PEMBENTUKAN KATA BAHARU ANALISIS ISU KESALAHAN SERTA PENGGUNAAN KATA DARI SUDUT MORFOLOGI BAHASA MELAYU 3
AHLI KUMPULAN ALYAA ATHEERA TAIYIBAH AMNI FAQIHAH 01 02 BINTI AZAM BINTI NORHISHAM 03 SYAHIRAN YUSRI BIN KAMARUDDIN
PETIKAN YANG DIGUNAKAN PKP 2.0: PERUTUSAN KHAS PERDANA MENTERI 11 JANUARI 2021 Malaysia mula merekodkan kes harian empat digit bagi COVID-19 pada 24 Oktober 2020 (iaitu sejumlah 1,228 kes). Bermula penghujung November 2020, fenomena kes harian empat digit bagi COVID19 direkodkan setiaphari sehinggalah rekod terpaling tinggi yang telah dilaporkan pada 7 Januari 2021, iaitu sebanyak 3,027 kes.Di dalam gelombang ketiga ini yang bermula pada 20 September 2020, sejumlah 476 kluster baharu dilaporkan sehingga 10 Januari 2021 melibatkan 259 kluster (54.41%) tempat kerja. Data ini menunjukkan peningkatan ketara bilangan kluster baharu di dalam gelombang ketiga berbanding 110 kluster baharu yang direkodkan semasa gelombang kedua dengan 25 kluster (22.72%) melibatkan tempat kerja.Secara keseluruhannya, sebanyak 586 kluster telah direkodkan sehingga 10 Januari 2021 dengan 48.46% daripadanya merupakan kluster yang melibatkan tempat kerja. Daripada jumlah ini juga, sebanyak 254 kluster masih lagi aktif manakala 332 kluster telah pun diisytiharkan tamat.Sepanjang tempoh gelombang ketiga penularan jangkitan COVID19 di Malaysia, trend kes import didapati adalah terkawal tetapi keskes penularan tempatan terus meningkat melibatkan golongan bukan warga negara dan warga negara Pada permulaan gelombang ketiga pada 20 September 2020, keskes lebih tertumpu kepada kumpulan bukan warga negara, iaitu sebanyak 63% dan hanya 37% melibatkan warga negara perkembangan semasa menunjukkan jangkitan dalam kalangan warga negara semakin meningkat. Sehingga 11 Januari 2021, sebanyak 70% kes positif COVID-19 di Malaysia adalah melibatkan warga negara dan hanya 30% bagi bukan warga negara.Berdasarkan nilai R-naught semasa yang berada pada paras 1.1 bagi kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia, unjuran kes harian di negara ini dijangka boleh mencecah sehingga 5,000 kes sehari pada minggu kedua bulan April 2021 dan akan melonjak kepada 8,000 kes sehari pada minggu keempat bulan Mei 2021.Bagi aktiviti keagamaan, hanya ahli jawatankuasa masjid atau rumah ibadat dibenarkan hadir di negeri yang dilaksanakan PKP dengan jumlah maksimum 5 orang. Bagi negeri yang dikenakan PKP-P dan PKP-B, aktiviti keagamaan masih dibenarkan dengan bilangan kehadiran minimum yang ditetapkan di dalam SOP. Pihak berkuasa agama negeri disarankan untuk memberi penetapan yang bersesuaian dalam menetapkan jumlah kehadiran yang dibenarkan.Saya juga sedar bahawa pengasingan diri untuk satu tempoh yang lama boleh memberi tekanan terhadap kesihatan mental. Justeru bagi memastikan kesihatan minda dan fizikal yang berterusan, anda dibenarkan meninggalkan rumah untuk beriadah dengan anggota isi rumah sahaja. Pastikan jarak anda dari orang lain adalah dua (2) meter setiap masa. Kalau hendak berjogging, jangan lebih daripada dua (2) orang dan kalau berbasikal, janganlah secara berkumpulan. Cukuplah seorang sahaja. Saudara dan saudari yang sangat saya sayangi, Tempoh dua minggu yang akan datang ini amatlah penting untuk bukan sahaja diri kita tetapi juga seluruh Negara. Semua kebebasan yang kita korbankan ini terputus hubungan dengan rakan-rakan, berada di dalam isolasi di rumah, dan kesukaran untuk melakukan aktiviti social di luar akan mampu menyelamatkan nyawa kita semua.Virus ini telah pun berada di dalam komuniti dan hidup bersama kita. Janganlah kita merasa terlalu selesa dan akhirnya mengabaikan langkah-langkah pencegahan yang begitu mudah untuk kita amalkan seperti kerap mencuci tangan dengan sabun, memakai pelitup muka dengan betul, mesti jaga jarak fizikal dan elakkan dari bersentuhan.
