1 Sekolah Kebangsaan Sura Tarikh : 18 Mei 2024 ( Sabtu ) Masa : 8:30 pagi – 12:30 tengah hari Tempat : Dewan Gemilang, SK Sura Perasmian Oleh : Encik Sukeshah bin Osman Pengurus Bank Rakyat Cawangan Dungun .
2 SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA HALAMAN 1 SENARAI KANDUNGAN 2 2 ATUR CARA MAJLIS 3 3 SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37 4 - 7 4 AGENDA MESYUARAT AGUNG KALI KE-38 8 5 NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38 9 6 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37 10 - 21 7 LAPORAN TAHUNAN PIBG SESI 2023 / 2024 22 - 23 8 KEAKTIFAN KEHADIRAN AHLI JAWATANKUASA DALAM MESYUARAT PIBG SESI 2023 / 2024 24 9 LAPORAN KEWANGAN PIBG SESI 2023 / 2024 25 - 27 10 SUMBANGAN PROGRAM KECEMERLANGAN TAHUN 2024 28 11 JAWATANKUASA PIBG SK SURA 2024 / 2025 29 12 USUL PIBG 30 – 36 13 SEKALUNG PENGHARGAAN 37
3 ATUR CARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 38 TAHUN 2024 SEKOLAH KEBANGSAAN SURA MASA ATUR CARA MAJLIS 8:30 Pagi Pendaftaran Ibu Bapa 9:00 Pagi Ketibaan Perasmi dan Dif Jemputan 9:10 Pagi Nyanyian Lagu Negaraku Ucapan alu-aluan Pengacara Majlis 9:20 Pagi Bacaan Doa Ustaz Mohd Kamsani bin Abd Kadir 9: 25 Pagi Ucapan Guru Besar Dr Badariah binti Muda 9:55 Pagi Ucapan YDP PIBG Prof Ts Dr Mazidah binti Puteh 10:20 Pagi Ucapan Perasmian Encik Sukeshah bin Osman, Pengurus Bank Rakyat Cawangan Dungun. 10:40 pagi Penyampaian Sijil Penghargaan & Cenderahati kepada AJK PIBG sesi 2022/2023- sesi 2023/2024 Penyampaian Sijil Watikah Pelantikan Sukarelawan Dalam Kelas (SDK) & Cenderahati. 10:50 Pagi Persembahan Murid 11:20 Pagi Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38 bermula 1. 1 Ucapan Yang Di Pertua PIBG 1. 2 Membentang Minit Mesyuarat Agung kali ke- 37 Tahun 2023 1. 3 Membentang dan menerima Laporan Tahunan sesi 2023 / 2024 1. 4 Membentang Penyata Kewangan 1. 5 Membentang Sumbangan Program Kecemerlangan Tahun 2024 1. 6 Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2022/23-2023/24 1. 7 Pelantikan AJK PIBG sesi 2024/2025 1. 8 Membahaskan usul-usul (jika ada) 1. 9 Ucapan Penangguhan 12:00 T/hari Cabutan Bertuah 12:30 T/hari Majlis Bersurai
4 LAMPIRAN 1 SENARAI RASMI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37 SEKOLAH KEBANGSAAN SURA SESI 2023 / 2024 BIL. NAMA BIL. NAMA 1 M. Rosdey bin Othman 40 Rohima Wati bt Yusof 2 Mohd Sofian bin Mustaffa 41 Ruzana bt Salleh 3 Mohd Fadzli bin Ariffin 42 Safarina bt Salleh 4 Rosmaliza binti Mat Ariffin 43 Salaini bt Salleh 5 Teh Huey Tharng 44 Salina bt Ab Rahman 6 Asmah Laili bt Adam 45 Salmah bt Mamat 7 Farah Azlin bt Ismail 46 Saudah bt Haron 8 Nur Fadhilah Mohd Pauzi 47 Sazlinda bt Ramli 9 Halimatul Kubtiah bt Abdul Razak 48 Shakirah bt Abu Bakar 10 Hasnah bt Mohamad 49 Rohasidah Mat Daud 11 Hazima bt Hassan 50 Siti Faezah bt Shaikh Husin 12 Karmila bt Omar 51 Siti Rosnani bt Jusoh 13 Khanisah bt Ismail 52 Siti Zaleha bt Zakaria 14 Maisarah bt Abu Samah 53 Suzana bt Majid 15 Majidah bt Ramli 54 Suzana bt Yusof 16 Marlina bt Mat Zin 55 Tengku Faizah Tengku Abd Ghani 17 Maziah bt Mamat 56 Ummi Qais bt Abdullah 18 Mohd Kamsani bin Abd Kadir 57 Nurul Akmal binti Hasan 19 Mohd Khairil Rashdi bin Mohd Rashid 58 Wan Noor Fadiah bt Wan Ab Aziz 20 Mohd Roslan bin Ishak 59 Suziyanti bt Mat Amin 21 Muhammad Hasbi bin Bidi 60 Yati bt Zahid 22 Nabihah bt Mohd Nawi 61 Zaidah bt Ghazali 23 Muhamad Faizal bin Zakaria 62 Zakaria bin Wok @ Mamat 24 Norafizah binti Abd Shukor 63 Zalina bt Jaafar 25 Nor Adiha bt Mohd Adnan 64 Zamri bin Muhammad Nafi 26 Nor Hasnawani bt Ismail 65 Zubaidah bt Yakob 27 Nor Rafidah binti Abdul Rahman 66 Ahmad Fauzi bin Alias 28 Noraziah bt Manab 67 Asmaliza bt Mohd 29 Norhana bt Hashim 68 Rohaiza Remli 30 Norshahida bt Yahya 69 Che Yusyanti bt Yusoff 31 Nur Fatin Amirah bt Manan 70 Faridah bt Umar 32 Zairil bin Zaki 71 Najedah Zawardati bt Ahmad 33 Ahmad Tarmizi Abd Rahman 72 Nor Allafizah Ab. Llah@Ariffin 34 W M Ikhwanul Muslim bin W Mohd 73 Nasuha binti Ibrahim 35 Roslina binti Musa 74 Noraiha bt Mamat Noor 36 Maizatul Akmar binti Ab Halim 75 Kamisah Omar 37 Nasharudin bin Daud 76 Norizawati bt Baba 38 Salawiah binti Hassan 77 Norizan binti Mohd Nor 39 Raja Nadia bt Raja Ismail 78 Norlela bt Moidu
5 BIL. NAMA BIL. NAMA 79 Roos Hasliza bt Hashim 126 Junaini binti Jusoh 80 Rosmariza bt Damid 127 Nur Majdina binti Razali 81 Rosnita bt Zahari 128 Zaitun bt Arifin 82 Shamsiah bt Besar 129 Umaimah binti Mat Akhir 83 Saudah Abdul Wahab 130 Zamzarina binti Mamy 84 Norsiah bt Muda 131 Norhanisah Kamaruddin 85 Zaimah bt Ibrahim 132 Min Aishah bt Ab Ghani 86 Zalyana bt Samat 133 Sharifah binti Zakaria 87 Zanariah bt Omar 134 Mohd Faiz Tajudin 88 Suhana binti Ishak 135 Mohd Azizul bin Esa 89 Rohayati binti Yusof 136 Nadia Natasha bt Khairul Anwar 90 Zubaidah bt Ramli 137 Nor Azlina binti Rameli 91 Prof Ts. Dr Mazidah binti Puteh 138 Rosmirawani Ismail 92 Ir Ts Khairul HIsyam Ab Ghani 139 Zulkarnain bin Harun 93 Fadhli Dzul Hilmi bin Mohd Fauzi 140 Siti Nur Adha Che Ghani 94 Asmadi bin Mat 141 Mohamad Faiz bin Omar 95 Juliana Ayu binti Jusoh 142 Mohd Izani bin Rahim 96 Muhammad Sharif bin Muda 143 Noor Asimah bt Mohamad 97 Mohd Fazli bin Abdullah 144 Noor Liyana binti Osman 98 Sharbana Adnan 145 Nursheila binti Othman 99 Nurmuslimah Kamilah Abdullah 146 Mazlina Mazlan 100 Noorhalina binti Mustaffa 147 Siti Zakirah binti Hassim 101 Kartina Ismail 148 Suhasliza bt Bilal 102 Siti Zufatihah bt Puteh 149 Mohd Nazrul bin Sidek 103 Zuriani Mat 150 Nur Alfatiny binti Rosli 104 Norazlinawati binti Mat Yaacob 151 Nurul Niza binti Mohaamad Kasim 105 Nurul Zafirah binti Zakaria 152 Mohd Aizudin bin Baharom 106 Junaidah binti Othman 153 Nadila Zulkifli 107 Nur Aisha binti Abd Aziz 154 Aizan bt Mat Ali 108 Wan Nor Baizura binti Tun Abdullah 155 Tengku Nur Jehan Tengku Rahim 109 Suhada binti Mat Nawi 156 Mohaspalinda binti Mohamad 110 Rohana binti Mohamed 157 Mohd Fauzi bin Awang 111 Siti Noor Hidayah binti Salim 158 Siti Nurul Iezati binti Mat Ripin 112 Nurul Afidah binti Bahruddin 159 Nurul Syuhada binti Mat Yaacob 113 Fatimahidayati binti Zakaria 160 Khairul Azhar bin Abu Bakar 114 Rizal Azhari bt Awang 161 Mohd Khairul Umuri bin Abdullah 115 Siti Maisara binti Abdullah 162 Safarizan bin Safian 116 Mastura Mukhtar 163 Mohd Sukri bin Abd Manap 117 Rodina Iryuni binti Shamsudin 164 Noor Salbiah binti Noordin 118 Salihah binti Ismail 165 Zaberi bin Zulkipeli 119 Rohayati Wan Apandi 166 Mohd Khairul Anuar Mohamad 120 Kasmah binti Jusoh 167 Sazlin bin Mohd Safian 121 Ruzita Razak bin Ramli 168 Noladiawati Awang 122 Syuriani binti Endot 169 Nursiya binti Wilson 123 Fazilah binti Sharif 170 Suhailla binti Muda 124 Noranisah binti Man 171 Norhaini Harun 125 Siti Zubaidah binti Ab Hadi 172 Zawawi bin Mat
