SMK KAMPONG SOEHARTO 44010 KUALA KUBU BHARU, SELANGOR DARUL EHSAN KAJIAN TINDAKAN Meningkatkan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Mengingat Format Penyata Kewangan Dalam Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan Dengan Menggunakan Kaedah AKRONIM SAIFUL WIZANI BIN SUHAT @ SUHAN SMK Kampong Soeharto, 44010 Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Meningkatkan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Mengingat Format Penyata Kewangan Dalam Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan Dengan Menggunakan Kaedah AKRONIM SAIFUL WIZANI BIN SUHAT @ SUHAN SMK Kampong Soeharto, 44010 Kuala Kubu Bharu, Selangor. ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan dan mengatasi masalahmasalah yang dihadapi oleh murid yang mengambil Prinsip Perakaunan SPM dalam menjawab soalan penyata kewangan. Kajian ini dilaksanakan oleh 20 orang murid Tingkatan 4 Akaun tahun 2022, SMK Kampong Soeharto. Tinjauan awal dilaksanakan dengan membuat pemantauan berdasarkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 4 2022 dan Peperiksaan Akhir Tahun 2022. Kajian ini akan terus dilaksanakan terhadap murid-murid kelas yang sama pada sesi 2023/2024 semasa Peperiksaan Pertengahan Tahun 2023 dan Peperiksaan Percubaan SPM Tahun 2023 yang dilaksanakan di sekolah. Hasil tinjauan didapati murid tidak mahir dalam menyelesaikan masalah bagi topik ini kerana mereka tidak dapat mengingat format Penyata Kewangan dengan tepat. Kesannya, mereka akan mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan dan ketinggalan banyak jawapan. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik yang berkesan dan mudah difahami oleh murid. Keputusan ujian pos menunjukkan murid lebih mudah mengingati dan memahami format dengan tepat, dan seterusnya mudah menyelesaikan soalan-soalan penyata kewangan dengan menggunakan Kaedah AKRONIM.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Analisa keputusan peperiksaan menunjukkan murid tidak mahir dan cekap dalam menjawab soalan penyata kewangan. Murid mengambil masa yang sangat lama dalam menjawab soalan ini kerana mereka tidak dapat mengingat Format Penyata Kewangan dengan tepat. Selain itu, kebanyakan murid yang tertinggal catatan dan mengakibatkan mereka gagal mendapatkan jawapan yang tepat. Beberapa persoalan sering ditimbulkan oleh murid seperti “cikgu, susah nak jawab soalan penyata kewangan”, “nampak macam senang tapi kenapa tak boleh dapat markah penuh”, “cikgu, macam mana nak buat penyata kewangan”, “cikgu, saya tak faham penyata kewangan” dan lain-lain. Persoalanpersoalan ini menyebabkan saya terfikir mencari satu alternatif baru untuk memudahkan anak murid saya menjawab soalan penyata kewangan dengan mudah dan dalam masa yang singkat. Ini kerana masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan ini lebih kurang 25 minit sahaja. 2.0 ISU KEPERIHATINAN Saya telah menganalisa soalan tahun-tahun lepas Prinsip Perakaunan SPM dan mendapati bahawa item penyata kewangan merupakan satu item yang sentiasa keluar bagi setiap tahun sama ada ianya dijadikan soalan wajib atau pun pilihan. Soalan ini menyumbang antara 12 hingga 20 markah. Justeru, sekiranya murid dapat menguasainya dengan baik dan tepat, peluang untuk mereka untuk lulus (bagi murid lemah) dan mendapatkan gred yang tinggi (bagi murid sederhana dan cemerlang) adalah sangat tinggi. Masalah yang wujud dalam menjawab soalan penyata kewangan adalah murid tidak mahir dalam pelarasan dan tidak mengingati format. Saya yakin dan percaya dapat membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah ini dengan mempelbagaikan dan meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Menurut Gardner (1991), ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu subjek.