TOPIK 1-PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI DEFINISI ILMU FONETIK DAN KAJIANNYA Apa itu ilmu Fonetik • Kamus Linguistik (1997), Fonetik diberikan tafsiran sebagai pengkajian tentang bunyi yang dihasilkan oleh manusia, iaitu bunyi bahasa, bunyi bukan bahasa, dan bunyi pinggiran. • Matthews (2007) pula mendefinisikan Fonetik sebagai the study of the nature, production, and perception of sound speech. • Maksud yang hampir sama dikemukakan oleh Crystal (2008) bahawa ilmu fonetik merupakan bidang kajian yang meneliti bunyi yang dihasilkan oleh manusia. • “The science which studies the characteristics of human sound making, especially those sound used in speech, and provides methods for their Description, Classification and Transcription.”(Crystal, 2008 m.s 363) • Berdasarkan tafsiran-tafsiran di atas, ilmu fonetik merupakan ilmu yang mengkaji secara saintifik bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia, dan digunakan dalam pertuturan atau komunikasi. • Fonetik terbahagi kepada tiga cabang penelitian iaitu Fonetik Artikulasi, Fonetik Akustik dan Fonetik Auditori. • Fonetik Artikulasi merupakan kajian yang meneliti bagaimana sesuatu bunyi dihasilkan melalui organ pertuturan manusia. • Fonetik Akustik merupakan kajian yang meneliti sifat fizikal bunyi bahasa. • Fonetik Auditori adalah kajian yang meneliti reaksi persepsi terhadap bunyi bahasa. Sejarah Ilmu Fonetik • Paling awal ilmu fonetik dapat dikesan adalah ketika menghuraikan tatabahasa Sanskrit oleh Panini sekitar 350 SM. • Panini telah menggunakan bahasa percakapan bahasa Sanskrit dalam penghuraian tatabahasanya yang meliputi 4000 sistem tatabahasa, inventori segmen fonologikal, 2000 data verbal dengan sub klasifikasi dan penanda diakritik, dan inventori kelas leksikal. • Hal yang paling penting dalam penghuraian Panini, maklumat fonetik atau fonologi dalam bahasa Sanskrit dihuraikan secara eksplisit sehingga menjadi inspirasi kepada perkembangan ilmu sains linguistik di Eropah sekitar abad ke 19. • Henry Sweet (1845–1912) merupakan antara nama besar yang merevolusikan kaedah transkripsi. • Sebelum idea Sweet, transkripsi dihasilkan secara transkripsi luas (broader transcription). • Menurut Sweet (1908), ‘A broad notation is one which makes only the practically necessary distinctions of sound in each language and makes them in the simplest manner possible, omitting all that is superflous.’ • Beliau menambah, ‘but in comparing the sounds of a variety of languages or dialects of a language, and still more in dealing with sounds in general, we require a ‘narrow’, that is, a minutely accurate notation covering the whole field of possible sounds.’ • Ilmu fonetik terus bergerak ke arah kajian yang lebih teknikal. • Abercrombie (1971) berpendapat fonetik perlu bersifat analitis yakni meneliti bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan manusia dengan lebih terperinci dengan memanfaatkan juga elemen lain yang melatari seperti gerakan artikulasi dan elemen-elemen yang bersangkutan.
• Hal ini kerana, lakuan ujaran melibatkan proses yang rencam yakni gerakan paru-paru menghembus udara dan pada masa yang sama organ pertuturan lain turut mengambil peranan secara berterusan seperti lidah, gigi, lelangit lembut dan keras, faring dan larinks. • Penelitian secara analitis ini memberikan penjelasan terhadap kerencaman gerakan bunyi bahasa, kadar laju gerakan bunyi bahasa, perbezaan titik-titik artikulasi dan gerakan bahasa secara berterusan. Fonetik instrumental • Pada abad ke 21, fonetik instrumental terus berkembang terutama dalam kajian di luar negara. • Ohala (1991) membezakan antara fonetik taksonomi dan fonetik saintifik. • Fonetik taksonomi berkaitan dengan menamakan dan mengklasifikasikan bunyi ujaran, dan mentranskripsikan bunyi-bunyi tersebut. • Fonetik saintifik pula sebagai usaha untuk memahami bagaimana pertuturan berfungsi di semua peringkat dari otak penutur hingga otak pendengar. Matlamat kajian Fonetik • Matlamat kajian fonetik adalah untuk memberikan penjelasan sistematik dan alami tentang bagaimana bunyi ujaran dihasilkan, bagaimana bunyi itu kedengaran, dan bagaimana perbandingan antara satu bunyi dengan bunyi yang lain. • Penjelasan secara sistematik bunyi bahasa adalah penting bagi memudahkan pengujaran sesuatu segmen yang asing dengan diri seseorang dan amat bermanfaat dalam hal pemerolehan atau pembelajaran bahasa pertama dan kedua, dan terapi pertuturan. • Analisis secara klinikal telah membantu pesakit-pesakit yang menghadapi masalah pertuturan dan pendengaran. • Sintesis pertuturan misalnya telah membantu pesakit-pesakit yang menghadapi masalah organ pertuturan pita suara. DEFINISI ILMU FONOLOGI DAN KAJIANNYA Apa itu ilmu Fonologi? • Fonologi adalah terma yang berasal dari bahasa Yunani iaitu phone, bermaksud bunyi dan logos (perkataan, pertuturan). • Fonologi merupakan bidang kajian linguistik yang mengkaji sistem pola bunyi bahasa. • Dalam kamus A Dictionary of Linguistics and Phonetics, Crystal mendefinisikan fonologi sebagai “A branch of linguistics which studies the sound systems of language. Out of the very wide range of sounds the human vocal apparatus can produce, and which are studied by phonetics, only a relatively small number are used distinctively in any one language. The sound are organized into a system of contrast, which are analysed in term of Phonemes, Distinctive features or other such phonological units, according to the theory used. M.s 365” • Berdasarkan istilah di atas, Crystal (2007) menjelaskan bahawa fonologi merupakan kajian sistem bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia dan bunyi-bunyi berkenaan disusun ke dalam sistem pembeza, dihuraikan unsur fonem, fitur distingtif atau unit fonologi.
Sejarah Ilmu Fonologi • De Courtenay yang berpusat di sekolah Kazan (Kazan School) amat dikenali dengan konsep fonem. • Sarjana Poland ini telah menyempurnakan istilah fonem menerusi siri kuliah pada tahun 1876- 1877. • Beliau menjelaskan fonem merupakan unit abstrak bahasa dan dianggap sebagai titik permulaan fonologi moden. • Beliau mengusahakan teori alternasi fonetik (yang sekarang disebut alofoni dan morfofonologi). • Sepak- vs kedai Sekolah Prague (Prague School) • Trubetzkoy telah menerbitkan Grundzüge der Phonologie (Principles of Phonology), terbit selepas kematiannya (1939), yang merupakan antara karya penting dalam bidang fonologi. • Trubetzkoy turut dianggap sebagai pengasas morfofonologi, walaupun konsep itu pernah dibincangkan de Courtenay. • Konsep lain yang dikembangkan oleh Trubetzkoy adalah konsep arcifonem. • Selain itu, beliau banyak memberikan sumbangan dalam analisis sistem fonologi sesebuah bahasa dan dalam peraturan fonologi umum dan universal. • Roman Jakobson (1896-1982) banyak membincangkan fungsi dan struktur bunyi bahasa. • Beliau bersama Trubetzkoy membangunkan konsep fonem dan menjelaskan sistem struktur fonologi. • Sekitar tahun 1930 hingga 1940, beliau membangunkan elemen asas bahasa iaitu fitur distingtif binari. • Selanjutnya bekerjasama dengan pelajarnya yang merupakan ahli akustik, C. Gunnar Fant dan Morris Halle, dalam mempertimbangkan fitur distingtif aspek akustik. • Pada tahun 1968, The Sound Pattern of English diterbitkan oleh Noam Chomsky dan Morris Halle yang merupakan asas kepada Fonologi Generatif. • Dalam SPE, representasi fonologi adalah urutan segmen yang terdiri daripada fitur distingtif; merupakan pengembangan atau terinspirasi daripada sarjana sebelumnya iaitu Jakobson, Fant dan Halle. • Fitur distingtif dijelaskan mempunyai ciri artikulasi dan persepsi yang berasal dari satu set yang universal dan mempunyai nilai binari (+ dan -). • Chomsky dan Halle turut memperkenalkan dua peringkat representasi iaitu representasi dalaman dan representasi permukaan (atau fonetik). • Selepas SPE, fonologi generatif terus berkembang menerusi Goldsmith yang memperkenalkan teori fonologi Autosegmental (1976). • Pada tahun 1991, Alan Prince dan Paul Smolensky membangunkan teori Optimaliti yang menganalisis fonologi berdasarkan tatatingkat kekangan dan setiap aturan kekangan adalah berbeza mengikut sistem fonologi sesuatu bahasa.
