KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MANUAL
PENGURUSAN
SEKOLAH
2
02
2
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
Isi Kandungan Muka Surat
Manual Pengurusan 2022 4
5
Bil Isi Kandungan 6
7
1 Akur Janji 8
2 Surat Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Sekolah 2022 9
3 Surat Akuan Peneriman Tugas 2022 10
4 Jawatankuasa Manual Pengurusan Sekolah 2022 11
5 Kata alu-aluan Pengetua 11
6 Carta Organisasi Sekolah 11
7 Misi & Visi KPM, JPNJ & PPDJB 12
8 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 13
9 Falsafah Sekolah 14
10 Visi dan Misi Sekolah 15-18
11 Dasar Kualiti 19-21
12 Objektif Sekolah 22-23
13 Naratif Baharu Amalan Pendidikan 24
14 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 25-26
15 Pembelajaran Abad Ke-21: Amalan dan Pelaksanaan di Sekolah 27-28
16 PLC : Profesional Learning Community 29
17 STEAM : Science-Technology-Engineering-Art-Math 30
18 Infografik : Jabatan Pendidikan Negeri Johor 31
19 TS25 32
20 Infografik Pendidikan Sivik 33-35
21 Peluasan Sekolah KBAT 36
22 Peta Pemikiran i-THINK 37-59
23 Masa Instruksional 60
24 Kerangka KSSM 61
25 Piagam Pelanggan 62-63
26 Dasar Tadbir Urus 64
27 Pelan Sekolah 64
28 Pelan Laluan Kecemasan 65
29 Senarai Guru SMK Mohd Khalid 66
30 Senarai Nama Staf Sokongan 67
31 Ahli Jawatankuasa PIBG 2020/2021 68
32 Pengurusan Briged Komuniti / Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) 69
33 Penggal Persekolahan Tahun 2022 70-73
34 Hari Kelepasan Am 2022 74
35 Jadual Waktu Pembelajaran Tingkatan 1 – 5 75
36 Takwim Pembukaan Sekolah 75
37 Jadual Guru Bertugas Mingguan/Harian 2022
38 Peraturan Dan Aturcara Perhimpunan Mingguan (Hari Ahad)
39 Jadual Penyediaan Guru Ganti (Relief)
40 Jadual Pemantauan Bangunan dan Fizikal Sekolah
1
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
41 Jadual Penyeliaan Dan Pencerapan 2022 76
42 Jadual Penilaian Bersepadu Pegawai Pendidikan (PBPPP) 2022 77
43 Jadual Semakan Hasil Kerja Murid Tahun 2022 78
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
1 Majlis Pengurusan Sekolah 80
80-81
2 Jawatankuasa Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)
81
3 Jawatankuasa Daerah (JKD Sains Men. Rendah) 82
4 Jawatakuasa SKPMg2 SEKOLAH (JKSS) 83
5 Jawatankuasa Pengurusan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan 83
(PBPPP)/LNPT 84
85
6 Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Sekolah 86
86
7 Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) 86
87
8 Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah (JPMS) 87
87
9 Jawatankuasa Kajian Tindakan / Penyelidikan dan Inovasi
88
10 Jawatankuasa ICT dan Siaraya
88
11 Jawatankuasa Perkembangan Staf/Latihan dalam Perkhidmatan (LDP)
90
12 Jawatankuasa Pengurusan Pembangunan Guru Baharu (PPGB) 91-92
13 Jawatankuasa Perancangan Strategik, Pelan Tindakan dan Pelan Operasi 92
93
14 Jawatankuasa Pengurusan Mesyuarat Guru 94
94
15 Jawatankuasa Koperasi 95
(KOPERASI SMK MOHD KHALID JOHOR BAHRU BERHAD)
98
16 Jawatankuasa KEBIRUS 99
100
PENGURUSAN KURIKULUM 100
1 Struktur Organisasi Pengurusan Kurikulum 101
2 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKKS) 102
3 Jawatankuasa Jadual Waktu Guru dan Guru Ganti 103
4 Jawatankuasa Peperiksaan dan Pentaksiran (PBS / Headcount / Dialog Prestasi) 103
5 Jawatankuasa Pelaksanaan MBMMBI / HIP 104
6 Jawatankuasa Sekolah KBAT/PAK21 104
7 Jawatankuasa Pusat Sumber dan Media 105
105
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 106
1 Struktur Organisasi Pengurusan Hal Ehwal Murid 107
2 Majlis Hal Ehwal Murid
3 Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling
4 Jawatankuasa Disiplin Murid / Lembaga Pengawas / Perhimpunan Rasmi
5 Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar / SLB / JSLC
6 Jawatankuasa 3K (Kesihatan, Kebersihan dan Keselamatan) / Kantin
7 Jawatankuasa Biasiswa, Bantuan dan Kebajikan Pelajar / Ziarah Cakna
8 Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
9 Jawatankuasa Bilik Darjah / APDM / SSDM
10 Jawatankuasa Asrama
11 Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
12 Jawatankuasa Program Pengantarabangsaan / Penandaarasan dan Immersion
13 Jawatankuasa Sidang Redaksi Majalah Sekolah
14 Guru Kelas 2022
2
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
PENGURUSAN KOKURIKULUM 109
1 Struktur Organisasi Pengurusan Kokurikulum 110
2 Majlis Kokurikulum
110-113
Senarai Guru Penasihat Aktiviti Kokurikulum
- Pasukan Unit Beruniform 114
115
3 - Persatuan Akademik 116
- Kelab Bukan Akademik 116
- Kelab Sukan dan Permainan 117
118-120
4 Struktur Organisasi Majlis Sukan Sekolah 121-125
5 Pengurusan Pembangunan Sukan Sekolah 126
6 Majlis Sukan Sekolah 127-128
7 Senarai Guru Penasihat Rumah Sukan 129
8 Logo Rumah Sukan Sekolah 130-137
9 Bidang Tugas Unit Kokurikulum 2022 138-142
10 Takwim Aktiviti Kokurikulum 2022
11 Takwim Perhimpunan Bulanan Kokurikulum 2022
12 Jadual Aktiviti Kokurikulum
13 Tempat Mesyuarat / Perjumpaan
LAMPIRAN
ANALISA PEMBERATAN TUGAS GURU 2022
3
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
SMK MOHD KHALID
JOHOR BAHRU, JOHOR
AKUAN PENERIMAAN TUGAS DAN AKUR JANJI
Kami warga pendidik / staf SMK Mohd Khalid, Johor Bahru, Johor Darul Takzim
KOMITED MELAKSANAKAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 DENGAN MEMENUHI CIRI-CIRI:
1. Bermatlamat melahirkan global player / modal insan yang bertaraf dunia
2. Melaksanakan pembelajaran abad ke-21 yang konsisten
3. Melaksanakan pengurusan berkualiti yang menyokong Pembelajaran Abad ke-21
4. Mempunyai ekosistem fizikal, emosi dan sosial yang kondusif untuk Pembelajaran Abad ke-21
5. Bertindak sebagai pemudah cara dan pembimbing dalam bilik darjah dengan Pedagogi Abad ke-21
6. Bertindak sebagai key player dan pemimpin Pembelajaran Abad ke-21 untuk mendepani perubahan
7. Melibatkan ibu bapa dan komuniti, PIBK untuk menyokong Pembelajaran Abad ke-21 dan kemajuan
pembelajaran murid.
SAYA DENGAN INI BERIKRAR MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN MEMBINA MODAL INSAN
BERTARAF DUNIA.
“ SEDERAP SEHALUAN UNGGUL DIPERTAHAN ”
Saya yang memegang amanah, Disemak dan disahkan oleh,
.......................................................... ....................................................
()
4
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sekolah Menengah Kebangsaan Mohd Khalid
Sekolah Kluster Kecemerlangan
Telefon : 072231104
: 072231104
Jalan Abdul Samad Faks :
80100 Johor Bahru Email :
smkmk1090@yahoo,com
JOHOR DARUL TAKZIM
Semua Guru dan AKP
SMK Mohd Khalid
Johor Bahru
Tuan,
PERLANTIKAN SEBAGAI KETUA/AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN SEKOLAH
SESI 2022/23
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa berdasarkan kecemerlangan dan kebolehan tuan/puan, dengan ini secara rasmi tuan
dilantik untuk mengetuai/menjadi ahli jawatankuasa seperti yang telah dicatat dalam Buku Manual Pengurusan Sekolah
2022/2023 DALAM BIDANG DAN UNIT-UNIT PENGURUSAN SEKOLAH, PENGURUSAN KURIKULUM, PENGURUSAN HAL
EHWAL MURID, PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN PENGURUSAN TUGAS-TUGAS KHAS. Lantikan ini berkuatkuasa mulai
21 MAC 2022 hingga berakhirnya Sesi Persekolahan 2022/2023.
3. Sehubungan itu, tuan hendaklah pada setiap masa patuh kepada ketua jabatan, melaksanakan kerja berdasarkan
peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur kerja serta sebagaimana yang diarahkan oleh ketua jabatan. Pada masa yang
sama, dalam membina kecemerlangan organisasi tuan hendaklah pada setiap masa mengolah pemikiran, perancangan
dan perlaksanaan yang berkesan untuk mencapai Visi dan Misi SMKMK, memastikan segala program dan aktiviti yang
dirancangkan sepanjang sesi 2022/2023 dapat dilaksanakan dengan sempurna dan mencapai matlamat yang ditetapkan
serta memberi impak besar.
