The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alyaajaemin, 2022-09-15 22:25:00

T2 BM 3 ALYAA ATHEERA BINTI AZAM

SPBM E PORTFOLIO

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
21030 KUALA NERUS TERENGGANU

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)
AMBILAN JUN 2022

SEMESTER 1 TAHUN 1

TUGASAN 2 – E-PORTFOLIO

NAMA PELAJAR : ALYAA ATHEERA BINTI AZAM

ANGKA GILIRAN : 2022092310053

NO KAD PENGENALAN : 040628-10-0426

KUMPULAN/UNIT : BM 3

KOD DAN NAMA KURSUS : BMM1074 SEJARAH PERKEMBANGAN

BAHASA MELAYU

NAMA PENSYARAH : DR.MOHD FADZIL BIN BAHARUDIN

TARIKH HANTAR : 17 SEPTEMBER 2022

NO. TEL : 011 13059713

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah
saya rujuki dan fahami.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka Surat
i Penghargaan 1
ii Pengenalan 2
1.0 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu 2
3
1.1 Perancangan Ejaan Rumi di Tanah Melayu 3
1.2 Kamus Jawi-Melayu-Inggeris(1903) 4
1.3 Sistem Ejaan Rumi Za’Ba 4
1.4 Sistem Ejaan Fajar Asia 4-6
1.5 Ejaan Malindo 6
1.6 Majlis Bahasa-Indonesia 7-9
2.0 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Menyeragamkan Sistem Ejaan
Rumi 9-10
3.0 Cabaran Sistem Ejaan Rumi Masa Kini 11
4.0 Penutup 12
5.0 Rujukan

PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan

penulisan esei dengan jayanya.Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail kerana memberi kemudahan
seperti rangkaian internet dan perpustakaan bagi memudahkan kami mendapatkan bahan
rujukan berkaitan dengan tajuk tugasan.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Mohd Fadzil bin Baharudin yang telah
banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna dari awal lagi sejak tugasan ini
diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini.Selain itu juga,saya
mengucapkan terima kasih kepada Dr.Mohd Fadzil bin Baharudin kerana memberi
kepercayaan kepada saya dalam menjalankan tugas ini dengan jayanya.

Tidak lupa juga kepada kedua-dua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan
dorongan.Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat saya menghasilkan
tugasan ini dengan sempurna.
Akhir sekali,saya berharap saya dapat mempelajari banyak ilmu pengetahuan daripada
penulisan esei ini.

1

PENGENALAN
Istilah Rumi berasal daripada perkataan Bahasa Arab iaitu Rumiyah yang membawa
maksud empayar Rom. Abjad Rumi dan Latin merupakan perkara yang sama. Di samping
itu,abjad Rumi mempunyai 26 huruf.Serdapat sejarah dan fakta menarik mengenai tulisan
atau ejaan Rumi yang banyak melibatkan tokoh dan sarjana yang terkenal terutamanya
dari Eropah .Antara tokoh barat yang terlibat dalam perkembangaan ejaan Rumi ialah
Marco Polo.Marco Polo merupakan orang pertama yang mengembara dari Kepulauan
Melayu yang mengembara dari Venice,Itali dan pernah dijangka tinggal di Sumatera untuk
beberapa tahun.Seterusnya,Batholomew Diaz.Kemunculan tulisan Rumi dikesan apabila
sekumpulan ahli pelayaran Portugis diketuai oleh Batholomew Diaz yang Berjaya
mengelilingi dunia melintasi negeri Melaka kira kira pada tahun 1487.Selain itu,Antonio
Pigafetta yang berasal dari Itali yang berjaya berlayar Ferdinand Magellan untuk
mengelilingi dunia.Apabila orang Eropah mula menakluki negeri-negeri Kepulauan
Melayu,mereka mendapati bahawa Bahasa lingua franca di kawasan itu ialah Bahasa
Melayu dan tulisan yang digunakan ialah tulisan Rumi sehinggakan orang luar seperti
pedagang belajar untuk bertutur dalam Bahasa Melayu dan tulisan Rumi bagi tujuan
komunikasi.