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Am Kajian ini untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan murid-murid dalam menyediakan penyata kewangan Prinsip Perakaunan dengan menggunakan kaedah faham dan ingat (FDI) melalui Kaedah AKRONIM 3.2 Objektif Khusus 3.2.1 Meningkatkan kemahiran murid dalam membuat penyata kewangan dengan baik. 3.2.2 Meningkatkan kemahiran murid menjawab soalan dengan tepat dan mudah serta dalam masa 25 minit ke bawah. 3.2.3 Meningkatkan kefahaman murid dalam pelarasan. 3.2.4 Membantu murid dalam meningkatkan prestasi individu dalam peperiksaan. 3.2.5 Memudahkan murid memahami Prinsip Perakaunan dengan lebih tepat dan menyeronokkan semasa pembelajaran. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini dijalankan kepada 20 orang pelajar daripada 4 Akaun SMK Kampong Soeharto. 5.0 MODEL-MODEL KAJIAN TINDAKAN Pada asasnya, setiap kajian tindakan akan melibatkan dua unsur, iaitu menyelidik dan bertindak. Keduadua unsur ini kemudiannya dikembangkan dan diperincikan kepada model-model penyelidikan yang menjadi ikutan penyelidik tindakan. 5.1 Model Lewin (1946) Menurut Lewin (1946), kajian tindakan memperlihatkan suatu kitaran langkah-langkah (a spiral of steps). Suatu kitaran kajian tindakan mempunyai empat langkah iaitu merancang (planning), memerhati (observing) dan mereflek (reflecting). Kitaran ini akan berterusan ke kitaran seterusnya yang melibatkan merancang semula, bertindak, memerhati dan mereflek bagi menghasilkan kitaran baru. Model kajian tindakan Lewin ini ditunjukkan dalam Rajah 1.
5.2 Model Kemmis & McTaggart (1988) Kemmis dan McTaggart (1988) menjelaskan, bagi sesetengah kumpulan yang sudah merancang tindakan, mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang dikemukakan oleh model Lewin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa kebanyakan kumpulan akan memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat tinjauan awal (initial reconnaissance) terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk merancang dan bertindak. Model ini ditunjukkan dalam Rajah 2. 5.3 Model Somekh (1989) Model kajian tindakan Somekh melibatkan lapan fasa, iaitu mengenal pasti masalah atau fokus kajian yang diminati, mengumpul data, menganalisis data dan membina hipotesis, merancang pelan tindakan, melaksana pelan tindakan, mengumpul data untuk mengesan perubahan, menganalisis dan menilai serta mengenal pasti folus penyelidikan yang baru.
Aspek sistematik merupakan kekuatan model ini, di mana setiap langkah diperjelas dengan lebih terperinci, bermula daripada langkah yang mudah dan formal kepada langkah yang lebih terperinci. namun model ini kelihatan agak rumit untuk diikuti kerana memerlukan guru untuk mengikuti setiap langkah yang dinyatakan secara terperinci. 5.4 Model CRASP Zuber-Skerritt (1991) Menurut model ini, terdapat lima komponen utama kajian tindakan iaitu kolaborasi atau kerjasama kritikal yang dilakukan oleh pengamal yang reflektif, yang sentiasa bertanggungjawab menyebarkan dapatan mereka, menilai diri dalam amalan dan terlibat dalam menyelesaikan masalah secara bersama demi pembangunan profesional yang berterusan. Walaupun model ini tidak menunjukkan sebarang kaedaah skematik tentang cara pelaksanaan penyelidikan, namun jelas menunjukkan ciri-ciri yang perlu ada dalam proses kajian tindakan. kekuatan model ini ialah kebebasan yang diberi kepada penyelidik dalam melaksanakan kajian tindakan. Suatu penyelidikan dianggap sebagai kajian tindakan sekiranya penyelidik melakukan penyelidikan secara kolaboratif, mengamalkan refleksi secara bersama, bertanggungjawab terhadap datan yang dikemukakan kepada orang lain yang mempunyai kepentingan, melakukan penilaian terhadap diri sendiri serta bersama-sama menyelesaikan masalah demi peningkatan profesionalisme secara berterusan. Walau bagaimanapun, memandangkan tiada format khusus diterangkan untuk memberi panduan kepada penyelidik bagi menjalankan penyelidikan, maka model ini boleh menyebabkan penyelidik tersasar dari perancangan dan pelaksanaan penyelidikan.