4.Semoga lantikan dan amanah ini dapat dijalankan dengan penuh komitmen serta iltizam yag tinggi untuk berjaya
membina organisasi cemerlangan SMKMK Johor.
MK Truly The Best
Sekian, terima kasih.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah
(ANITA BINTI HJ MAIZAN)
Pengetua
SMK Mohd Khalid
Johor Bahru
5
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
Kepada
Pengetua
SMK Mohd Khalid
Tuan,
AKUAN PENERIMAAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 2022/2023
2. Dengan rasa penuh tanggungjawab bahawa saya : _____________________________________
No K.P _____________________________________ dengan ini menerima tugas amanah dan tanggungjawab
yang tersenarai di bawah seperti dalam Manual Pengurusan Sekolah tahun 2022/2023.
BIL. UNIT TUGAS
1. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
2. KURIKULUM
3. HAL EHWAL MURID (HEM)
4. KOKURIKULUM
2. Saya berjanji akan menunai dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan penuh dedikasi
sepertimana yang telah dinyatakan dalam surat perlantikan berdasarkan Etika Perkhidmatan Awam (Pendidikan),
Etika Perguruan dan Aku Janji Perkhidmatan.
Sekian Terima Kasih
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah Disahkan oleh :
____________________________ ________________________
() ()
6
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
JAWATANKUASA BUKU MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH
2022
Pengerusi : Anita Binti Maizan
Timbalan Pengerusi : Endong @ Maznah Binti Jusoh
Naib Pengerusi 1 : Susilawati binti Ahmad
Naib Pengerusi 2 : Noor Azean Binti Mohamed
Penyelaras 1 : Fakhrur Razi bin Ahmad
Penyelaras 2 : Hafizoh binti Abdul Rashid
Penyelaras 3 : Teo Chiang Hwui
Penyelaras 4 : Mohd Darwis bin Jasmin
Ahli Jawatankuasa : Zuraidah binti Mansor (Kurikulum)
: Rosaidah binti Japri (HEM)
: Norhafizah binti Sulaiman (Ko-kurikulum)
: Guru MyStep
7
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
.بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته دان سلام سجهترا
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam buat Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW.
Rasa syukur yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya yang berupa takdir yang
dianugerahkan sehingga kita terpilih dan dipilih memberikan warna kepada gerak langkah berorganisasi di
laman SMKMK buat kita semua.
Tahun 2022 merupakan tahun yang pasti menagih komitmen padu kita semua. Kita harus sentiasa sedar bahawa setiap
bentuk tindakan kita dalam amal buat kita akan pasti mempengaruhi dan mendatangkan respon kepada pelanggan
terutamanya anak-anak didik kita. Penerusan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia mulai tahun 2013 – 2025,
dengan sendirinya mengungkapkan secara pasti akan amanah, tanggungjawab dan bebanan yang mesti dipikul oleh
semua guru dan warga SMKMK. Apabila kita benar-benar istiqamah serta yakin dengan hala tuju kita pasti ianya akan
mampu kita jayakan bersama dengan cemerlang.
Pendidikan hari ini diolah untuk mendepani semua kehendak masa depan bagi menyediakan warga negara yang
mampu bersaing sama ada di peringkat glokal dan global. Justeru itu PdPc , MMI, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(HOTS), PAK 21 dan program- program yang diaturkan oleh PPD, JPNJ dan KPM akan terus diberi penekanan dan
keutamaan. Guru-guru perlu memberikan masa dan kesempatan yang lebih untuk bersemuka dengan murid masing-
masing. Apatah lagi sekolah kita terlibat dengan Program
Transformasi Sekolah (TS 25 ) Kohort 6.0 yang memerlukan banyak perubahan dalam amalan pendidikan. Memang
tidak dapat dinafikan bahawa perubahan–perubahan ini sedikit menganggu keselesaan dan kebiasaan kita , namun
kesediaan kita menghayati dan berinteraksi dengan perubahan ini secara profesional akan membuahkan hasil yang kita
mahukan.
Akhir kalam, setinggi penghargaan, terima kasih dan tahniah kepada Jawatankuasa Manual Pengurusan Sekolah ini
kerana berjaya menyiapkannya. Selamat bertugas dengan hati dan seluruh potensi yang kita punyai kepada semua
warga SMKMK. Semoga tahun 2022 memberi kekuatan dan kejayaan kepada kita semua, di samping mampu menjadi
penyumbang bermakna dalam kejayaan dan kecemerlangan yang menjadi milik bersama.
Sekian terima kasih.
.وبالله التوفيق والهداية والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
Anita Binti Maizan
Pengetua
SMK Mohd Khalid,
Johor Bahru.
8
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MOHD KHALID
CARTA ORGANISASI
9
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
KPM
JPNJ
PPDJB
VISI Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik
Negara Sejahtera
MISI Melestarikan Sistem Pendidikan
Yang Berkualiti Untuk Membangunkan
Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi
Negara
10
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untukmelahirkan insan yangseimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
FALSAFAH SEKOLAH
Pendidikan di SMK Mohd Khalid merupakan usaha mendidik dan membimbing secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan modal insan yang sempurna, seimbang dan harmonis
dalam akademik, berintegriti, bersahsiah mulia, berketrampilan dalam kokurikulum dan mempunyai
semangat cintakan sekolah serta melahirkan pelajar yang berilmu seterusnya menyumbang terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara
VISI SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI SEKOLAH
M elestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
11
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
DASAR KUALITI
SMK Mohd Khalid komited untuk menyediakan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan. Adalah menjadi komitmen pihak pengurusan
dan semua warga sekolah untuk mematuhi keperluan-keperluan SKPMg2 dan meningkatkan
keberkesanan secara berterusan.
12
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
OBJEKTIF SEKOLAH
A dalah tugas dan tanggungjawab sekolah ini untuk melaksanakan Dasar Pendidikan Negara dan
lain-lain rancangan pendidikan yang telah ditetapkan
dengan cemerlang. Oleh itu, objektif sekolah adalah :
1. UNTUK KEPERLUAN INDIVIDU
PENDIDIKAN MENYELURUH : Membentuk peribadi seseorang yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani , intelek dan sosial
PERKEMBANGAN POTENSI INDIVIDU : Mencungkil minat, bakat dan kebolehan individu serta
diasah, diperluas, diperkembang dan dipertingkat.
PERPADUAN : Menjalin hubungan kekeluargaan dengan pelajar, guru, kakitangan sekolah yang
berbilang kaum, agama dan budaya dengan mengukuhkan interaksi dan integrasi.
KEPEKAAN : Melatih individu supaya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang sentiasa berubah
yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai budaya dan agama.
2. UNTUK KEPERLUAN SEKOLAH
Meningkatkan pencapaian sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum supaya
mencapai ke tahap cemerlang.
Menyediakan iklim dan budaya sekolah yang kondusif untuk mempertingkatkan
pencapaian kognitif, efektif dan psikomotor para pelajar.
Menjalin hubungan dan memupuk semangat kekeluargaan dan kekitaan dalam
kalangan pelajar, guru dan kakitangan sekolah dan ibu bapa supaya bersama-sama berasa
bertanggungjawab terhadap sekolah. Rasa tanggungjawab ini akan melahirkan individu yang
mencintai sekolah dan seterusnya mencintai negara.
3. UNTUK KEPERLUAN NEGARA
Menimbulkan kesedaran bahawa pelajar-pelajar adalah tanggungan yang besar bagi
negara yang boleh dijadikan “harta” yang tidak ternilai untuk masa akan datang.
Menimbulkan generasi muda yang berdisiplin dan berpengetahuan yangdapat
memberi sumbangan yang positif terhadap masyarakat, bangsa dan negara.
Menimbulkan keadaan masyarakat yang harmoni, bersatu padu dan taat setia seperti
termaktub dalam RUKUN NEGARA.
13
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
14
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia
2013-2025
LIMA
ASPIRASI SISTEM
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia berhasrat untuk mencapai lima keberkesanan
teras pendidikan bagi menentukan kejayaan sistem pendidikan Malaysia secara
keseluruhan, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Keberhasilan yang
ditetapkan ini adalah selari dengan aspirasi yang disuarakan oleh peserta Dialog Nasional
Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan berprestasi tinggi juga menetapkan teras yang
sama yang perlu dicapai. Tindakan bagi merealisasikan lima teras berkenaan adalah penting,
dan tidak ada inisiatif dalam teras berkenaan yang boleh dilaksanakan secara berasingan,
malah perlu disepadu dan digerakkan secara bersama.