6 173 Faiznur Izati binti Ibrahim 220 Mohd Shaharuddin bin Abdul Ghani 174 Muhammad Afiq bin Mohd Sadli 221 Noor Zulaikha Abd Fatah 175 Ahmad Faizul bin Mohammad 222 Mohd Khadri bin Yusof 176 Nadila Zulkifli 223 Izdihar Hafizah binti Ibrahim 177 Suzaidi bin Parman 224 Mohd Zairi b Mohammad 178 Nursakinah bt Abd Latiff 225 Rabiatul Adawiyah binti Abd Ghani 179 Ahmad Lotfi bin Mohd 226 Iponsaanah 180 Ahmad Fathul Alim bin Ariffin 227 Nor Azila binti Aziz 181 Mohd Zul Azmira bin Zaimah 228 Mohd Sabri bin Noordin 182 Mohd Yusneyzan Yusof 229 Nurul Huda Abdullah 183 Nor Syuhada binti Mat Yacob 230 Marziati binti Othman 184 Siti Nur Fadhilat binti Jusoh 231 Zamzuaini binti Bahari@Alias 185 Nor Lilawati binti Sulong 232 Ahmad Zahid bin Hashim 186 Nik Noriah binti Mat Ghazi 233 Nurul Zahirah binti Din 187 Wan Khairul Ashraf Wan Ab Bakar 234 Adie Irawan bin Asril 188 Fazira binti Jusoh@Hamzah 235 Norisah binti Che Mat 189 Noorlee bt Muda 236 Yuhasliza bt Muhamad Nawi 190 Siti Nur Fatiah bt Jusoh 237 Sharosliza bt Kadir 191 Aminah Mohd Udin 238 Effa Shaaslirawani Mohd Ghani 192 Nor Aini binti Abd Manap 239 Tuan Shahrul Irwan Tuan Yusoff 193 Haslinda bt Khalid 240 Noor Hasniza binti Zakaria 194 Wan Syahidah Wan Daud 241 Zazila binti Tengah 195 Zaini@Alipa binti Mohd Jaiz 242 Addawiaah Awang 196 Muhamad Farhan bin Abd Ghani 243 Yus Nizar Mohd Yusoff 197 Nur Fatihah bt Abd Rashid 244 Ahmad Sabree Mansor 198 Normazura binti Isa 245 Ayusmaliza binti Ilias 199 Lidiawaty bt Ghazali 246 Mohd Sabri bin Mokhtar 200 Anita binti Harun 247 Norma binti Hamzah 201 Tg FarahNor bt Tg Mat 248 Maisarah Abdul Hamid 202 Rose Dianawati binti Kamarudin 249 Mariam bt Zakaria 203 Suharnie binti Salleh 250 Wan Nasrul Hadi bin Wan Ismail 204 Azie Hazwaniebinti Rosdi 251 Yuhanis Maiyaroh bte Sahrudin 205 Mohd Khadri bin Yusof 252 Naraini Yunus 206 Muhammad Saufi bin Othman 253 Nur Ain binti Ngah 207 Naimah Mukminah bt Rosli 254 Ani bt Bakar 208 Nuraniza binti Hussin 255 Mohd Hafiz Harun 209 Nur Safiya Durani binti Muhammad Seheri 256 Muhamad Shakil Azfar bin Muhammad Seheri 210 Salimah binti Yahaya 257 Rohaiza binti Che Wahid 211 Noor Ainsah binti Kamarulzaman 258 Nor Aini bt Jaffar 212 Ahmad Ghazali bin Omar 259 Nurul Azma Mohd Rosli 213 Mohamad Nazri bin Hassan 260 Norlaila binti Shafie 214 Suzilawaty Su 261 Tengku Rohani bt Asam 215 Mohd Khairul Azlan bin Mohd Shah 262 Katini binti Shafie 216 Jusni Edda Jasmin Jusoh 263 Tengku Nor Adiana binti Tuan Nadir 217 Salwani binti Affandi 264 Norzila binti Mohamed Nazir 218 Nafizah binti Ahmad 265 Mohd Syaukiazahar Mohd Razali 219 Wan Nur Mohainizawati bt Wan Mohammad 266 Syarifah Athirah Auni binti Sayd Mohamad Zamri
7 267 Mohd Nori Othman 310 Suriani binti Mamat 268 Mohd Azrudin bin Che Rahim 311 Afian Hadi bin Ahmad Anuar 269 Zul Zamri Mat Yusof 312 Nik Nurfatihah bt Yusof 270 Ahmad Fahmi bin Md Saad 313 Nik Rosniwati binti Nik Hussin 271 Razimi bin Razali 314 Mohd Aidil Adzha 272 Muhammad Asyraf bin Maarof 315 Nor Hafiza bt Mustafa 273 N.y Nurhayati binti Pipid 316 Wahidah bt Daud 274 Muhammad Faizul bin Mustajab 317 Anita binti Harun 275 Shayusliza Yusof 318 Suparman bin Sudiro 276 Harun bin Muda 319 Jamilah binti Isa 277 Nor Faridah bt Abd Rashid 320 Wan Noor Hazlina Wan Jusoh 278 Hasnah binti Abdullah 321 Ramli bin Yaakob 279 Siti Noor binti Ali 322 Nazira binti Yunus 280 Mohamad Faizal bin Sazali 323 Abdul Hadi bin Ibrahim 281 Mohd Asri Manan 324 Nurzaliza binti Mohd Jor 282 Raslina Mhamed Nor 325 Nulsad bin Hassan 283 Norazlina Rahmat 326 Norazimah binti Mohamed Nazir 284 Mohd Zulhazren bin Zaukipli 327 Nurul Hafizie bin Mohammed 285 Wan Anuar Wan Mamat 328 Nik Farhana 286 Zuliana binti Mohamad 329 Surianie binti Mohammed 287 Muhamad Seheri bin A. Aziz 330 Mohd Haizul Fitri bin Harun 288 Mohd Boestanam bin Abdul Halim 331 Norhafiza binti Mustafa 289 Armimah bt A Rasid 332 Masdewi Indah Bte Masiran 290 Suhaili bt Abdul Rawi 333 Suliati Abdul Razak 291 Fakhrul Zaman Lukman 334 Julaida Razali 292 Nor Afni Raziah binti Alias 335 Ilyia Itiqa bt Abd Rahman 293 Wan Zaid Wan Ali 336 Imariza bin Ibrahim 294 Mira Azura bt Embun 337 Nor Azmira Asyikin binti Ali 295 Nur Solehah binti Rosli 338 Suliati Abd Razak 296 Muhammad Taufieq bin Jalil 339 Aminah Muhammad 297 Norlila binti Razali 340 Rohayati bt Embong 298 Zainab binti Ibrahim 341 Nurul Amimah bt Abd Zul 299 Nor Rita binti Ismail 342 Azmi bin Sulaiman 300 Masziyanti bt Mohd Min 343 Zuraini bt Mustafa 301 Sarah Syazwani bt Shah Kamarrudin 344 Suzita binti Mat Jambol 302 Norhidayah Nordin 345 Norliza bt Hamzah 303 Nor Rita binti Ismail 346 Norazlina bt Abd Hadi 304 Afifah Sumayyah binti Moad Nawawi 347 Nurul Amimah binti Abd Zul 305 Engku Norasmawati bt Engku Abdul Aziz 348 Mohammad Nazirul Mubin bin Abdul Rahman 306 Nurul Hidayah bt Ibrahim 349 Aina Khairunnisa binti Hassan 307 Kalsom binti Yaakob 350 Norzalina binti Sulaiman 308 Wan Adyani Wan Abdullah 309 Azizah A Bakar
8 AGENDA MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-38 TAHUN 2024 1. Ucapan Yang Di Pertua PIBG 2. Membentang Minit Mesyuarat Agung kali ke- 37 Tahun 2023 3. Perkara Berbangkit 4. Membentang dan menerima Laporan Tahunan sesi 2023 / 2024 5. Membentang Penyata Kewangan 6. Membentang Sumbangan Program Kecemerlangan Tahun 2024 7. Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2022/23-2023/24 8. Pelantikan AJK PIBG sesi 2024/2025 9. Membahaskan usul-usul (jika ada) 10. Ucapan Penangguhan
9 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN SURA DUNGUN 23000 Dungun Terengganu Ruj. Kami : SKSURA 100-13/1/3 Jld II (11) Tarikh : 5 Mei 2024 Semua Ibu bapa / Penjaga murid SK Sura Dungun ,Terengganu. Tuan, NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SURA KALI KE-38 TAHUN 2024 Dengan segala hormatnya, mesyuarat tersebut akan diadakan sebagaimana berikut : Tarikh : 18 Mei 2024 ( Sabtu ) Masa : 8:30 Pagi Tempat : Dewan Gemilang, SK Sura Perasmian Oleh : Encik Sukeshah bin Osman Pengurus Bank Rakyat Cawangan Dungun 2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut: 2. 1 Ucapan Yang Di Pertua PIBG 2. 2 Membentang Minit Mesyuarat Agung kali ke- 37 Tahun 2023 2. 3 Membentangkan dan menerima Laporan Tahunan sesi 2023/2024 2. 4 Membentang Penyata Kewangan 2. 5 Membentang Sumbangan Program Kecemerlangan Tahun 2024 2. 6 Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023-2023/2024 2. 7 Pelantikan AJK PIBG sesi 2024/2025 2. 8 Membahaskan usul-usul (jika ada) 2. 9 Ucapan Penangguhan 3. Sebarang usul yang ingin dibawa ke Mesyuarat Agung PIBG hendaklah dihantar kepada Setiausaha PIBG selewat-lewatnya pada 11.5.2024. Sila gunakan Google Form yang disediakan. Sekian, terima kasih. “ PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN ” “ MALAYSIA MADANI ” “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ” Saya yang menjalankan amanah, ( NAJEDAH ZAWARDATI BINTI AHMAD ) Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sura Dungun, Terengganu. s.k 1. Pendaftar Sekolah-sekolah Negeri 2. Guru Besar SK Sura Dungun 09-8483000 09-8481000