1.0 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Sistem ejaan Bahasa Melayu bermaksud Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu iaitu sistem
ejaan baharu yang dipersetujui bersama kerajaan Malaysia dan Pemerintah Republik
Malaysia.Sejarah awal penggunaan tulisan Rumi Bahasa Melayu dilakukan oleh
pedagang,pengembara dan penjelajah dari Eropah ke Nusantara secara
berseorangan.Semasa mereka berada di sini,mereka tertarik dengan tatabahasa Bahasa
Melayu dan mula membuat penulisan mengenai Bahasa Melayu dengan menggunakan
huruf-huruf Latin lain.Huruf Latin yang digunakan untuk menulis perihal Bahasa Melayu
ditemui dalam senarai pelayaran Pigafetta dari Itali kira-kira pada tahun 1522.

Bermula dalam abad ke-16 itu,Bahasa Melayu terus ditulis dengan huruf rumi lain oleh
pedagang dan pengembara serta para sarjana dari Eropah.Namun demikian,hasil usaha
mereka terdapat banyak kesilapan dan masih banyak perlu dibaiki sepenuhnya.Pada abad
ke-17,kedatangan Belanda ke Timur,tulisan Rumi menjadi asas ejaan Rumi Bahasa

2

Indonesia.Orang Inggeris mula berminat terhadap Bahasa Melayu telah mengasaskan
beberapa kaedah ejaan Rumi bagi Bahasa Melayu pada abad ke-17 sehingga akhir pada
abad ke-19.Antara sistem ejaan Rumi yang disusun oleh orang Inggeris sebelum abad ke-
20 ialah Rumi Thomas Bowrey(1701),Rumi J.Howison(1800),Rumi William
Marsden(1812),Rumi Negeri-negeri Selat(1878),Rumi Swettenhem(1811) dan Rumi
Maxwell(1822).

1.1 PERANCANGAN EJAAN RUMI DI TANAH MELAYU
Bermula pada tahun 1902,apabila kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu
menubuhkan sebuah Jawatankuasa Ejaan yang diketuai oleh R.J
Wilkinson.Akhirnya, terhasil ejaan Wilkinson yang dikenali sebagai Romanised
Malay Spelling yang diterbitkan dalam bulan Oktober 1904.Ejaan ini digunakan
secara rasmi di sekolah umum Tanah Melayu.Ejaan itu seragam dengan ejaan
yang digunakan dalam kamus dan penerbitan karangan Wilkinson sendiri yang
dihasilkan dari tahun 1901 sehingga tahun 1940-an.Antaranya ialah Kamus Jawi-
Melayu-Inggeris(1903).

1.2 KAMUS JAWI-MELAYU-INGGERIS (1903)
Perkembangan dan pemantapan sistem ejaan Rumi turut berlaku seiring dengan
perkembangan Bahasa Melayu dengan pendidikan lebih-lebih lagi Maktab
Perguruan Sultan Idris (SITC) turut memperkembangkannya.Terdapat beberapa
buah buku mengenai tulisan Rumi yang luas berasaskan ejaan Wilkinson yang
disusun dan diterbitkan oleh beberapa orang pendidik SITC dan beberapa orang

3

tokoh.Antara buku yang terhasil ialah Kitab Loghat Melayu susunan R.O Windset
dan Ibrahim Dato’ Muda Linggi dan Kitab Kumpulan Nama Melayu

1.3 SISTEM EJAAN RUMI ZA’BA
Sistem ejaan Rumi dihasilkan dari SITC juga.Sistem ini juga telah disusun dan
diperkemas dalam jangka beberapa tahun dan termuat dalam beberapa buah buku
pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang Mengarang SITC terutamanya Ilmu
Bahasa Melayu Penggal 1(1926),Pelita Bahasa Melayu Penggal 1(1941) dan
Daftar Ejaan Melayu(Jawi-Rumi)(1949).Namun,terdapat kelemahan dalam sistem
ejaan ini.Antara kelemahannya ialah sistem ini agak sukar kerana terdapat ejaan
kerana terdapat pengejaan kata yang masih menurut Sistem Ejaan Rumi
Wilkinson. Sistem ejaan ini telah digunakan sebagai Ejaan Sekolah sebenar dan
ejaan rasmi kerajaan sehingga digantikan dengan Sistem Ejaan Rumi Baharu
Bahasa Malaysia yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972.

