MPU 23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA SESI II :2022/2023
SHARANYA RAMAN 26DAT22F1026 SANCHANA RAVINDRAN 26DAT22F1003
JENAYAH SIBER DAN CARA-CARA MENANGANINYA
ISI KANDUNGAN PENGENALAN DEFINISI JENAYAH SIBER JENIS-JENIS JENAYAH SIBER FAKTOR BERLAKUNYA JENAYAH SIBER KESAN-KESAN JENAYAH SIBER LANGKAH MENGATASI JENAYAH SIBER LAMPIRAN RUJUKAN
PENGENALAN Jenayah siber adalah aktiviti di mana peralatan komputer dan internet digunakan sebagai medium untuk melakukan jenayah. Ia merupakan jenayah yang melibatkan segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian, penipuan, peras ugut dan segala aktiviti yang melibatkan perlanggaran undang-undang yang sedia ada dengan menggunakan kemudahan komputer atau menggunakan internet di ruangan siber. Kita perlu mengambil berat tentang jenayah siber sebelum kita menjadi salah seorang mangsa.
DEFINISI JENAYAH SIBER
Jenayah siber merupakan jenayah yang dilakukan melalui komputer dalam internet. Jenayah siber menyebabkan mangsa menderita dan mengalami kerugian. Penjenayah siber akan muat turun cara mencuri, menipu harta benda, pemalsuan, peras ugut, mengubah data-data dan lain-lain melalui internet. Hal ini bertujuan untuk mengakibatkan kerugian dan penderitaan mangsa-mangsa jenayah siber. Jenis jenayah siber yang biasa kita dengar termasuklah penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau komputer, kecurian maklumat, capaian secara tidak sah ke atas sistem, pengintipan penyebaran virus dan banyak lagi. Selaras dengan kepesatan teknologi kita mungkin akan berhadapan dengan pelbagai bentuk jenayah baru. Jenayah siber amat sukar untuk dibendung. Faktor pertama yang dikenal pasti ialah kesukaran mengenal pasti siapakah yang terlibat. Umumnya penjenayah siber adalah golongan berpengetahuan ataupun profesional khususnya golongan remaja. Remaja akan melakukan jenayah siber terhadap institusi mereka sendiri atau mereka diupah dan dipergunakan oleh pihak tertentu untuk melakukan jenayah.
JENIS-JENIS JENAYAH SIBER
PHISHING/PANCINGAN DATA Phishing atau pancingan data menggunakan mesej e-mel palsu untuk mendapatkan maklumat peribadi daripada pengguna internet. Lalu, maklumat tersebut digunakan atas tujuan jualan atau di ekspoitasikan, Dengan menipu penerima e-mel supaya mempercayai bahawa mesej itu adalah sesuatu yang mereka inginkan atau perlukan seperti permintaan daripada bank atau nota daripada seseorang dalam syarikat mereka, penerima akan klik pautan atau memuat turun lampiran yang disediakan dalam emel tersebut. Apa yang benar-benar membezakan emel pishing dari emel tulen ialah bentuk mesej yang diambil: emel phishing menyamar sebagai entiti yang dipercayai, selalunya orang sebenar atau boleh dipercayai, atau syarikat yang mungkin berurusan dengan mangsa seperti bank, badan kerjaan, syarikat telefon dan lain lain lagi. Ia merupakan salah satu jenis serangan siber tertua, sejak tahun 1990-an, dan ia masih merupakan salah satu yang paling meluas dan merosakkan. Cara mesej ditulis serta teknik terbaru, pancingan data menjadi semakin canggih.