Matlamat kajian fonologi • Matlamat kajian fonologi adalah untuk mengenal pasti, menghuraikan dan mengeneralisasikan pola bunyi bahasa. • Disebabkan itu, sarjana bahasa yang lalu melakukan penjenisan unit-unit seperti fonem, fitur distingtif, segmental dan suprasegmental bagi menghuraikan perilaku pola bunyi bahasa. • Penjenisan unit-unit memberikan sumbangan yang besar dalam penciptaan lambang atau huruf bagi sesuatu bahasa. • Secara tidak langsung memudahkan pengenalpastian bunyi yang hampir sama dan sistem tulisan yang terhasil adalah lebih tepat. Alat Artikulasi 1 bibir atas 11 tengah lidah 2 bibir bawah 12 belakang lidah 3 gigi atas 13 akar lidah 4 gigi bawah 14 Epiglotis 5 gusi 15 pita suara 6 lelangit keras 16 rongga tekak 7 lelangit lembut 17 rongga hidung 8 anak tekak 18 rongga mulut 9 hujung lidah 19 rahang 10 hadapan lidah 20 Larings
Topik 2-Bunyi-Bunyi Bahasa Bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa • Bunyi – terdapat 2 jenis iaitu bukan bunyi bahasa dan bunyi bahasa • Bukan bunyi bahasa – berdeham, batuk, dll- tidak mempunyai lambang tertentu, namun dalam sesuatu keadaan bunyi-bunyi berkenaan secara pragmatik mempunyai makna tertentu. • Bunyi bahasa adalah bunyi yang dihasilkan oleh manusia dan disepakati oleh masyarakat penutur bahasa tersebut sebagai sesuatu yang bermakna, serta bunyi-bunyi itu diberikan lambang tertentu. • Lazimnya terdapat dua jenis bunyi bahasa iaitu VOKAL dan KONSONAN VOKAL • Bunyi yang dihasilkan tanpa sebarang sekatan pengaliran udara. • Peti suara bergetar ketika penghasilan bunyi vokal, menjadikan semua jenis bunyi vokal adalah bunyi bersuara. • Keadaan lelangit lembut meninggi sehingga menutup rongga hidung dan menyebabkan udara dari paru-paru hanya keluar melalui rongga mulut. • Klasifikasi vokal berdasarkan kedudukan lidah, saiz rongga dan keadaan bibir. • Keadaan bibir : bundar, hampar • Saiz rongga mulut : luas, separuh luas, separuh sempit, sempit • Kedudukan lidah : depan, tengah, belakang Cardinal Vowel Jones Vokal Bahasa Melayu
Vokal Depan Sempit [i] • Vokal [i] merupakan vokal depan sempit yang dihasilkan dengan bahagian depan lidah dinaikkan agak tinggi ke lelangit keras sementara hujung lidah pula ditahan di belakang gigi bawah dan bibir dibuka sempit. • Dalam mengeluarkan bunyi [i], bibir tidak dibundarkan. Vokal Depan Separuh Sempit [e] • Vokal [e] pula dihasilkan dengan lidah berada di kedudukan yang lebih rendah dari kedudukan ketika menghasilkan [i], hujung lidah ditahan di belakang deretan gigi bawah dan bibir tidak dibundarkan. • Mulut dibuka lebih luas sedikit daripada ketika menghasilkan vokal [i]. Vokal Depan Luas [a] • Bunyi vokal [a] dihasilkan dengan menghamparkan bahagian depan dan tengah lidah dan bahagian hujung lidah ditahan di belakang deretan gigi bawah seperti ketika menghasilkan vokal [i] dan [e]. • Bentuk bibir tidak dibundarkan dan mulut dibuka lebih luas berbanding ketika menghasilkan vokal [e]. Vokal Tengah [ ] • Vokal tengah [ə] dihasilkan dengan menaikkan bahagian tengah lidah ke kedudukan yang agak tinggi ke arah lelangit hingga menghasilkan jarak yang agak sempit di antara lidah yang diangkat dan lelangit. • Manakala keadaan bibir tidak begitu bundar dan tidak begitu hampar. • Vokal ini juga dikenali sebagai schwa. Vokal Belakang Sempit [u] • Bunyi vokal [u] ini dihasilkan dengan menaikkan bahagian belakang lidah rapat ke lelangit lembut dengan kedudukan hujung lidah berada pada bahagian belakang deretan gigi bawah. • Bentuk bibir dibundarkan dengan mulut dibuka sempit. • Manakala lelangit lembut pula dinaikkan menutup rongga hidung untuk memaksa udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut. Vokal Belakang Separuh Sempit [o] • Vokal belakang [o] diujarkan dengan menaikkan belakang lidah sedikit rendah dari kedudukan ketika menghasilkan bunyi vokal [u], tetapi mengekalkan kedudukan hujung lidah di belakang deretan gigi bawah. • Lelangit lembut dinaikkan menutup rongga hidung untuk memaksa udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut. • Bentuk bibir dibundarkan tetapi mulut dibuka lebih luas berbanding dengan ketika menghasilkan bunyi vokal [u].
Penyebaran Vokal • Menurut Teoh Boon Seong (1994: 16), dalam BM standard penyebaran sesetengah segmen vokalik dalam kata akar bergantung kepada bentuk vokal tersebut. • Menurut Farid (2014), vokal [i], [u] dan [a] dapat hadir pada bahagian awal, tengah dan akhir kata. • Vokal [e], [o] dan [ ] hanya hadir pada bahagian awal dan tengah. • Vokal [e] dan [o] boleh hadir pada bahagian akhir atau suku kata akhir terbuka kata pinjaman. Diftong & Vokal Rangkap Diftong • Gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat kedudukan lidah (kamus linguistik, 1997) • A vowel whose quality changes perceptibly in one direction within a single syllable (Matthews, 2007) • Yunus Maris (1980) menjelaskan diftong bahasa Melayu ada 3 jenis iaitu /ai/ [aj], /au/ [aw], /oi/ [oj] Diftong /ai/ • Diftong [aj] dihasilkan dengan lidah dinaikkan pada kedudukan menyebut vokal depan terbuka [a] dan kemudiannya menggeluncur dengan pantas ke arah kedudukan untuk menyebut vokal depan tertutup [i]. • Hujung lidah berada di belakang gigi bawah, pita suara digetarkan dan lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. • Manakala bentuk bibir pula tidak dibundarkan. • Contoh : /pakai/ [pakaj] , /hairan/ [hajran]
Diftong /au/ • Diftong [aw] dihasilkan dengan bahagian hadapan lidah dinaikkan sedikit ke lelangit keras untuk mengeluarkan bunyi vokal [a], kemudian digeluncurkan bahagian belakang lidah ke arah lelangit lembut tetapi tidak menyentuhnya, lelangit lembut dinaikkan dan pita suara digetarkan untuk menghasilkan bunyi vokal [u]. • Keadaan bibir tidak dibundarkan semasa menyebut vokal [a] tetapi mengalami pembundaran apabila digeluncurkan untuk membunyikan vokal [u]. • Contoh : /kerbau/ [k rbaw], /pulau/ [pulaw] Diftong /oi/ • Diftong [oj] dihasilkan dengan keadaan belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut dan bibir dibundarkan bagi menyebut vokal belakang separuh tertutup [o] dan secara pantas digeluncurkan lidah ke kedudukan untuk menyebut vokal depan tertutup [i]. • Keadaan bibir yang bundar pada awalnya kemudian berubah menjadi terhampar. • Contoh : amboi [amboj], sepoi [s poj] Rangkap Vokal A vowel sequence is the occurrence of two of more consecutive vowels belonging to separate syllables. Contoh • /-ia/ → /dia/[di.ja]@[di.jə], /diam/ [di.jam] • /iu/ → /piutang/[pi.ju.ta ] • /io/ → /cium/[ʧi.jom], • /ua/ → /benua/ [b .nu.wa]@ [b .nu.w ], /bual/ [bu.wal] • /ui/ → /juita/ [ʤu.wi.ta], /kuini/ [ku.wi.ni] Konsonan Pengenalan • Konsonan ialah bunyi bahasa yang semasa pengeluarannya, udara yang keluar daripada paruparu menerima halangan di daerah artikulasi tertentu, sama ada berbentuk sekatan penuh mahupun sekadar sempitan pada rongga pengeluaran udara. • Konsonan ada bunyi bersuara dan tidak bersuara • BMS mempunyai 18 konsonan asli, lapan konsonan pinjaman dan enam jenis vokal.
Konsonan Asli Konsonan Pinjaman Konsonan plosif bilabial • 2 bunyi iaitu [p] dan [b] • Konsonan [p] dihasilkan dengan merapatkan kedua-dua bibir sementara lelangit lembut dinaikkan supaya mencecah belakang rongga tekak untuk menghalang aliran udara dari keluar melalui rongga mulut dan rongga hidung. Aliran udara kemudiannya dilepaskan secara serta merta melalui rongga mulut dan pita suara tidak digetarkan. • Konsonan [b] dihasilkan dengan cara udara dihalang dari keluar melalui rongga mulut dan hidung dengan merapatkan kedua-dua bibir. Udara yang ditahan di dalam rongga mulut dilepaskan dengan serta-merta sambil menggetarkan pita suara. • [p] bunyi plosif bilabial tak bersuara • [b] bunyi plosif bilabial bersuara Plosif Alveolar • Alveolar @ gigi gusi • Ada 2 bunyi [t] dan [d] • Konsonan [t] dihasilkan dengan merapatkan kedua-dua bibir dan lelangit lembut dinaikkan sehingga menyentuh rongga tekak untuk menghalang aliran udara dari keluar melalui rongga hidung. Manakala hujung lidah pula dirapatkan ke gusi atas untuk menyekat udara dari keluar melalui rongga mulut. Sekatan ini kemudiannya dilepaskan secara serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. • Konsonan [d] dihasilkan dengan cara pengeluaran dan titik artikulasi yang sama seperti konsonan [t] kecuali ketika menghasilkan bunyi konsonan [d], pita suara digetarkan.
Plosif Velar • Velar @ lelangit lembut • Ada 2 bunyi iaitu [k] dan [g] • Konsonan [k] dihasilkan dengan menaikkan lidah ke lelangit lembut sehingga berlaku sekatan penuh ke atas aliran udara yang keluar dari paru-paru. Udara dihalang daripada mengalir keluar melalui rongga hidung dengan menaikkan lelangit lembut. Sekatan pada aliran udara yang keluar dari paru-paru dilepaskan dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara • Konsonan [g] mempunyai cara penghasilan yang sama dengan konsonan [k], yang membezakan adalah pita suara digetarkan. Konsonan Afrikat Palatal • Afrikat – letusan , palatal – lelangit keras • [ ʧ ] @ sistem tulisan huruf C dan [ʤ] @ sistem tulisan huruf J • Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras-gusi, udara dihalang dari memasuki rongga hidung dengan menaikkan lelangit lembut menutupi rongga hidung ketika konsonan [ʧ ] dihasilkan. Udara dari paru-paru dilepaskan melalui rongga mulut dengan cara lebih perlahan daripada bunyi letupan. Pita suara tidak digetarkan untuk menghasilkan bunyi afrikat tidak bersuara. • Konsonan [ʤ] dihasilkan dengan cara sama seperti konsonan [ʧ ]kecuali pita suara digetarkan untuk menghasilkan bunyi bersuara. Konsonan nasal • Nasal bilabial [m] dihasilkan dengan merapatkan dua bibir untuk menyekat sepenuhnya udara dari keluar melalui mulut. Lelangit lembut direndahkan untuk membenarkan udara dari paruparu keluar melalui rongga mulut dan rongga hidung secara serentak. Pita suara digetarkan untuk menghasilkan bunyi sengau bersuara. • Nasal Alveolar [n] dihasilkan dengan merapatkan hujung lidah pada gusi, manakala lelangit lembut dan anak tekak diturunkan bagi membolehkan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Pada masa ini pita suara digetarkan untuk menghasilkan bunyi sengau bersuara. • Nasal palatal [ ] dihasilkan dengan menaikkan tengah lidah ke lelangit keras supaya udara yang keluar dari paru-paru disekat sepenuhnya. Lelangit lembut kemudiannya diturunkan untuk membenarkan udara keluar melalui rongga hidung, manakala udara yang tersekat di belakang lidah dan lelangit keras dilepaskan dan pita suara digetarkan. • Nasal velar [ ] dihasilkan dengan menyekat sepenuhnya udara yang keluar dari paru-paru di daerah lelangit lembut. Sekatan dibuat dengan menaikkan dan merapatkan belakang lidah ke lelangit lembut. Udara yang tersekat itu kemudiannya dibenarkan keluar melalui rongga hidung dengan menurunkan lelangit lembut dan pada masa yang sama dilepaskan melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.