10 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN SURA DUNGUN 23000 Dungun Terengganu MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN SURA DUNGUN KALI KE-37 SESI 2023 / 2024 Hari : Sabtu Tarikh : 24 Jun 2023 Masa : 9:00 pagi-1:30 petang Tempat : Dewan Gemilang, SK Sura Kehadiran : 350 orang ( Lampiran 1 ) Perasmian : Puan Rasuan binti Mohd Zain Penolong PPD, Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan, PPD Dungun. 1.0 Ucapan Guru Besar ( Cg M. Rosdey bin Othman ) 1.1 Cg M. Rosdey bin Othman, Guru Besar mengalu-alukan kedatangan Yang dihormati Pn Rasuan binti Mohd Zain, Penolong PPD, Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan, PPD Dungun selaku wakil En Yusma @ Abd Mubin bin Yusof. Beliau turut mengalu-alukan kehadiran Prof Ts. Dr Mazidah binti Puteh selaku Yang DiPertua PIBG yang juga merupakan Rektor UiTM Dungun yang banyak berkorban dan menghulurkan idea-idea demi pembangunan SK Sura, Ir Ts Khairul Hisyam bin Ab Ghani selaku Naib Yang DiPertua PIBG, barisan guru penolong kanan, Ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru dan ibu bapa yang hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-37 pada pagi ini. 1.2 Beliau melahirkan rasa kesyukuran pada hari ini dengan kehadiran ibu bapa yang penuh di dewan SK Sura. Terima kasih kepada Jawatankuasa kerja PIBG kerana dapat mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG SK Sura kali ke-37 pada pagi yang ceria ini. Beliau memaklumkan telah beberapa kali jawatankuasa PIBG mencari tarikh untuk melaksanakan MAT PIBG, maka hari ini terlaksananya MAT PIBG walaupun agak lewat, namun alhamdulillah dapat juga dilaksanakan sebelum berakhirnya tarikh tutup pelaksanaan iaitu pada 30 Jun 2023. 1.3 Beliau mengucapkan terima kasih kepada Pn Rasuan binti Mohd Zain kerana sudi hadir ke SK Sura walaupun dalam keadaan tidak sihat. Terima kasih juga kepada ibu bapa yang sudi hadir serta kepada Jawatankuasa PIBG yang bertungkus lumus demi melihat kecemerlangan anak-anak SK Sura serta menjadikan prasarana lama dikembalikan lebih ceria, dengan beberapa program yang telah diatur oleh Jawatankuasa PIBG. Terima kasih juga terhadap 09-8483000 09-8481000
11 semua guru yang hadir awal pagi pada hari ini bagi membuat persiapan MAT PIBG yang diadakan. 1.4 Beliau turut memaklumkan tentang bilangan murid SK Sura seramai 1 437 orang. Jumlah ini merupakan bilangan paling ramai di daerah Dungun sekaligus di negeri Terengganu. Murid Pra Sekolah seramai 75 orang dengan bilangan kelas sebanyak 3 kelas. SK Sura mempunyai 47 kelas dan mempunyai sesi pagi dan petang. Bilangan guru pula adalah seramai 98 orang dan SK Sura masih kekurangan 2 orang guru. Beliau memaklumkan keseluruhan sekolah negeri Terengganu kekurangan guru disebabkan faktor kenaikan pangkat, kematian, bersara dan tiada pengganti merupakan antara kekangan dialami di pihak KPM. 1.5 Beliau memaklumkan sekolah mencapai beberapa kejayaan sepanjang beliau berada di SK Sura bermula 2018 hingga kini. Kejayaan cemerlang diungguli di peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan. Pada Khamis lepas, dengan kejayaan 2 orang murid iaitu Johan dan Naib Johan Badminton peringkat Daerah dan akan mewakili ke Peringkat Negeri Terengganu. Kejayaan tahun 2022 di peringkat Kebangsaan iaitu RMT Terbaik manakala Video RMT mendapat tempat ketiga di Peringkat Kebangsaan. Beberapa tahun lepas, Reka Cipta tempat ke-3 peringkat Kebangsaan anjuran PETRONAS dimana murid dan guru ditanggung sepenuhnya oleh PETRONAS dari segi tambang penerbangan dan hotel selama pertandingan tersebut diadakan. Tilawah AlQuran wakil Terengganu ke peringkat Kebangsaan. Beliau memaklumkan SK Sura turut mendapat tempat di Peringkat Daerah dalam Petro Denggi, Nyanyian Solo dan Duet. 1.6 Beliau memaklumkan telah hadir mesyuarat di Pejabat Pendidikan Dungun (PPD) berkaitan kutipan sumbangan PIBG. Kutipan PIBG untuk sekolah rendah paling maksima adalah sebanyak RM 30.00 satu keluarga manakala di sekolah menengah adalah sebanyak RM 50.00. 1.7 Beliau turut memaklumkan, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) menyarankan agar Jawatankuasa PIBG tidak mencampuri urusan pentadbiran sekolah. PIBG perlu fokus kepada program untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah serta kecantikan sekolah, bukannya mencampuri urusan pentadbiran sekolah seperti PIBG masuk ke kelas-kelas melihat guruguru mengajar dan membuat aduan seperti guru tidak pandai mengajar dan memohon agar guru berkenaan ditukarkan ke sekolah lain. Beliau menyeru agar PIBG tidak masuk campur dalam pengurusan yang dibuat oleh pihak PPD atau JPNT. 1.8 Beliau turut memaklumkan beberapa isu yang diviralkan sepanjang beliau berada di SK Sura iaitu pokok merbahaya kepada penduduk di taman belakang sekolah. Beliau menyatakan pihak sekolah telah membuat surat permohonan
12 kepada PPD namun disebabkan tiada peruntukan dan memakan masa, maka perkara itu telah diviralkan di Facebook. Yang Berhormat telah hadir serta bertindak memanggil pihak bomba, Majlis Perbandaran Dungun dan lain-lain agensi yang berkaitan dan perkara yang diviralkan itu dapat diselesaikan dengan segera. 1.9 Beliau turut menyentuh tentang sikap ibu bapa yang memarahi Pengawal Keselamatan SK Sura di Facebook Dungun dan aduan mereka adalah kerana tidak mengambil anak mereka untuk melintas jalan. Untuk makluman ibu bapa, tugas itu bukanlah tugas pengawal keselamatan sebaliknya tugas mereka hanyalah menjaga pagar. Namun atas budi bicara Guru Besar, mereka turut membantu mengawal lalu lintas semasa hadir dan pulang murid-murid setiap hari. Ini kerana mereka tidak mempunyai insurans yang boleh melindungi mereka. Guru Besar turut menyentuh tentang sikap ibu bapa ketika mengambil anak pulang sekolah terutamanya pada sesi petang. Ibu bapa terlupa mengambil anak hingga hampir ke waktu Maghrib. Beliau mengingatkan ibu bapa agar sentiasa peka terhadap permasalahan yang dibangkitkan ini. 1.10 Beliau turut memaklumkan tentang jumlah murid yang ramai menyebabkan benda yang dibuat mudah terdedah kepada kerosakan. Beliau seringkali mengingatkan murid-murid dalam perhimpunan mingguan agar menjaga kebersihan dan menggunakan tandas dengan sebaiknya. Beliau memaklumkan berlakunya kerosakan kecil pada tandas baharu iaitu kerosakan pada pemegang penyelak pintu tandas yang perlu dibaiki dengan segera serta peranan PK HEM bertindak mengambil inisiatif membuat tempahan pintu yang lebih kukuh. Beliau turut memaklumkan masalah tandas tersumbat adalah disebabkan oleh tindakan murid yang membuang botol air mineral dan tuala wanita di dalam lubang tandas. Harapan beliau agar ibu bapa dapat mengajar dan menasihati anak-anak dalam menggunakan kemudahan awam di sekolah dengan sebaiknya. 