1.4 SISTEM EJAAN FAJAR ASIA
Selain Sistem Ejaan Za’ba,terdapat juga Ejaan Fajar Asia iaitu digunakan di Tanah
Melayu dan Singapura sebelum 1967.Majalah Fajar Asia diterbitkan di Singapura
semasa zaman pendudukan Jepun iaitu pada 1942-1945.Ejaan Fajar Asia berbeza
sedikit dengan ejaan Za’ba di Tanah Melayu.Ejaan ini kemudian digunakan oleh
Asas 50 sebagai ejaan rasmi mereka.

Pada tahun 1956,soal sistem ejaan Melayu telah dipersoalkan dan dibincangkan
dalam kalangan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang Ketiga.Inilah kali
pertama sistem ejaan ini dipandang serius sehingga mendapat perhatian daripada
kerajaan.Akhirnya tertubuh Jawatankuasa Ejaan.Jawatankuasa ini mempunyai
pelbagai peranan.Antara fungsi Jawatankuasa Ejaan ini ialah memeriksa dan
menimbangkan ketetapan yang telah diambil dalam Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu.

1.5 EJAAN MALINDO
Pada 17 April 1959 tercapailah suatu perjanjian persahabatan Antara Malaysia
(dikenali Persekutuan Tanah Melayu) dengan Negara Republik Indonesia.Hasil
daripada perjanjian itu membawa kepada satu pertemuan antara Jawatankuasa
Ejaan Rumi Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh Tuan Syed Nasir bin
Ismail dengan Panitia Pelaksanaan Kerjasama Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia
yang dipimpin oleh Dr Slametmuljuna di Jakarta pada 4 hingga 7 Disember

4

1959.Pertemuan ini telah menghasilkan Ejaan Malindo yang mengikuti
perancangan akan dirasmikan pelaksanaannya itu tidak dapat dilakukan
sehinggalah menjelang tahun 1966 apabila kerajaan Malaysia membentuk sebuah
jawatankuasa Bahasa/Ejaan yang diketuai oleh Tuan Syed Nasir bin Ismail.

Peranan dan tugas jawatankuasa ini ialah mengadakan rundingan dengan
Jawatankuasa Bahasa Pemerintah Indonesia dengan maksud bagi mencapai
persetujuan yang seluas-luasnya dalam penggunaan serta perkembangan bahasa
Melayu-Indonesia dan untuk memenuhi maksud tersebut supaya mendapat
persetujuan dalam lapangan bahasa dalam jangka panjang dan pertukaran bahan-
bahan berkenan dengan bahasa dan sastera.

Pada 7 September 1966,terdapat satu pertemuan antara Jawatankuasa
Bahasa/Ejaan Malaysia dengan satu rombongan kebudayaan dari Indonesia yang
diketuai oleh Kolonel WahjuSukatjo diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala
Lumpur.Dalam pertemuan itu,kedua-dua pihak telah bersetuju mengesyorkan
kepada kerajaan masing-masing supaya Ejaan Malindo yang pernah dipersetujui
pada tahun 1959 dilaksanakan segera.Kedua-dua pihak bersetuju mengadakan
kerjasama erat dalam usaha menyamakan penggunaan istilah bahasa Malaysia
dengan bahasa Indonesia.

Seterusnya,pada 20 hingga 25 September 1966 , terdapat satu lagi rundingan
diadakan di Jakarta dan hasilnya Malaysia dan Indonesia kedua-duanya bersetuju
untuk mengkaji semula dan memperbaiki Ejaan Malindo .Sebuah kertas kerja
mengenai ejaan baharu telah tercapai mengenai beberapa masalah dasar penting
yang telah dikaji oleh Jawatankuasa Malaysia.Hasilnya,kedua-dua Negara tersebut
bersetuju untuk memperbaiki ejaan masing-masing untuk mencapai keseragaman
atas dasar kemajuan ilmu pengetahuan dan perkembangan konsep ilmiah
tertutamanya dalam bidang ilmu bahasa yang baik.