15
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
ENAM CIRI UTAMA
YANG DIPERLUKAN OLEH SETIAP MURID
UNTUK BERUPAYA BERSAING PADA
PERINGKAT GLOBAL
Untuk maju, Pelan Pembangunan Pendidikan akan terus mengunakan semangat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan bagi membangunkan pendidikan seimbang sebagai asas
pencapaian aspirasi setiap murid. Pelan ini juga merujuk sistem pendidikan berprestasi tinggi
yang dicapai oleh negara lain bagi mengenal pasti kemahiran khusus yang boleh diterapkan
kepada murid bagi membolehkan mereka menerajui pembangunan ekonomi global.
16
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
URUTAN
ANJAKAN TRANSFORMASI
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyusun transformasi yang akan dilaksanakan
dalam tiga gelombang. Transformasi pendidikan yang dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun.
GELOMBANG 1 (2013-2015)
Mengubah sistem dengan memberi
sokongan kepada guru dan memberi
fokus kepada kemahiran utama
GELOMBANG 2 (2016-2020)
Memacu peningkatan sistem
GELOMBANG 3 (2021-2025)
Menganjak ke arah kecemerlangan
melalui peningkatan tadbir urus kendiri
17
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
SEBELAS ANJAKAN UTAMA
UNTUK TRANSFORMASI SISTEM
18
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
PEMBELAJARAN ABAD KE-21:
AMALAN DAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH
Rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan
generasi abad ke-21 telah banyak diperkatakan dan
banyak bahan-bahan penulisan yang mengulas
mengenai pendidikan yang mampu memenuhi
harapan dan keperluan pendidikan masa kini dan masa
depan. Rata-rata pakar pendidikan bersetuju bahawa
kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu berubah
sesuai dengan perkembangan teknologi cyber dan
akses kepada internet yang semakin maju. Kaedah
pengajaran konvensional seperti “chalk and talk”
semata-mata kurang berhasil menarik minat murid
sebaliknya memerlukan kaedah yang lebih dinamik
dan kreatif dengan kandungan pengajaran yang
relevan sesuai dengan perkembangan semasa.
Semua pihak yang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan perlu menyedari bahawa tiada
ruang untuk tidak ikut sama melaksanakan transformasi pendidikan. Malah perubahan dalam
pendidikan perlu sentiasa seiring perkembangan zaman atau selangkah ke hadapan. Guru-guru
perlu bersedia menerima perubahan dan dapat pula mengurus perubahan dengan cekap dan
berkesan agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih segar dan memenuhi keperluan murid.
Menyedari kepentingan guru memahami dan bersedia melakukan perubahan dalam pengajaran dan
pembelajaran sesuai dengan pembelajaran abad ke-21, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
melancarkan inisiatif pembelajaran abad ke-21 secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan
pelaksanaan ke seluruh negara mulai tahun 2015. Justeru ANJAKAN keluaran kali ini akan
membincangkan pembelajaran abad ke-21 serta berkongsi maklumat beberapa model susun atur
kelas abad ke-21 sejajar dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan
transformasi pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.
19
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
Pelaksanaan pengajaran berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan penanda aras keberkesanan pendidikan abad ke-
21 seperti dihasratkan Kementerian Pendidikan Malaysia mulai tahun 2014, iaitu selaras dengan
transformasi pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
Cabaran Pendidikan Abad Ke-21
Cabaran pendidikan abad ke-21 adalah untuk menyediakan pembelajaran yang menjurus ke arah
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan mengurus bilik darjah atau ruang pembelajaran yang
lebih dinamik. Namun cabaran utama adalah bagaimana guru-guru menggunakan pelbagai sumber
sokongan teknologi serta maklumat bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang efektif
dan berkualiti serta relevan dengan perkembangan semasa. Untuk mendepani cabaran ini, guru
secara berterusan perlu mengemaskini pengetahuan (kandungan kurikulum) dan kompetensi
(pedagogi PdP) supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan akan datang.
20
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
KONSEP 4C DALAM
PEMBELAJARAN ABAD 21 (PAK21)
C - Creativity
Dalam PdPc guru mesti memasukkan unsur kreatif pada aktiviti, kreatif pada bahan, kreatif
pada soalan, dan paling penting mampu menjana pelajar untuk menjadi kreatif terutamanya
dari segi berfikir.
C - Critical Thinking
PdPc perlu ada unsur yang menggalakkan pelajar berfikir secara kritis. Ini boleh dilakukan
dengan cara teknik penyoalan yang betul.
Penggunaan tools seperti i-Think, peta minda, soalan KBAT juga mampu menggalakan
pelajar berfikir secara kreatif.
C - Collaboration
Pembelajaran pelajar berlangsung dengan cara berkolaborasi dengan rakan-rakan mereka
yang lain. Lakukan aktiviti berkumpulan atau berpasangan bagi mereka bertukar-tukar idea
dan pandangan.
Banyak strategi yang boleh digunapakai seperti Gallery Walk, Think-Pair-Share dan lain-
lain. Guru juga boleh mencari lebih banyak contoh aktiviti yang menggalakkan
pembelajaran kolaboratif dan koperatif.
C - Communication
Pelajar digalakkan untuk berkomunikasi, iaitu menggunakan apa-apa bahan dan juga
pendekatan bagi menyampaikan ilmu yang mereka fahami daripada pembelajaran.
Pembentangan, penggunaan kertas mahjong, powerpoint, gambarajah dan lain-lain
membolehkan pelajar untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan-rakan yang lain.
21
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
PLC :
PROFESIONAL LEARNING COMMUNITY
PLC ialah singkatan kepada program Profesional Learning Community. PLC merupakan
aktiviti akademik secara bersepadu berteraskan lima strategi utama sebagai usaha
menyokong usaha meningkatkan pencapaian murid dan sekolah. PLC akan menjadi simbol
usaha secara komprehensif dan cita-cita besar KPM bagi mencabar, memotivasi serta
membantu sekolah merealisasikan aspirasi Pelan Pembangunan Pembangunan Malaysia
(PPPM) 2013-2025.
"Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan
bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk
mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka".
(Rosenholtz, 1989; Little & McLaughlin, 1993; DuFour, Eaker, & Many, 2006,)
PLC merujuk amalan kolaboratif dalam kalangan pendidik yang komited dan secara
bersama-sama menetapkan matlamat atau membina wawasan dan berusaha secara kolektif
mencapai matlamat yang ditetapkan. Contohnya, matlamat bagi guru adalah untuk
memastikan pembelajaran murid dilaksanakan dengan lebih berkesan bagi membangunkan
murid yang holistik. Manakala bagi kepimpinan dan pakar bidang khusus, matlamatnya
adalah untuk memastikan rakan pemimpin dan rakan kepakaran sentiasa cemerlang dan
berwibawa. Kerjasama bagi mencapai matlamat yang sama ini menggalakkan rasa
kesepunyaan nilai, misi, kejelekitan dan memberikan peluang kepada guru dan pemimpin
sekolah untuk melibatkan diri dalam meningkatkan pembelajaran mereka sendiri. Hasilnya,
pembangunan profesionalisme dapat ditingkatkan secara berterusan sepanjang kerjaya.
22
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)
Satu trend menarik dalam perkembangan pendidikan di negara ini adalah pemantapan
komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan pendidik sebagai usaha meningkatkan
profesionalisme guru. Usaha ini selaras dengan Anjakan 4 dalam PPPM untuk
membudayakan kecemerlangan berasaskan teladan rakan setugas di bawah inisiatif
mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan. KPM berusaha
memudahcara aktiviti CPD yang dipacu oleh guru bagi membolehkan guru membimbing satu
sama lain, membangunkan dan menyebarluaskan amalan terbaik, dan sama-sama
bertanggungjawab bagi mencapai standard profesional.
Pelbagai aktiviti dalam pendekatan Komuniti Pembelajaran Profesional telah digunakan oleh
masyarakat guru di negara-negara maju. Antaranya ialah pengajaran bersama rakan guru
(team teaching), tunjuk cara dalam pengajaran (lesson demonstration), sistem sokongan
rakan sekerja (buddy support system), perkongsian pintar antara komuniti sekolah dengan
komuniti di luar sekolah, dan pengajaran secara kolaboratif (collaborative teaching). Lesson
Study sebagai satu aktiviti pengajaran dan persediaan pengajaran secara kolaboratif
semakin mendapat tempat dalam sistem pendidikan di negara-negara maju.
23
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
STEAM:
SCIENCE-TECHNOLOGY-ENGINEERING-ARTS-MATH
24
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
INFOGRAFIK:
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
25
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
26
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
Program TS25
TRANSFORMASI SEKOLAH TS25
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik
dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran
(PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013 – 2025.
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;
● Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
● Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
● Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
● Komitmen komuniti yang padu
Latar Belakang dan Objektif Program Transformasi Sekolah.
Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19
Januari 2015, telah meluluskan cadangan pelaksanaan TS25 KPM. Objektif Program Transformasi
Sekolah antara lain ialah;
● Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;
● Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur
kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan
● Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan
kemenjadian murid.
