SEKOLAH KEBANGSAAN KARAK
KARAK, PAHANG
HARI KONSULTASI
IBU BAPA / PENJAGA
&
PENYERAHAN SLIP
KEPUTUSAN
PENTAKSIRAN BILIK
DARJAH (PBD)
PERTENGAHAN TAHUN
SESI AKADEMIK 2022/2023
TARIKH MASA & TEMPAT
15 SEPTEMBER 11.15 PAGI – 12.40 TGH HARI
2022
KELAS ANAK MASING-
MASING
HARI KONSULTASI IBU BAPA/PENJAGA
&
PENYERAHAN SLIP PBD
PERTENGAHAN TAHUN SESI 2022/2023
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
Pentaksiran Bilik darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang
berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan
maklumat tentang perkembangan kemajuan, kebolehan dan
pencapaian murid-murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif
sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.
PBD dapat membantu guru dalam
• Mengesan perkembangan murid-murid secara menyeluruh.
• Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid dalam
pembelajaran.
• Mengetahui keberkesanan pengajaran.
• Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran.
• Mengambil Tindakan susulan yang sesuai dengan serta
merta.
MATLAMAT
Hari Konsultasi Ibu Bapa/Penjaga ini dilaksanakan untuk
mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid-murid
di samping memberi maklum balas tentang pengajaran guru.
OBJEKTIF
1. Ibu bapa dapat mengesan kemajuan dan perkembangan anak-
anak secara menyeluruh.
2. Ibu bapa dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak-
anak dalam pembelajaran dari semasa ke semasa.
3. Memberi ruang serta peluang kepada guru dan ibu bapa
bersama-sama menggembeling tenaga dan usaha dalam
mengenalpasti keperluan anak-anak.
ATUR CARA
Bermula pada pukul 11.15 pagi
Hadir terus ke kelas
anak Tuan/Puan
Sesi Konsultasi Bersama
Guru Kelas/ Guru Bantu
Tandatangan borang
penerimaan Slip Pelaporan
PBD
Tuan/Puan boleh
membawa terus anak
pulang selepas mengambil
pelaporan.
Sebarang pertanyaan, sila
hubungi Guru Kelas anak
jagaan Tuan/Puan
PELAN KEDUDUKAN KELAS
ANALISA KESELURUHAN PENCAPAIAN PBD
PERTENGAHAN TAHUN 2022
TAHUN 1 &2
ANALISA KESELURUHAN PENCAPAIAN
PBD PERTENGAHAN TAHUN 2022
TAHUN 3 & 4
ANALISA KESELURUHAN PENCAPAIAN
PBD PERTENGAHAN TAHUN 2022
TAHUN 5 & 6
PERANAN IBU BAPA
• Sebagai Penjaga
o Memenuhi keperluan asas
o Menjaga perkembangan fizikal dan mental
• Sebagai Pemimpin
o Baiki diri terlebih dahulu
o Boleh diikuti dan dicontohi
• Sebagai guru /pemimpin
o Menunjuk ajar
o Membantu menyelesaikan masalah
• Sebagai Penasihat / Kaunselor
o Penyelesai masalah
• Sebagai Doktor
o Perhatian yang lebih boleh menyembuhkan penyakit
• Sebagai Pendisiplin
o Disiplin diri
o Disiplinkan anak-anak
• Sebagai pengikut
• Sebagai kawan
• Sebagai model
• Perangsang Perkembangan Mental
o Kenalpasti potensi anak
• Sebagai pendakwah
• Mendoakan kejayaan anak
MEMBANTU ANAK BERJAYA DI SEKOLAH
• Mewujudkan suasana yang mesra dan penuh kasih sayang.
Ibu bapa harus meletakkan matlamat dan nilaiyang tinggi
terhadap pelajaran dan membantu anak memahami dengan
jelas matlamat itu.
• Sediakan segala kemudahan untuk belajar terutamanya
ruang belajar yang diperlukan.
Lahirkan suasana rumah yang harmoni supaya anak-anak
dapat belajar dengan tenang.
• Sentiasa mendorong, mengiktiraf dan memberi pujian
kepada sebarang kejayaan anak adalah motivator yang
terbaik untuk mereka jika dibandingkan dengan mengkritik
kegagalan.
Beri penghargaan kepada kemajuan dan kejayaan anak-
anak seperti memberi hadiah yang selayaknya.
• Sentiasa memberi keyakinan diri yang tinggi di dalam diri
anak-anak.
Menggalakkan anak-anak supaya percaya dengan
kebolehan diri sendiri dan berani ke hadapan.
• Memberi panduan dan Teknik-teknik belajar yang
berkesan.
Tunjukkan minat serta sokongan terhadap keinginan anak-
anak.
• Melibatkan diri dengan aktiviti PIBG
Sentiasa berbincang dengan guru, masalah anak-anak di
sekolah dan mendapatkan cara-cara yang lebih berkesan
untuk membantu anak berjaya dalam bidang pelajaran.
Setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kami kepada
semua pihak yang terlibat secara
langsung dan
tidak langsung.
Diharap Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD) dapat memenuhi visi
Pendidikan dan Aspirasi Murid
untuk keperluan negara pada masa
depan.
RENUNGAN
Jasad dan roh ini bukan milik mutlak kita, tetapi milik Allah,
Oleh itu peliharalah milik yang ‘dipinjamkan’ ini sebaik
Mungkin supaya dapat kita pulangkan kepada Allah dalam
Keadaan terbaik
(Cemerlang)