Frikatif • Frikatif – geseran • Frikatif alveolar [s] dan frikatif glotis [h] • Di dalam menghasilkan konsonan [s], lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan ke dinding tekak untuk menyekat aliran udara dari keluar melalui rongga hidung. Hujung lidah dirapatkan ke arah gusi untuk menyempitkan ruang untuk udara keluar melalui rongga mulut. Udara yang keluar melalui sempitan itu bergeser antara lidah dan gusi. Di dalam menghasilkan bunyi [s], pita suara tidak bergetar. • Konsonan [h] dihasilkan dengan cara yang sama seperti geseran gusi kecuali sempitan dilakukan pada bahagian glotis. Getaran • Getaran Alveolar [r] • Konsonan [r] dihasilkan dengan lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menghalang udara dari paru-paru dari keluar melalui rongga hidung. Ketika udara dilepaskan melalui rongga mulut, hujung lidah dinaikkan dan digetarkan pada gusi dan pada masa yang sama pita suara digetarkan. • Fonem ini boleh hadir lingkungan awal dan tengah kata. Konsonan [r] digugurkan pada lingkungan akhir kata. Lateral • Lateral alveolar [l] • Konsonan [l] dihasilkan dengan menaikkan hujung lidah ke bahagian tengah gusi. Aliran udara dari paru-paru dihalang dari keluar melalui rongga hidung dengan menaikkan lelangit lembut. Arus udara mengalir keluar melalui tepi lidah dan pita suara digetarkan bagi menghasilkan bunyi bersuara. • Fonem /l/ boleh hadir dalam semua lingkungan kata BM. Separuh Vokal • Separuh vokal bilabial [w] dan separuh vokal palatal [j] (y) • Separuh vokal bilabial [w] – bibir dibundarkan, belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut dan udara dihalang dari keluar melalui rongga hidung dengan menaikkan lelangit lembut sehingga menutup rongga hidung. Lidah kemudiannya dihamparkan dan pita suara digetarkan. • separuh vokal palatal [j] pula dihasilkan dengan keadaan bibir dihamparkan dan depan lidah dinaikkan ke arah lelangit keras. Udara dari paru-paru dihalang dari keluar melalui rongga hidung dengan cara menaikkan lelangit lembut sehingga menutup rongga hidung. Lidah bergerak ke kedudukan mendatar dan pita suara digetarkan.
FITUR PEMBEZA@Distinctive Features Pengenalan ▪ Fitur @ Ciri Pembeza @ Fitur Distingtif ▪ Setiap segmen bahasa boleh dikelaskan dengan berpandukan ciri khusus sesuatu bunyi. ▪ Ciri atau fitur bunyi bahasa - berdasarkan maklumat fonetik dan fonologi. ▪ Misalnya bunyi [t] dan [d] – berbeza dari segi bersuara dan tidak bersuara, namun keduaduanya boleh dikelaskan dalam satu kelas alamiah iaitu hentian alveolar. ▪ Perubahan cara artikulasi juga membawa penghasilan bunyi berbeza. ▪ Fitur distingtif berguna dalam memperincikan segmen-segmen bahasa dan juga berfungsi sebagai ciri pembeza. ▪ Menggunakan simbol binari + dan -. Kelas fitur distingtif ▪ Fitur kelas utama - fitur sonoran, vokalik (silabik) dan konsonantal. ▪ Fitur rongga - fitur koronal, anterior, keadaan lidah (tinggi, rendah, hadapan, belakang, bundar), nasal dan lateral. ▪ Fitur cara artikulasi - fitur kontinuan, lepas, lepas lewat, sedutan (suction), sesak (pressure), tegang (tense), dan kendur (lax). ▪ Fitur sumber diisi oleh fitur suara, tak bersuara, dan striden. ▪ Fitur prosodi seperti fitur tekanan, nada, dan kepanjangan (Chomsky & Halle, 1968) Fitur kelas utama ▪ Fitur kelas utama ini digunakan untuk membezakan kelas utama bunyi bahasa ▪ Ada 3 iaitu Silabik (syllabic), Sonoran dan konsonantal. 1. [+/- Silabik] – membezakan bunyi vokal daripada bunyi yang lain. 2. [+/- Sonoran] – membezakan bunyi vokal, geluncuran, likuida dan nasal daripada bunyi hentian oral, afrikat dan frikatif. 3. [+/- Konsonantal] – membezakan bunyi konsonan daripada bunyi vokal dan geluncuran. Fitur Daerah ▪ Mengambil rongga yang terlibat dalam penghasilan bunyi bahasa sebagai ciri khusus. 1. Koronal – membezakan bunyi yang melibatkan depan lidah seperti bunyi dental, alveolar, dan palatal daripada bunyi yang lain. ▪ [+kor]: [ j, l, r, n, t, d, s, z, ʧ, ʤ] ▪ [-kor]: [w, m, , k, g, h, f, v, p, b] b d g p t k ʤ ʧ s l r m n w j h i e u o a Silabik - - - - - - - - - - - - - - - - - - + + + + + + Kons + + + + + + + + + + + + + + + - - - - - - - - - Sonoran - - - - - - - - - + + + + + + + + - + + + + + +
2. Anterior – membezakan antara bunyi yang dihasilkan di depan mulut seperti labial, dental, dan alveolar daripada bunyi lain. ▪ [+ant]: [l, r, n, m, t, d, s, z, f, v, p, b] ▪ [-ant]: [j, w, , k, g, h, ʧ, ʤ] Fitur cara ▪ [Kontinuan], [nasal], [striden], [lateral], [lepas lewat] 1. Kontinuan – membezakan antara bunyi hentian daripada bunyi lain o [+kont] bunyi yang udaranya tidak mengalami halangan ketika melalui rongga mulut. o Cth: [j, w, l, r, s, z, h, f, v] o [-kont] bunyi-bunyi yang udaranya dihentikan di rongga mulut. o Cth [p, b, t, d, k, g, n, m, , , ʧ, ʤ] 2. Nasal – membezakan bunyi nasal dan bukan nasal ▪ [+ nas] [m, n, , ] ▪ Striden – membezakan bunyi yang mengalami penyempitan dan menghasilkan bunyi bising atau desiran udara daripada bunyi lain. ▪ [+strid]: [s, z, ʧ, ʤ, f, v] ▪ Lateral – membezakan bunyi [l] daripada bunyi yang lain ▪ [+lat]: [l] ▪ [-lat]: semua bunyi konsonan yang lain ▪ Lepas lewat – membezakan bunyi afrikat dengan bunyi yang lain. ▪ [+ L L] – bunyi yang dihasilkan dengan menghentikan udara di rongga mulut dan diikuti pada masa yang sama dengan geseran. Cth [ʧ, ʤ] Fitur Vokalik ▪ Fitur yang membezakan antara bunyi vokal, juga sesetengah bunyi konsonan ▪ [tinggi], [rendah], [belakang], [depan], [bundar], [tegang], 1. [tinggi]- membezakan bunyi tinggi daripada bunyi yang lain ▪ [+ting]: [i, u, g, k, ʧ, ʤ, , , w, j, h] 2. [rendah] – membezakan bunyi rendah dengan bunyi yang lain ▪ [+rend]: [h, a] 3. [belakang] – [+bel]: [u, o, k, g, , w, j] 4. [depan] – [+dep]: [i, e, p, b, t, d, r, m] 5. [bundar]- [+bun]: [w, u, o] 6. [tegang] – membezakan vokal panjang dengan vokal pendek. Tidak produktif dalam bahasa Melayu kerana tidak menjadi pembeza.
Fitur Sumber ▪ [suara] – membezakan antara bunyi bersuara [+suara] daripada bunyi tak bersuara [-suara]. ▪ [+suara]: [b, d, g, ʤ, l, r, m, n, , , w, j, semua vokal] Fitur Prosodi ▪ [tekanan] ▪ [nada] ▪ [kepanjangan] Fitur Distingtif BM
Koartikulasi & artikulasi sekunder pengenalan • Topik yang lalu menunjukkan konsonan dan vokal dihasilkan di satu-satu titik artikulasi secara mandiri. Iaitu, penghasilannya hanya melibatkan titik artikulasi tertentu untuk konsonan atau vokal yang tertentu. Umpamanya, konsonan /p/ dihasilkan di dua bibir; konsonan /t/ di alveolar atau alveo-dental (gigi-gusi) [bergantung pada bahasa, yakni ada bahasa menyebutnya di dental, dan ada di gigi-gusi dan ada juga yang retrofleks seperti bahasa Tamil]. • Diftong tidak termasuk dalam pemerihalan ini. Akan tetapi, penghasilan diftong pula melibatkan pergerakan lidah dari satu titik artikulasi kepada titik yang lain. Pergerakan ini pula terjadi dalam satu penyebutan. • Ada fenomena khas dalam bahasa manusia, yakni dua (atau lebih) segmen bunyi bersebelahan yang dihasilkan di titik artikulasi berbeza, tetapi boleh saling mempengaruhi sehingga menyebabkan berlaku pertindihan atau pertindanan dari segi penghasilannya. • Fenomenan ini diistilahkan sebagai koartikulasi dan artikulasi sekunder. Koartikulasi • Koartikulasi (coarticulation) = artikulasi ganda (joint articulation). • Recansens (2018)ː ...changes in articulation and in the acoustic signal induced by one phonetic segment (the trigger) during another one (the target) due to overlap between their articulatory gestures. • David Crystal (2008: 82): an articulation which involved in a simultaneous or overlapping way more than one point in the vocal tract. • Nor Hashimah (2007: 49): penindanan atau pertindihan titik artikulasi berhampiran ketika penghasilan bunyi. • Wikipedia: …a situation in which a conceptually isolated speech sound is influenced by, and becomes more like, a preceding or following speech sound. • Maksudnya, wujud saling pengaruh antara segmen bunyi (konsonan) yang hadir bersebelahan ketika penghasilannya. Pengaruh ini menyebabkan sesuatu segmen bunyi akan menjadi seperti segmen yang berada di sebelahnya. • Yang berikut ialah beberapa contoh koartikulasi: • Bahasa Inggeris > Penghasilan bunyi alveolar–dental dalam perkataan /width/ sebagai [wɪdð] dan /eighth/ sebagai [eɪtθ]. • Konsonan /d/ dan /t/ asalnya ialah kosonan plosif alveo-dental (gigi-gusi), tetapi dibunyikan sebagai geseran dental (antara gigi) /ð/ dan /θ/ kesan daripada pengaruh vokal /i/ dan /e/. • Perendahan velar (velar lowering) dalam perkataan /send/ yang dibunyikan sebagai [sɛŋd]. • Nasal alveo-dental /n/ dibunyikan sebagai [ŋ] disebabkan pengaruh vokal /e/ > [ɛ] yang hadir di posisi sebelumnya. • Selain itu, ada berlaku juga gejala yang disebut sebagai peninggian dan pendepanan tengah (body) lidah (tongue body rising and fronting) selepas kehadiran vokal schwa disebelah konsonan palatoalveolar /ʃ/. • Contohnya dalam /ashamed/ > [əʃəɪmd]. • Bahasa-bahasa di barat benua Afrika (dan juga beberapa bahasa lain). • Konsonan labial tidak bersuara-letupan velar: k͡p. • Simbol ( ͡ ) bermaksud pertindihan.