27
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
Matlamat dan Teras TS25
Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga
matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;
● Memantapkan kepimpinan sekolah
● Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan
pengajaran
● Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid
Matlamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah melahirkan
modal insan unggul melalui, yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras yang
berikut;
● Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
● Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
● Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
● Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
● Komitmen komuniti yang padu.
28
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
29
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
PELUASAN
SEKOLAH KBAT
30
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
31
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
APA ITU MASA INSTRUKSIONAL?
❖ Ia bermaksud sebagai masa yang sebenarnya digunakan untuk aktiviti pembela-
jaran tanpa gangguan
❖ Masa Instruksional perlu dilindungi. Melindungi Masa Instruksional
(MMI) melibatkan empat kategori.
Kategori Masa Melindungi Instruktional Sekolah
Kategori Penjelasan
Masa Persekolahan Jumlah masa murid hadir ke sekolah
(Allocated schooling time)
Jumlah masa murid berada dalam kelas (tidak termasuk
Masa Bilik Darjah waktu rehat, pertukaran kelas, waktu makan tengah hari
(Allocated class time) dan lain-lain). Ia merupakan subkategori masa
persekolahan
Masa Instruksional Jumlah masa yang digunakan untuk instruksional (tidak
(Instructional time) termasuk gangguan, pengurusan rekod dan lain-lain)
Masa Pembelajaran Akademik Jumlah masa intruksional di mana murid memberi per-
(Academic learning time) hatian dan menerima instruksion pada tahap pen-
guassaan tertentu serta berlakunya pembelajaran berke-
san dan bermakna.
32
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
33
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
PERUNTUKAN MASA MATA PELAJARAN KSSM
KEMENTERIAN MATA PELAJARAN DAN PERUNTUKAN MASA MINIMUM
PENDIDIKAN JAM SETAHUN KSSM MENENGAH RENDAH
MALAYSIA (TINGKATAN 1,2 DAN 3)
BIL MATA PELAJARAN TERAS
1 Bahasa Melayu 128
2 Bahasa Inggeris 112
3 Matematik 112
4 Sains 112
5 Sejarah 64
6 Pendidikan Islam 128
64 + 32*
Pendidikan Moral
64
MATA PELAJARAN WAJIB 48
64
7 Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan 64
8 Geografi 32
9 ** Reka Bentuk dan Teknologi
64
Asas Sains Komputer
10 ** Pendidikan Seni Visual 56
16
**Pendidikan Muzik
MATA PELAJARAN TAMBAHAN
11 Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun, Bahasa Semai,
Bahasa Jepun, Bahasa Perancis, Bahasa German, Bahasa Korea
Bahasa Arab di SMKA / KAA / SBPI / SMAP
Perhimpunan
34
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
PERUNTUKAN MASA MATA PELAJARAN KSSM
KEMENTERIAN MATA PELAJARAN DAN PERUNTUKAN MASA MINIMUM
PENDIDIKAN JAM SETAHUN KSSM MENENGAH ATAS
MALAYSIA (TINGKATAN 4 DAN 5)
BIL MATA PELAJARAN TERAS
1 Bahasa Melayu 128
2 Bahasa Inggeris 112
3 Matematik 112
4 Sains 112
5 Sejarah 64
6 Pendidikan Islam / Pendidikan Moral 96
MATA PELAJARAN WAJIB
7 Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan 64
Perhimpunan 16
MATA PELAJARAN ELEKTIF
ELEKTIF BAHASA
1 Bahasa Cina 64
2 Bahasa Jerman 64
ELEKTIF KEMANUSIAAN DAN SASTERA IKHTIAS 96
1 Prinsip Perakaunan 96
2 Perniagaan 64
3 Pendidikan Seni Visual
ELEKTIF STEM (SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN 96
1 Fizik 96
2 Kimia 96
3 Biologi
4 Matematik Tambahan 96
35
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
P Piagam elanggan
● Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi kehendak
individu,masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan.
● Memastikan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab
dan produktif.
● Memastikan pengajaran/pembelajaran dimulakan pada hari pertama persekolahan.
● Menentukan setiap guru dan kakitangan sokongan sekolah dapat berkhidmat dengan cekap dan
berkesan sepanjang masa.
● Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan yang
terdiri daripada pelajar,ibu bapa,masyarakat dan kerajaan.
● Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap
pelanggan yang berurusan dengan kami.
● Menentukan segala urusan surat menyurat, laporan dan maklumat diberi perhatian dan tindakan
segera dengan tepat kepada yang berkenaan.
● Mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah yang kondusif ke arah melahirkan pelajar yang
seimbang dan harmonis selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
36
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
DASAR TADBIR URUS
A. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN AM
1. 4P (PENCERAPAN DAN PEMANTAUAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN)
1.1 Setiap guru akan dicerap sekurang-kurangnya dua kali setahun.
1.2 Semua guru hendaklah sentiasa bersiap-siaga pada setiap masa untuk dicerap. RPH perlu dibawa bersama-
sama setiap kali menjalankan PdPc.
2. BILIK-BILIK KHAS
2.1 Semua guru yang menjaga bilik-bilik khas perlu memastikan bilik khas masing-masing berada dalam
keadaan kemas dan teratur.
2.2 Semua kunci perlu diserahkan kepada PK Pentadbiran atau Pembantu Operasi pada setiap hujung tahun sesi
persekolahan.
2.3 Kunci pendua perlu sentiasa ada di dalam rak simpanan kunci di pejabat.
2.4 Segala kerosakan perlu direkodkan dalam Buku Laporan Kerosakan dengan kadar segera.
2.5 Penggunaan bilik-bilik khas perlu mendapat kebenaran daripada Guru Bilik Khas tersebut dan direkod dalam
Buku Penggunaan Bilik
2.6 Guru Bilik Khas bertanggungjawab menjaga bilik-bilik khas dengan melengkapkan kad inventori dalam fail dan
mempamerkan senarai inventori di dalam bilik-bilik khas masing-masing.
3. PUSAT SUMBER SEKOLAH
3.1 Penggunaan PSS dibenarkan pada waktu PdPc dengan syarat guru mata pelajaran membuat tempahan awal
penggunaan PSS.
3.2 Semua guru hanya dibenarkan membawa murid ke PSS hanya dengan tujuan pengajaran berfokus
(penggunaan bahan bercetak dan bahan bukan bercetak)
3.3 Semua guru ganti digalakkan membawa murid ke PSS untuk mencari maklumat atau menonton rancangan
Astro yang telah dirakamkan oleh guru PSS
3.4 Guru dikehendaki menempah waktu penggunaan lebih awal kerana dikhuatiri bertindan dengan tempahan
kelas lain.
3.5 Program NILAM Pusat Sumber sekolah akan diselia sepenuhnya oleh guru-guru bahasa.
3.6 Semua guru bahasa hendaklah menyemak buku Nilam murid pada setiap bulan dan meletakkan semula buku
tersebut di rak yang disediakan setelah semakan dibuat.
3.7 Guru perpustakaan dan media (GPM) perlu menyediakan jadual penggunaan PSS bagi Program NILAM.
3.8 Semua guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib membawa murid ke PSS untuk Program NILAM
mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Guru Perpustakaan dan Media.
3.9 Semua guru yang membawa murid ke PSS wajib memastikan murid tidak membuat bising, memasukkan
kerusi bawah meja selepas digunakan dan meletakkan buku yang telah dibaca di atas troli serta mengikut
segala peraturan PSS yang ditetapkan.
3.10 Guru-guru dikehendaki menempah waktu penggunaan PSS dan Bilik Abd Rahman dan Bilik Abd Razak lebih
awal bagi mengelakkan pertembungan masa dengan kelas lain.
3.11 Hanya satu kelas sahaja dibenarkan menggunakan PSS pada satu-satu masa.
4. PENGURUSAN KEWANGAN PANITIA
4.1 Ketua panitia perlu menyediakan Anggaran Belanja Mengurus pada bulan Mac 2022 bagi anggaran tahun
semasa..
4.2 Pembelian hanya dibenarkan setelah Nota Minta diluluskan oleh Pengetua.
4.3 Ketua Panitia perlu akur dengan dasar pengurusan kewangan dan pekeliling sedia ada.
4.4 Semua pembelian perlulah dirancang bersama dengan Guru Kanan Mata Pelajaran masing-masing
4.5 Ketua Panitia perlu menyediakan Nota Minta, tiga sebut harga, SSM dan mengisi Borang Kajian Pasaran atas
segala pembelian yang dilakukan.
4.6 Bahan-bahan dalam bentuk buku, CD, carta atau peta yang dibeli hendaklah diserahkan terlebih dahulu kepada
Pusat Sumber Sekolah untuk tujuan perekodan.Semua perolehan perlu direkodkan dalam Kad Petak Kew.PS 3.
37
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
5. BUKU TEKS
5.1 Semua guru perlu menggunakan buku teks yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
5.2 Guru-guru mata pelajaran tidak digalakkan untuk membenarkan murid-murid meminjam buku teks daripada
murid lain.
