The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Majlis watikah untuk pentauliahan pemimpin bagi tahun 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mariasharudin71, 2022-07-24 00:37:12

MAJLIS WATIKAH BADAN KEPEMIMPINAN 2022

Majlis watikah untuk pentauliahan pemimpin bagi tahun 2022

Keywords: guru,watikah,pemimpin

MAJLIS

WATIKAH PELANTIKAN

BADAN KEPEMIMPINAN SMK ALOR PONGSU 2022

KEPIMPINAN BERWIBAWA, PEMANGKIN GENERASI CEMERLANG

ISNIN I 25 JULAI 2022 I 7.30 PAGI – 8.30 PAGI I DEWAN SRI PONGSU

Dirasmikan Oleh;
EN. MOHAMMAD SHAFIAN BIN ZAKARIA

PENGETUA SMK ALOR PONGSU

 PENGENALAN

Pengawas, Pengawas Pusat Sumber (PSS),
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pengawas Skim
Perkhidmatan Buku Teks (SPBT), Ketua dan
Penolong Ketua Tingkatan merupakan satu badan
khidmat sokongan kepada pihak pentadbiran
sekolah. Peranannya amat penting dalam
membantu pihak sekolah memastikan peraturan
dan pengurusan sekolah berjalan lancar. Namun
begitu peranan pelajar-pelajar yang terlibat masih
perlu dimantapkan lagi agar ia mampu bergerak
aktif ke arah matlamat asal penubuhannya dengan
menggerakkan kepimpinan daripada kalangan
ahlinya.

 MATLAMAT

Melahirkan pemimpin yang berwibawa dalam kalangan pelajar supaya
mampu untuk memimpin dan menggerakkan badan kepemimpinan di
sekolah sebagai satu badan khidmat sokongan yang disegani dan
dihormati, serta berupaya membantu sekolah melahirkan generasi
pelajar yang cemerlang.

 OBJEKTIF
• Memberi pengiktirafan dan semangat kepada Pengawas

Sekolah,Pengawas PSS, Pembimbing Rakan sebaya (PRS), Pengawas
SPBT dan Ketua Tingkatan supaya melakukan tugas yang
diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh
bertanggungjawab.

• Meningkatkan tahap motivasi pelajar yang terpilih untuk

menjalankan tugas dengan baik.

• Menggalakkan pelajar lain agar dapat mencontohi rakan – rakan yang

terpilih.

 BADAN KEPEMIMPINAN YANG TERLIBAT

Pengawas Sekolah (58 orang)
 Pengawas PSS (22 orang)
 Pengawas SPBT (21 orang)
 PRS (32 orang)
 Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan (56 orang)

 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi Jawatankuasa Persediaan Sijil Watikah
En. Mohammad Shafian Bin Zakaria Pn Nor Hazwani

Naib Pengerusi Jawatankuasa Dokumentasi
Naib Pengerusi 1: Tn Hj Mohammad Fadli Bin Yusof Pn Saidatun Nor bt Awang
Naib Pengerusi 2: Tn. Hj. Mohammad Fadzil Bin Hamid
Naib Pengerusi 3: En. Hasnan Bin Zainudin
Naib Pengerusi 4: Pn. Hjh. Wan Sharifah Mastura Binti Wan Mahmud

Setiausaha Pengacara Majlis
Pn Hjh. Norizan Binti Mohd Abu Pn Rosanita bt Sani

Penyelaras Jawatankuasa Buku Program
Pengawas : Tn Hj ‘Akasyah b Mohamed Pn Siti Maria bt Sharudin

Hanapiah Bacaan Doa
Ustaz Mohd Zawawi binti Abdullah
Pn.Siti Nor Ashifa Barkhiah binti

Suandi

PSS : Pn Saidatun Nor bt Awang@Dahalan
Pn Suzanna bt Mohd Rajab

SPBT : Cik Pauziah Binti Abdul Raji@
Abdul Rahman

PRS : En Abdullah Sani In Ghazali

Majlis Ketua Tingkatan: Pn Rosanita bt Sani

 TENTATIF PROGRAM

7.25 pagi : Para pemimpin berkumpul di tepi Dewan Sri Pongsu

7.30 pagi : Majlis Watikah Perlantikan Badan Kepemimpinan dimulakan
 Perarakan masuk pemimpin ke dewan
 Nyanyian lagu:
- Negaraku.
- Lagu Negeri Perak.
 Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis.
 Bacaan Doa.
 Ucapan daripada Wakil Pelajar
 Ucapan daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
 Ucapan Perasmian daripada Tuan Pengetua SMK Alor Pongsu
 Penyampaian Watikah kepada Ketua Badan Kepemimpinan:
Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Pengawas SPBT, PRS
dan Majlis Ketua Tingkatan.
 Lafaz Ikrar dan Sorakan Pemimpin Sekolah
 Nyanyian Lagu Sekolah

8.30 pagi : Majlis Bersurai

 PENUTUP

Diharapkan majlis ini dapat berlangsung dengan
lancar dan dapat meningkatkan motivasi
Pengawas Sekolah , Pengawas PSS, PRS,
Pengawas SPBT dan Ketua Tingkatan untuk
menjalankan tugas dengan baik dan penuh
dedikasi. Program ini sedikit sebanyak dapat
memberi pengiktirafan kepada semua pemimpin
supaya dapat menjalankan tugas dengan lebih
berkesan. Di samping itu, para pelajar
dapat membentuk diri menjadi pemimpin yang
berilmu, berakhlak tinggi dan berketerampilan.
Semoga majli s ini juga dapat melahirkan
pemimpin yang dapat bertindak dan
melaksanakan tugas berdasarkan ilmu dan
pertimbangan yang rasional


Click to View FlipBook Version