KECURIAN IDENTITI Menyalahgunakan maklumat peribadi dengan mencuri identiti seseorang termasuk menggunakan gambar orang lain dengan menggunakan nama palsu. Kecurian identiti berlaku apabila seseorang mencuri maklumat peribadi anda untuk melakukan penipuan. Pencuri identiti mungkin menggunakan maklumat anda untuk memohon kredit, memfailkan cukai atau mendapatkan perkhidmatan perubatan. Tindakan ini boleh merosakkan status kredit anda, dan memerlukan masa dan wang untuk memulihkan nama baik anda. Jika anda telah memberi maklumat peribadi anda kepada sesebuah pihak, anda harus membaca kesemua syarat dan terma serta akui akan Personal Data Protection Act (PDPA) iaitu Akta Perlindungan Data Peribadi untuk menghidari diri dari di eksploitasi.
PENGGODAMAN Penggodaman atau lebih dikenali sebagai ‘hacking’ dijalankan dengan menutup atau menyalahgunakan laman web atau rangkaian komputer dengan mengenal pasti dan mengeksploitasi kelemahan dalam sistem tersebut. Penggodaman tanpa akses atau kebenaran dari pemilik adalah sebuah jenayah yang terjatuh bawah Seksyen 5, Akta Jenayah Komputer 1997. Namun sebegitu, Penggodaman Beretika adalah mengenai meningkatkan keselamatan sistem komputer dan/atau rangkaian komputer dan tidak salah dari sisi undang-undang.
MENYEBARKAN KEBENCIAN DAN MENGHASUT KEGANASAN Menyebarkan berita yang mengandungi kebencian seperti bermain sentimen agama dan perkauman, serta bersifat keganasan menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam susulan tindakan manamana pihak. Menyebarkan maklumat atau berita berunsur hasutan melalui media sosial secara tidak bertanggungjawab boleh dikenakan hukuman di bawah Akta Hasutan 1948.
PENGEDARAN PORNOGRAFIK KANAK-KANAK Pengedaran, pengeluaran dan tontonan pornografi kanak-kanak serta ‘Child grooming’ iaitu membuat dan mengajar perkara seksual kepada kanak-kanak di bawah umur secara atas talian adalah kesalahan besar mengikut Seksyen 4 hingga 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Apa yang sebenarnya merujuk kepada pornografi kanak-kanak ditetapkan dalam Bahagian 4, yang secara amnya meliputi semua bentuk media visual, pendengaran atau bertulis. Oleh itu, ia bukan sahaja termasuk video atau gambar lucah, tetapi klip audio dan dokumen bertulis juga.
SALINAN CETAK ROMPAK Pengedaran serta pencetakan sesebuah kandungan atau perisian yang tidak dibenarkan oleh pencipta atau pemilik adalah salah satu kesalahan siber yang merugikan dan memberi impak berat terhadap kewangan negara. Di atas sebab muat turun kandungan lokal, kerugian tahunan disebabkan jenayah itu dianggarkan sebanyak RM3 bilion kepada industri media dan hiburan kita.
FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA JENAYAH SIBER
Peningkatan penggunaan internet merupakan salah satu penyebab kejadian jenayah siber berleluasa di negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana, peningkatan pengguna internet mendorong ramai pengguna internet menyalahgunakan maklumat dalam internet untuk pelbagai tujuan tanpa mengira betul atau salah. Sebagai contoh pengguna internet akan menggunakan pelbagai maklumat dalam internet untuk tujuan penipuan dan aktiviti tidak sihat. Seterusnya, peningkatan pengguna internet mendorong ramai individu yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kepakaran mereka dalam bidang teknologi maklumat (IT) dengan cara menggodam sistem-sistem keselamatan bank, menyebarkan virus dan sebagainya. PENINGKATAN PENGGUNAAN INTERNET
kekurangan pakar-pakar forensik komputer juga menjadi penyebab kejadian jenayah siber berleluasa di negara kita. Kekurangan pakar-pakar yang mahir dalam bidang forensik komputer menyebabkan penjenayah siber sukar untuk dikesan. Sebagai contoh, kekurangan pakar forensik komputer menyebabkan banyak kejadian-kejadian penggodaman sistem bank dan kecurian maklumat di internet tidak dapat dikesan. Kekurangan pakar-pakar forensik juga menyebabkan penjenayah siber sukar untuk didakwa di mahkamah kerana pendakwa tidak mempunyai bukti yang mencukupi untuk mendakwa mereka. Hal ini berlaku kerana, pelaku jenayah siber ini kebiasaanya, terdiri daripada golongan profesional dan berpengetahuan tinggi dalam bidang IT. KEKURANGAN PAKAR-PAKAR FORENSIK KOMPUTER