MAKSUD PEMBENTUKAN KATA BAHARU
Nik Safiah Karim (2010), mendefinisikan perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Pembentukan kata dapat dilihat dari segi unsur-unsur yang membentuknya, yakni unsur-unsur yang bagaimana dan juga hubungan paradigmatik antara unsur-unsur berkenaan. Unsur-unsur yang mendirikan kata adalah morfem dan penelitian tentang gabungan morfem menjadi kata itulah yang dikenal sebagai morfologi. Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2010), Nik Safiah Karim menyebut cara membentuk perkataan ini sebagai pembentukan katamanakala Abdullah Hassan di dalam Linguistik Am (2007), menyebutnya sebagai menerbitkan perkataan. Walaupun istilahnya berbeza tetapi membawa maksud yang sama iaitu tentang proses bagaimana cara membentuk perkataan dalam bahasa Melayu PEMBENTUKANKATA BAHARU
MAKSUD PENYERAPAN BAHASA
Penyerapan bahasa ialah proses di mana sesuatu bahasa mengambil atau menggabungkan unsur-unsur daripada bahasa lain. Dalam konteks bahasa Melayu, penyerapan bahasa sering berlaku melalui interaksi budaya, perdagangan dan teknologi. Sebagai contoh, istilah atau perkataan baharu sering diserap daripada bahasa Inggeris atau bahasa lain dalam situasi sedemikian. PENYERAPANBAHASA
PENYERAPAN PENYERAPAN PENYERAPAN bahasa Sanskrit ke dalam bahasa Melayu bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu CONTOH PENYERAPAN BAHASA ASING YANG BERLAKU DALAM BAHASA MELAYU
ANALISIS DAN PENILAIAN TERHADAP PERKATAAN SERAPAN DALAM TEKS PERUTUKAN KHAS
SERAPANBAHASAARAB PETIKAN TEKS PERUTUSAN KHAS Perkataan “masjid’ merupakan perkataan yang digunakan dalam bahasa Melayu yang diserap daripada bahasa Arab iaitu ‘مسجد ’[mas.jid]. Penggunaan kata ini dalam bahasa Melayu memberikan maksud tempat orang beragama Islam menunaikan ibadah seperti solat. Penilaian Penggunaan Perkataan “masjid’ merupakan perkataan yang digunakan dalam bahasa Melayu yang diserap daripada bahasa Arab مسجد’ iaitu ’[mas.jid]. Penggunaan kata ini dalam bahasa masjid’ sudah diketahui umum secara jelas maksudnya, akan tetapi apabila kita merujuk beberapa kamus daripada pelbagai bahasa, kita akan menjumpai beberapa kemusykilan untuk memastikan definisi masjid. Ini disebabkan, menurut hemat penulis, oleh keumuman definisi tersebut. Sebagai contoh, Kamus Dewan mentakrifkan masjid sebagai “bangunan khas tempat orang Islam beribadat.” memberikan maksud tempat orang beragama Islam menunaikan ibadah seperti solat.
SERAPANBAHASAINGGERISPETIKAN TEKS PERUTUSAN KHAS Perkataan “virus” merupakan perkataan yang digunakan dalam bahasa Melayu yang diserap daripada bahasa Inggeris. Penilaian Penggunaan Penggunaan “virus” semakin menular digunakan sejak berlakunya pandemik yang melibatkan mikroorganisma halus ini.Penggunaan “virus” ini juga digunakan di negara Eropah terutamanya di British . Hal ini kerana pernah berlaku pandemik yang dahsyat dalam negara tersebut pada 1346-1353.Kemudian British juga mejajah ke negara kita dan membawa perkataan “virus” ini sehingga serap ke dalam Bahasa Melayu.
SERAPANBAHASA SANSKRITPETIKAN TEKS PERUTUSAN KHAS Perkataan “mesti” merupakan serapan daripada bahasa Sanskrit yang bermakna tidak boleh tidak, wajib. Penilaian Penggunaan Penggunaan “mesti” digunakan untuk menyatakan hasrat untuk melakukan sesuatu.Penggunaan “mesti” dalam bahasa Melayu digunakan juga sejak dahulu lagi kerana peredaran masa dan pinjaman bahasa dari zaman ke zaman
ISU KESALAHAN DALAM PENGGUNAAN KATA DARI SUDUT MORFOLOGI
1. KESALAHAN KATA PENGUAT SALAH ...sehinggalah rekod terpaling tinggi yang telah dilaporkan pada 7 Januari... BETUL ...sehinggalah rekod paling tinggi yang telah dilaporkan pada 7 Januari...
2. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA SALAH Di dalam gelombang ketiga ini yang bermula pada 20 September... BETUL Dalam gelombang ketiga ini yang bermula pada 20 September...
SALAH ...Pada permulaan gelombang ketiga... BETUL ...Dalam permulaan gelombang ketiga...
SALAH Virus ini telah pun berada di dalam komuniti dan hidup bersama... BETUL Virus ini telah pun berada dalam komuniti dan hidup bersama...
SALAH ...mesti jaga jarak fizikal dan elakkan dari bersentuhan. BETUL ...mesti jaga jarak fizikal dan elakkan daripada bersentuhan.
3. KESALAHAN EJAAN SALAH ...fenomena kes harian empat digit bagi COVID-19 direkodkan setiaphari... BETUL ...fenomena kes harian empat digit bagi COVID-19 direkodkan setiap hari...
SALAH ...kes import didapati adalah terkawal tetapi keskes penularan tempatan terus... BETUL ...kes import didapati adalah terkawal tetapi kes-kes penularan tempatan terus...
SALAH ...dan kesukaran untuk melakukan aktiviti social di luar akan... BETUL ...dan kesukaran untuk melakukan aktiviti sosial di luar akan...
SALAH ...meningkat melibatkan golongan bukan warga negara dan warga negara BETUL ...meningkat melibatkan golongan bukan warganegara dan warganegara
4. KESALAHAN TANDA BACA SALAH BETUL ...melibatkan golongan bukan warganegara dan warganegara. Dalam permulaan gelombang ketiga... ...melibatkan golongan bukan warga negara dan warga negara Pada permulaan gelombang ketiga...
SALAH BETUL Justeru bagi memastikan kesihatan minda dan fizikal yang berterusan... Justeru, bagi memastikan kesihatan minda dan fizikal yang berterusan...
SALAH BETUL Semua kebebasan yang kita korbankan ini terputus hubungan dengan... Semua kebebasan yang kita korbankan ini, terputus hubungan dengan...
5. KESALAHAN PENGGUNAAN ISTILAH SALAH BETUL ...keskes lebih tertumpu kepada kumpulan bukan warga negara... ...kes kes lebih tertumpu kepada golongan bukan warganegara...
6. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG SALAH BETUL Tempoh dua minggu yang akan datang ini amatlah penting untuk bukan sahaja diri kita tetapi juga... Tempoh dua minggu yang akan datang ini amatlah penting bukan sahaja untuk diri kita tetapi juga...
Secara keseluruhan, teks perutusan khas yang dikaji mempunyai kesalahan ejaan dan kesalahan morfologi.Kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam teks perutusan khas ini menunjukkan bahawa penguasaan tatabahasa Melayu dalam dokumen dan urusan rasmi berada pada tahap sederhana. Secara tidak langsung, kesalahan tatabahasa ini juga menunjukkan bahawa penguasaan bahasa Melayu pihak yang terlibat dalam penulisan teks perutusan khas ini berada pada tahap sederhana. Kesalahan tatabahasa ini berpunca daripada kelemahan pihak yang terlibat dalam penyediaan teks perutusan untuk memahami konsep-konsep tatabahasa. Kelemahan ini menyebabkan mereka cenderung melakukan kesalahan tatabahasa dalam penulisan. Walaupun penguasaan bahasa Melayu yang ditunjukkan dalam teks perutusan khas ini berada pada tahap sederhana, keadaan ini perlu diberikan perhatian khusus. Kegagalan kerajaan menunjukkan penggunaan dan penguasaan tatabahasa Melayu yang baik dan betul akan menyebabkan orang lain melakukan kesalahan yang serupa. KESIMPULAN
Arbak Othman. (1981). Tatabahasa bahasa Melayu. Sarjana Enterprise. RUJUKAN Awang Sariyan. (1987). Kesalahan bahasa dalam bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka. (1975). Pedoman umum ejaan Rumi bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Teks Perutusan Rasmi , 1 Mei 2020 diperoleh daripada pmo.gov.my Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood. 2004. Tatabahasa Dewan Jilid 2 Perkataan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
TERIMA KASIH