1.11 Beliau memaklumkan tentang perolehan sumbangan ibu bapa iaitu sumbangan sebuah mesin penapis air SK Magic di SK Sura. Beliau berharap agar ada lagi ibu bapa lain yang dapat menyumbang penapis air tersebut bagi menampung bilangan murid yang ramai di sekolah ini. 1.12 Beliau turut memperkatakan isu hangat kini iaitu berkaitan kelas KAFA di SK Sura. Terdapat rungutan serta permintaan ibu bapa agar anak mereka dapat belajar di kelas KAFA tanpa membuat pemilihan untuk kemasukan tersebut. SK Sura hanya mempunyai kelas KAFA bagi murid Tahun 4 dan 5 sahaja. SK Sura tidak diberi kebenaran membuka kelas tambahan KAFA memandangkan tiada peruntukan JAKIM untuk pembayaran gaji guru. Beliau menyatakan telah hadir mesyuarat bersama Pengarah dan Yayasan Islam Terengganu dan hasil
13 keputusan mesyuarat memutuskan untuk membuka tambahan kelas KAFA pada tahun akan datang. 1.13 Beliau turut menyentuh mengenai kelas DLP dimana ramai ibu bapa memohon untuk memasukkan anak mereka untuk belajar di kelas tersebut. SK Sura terpaksa membuat pemilihan bagi kemasukan tersebut disebabkan bilangan yang terhad. Beliau turut memaklumkan dengan kehadiran seorang guru baharu pada 15 Jun baru-baru ini yang akan mengajar Bahasa Mandarin. Kelas Mandarin akan dibuka sekelas untuk murid Tahun 1 dan Tahun 2. Beliau memaklumkan murid dari kelas DLP tidak diberi peluang untuk memasuki kelas Mandarin berkenaan. 1.14 Beliau memaklumkan sekolah akan mengadakan Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA) dan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) untuk Tahap 2 bagi murid Tahun 4, 5 dan 6 manakala murid Tahap 1 akan menjalani Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). 1.15 Beliau juga merayu kepada semua ibu bapa agar memastikan anak-anak hadir ke sekolah setiap hari. Masih ada ibu bapa yang membiarkan anak-anak berada di rumah secara berterusan bagi tempoh yang lama. Sekolah terpaksa hadir ke rumah murid berkenaan bersama guru kelas, kaunselor dan PK HEM. Beliau mendapati murid tidak mengalami masalah kesihatan dan beranggapan satu kerugian ibu bapa membiarkan anak berada di rumah kerana beliau berpendapat pada masa kini, semua orang mengejar ilmu dan kejayaan. Beliau beranggapan agak malang sekiranya ibu bapa membiarkan anak-anak tidak hadir berpanjangan. Ibu bapa perlu tegas dengan anak agar anak hadir ke sekolah. Ini kerana kerajaan telah banyak menyediakan kemudahan seperti RMT, BAP, KWAMP dan sekiranya murid kehilangan duit, sekolah mempunyai tabung untuk perbelanjaan pada hari tersebut. Pihak kantin juga akan membantu menghulurkan makanan percuma kepada murid miskin yang memerlukan. Segala usaha kerajaan adalah bagi memastikan murid hadir ke sekolah setiap hari. Harapan beliau agar ibu bapa dapat memastikan anakanak hadir ke sekolah setiap hari. 1.16 Beliau turut memaklumkan tentang gangguan seksual dan rogol yang berlaku di Daerah Dungun melibatkan sekolah rendah. Harapan beliau agar ibu bapa dapat mengawal pergerakan anak-anak dan memastikan anak-anak berada di rumah. Ini kerana kes berlaku apabila anak keluar rumah pada jam 1 pagi tanpa diketahui oleh ibu bapa. Tangkapan ini dapat dikesan melalui telefon bimbit murid perempuan tersebut. Untuk makluman ibu bapa, kes rogol semakin meningkat dan patut diberi perhatian serius oleh semua pihak.
14 1.17 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada penderma-penderma yang menyumbang untuk menjayakan MAT PIBG kali ini. Semoga Allah murahkan rezeki kepada para penyumbang. Beliau memaklumkan MAT PIBG hari ini merupakan MAT PIBG kali terakhir kerana beliau akan menamatkan perkhidmatan sebagai seorang guru pada tahun hadapan. Beliau memohon maaf sepanjang menerajui SK Sura sekiranya ada kesalahan yang mengguris hati guru-guru dan ibu bapa. Beliau mendoakan agar SK Sura terus mencatat kecemerlangan di bawah kepimpinan PIBG SK Sura. 2.0 Ucapan Yang DiPertua PIBG ( Prof Ts. Dr Mazidah binti Puteh ) 2.1 Prof Ts. Dr Mazidah selaku Yang DiPertua PIBG SK Sura mengalu-alukan kehadiran Yang Dihormati, Pn Rasuan Mohd Zain, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Dungun, Yang Dihormati, Cikgu M Rosdey bin Othman, Guru Besar SK Sura, Yang Berusaha Ir Ts Khairul Hisyam Ab Ghani selaku Naib YDP PIBG SK Sura, barisan guru-guru Penolong Kanan, barisan guru-guru, Jawatankuasa PIBG guru dan ibubapa serta para ibu bapa yang diraikan. 2.2 Beliau mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat berkumpul bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 37 pada hari ini. Terlebih dahulu, beliau mewakili pihak PIBG SK Sura ingin merakamkan ucapan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran Puan Rasuan Mohd Zain, mewakili En Yusma Yusof, Pegawai Pendidikan Daerah Dungun yang tidak dapat hadir bersama pada pagi ini kerana hal-hal lain untuk merasmikan Mesyuarat Agong PIBG kali ke-37 pada hari ini. 2.3 Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua ibu bapa kerana sudi meluangkan masa untuk sama-sama hadir menjayakan mesyuarat pada pagi ini. Sesungguhnya dengan kehadiran ibu bapa, membuktikan bahawa ibu bapa amat komited dan mengambil berat tentang pendidikan dan persekitaran pembelajaran anak-anak. Beliau turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua AJK PIBG dan pihak sekolah kerana sekali lagi telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun 2023 ini. 2.4 Beliau menyatakan MAT PIBG merupakan satu platform yang terbaik untuk semua ibu bapa bertemu dan bersua muka bersama dengan pentadbir sekolah bagi berkongsi idea dan pendapat. Ini kerana beliau berpendapat, SK Sura merupakan sekolah pilihan ramai ibu bapa untuk anak mereka belajar di sini di mana pencapaian UPSR terdahulu adalah terbaik. Walaupun kini tiada lagi peperiksaan UPSR, namun kemasukan ke asrama penuh juga adalah ramai.