Penguatkuasaan undang-undang yang lemah juga penyebab berleluasanya kejadian jenayah siber di negara kita. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah menyebabkan siasatan terhadap jenayah siber mengambil masa yang lama dan banyak kes tertangguh. Hal ini dikatakan demikian kerana, kurangnya keseriusan agensi-agensi kerajaan dalam menangani jenayah siber. Sebagai contoh, agensi-agensi kerajaan tidak saling bekerjasama antara satu sama lain. Seterusnya, penguatkuasaan yang lemah menyebabkan akta dan undang-undang sedia ada tidak dapat menangani jenayah siber ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, akta dan undang-undang sedia ada sudah lapuk dan tidak seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang berkembang terlalu pantas. Sebagai contoh, denda atau hukuman yang dikenakan kepada penjenayah siber tidak setimpal dengan jenayah yang dilakukannya. PENGUATKUASAAN UNDANGUNDANG YANG LEMAH
sikap individu yang sukar dikawal juga adalah salah satu faktor terjadinya peningkatan penggunaan internet yang menyebabkan berleluasanya kejadian jenayah siber. Sikap individu yang inginkan keseronokan dan ingin mencuba sesuatu yang baru, terutamanya golongan remaja menyebabkan mereka cuba untuk mengaplikasikan kemahiran mereka dengan cara yang salah, seperti penyebaran virus, pengintipan, mencuri maklumat dan penggodaman komputer. Hal ini menyebabkan ramai masyarakat yang kurang pengetahuan mengenai media massa tertipu dengan individu yang tidak bertanggungjawab. Tambahan pula, individu yang melakukan jenayah siber ini bermotifkan keuntungan. Sebagai contoh, penjenayah siber mengaut keuntungan dengan cara menipu masyarakat melalui internet untuk mendapatkan sejumlah wang yang banyak. Oleh itu, masyarakat harus lebih peka dengan isu-isu semasa agar tidak menjadi mangsa kepada individu yang tidak bertanggungjawab. SIKAP INDIVIDU SUKAR DIKAWAL
KESAN-KESAN JENAYAH SIBER
Implikasi yang signifikan dalam is in ialah data maklumat peribadi pengguna terdedah kepada semua orang terutamanya penjenayah siber. Manga tapa disedari telah berkongsi maklumat dalam laman sesawang yang tidak rasmi atau laman sesawang tiruan yang direka oleh penjenayah siber. Malah mereka bagai sudah jatuh timpa tangga apabila mereka sering menjadi mangsa penipuan penjenayah siber. Hal yang demikian ini adalah kerana penjenayah dapat mengakses maklumat pengguna atau manga jenayah siber lalu melakukan transaksi wang dari akaun pengguna ke akaun penjenayah siber . Oleh itu, pengguna perlulah berhati-hati melakukan transaksi dalam Internet agar data maklumat peribadi tidak dicuri atau digodam oleh penjenayah siber. DATA MAKLUMAT PERIBADI PENGGUNA TERDEDAH
Selain implikasi tersebut, kesan jenayah siber yang lain ialah mangsa jenayah siber juga akan menghadapi tuduhan yang tidak berasas daripada pihak tertentu. Mereka akan diaibkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan untuk menjatuhkan reputasi dan nama baik mereka. Lazimnya, perkara ini terjadi pada pemimpin negara, artis dan individu yang menjadi ikon masyarakat. Mereka dituduh dengan pelbagai fitnah yang tidak berasas dan beranggapan kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang . Tegasnya, ancaman fitnah merupakan implikasi buruk terhadapseseorang. MANGSA JENAYAH SIBER MENGHADAPI TUDUHAN
MANGSA MENGHASAPI TEKANAN YANG TINGGI Malah, mereka yang menjadi manga jenayah siber ini akan menghadapi tekanan yang tinggi seperti peribahasa yang menyebut berat mata memandang berat lagi bahu memikul sehingga manga menutup akaun dalam laman media sosial. Mereka akan mengurungkan diri di rumah lalu bertindak menyalahkan dir mereka sendiri. Keadaan in menyebabkan mereka menghadapi masalah kemurungan apatah lagi jika tekanan tersebut membabitkan ahli keluarga Akibatnya keluarga mangsa turut dikecam ole pelbagai pihak. Tegasnya, implikasi daripada tindakan penjenayah siber in menyebabkan mangsa bertindak di luar batas norma kehidupan manusia.
