The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhammadhusni.smkkb.penang, 2021-09-26 10:05:10

ASAL USUL LAGU NEGARAKU

ASAL USUL LAGU NEGARAKU

ASAL USUL LAGU ‘NEGARAKU’

Lirik lagu ‘Negaraku’

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta

Ramai yang tidak tahu tentang sejarah dan asal usul lagu ‘Negaraku’ ini .
Lagu kebangsaan iaitu lagu ‘Negaraku’ merupakan lagu asal kebangsaan negeri
Perak . Lagu rasmi negeri Perak ini telah dipilih menjadi lagu
kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Jemaah hakim yang diketuai oleh
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 5 Ogos 1957 . Lagu kebangsaan
negeri Perak pula mendapat ilham asal daripada lagu ‘Terang Bulan’ yang
merupakan lagu yang amat disukai oleh Sultan Abdullah Muhammad Shah ıı Ibni
Almarhum Sultan Jaafar Safiuddin Muadzam Shah Waliullah ketika baginda

1

menjalankan hukuman dibuang negeri di Kepulauan Seychelles kerana didakwa
bersubahat membunuh Residen British J.W.W Birch .

Selepas menjalankan hukuman , baginda membawa pulang lagu yang
mempunyai pengaruh di Mahe , Pulau Seychelles untuk disesuaikan dan
dijadikan sebagai lagu rasmi kerajaan negeri Perak . Lagu tersebut juga
merupakan ciptaan pengubah lagu warga Perancis , Pierre Jean de
Beranger (1780 – 1857) yang bertajuk La Rosalie. Lagu ini sangat popular di
pulau tersebut dan selalu dimainkan oleh Pancaragam Perancis yang biasanya
memainkan pelbagai lagu dan membuat pertunjukan konsert untuk orang ramai
di pulau berkenaan . Kemudian lagu tersebut diberikan seni kata baru dan
dinamakan ‘Allah Lanjutkan Usia Sultan’ yang seterusnya dijadikan lagu rasmi
negeri Perak Darul Ridzuan .

PEMILIHAN LAGU NEGARAKU

Pada tahun 1956 , semua negeri di Tanah Melayu mempunyai lagu
kebesarannya sendiri. Walau bagaimanapun, belum ada sebuah lagu
kebangsaan yang merangkumi bagi seluruh negara . Pada ketika itu , Tanah
Melayu berada diambang kemerdekaan maka wajarlah ia mempunyai sebuah
lagu kebangsaan sendiri yang bercorak patriotik YTM Tunku Abdul
Rahman menjadi ketua menteri merangkap menteri dalam negeri pada ketika
itu yang telah membuat ketetapan agar sebuah lagu kebangsaan agar dicipta
sebelum merdeka . Ekoran dari ketetapan ini , satu jawatan kuasa telah dibentuk
bertujuan untuk mendapatkan sebuah lagu kebangsaan yang sesuai bagi Tanah
Melayu .

YTM Tunku Abdul Rahman mencadangkan agar diadakan satu
pertandingan mencipta lagu kebangsaan. Cadangan YTM Tunku Abdul

2

Rahman dipersetujui dan dilaksanakan . Pertandingan ini bukan sahaja terhad
kepada penduduk Tanah Melayu tetapi telah dibuka ke seluruh dunia . Hasilnya
sebanyak 514 buah lagu diterima dari seluruh dunia . Untuk memilihnya ,
sebuah jawatankuasa dibentuk untuk membuat pemilihan dengan teliti dan
sempurna yang YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj . Namun yang demikian ,
tidak ada sebuah lagu daripada 514 buah lagu yang dikemukakan dianggap
sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan .

Jawatankuasa kemudian berpendapat satu cara lagi untuk memperolehi
lagu kebangsaan yang baik dengan menjemput beberapa penggubah lagu yang
ternama untuk menciptanya . Penggubah lagu yang masyhur bertaraf
antarabangsa dijemput khas untuk mengubah lagu kebangsaan terdiri
daripada Benjamin Britten , Sir William Walton yang mengubah lagu perbarisan
untuk Permahkotaan Ratu Elizabeth ıı , penggubah Opera Amerika Gian Carlo
Menotti dan Zubir Said . Namun, hasil gubahan mereka juga ditolak .

Akhirnya , Jawatankuasa mendengar kesemua lagu negeri yang sedia ada
bagi mengenal pasti sama ada diantara lagu-lagu kebesaran negeri ini ada yang
sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan Negara. Upacara pemilihan lagu
kebangsaan berlangsung di Dewan Polis Depoh , Kuala Lumpur sebanyak 4 buah
lagu diperdengarkan oleh pasukan Pancaragam Polis Diraja, lagu “Allah
Lanjutkan Usia Sultan” telah terpilih . Keputusan Jemaah Hakim kemudian telah
dikemukakan kepada Majlis Raja-raja Melayu setelah dipersetujui kerajaan
telah mengeluarkan tawaran RM 1, 000 kepada penggubah untuk mencipta seni
katanya . Tawaran ini telah dimenangi oleh Saiful Bahri dan lagu kebangsaan
beliau terdapat dalam 3 versi.

Cadangan menamakan semula lagu ‘Negaraku’ dalam rentak baru kurang
popular . Malah , ada yang menamakan baru tempo lagu seperti lagu sirkus .
Pada Julai 2003 akhbar Malaysia menyatakan bahawa lagu ‘Negaraku’ akan

3

ditukar dan liriknya akan ditukar dari ‘Negaraku’ kepada 'Malaysiaku' .
Disebabkan bantahan ramai , pertukaran nama dibatalkan dan
lagu ‘Negaraku’ diubah dan dikembalikan kepada tempo pra
1992 oleh penggubah Wak Idris . Lagu ‘Negaraku’ telah ditukar rentak kepada
rentak yang lebih rancak oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Lagu ‘Negaraku’
berentak baru dipersembahkan buat kali pertama pada sambutan Ambang
Merdeka , di Dataran Merdeka , tengah malam pada tanggal 30 ogos 2003

Rujukan

Mardiana Nordin, & Hasnah Hussin.(2007).Pengajian Malaysia. Selangor :

Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Tan,M.S.E, & Lee,V. (2017). Target Sejarah Spm. Kuala Lumpur

: Sasbadi Sdn.Bhd.

Beautifulnaara. (2014). Sejarah dan Maksud Lirik Lagu Negaraku [Web Log

Post]. Retrieved from https://beautifulnaara.blogspot.my/2016/03/sejarah-

dan-maksud-lirik-lagu negaraku.html?m=1

Rayyan. (2017).Sejarah Kaitan Irama Lagu Negeri Perak Dan Negaraku [Web

log Spot]. Retrieved from https://www.orangperak.com/sejarah-kaitan-irama-

lagu-negeri-perak- dan-negaraku.html

4


Click to View FlipBook Version