5.5 Model McKernan (1991) Menurut model McKernan, kajian tindakan melibatkan sekurang-kurangnya dua lingkaran penyelidikan, di mana setiap lingkaran mempunyai enam peringkat, iaitu mengenal pasti masalah, meninjau, menentukan fokus penyelidikan, pelaksanaan rancangan, penilaian dan refleksi, dan membuat keputusan. Kekuatan model ini terletak pada ketetapan bahawa sesuatu penyelidikan itu diklasifikasikan sebagai kajian tindakan hanya sekiranya penyelidikan tersebut telah melalui sekurang-kurangnya dua lingkaran penyelidikan. hal ini bermakna pendekatan yang dikemukakan oleh McKernan (1990) sangat menekankan proses membentuk perancangan dan proses penilaian semula perancangan serta membentuk semula perancangan untuk tujuan penambahbaikan. Walau bagaimanapun model ini tidak menyarankan amalan kolaboratif sebagaimana yang disarankan oleh Model CRASP Zuber-Skerritt. pendekatan McKernan juga tidak menitikberatkan pendedahan dapatan penyelidikan kepada umum. 5.6 Model Altrichter et.al (1993) Menurut Altrichter et al (1993), setiap projek kajian tindakan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Jadi mereka keberatan untuk menyediakan model yang menunjukkan langkah demi langkah kerana ini akan membataskan laluan yang pelbagai untuk ditujui. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa kajian tindakan bermula dengan mencari titik permulaan (A). Kemudian, pungutan data dilakukan dan data dianalisis dan seterusnya ini memberi penjelasan kepada situasi yang dikaji (B). Lalu strategi tindakan dibentuk dan dilaksanakan (C). Sesuatu strategi tindakan yang baru tidak semestinya akan dapat menyelesaikan masalah. Maka langkah baru bagi mendapatkan penjelasan akan dilakukan (C ke B) yang akan membawa kepada pembentukan strategi tindakan yang selanjutnya. Hasil kajian perlu dikongsi dengan orang ramai. Model ini ditunjukkan pada Rajah 5.
5.7 Model McBride & Schostak (1994) McBride & Schostak (1994) berpendapat, kajian tindakan adalah suatu kitaran yang bermula dengan mengenal pasti masalah atau fokus dan pengumpulan data awal bagi tujuan membentuk hipotesis tentang masalah tersebut. Kemudian, tindakan dibentuk dan dilaksanakan. Data akan dikumpulkan bagi melihat kesan pada perubahan atau tindakan tersebut. Hasil daripada analisis dan penilaian yang dilakukan, akan menentukan kitaran kajian tindakan akan bersambung ke kitaran selanjutnya. Model ini ditunjukkan dalam Rajah 6.
6.0 PELAKSANAAN KAJIAN Dalam Kajian ini, saya mengguna pakai model Model Kemmis & McTaggart (1988), Berdasarkan model ini, proses kajian tindakan bermula dengan guru menjalankan refleksi, kemudian merancangan tindakan (plan), bertindak (action) dan memerhati (observe) iaitu dipanggil gelung 1. Jika masalah masih tidak dapat diatasi, guru haruslah memulakan proses semula ke gelung 2 sehinggalah masalah itu selesai. Model ini membantu saya merancang dan bertindak dalam menyempurnakan kajian tindakan saya.
6.1 Tinjauan Masalah 6.1.1 Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Pemerhatian dilaksanakan sebelum dan semasa murid mengingat format Penyata Kewangan menggunakan Kaedah AKRONIM diperkenalkan. 6.1.2 Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan ingatan murid dalam topik penyata kewangan milikan tunggal. Item penyata kewangan yang diuji adalah Soalan 2 SPM Kertas 2 tahun 2012. Selepas semakan jawapan, saya tidak memulangkan jawapan kepada pelajar dan saya membuat penerangan cara mengingat Penyata Kewangan menggunakan kaedah AKRONIM. Pada minggu keempat, saya membuat ujian pos 1 dengan menggunakan soalan yang sama. Pada minggu kelima saya memberikan soalan pengukuhan topik yang sama bagi meningkatkan pemahaman mereka dalam mengingati format dan menyelasaikan pelarasan penyata kewangan. Minggu ketujuh selepas itu saya membuat ujian pos 2 dengan menggunakan soalan 3 SPM Kertas 2 tahun 2019. 6.1.3 Soal Selidik Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas pelajar berkenaan dengan mengingat penyata kewangan sebelum dan selepas kaedah AKRONIM diperkenalkan. 6.2 Analisa Tinjauan Masalah 6.2.1 Analisa Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dilaksanakan : a) Pelajar lebih yakin dalam menjawab soalan penyata kewangan dengan mudah dan cepat. Dapat menjawab soalan dalam masa kurang daripada 45 minit. b) Pelajar berjaya dan boleh mengesan dan membetulkan kesalahan yang dibuat. c) Suasana pembelajaran lebih meyakinkan dan menyeronokan.