KEHILANGAN SUMBER PENDAPATAN iImplikasi buruk yang kerap diterima oleh mangsa jenayah siber ialah mereka kehilangan sumber pendapatan, diberhentikan kerja, atau ditamatkan kontrak. Mereka menjadikan laman sosial sebagai diari kehidupan mereka. Malangnya, diari kehidupan mereka telah diceroboh lalu penjenayah siber mengambil kesempatan untuk melakukan fitnah, penipuan yang mengakibatkan mangsa dibuang kerja, hilang kontrak perniagaan atau ditamatkan perkhidmatannya. Keadaan ini menyebabkan perniagaan mereka terpaksa gulung tikar disebabkan fitnah yang dilakukan ole penjenayah siber. Oleh itu, kita hendaklah berhati- hati kerana sesungguhnya pelanduk selalu lupa jerat tetapi jerat tidak pernah lupa akan pelanduk.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI JENAYAH SIBER
MEMBERI KESEDARAN MELALUI KEMPEN DAN IKLAN Langkah pertama untuk menangani jenayah siber adalah dengan memberikan kesedaran kepada masyarakat akan ancaman sebenar jenayah siber yang boleh memudaratkan kehidupan mangsa. Kempen melalui iklan di media cetak mahupun digital perlu diperluaskan dan mencapai seluruh ahli masyarakat terutamanya yang mempunyai pengetahuan cetek akan penggunaan teknologi hari ini. Pelbagai taktik yang licik digunakan penjenayah siber untuk memerangkap mangsa oleh itu, pengasimilasi dalam iklan dan kempen yang dijalankan adalah perlu supaya masyarakat betul-betul memahami dan mengambil serius akan langkah keselamatan apabila menggunakan aplikasi-aplikasi di telefon pintar masing-masing. Masyarakat juga perlu bersikap inteligensia dan madani dalam menggunakan aplikasi teknologi hari ini dan peka akan taktik-taktik baru yang digunakan penjenayah siber. Setiap input atau masalah yang berkaitan dengan jenayah siber hendaklah dikongsikan agar ia menjadi rujukan kepada golongan yang pakar dalam memastikan perkara yang telah berlaku tidak berulang serta mengenal pasti potensi ancaman keselamatan siber.
MENGKAJI DAN MEWUJUDKAN UNDANG-UNDANG SIBER Langkah seterusnya adalah pihak berkuasa seharusnya mengkaji dan memperkenalkan undang-undang yang mampu menghalang jenayah siber ini berlaku dalam negara kita. Isu keselamatan siber semakin menjadi topik tumpuan dalam konfederasi malah perbincangan antara masyarakat dalam media sosial. Maka, pihak kerajaan seharusnya mengumpulkan pakar-pakar teknologi dalam memanifestasikan fikiran agar sebuah rangka undang-undang dapat diwujudkan dalam mencegah jenayah siber. Ahli masyarakat pula harus melakukan laporan kepada pihak yang berkenaan sekiranya terbabit atau melihat sebarang kegiatan yang meragukan dan melibatkan jenayah siber agar penjenayah tersebut boleh didakwa dan dikenakan tindakan yang tegas. Tambahan pula, laman-laman sesawang kerajaan menghadapi ancaman yang besar daripada perlakuan jenayah siber ini dan pihak kerajaan seharusnya sedar dan menjadi organisasi utama yang membina laman sesawang atau aplikasi teknologi yang selamat untuk digunakan dan bebas daripada risiko jenayah. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang ditubuhkan pada 1998 perlu diperkasakan agar keselamatan siber dalam negara dapat dijamin sekaligus menggalakkan pertumbuhan ekonomi dalam negara dan menarik pelabur asing yang berasa selamat untuk menggunakan infrastuktur yang berteknologi tinggi yang kita tawarkan.