Sehubungan dengan itu,dalam usaha untuk memperbaiki sistem
ejaan ,Jawatankuasa kedua-dua negara itu harus juga mengambil kira mengenai
tiga perkara iaitu teknik,praktis dan ilmiah.Melalui aspek teknik,Jawatankuasa
kedua-dua negara itu harus menggunakan satu huruf bagi melambangkan satu
fonem dan dari aspek praktis pula,ejaan itu hendaklah boleh digunakan dengan
mudah dan sesuai dari segi mesin cetak dan mesin taip untuk memudahkan

5

pencetakan bagi tujuan-tujuan tertentu seperti pendidikan dan komunikasi dalam
harian atau persuratan.
1.6 MAJLIS BAHASA INDONESIA-MALAYSIA
Setelah kedua-dua kerajaan mengesyorkan Ejaan Malindo dan pertimbangan
aspek teknik,praktis dan ilmiah,Jawatankuasa Ejaan/Bahasa Melayu dengan Team
Ahli Bahasa Koti dari Indonesia mengadakan perundingan di Dewan Bahasa dan
Pustaka di Kuala Lumpur selama beberapa hari dan akhirnya mendapat
persetujuan mengadakan satu sistem ejaan bersama antara Indonesia dengan
Malaysia.Ejaan baharu itu haruslah ilmiah,ekonomis dan praktis iaitu sesuai
digunakan di kedua-dua negara.Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu
dilaksanakan pada 16 Ogos 1972.Sistem ejaan bersama yang baharu itu telah
digunakan secara rasmi di Malaysia dan Indonesia namun terdapat beberapa
perkara kecil mengenai ejaan tersebut dirasakan perlu diselesaikan dengan
segera.Terdapat beberapa perkara kecil itu telah dibincangkan dan diselesaikan
bersama oleh jawatankuasa yang dibentuk iaitu Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia.

Seterusnya,semasa dalam persidangan kelima,mereka telah bersetuju
mengeluarkan pedoman umum ejaan yang lebih lengkap bagi kegunaan kedua-
dua negara.Kedua-dua pihak bersetuju untuk mewujudkan versi yang sesuai
dengan negara masing-masing.Pada 5 Disember,Pedoman Umum Ejaan Bahasa
Malaysia diterbitkan untuk kegunaan umum dan dengan hasil inilah wujudnya
Sistem Ejaan Baharu Bahasa Malaysia seperti yang digunakan hari ini.

6

2.0 PERANAN DEWAN DAN BAHASA PUSTAKA DALAM MENYERAGAMKAN SISTEM
EJAAN RUMI

Dewan Bahasa dan Pustaka ialah sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada
22 Jun 1956 untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi,bahasa ilmu dan
bahasa kebangsaan.Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan setelah sebaik sahaja mendapat
resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu kali ke-3.

Seperti yang diketahui,Malaysia kini terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik.Bagi
menyemarakkan dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia terutama
dalam aspek pendidikan,para tokoh dan sarjana seperti Rahman Talib,Tun Abdul Razak
dan Aminuddin Baki telah mengeluarkan laporan laporan dalam pendidikan bagi
mengukuhkan perpaduan kaum dengan mencadangkan menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa penghantar dan bahasa komunikasi dalam harian.Perkara mengenai
bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi terkandung dalam
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.Melalui perlembagaan tersebut telah
termaktub bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi bagi
seluruh Persekutuan Tanah Melayu pada 16 September 1963. Umum mengetahui tulisan
bahasa Melayu ialah tulisan rumi setelah mengalami banyak perkembangan bermula
daripada tulisan Jawi pada dahulunya yang sangat agung terutama era Kesultanan Melayu
Melaka.