• Cara sebutan di bibir-velar. • Yoruba: /pápá/ > [k͡pák͡pá] • Bahasa Melayu • Perubahan penyebutan konsonan /k, g/ yang hadir sebelum vokal depan tinggi /i/ dan vokal belakang tinggi /u/: [gigi] dan [kini]. • Bandingkan dengan [kuku] dan [guɣu]. • Kedudukan belakang lidah ketika membunyikan konsonan /k, g/ sebelum /i/ diturunkan daripada menyentuh velum, dan tengah lidah dinaikkan sedikit ke arah lelangit keras. • Manakala, kedudukan keadaan belakang lidah ketika membunyikan konsonan /k, g/ sebelum /u/ tetap menyentuh velum. Antisipasi artikulasi • Anticipatory articulation (Crystal, 2008); Antisipasi artikulasi depan (Nor Hashimah, 2007). Juga dirujuk sebagai right-to-left coarticulation (Crystal, 2008). • Keadaan ini berlaku apabila dua konsonan letupan yang hadir secara berurutan, maka konsonan letupan yang pertama tidak dilepaskan. Contoh ini banyak dalam bahasa Inggeris, misalnyaː /act/ > [æːt]; /apt/ > [æːt]. • Konsonan [k] disenyapkan. Yang dibunyikan hanyalah konsonan [t]. • Masih ingatkah teguran Adibah Noor tentang /doubt/ dan /debt/ yang sepatunya disebut sebagai [dawt] dan [dɛɪt]? • Anticipatory articulation digelar juga sebagai koartikulasi dari kanan-ke-kiri. Hal ini kerana realisasi pembunyian segmen tertentu dipengaruhi oleh segmen yang berada di sebelah kanan. • Lihat contoh [gigi] dan [guɣu]. Perbezaan yang timbul ketika penyebutan konsonan /g/ dalam kedua-dua contoh ini adalah disebabkan oleh pengaruh vokal /i/ dan /u/ yang berada di posisi selepasnya. Preservasi artikulasi • Preservartory articulation (Crystal, 2008) atau koartikulasi dari kiri-ke-kanan juga muncul dalam bahasa manusia tetapi agak jarang. Jika koartikulasi kanan-ke-kiri dihasilkan oleh pengaruh segmen yang berada di kanan, maka koartikulasi kiri-ke-kanan pula adalah disebabkan pengaruh segmen yang berada di kiri. • Sebagai contoh, penyebaran ciri tidak bersuara daripada konsonan plosif kepada konsonan lateral (sisian) dalam /please/ > [pli̥ːz]. Artikulasi sekunder • Selain koartikulasi, ada juga fenomena yang diistilahkan sebagai artikulasi sekunder atau artikulasi kedua. Perhatikan contoh iniː /tiang/ > [tiyaŋ]; /pauh/ > [pawoh]; /baca/ > [baʲca] • Penyisipan [y] dan [w] serta [ʲ] merupakan gejala yang dikaitkan dengan artikulasi sekunder. • Penyisipan [y] dan [w] dikatakan sebagai artikulasi sekunder kerana pergerakan lidah ketika penghasilan vokal [i] – [a] dan [a] – [o] memerlukan penyekatan sederhana di titik artikulasi, yang bertindak sebagai ‘perantara’ atau ‘penghubung’ kedua-dua vokal. • Penyisipan segmen [ʲ] pula terjadi disebabkan pengaruh konsonan /c/. • Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan artikulasi sekunder? • Nor Hashimah (2007): darjah penyekatan yang hadir bersama atau serentak dengan artikulasi utama.
• Crystal (2008): in a sound produced with two points of articulation, this term refers to the point of articulation involving the lesser degree of stricture (cth: pelabialan dan pempalatalan) opposed to primary articulation. • SIL‘s Glossary of linguistic termsː ‘...an additional articulation process that affects vowel or consonant production.” Pelabialan (LABIALISASI) • Pelabialan terjadi dengan penambahan segmen pembundaran bibir pada konsonan tertentu. • Dalam bahasa Melayu dan dialek-dialeknya, hampir semua konsonan boleh menambahkan bunyi labial [w] jikalau melibatkan vokal belakang. • Perhatikan contoh yang diberikan. • Suku kata praakhirː [pwulaŋ]; [pwunɐh]; [lwukɐh]; [kwudoŋ] • Ada juga pelabialan terjadi di antara vokal. Cthnya [jawoh]; [pawoh]. Ini bertujuan menyeimbangi peralihan daripada vokal pertama ke vokal yang kedua. • Di samping itu, lambang [w] di suku kata praakhir dan antara vokal juga menandakan gejala pelabialan. • Selain itu, beberapa dialek Melayu di Semenanjung turut memperlihatkan sejenis gejala yang boleh dikaitkan dengan pelabialan di suku kata akhir. Antaranya dialek Melayu Hulu Terengganu (Collins, 1983; Mohd Tarmizi, 2018) • Sebagai contohː [kukɔw] ‘kuku’; [ləmbɔw] ‘lembu’; [gaɣɔw] ‘garu’ Pempalatalan (PALATALISASI) • Umumnya, pempalatalan ialah proses yang melibatkan peralihan, atau pergerakan, titik artikulasi segmen bunyi yang asal ke arah palatal, atau lelangit keras. • Maksudnya, titik artikulasi segmen bunyi yang awal bukanlah di palatal. Akan tetapi, titik artikulasi tersebut beralih ke arah palatal disebabkan oleh pengaruh segmen bunyi yang berada di sebelahnya. • Sebagai contoh: [baʲca] ‘baca’; [taʲjul] ‘sejenis alat untuk menangkap ikan. • Realisasi /n/ kepada [ɲ] sebelum /j/ dan /c/ dalam nasal homorganik juga tercakup dalam proses pempalatan. Cthː [paɲjaŋ] ‘panjang’, [paɲcaŋ] ‘pancang’. Cuma, [ɲ] ini tidak memakai lambang [ʲ]. • Pempalatalan dalam bahasa Melayu seperti dalam contoh ini terjadi disebabkan pengaruh konsonan lelangit keras /c/ dan /j/. Maka, segmen bunyi yang berada di posisi sebelum kedud-duanya pun turut mengalami pergerakan ke arah palatal. • Dalam banyak bahasa, gejala pempalatalan bersifat fonetik. Akan tetapi, ada juga yang bersifat fonemik atau membezakan makna seperti dalam bahasa Rusia. • Sebagai contohː [bɐlʲʂoj] [tsarʲ] [katʲə]
PEmVELARAN (VELARISASI) • Proses yang melibatkan belakang lidah, yakni hampir menyamai penyebutan /u/, tetapi tanpa melibatkan pembundaran bibir. • Ketika penghasilannya, belakang lidah diangkat hampir menyentuh lelangit lembut atau velum. • Velarisasi disimbolkan sebagai [ˠ]. • Dalam bahasa Inggeris umpamanya, velarisasi dikenali sebagai ‘dark l’, yang menerima bentuk fonetik sebagai [lˠ]. Cthː [tulˠ] ‘tool’; [goʊlˠ] ‘gold’; [fʊlˠ] ‘full’; [fɔʊlˠt] ‘fault’; [bɔtlˠ] ‘bottle’; [fiːlˠ] ‘feel’. • https://www.youtube.com/watch?v=ZTgYjGXFAkw&ab_channel=SoundsAmericanSounds American • Ada juga velarized unaspirated stopː [bˠ]; unvoiced unaspirated velarized apical dental stop [tˠ̥]; voiced unaspirated velarized apical dental nasal stop [n̥ˠ]; voiced apical alveolar velarized tap [ɾˠ]. Faringalisasi • Melibatkan rongga faring atau anak tekak. Maksudnya, ketika penghasilannya, anak tekak disempitkan. Iaitu, seperti membunyikan huruf ‘ayn. • Dilambangkan sebagai [ˤ]. • Boleh mengikuti konsonan letupan, letusan dan geseran. • Bahasa Arab dan bahasa-bahasa dalam rumpun Semitik sangat jelas memperlihatkan proses faringalisasi. • Sebagai contohː • https://www.youtube.com/watch?v=7SHTiDKHO8U&ab_channel=GlossikaPhonics
SUPRASEGMENTAL Pengenalan • Vokal dan konsonan dapat dikatakan sebagai segmen asas yang membentuk suku kata, perkataan dan juga ayat. • Vokal, konsonan, diftong = Segmental • Suprasegmental adalah ciri luar yang menumpangi segmental seperti tekanan, kepanjangan, jeda, Nada dan intonasi. Tekanan (Stress) • Dalam ujaran setiap segmen diujarkan dengan kualiti yang berbeza. • Sekiranya kualiti ujaran mendatar sahaja- tiada dinamik bunyi macam ujaran robot • Dari segi istilah ✓ Tekanan merupakan ciri fonologi yang dikesan melalui suku kata yang lebih menonjol daripada suku kata yang lain (Matthews, 2007). ✓ Davenport dan Hannahs (2005), dalam urutan suku kata, terdapat satu suku kata yang lebih lantang akan melibatkan usaha yang lebih ketika bunyi dihasilkan, iaitu bunyi lebih kuat, panjang dan menunjukkan variasi kelangsingan berbanding suku kata yang lain. • Dalam bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan makna. Jadi analisis aspek ini telah dikesampingkan oleh pengkaji bahasa, tiada kepentingan. • Perbezaan suku kata yang menandakan tekanan dikenali sebagai suku kata kuat manakala suku kata lemah pula adalah untuk suku kata tanpa tekanan (Davenport & Hannahs, 2005). • Terdapat bentuk tekanan yang dikenal pasti berdasarkan kedudukan tekanan di dalam suku kata iaitu tekanan praakhir (penultimate stress), tekanan ketiga akhir (antepenultimate stress), tekanan keempat akhir (preantepenultimate stress) dan tekanan akhir (final or ultimate stress) (Davenport & Hannahs, 2005). • Jenis tekanan berkenaan dikira dari sudut kanan perkataan. Contohnya, tekanan utama untuk perkataan [ar.ma.di.llo] adalah tekanan praakhir, tekanan ketiga akhir adalah seperti perkataan [e.le.phant] dan tekanan akhir pula seperti perkataan [ba.boon]. Suku kata yang ditebalkan merupakan suku kata yang mengandungi tekanan. • Contoh yang digunakan adalah dipetik daripada Davenport & Hannahs (2005) Kepanjangan • Kepanjangan bunyi adalah tempoh masa yang diambil untuk menghasilkan sesuatu bunyi (kamus linguistik, 1997) • Kepanjangan penting dalam sesuatu bahasa untuk membezakan makna. Seperti bahasa Inggeris dan bahasa Arab. • Lambang bagi ciri kepanjangan ialah [ . ] yang dinamakan mora. 1. Satu titik [ . ] kepanjangan bunyinya setengah mora. 2. Dua titik [ : ] kepanjangan bunyinya satu mora. 3. Empat titik [ :: ] kepanjangannya ialah dua mora.