6.2.2 Analisa Ujian Pra dan Ujian Pos Dapatan ujian pra dan pos menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian murid. Didapati murid yang pada awalnya lemah tetapi dapat meningkatkan prestasi bagi ujian seterusnya. 6.2.3 Analisa Soal Selidik Murid telah memberikan respon yang positif bagi soal selidik yang telah dilaksanakan. Berikut adalah analisa soal selidik yang telah dijawab oleh pelajar. Skala : 1. Sangat tidak setuju 2. Tidak setuju 3. Kurang setuju 4. Setuju 5. Sangat Setuju Markah Ujian Pra Ujian Pos 1 Ujian Pos 2 Bilangan Pelajar 20 – 23 0 0 1 16 – 19 1 2 7 12 – 15 2 4 5 08 –11 2 3 2 04 – 07 3 1 1 00 – 03 2 0 0
6.3 Tindakan yang dijalankan 6.3.1. Selepas pelaksanaan ujian pra, saya telah membimbing serta memberikan penerangan tentang kaedah AKRONIM kepada murid-murid 6.3.2. Selepas penerangan dengan jelas, saya menjalankan ujian pos 1 dan ujian pos Jawapan murid dipulangkan semula dan dibincangkan sebagai latihan pengukuhan. 6.3.3. Saya juga memberikan latihan pengukuhan bagi meningkatkan pemahaman mereka dalam mengingati format dan menyelasaikan pelarasan penyata kewangan. 6.3.4. Setiap kali latihan penyata kewangan, saya pasti akan mengingatkan murid supaya menggunakan kaedah AKRONIM 6.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian / Penilaian Kajian tindakan ini dilaksanakan dalam tempoh 8 minggu. Semasa melaksanakan kajian ini saya telah menyelesaikan bab Penyata Kewangan Milikan Tunggal. Sebelum menggunakan kaedah AKRONIM saya mendapati murid tidak dapat memahami topik yang dipelajari dengan mudah. Ini dibuktikan dengan ujian pra yang telah dilaksanakan pada minggu pertama. Bil SKALA 1 2 3 4 5 ITEM BILANGAN PELAJAR 1. Prinsip Perakaunan adalah satu subjek yang mudah 0 0 5 5 5 2. Kuiz maya membantu memahami pelarasan penyata kewangan 0 0 1 5 9 3. Teknik (APURPKK & ABLEH) lebih memudahkan saya menjawab soalan penyata kewangan 0 0 0 5 10 4. Saya lebih suka dengan teknik sendiri 7 6 1 1 0
Selepas penerangan dan pendedahan berkaitan dengan kaedah AKRONIM pada minggu kedua, apa yang saya dapati murid telah memahami dengan baik dan ditunjukkan dalam ujian pos 1 yang telah dilaksanakan pada minggu kelima. Pada minggu kelima saya juga membuat latihan pengukuhan tambahan bagi meningkatkan pemahaman mereka dalam mengingati format dan menyelesaikan pelarasan penyata kewangan. Seterusnya pada minggu ketujuh saya telah menguji muridr semula keberkesanan kaedah AKRONIM dalam soalan yang lain. Penilaian memang membanggakan kerana peningkatan dalam pemahaman perakaunan lebih baik serta masa menjawab soalan yang diberi dengan lebih cepat. Minggu kelapan saya telah membuat tinjauan dengan menggunakan soal selidik terhadap murid-murid dalam mempelajari Prinsip Perakaunan dengan pendekatan kaedah AKRONIM Pelaksanaan kaedah AKRONIM adalah seperti berikut : 1. Murid diberi soalan penyata kewangan dan sehelai kertas beruangan dan kosong. 2. Guru menerangkan teknik kaedah AKRONIM kepada pelajar. (rujuk lampiran) 7.0 REFLEKSI KAJIAN Pencapaian pelajar dalam Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2 menunjukkan bahawa pengenalan Kaedah AKRONIM kepada murid boleh diterima pakai dalam menjawab soalan penyata kewangan Prinsip Perakaunan dengan lebih mudah. Dapatan juga menunjukkan kaedah AKRONIM dapat mengurangkan masa menjawab kepada 20 minit bagi soalan yang dikemukakan. Saya berasa gembira dan terharu apabila ada murid yang telah berjumpa dengan saya dan memberitahu kaedah AKRONIM amatlah menyeronokkan dan sekarang beliau boleh mengetahui kesilapan yang dibuat dalam menjawab soalan dengan lebih mudah. Dengan teknik ini juga, murid lebih seronok dalam mempelajari ilmu perakaunan.