7

Antara peranan Dewan Bahasa dan Pustaka boleh lakukan bagi menyeragamkan sistem
ejaan Rumi pada masa kini ialah Dewan Bahasa dan Pustaka haruslah bijak dan arif
menggunakan media massa yang serba canggih dan moden ini.Contohnya dengan
menggunakan Instagram dan Facebook,pihak Dewan Bahasa dan Pustaka boleh
menterjemahkan perkataan dan istilah yang sering disebut dalam bahasa Inggeris dalam
kalangan masyarakat kepada bahasa Melayu yang sepatutnya supaya masyarakat
majmuk lebih mempunyai kosa kata bahasa Melayu yang lebih luas berbanding bahasa
Inggeris seperti nama alat-alat solek misalnya concealer,foundation dan setting
spray.Sungguh memalukan jika orang Melayu sendiri tidak tahu maksud istilah-istilah
pinjaman bahasa Inggeris itu sendiri dalam bahasa Melayu.Oleh yang demikian,pihak
Dewan Bahasa dan Pustaka telah menggunakan platform ini dengan begitu sebaik-
baiknya dalam menyeragamkan tulisan rumi ini kerana tulisan ini melambangkan sesuatu
bahasa tersebut.

Seterusnya,Dewan Bahasa dan Pustaka haruslah mengadakan dan menganjuran
pertandingan berkaitan mengarang karangan menggunakan tulisan rumi itu
sendiri.Tujuannya adalah untuk lagi memartabatkan tulisan rumi dek Malaysia terdiri
daripada variasi golongan agama dan kaum.Umum kita mengetahui bahasa rasmi dan
bahasa kebangsaan di negara Malaysia ialah bahasa Melayu.Anjuran dan pertandingan
sebegini dapat menyemarakkan semangat dan kesungguhan individu untuk belajar lebih
mendalam serta terperinci mengenai bahasa Melayu itu sendiri.Lebih menarik jika hadiah

8

berbentuk wang tunai atau pakej pelancongan kepada pemenang-pemenang.Di samping
dapat belajar cara untuk menulis tulisan Rumi,masyarakat majmuk juga dapat menghayati
keunikan dan keindahan tulisan Rumi itu sendiri.Tidak ada rugi jika menyertai pertandingan
sedemikian rupa kerana banyak faedahnya khususnya golongan remaja atau pelajar.

Seterusnya,Dewan Bahasa dan Pustaka haruslah mencetak bahan ilmiah atau buku
yang mengikut isu perkembangan semasa terutama dalam golongan pelajar kerana
pelajar merupakan pemangkin masa depan.Bukan itu sahaja,Dewan Bahasa dan Pustaka
juga boleh menterjemah bahan ilmiah dari negara luar agar buku tersebut dapat menjadi
pedoman dan manfaat kepada para pembaca.

3.0 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI MASA KINI

Era yang pesat moden ini sudah pasti banyak pancaroba bagi bahasa ibunda dek pengaruh
badai hasutan daripada barat yang menggunakan pelbagai bahasa sehingga bahasa ibunda
kita sendiri tercemar.Bahasa Melayu ini menghadapi cabaran di mana sistem tatabahasa tidak
dititik berat oleh para pengguna sehingga bercampur baur dan tunggang langgang
penggunaan bahasa dalam seharian terutama dalam ruang siber .Perkara ini dikenali sebagai
penggunaan bahasa rojak.Noriah Mohamed(2013)ruang siber bererti kacukan ruang

9

fizikal,sosial dan mental.Keupayaan bahasa Melayu bertahan dalam era teknologi maklumat
dan komunikasi ini bergantung kepada penutur bahasa Melayu itu sendiri untuk menyesuaikan
diri dengan perubahan yang berlaku.Ketidakyakinan terhadap bahasa ibunda berkembang
menjadi bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa dalam kalangan penutur bahasa Melayu
mengakibatkan bahasa Melayu terus tercicir dengan persaingan bahasa-bahasa lain di
dunia.Penutur bahasa Melayu lebih kerap dan selesa menggunakan bahasa Inggeris atau
bahasa rojak ini juga menjadi ancaman kepada kemurnian bahasa Melayu.Bahasa rojak
dikatakan santai dan tidak begitu formal sama seperti penggunaan bahasa Melayu
pasar.Penekanan terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul harus diutamakan
khususnya dalam laman sesawang atau majalah dan buku yang dikarang oleh anak
Malaysia.Pengamalan berbahasa yang baik dan betul perlu dipupuk dan dibajai daripada
peringkat sekolah lagi dan secara menyeluruh mencapai kepada segenap anggota
masyarakat.