Contoh Bahasa Inggeris sit [sit] bermakna duduk [si:t] bermakna tempat duduk. Bahasa Arab – hukum tajwid @ hukum mad Jeda • Hentian pendek dalam pertuturan (kamus linguistik 1997) • Ciri atau unsur hentian( senyap ) dalam ujaran sebagai tanda memisahkan unsur linguistik, iaitu perkataan, ayat atau rangkai kata. • Cth: ✓ Menurut kata doktor/ Izzu Hakim /sudah tidak waras. ✓ Menurut kata doktor Izzu / Hakim sudah tidak waras Nada (Tones) • Aras kelangsingan distingtif sesuatu suku kata (Kamus Linguistik, 1997). • Nada dalam pengucapan seseorang boleh kita ketahui melalui tinggi atau rendahnya suara yang dilontarkan oleh penutur kepada pendengarnya. • Tinggi rendahnya suara yang diucapkan oleh seseorang itu adalah disebabkan frekuensi getaran yang berbeza antara segmen dengan segmen yang lain. • Bila seseorang berada dalam kesedihan misalnya, ia akan berbicara dengan nada yang rendah. • Sebaliknya bila berada dalam keadaan gembira atau marah, nada tinggilah yang biasanya digunakan. • Nada yang mendayu-dayu pula biasanya digunakan dalam situasi memujuk atau apabila seseorang itu memerlukan simpati. Intonasi • Pola turun naik kelangsingan atau melodi dalam ujaran (kamus linguistik, 1997) • Dalam pertuturan, nada suara sentiasa berubah-ubah. • Apabila nada suara menaik, wujudlah intonasi menaik. • Apabila nada suara menurun, wujudlah intonasi menurun. • Apabila nada suara berada pada sesuatu kelangsingan agak lama, wujudlah intonasi mendatar. • Penandaan nada tinggi dan rendah dengan memberikan label H (High) dan L (Low). Sempadan nada pula ditandakan dengan lambang peratus (%) bagi menandakan kawasan sempadan kumpulan nada. • Cth:
FONEMIK KONSEP • Kajian tentang fonem. • Ada yang menggelarkannya sebagai ‘analisis fonemik’. Iaitu, satu kaedah (method) untuk menentukan status sesuatu fonem. • Fonem: bunyi terkecil yang membezakan makna. Dalam fonem terdapat fon dan alofon. • Fon (phone): dalam fonetik = unit terkecil yang boleh diukur secara berasingan; fonologi segmental = realisasi fizikal fonem atau bunyi. • Alofon (allophone): variasi kepada fon, atau fonem. Analisis Fonem 1. Pasangan minimal (minimal pair): • kaedah analisis yang digunakan dalam fonologi bagi menentukan (determine) status sesuatu bunyi. • Dua perkataan berlainan makna tetapi hanya melibatkan satu perbezaan bunyi dianggap sebagai pasangan minimal. • Maka, bunyi yang berbeza tersebut ialah fonem. pin vs bin cat vs hat malam vs dalam teluk vs seluk Tetapi, posisi minimal pair tidak semestinya di awal kata. perang vs perang onset nukleas koda cot vs cut soɣoʔ ’sorok’ vs sɔɣɐʔ ’sorak’ Ada juga pasangan minimal yang kompleks. Contohnya, dalam bahasa Kiput di Sarawak, perbezaan /f/ dan /s/ ditunjukkan oleh perkataan berikut: [kafie] ’periuk’ vs [tesieʔ] ’jerat sembat. Selain pasangan minimal, fonem juga boleh ditentukan menggunakan kaedah distribusi atau penyebaran segmen bunyi dalam perkataan. Perhatikan distribusi bunyi p dalam dialekdialek Melayu di bawah:
Dialek Pahang • Dalam kedua-dua dialek Melayu ini, p boleh hadir di awal dan tengah kata. Di akhir kata, p direalisasikan sebagai ʔ. • Soalnya, kenapa demikian? • Ini memerlukan sedikit analisis fonologi, iaitu dengan menambahkan imbuhan akhiran kepada perkataan tersebut. • Sebagai contoh, kata kuteʔ dan tiyoʔ, kalau ditambah imbuhan akhiran -an, akan menjadi kutepɛ ‘kutipan’ dan tiyopɛ ‘tiupan’. • Dialek Kelantan ada kata kːɛcɛʔ ‘bercakap’. Apabila ditambah –an, menjadilah kːɛcɛpɛ. Konsonan p muncul semula. • Ingat, dialek Melayu jarang-jarang ada imbuhan. Tetapi, hal ini kita tidak akan bincangkan di sini. Tunggu topik analisis fonologi dan kursus Geolinguistik. • Maka, penentuan status fonem menggunakan kaedah distribusi ialah apabila sesuatu bunyi itu boleh hadir dalam dua posisi atau lebih. • Bunyi berkenaan juga harus bersifat rekurensi, iaitu wujud dalam posisi yang serupa dalam banyak perkataan, bukan hanya dalam satu atau dua perkataan. PEMAPARAN • Fonem yang telah ditentukan perlu dipaparkan menggunakan kurungan sisi, iaitu / /. • Realisasi atau alofon pula dipaparkan menggunakan kurung siku, iaiti [ ]. • Contohnya: /tiup/ > [tiyoʔ] /sayap/ > [sayaʔ] • Ini ialah contoh kalau membandingkan dengan bahasa standard. • Kalau contoh fonem dan realisasinya dalam dialek, ialah: /p/ > [p-], [-p-], [-ʔ] /t/ > [t-], [-t-], [-ʔ] /k/ > [k-], [-k-], [-ʔ] • Maksud lambang [ - ] ialah posisi. Maka, [p-] = awal kata; [-p-] = tengah kata atau antara vokal; [-ʔ] = akhir kata. PEMETAAN • Setiap fonem yang sudah ditentukan statusnya perlu dipetakan. Yakni, dimasukkan ke dalam jadual fonem. Pemetaan ini disebut sebagai inventori fonem. • Inventori fonem bermaksud penyenaraian fonem mengikut kelas-kelas tertentu berdasarkan penghasilannya. • Inventori boleh bersifat fonemik dan fonetik.
• Inventori fonemik ialah penyenaraian hanya bunyi-bunyi yang bertaraf fonem. Sebagai contoh, inventori konsonan dialek Pahang yang memiliki 16 konsonan: /p, b, k, g, t, d, m, n, ɲ, ŋ, c, j, l, s, ɣ, h/. • Inventori fonetik pula ialah penyenaraian bunyi-bunyi berdasarkan penyebaran dalam kata. Inventori fonetik pula menunjukkan dialek Pahang ada 17 konsonan: /p, b, t, k, g, ʔ, t, d, m, n, ɲ, ŋ, c, j, l, s, ɣ, h/. • Perbezaan inventori ini terletak pada segmen [ʔ]. • Inventori fonemik menegaskan bahawa [ʔ] adalah alofon kepada konsonan /p, t, k/ di posisi akhir kata. Contohnya: [patɐh] – [təpo ŋ ] – [ataʔ]; [təlɛ] – [lətɐʔ] – [kəɣæʔ]; [kayu] – [ɣakeʔ] – [katɐʔ]. • Inventori fonetik menganggap fonem [ʔ] perlu dimasukkan ke dalam inventori kerana distribusinya muncul di akhir kata walaupun hanya bertaraf alofon. • Semua konsonan yang dipetakan dimasukkan ke dalam jadual inventori konsonan dengan melabelkannya mengikut penghasilan, iaitu melibatkan titik artikulasi (place of articulation) dan cara artikulasi (manner of articulation). • Begitu juga dengan vokal. • Pelabelan fonem: matriks konsonan dan carta vokal kardinal (Dixon, 2009). Matriks Konsonan • Matriks konsonan mengandungi dua jenis maklumat yang mencirikan sesebuah fonem konsonan yang wajib ada ketika pernyataan mengenainya dibuat, iaitu tempat artikulasi dan cara artikulasi. • Tempat artikulasi • Dua jenis alat artikulasi, iaitu artikulator pasif dan artikulator aktif, berkontak atau bertembung bagi menghasilkan bunyi-bunyi yang sesuai dengan sekatan terhadap udara yang dikenakan. • Tempat Artikulasi a. Artikulator pasif ialah: bibir atas > labial gigi atas > dental gigi-gusi > alveolar lelangit keras > palatal lelangit lembut > velar uvula > uvular b. Artikulator aktif ialah: bibir bawah (labio-) dengan bibir atas > bilabial dengan gigi atas > labio-dental hujung lidah (apico-) dengan gigi atas > apico-dental
dengan gigi-gusi > apico-alveolar dengan lelangit keras > apico-palatal tengah lidah (lamino-) dengan gigi atas (dan bawah) > lamino-dental dengan gigi-gusi > lamino-alveolar dengan lelangit keras > lamino-palatal belakang lidah (dorso-) dengan lelangit keras > dorso-palatal dengan velum > dorso-velar dengan uvula > dorso-uvular b. Cara Artikulasi • Cara artikulasi merujuk frekuensi udara yang dilepaskan melalui sekatan di tempat artikulasi. Cara artikulasi yang paling asas ialah: Ingat, kita tidak semestinya menggunakan istilah yang dicdangkan di sini. Boleh sahaja kita menggunakan istilah seperti bilabial, alveolar, palatal dll. Carta Vokal Kardinal • Maklumat yang dibekalkan oleh carta vokal kardinal ditentukan berdasarkan tiga parameter, iaitu: 1. Ketinggian lidah – setakat mana ketinggian lidah diangkat ke arah lelangit. Label yang digunakan ialah terbuka/tertutup atau tinggi/rendah. 2. Keadaan bahagian lidah yang mendatar ketika diangkat. Perbezaan vokal dibuat menerusi label depan atau belakang. 3. Keadaan bibir sama ada bundar atau tidak bundar.