5.3 Guru mata pelajaran mesti memastikan buku teks murid telah disampul dan ditulis nama.
6. KURSUS
6.1 Guru perlu menghadirkan diri dalam semua kursus yang diarahkan oleh Pengetua.
6.2 Peserta kursus perlu mengadakan kursus dalaman kepada guru-guru yang berkaitan.
6.3 Satu salinan bahan kursus dan minit curai perlu diserahkan kepada PK dan GKMP berkaitan.
7. KAJIAN TINDAKAN
7.1 Semua guru perlu menyediakan satu kajian tindakan.
7.2 Setiap panitia perlu menghantar satu kajian tindakan yang lengkap kepada Jawatan Kuasa Kajian Tindakan
Sekolah.
8. PENCETAKAN BAHAN BUKAN UJIAN / PEPERIKSAAN
8.1 Salinan bahan-bahan yang kurang daripada 100 mestilah difotostat. Manakala bilangan bahan yang melebihi
100 salinan hendaklah di “riso”.
8.2 Bahan yang hendak dicetak mesti diserahkan kepada Pembantu Operasi selewat-lewatnya tiga hari dari
tarikh diperlukan.
8.3 Semua guru dilarang menggunakan mesin fotostat dan mesin riso sekolah.
9. KERAHSIAAN DAN KENYATAAN MEDIA
9.1 Guru dan AKP perlu mengamalkan prinsip Kerahsiaan terhadap semua maklumat yang dibincangkan dalam
mesyuarat pengurusan.
9.2 Semua guru dan AKP perlu akur kepada pekeliling penjawat awam agar tidak membuat sebarang kenyataan
kepada media atau mana-mana pihak.
10. PENJIMATAN BEKALAN ELEKTRIK DAN AIR
10.1 Semua guru bertanggungjawab memastikan langkah-langkah penjimatan air dan elektrik dilaksanakan pada
setiap masa.
10.2 Semua suis lampu di kelas-kelas perlu ditutup selewat-lewatnya pada pukul 8.00 pagi kecuali keadaan cuaca
yang mendung.
11. PELAWAT
11.1 Semua guru yang berurusan dengan pelawat perlu memastikan pelawat tersebut telah mendapatkan
kebenaran dan PAS PELAWAT daripada pihak Kawalan keselamatan sekolah.
11.2 Semua guru perlu memastikan ibu bapa dan penjaga berada di ruang menunggu di One Stop Center
sekiranya ada sebarang urusan rasmi.
11.3 Semua guru hendaklah peka dengan kehadiran pelawat dan menyapa dengan menggunakan panggilan “Encik /
Tuan / Puan” secara bersopan.
12. KEHADIRAN GURU
12.1 Semua guru perlu berada di sekolah selewat-lewatnya pada 7.15 pagi.
12.2 Semua guru yang hadir ke sekolah perlu thumb print sebaik sahaja sampai ke sekolah dan sewaktu
meninggalkan kawasan sekolah.
12.3 Ketepatan masa perlu diberi keutamaan.
12.4 Guru perlu bergerak lima minit (5) awal ke kelas supaya PdPc dapat dilaksanakan tepat masa.
38
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
13.KETIDAKHADIRAN GURU
13.1 Guru-guru yang tidak dapat hadir ke sekolah atas sebab kecemasan perlu memaklumkan kepada Pengetua, PK
Pentadbiran dan Guru Kanan Mata Pelajaran selewat-lewatnya pukul 7.00 pagi untuk urusan relief.
13.2 Guru-guru yang tidak hadir kerana menghadiri kursus / tugasan rasmi di luar perlu memaklumkan kepada
Pengetua dan PK Pentadbiran lebih awal dengan memaklumkan dalam Aplikasi Telegram MK Rasmi.
13.3 Semua guru yang tidak hadir disebabkan menghadiri kursus / tugasan rasmi di luar yang terancang perlu
menyediakan modul latihan untuk diberikan kepada murid. Modul Latihan perlu diserahkan kepada GKMP.
13.4 Guru yang cuti sakit perlu menyerahkan sijil cuti sakit ke pejabat sebaik sahaja kembali ke sekolah.
13.5 Permohonan cuti rehat khas perlu diisi secara dalam talian dalam aplikasi HRMIS. Guru perlu berbincang
dengan Pengetua terlebih dahulu dan memaklumkan kepada PK Pentadbiran.
14. URUSAN DI PEJABAT
14.1 Guru dibenarkan berada di ruang pejabat atas urusan rasmi.
14.2 Guru tidak dibenarkan duduk di ruangan kerja atau menggunakan komputer di pejabat atas faktor keselamatan
maklumat.
14.3 Sila berhubung dengan Ketua Pembantu Tadbir (KPT) atas sebarang urusan rasmi perkhidmatan.
15. MINIT CURAI
15.1 Guru yang menghadiri mesyuarat / kursus / aktiviti luar sekolah perlu menyediakan dan menyerahkan satu
laporan minit curai kepada Pengetua / PK Pentadbiran dan satu salinan lagi untuk simpanan fail sekolah (buku
minit curai) di pejabat.
16. TELEFON PEJABAT
16.1 Telefon pejabat boleh digunakan untuk urusan rasmi.
17. TEMPAT LETAK KENDERAAN
17.1 Parkir berbumbung disediakan untuk pentadbir dan pengurusan.
17.1 Kenderaan guru dan AKP diletakkan di lot-lot parkir yang disediakan di kawasan sekolah setiap masa
termasuk hari Sabtu.
17.2 Petak larangan parkir perlu dikosongkan sepanjang masa untuk urusan kecemasan / kenderaan pelawat.
18. KELUAR MASUK SEMASA WAKTU BEKERJA
18.1 Semua urusan peribadi perlu diuruskan di luar waktu bekerja kecuali kecemasan. Guru dan AKP yang
mempunyai urusan rasmi atau peribadi di luar tempat bertugas semasa waktu persekolahan/ bekerja
perlulah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pengetua / PK Pentadbiran atau daripada pentadbir
yang ada pada masa itu mengikut hierarki jawatan jika ketiadaan Pengetua di sekolah.
18.2 Sekiranya urusan peribadi semasa waktu PdPc, cikgu perlu menguruskan guru ganti yang sukarela untuk
menggantikan kelas dan maklumkan kepada Pengetua/PKP
18.3 Urusan atas sebab kecemasan perlu dimaklumkan kepada Pengetua/ PK Pentadbiran segera.
18.4 Sila rujuk Perintah Am 5 Bab G untuk maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan prosedur keluar masuk
semasa waktu bekerja.
18.5 Guru / AKP perlu melengkapkan Buku Rekod Pergerakan Guru & Kakitangan Sekolah Malaysia sebelum
dan sebaik kembali ke sekolah.
19. BUDAYA MENCATAT
19.1 Guru perlu mengamalkan budaya mencatat semasa menghadiri Mesyuarat / taklimat / bengkel / perhimpunan.
20. MESYUARAT / TAKLIMAT / BENGKEL
20.1 Guru / AKP wajib hadir mesyuarat atau taklimat yang ditetapkan.
20.2 Guru / AKP perlu memberikan tumpuan dan melibatkan diri secara aktif semasa mesyuarat, taklimat dan
bengkel yang dihadiri apabila diperlukan.
20.3 Guru tidak dibenarkan menyemak buku latihan murid mahupun memeriksa kertas ujian / peperiksaan atau
berbual-bual kosong / menggunakan telefon bimbit semasa mesyuarat / taklimat dijalankan.
39
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
21. PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
21.1 Semua guru perlu memahami dengan mendalam peraturan-peraturan sekolah.
21.2 Semua guru diwajibkan menegur murid yang melanggar disiplin pada setiap masa.
21.3 Semua guru ialah guru disiplin.
21.4 Semua guru hendaklah mahir dalam mengawal kelas (class management).
22. PERGERAKAN MURID
22.1 Semua guru perlu mengawal pergerakan murid-murid semasa kelas sedang berlangsung supaya
keberadaan murid di dalam kelas di tahap maksimum.
22.2 Semua guru perlu memastikan murid-murid memakai ‘Pas Keluar’ sekiranya ingin ke tandas atau perlu
bergerak ke tempat-tempat yang diarahkan.
22.3 Waktu pertama, waktu sebelum dan selepas rehat dan waktu terakhir sebelum balik ialah WAKTU
BERTENANG dan murid dilarang ke tandas kecuali kecemasan.
23. GURU KELAS DAN PENYELARAS TINGKATAN
23.1 Guru kelas ialah individu yang paling rapat dan juga paling tepat untuk mendisiplinkan murid- murid dalam
kelasnya termasuk penampilan diri murid.
23.2 Guru kelas perlu mengetahui semua latar belakang, kemampuan dan permasalahan murid kelas masing-
masing..
23.3 Guru kelas perlu melaporkan masalah murid kepada guru yang berkaitan seperti Guru Disiplin, Guru
Kaunseling, PK HEM dan Pengetua.
23.4 Guru kelas diminta kerap berbincang mengenai pembelajaran dan penglibatan murid dalam aktiviti harian di
sekolah.