15 Beliau juga menyeru ibu bapa agar sama-sama berganding bahu dalam usaha menambahbaik fasiliti dan kemudahan sekolah serta melonjakkan lagi kecemerlangan anak-anak, sama ada dari segi akademik mahupun kokurikulum demi untuk kemenjadian murid untuk terus cemerlang di masa akan datang walau di mana mereka berada. 2.5 Beliau turut memaklumkan bahawa Cg M Rosdey merupakan pengerusi Majlis Guru Besar (MGB) di daerah Dungun. Ini bermakna maklumat dapat disalurkan dalam perbincangan bersama guru besar yang lain. Untuk mesyuarat kali ini, beliau mengharapkan ibu bapa menggunakan pendekatan musyawarah sekiranya timbul sebarang masalah atau salah faham. Dengan adanya sikap muafakat tersebut, sesuatu perancangan pasti akan dapat dicapai. 2.6 Beliau mengatakan AJK PIBG akan berusaha untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin dengan sentiasa memikirkan kebajikan anak-anak di sekolah ini. Beliau akan cuba memberikan khidmat yang terbaik walaupun kadang kala berdepan dengan kesukaran terutamanya dari segi kewangan. Beliau menyatakan PIBG sentiasa memohon peruntukan daripada pihak-pihak tertentu, namun sukar diperolehi memandangkan masalah ekonomi kini yang melanda. Misalnya memohon peruntukan untuk pembaikan tandas sekolah, menambahbaik surau sekolah dan permohonan pagar yang diperolehi daripada sumbangan Parlimen Dungun. PIBG juga menulis surat kepada beberapa pihak untuk membantu menyelesaikan masalah pembentungan tandas lama dan masih lagi berusaha untuk perkara tersebut. Beliau turut menyentuh sekiranya ada ibu bapa yang ada kepakaran atau mengetahui ada pihak tertentu yang boleh menyumbang untuk mengatasi perkara ini, boleh usulkan perkara ini untuk sama-sama membantu bagi kemudahan murid-murid di sekolah ini. 2.7 Beliau memaklumkan perkara ini dapat direalisasikan dengan adanya kerjasama dan komitmen ibu bapa di sekolah ini. Beliau beranggapan amatlah penting kecaknaan pembayaran sumbangan ibu bapa seperti mana yang telah dipersetujui bersama. Untuk tahun 2022, sumbangan PIBG dipersetujui sebanyak RM30 satu keluarga dan diharapkan jumlah tersebut akan dikekalkan lagi pembayaran pada tahun ini. 2.8 Beliau memaklumkan tanpa adanya sumbangan dari pihak ibu bapa, maka PIBG tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Usaha dan hasrat untuk memberikan anak-anak kemudahan dan persekitaran pembelajaran yang terbaik sukar dicapai. 2.9 Beliau bersama AJK PIBG menyeru kepada para ibu bapa agar tidak mengambil mudah atau sambil lewa dalam membuat bayaran supaya sumber kewangan PIBG dapat diperkukuhkan bagi menjana dan merancang pelbagai aktiviti yang
16 menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak SK Sura. Selain sumbangan berbentuk wang ringgit yang disalurkan, sumbangan idea, kepakaran dan tenaga, serta kerjasama daripada ibu bapa amatlah diharapkan. Penglibatan ibu bapa amatlah dialu-alukan dalam setiap program yang diadakan oleh pihak sekolah dan PIBG. Harapan beliau agar ibu bapa sentiasa peka dan cakna kepada setiap perkembangan yang berlaku. Sokongan dan dorongan daripada ibu bapa amat penting sebagai kunci kejayaan anak-anak. Oleh itu, beliau menyeru agar ibu bapa turut membantu anak-anak dalam proses pembelajaran mereka di rumah. 2.10 Sebagai penutup bicara, beliau menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi memastikan SK Sura terus melakar kejayaan. Harapan beliau agar semua AJK PIBG akan dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih lagi bagi membantu pihak sekolah sama ada dari segi kewangan mahupun tenaga. Beliau memohon jutaan maaf sekiranya terdapat salah kata dan tersilap bicara dalam ucapan beliau. Segala yang baik dari Allah SWT dan yang buruk adalah dari kelemahan beliau sendiri. 3.0 Ucapan Perasmian ( Yang Dihormati Puan Rasuan binti Mohd Zain, Penolong PPD, Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan, PPD Dungun ) 3.1 Pn Rasuan binti Mohd Zain merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Cg M. Rosdey bin Othman, Guru Besar SK Sura, Yang Berbahagia Prof Ts. Dr Mazidah binti Puteh selaku Yang DiPertua PIBG, Yang Dihormati Ir Ts Khairul Hisyam bin Ab Ghani, Naib YDP PIBG, barisan guru Penolong Kanan, barisan Ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru dan ibu bapa sekalian yang turut hadir pada pagi ini. 3.2 Beliau memohon maaf atas kondisi diri yang tidak berapa sihat. Beliau merasa bertuah kerana dapat bersama-sama dalam MAT PIBG pada pagi ini. Beliau secara peribadi dan wakil bagi pihak PPD, merakamkan ucapan tahniah kepada pengurusan sekolah serta Yang DiPertua PIBG serta Jawatankuasa PIBG yang telah berjaya merancang dan menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-37 pada tahun 2023. Beliau berpendapat bahawa MAT PIBG merupakan satu platform di mana ibu bapa boleh memberi idea dan pandangan. 3.3 Beliau menyatakan banyak kejayaan yang diraih oleh murid-murid SK Sura. Pihak PPD bila buat libat urus kurikulum, urus anak-anak murid yang terlibat seperti anak sendiri dengan penuh kasih sayang. Ibu bapa perlu menyokong segala usaha yang dibuat oleh pihak sekolah serta PIBG agar program yang dirancang
17 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Beliau menyatakan ibu bapa di SK Sura merupakan ibu bapa yang berpendidikan dan hebat untuk berkongsi pandangan. Anak-anak berada di sekolah pada waktu tertentu. Apabila mereka berada di rumah, menjadi tanggungjawab ibu bapa agar proses pembelajaran itu terus berlaku. 3.4 Beliau menegaskan anak-anak di sekolah rendah masih belum matang. Mereka terdedah kepada pengaruh media massa. Namun begitu, beliau menyatakan tidak boleh menolak teknologi yang ada dan anak perlu dididik menggunakan teknologi kerana ketika anak-anak berada di IPT, teknologi diguna pakai sepenuhnya seperti menyiapkan tugasan yang diberi. 3.5 Beliau mengingatkan para ibu bapa agar memastikan anak-anak terdedah menggunakan teknologi maklumat dengan betul. Beliau menekankan tentang Portal Delima yang diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan satu wadah menyalurkan id murid. KPM mencipta id murid tersebut dan ibu bapa boleh menggunakan id anak masing-masing untuk turut bersama anak-anak meneroka pelbagai aplikasi yang ada dalam portal berkenaan. Ada pelbagai aplikasi yang sesuai dan telah ditapis oleh KPM untuk tontonan murid-murid. 3.6 Beliau mengatakan setiap sekolah mempunyai guru Google Classroom (GC) yang dilantik. KPM akan membuat pemantauan dan akan meninjau sekolah mana dan daerah mana yang banyak menggunakan login Delima. Beliau menyeru ibu bapa mengambil peluang dan berpendapat satu kerugian besar sekiranya ibu bapa tidak melayari portal berkenaan. Perkongsian ini disebarkan untuk makluman semua memandangkan En. Rusli bin Mat Nor merupakan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) yang mahir dalam bidang ICT dan merupakan jurulatih utama peringkat negeri serta adanya guru hebat ICT di SK Sura yang hebat di sekolah dan di peringkat negeri. Jadi tidak menjadi masalah SK Sura mendahului dalam bidang tersebut. 3.7 Beliau turut menyentuh Tag Line PPD adalah Digital Lead iaitu Daerah Dungun mendahului atau mendepani Digital. Guru perlu menerapkan Teknologi Maklumat dalam pengajaran mereka di bilik darjah. Beliau turut menyentuh tentang kepelbagaian corak anak-anak yang berbeza. Ibu bapa boleh membentuk anak dengan pelbagai corak cuma berlainan bagi setiap ibu bapa. Beliau menegaskan bahawa anak boleh menyuarakan pandangan dan ibu bapa tidak boleh menyatakan itu salah sebaliknya memberi ruang kepada anak-anak meluahkan perasaan kerana jiwa anak-anak kecil adalah mudah terguris dan menyebabkan mereka hilang semangat. Ibu bapa perlu mendengar dan melihat minat anak-anak kerana sekiranya anak-anak diberi sesuatu perkara yang tidak diminati menyebabkan kadar kejayaan mungkin tidak cemerlang. Jika diberi