TOPIK 6- TRANSKRIPSI Definisi Transkripsi • The systematic representation of spoken language to written forms. • Sistem yang tidak taksa dalam menghasilkan ujaran ke dalam bentuk tulisan dan membantu membentuk tulisan sesuatu bahasa (Jones). • Often in the sense of representation. E. g. a phonemic transcription is a representation of a form as a sequence of phonemes (Mattews, 2007). • “transkripsi – satu representasi sistematik ujaran bahasa ke dalam bentuk teks untuk memaparkan secara tepat bunyi atau ciri bunyi yang terdapat dalam ujaran” Kepentingan Transkripsi • Bahasa bersifat rencam • Ejaan sama tapi sebutan berbeza, Cth: Cough, tough, dough ▪ [kɒf] [tʌf] [dəʊ] • Ejaan berbeza tapi sebutan sama, Cth: whey, neigh, gay • Ciri suprasegmental yang gagal diterjemahkan dlm sistem tulisan biasa. Terutama ciri suprasegmental itu bersifat pembeza. • Perlukan transkripsi supaya perbezaan tersebut boleh dijelaskan secara sistematik. • Menjadi panduan dalam penyebutan segmen bahasa dengan tepat. • Membantu orang asing menyebut dan menguasai bahasa yang dipelajari. • Penggunaan simbol fonetik mampu menjadi panduan penghasilan sistem tulisan yang tepat dan sejagat. • Khabar – kaba, kabo Lambang Fonetik Antarabangsa • 1888-1897: Guru bahasa Perancis dan Inggeris diketuai Paul Passy membentuk International Phonetic Alphabet (IPA). • Kali terakhir simbol IPA dibuat pindaan pada 2020 • https://en.wikipedia.org/wiki/International_Phonetic_Alphabet#/media/File:IPA_chart_2 020.svg • Jefferson Transcription System • https://www.universitytranscriptions.co.uk/jefferson-transcription-system-a-guide-tothe-symbols/ Transkripsi Fonetik • Turut dikenali sebagai transkripsi sempit. • Menggunakan simbol khusus bagi setiap segmen dan ciri bunyi. • Boleh digunakan dalam semua bahasa – simbolnya bersifat sejagat. • Lambang-lambang diakritik turut digunakan. • Menggunakan lambang [ ]. • Contoh: ▪ pot [ˈpʰɑ ʔ t ] ▪ ialah [i alah]
Transkripsi Fonemik • Turut dikenali sebagai transkripsi luas. • Bertujuan menghasilkan transkripsi yang tidak taksa. • Menggunakan lambang dan tanda diakritik yang sedikit. • Menggunakan lambang / /. • Contoh: • pot /'pɑt/ • makan /makan/ • [ma .kan] – menasalkan vokal yang mengikuti konsonan nasal (progressif nasal). (regresif nasal – diikuti konsonan nasal). • // -representasi dalaman • [] – representasi fonetik Transkripsi Digital • Bahasa Inggeris sudah ada laman sesawang https://tophonetics.com/ yang membantu proses transkripsi. • Bahasa Melayu setakat ini belum ada. Di buat secara manual dengan mendengar data ujaran dan memindahkannya ke bentuk teks. • Dengan cara menulis atau menggunakan bantuan komputer. • Boleh gunakan keymant atau perisian font Sildoulos IPA . • https://keyman.com/ • https://software.sil.org/doulos/download/ • aɪ æm əˈloʊn. American • aɪ æm əˈləʊn. british Perbezaan Transk. Fonetik dan Fonemik i. Transkripsi fonemik kurang menggunakan lambang dan tanda diakritik. Tujuannya adalah untuk menghasilkan persembahan yang tidak taksa dalam bentuk penyebutan. Tanda / / digunakan dalam transkripsi fonemik. ii. Transkripsi fonetik pula menggunakan lambang yang lebih khusus. Ia juga sesuai digunakan dalam semua bahasa. Lambang-lambang dan tanda diakritik digunakan dengan menggunakan kurungan [ ]. iii. Dalam transkripsi fonetik, mesti terdapat alat artikulasi tambahan, manakala transkripsi fonemik tiada alat artikulasi tambahan. iv. Transkripsi fonetik boleh digunakan dalam apa jua bahasa dan boleh digunakan bagi siri bunyi ujaran yang sengaja dibentuk bagi latihan pendengaran fonetik manakala transkripsi fonemik boleh digunakan sebagai asas bagi semua bahasa. v. Perbezaan di antara sistem abjad (penulisan) dengan penghasilan sebenar bunyi. Ini disebabkan ciri-ciri bunyi seperti tekanan yang membawa pengertian yang berbeza. Rumusan • Transkripsi amat penting dalam kajian fonetik dan fonologi. • Dapat memberikan penjelasan secara sistematik, terperinci dan tepat dari perspektif ujaran
Bab 7- Teori fonologi • konsep 1. Teori • Seperangkat set prinsip atau pernyataan (statement) formal yang digunakan untuk menjelaskan sesuatu fenomena bahasa yang dikaji. • Hasil abstraksi daripada fakta empiris (empirical fact). • Mengandungi aturcara penyelidikan (research programme) dan metodologi. • Memenuhi tiga tahap kepadaan (levels of adequady): i. Kepadaan pemerhatian (observational adequacy) ii. Kepadaan pemerian (descriptive adequacy) iii. Kepadaan penjelasan (explanatory adequacy) 2. Struktural • etimologi: structure => structural • Andaian: Bahasa dilihat sebagai "...a kind of structure (or system) consisting of its interlinked sub-structures (sub-systems).” • Maksud: bunyi, perkataan dan ayat membentuk satu kesatuan utuh. • Penjelasan mengenai fenomena morfologi misalnya perlu mengambil kira aspek fonologi dan sintaksis; dan sebaliknya. • Dalam kata lain, walaupun fenomena bahasa tertentu adalah mandiri, tetapi tetap terkait dengan unsur-unsur lain dalam struktur bahasa. • Ferdinand de saussure: langage, langue dan parole • Langage (language/bahasa) > langue (bahasa yang dikongsikan bersama oleh language community); parole (bahasa pada tahap individu). • Matlamat teori fonologi (atau teori bahasa) ialah menyerlahkan sistem/struktur pada tahap langue. • Generatif • Kritikan terhadap struktural: i. hanya memenuhi dua tahap kepadaan, iaitu kepadaan pemerhatian dan kepadaan pemerian. ii. Bersifat procedural. iii. Bahasa tidak sekadar stimulus dan respon. iv. Matlamat teori bukan bertujuan menyerlahkan representasi luaran. Premis: i. Matlamat teori linguistik adalah untuk memahami bagaimana akal manusia berkerja ketika penghasilan bahasa. ii. Jadi, tujahan teori linguistik adalah memerikan sistem/struktur bahasa dalam akal. iii. Sistem/struktur ini dapat difahami menerusi reprentasi luaran. iv. Maka, bahasa manusia bersifat penduaan (duality), iaitu representasi dalaman dan representasi luaran. v. Disebabkan teori linguistik berfokus pada reprentasi dalaman, maka esensi bahasa manusia adalah bersifat akali atau mentalis atau sedia ada, bukan stimulus dan respon.
Fonologi struktural Pengenalan • Historical background: Ferdinand de Saussure => Cours de linguistique generale meletakkan asas kepada structural linguistics. • Khususnya di Eropah: i) Geneva school (Albert Sachehaye & Charles Bally); ii) Prague linguistic circle; iii) the Copenhagen school (Louis Hjemslev); iv) the Paris School (Andre Martinet); etc. • Di Amerika Syarikat: struktural linguistik ala Saussurean dikembangkan dengan idea psikologi behaviorisme (B. F. Skinner). American strukturalism • Idea yang dominan sebelum Chomskyan revolution pada tahun 1957. • Period aktif: 1920-an hingga 1950-an. • Berasaskan kerja-kerja linguistik oleh Franz Boas; dikembangkan dengan lebih metodologis oleh Leonard Bloomfield, Edward Sapir dan Charles Hockett. • Lebih dikenali sebagai “Bloomfieldan Linguistics” disebabkan oleh pengaruh idea Leonard Bloomfield. Bloomfieldan Linguistics • Menerapkan behavioristic approach. Maka, kesampingkan idea bahasa yang dikaitkan dengan mental categories. • Contoh: idea Bloomfield tentang semantik atau makna yang hanya melibatkan hubungan antara stimulus dan verbal respons. • Implikasinya, kajian makna hanya sekadar sinonim vs antonim etc. • Lebih ekstrem: semantik diabaikan langsung dalam linguistik. • Lebih mementingkan aspek sinkronik, tetapi kemudiannya dikembangkan bagi menyelesaikan masalah diakronik. • Kecenderungan untuk “…formulate a set of discovery procedures.” fonologi • Fonologi struktural berlegar dalam penetapan prosedur bagi menentukan segmentasi dan pengelasan fonem. • Isu: adakah dua bunyi ujaran dalam perkataan berstatus serupa atau tidak? • Penjelasan kepada isu ini berhubung kait dengan aspek fonemik, yakni kaedah menentukan status sesebuah bunyi, sama ada menggunakan pasangan minimal mahupun distribusi/penyebaran. • Tetapi, status keserupaan dua bunyi ujaran lebih kompleks, kerana turut melibatkan phonetic identity dan phonological (phonemic) identity. • Bagaimanakah menentukan kedua-duanya?
Phonetic identity: • Setiap bunyi “…more or less similar, rather than absolutely the same or absolutely different.” • Unit analisis dipanggil sebagai “phones” atau fon. • Diwakili oleh simbol [ ]. Maka, [p] merujuk kepada bunyi p; [pileh] mewakili lima bunyi, iaitu p, i, l, e dan h. • Memanfaatkan transkripsi fonetik: luas dan sempit. Phonological identity: • Keserupaan bunyi dari segi linguistik. • Unit analisis => fonem, yang dilambangkan dengan / /. • Identiti fonologi adalah mutlak (absolute). • Contoh: /pagi/ vs /bagi/. /p/ dan /b/ berbeza secara fonemik di awal. • Apabila diujarkan, /p/ dan /b/ juga berbeza dari beberapa segi elemen fonetik: [±suara]. Ada bahasa yang menunjukkan /p/ sebagai beraspirasi. • Perbezaan yang wujud ini menyukarkan pendengar untuk mempersepsikan adakah /pagi/ atau /bagi/ yang diujarkan. Tetapi, mesti salah satunya yang disebut. • Inilah yang dimaksudkan fonem sebagai berbeza antara satu sama lain. • Penentuan realisasi fonem: adakah dua fon direalisasikan oleh fonem tertentu? • Keserupaan fonetik (phonetic similarity) => dua fon tidak mewakili sesebuah fonem melainkan kedua-duanya memiliki keserupaan yang memadai. • Keserupaan yang memadai (sufficiently similar) => setiap fonem memiliki sejumlah variasi yang merealisasikannya. • Soalan kritis: adakah dua fon yang direalisasikan dalam konteks yang berbeza boleh dianggap bersumberkan fonem tertentu? • Contoh: [kakaʔ] => /k/ = /ʔ/ atau /k/ ≠ /ʔ/. • Dalam contoh ini, adakah /k/ dan /ʔ/ merupakan realisasi /p/, atau kedua-dua adalah fonem yang berbeza? • Soalan lanjutan: adakah dua fon dalam pasangan perkataan memiliki kontras yang minimal? • Contoh: /palaŋ/ vs /balaŋ/; /tumpaŋ/ vs /tumbaŋ/; /tiup/ vs /tiub/. • Kewujudan kontras seperti ini, yang membezakan makna, bermaksud /p/ dan /b/ merupakan dua fonem, walaupun turut memiliki keserupaan beberapa ciri fonetik. • Fon yang tidak memperlihatkan kontras, bermaksud free variation. • Contoh: /miːtɐʔ/ ‘minta’, [timbo] ‘timbul’, [ayaŋ] ‘ayam’. • /m-/, /-m-/, /-ŋ/ => /-ŋ/ dianggap sebagai variasi bebas kepada /m/. • Variasi bebas dalam lingkungan atau konteks yang sama: [nasi] vs [nasiʔ] ‘nasi’. • Variasi bebas = alofon
Prinsip bi-uniqueness • The phonemic specification of a word or utterance was held to determine uniquely its phonetic realization (except for free variation), and, conversely, the phonetic description of a word or utterance was held to determine uniquely its phonemic analysis. • The principle of bi-uniqueness was also held to imply that, if a given phone was assigned to a particular phoneme in one position of occurrence, then it must be assigned to the same phoneme in all its other positions of occurrence; it could not be the allophone of one phoneme in one context and of another phoneme in other contexts. • "each sequence of phones is represented by a unique sequence of phonemes, and ... each sequence of phonemes represents a unique sequence of phones." • Contoh: ➢ /k/ => [k-], [-k-], [-ʔ] ➢ /n/ => [n-], [-n-], [-ŋ] ➢ /ɣ/ => [r], [ɣ], [ʁ] - [r] = [r-], [-r-], [-r] - [ɣ] = [ɣ-], [-ɣ-], [Ø] - [ʁ] = [ʁ-], [-ʁ-], [ʕ] kesimpulan • Fonologi struktural bermatlamat untuk menetapkan status fonem, fon dan alofon. • Secara metodologis, penetapan ini direka bentuk secara prosedur, iaitu dengan menuruti langkah-langkah tertentu. • Oleh sebab itulah fonologi struktural digelar sebagai ‘taksonomi’, yang hanya berakhir pada pengelasan bunyi bahasa. • Kritik: Chomsky menyatakan kaedah ‘taksonomi’ belum mencapai taraf penjelasan, sebaliknya hanya bertaraf pemerian.