8.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Kajian penggunaan kaedah AKRONIM akan diteruskan kepada murid yang sama apabila mereka berada di Tingkatan 5 Akaun pada sesi 2023/2023 nanti. Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya untuk penambahbaikan adalah seperti berikut :- 1. Menggunakan konsep ABLEH dalam semua penerangan bagi setiap topik Prinsip Perakaunan. 2. Mencipta kaedah dan teknik dalam mempelajari topik-topik tertentu seperti pembubaran dan tafsiran penyata kewangan. Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan kepada semua pelajar dan guru. RUJUKAN Atan bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Penerbit Adabi Sdn Bhd. Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan Ke-XIII 2006, 20 – 22 November 2006, Hotel Berjaya Palace, Kota Kinabalu, Sabah. Manual Kajian Tindakan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pelajaran Malaysia. Model Kajian Tindakan diambil dari http://pomizi-research.blogspot.com/p/models.html.
FORMAT PENYATA KEWANGAN Nama Perniagaan Akaun Perdagangan Dan Untung Rugi Bagi Tahun Berakhir ……… RM RM RM Jualan XX tolak Pulangan Jualan XX Jualan Bersih XX TOLAK KOS JUALAN Stok Awal XX XX Belian tolak Pulangan Belian XX XX +Angkutan Masuk XX +Duti Import XX +Insurans Belian XX +Upah atas Belian XX + Kos Belian XX Kos Barang Untuk Dijual XX tolak Stok Akhir XX KOS JUALAN XXX UNTUNG KASAR XXX TAMBAH HASIL Hutang Lapuk Terpulih XX Untung atas Pelupusan Aset XX Pengurangan Peruntukan Hutang Ragu XX Sewa Diterima XX Komisen Diterima XX Diskaun Diterima xx XXX XXXX TOLAK BELANJA Diskaun Diberi XX Komisen Diberi XX Sewa Diberi XX Angkutan Keluar XX Hutang Lapuk XX Rugi atas Pelupusan Aset XX Belanja Susut Nilai Aset Bukan Semasa XX
Pertambahan Peruntukan Hutang Ragu XX XXX UNTUNG BERSIH @ RUGI BERSIH XXX
Nama Perniagaan Penyata Kedudukan Kewangan Bagi Tahun Berakhir……… RM RM RM RM RM ASET BUKAN SEMASA XX Perabot XX Kenderaan XX XXX XX tolak Susut Nilai Terkumpul ASET SEMASA Stok Akhir XX Stok Akhir Bekalan XX Penghutang XX tolak Peruntukan Hutang Ragu XX XX Bank XX Tunai XX Hasil Belum Terima XX Belanja Prabayar XX XX TOLAK LIABILITI SEMASA Pemiutang XX Overdraf Bank XX Belanja Belum Bayar XX Hasil Belum Terperoleh (terdahulu) XX XX MODAL KERJA XXX XXX EKUITI PEMILIK Dibiayai oleh:- Modal awal XX tambah Modal Tambahan XX xxx tambah Untung Bersih @ tolak Rugi Bersih XX XX Tolak Ambilan XX Modal akhir XXX LIABILITI BUKAN SEMASA Pinjaman Bank XX Pinjaman Bercagar XX
Gadai Janji/Pajak Gadai XX XXX XXX