23.5 Guru kelas perlu cakna dengan kehadiran murid. Sekiranya perlu, guru kelas hendaklah menghubungi ibu
bapa / penjaga .
23.6 Semua guru kelas perlu menyediakan Jadual Bertugas Kelas agar murid-murid menceriakan, membersihkan
dan menyah kuman (sanitasi) kelas setiap pagi dan sebelum pulang seperti yang ditetapkan dalam jadual
bertugas harian.
23.7 Gunakan kata-kata yang positif semasa bercakap, bukan menyindir dan bukan kata-kata yang melemahkan
semangat dan memalukan murid.
23.8 Guru mata pelajaran waktu terakhir perlu memastikan:
i. Bakul sampah telah dikosongkan
ii. Kelas telah dibersihkan.
iii. Kipas dan lampu ditutup.
iv. Menutup pintu dan tingkap
v. Bergerak bersama-sama murid mengikut laluan yang ditetapkan.
23.9 Setiap guru kelas WAJIB mengemas kini kehadiran murid dalam sistem eHadir APDM
selewat-lewatnya jam 8.50 pagi.
23.10 Sekiranya guru kelas tidak hadir, Penyelaras Tingkatan bertanggungjawab mengemas kini
kehadiran.
23.11 Guru kelas mestilah menghubungi ibu bapa atau penjaga bagi murid yang tidak hadir lebih daripada
3 hari. Sila maklumkan kepada PK HEM dan kaunselor bagi tujuan lawatan CAKNA.
24. WAKTU BERTUGAS RASMI
Ahad, Isnin, Selasa dan Khamis : 7.15 pagi - 2.30 petang
Rabu : 7.15 pagi - 2.30 petang (jika perjumpaan kokurikulum di sesi petang)
40
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
25. TUGAS GURU
25.1 Guru akan diberi tugas-tugas Pentadbiran, Kurikulum, HEM dan Kokurikulum. Guru mesti
melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.
25.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau arahan misalnya menghadiri
mesyuarat, urusan rasmi di Jabatan Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah atau ke sekolah
lain, guru hendaklah hadir. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain
menggantinya tanpa pengetahuan dan keizinan Pengetua. Jika tugas itu terpaksa dijalankan
oleh pihak lain atas persetujuan sesama sendiri, maka hal tersebut mesti dimaklumkan kepada
Pengetua.
26. REKOD MENGAJAR HARIAN ( RPH ) DAN e-REKOD MENGAJAR HARIAN ( e-RPH)
26.1 Setiap guru WAJIB menyediakan Rancangan Mengajar Harian (RPH/e-RPH) setiap hari.
26.2 Semua guru perlu mencetak RPH dan menghantar dalam fail transit mingguan setiap hari
Khamis kepada penyemak masing-masing untuk semakan dan ditandatangani oleh Pengetua/
26.3 Penolong Kanan/Guru Kanan Mata Pelajaran masing-masing. Fail mingguan ini mengandungi
26.4 salinan Jadual Waktu guru , Rancangan Mengajar dan Pembelajaran Harian sepanjang
minggu tersebut beserta RPH hari Ahad minggu berikutnya.
Fail Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan.
Rekod Pengajaran dan Pembelajaran Harian boleh hendaklah diurus dengan sempurna dan
dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.
27. Jadual Waktu
27.1 Guru tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan Jadual Waktu untuk dipamerkan di kelas
masing-masing.
27.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.
41
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
KURIKULUM
1. Hala Tuju
Meningkatkan pencapaian prestasi akademik semua murid
1.1. Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
1.1.1 100 % murid menguasai semua mata pelajaran PT3.
1.1.2 Peratus murid memperolehi ‘A’ dalam semua mata pelajaran meningkat berbanding tiga
tahun pencapaian terbaik.
1.1.3 95% murid tingkatan 3 mencapai minimum TP4 dalam setiap mata pelajaran pada tahun
2022
1.2 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
1.2.1 100 % murid layak mendapat sijil SPM
1.2.2 Gred Purata Sekolah (GPS) semakin kecil berbanding 3 tahun terbaik dalam peperiksaan.
1.2.3 Peratus murid cemerlang meningkat berbanding 3 tahun terbaik.
1.3 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
1.3.1 100% murid Tingkatan 1 menguasai semua mata pelajaran.
1.3.2 100% murid Tingkatan 2 menguasai semua mata pelajaran
1.3.3 100% murid Tingkatan 3 menguasai semua mata pelajaran.
1.3.4 100% murid Tingkatan 4 menguasai semua mata pelajaran dengan Gred Purata Sekolah
lebih baik berbanding PPT
1.4 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
1.4.1 90 % murid tingkatan 1 – 5 menguasai semua mata pelajaran dengan pencapaian minimum
TP 4.
1.4.2 10 % murid tingkatan 1 – 5 menguasai semua mata pelajaran dengan pencapaian minimum
TP 3.
1.5 KERJA KURSUS
1.5.1 Semua Kerja Kursus Mata Pelajaran PT3 dan SPM dilaksanakan mengikut tempoh yang
telah ditetapkan..
1.5.2 Guru bertanggungjawab membimbing murid untuk melaksanakan Kerja Kursus dengan
cemerlang.
2 PROGRAM NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) - NILAM yang ditambahbaik.
2.1 Penglibatan semua warga sekolah amat digalakkan dalam melaksanakan program dan aktiviti
membaca merentasi kurikulum.
2.2 Bahan bacaan terdiri daripada dua jenis bahan iaitu buku dan bahan bukan buku yang terdiri
daripada pelbagai format dan diperoleh daripada pelbagai sumber.
2.3 NILAM yang ditambah baik merupakan kesinambungan kepada program NILAM yang ter-
dahulu dan lebih berfokus kepada kualiti pembacaan berbanding kuantiti bahan dibaca dalam
NILAM terdahulu.
2.4 Tahap pelaksanaan lebih memberi perhatian kepada kualiti bahan bacaan yang dibaca di
samping mengekalkan kuantiti bacaan.
42
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
Jumlah Muka Surat Mata Kod
Min Max Ganjaran
M1.10
SEKOLAH 31 60 10 M1.20
MENENGAH 61 90 20 M1.30
(TINGKATAN 1– 91 120 30 M1.40
TINGKATAN 5) 121 150 40 M1.50
151 Lebih daripada 151 50
2.5 Pengiktirafan Sekolah Menengah:
PENGIKTIRAFAN Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – Tingkatan 5)
1 BINTANG 120 – 239
2 BINTANG 240 – 359
3 BINTANG 360 – 479
4 BINTANG 480 – 599
5 BINTANG 600 ke atas
43
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
3 MESYUARAT
3.1 Mesyuarat JKKS
Ketua Bidang Mata Pelajaran (GKMP) dan ketua-ketua panitia perlu menghadiri mesyuarat
Kurikulum sekurang-kurangnya 4 kali setahun mengikut standard piawaian Jabatan Pelajaran
Johor.
3.2 Mesyuarat Panitia.
3.2.1 Ketua panitia perlu mengendalikan mesyuarat panitia sekurang-kurangnya 4 kali
setahun dan minit mesyuarat perlu disiapkan dalam tempoh masa 7 hari dari
tarikh mesyuarat dan difailkan di Fail Induk Panitia dan dimuatnaik dalam Folder
Panitia dalam Dashboard Guru SMK Mohd Khalid bersama-sama:
a) surat panggilan mesyuarat
b) senarai kehadiran dan edaran mesyuarat
c) maklum balas mesyuarat
3.2.2 Semua guru mata pelajaran yang terlibat perlu hadir.
3.2.3 Mesyuarat Panitia perlu mengandungi agenda rutin dan agenda pembangunan mata
pelajaran.
4 SISTEM FAIL
4.1 Ketua Panitia berperanan menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit mesyuarat
atau laporan mesyuarat, surat-menyurat, laporan dan rekod-rekod yang berkaitan
(perkara 3.4.1.4 SPI Bil. 4/1986).
4.2 Fail kurikulum yang perlu diuruskan dan dilengkapkan dari semasa ke semasa ialah
a) Fail Induk
b) Folder Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran ( DSKP)
c) Folder Pentaksiran / Penilaian
d) Folder Kecemerlangan
4.3 Fail Induk berada di bawah seliaan Pembantu Operasi dan Fail Panitia di almari pejabat adalah di
bawah tanggungjawab Ketua Panitia .
4.4 Ketua Panitia bertanggungjawab memastikan fail panitia dan E-folder panitia masing-masing
diurus dengan baik dan dikemaskini.
5 JADUAL WAKTU
5.1 Guru Kelas hendaklah menyediakan satu salinan Jadual Waktu untuk dipamerkan di kelas.
5.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.