Bab 8 - TEORI FONOLOGI GENERATIF Pengenalan • Teori Fonologi Generatif merupakan salah satu cabang Teori Transformasi Generatif (TG) yang mengkhusus dalam menghuraikan sistem fonologi sesuatu bahasa. • TG diasaskan oleh Noam Chomsky (1957) melalui bukunya berjudul Syntactic Structure. • Syntactic Structure (1957)- rumus struktur frasa, rumus transformasi, rumus morfofonemik • Aspect Theory of Syntax (1965) – memperincikan bahagian sintaksis, semantik dan fonologi. Konsep Tatabahasa TG • Manusia dapat menghasilkan ayat yang tidak terbatas • Bersandar pada Hipotesis “The Innateness Hypothesis” – otak manusia telah dipersiapkan secara genetik keupayaan untuk berbahasa. • Manusia vs Haiwan – berbeza. • Otak manusia – dilengkapkan dengan struktur bahasa sejagat – Language Acquisition Device (LAD). • Tatabahasa Sejagat @ Universal Grammar. Competence & Performance • Dua konsep kemampuan berbahasa dalam TG • Competence – keupayaan atau kemampuan seseorang berbahasa. • Performance – lakuan berbahasa – ayat dapat dihasilkan dan difahami dalam konteks yang pelbagai, tidak terhad. (Aspek bahasa kreatif & Inovatif) • Seseorang penutur dapat memahami ayat yang tidak pernah didengari dalam tuturan masyarakat bahasanya • Contoh: Perbualan individu normal dengan individu sengau / Perbualan penutur dialek berbeza (Orang Johor vs Orang Kelantan) DeEP & SURFACE structure • Secara mudah deep structure/ struktur dalaman – apa yang hendak kita sampaikan, Surface structure – bagaimana kita menyampaikannya yang menepati bentuk fonetik dan bentuk logik@ semantik. • Pernah tak rasa ketika anda bertutur, ayat yang anda ujarkan tidak menepati apa yang hendak diperkatakan? • Struktur dalaman boleh diwakili pelbagai struktur permukaan. • Struktur permukaan boleh mewakili pelbagai struktur dalaman. • Rumus transformasi menjelaskan perubahan yang berlaku antara struktur dalaman dan struktur permukaan.
Komponen TG • Rumus Struktur Frasa • Komponen transformasi • Komponen Morfofonemik • Komponen Sintaksis • Komponen Semantik/Logik • Komponen Fonologi Komponen fonologi • Terdiri seperangkat rumus yang menjelaskan sebutan sebenar perkataan demi perkataan dalam ayat yang terdapat dalam komponen sintaksis. • Memformulasikan kecekapan fonologi instrinsik penutur. • Melalui satu set senarai dan rumus transformasi fonologi. • Semua perkataan disenaraikan dalam leksikon, perubahan bunyi yang boleh diramal ditangani melalui rumus-rumus fonologi. • Bentuk dasar – representasi dalaman • Bentuk permukaan – representasi fonetik.
ContoH • /ikan/ → [ik ] • /ikan/ menjalani rumus peninggian vokal [ik n] • /ik n/ menjalani rumus nasalisasi vokal regresif [ik n] • /ik n/ menjalani rumus pengguguran nasal [ik ] • Bentuk permukaan [ik ] Versi Teori Fonologi Generatif • Teori Fonologi Generatif Linear (Chomsky & Halle, 1968) • Teori Fonologi Generatif Non-linear / Autosegmental (Goldsmith, 1976) • Teori Optimaliti (Prince & Smolensky, 1991) • Teori Harmonik Serialisme (Mc Carthy, 2010) • Tumpuan kelas ini pada teori Autosegmental. TEORI FONOLOGI GENERATIF LINEAR Pengenalan • Noam chomsky & morris halle (1968), sound patten of english • Setiap bahasa mengandungi proses yang membenarkan sesuatu ayat dapat dimasukkan ke dalam ayat yang lain, dan proses berkenaan dapat menjana ayat yang lebih kompleks dan abitrari (Chomsky&Halle, 1968 p.6). Komponen fonologi • Komponen fonologi – sistem rumus – berkaitan struktur dalaman kepada representasi fonetik. (Chomsky&Halle, 1968 p14) • Rumus dalam komponen fonologi – tukar bentuk dasar (dalaman) ke bentuk permukaan dalam representasi fonetik (Zaharani, 1993). • Cth: • A → B / X ___ Y]k • Elemen jenis A menjadi elemen yang bersamaan dengan elemen jenis B apabila A hadir dalam konteks X__Y (di antara X dan Y) dan apabila perkara yang dimaksudkan adalah daripada kelas kata kerja ]k. • Samb… • Komponen fonologi ada 2 tingkat o Representasi dalaman – mengandungi semua maklumat idiosinkratik tentang penyebutan sesuatu morfem dalam ujaran o Representasi permukaan – mengandungi maklumat idiosinkratik serta maklumat yang boleh diramalkan (bersifat nalar (regular) dan sistematik) • Rumus fonologi bukan sahaja dinyatakan dalam bentuk segmen, tetapi diformulasikan juga dalam bentuk fitur distingtif. • Fitur distingtif – satu notasi yang dapat menggabungkan sekumpulan segmen yang berada dalam satu kelas alamiah.
Fitur distingtif • Menurut Chomsky dan Halle (1968:293), rumus fonologi sesebuah bahasa berinteraksi dengan kekangan fonetik sejagat (universal phonetic constraints) untuk mendapatkan semua fakta tatabahasa mengenai artikulasi dan persepsi. • Hal ini bermaksud maklumat fonetik, segmen dan sempadan (leksikal dan sintaksis) dijadikan sebagai elemen minimal bagi menentukan sesuatu rumus fonologi. • Berdasarkan SPE, fitur distingtif dibahagikan kepada beberapa kelas, antaranya fitur kelas utama, fitur rongga, fitur cara artikulasi, fitur sumber dan fitur prosodi. Semua fitur dilambangkan secara binari yakni menggunakan simbol plus (+) dan minus (-). Kelas Alamiah • Konsep kelas alamiah dijelaskan dalam SPE sebagai seperangkat fitur yang dapat menjelaskan kelas alamiah sesuatu kumpulan segmen dengan jumlah fitur yang sedikit (chomsky & halle, 1968). • Dalam penjelasan rumus formal, kelas alamiah memudahkan pemerian segmen yang terlibat dalam perubahan fonologi. • Misalnya sekiranya perubahan segmen melibatkan keseluruhan segmen nasal, fitur yang dapat mewakili kelas alamiah adalah [+nasal], manakala fitur [+silabik] menjelaskan seluruh vokal. • Begitu juga halnya yang berlaku dalam dialek kelantan yang mengglotiskan plosif di akhir kata. Fitur yang dapat mewakili kelas alamiah plosif dialek kelantan adalah fitur [-sonoran, - kontinuan] (zaharani, 1993). Unit sempadan • Unit sempadan memainkan peranan yang penting dalam rumus-rumus fonologi. • Hal ini kerana penggunaan lingkungan segmen sahaja tidak dapat menjelaskan perubahan fonologi dengan tepat, yakni, terdapat rumus yang beroperasi dalam perkataan yang boleh dijelaskan dengan lingkungan segmen dan ada rumus yang terlaksana di peringkat yang lebih kompleks (chomsky & halle, 1968:13). • Tambahan lagi, fitur sempadan ditegaskan dalam SPE sebagai unit yang tidak mempunyai hubungan dengan korelasi fonetik, kecuali, sempadan kata secara fonetik digambarkan dengan kesenyapan atau jeda (chomsky, 1965:364). • Dalam spe, sempadan kata dilambangkan dengan simbol (#), berada di kiri dan kanan perkataan yang lazimnya muncul bersama tanda kurungan seperti /advocacy/ [n#[k#advocate#]k y#]n (chomsky & halle, 1968:370). Di samping itu, terdapat dua sempadan lain yang dijelaskan oleh chomsky dan halle (1968) iaitu sempadan formatif (+) dan sempadan awalan (=). • Bahasa Melayu - empat sempadan - sempadan kata (#), sempadan awalan (+), sempadan awalan (=) dan sempadan akhiran (-) (Zaharani,1993).
Proses fonologi bahasa melayu • Pengglotisan • Asimilasi nasal • Pengguguran obstruent tak bersuara • Pengguguran nasal • Penyisipan farinks • Penyisipan geluncuran • Pengguguran likuida getaran • Perendahan vokal • Penengahan vokal rendah • Nasalisasi vokal Pengglotisan • BMS mempunyai satu proses yang mengubah konsonan plosif velar menjadi bunyi hentian glotis [ ]. • Farid (1980:15) menyatakan bahawa fonem konsonan /k/ dan /g/ berkongsi variasi hentian glotis [ ] yang boleh diramal secara fonetik terutama apabila berada di suku kata akhir perkataan atau diikuti bunyi hentian yang lain. • Variasi yang terhasil diistilahkan sebagai bunyi ALOFON bagi fonem konsonan plosif velar iaitu bunyi yang melengkapi konsonan /k/ dan /g/. Asimilasi Nasal • Konsonan nasal sentiasa berhomorganik dengan konsonan yang mengikuti. • Sebagai asasnya gugusan konsonan nasal-obstruen dalam kata dasar seperti contoh berikut. • Asimilasi nasal homorganik berlaku di lingkungan kata dasar atau gugusan konsonan yang tercipta melalui gabungan awalan berakhiran nasal dan kata dasar berawalan konsonan (Farid, 1980:13). • bunyi nasal berasimilasi dengan konsonan yang mengikutinya. konsonan /k/ dan /g/ berubah menjadi hentian glotis [ ] apabila berada di sempadan kata (#) atau diikuti oleh konsonan (K).
Pengguguran obstruent tak bersuara • Bunyi obstruen merupakan bunyi bahasa yang dihasilkan dengan penyempitan atau penutupan saluran suara supaya berlaku geseran yang kedengaran (kamus linguistik, 1997). • Bunyi obstruen biasanya dikelaskan kepada dua iaitu bersuara dan tidak bersuara. • Deretan nasal obstruen tak bersuara memerlukan rumus Pengguguran Obstruen Tak Bersuara (POTB). • Menurut farid (1980), proses POTB hanya berlaku di sempadan awalan sahaja. Hal berkenaan kerana proses POTB tidak menggugurkan obstruen tak bersuara dalam deretan nasal obstruen tak bersuara yang terdapat dalam kata dasar seperti /pa ʤa / [pa ʤa ], /b ntok/ [b nto ]. BMS turut tidak menggugurkan obstruen tak bersuara dalam deretan nasal obstruen tak bersuara di sempadan akhiran seperti /hitam-kan/ [hitamkan], /pa ʤa - kan/ [pa ʤa kan] (farid, 1980). Konsonan /p, t, k, s/ di awal kata dasar digugurkan apabila menerima imbuhan awalan. Rumus 22 menjelaskan bahawa konsonan obstruen tak bersuara di sempadan imbuhan awalan digugurkan apabila menerima imbuhan yang diakhiri oleh konsonan nasal, seperti imbuhan /m -/ dan /p -/. Pengguguran nasal • Penambahan imbuhan awalan pada kata dasar mencipta deretan Nasal-Sonoran di sempadan awalan.