18 perkara yang mereka minat, ditambah dengan sokongan dari ibu bapa, maka akan lahirnya kejayaan cemerlang. 3.8 Beliau menyatakan dengan kepimpinan SK Sura di bawah satu sistem yang dibentuk oleh Guru Besar, kepimpinan YDP PIBG, Prof Ts Dr Mazidah selaku YDP yang hebat. Maka SK Sura mempunyai satu ‘Team Work’ yang cukup mantap . Beliau menyeru agar ibu bapa perlu memberi sokongan dan memainkan peranan dari segi tenaga dan banyak ‘memberi’. Beliau menyatakan sekiranya kita permudahkan urusan orang, orang akan mudahkan urusan kita. Beliau percaya semua yang ada di dewan pada hari ini adalah terbaik dan mampu menaikkan SK Sura ke arah yang lebih cemerlang. 3.9 Akhir kata, dengan lafaz Bismillahir-Rahmanir-Rahim, beliau dengan sukacitanya merasmikan, Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Kebangsaan Sura kali ke-37 pada Tahun 2023. MESYUARAT AGUNG PIBG BERMULA Agenda 1 : Ucapan Yang Dipertua PIBG . Prof Ts. Dr Mazidah mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dan guru-guru ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 37 tahun 2023. Beliau berterima kasih kepada hadirin kerana masih setia menunggu hingga tamat majlis. Perbincangan usul akan diadakan selepas ini dan beliau memaklumkan pada tahun 2023, tiada lantikan baharu bagi Jawatankuasa PIBG dibuat. Agenda 2 : Membentang Minit Mesyuarat Agung ke -36 Tahun 2022 Minit Mesyuarat Agung telah disah dan diterima dengan sebulat suara tanpa pindaan . Pencadang : En Mohd Afiq bin Mohd Sadli Penyokong : Pn Syarifah Athirah Auni binti Syed Mohamad Zamri Agenda 3 : Perkara berbangkit -TiadaAgenda 4 : Pembentangan Laporan Tahunan PIBG sesi 2022 / 2023 Laporan Tahunan PIBG 2022 / 2023 diterima dan disahkan. Pencadang : Pn Nur Afni Raziah binti Alias Penyokong : Pn Salimah binti Yahya
19 Agenda 5 : Pembentangan Penyata Kewangan Sesi 2022/2023 Laporan kewangan bermula 1.1.2022 sehingga 31.12.2022. Baki kewangan setakat 31.12.2022 berjumlah RM 27, 726.50 manakala bermula 1.1.2023 sehingga 31.5.2023, baki wang PIBG di bank berjumlah RM 19, 780.80. Laporan kewangan PIBG 2022 / 2023 diterima dan disahkan. Pencadang : Pn Nor Sakinah binti Abd Latif Penyokong : Pn Jusni Eda Jasmin binti Jusoh Agenda 6 : Membentang dan menerima Sumbangan Program Kecemerlangan Tahun 2023 Cg M. Rosdey bin Othman selaku Guru Besar SK Sura memaklumkan Sumbangan Program Kecemerlangan 2023 berjumlah RM 30.00 setiap individu. Kutipan ini dibuat adalah untuk pembelian kertas bagi kegunaan lembaran kerja murid serta pembayaran mesin fotostat. Kutipan ini juga adalah bertujuan untuk merancang aktiviti tahunan sekolah seperti Sambutan Aidilfitri Peringkat Sekolah dan lain-lain aktiviti untuk murid di sekolah ini. Pencadang : Cg M. Rosdey bin Othman Penyokong : En. Mohd Saupi bin Othman
20 Agenda 7 : Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 Prof Ts. Dr Mazidah binti Puteh, YDP PIBG telah membuat pengumuman Jawatankuasa PIBG sesi 2022 / 2023 dikekalkan setahun lagi. Penasihat : Cg M. Rosdey bin Othman Yang Di Pertua PIBG : Prof Ts. Dr Mazidah binti Puteh Naib Yang Di Pertua PIBG : Ir. Ts. Khairul Hisyam bin Ab. Ghani Setiausaha : Cg Najedah Zawardati binti Ahmad Bendahari : Ustazah Zalyana binti Samat Ahli J/Kuasa (Ibu Bapa) : En Asmadi bin Mat : En Fadhli Dzul Hilmi bin Mohd Fauzi : En Mohd Fazli bin Abdullah : Pn Aniza binti Arifin : Pn Murizen binti Yusof : Pn Nurmuslimah Kamilah binti Abdullah : Pn Sharbana binti Adnan : Pn Juliana Ayu binti Jusoh Ahli J/Kuasa ( Guru ) : Cg. Mohd Roslan bin Ishak : Cg. Muhammad Faizal bin Zakaria : Ustaz Mohd Khairil Rashdi bin Mohd Rashid : Ustaz Ahmad Fauzi bin Alias : Ustazah Nooraiha binti Mamat @ Mamat Noor : Cg. Safarina binti Salleh Pemeriksa Kira-kira 1 : Cg. Nasuha binti Ibrahim ( Guru ) Pemeriksa Kira-Kira 2 : En Muhammad Sharif bin Muda ( Ibu bapa ) Agenda 8 : Pembentangan dan perbahasan usul ( jika ada ) 1. Setiausaha PIBG membentangkan usul – usul yang diterima tanpa bahas setelah diputuskan dalam Mesyuarat Pengurusan bersama pihak PIBG pada 11.6.2023 dan respons pihak sekolah / PIBG adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Lampiran. 2. Terdapat dua usul dikemukan secara langsung di Dewan Gemilang SK Sura oleh En Mohd Afiq bin Mohd Sadli kepada pihak sekolah dan Jawatankuasa PIBG. Usul berkenaan berkaitan kawalan lalu lintas bagi mengelakkan kesesakan yang berterusan hingga kini dan mohon diselesaikan segera. Guru Besar memberikan respons dan mengatakan masalah ini timbul disebabkan oleh sikap segelintir ibu bapa yang mementingkan diri sendiri. PIBG pernah meminta bantuan kawalan lalu lintas daripada RELA namun ianya berbayar dan tidak mampu
21 diteruskan. Guru Besar juga menyentuh mengenai laluan kenderaan berat di jalan hadapan SK Sura. Pihak PIBG telah menghantar surat kepada agensi tertentu namun jawapan yang diterima daripada pihak JPJ, mereka tiada kuasa menyekat laluan itu dan perkara itu dipanjangkan kepada SPAD untuk menghadkan kenderaan berdasarkan berat kenderaan yang melalui jalan tersebut. Perkara ini tidak dapat dilaksanakan juga memandangkan pantai ditambak dan merupakan laluan utama kenderaan berat berkenaan. YDP PIBG memberikan cadangan agar diletakkan kon serta dibuat satu sign board tertulis no u turn bagi mengurangkan kesesakan yang dialami. En Mohd Afiq juga menyatakan Facebook PIBG SK Sura tidak diupdate untuk rujukan ibu bapa. Kali terakhir adalah pada tahun 2021. Respons yang diberikan oleh Prof Ts Dr Mazidah selaku YDP PIBG perkara itu akan diambil maklum untuk dikemaskini. 3. Pn Nuru Hasikin binti Ali mencadangkan kutipan sumbangan PIBG bagi Tahun 2023 dikekalkan iaitu sebanyak RM 30 satu keluarga. Pencadang : Nuru Hasikin binti Ali Penyokong : Sebulat Suara Agenda 9 : Ucapan Penangguhan Yang DiPertua PIBG menyatakan kesyukuran kerana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-37 pada tahun ini dapat dlaksanakan dan mencapai objektifnya serta wujudnya perbincangan dua hala antara pihak PIBG, sekolah dan ibu bapa. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua barisan AJK PIBG, guru dan semua ibu bapa yang turut hadir dalam menjayakan Mesyuarat Agung pada hari ini. Mesyuarat Agung PIBG SK Sura kali ke -37 tahun 2023 ditangguhkan pada jam 1: 30 tengah hari. Disediakan oleh, Disemak oleh, (NAJEDAH ZAWARDATI BINTI AHMAD) ( PROF TS. DR MAZIDAH BINTI PUTEH ) Setiausaha Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sura Dungun SK Sura Dungun Terengganu Terengganu Tarikh: 28 Jun 2023
22 LAPORAN TAHUNAN PIBG SK SURA SESI 2023 / 2024 1. PENDAHULUAN Persatuan Ibu Bapa dan Guru - Guru Sekolah Kebangsaan Sura ditubuhkan bertujuan: a. Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid- murid dalam sekolah dalam meningkatkan imej sekolah. b. Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka. c. Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan. d. Untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak pada amnya; dan e. Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah untuk berusaha menambah kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran. 2. SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG Penasihat : Cg. M. Rosdey bin Othman ( Guru Besar ) Yang Di Pertua : Prof. Ts Dr Mazidah binti Puteh Naib Yang Di Pertua : Ir. Ts. Khairul Hisyam bin Ab. Ghani Setiausaha : Cg Najedah Zawardati binti Ahmad Bendahari : Ustazah Zalyana binti Samat Ahli Jawatankuasa ( Ibu Bapa ) 1. En Asmadi bin Mat 2. En Fadhli Dzul Hilmi bin Mohd Fauzi 3. En Mohd Fazli bin Abdullah 4. Pn Aniza binti Arifin 5. Pn Murizen binti Yusof 6. Pn Nurmuslimah Kamilah binti Abdullah 7. Pn Sharbana binti Adnan 8. Pn Juliana Ayu binti Jusoh ( Guru ) 9. Cg Muhammad Faizal bin Zakaria 10. Cg Mohd Roslan bin Ishak 11. Ustaz Mohd Khairil Rashdi bin Mohd Rashid 12. Ustaz Ahmad Fauzi bin Alias 13. Ustazah Nooraiha binti Mamat@Mamat Noor 14. Cg Safarina binti Salleh Pemeriksa Kira-kira 15. Cg Nasuha binti Ibrahim (Guru) 16. En Muhammad Sharif bin Muda ( Ibu bapa )
23 3. MESYUARAT AJK PIBG SESI 2023 / 2024 BIL HARI TARIKH MASA TEMPAT 1 2 3 RABU AHAD RABU 23 OGOS 2023 21 JANUARI 2024 24 APRIL 2024 2:45 PTG 3:10 PTG 3:00 PTG BILIK MESYUARAT, SK SURA BILIK MESYUARAT, SK SURA BILIK MESYUARAT, SK SURA 4. KEGIATAN / AKTIVITI DAN SUMBANGAN 1. Sumbangan pembinaan laluan berbumbung ke surau sekolah 2. Sumbangan untuk keceriaan dewan sekolah 3. Sumbangan untuk pembelian kanvas kanopi dewan sekolah 4. Sumbangan untuk kejayaan murid dalam bidang Ko-Kurikulum dan KoAkademik 5. Sumbangan untuk Lawatan Bermaklumat Tahun 6 SK Sura 6. Sumbangan untuk Majlis Graduasi Tahun 6 SK Sura 7. Sumbangan untuk Hari Anugerah Kecemerlangan SK Sura Tahun 2023 8. Sumbangan Majlis Bubur As Syura peringkat sekolah. 9. Sumbangan pembinaan laluan berbumbung ke kantin sekolah. Disediakan oleh : Disemak oleh : ( NAJEDAH ZAWARDATI BT AHMAD ) ( PROF TS DR MAZIDAH BINTI PUTEH ) Setiausaha Yang DiPertua PIBG Persatuan Ibu Bapa dan Guru Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Sura Sekolah Kebangsaan Sura Dungun, Terengganu. Dungun, Terengganu.