Seterusnya,penggunaan tatabahasa pada papan iklan atau papan tanda yang begitu meluas
menyebabkan masyarakat majmuk sering menggunakan tatabahasa yang salah dalam
kehidupan seharian.Hal ini perlu dipandang dengan begitu serius kerana papan iklan atau
papan tanda merupakan suatu medium yang mudah ditonton oleh orang awam. Sebagai
contoh paling mudah dan paling terkenal,apabila kita ke perpustakaan,kita sering lihat “Tolong
Jangan Bising”.Sebenarnya terdapat kesalahan tatabahasa di sini di mana perkataan ayat
bantu atau ayat larangan seperti tolong dan jangan tidak perlu berada dalam satu ayat
sebaliknya ayat yang betul ialah “Jangan Bising”.Bukan itu sahaja malah ejaan pada papan
tanda khususnya di kedai-kedai juga terdapat banyak kesilapan seperti Aina Restoran yang
seharusnya Restoran Aina.Penggunaan ini merupakan pengaruh daripada bahasa Inggeris
yang menggunakan Aina Restaurant dan menganggap boleh diterjemahkan ke bahasa
Melayu dengan begitu sahaja sedangkan perlu dikaji selidik dahulu sebelum dicetak ke papan
tanda .Jelaslah di sini bawa penggunaan tatabahasa atau ejaan yang salah sangat
mempengaruhi pemahaman dan pengetahuan masyarakat sekeliling.Dewan Bahasa dan
Pustaka sentiasalah harus mengemas kini mengenai kosa kata atau tatabahasa agar
masyarakat dalam Malaysia lebih peka mengenai tatabahasa terkini.

10

4.0 PENUTUP
Konklusinya,sebagai rakyat Malaysia kita haruslah menggunakan dan memartabatkan
bahasa Melayu di serantau Malaysia kerana bahasa melambangkan identiti sesuatu
bangsa bak kata pepatah bahasa jiwa bangsa.Jika penggunaan bahasa Melayu terus
megah di persada dunia sudah pasti penggunaan bahasa Melayu dipandang indah oleh
seantero dunia dan disanjung sepanjang zaman kerana bahasa Melayu merupakan salah
satu bahasa yang diiktiraf dunia daripada beratus-ratus bahasa di dunia.Pentingnya setiap
masyarakat memainkan peranan untuk menegakkan bahasa Melayu ini demi generasi
anak cucu cicik kita akan datang. Generasi pada hari ini merupakan peneraju kepada
generasi masa hadapan. Di samping itu juga,rakyat Malaysia juga haruslah
mengeksploitasikan bahasa Melayu di laman-laman internet seperti Facebook,Blogger
dan Youtube agar dapat dipelajari oleh rakyat-rakyat pelusuk dunia.

11

RUJUKAN
Abdul Hamid Mahmood.(2004).Kuasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu Melalui
Latihan,Shah Alam:Malindo Printers Sdn Bhd
Dr.Abdul Hamid Mahmood.Ejaan Bahasa Melayu Terkini.Kajang:Masa Enterprise.
Ismail Dahaman.(2007).Ejaan Rumi Sepanjang Zaman.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka
Prof.Dr.Asmah Haji Omar.(1986).Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu.Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka
Mahzan Arshad.(2008).Pendidikan Literasi Bahasa Melayu.Kuala Lumpur:Prin-Ad Sdn Bhd
Muhammad Ariff Ahmad(1984).Ejaan Rumi Bahasa Melayu
https://www.languagecouncils.sg/mbms/my/-/media/mlc/documents/penerbitan_ejaan-rumi-
bahasa-melayu_muhammad-ariff-ahmad.pdf
Muhammad Salehudin Aman (tnp thn).Sinopsis sistem ejaan bahasa Melayu.Dewan Bahasa
dan Pustaka
http://klikweb.dbp.my/?p=6003
DoctorOtterPerson2725.Pengenalan Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi.Institut
Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
https://www.coursehero.com/file/39558711/KKP1docx/

12


Click to View FlipBook Version