MEMPERKENALKAN PENDIDIKAN ETIKA DALAM PENGGUNAAN SIBER Selain itu, kita juga sepatutnya memperkenalkan pendidikan etika dalam penggunaan teknologi pada setiap institusi pendidikan hari ini. Hampir setiap golongan masyarakat mempunyai gajet atau telefon pintar sebagai kegunaan harian tetapi etika dan cara penggunaannya tidak dididik dengan betul. Justeru, institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti adalah tempat permulaan dalam membentuk generasi yang berilmu pengetahuan dan mampu menjadi pengubah masayarakat. Pengetahuan seperti tidak membuka emel atau pautan yang meragukan dan tidak sahih serta tidak tertipu dengan panggilan telefon yang menyuruh kita memindahkan wang tanpa hitam putih perlu diajar kepada kanak-kanak dan golongan remaja. Hal ini kerana mereka mudah dipengaruh dan digunakan oleh penjenayah siber dalam mencari keuntungan. Bak kata peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sekiranya pendidikan etika ini berjaya dilaksanakan, pihak kerajaan pula perlu membuat pendidikan atau modul pembelajaran kepada setiap agensi kerajaan seterusnya menjadi model kepada sektor swasta dalam mendidik setiap pekerja akan kepentingan keselamatan siber supaya terhindar daripada sebarang jenayah.
BEKERJASAMA SECARA MULTILATERAL DALAM MEMBANTERAS JENAYAH SIBER Akhir sekali, isu jenayah siber merupakan polemik antarabangsa kerana ia melibatkan banyak negara. Mustahak untuk pihak kerajaan mengukuhkan hubungan multilateral dengan negara-negara lain dalam mengatasi masalah jenayah siber ini. Hal ini akan membantu kerajaan untuk meningkatkan keupayaan dalam memastikan keselamatan siber dalam negara setanding dengan negara maju yang lain. Kerjasama dalam perkongsian maklumat dan pakar teknologi juga boleh direalisasikan agar kita sentiasa bersiap sedia menghadapi ancaman musuh jenayah siber. Misalnya, berlaku transaksi wang yang meragukan di luar negara dan negara tersebut bertindak melaporkan kepada negara yang terkesan maka, penggubahan wang haram dapat dikesan dan seterusnya menangkap penjenayah yang melakukan korupsi di luar negara bagi mengelak tindakan pihak berkuasa tempatan. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni berat sama dipikul, ringan sama dijinjing yeng boleh didefinisikan apabila kita bermuafakat dalam menyelesaikan sesuatu perkara sudah pasti kebaikan bersama akan diperoleh tetapi jikasebliknya hanya kerugian akan kita dapat.
LAMPIRAN
RUJUKAN
https://www.matrade .gov.my/en/compone nt/joomdoc/eIntegrit i/Hebahan/2020/Sep tember/16.APA%20I TU%20JENAYAH%20 SIBER.pdf/download https://www.courseh ero.com/file/429912 16/STM-1042docx/ https://mycompass.i o/lifestyle/ketahuijenis-jenayah-siber/ https://pendidikjalan an.blogspot.com/202 0/11/faktor- berlakunya-jenayah- siber.html?m=1 https://karangan.net /kesan-jenayah- siber/ https://www.ipendidi kan.my/langkah- mengatasi-jenayah- siber.html
TERIMA KASIH