Pengguguran Getaran • Dalam BMS, konsonan likuida getaran direalisasikan dalam bentuk fonetik apabila hadir di posisi awal kata dasar seperti kata /rasa/ [ras ] dan /rugi/ [rugi] serta berada di lingkungan sempadan morfem (akhiran) yang melibatkan imbuhan akhiran vokal. • Konsonan likuida getaran /r/ BMS digugurkan secara pilihan terutama apabila berada di akhir kata (posisi koda) atau diikuti oleh konsonan. Rumus 24 menjelaskan bahawa konsonan likuida getaran /r/ digugurkan apabila hadir di akhir kata atau diikuti konsonan. • Likuida getaran BMS tidak mengalami pengguguran segmen apabila bertemu dengan vokal di sempadan awalan dan akhiran. • Misalnya, imbuhan awalan yang diakhiri oleh konsonan likuida getaran /r/ seperti /b r/, /p r/, /t r/ menerima kata dasar yang diawali oleh vokal dan kata dasar yang diakhiri oleh likuida getaran /r/ menerima imbuhan akhiran /-an/ dan /-i/. • Bentuk yang terhasil telah mengesahkan kehadiran likuida getaran dalam bentuk dalaman yang muncul semula (recoverability) apabila diikuti oleh vokal.
Penyisipan geluncuran • Terdapat dua jenis bunyi geluncuran iaitu geluncuran bilabial /w/ dan geluncuran alveolar /j/. • Menurut farid (1980), geluncuran /w/ dan /j/ merupakan segmen bukan konsonantal [- konsonantal] kerana saluran suara ketika menghasilkan bunyi geluncuran adalah luas atau tidak ada sekatan. • Geluncuran [j] dalam BMS disisipkan di antara gugusan vokal yang didahului oleh vokal tinggi /i/. manakala, geluncuran [w] disisipkan seandainya vokal tinggi /u/ mendahului gugusan vokal • Contoh 31 telah menghasilkan vokal rangkap yang didahului oleh vokal tinggi /i/ yang memungkinkan geluncuran [j] dapat disisipkan. • Tetapi, situasi yang berbeza pula yang terjadi kerana pengaplikasian proses PGl telah menghasilkan bentuk fonetik yang tidak tepat (ditandai oleh simbol *). • Hal ini kerana proses PGl tidak terlaksana apabila vokal rangkap dipisahkan oleh sempadan awalan (Farid, 1980; Zaharani, 1993). • Justeru itu, pembentukan onset diambil alih oleh proses PGt dan menghasilkan bentuk permukaan yang tepat seperti /di+a kat/ [di a kat], /di+umpan/ [di umpan], /di+olah/ [di olah] dan /di+ikat/ [di ikat]. • Oleh yang demikian, rumus atau proses PGl BMS hanya boleh dikatakan sebagai proses fonologi yang beroperasi di peringkat kata dasar dan di sempadan imbuhan akhiran sahaja Rumus PGL
BAHAGIAN 2 PROSES FONOLOGI SEGMEN VOKAL Perendahan vocal tinggi • Vokal tinggi /i/ dan /u/ BMS direalisasikan dalam bentuk asal di suku kata awal terbuka dan tertutup serta suku kata akhir terbuka (farid, 1980). • Contohnya seperti perkataan /gali/ [gali], /ti gi/ [ti gi], /gula/ [gul ] dan /pilu/ [pilu], yang masing-masing menunjukkan pengekalan bentuk utuh vokal tinggi /i/ dan /u/. • Dalam lingkungan suku kata akhir tertutup, farid (1980) menjelaskan bahawa vokal tinggi BMS berubah menjadi vokal separuh tinggi [e] dan [o]. • Dalam Contoh 33, semua perkataan menunjukkan bahawa vokal tinggi /i/ dan /u/ di lingkungan suku kata akhir tertutup kata dasar mengalami proses perendahan vokal menjadi vokal separuh tinggi [e] dan [o]. • Untuk perkataan /banʤir/ dan /atur/, bentuk permukaan menunjukkan bahawa proses PVT terjadi di suku kata terbuka, seperti [banʤe] dan [ato] (likuida getaran /r/ digugurkan di akhir kata). • Farid (1980) menjelaskan bahawa bentuk fonetik berkenaan adalah hasil interaksi dua proses iaitu proses PVT dan PLG. • Menurut Farid (1980) lagi, rumus PVT diatur mendahului rumus PLG yang menggugurkan likuida getaran /r/, menghasilkan bentuk seperti /banʤir/ [banʤe] dan /atur/ [ato]. • Selain itu, penambahan akhiran memberikan dua implikasi terhadap pelaksanaan proses PVT BMS. • Menurut farid (1980), proses PVT masih terlaksana apabila menerima akhiran /-KVK/ seperti akhiran /-kan/. hal sebaliknya pula apabila kata dasar menerima akhiran /-V/ dan /-VK/, seperti akhiran /-i/ dan /-an/. • Proses PVT tidak terlaksana apabila menerima akhiran vokal atau akhiran tanpa onset.
• Bagi contoh /miliki/ [miliki], /pilihan/ [pilihan], dan /m nutupi/ [m nutupi], vokal tinggi /i/ dan /u/ di suku kata akhir tertutup kata dasar tidak menjalani proses PVT setelah menerima akhiran /-i/ dan /-an/. • Hal berkenaan disebabkan oleh penambahan imbuhan akhiran tanpa onset telah mengubah struktur asal suku kata (konsonan di posisi koda suku kata akhir tertutup menjadi onset kepada akhiran tanpa onset melalui proses penyukuan semula) dan tidak menghasilkan gugusan konsonan di sempadan akhiran Rumus PVT 35 menjelaskan bahawa vokal tinggi /i/ dan /u/ berubah menjadi vokal separuh tinggi [e] dan [o] apabila berada di suku kata akhir tertutup atau apabila diikuti oleh gugusan konsonan di sempadan akhiran. Penengahan Vokal Rendah • Proses fonologi BMS seterusnya adalah proses penengahan vokal rendah (PVR) yang mengubah vokal rendah /a/ di suku kata akhir terbuka menjadi vokal tengah atau schwa [ ]. • Proses PVR boleh dianggap sebagai proses atau rumus yang dominan dalam BMS. Malah, terdapat pengkaji yang menggunakan konsep vokal rendah [a] dan vokal schwa [ ] untuk membezakan dialek-dialek yang ada di malaysia. • Misalnya, asmah (1993) menggunakan konsep kelainan vokal [a] dan kelainan vokal schwa [ ] bagi membezakan antara dialek utara yang mengekalkan vokal [a] dan BMS yang mengucapkan vokal /a/ sebagai vokal schwa [ ] di akhir kata. Dalam BMS, vokal rendah /a/ dapat mengisi lingkungan suku kata awal terbuka, suku kata awal tertutup dan suku kata akhir tertutup (farid, 1980; teoh, 1994).
Berdasarkan contoh 37 di atas, vokal rendah /a/ menjadi vokal schwa [ ] apabila mengisi lingkungan suku kata akhir terbuka. Misalnya dalam perkataan /ba .ga/ [ba .g ] dan /ba.ʧa/ [ba.ʧ ]. Penasalan Vokal • Nasalisasi merupakan proses yang menjadikan vokal atau konsonan sebagai segmen nasal (Matthews, 2007). Terdapat bahasa yang mempunyai proses Nasalisasi Vokal yang menjelaskan perubahan vokal oral menjadi vokal nasal kerana dipengaruhi oleh segmen nasal yang mendahului atau mengikuti vokal, manakala proses Nasalisasi Konsonan pula merujuk segmen nasal mempengaruhi konsonan oral (Crystal, 2008). • Inventori vokal BMS tidak melibatkan vokal sengau atau nasal meskipun kehadiran vokal nasal dapat dikesan dalam BMS. • Hal ini kerana vokal nasal BMS terbit menerusi satu proses yang dinamakan sebagai proses nasalisasi vokal (NV). • Menurut farid (1980), vokal oral menjadi vokal nasal apabila mengikuti segmen nasal.
ISU FONETIK DAN FONOLOGI PENGENALAN • Fonetik dan fonologi mempunyai isu yang tersendiri. • Kedua-dua bidang mengaplikasikan dua cara kajian yang berbeza. • Dapatan kajian memberikan maklumat-maklumat yang berbeza. Fonetik vs Fonologi • Fonetik kajian yang menggunakan kaedah saintifik. • Menggunakan alat-alat khusus untuk mengukur gelombang bunyi, kaedah tertentu dlm meneliti penerimaan dan persepsi. • Hasil kajian ada yang menyokong pendapat ahli fonologi. • Tidak kurang juga yang menyanggah pendapat ahli fonologi. • Kerana, ahli fonologi kebanyakan bergantung dengan penilaian persepsi (menggunakan pancaindera pendengaran) terhadap sesuatu bunyi bahasa. • Misalnya ciri tekanan dalam bahasa Melayu, ahli fonologi menyatakan ada tekanan perkataan, tetapi penilaian fonetik tidak berlaku sebegitu. • Hentian glotis juga ada sedikit percanggahan yakni ahli fonetik menyatakan hentian glotis yang di deskripsi ahli fonologi hanyalah bunyi serak. • Nasalisasi juga bermasalah kerana kajian fonetik menunjukkan dalam sesuatu keadaan nasalisasi itu tidak berlaku. • Namun, percanggahan ini amat baik sebagai percambahan ilmu bagi memperkukuhkan sesuatu bidang ilmu Isu terhadap teori fonologi • Teori turut menjadi perdebatan yang hangat. • Setiap teori ada fundamental tersendiri. • Struktural vs Generatif. • Perdebatan mempersoalkan dan membenarkan teori pegangan masing-masing. • Struktural – melihat produk bahasa (empirik) • Generatif – melihat proses mental (mentalis) • Tatabahasa sejagat (Universal Grammar) • Ada kajian yang menyokong tatabahasa sejagat. • Ada kajian yang menolaknya dengan mengemukakan dapatan bahasa yang berbeza. Kepadaan penjelasan • Deskripsi bahasa bukan setakat membuat pengelasan fonem, alofon dan ciri pembeza. • Perlu juga menjelaskan proses di sebalik fenomena bahasa tersebut. • Hal ini bagi mencapai kepadaan penjelasan yang memberikan hujah secara holistik kepada sesuatu bunyi bahasa. • Misalnya vokal ada 5 (i, e, a, o, u, ) • Analisis distribusi akan mengenal pasti kehadiran vokal dalam suku kata. • Jika tidak diteliti sebaiknya, dapatan kajian akan memperoleh pemerian vokal yang berbeza. • Ada kajian fonologi yang menyenaraikan vokal sengau sebagai fonem bahasa Melayu. • Penelitian lanjut mendapati sebaliknya – tidak mendukung maksud lain dan melalui proses penyengauan progresif dan regresif.