6. GURU GANTI/RELIEF
6.1 Guru yang diberi relief perlu masuk ke kelas dan melaksanakan PdPc.
6.2 Sila rujuk SPI Bil 3/1981
44
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
7 WAKTU PERSEKOLAHAN
● Guru masa pertama masuk jam 7.20 pagi
Bahasa Cina / Bahasa Tamil - Luar Jadual Waktu (LJW)
Tingkatan 1,2 dan 3 – Selasa : 2.00 – 4.00 petang
Tingkatan 4 dan 5 – Ahad : 2.00 – 4.00 petang
Bahasa Jerman – Luar Jadual Waktu (LJW)
Tingkatan 4 – Isnin : 2.00 – 4.00 petang
Tingkatan 5 – Khamis : 2.00 – 4.00 petang
8 PBS :UJIAN / PEPERIKSAAN
8.1 Pentaksiran Sekolah dilaksana dalam bentuk pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses
pengajaran dan pembelajaran dan pentaksiran sumatif di akhir unit pembelajaran, semester atau tahun.
8.2 Setiap Panitia perlu menentukan dan melantik penyedia/penggubal Jadual Spesifikasi Item (JSI)untuk
setiap tingkatan bagi setiap ujian, peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan akhir tahun dan
peperiksaan percubaan.
8.3 JSI untuk setiap tingkatan perlu ada semakan Ketua Panitia dan GKMP.
9 Kertas Soalan Ujian
9.1 Soalan ujian tidak memerlukan muka hadapan.
9.2 Saiz font ialah 12 dan jenis “Times New Roman”.
9.3 Kertas soalan perlu dihantar untuk diperbanyakkan selewat-lewatnya 5 hari bekerja sebelum tarikh ujian.
10 Kertas Soalan Peperiksaan
10.1 Kertas peperiksaan perlu mempunyai muka surat hadapan seperti yang ditetapkan oleh Unit Peperiksaan
SMK Mohd. Khalid.
10.2 Saiz font ialah 12 dan menggunakan jenis “Times New Roman”.
10.3 Kertas peperiksaan perlu disemak oleh Ketua Panitia masing-masing dan disahkan oleh GKMP atau PK
Pentadbiran.
10.4 Setiap penggubal soalan perlu menyediakan soalan dan skema jawapan/panduan pemarkahan
45
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
berdasarkan JSI yang telah ditetapkan.
10.5 Kertas soalan perlu dihantar untuk diperbanyakkan selewat-lewatnya 5 hari bekerja sebelum tarikh
peperiksaan.
11 Penandaan dan Pemarkahan
11.1 Guru Mata Pelajaran perlu menyemak skrip jawapan murid mengikut pengskoran yang disediakan oleh
penggubal soalan.
11.2 Penandaan hendaklah disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
11.3 Moderasi perlu dijalankan oleh Ketua Panitia sebanyak 10 skrip setiap guru untuk tujuan Penjaminan
Kualiti.
11.4 Skrip jawapan yang telah disemak perlu diserahkan semula kepada murid-murid seminggu selepas
Dialog Prestasi Peperiksaan.
11.5 Skrip jawapan peperiksaan akhir tahun bagi murid-murid tingkatan 1, 2, 3 dan 4 perlu disimpan dan
diserahkan semula kepada murid-murid pada tahun berikutnya.
11.6 Semua guru mata pelajaran bertanggung jawab untuk masukkan markah dalam Sistem Analisa
Peperiksaan Sekolah (SAPS) mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.
12 Analisis Item, Post-Mortem dan HeadCount
12.1 Analisis item dan ‘post – mortem’ perlu dibuat setelah selesai bagi semua peperiksaan kecuali bagi mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Moral (menengah rendah) dan Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan.
12.2 Bagi ujian hanya ‘post-mortem’ sahaja perlu disediakan.
12.3 Ketua Panitia perlu memastikan ‘post-mortem’ disiapkan dan dihantar kepada SU PBD mengikut tempoh
yang ditetapkan.
12.4 Semua guru mata pelajaran perlu menyediakan laporan headcount bagi setiap murid kelas masing-
masing.
13 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
13.1 PBD dilaksanakan dalam semua mata pelajaran dalam proses PdPc harian dan secara berterusan. PBD
dilaksanakan secara formatif dan sumatif mengikut keupayaan dan keperluan murid
13.2 Setiap guru mata pelajaran perlu merancang PdPc dan menentukan kaedah pentaksiran dengan
meneliti dan memahami kandungan dalam DSKP.
13.3 Setiap guru mata pelajaran perlu melaksanakan PBD melalui pelbagai kaedah pentaksiran berdasarkan
Standard Prestasi
13.4 Setiap guru perlu merekod dan menganalisis penguasaan murid untuk tindakan susulan
13.5 Setiap guru perlu menyediakan Rekod Jajaran PBD untuk setiap kelas yang terlibat dan rekod ini perlu
dibawa ke kelas untuk setiap PdPc.
13.6 Guru mata pelajaran menentukan Tahap Penguasaan murid berdasarkan pengetahuan, pengalaman,
tanggungjawab profesional guru dan hasil pentaksiran murid.
13.7 Setiap guru mata pelajaran perlu melapor tahap penguasaan dan perkembangan murid sekurang-
kurangnya dua kali setahun
13.8 Penjaminan kualiti PBD adalah tanggungjawab GKMP. Penjaminan kualiti di peringkat sekolah perlu
dilaksanakan untuk memastikan kelancaran dan ketepatan pelaksanaan pentaksiran dalam bilik darjah.
14 PEMANTAUAN BUKU LATIHAN MURID
14.1 Semua guru perlu menghantar buku-buku latihan murid bagi tujuan semakan sebanyak dua kali
setahun.
14.2 Semua guru perlu mematuhi jadual semakan yang telah ditetapkan.
14.3 Sebarang masalah ketidakakuran perlu dimaklumkan kepada Pengetua
HAL EHWAL MURID
1. Hala Tuju : Pencapaian Kemahiran Insaniah yang tinggi oleh semua murid.
1.1 100% murid mempelihatkan sikap dan perlakuan positif pada tahun 2022 dengan 20% menunjukkan
sahsiah yang amat baik.
46
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
1.2 Salah laku disiplin:
1.2.1 salah laku ringan berkurangan kepada 1.5%
1.2.2 tiada salah laku sederhana
1.2.3 tiada salah laku berat
1.3 Kehadiran ke sekolah:
1.3.1 97% kehadiran murid ke sekolah
1.4 Kemahiran Insaniah:
1.4.1 98% murid menunjukkan Kemahiran Insaniah yang tinggi.
2. DASAR 1 : MESYUARAT HEM
2.1 Semua Jawatankuasa di bawah HEM perlu menjalankan tugas sebagaimana yang telah ditetapkan dengan
penuh rasa tanggungjawab.
2.2 Jawatankuasa HEM berikut perlu mengadakan mesyuarat pengurusan bagi JK masing- masing sebanyak 4
kali setahun.
• Lembaga Disiplin Sekolah
• Lembaga Pengawas
• Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling
• Pengurusan Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan (3K)
• Program Pembangunan Insan
• Pengurusan Bantuan & Biasiswa
• Pengurusan RIMUP
• Sidang Redaksi Majalah / SPBT
• Pengurusan Asrama
• Pengurusan Kantin
3. DASAR 2 : GURU
3.1 Semua guru di sekolah ini adalah ibu bapa kedua kepada semua murid di sekolah ini ( in-loco parentis).
3.2 Kebajikan dan kepentingan murid akan sentiasa diberi keutamaan dalam setiap tindakan dan keputusan
yang dibuat oleh guru.
3.3 Semua guru perlu melayan murid dengan penuh kasih sayang, adil dan bertimbang rasa ke atas semua
permasalahan pelajar tanpa mengira jantina, bangsa dan agama.
3.4 Guru hendaklah memahami dan mengenali murid yang sering menimbulkan masalah disiplin dan
memberikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi mendapatkan kerjasama.
4. DASAR 3 : PENDAFTARAN MURID BAHARU
4.1 MURID BAHARU
4.1.1 Semua murid tingkatan 1 wajib mendaftar pada tarikh yang ditetapkan oleh pihak sekolah
sebelum sesi persekolahan dibuka.
4.1.2 Semua murid baharu wajib mempunyai fail peribadi dan dokumen lengkap yang ditetapkan oleh
pihak sekolah.
4.1.3 Setiap maklumat murid akan didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan
Buku Rekod Pendaftaran dan diberikan Nombor Pendaftaran Sekolah.
4.1.4 Guru Tingkatan menerima murid baharu daripada PK HEM (Status kewarganegaraan telah dikenal
pasti oleh PK HEM terlebih dahulu).
4.1.5 Guru Tingkatan hendaklah menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk biasiswa /
bantuan dan laporkan kepada Guru Biasiswa.
4.1.6 Guru Tingkatan mengenal pasti murid berkeperluan khas dan memerlukan bantuan khas (anak
yatim, murid miskin, dll) dan melaporkan kepada PK HEM untuk tindakan lanjut.
4.2 MURID LAMA
4.2.1 Senarai nama yang lengkap beserta maklumat murid akan diserahkan kepada guru tingkatan
pada awal sesi persekolahan minggu pertama oleh Guru Data.