24 KEAKTIFAN KEHADIRAN AHLI JAWATANKUASA DALAM MESYUARAT AJK PIBG SK SURA SESI 2023/2024 BIL NAMA JAWATAN 23.8.2023 21.1.2024 24.4.2024 1 M. ROSDEY BIN OTHMAN PENASIHAT TH TH BERSARA 2 DR BADARIAH BINTI MUDA PENASIHAT - - ✓ 3 PROF TS DR MAZIDAH BINTI PUTEH YDP PIBG TH ✓ ✓ 4 IR TS KHAIRUL HISYAM BIN AB. GHANI NYDP PIBG ✓ TH TH 5 NAJEDAH ZAWARDATI BINTI AHMAD SETIAUSAHA ✓ ✓ ✓ 6 ZALYANA BINTI SAMAT BENDAHARI ✓ ✓ ✓ 7 ASMADI BIN MAT AJK IBU BAPA ✓ TH TH 8 FADHLI DZUL HILMI BIN MOHD FAUZI AJK IBU BAPA TH ✓ ✓ 9 MOHD FAZLI BIN ABDULLAH AJK IBU BAPA TH TH TH 10 ANIZA BINTI ARIFIN AJK IBU BAPA TH ✓ TH 11 MURIZEN BINTI YUSOF AJK IBU BAPA ✓ ✓ TH 12 NURMUSLIMAH KAMILAH BINTI ABDULLAH AJK IBU BAPA ✓ ✓ TH 13 SHARBANA BINTI ADNAN AJK IBU BAPA ✓ ✓ ✓ 14 JULIANA AYU BINTI JUSOH AJK IBU BAPA TH TH TH 15 MOHD ROSLAN BIN ISHAK AJK GURU TH TH TH 16 MUHAMMAD FAIZAL BIN ZAKARIA AJK GURU TH TH TH 17 MOHD KHAIRIL RASHDI BIN MOHD RASHID AJK GURU TH ✓ ✓ 18 AHMAD FAUZI BIN ALIAS AJK GURU ✓ TH ✓ 19 NOORAIHA BINTI MAMAT AJK GURU ✓ ✓ ✓ 20 SAFARINA BINTI SALLEH AJK GURU ✓ TH ✓ 21 NASUHA BINTI IBRAHIM PEMERIKSA KIRA-KIRA (GURU) ✓ TH ✓ 22 MUHAMMAD SHARIF BIN MUDA PEMERIKSA KIRA-KIRA (IBU BAPA) ✓ ✓ TH 23 ISMAZI BIN ISMAIL PK KURIKULUM TH TH ✓ 24 MOHD SOFIAN BIN MUSTAFFA PK HEM ✓ ✓ ✓ 25 MOHD FADZLI BIN ARIFFIN PK KOKO TH TH ✓ 26 ROSMALIZA BINTI MAT ARIFFIN PK PETANG ✓ ✓ TH 27 NUR MAJDINA BINTI RAZALI SU PIBKS ✓ ✓ ✓ ✓ : HADIR TH : TIDAK HADIR (BERSEBAB)
25
26
27 27
28
29 AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SESI 2024 / 2025 SEKOLAH KEBANGSAAN SURA Yang Dipertua : ______________________________________ Naib Yang Dipertua : ______________________________________ Setiausaha : ______________________________________ Bendahari : ______________________________________ Ahli Jawatankuasa : 1.______________________________________ (Ibu Bapa) : 2. _____________________________________ : 3.______________________________________ : 4. _____________________________________ : 5. _____________________________________ : 6. _____________________________________ : 7. _____________________________________ : 8. _____________________________________ Ahli Jawatankuasa : 1.______________________________________ (Guru) : 2. _____________________________________ : 3.______________________________________ : 4. _____________________________________ : 5. _____________________________________ : 6. _____________________________________ Pemeriksa kira-kira : 1. ______________________________________ : 2. ______________________________________
30 USUL/ CADANGAN YANG DITERIMA TANPA BAHAS Usul yang terpilih sahaja yang telah ditapis telah dibincangkan oleh pihak sekolah pada 12.5.2024 BIL PENCADANG USUL RESPONS AJK PIBG / SEKOLAH 1. Jamilah binti Isa 1. Tandas murid selalu tidak memuaskan, selalu tersumbat. Harap pihak sekolah dapat perbaiki. 1. Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa peyelenggaraan tandas telah dilakukan pada 10.5.2024 dan mendapati terdapatnya pembuangan tuala wanita, stoking, tali pinggang dan lain-lain di dalam lubang tandas yang mengakibatkan tandas tersumbat. 2. Muhammad Zulkhairi 1. Tolong sediakan loker untuk murid, beg terlalu berat dengan cuaca panas. Nak buat kutipan duit pun takde masalah. 1. SK Sura merupakan sekolah yang terlibat dalam penerimaan locker oleh pihak KPM. Setakat ini, pemberian locker diberikan khas kepada Tahun 1 dan Tahun 2 sahaja. Pihak sekolah masih menunggu pemberian locker seterusnya daripada pihak KPM untuk murid Tahun 3 hingga 6. Namun begitu, inisiatif guru subjek / guru kelas mengurangkan beban beg berat dengan meninggalkan buku aktiviti / bertulis di rak-rak di belakang kelas. 3. Nur Syahida binti Salahudin 1. Berkenaan kelas KAFA, saya cadangkan untuk tidak dibuat pemilihan pelajar kerana kasihan dekat anak-anak yang tak dapat masuk KAFA. Sepatutnya semua pelajar dapat belajar dalam pembelajaran KAFA ini. Terima kasih. 1. Isu kelas KAFA selesai kerana SK Sura telah menerima penambahan bilangan guru KAFA dan juga kelas. 4. Masdewi Indah binti Masiran 1. Jual kuih muih di kantin sekolah (pelbagaikan jualan). 1. Telah dilaksanakan oleh pihak kantin mengikut menu makanan sihat yang disenaraikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 5 Mohd Hasril bin Hashim 1. Pemakaian baju sukan sepanjang minggu 1. Pihak sekolah ingin memaklumkan hari Ahad merupakan hari perhimpunan rasmi dan murid dikehendaki berpakaian uniform sekolah. 4 hari yang lain dibenarkan berpakaian sukan.
31 6. Siti Hajar Jaafar 1. Perhimpunan harian di dewan di bubarkan, kecuali hari Khamis untuk sesi bacaan yassin perdana sebab: a. Terlajak masa dan mengganggu sesi pembelajaran, silibus banyak nak cover. Di khuatiri murid tercicir dan guru berdepan masalah untuk selesaikan tugasan. b. Penyampaian lama dan panjang tidak berkesan untuk jumlah pelajar yang ramai. Lebih efficient jika: i. Rutin doa dan zikir di baca di dalam kelas ii. Announcement dari pihak sekolah disediakan secara bertulis dan di tampal di setiap kelas. Guru dan murid dapat baca lebih jelas dan dekat. 2. Terdapat 'kelas terbiar' yang tidak di gunakan seakan di jadikan stor atau bahan buangan kerusi meja yang rosak. Bagi pendapat saya, kelas tersebut boleh di kemaskini di perbaharui untuk di jadikan kelas kAFA, kelas bimbingan pelajar yang tercicir, ataupun kelas tuisyen bagi persediaan pelajar hadapi peperiksaan besar. 3. Sekolah sebagai satu institusi pendidikan, jadi saya harap projek pembangunan dan pembaharuan dapat difokuskan khas khusus paling di utamakan adalah kelas pembelajaran. 1. Perhimpunan harian di awal pagi diadakan bagi mengelakkan murid masuk awal ke kelas. Ini memastikan murid masuk serentak ke dalam kelas bagi memudahkan kawalan keselamatan barang-barang murid daripada kecurian. 2. Dalam makluman pihak sekolah. 3. Dalam makluman pihak sekolah. 7. Mohd Nori bin Othman 1. Sediakan jadual waktu kelas untuk diberi kepada setiap murid supaya tidak bergantung kepada wasap. 1. Telah dilaksanakan oleh guru kelas secara edaran cetakan dan makluman dalam whatsapp.
32 8. Syayusliza Yusof 1. Tingkap kelas Tahun 1 atau 2 masih kosong. 2. Tandas kotor/berbau. 1. Dalam makluman dan akan diambil tindakan oleh pihak sekolah. 2. Pekerja pembersihan sentiasa mencuci tandas 3x sehari mengikut jadual pembersihan dan dipantau oleh pihak sekolah. 9. Aminah binti Mat Shah 1. Diadakan penutup longkang di sekitar dewan ke kelas. Sebab longkang itu sangat dalam. Boleh patah kaki anak jika terjatuh ke dalam longkang itu. 2. Buang batu-batu yang ada di ruang hadapan kelas darjah 1 dan 2. Batu-batu itu mencucuk ke atas. Bahaya jika anak-anak berlari dan jatuh. 1. Dalam makluman dan akan diambil tindakan oleh pihak sekolah. 2. Terima kasih atas keprihatinan. Dalam makluman dan akan diambil tindakan oleh pihak sekolah. 10. Sufia 1. Cadangan saya supaya buka pintu pagar belakang untuk anak-anak yang tinggal area belakang sekolah, Yang menaiki basikal agak berbahaya, anak-anak turut berpusu-pusu dengan yang datang dengan kereta di hadapan. 2. Cadangan ke 2 pula, bolehkah membuka koperasi sekolah pada waktu ibu bapa mengambil dan menghantar anak-anak ke sekolah supaya senang membeli baju sukan, baju sekolah dan sebagainya. Tidak perlulah..terutama 2 bulan pertama persekolahan. . 1. Atas faktor keselamatan, pihak sekolah tidak membenarkan pintu belakang padang dibuka. 2. Satu cadangan yang baik. Saranan ini akan diajukan kepada kedai sekolah dan akan dipertimbangkan. 11. Naimah Mutminah binti Rosly 1. Izinkan kami ambik anak-anak di pintu kecil tepi padang sekolah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. 2. Izinkan anak anak kami menggunakan pintu kecil ditepi padang sekolah untuk masuk dan balik sekolah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. 1. No 1 dan 2, Rujuk No. 10 (1).
