri b. Jamil dan Najeemah nt Mohd. Yusof.2013. Prejudis
dan Stereotaip dalam Kalangan Murid Pelbagai Etnik di Sekolah Menengah
Kebangsaan Malaysia. Proceeding of the Global Summit on Education.

Mohd Salleh Lebar.1998. Sosiologi Sekolah dan Pendidikan. Selangor : Nurin
Enterprise

Mok Soon sang.2000. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Kuala Lumpur : Kumpulan
Budiman Sdn.Bhd.

Mok Soon sang.2008. Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor : Penerbitan
Multimedia.Sdn.Bhd.

Phang, P.M.C.1973. Educational Development In A Plural Society : a Malaysian
Case Study. Singapore : Academic Publication

Philip, L.F.S. 1975. Seeds of Separatisme : Educational Policy In Malaya 1874-1941.
Kuala Lumpur : Oxford University Press.

Purcell, V.1948. The Chinese In Malaya. London : Oxford University Press.

Rusimah Sayuti, Mohd Ainuddin Iskandar Lee Abdullah. Dan Salma Ishak.2004.
Kajian Hubungan Kaum di Kalangan Pelajar sekolah Ppembangunan Sosial, Universiti
Utara Malaysia. repo.uum.edu.my/1833/1/19.pdf

88

Sadka, E.1968. The Protected Malays State 1874-1895. Kuala Lumpur : University of
Malaya Sanusi.1984. Ikatan Etnik dan Kelas. Dlm.S.Husin Ali (pnyt) Kaum,
Kelas, dan Pembangunan Malaysia. Kuala Lumpur : Persatuan Sains Sosial
Malaysia.

Shahril @ charily Marzuki dan Habib Mat Som.1999. Isu Pendidikan di Malaysia:
Sorotan dan Cabaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Sdn. Bhd

Shamsul Amri Baharudin. 2007. Modul Hunungan Etnik. Putrajaya : Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia.

Sufean Hussin.1996. Pendidikan di Malaysia – Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala
Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syed Husin Ali.1984. Social Relation : The Ethnic and Class Factors. Dlm.S.Husin
Ali (pnyt) Kaum, Kelas, dan Pembangunan Malaysia. Kuala Lumpur :
Persatuan Sains Sosial Malaysia.

Tham, S.C.1977. Malays and Modernization : A Sociological Interpretation.
Singapore : Singapore University Press

The British Council.1974. Educational Profile : Malaysia. Issued by the British
Council, Kuala Lumpur and education & Science Division, London.

Ting Chew Peh.1985. Some Problem of Chinese Assimilation in Penisular Malaysia.
Bangi :Universiti Kebangsaan Malaysia.

89

LAMPIRAN A

AKSES : INFORMAN

PENGESAHAN PESERTA KAJIAN

Saya bersetuju menjadi peserta kajian (informan/responden) dan bersetuju segala maklumat
yang saya berikan dan yang berkaitan dengannya digunakan sebagai data dalam kajian oleh

Siti Aminah bt Jamaludin

Nama

Tandatangan

Tarikh

90

LAMPIRAN B

PROTOKOL TEMU BUAL

PANDUAN TEMU BUAL SECARA MENDALAM

✓ Temu bual adalah secara terbuka, soalan-soalan berikut adalah sebagai panduan.
✓ Terdapat tambahan dan penyesuaian mengikut konteks informan-informan.
✓ Temu bual akan melibatkan semangat mencungkil (probing). Soalan-soalan

mencungkil secara spontan.
✓ Soalan-soalan temu bual tidak semestinya mengikut urutan seperti dalam panduan. Ia

bergantung pada kesesuaian mengikut situasi dan respons informan-informan.
✓ Pengkaji akan sentiasa merefleks maklumat-maklumat yang diperoleh dengan objektif

dan soalan kajian.
✓ Setiap responden akan diterangkan tentang tujuan kajian. Mulakan temu bual dengan

penerangan tujuan kajian, minta jawapan yang ikhlas, prinsip-prinsip persetujuan dan
kerahsiaan.
✓ Gunakan nama informan dalam temu bual (atau anda, saudara, saudari). Oleh itu
kerjasama __________diperlukan untuk menjayakan kajian ini. Saya berharap
saudara/saudari dapat membantu memberikan maklumat yang setepat yang mungkin.

A PENGALAMAN PERSEKOLAHAN
1. Di manakah _______bersekolah sebelum ini? Sekolah Rendah? Sekolah
a. Menengah?
2. Siapakah rakan _______pergi ke sekolah? Siapakah rakan karib ____semasa
bersekolah ? adakah _____mempunyai rakan rapat daripada etnik lain?
3. Bagaimanakah komposisi etnik pelajar sekolah______________?
4. Adakah ______kerap bergaul dengan etnik lain?
5. Bila masa ______bergaul dengan etnik lain?
6. Adakah rakan etnik berlainan etnik membantu_______?
7. Adakah pelajaran yang dipelajari di sekolah membantu dalam membentuk perpaduan
dengan etnik yang lain? Bagaimana?
8. Adakah kurikulum di sekolah mempunyai unsur-unsur menggalakkan perpaduan antara
etnik? Mengapa? Contohnya?


Click to View FlipBook Version