47
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
4.2.2 Senarai nama murid lama hendaklah melalui tapisan AJK Disiplin terlebih dahulu untuk mengelakkan
sekelompok kumpulan pelajar bermasalah yang dikumpulkan dalam satu kelas yang sama. Ini adalah
untuk mengelakkan masalah disiplin yang berpanjangan.
5 DASAR 4 : KEHADIRAN MURID
5.1 Semua murid wajib hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan dan juga pada hari Rabu di mana
aktiviti Kokurikulum dijalankan.
5.2 Murid dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah tanpa sebab yang munasabah. Sekiranya
murid tidak sihat, sijil sakit perlu diserahkan kepada pihak sekolah. Ibu bapa/penjaga perlu menyerahkan
surat kenyataan sebagai bukti ketidakhadiran. Makluman melalui aplikasi WhatsApp, Telegram atau E-mail
atau telefon tidak boleh dijadikan bukti ketidakhadiran murid.
5.3 Semua murid wajib menghadiri kegiatan kokurikulum yang dijalankan dan program - program yang
dirancangkan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
5.4 Murid yang hadir lewat selepas pukul 8.30 pagi tidak akan diambil kedatangan dan dikira tidak hadir ke
sekolah jika tiada alasan yang munasabah.
5.5 Pelajar yang lewat perlu berjumpa dengan PK HEM atau mana-mana Penolong Kanan sebelum masuk
ke kelas .
6 DASAR 5 : PENGURUSAN DISIPLIN
6.1 Setiap murid mesti mempunyai Buku Catatan dan Peraturan Sekolah dan sentiasa membawanya setiap
hari ke sekolah. Murid perlu sentiasa mematuhi peraturan sekolah yang ditetapkan.
6.2 Sekolah mempunyai Lembaga Disiplin yang terdiri daripada Pengetua dan semua Penolong Kanan serta
guru-guru disiplin
6.3 Semua masalah disiplin perlu direkodkan dan dilaporkan dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM).
6.4 Hukuman yang dikenakan perlulah mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh KPM dan setimpal
dengan kesalahan murid.
6.5 Murid yang sering melanggar peraturan sekolah akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin.
6.6 Ibu bapa / penjaga akan dipanggil hadir ke sekolah bagi membincangkan masalah disiplin anak yang
serius atau berulang melebihi 3 kali.
6.7 Sekolah akan mengamalkan pendekatan "Nasihat Dan Bimbingan" dalam menangani permasalahan
disiplin murid.
6.8 Semua guru perlu merekod Amalan Baik yang dilakukan oleh murid dalam SSDM.
6.9 SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN (SPI Bil.10/2001 bertarikh 24 September 2001) . Oleh itu
guru-guru mestilah memastikan murid mematuhi semua peraturan sekolah pada setiap masa.
6.10 Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika didapati murid melakukan kesalahan disiplin.
6.11 Semua guru perlu menjadi role model - contoh teladan yang baik kepada murid-murid. Contohnya
guru-guru hendaklah datang awal ke sekolah, sebelum pukul 7.15 pagi setiap hari. Kelewatan guru
memasuki kelas setiap pagi akan menyebabkan guru tersebut tidak dapat mengesan pelajar yang lewat
datang ke sekolah atau lewat masuk ke kelas.
6.12 Murid tidak dibenarkan sama sekali untuk membawa telefon bimbit ke sekolah. Pihak sekolah akan
membuat satu perjanjian bertulis dengan ibu bapa jika anak mereka didapati membawa telefon bimbit.
Murid boleh membawa laptop atau tablet dengan kebenaran guru mata pelajaran yang memerlukan
peralatan tersebut digunakan. Sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan pihak sekolah tidak akan
bertanggungjawab sama sekali.
6.13 Murid lelaki tidak dibenarkan sama sekali untuk menyimpan rambut panjang, misai dan janggut.
6.14 Pihak sekolah akan membuat satu perjanjian bertulis dengan ibu bapa jika anak mereka didapati
menyimpan rambut panjang atau berfesyen (tidak menepati potongan rambut sebagai seorang pelajar),
pihak sekolah berhak menelefon ibu bapa untuk mengambil anak mereka dan menasihatkan ibu bapa agar
rambut anak mereka mengikut pekeliling yang telah diwartakan oleh KPM.
6.15 Pelajar yang tiga kali lewat ke sekolah akan dipanggil oleh guru disiplin untuk mengambil surat
pemberitahuan dan diserahkan terus kepada ibu bapa (by hand). Surat yang dipos ke alamat rumah akan
menyusul kemudian.
6.16 Pemeriksaan mengejut boleh dijalankan dari semasa ke semasa ke atas murid semasa berada di kelas
atau tapak perhimpunan atas arahan pihak pentadbir.
48
Manual Pengurusan SMK Mohd Khalid
TAHUN 2022
6.17 Guru Disiplin bersama guru tingkatan atau guru mata pelajaran akan menjalankan pemeriksaan mengejut
dengan disaksikan oleh murid berkenaan.
6.18 Barang larangan akan diambil dan maklumat murid tersebut akan direkod dalam Buku Rampasan dan
kad disiplin murid serta APDM.
● Barangan larangan akan disimpan di dalam bilik PK HEM / Bilik Disiplin.
● Barangan rampasan seperti telefon bimbit (Kes Kesalahan kali pertama) hanya boleh dituntut balik
oleh ibu bapa/penjaga selepas berjumpa dengan PK HEM / Ketua Guru Disiplin dengan
menandatangani surat perjanjian.
● Barangan rampasan yang tidak dituntut selepas satu tahun akan dilupuskan setelah diputuskan
dalam mesyuarat AJK Lembaga Disiplin.
6.19 Kehilangan barangan berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-murid.
6.20 Murid-murid hanya dibenarkan membawa sebanyak RM30.00 sahaja pada satu satu masa. Jika perlu
membawa wang yang lebih perlu rujuk kepada guru kelas / guru disiplin atau PK Hem.
7 DASAR 6 : PELANTIKAN PENGAWAS
7.1 Diadakan pada penghujung tahun untuk tahun berikutnya.
7.2 Pemilihan oleh guru pengawas berdasarkan pemilihan dan cadangan oleh guru tingkatan, guru mata
pelajaran serta UBK.
7.3 Pemilihan Ketua, Penolong Pengawas dan pengawas dibuat oleh Lembaga Pengawas dan Lembaga
Disiplin Sekolah.
7.4 Nama calon pengawas hendaklah dipamerkan dan dinilai oleh guru-guru terutama Guru Tingkatan sebagai
tapisan kedua bagi menjamin kualiti pengawas yang bakal dilantik.
7.5 Ibu bapa/ Penjaga diberitahu tentang pemilihan pada hujung tahun untuk persediaan pakaian murid.
7.6 Pengawas yang baru dilantik akan diberi tempoh percubaan selama sebulan.
8 DASAR 7 : KESELAMATAN
8.1 Semua murid yang hadir ke sekolah untuk sebarang aktiviti hendaklah terus masuk ke kawasan sekolah.
8.2 Murid akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah pada waktu
persekolahan.
8.3 Semua murid memiliki insurans perlindungan kemalangan (Skim Takaful Pelajar Malaysia).
8.4 Ibu bapa atau penjaga sah yang ingin membawa murid keluar perlu menulis nama di dalam Buku
Kebenaran Keluar yang terdapat di pejabat.
8.5 Setiap aktiviti yang dilaksanakan di luar kawasan sekolah perlu mendapat kebenaran pihak sekolah /
Pejabat Pendidikan Daerah / Jabatan Pendidikan Negeri dan ibu bapa / penjaga murid. Sebarang aktiviti di
luar sesi pembelajaran dan pengajaran mestilah diiringi oleh guru dengan nisbah 10 orang murid dan
seorang guru pengiring. Sekiranya terdapat seorang murid perempuan atau lebih dalam 10 orang jumlah
murid berkenaan maka guru pengiringnya hendaklah seorang guru perempuan.
8.6 Semua murid yang terlibat dengan aktiviti luar sekolah mestilah mematuhi prosedur yang telah ditetapkan
oleh pihak sekolah.
8.7 Sekolah mesti memastikan bahawa latihan kebakaran (fire drill) dijalankan sekurang-kurangnya sekali
setahun. Sekolah perlu memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi dengan baik.
8.8 Semua warga sekolah bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi Sekolah Selamat diamalkan dan
dipatuhi setiap masa demi mewujudkan iklim sekolah yang selamat.
8.9 Pintu pagar sekolah mestilah ditutup dan mana-mana pelawat yang ingin berurusan dengan pihak sekolah
mesti menandatangani Buku Rekod Pelawat dan mendapatkan Pas Pelawat terlebih dahulu.
9 DASAR 8 : KESIHATAN
9.1 Sekolah akan memastikan tahap kesihatan murid sentiasa baik melalui program-program kesihatan seperti:
9.1.1 Pemeriksaan Gigi setahun sekali
9.1.2 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
9.1.3 Ceramah dan kempen yang dirancang oleh pihak sekolah.
9.2 Ibu bapa/penjaga akan dihubungi sekiranya murid tidak sihat semasa berada di sekolah. Rawatan awal
49