33 12 Mohd Azizul bin Esa 1. Peralatan untuk kegunaan seni perlu diberitahu seawal 1 @ 2 hari sebelum menggunakannya untuk memudahkan ibu bapa menyediakan alatan bahanbahan tersebut. Merujuk usul 1, pihak sekolah @ guru matapelajaran tersebut, menyediakan bahan @ alatan dan mengenakan bayaran sepatutnya kepada pelajar @ ibu bapa. 1. Dalam makluman dan akan diambil tindakan. 13 Salimah binti Yahaya 1. Mohon pantauan berkala untuk kes-kes buli dalam kalangan pelajar sekolah. Perkara ini sangat menakutkan apabila sejak di bangku sekolah rendah sudah ada kes-kes begini. Mohon pantauan dan tindakan tegas dari pihak sekolah supaya kita dapat membentuk anakanak yang bersih dari gejala buli kerana kes sebegini boleh mendatangkan kesan trauma dan psikologi kepada pelajar. 2. Mohon pantauan juga untuk makanan-makanan yang disediakan di kantin untuk pelajar. Utamakan makanan yang berkhasiat untuk tumbesaran dan kecerdasan anak-anak generasi masa hadapan kita. Elakkan terlalu banyak penyediaan makanan yang tidak berkhasiat yang boleh membantutkan tumbesaran dan kecerdasan minda anak-anak generasi pewaris masa hadapan kita. 1. Dalam makluman pihak sekolah. Beberapa tindakan telah dilaksanakan. Peringatan dan makluman selalu diberi dalam perhimpunan mingguan. 2. Rujuk No. 4 (1). 14 Nurul Hidayah binti Ibrahim 1. Menyediakan kelas taranum dan khat. 2. Kelas tambahan di sekolah. Saranan 1 dan 2 merupakan saranan yang baik. Dalam makluman dan pertimbangan pihak sekolah. 15 Zamani bin Mekan 1. Harap pihak sekolah sediakan locker @ rak buku untuk setiap murid untuk mengatasi masalah beg berat. 1. Rujuk No. 2 (1).
34 16 Basri bin Bakar 1. Hadkan aktiviti luar buat sementara waktu disebabkan cuaca. 2. Adakan kelas tambahan. 1. Telah dilaksanakan oleh pihak sekolah mengikut arahan yang digariskan oleh pihak KPM. 2. Rujuk No. 14 (2). 17 Nor Rita Ismail 1. Pengambilan anak di depan pintu pagar sekolah (pagar A dan B) melalui kenderaan perlu dipantau oleh guards kerana terdapat ibu bapa yang menunggu anak dalam kereta yang menyebabkan jem sehingga ke jalan raya. 1. Pihak pengawal keselamatan telah menjalankan tugas dengan baik tetapi kurangnya kerjasama dalam kalangan ibu bapa. 18 Naliana Binti Nasrudin 1. Kalau tidak keberatan, uniform sekolah boleh dipakai hari lain juga selain hari Ahad. 1. Tiada halangan bagi ibu bapa memakai baju uniform sekolah selain hari Ahad. 19 Norhazlita binti Mohamed @ Harun 1. Koperasi perlu menjual bahan keperluan aktiviti sekolah untuk memudahkan pelajar membeli. 1. Telah dilaksanakan oleh pihak sekolah. 20 Aziera binti Che Wahab 1. Kerap dengar anak-anak tahan kencing dan berak sebab tandas busuk, tidak flush dan kotor. Cadangan saya, harap ada jadual berkala untuk membersihkan tandas. 2. Mewakili semua group yang ditubuhkan oleh guru-guru dalam group whatsapp, mohon sangat kerjasama cikgu alert pertanyaan yang ditanya dalam group dan kongsi semula yang diberitahu semasa perhimpunan atau dalam kelas sebab anak saya slow sedikit dan tak faham apa yang diberitahu oleh cikgu, Terima kasih. 1. Rujuk No. 8 (2). 2. Satu cadangan yang baik. Dalam makluman dan akan diambil tindakan oleh pihak sekolah. 21 Nazelin Abas 1. Perbaiki kipas dalam kelas. 1. Dalam makluman dan akan diambil tindakan untuk dibaik pulih oleh pihak sekolah. . 22 Muhamad Kamalrulzaman bin Idris 1. Saya cadangkan penilaian untuk kemasukan ke aliran DLP @ Bahasa Cina biarlah menyeluruh. Tengok penguasaan 3M murid, bukan 1. Ujian Diagnostik perlu dilakukan untuk penilaian murid memasuki kelas Bahasa Cina dan DLP.
35 berdasarkan ujian yang dijalankan oleh pihak sekolah semata-mata. 23 Mohd Farid bin Yusoff 1. Tandas pelajar perlu dibersihkan dan diselenggarakan dengan baik. 1. Rujuk No. 8 (2). 24 Khairul Azahar bin Abu Bakar 1. Ada pejaja di depan jalan utama dekat kanak melintas Cadangan: Pihak sekolah jangan bagi menjaja di situ menyebabkan keadaan menjadi lebih sibuk, lagipun ibu bapa hendak parking susah di tepi jalan, lebih-lebih lagi membahayakan kanak-kanak melintas. 1. Diluar kawalan pihak sekolah kerana jarak 10 meter dari pagar sekolah. . 25 Mohd Zain bin Abdul Rahim 1. PIBG menyediakan 2 mesin penapis air (coway@cuckoo@lain2) untuk anak-anak isi air. 1. Akan dibawa usul untuk dibincangkan dalam Jawatankuasa PIBG. Sumbangan daripada ibu bapa juga dialu-alukan bagi memperbanyakkan lagi mesin penapis air untuk menampung bilangan murid yang ramai. 26 Muhammad Afiq bin Mohd Sadli 1. Membuat audit terhadap kipas yang rosak dan merancang penggantian kipas melalui konsep wakaf / infaq oleh ibu bapa. 1. Telah dilaksanakan oleh pihak sekolah. Terdapat segelintir ibu bapa yang menyumbang kipas untuk keselesaan murid belajar di dalam kelas. Pihak sekolah amat mengalualukan sumbangan ibu bapa tersebut. 27 Ridawati binti Kamaruddin 1. Mengupah cleaner luar untuk membersihkan tandas selalu seperti di shopping mall supaya murid-murid rasa tenang hendak ke tandas tanpa perlu menahan sampai di rumah. 1. Rujuk No. 8 (2). 28 Rohayati binti Embong 1. Saya cadangkan hari Selasa waktu pulang diawalkan sedikit memandangkan cuaca sekarang panas. 1. Pihak sekolah terpaksa akur dengan arahan pekeliling KPM yang ditetapkan. 29 Roslan bin Ismail 1. Tambah kemudahan kipas di dalam bilik darjah 1. Rujuk No. 26 (1). 30 Mohd Shaharuddin bin Abdul Ghani 1. Cadangan mengadakan pondok menunggu di pintu B untuk kemudahan para pelajar terutama pada musim panas dan musim hujan. 1. Kemudahan tempat menunggu disediakan di Pintu D. Sila gunakan Pintu D semaksima yang mungkin.
36 USUL/ CADANGAN YANG DITERIMA DENGAN BAHAS 2. Cadangan mengadakan kelas atau bengkel pendedahan kepada kemahiran tambahan seperti kelas taranum, bengkel berasaskan STEM (kemahiran komputer, robotik) dll. 2. Rujuk No. 14 (1 dan 2). 31 Nazuha Salwa binti Yaacob 1. Mohon pihak sekolah mempertimbangkan pemakaian baju penyu / rumah sukan pada hari Ahad memandangkan keadaan cuaca panas yang melampau sekarang. Terutama pelajar yang memegang jawatan seperti pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pembimbing rakan sebaya yang perlu memakai baju lengan panjang + tali leher + vest. Juga pelajar yang menghadiri kelas KAFA sehingga jam 4.15 pm dengan berpakaian baju sekolah lengkap pada hari Ahad. Kesian.. panas anak-anak. 1. Rujuk No. 5 (1). Untuk makluman, disebabkan cuaca panas, kelonggaran diberikan kepada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya agar tidak memakai vest. 32 Ahmad Zahid bin Hashim 1. Murid KAFA dan KO dibenarkan keluar di gate C atau D semasa balik untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. 2. Makluman berkenaan aktiviti KO seperti latihan sukan dimaklumkan sehari awal untuk mengelakkan murid menunggu lama di sekolah sekiranya dibatalkan pada hari berkenaan. 1. Pihak sekolah membenarkan murid menggunakan Pintu C dan D bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Rujuk No .30 (1). 2. Dalam makluman dan telah dilaksanakan oleh pihak sekolah. BIL PENCADANG USUL KEPUTUSAN MESYUARAT 1 Sharbana binti Adnan Mencadangkan agar bayaran wang PIBG dikekalkan sebanyak RM 30.00 satu keluarga.
37 Sekalung Penghargaan Yang Di Pertua Dan Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Sura Dengan Ikhlasnya Merakamkan Setinggi-tinggi Penghargaan Dan Terima Kasih Khasnya Kepada : Yang Berbahagia, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu Yang Berhormat, Pegawai Pendidikan Daerah Dungun Yang Berusaha Dr Badariah binti Muda Guru Besar ( Penasihat PIBG SK Sura ) Yang Dihormati Barisan Guru-Guru Penolong Kanan SK Sura. Guru-Guru, Staf Sokongan AJK Pengelola Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 38 2024 Para Penderma Sumbangan Dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 38 Tahun 2024